Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Sunday, September 26, 2010

TAJUK 14: ANAK-ANAKKU 3: HEIKAL DAN NURUL AZYAN

ANAK NO 5 & NO 6
ANAK WP KUALA LUMPUR


MUHAMMAD HEIKAL FAWWAZ
(26 Mei 1995)


'MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDOR BOLA, MAIN BOLA, YOUTUBE BOLA"

Muhammad Heikal Fawwaz di lahirkan pada 26 Mei 1995 di rumah keluarga No 121, Blok 4501, Lorong Golok, Kem KEMENTAH. Anak ke lima. Beliau dilahirkan 2 hari selepas aku selesai menduduki peperiksaan akhir Semester ke 2 ADBS(HRM) di ITM. Heikal merupakan anakku kedua yang dilahirkan di rumah. Diuruskan oleh bidan-bidan dari HKL.

  

x
Tenguk tu! Astagfirullahhhhh....besonya rotaaaannnnnnnn.... sekali swing, tanggal kepala budak tu!



       
Gambar ketika kecil di Blok JKR 4501, Lorong Golok.  Gambar kanan: berkhatan ketika berusia 7 tahun


Masuk TADIKA KEMAS KEMENTAH pada 2001 dan masuk tahun 1 di SKDTHO pada Januari 2002. Heikal berkhatan di Klinik Mozarina, Keramat Permai semasa dalam Tahun 1. Dia mempunyai semangat yang amat kuat, sepanjang masa proses khatan dalam bilik rawatan, mulutnya tak berhenti-henti berselawat. Doktor itu memuji kecekalannya. Aku risau juga sebab budak yang dikhatan sebelum dia menangis dan menjerit kesakitan.



Heikal juga menunjukkan sifat kepemimpinannya semasa di sekolah rendah. Keperibadiannya yang baik, lemah lembut tetapi tegas dalam melaksanakan hukum telah menarik perhatian guru-gurunya. Walaupun bertubuh kecil, dia telah dilantik menjadi Ketua Pengawas semasa dalam Tahun 6 (2007). 

Oleh kerana dia mempunyai minat seperti abangnya (Hafeez) untuk mendalami bidang agama, maka pada tahun 2008 dia memulakan Tingkatan 1 di Sek Men Islam Al Amin, Gombak.





         


        





Hantu bola (walaupun jarang dapat main bola) dan peminat setia Arsenal. Masa aku ke london pada tahun 2009, aku belikan jersey Arsenal, tuala Arsenal, beg Arsenal, bola Arsenal, scaff Arsenal dan lain-lain.

dengan sepupu dia Ikhwan(Iwan) bin Noradzim (2009)


kenangan bersama nenda Hajjah Habibah, beberapa bulan sebelum meninggal dunia di rumah Long Atan di Puncak Kiara, Seri Hartamas




Heikal mengambil peperiksaan PMR dan PMRI dari 5 -12 Okt 2010 manakala PMRI dari 22 - 2 Nov 2010. Jumlah semua 13 subjek. Pada 25 Dis 2010, Heikal menerima keputusan PMR/PMRInya dan keputusan yang okay dan ada yang kurang okay.  Dapat 7A3B4C. Yang kurang okay ialah Matematik,KHB dan B.Arab 1 dan B.Arab 2 dapat C.   Dia dapat A untuk subjek BM, BI, PI, Sejarah, Geografi, Tasawur Islam dan Al Qur'an.  Dapat B untuk Sains,Tajwid dan  Hafazan.  Tahniah Heikal.

Tapi seperti yang dijanjikan, dia dapat  RM10 untuk setiap subjek yang dapat A. Nazar dia kalau dapat 5A ke atas ialah botakkan kepala, puasa 5 hari dengan sedekah RM10.

Selepas PMR, Heikal meneruskan pelajaran di SMIAA Gombak sehingga tamat Tingkatan 5.   Selepas peperiksaan SPM aku hantar dia ke Sekolah Memandu dan lulus dengan sekali sahaja ujian. Alhamdulillah.  Jadi semasa menunggu keputusan, dia ada tugasan harian, iaitu mengambil adiknya balik dari sekolah setiap hari.


Heikal telah dipanggil untuk mengikuti latihan PLKN selama 3 bulan di Kem Pelangi Hill Resorts, Kerling, Kuala Kubu Bharu mulai 01 April 2013.  

Semoga dia tabah menjalani latihan.

Heikal memohon untuk mengikuti pengajian di al-Madinah International University yang mempunyai kampus Cawangan di Shah Alam. Permohonannya berjaya dan diterima mengikuti Kursus Foundation for Islamic Science and Arabic di MEDIU selama satu tahun bermula dari awal Ogos 2013.


Pada bulan Sep tahun 2014, Heikal mendaftarkan diri untuk Kulliyah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qur'an dan Sunnah di Medinah International University (MEDIU).








NURUL AZYAN SYAFIQAH
(04 Mei 2000)





Nurul Azyan Syafiqah dilahirkan di HKL pada 04 Mei 2000. Anak bongsu, anak new Millennium. Masuk Sekolah Keb Desa Tun Hussein Onn pada bulan Januari tahun 2007 dan tamat Tahun 6 pada tahun 2012.





Pada tahun 2013, Nurul memulakan pelajaran ke peringkat menengah.  Dia berminat untuk ke sekolah agama.  Aku dan isteri mengambil keputusan untuk dia masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI di Taman Rasmi Jaya, Ampang.


No comments:

Post a Comment