Wednesday, September 22, 2010

TAJUK 9: RAJA-RAJA MELAYU


 SENARAI RAJA-RAJA MELAYU  
MENGIKUT KEKANANAN TARIKH NAIK TAKHTA


  KEDAH DARULAMAN  


 DYMM SULTAN KEDAH 
Almu'tasimu Billah Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah
DK DKH DKM DMN DUK DMK DK(Kel) DK(Pah) DK(Sel) DK(Pls) DK (NS) DK(Joh) DK(Tggu) DK(Prk) DK(Brunei) DP(Swk) DUNM SPMK SSDK DHMS DGMK 

BIODATA:

Tuanku Abdul Halim diputerakan di Istana Anak Bukit pada 28 Nov 1927.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah manakala bondanya ialah almarhumah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud ibni almarhum Sultan Ahmad Tajuddin alMukarram Shah. Mendapat didikan di Sekolah Melayu Titi Gajah,   Sultan Abdul Hamid College dan Wadham College, Oxford.

Dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada  6 Ogos 1949.  Memangku takhta(ayahandanya gering) dari 9 Mac 1957 hingga 13 Julai 1958  dan diisytiharkan pada 14 Julai 1958 menggantikan ayahandanya yang mangkat.  Baginda ditabalkan pada 20 Feb 1959 dengan gelaran 'Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Sultan Haji Abdul Halim alMuadzam Shah ibni almarhum Sultan Badlishah.

Pada tahun 1965 dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan kemudian diisytiharkan sebagai YDP Agong Malaysia ke5 pada  21 Sep 1970 (ditabalkan pada 20 Feb 1971) sehingga 20 Sep 1975.  


Pada 13 Dis 2006 Tuanku Abdul Halim telah sekali lagi dilantik sebagai Timbalan YDP Agong Malaysia untuk kali kedua. Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang bersidang pada 15 Oktober 2011 telah memilih Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agong XIV mulai 13 Dis 2011.  Baginda juga telah melakar Sejarah Malaysia sebagai Raja Melayu yang pertama dilantik menjadi YDP Agong untuk kali kedua.


Baginda adalah Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu DiRaja mulai 23 Sep 1975 dan juga Kolonel YDP Kor Perkhidmatan DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor UUM sejak tahun 1984.


Baginda bernikah dengan Sultanah Hajjah Bahyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman DK DKH DMN SMN  DK(Kel) DK(NS) DK(Joh) SPMK (lahir: 24 Ogos 1930 dan mangkat: 26 Ogos 2003) di Istana Seri Menanti pada 9 Mac 1956.  Baginda kemudian menikahi Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun DK DKH (lahir: 15 July 1953). Sultanah Hajjah Haminah adalah Canselor Management and Science University.

Baginda dikurniakan seorang puteri dari Sultanah Bahiyah iaitu Tunku Dato Seri Putri Intan Safinaz  DK DKH DKYR SSDK JP (lahir: 22 Julai 1966).  Pro-Canselor UKM (sejak 2007) dan Pro-Canselor UPNM (sejak 2010).  Baginda berpangkat Brigadier Jeneral sebagai Komandan Rejimen 513 Askar Wataniah.


  PAHANG DARUL MAKMUR  




 KDYMM SULTAN PAHANG 
Sultan Haji Ahmad Shah Almusta'in Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuadzam Shah
DKP DK DKM SSAP SIMP DIMP DMN DK(Prk) DK(Joh) DK(Kel) DK(Tgu) DK(Pls) DK(Ked) DK(NS) DK(Sel) SPCM, SPMJ, DKMB 

BIODATA:

Tengku Ahmad Shah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Okt 1930.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Sir Abdullah al Mu'tasim Billah Shah dan bondanya ialah almarhumah Raja Fatimah binti almarhum Paduka Sri Sultan Sir Alang Iskandar Shah II Kadasallah (Perak).


Tengku Ahmad Shah mendapat didikan di Sekolah Melayu Pekan, Malay College Kuala Kangsar, Clifford College Kuala Lipis, Worcester College, Oxford dan university College of South West England, Exeter, Devon. 


Ditauliahkan sebagai Leftenan dalam RAMD pada tahun 1953 dan bersara sebagai Lt Kol pada tahun 1965.


Tengku Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 25 Mei 1944, dan diisytiharkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974 dan seterusnya ditabalkan di Istana Abu Bakar pada 6 Mei 1975  dengan gelaran 'Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah ibni almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuadzam Shah'.

Pada 21 Sep 1975 Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Timbalan YDP Agong dan pada 30 Mac 1979 dilantik memangku jawatan YDP Agong ke 7 apabila SPB YDP Agong masa itu (Sultan Kelantan) mangkat semasa dalam jawatan.  Pemerintahan baginda berkuatkuasa pada 27 April 1979. Baginda ditabalkan pada 10 Julai 1980 dan berada di atas takhta Kerajaan Malaysia sehingga 26 April 1984.


Baginda Sultan Hj Ahmad Shah adalah Kolonel YDP Tentera Udara DiRaja Malaysia sejak 18 Nov 1989 dan Presiden Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak 1983.  Baginda juga adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM sejak 1984.


Baginda berkahwin dengan Tuanku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Muhammad ibni almarhum Sultan Sir Ahmad al Muadzam Shah (dilahirkan pada 4 Oct 1932 dan mangkat pada 29 Jun 1988) pada 22 April 1954 di Istana Hinggap Kuala Lipis.  Perkahwinan dengan Tengku Ampuan Afzan dikurniakan dua putera dan lima puteri iaitu:
  • Tengku Tan Sri Dato Sri Hajjah Meriam DKP DKII PSM SSAP SIMP (lahir: 1 April 1955). Tengku Putri Sri Lela Wangsa.
  • Tengku Dato' Sri Hajjah Muhaini DKII SSAP SIMP (31 Okt 1956). Tengku Putri Sri Teja.
  • Tengku Dato' Sri Hajjah Aishah Marcella  DKII SSAP SIMP (13 Nov 1957).  Tengku Putri Sri Kemala.
  • Tengku Abdullah DKP DKII DK(Terengganu) DKII (Johor) SSAP SIMP SPMJ (diputerakan pada 15 Julai 1959).  Dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975. Berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah. Baginda adalah Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
  • Tengku Dato Sri Abdul Rahman DKP DKII SSAP SIMP (lahir: 23 Ogos 1960). Tengku Muda Pahang.
  • Tengku Dato Nong Fatimah DKII SIMP (lahir 4 Sep 1962). Tengku Putri Sri Setia Bakti.
  • Tengku Dato Shahariah DKII SIMP (12 Sep 1964).  Tengku Putri Sri Bongsu.

Setelah kemangkatan Tengku Ampuan Afzan, baginda mengahwini Sultanah Hajjah Kalsom @ Anita binti Abdullah (lahir: 12 Sep 1951) pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera:
  • Tengku Abdul Fahd Muadzam DK (diputerakan pada 10 Feb 1994).  Tengku Temenggung Pahang mulai 25 Okt 2002.

  PERAK DARUL RIDZUAN  



 DYMM SULTAN PERAK 
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lah Shah
DK DKM DMN DK(Kel) DK(Tgu) DK(Perlis) DK(Joh) DK(Sel) DK(Ked) DK(NS) DKMB (Brunei), SSM PSM PMN SPCM SPTS SPMP SIMP

BIODATA:

Raja Azlan Shah diputerakan pada 19 Apr 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafarallahu lahu ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah.  Bondanya ialah almarhum Puan Hajjah Khadijah binti Dato' Wangsa Ahmad.

Raja Azlan mendapat didikan di Batu Gajah English School, Malay College Kuala Kangsar, Universityof Nottingham (Lincoln Inn).  Memulakan kerjaya sebagai seorang Majisteret sehingga mencapai jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman iaitu sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 1982 sehingga dilantik menjadi Sultan Perak pada tahun 1984.

Pada 1 Julai 1983 Raja Azlan Shah dilantik menjadi Raja Muda Perak.  Hanya 7 bulan menjadi Raja Muda, baginda menaiki takhta Sultan Perak pada 31 Jan 1984 apabila Sultan Idris mangkat.  Pengisytiharan sebagai Sultan dibuat pada 3 Feb 84 dan ditabalkan pada 09 Dis 1985  dengan gelaran Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah.

Pada 29 April 1984 Sultan Azlan Shah didisytiharkan perlantikan sebagai Timbalan YDP Agong dan dilantik menjadi YDP Agong pada 26 April 1989 sehingga 25 April 1994.

Sultan Azlan Shah adalah Kolonel YDP untuk Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan juga Kor Kesihatan DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Malaya.  Baginda pernah menjadi Presiden Persekutuan Hoki Malaysia dari 1981-2004 dan kini masih Timbalan Presiden International Hockey Federation.


Tuanku Sultan Azlah Shah berkahwin dengan Tuanku Permaisuri Bainun (binti Mohamad Ali) DK DMN DK(Sel) di Pulau Pinang pada 9 Dis 1955.  Perkahwinan ini baginda berdua dikurniai dengan dua putera dan tiga puteri:
  • Raja Datuk Sri Nazrin Shah DK DKSA SPCM SPTS SPMP DK(Selangor) MA PhD (Harvard).  Raja Muda Perak. Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah.  Pro-Canselor Universiti Malaya.
  • Raja Dato Sri Azureen SPCM. dilahirkan pada 9 December 1957.
  • Raja Dato Sri Ashman Shah DK SPCM BSc.Econ LLM.  Raja Kecil Sulong Perak. diputerakan pada 28 Dis 1958.
  • Raja Dato Sri Eleena SPCM. Dilahirkan pada 3 April 1960.
  • Raja Dato Sri Yong Sofia SPCM.  Dilahirkan pada 24 June 1961.

  TERENGGANU DARUL IMAN  

 DYMM SULTAN TERENGGANU 
Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah
DKM DKT DK  DMN SMN DK (Pls) DK (Joh) DK(Ked) DK (Kel) DK(Sel) DK(Per) DK(NS) DKMB (Brunei) SSMT SPMT SSMZ SUMZ SPMJ  

BIODATA:

Tengku Mizan Zainal Abidin diputerakan pada 22 Jan 1962 di Istana Al Muktafi, K.Terengganu.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah ibni almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah.  Bondanya ialah Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah Sultan Sulaiman,  Geelong Grammar School, Victoria, Australia, Sekolah Pegawai Kedet Port Dickson, Royal Military Academy, Sandhurst, UK dan International University of Europe, London.


Tengku Mizan dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda Terengganu pada 16 Nov 1979 dan lanjutan dari kemangkatan ayahandanya, baginda telah dimasyhurkan pada 16 Mei 1998.  Baginda ditabalkan pada 4 Mac 1999 dengan gelaran 'Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.


Pada 26 Apr 1999 baginda dilantik menjadi Tiimbalan Yang DiPertuan Agong untuk kali pertama dan memangku jawatan YDP Agong dari 21 Nov 2001 hingga 13 Dis 2001 apabila YDPA XI, Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat dalam jawatan. Bagaimanapun Majlis Raja-Raja telah memilih Raja Perlis sebagai YDPA XII dan Sultan Mizan sekali lagi dipilih sebagai Timbalan YDPA untuk tempoh 5 tahun sehingga baginda dipilih menaiki takhta YDPA XIII dari 13 Disember 2006 hingga 12 Dis 2011.


Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah juga Kolonel YDP Kor Armor Diraja (mulai 1998) dan Kor Ordnans DiRaja (2004). Baginda juga adalah Canselor Universiti Teknologi MARA (mulai 2007-2011) dan Canselor Universiti Malaysia Terengganu (2001-2007).


Baginda berkahwin dengan  Cik Rozita binti Aidil Bakeri pada 7 Dis 1973 (di Alor Setar) yang kemudiannya bergelar Sultanah Nur Zahirah DK DMN SSMT SSMZ.  Dari perkahwinan ini baginda dikurniakan 2 putera dan dua puteri:
  • Tengku Muhammad Ismail DKT.  Diputerakan pada 1 Mac 1988 dan dilantik sebagai DiYang Dipertuan Muda pada 12 Jan 2006 ketika berusia 13 tahun.
  • Tengku Nadhira Zahrah (18 Dis 1996)
  • Tengku Muhammad Muaz (22 Dis 2000)
  • Tengku Fatimah azZaharah (19 April 2002)

  PERLIS DARUSSUNNAH  


 DYMM RAJA PERLIS 
Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 
DKM DMN DK(NS) DK(Ked) DK(Sel) DK(Tgu) DK (Kel) DK(Prk) DK(Pah) SSPJ SPMJ SPCM SSMT DKMB(Brunei)

BIODATA:

Syed Sirajuddin diputerakan di Arau pada 17 Mei 1943..Ayahandanya adalah almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni almarhum Syed Hussein Jamalullail.  Bondanya adalah almarhumah Tuanku Budriah binti almarhum Tengku Ismail.  Syed Sirajuddin mendapat  didikan di Sekolah Melayu Arau, Wellesly Primary School, Penang Free School, Wellingborough School, UK dan RMA Sandhurst, UK.  Ditauliahkan dalam Kor Peninjau DiRaja sebagai Leftenan Muda pada 12 Dis 1965 dan berkhidmat dalam ATM sehingga ke pangkat Kapt pada tahun 1999 dan kemudian bertukar ke Rejimen Askar Wataniah sehingga tahun 2000.


Syed Sirajuddin dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Okt 1960.  Bagaimanapun semasa ayahandanya menjadi Yang DiPertuan Agong antara 1960-1963 baginda tidak dilantik menjadi Pemangku Raja, sebaliknya kekanda ipar baginda, Tunku Sulaiman ibni Tunku Abu Bakar dilantik sebagai Pemangku Raja.


Lanjutan dari kemangkatan ayahandanya pada 16 Apr 2000,baginda telah dilantik menjadi Raja Perlis dan diisytiharkan pada 17 April 2000. Pada 12 Dis 2001, baginda telah dilantik menjadi YDP Agong ke 12.


Tuanku Syed Sirajuddin adalah Kolonel YDP Rejimen Renjer DiRaja dan juga Kor Polis Tentera DiRaja.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Sains Malaysia.

Tuanku Syed Sirajuddin berkahwin dengan  Tengku Fauziah binti almarhum Tengku Abdul Rashid ibni almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah DK DMN  DK(Kel) DK(Pah) SSPJ SPMP SPMJ di Kota Bharu pada 6 Jun 1946 dan kemudian bergelar sebagai Raja Perempuan Perlis.  Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri: 
  • Syed Faizuddin Putra Jamalullail DK SSPJ SPMP. Dilahirkan pada 30 Dis 1967.  Dilantik sebagai Raja Muda Perlis pada 1 Ogos 2000.  Baginda berpangkat Brigadier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Malaysia Perlis (UMP) mulai 2003.
  • Dato' Sharifah Fazira DK SPMP DSSJ.  Dilahirkan pada 5 Jun 1973.

  SELANGOR DARUL EHSAN  



 
 DYMM SULTAN SELANGOR 
Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
DK DMN DK (Tgu) DK(Kel) DK(Ked) DK(Kel) DK(NS) DK I(Pls) SPMS SSIS SPMJ 


BIODATA:

Raja Idris Shah diputerakan pada 24 Dis 1945 di Istana Jemaah, Klang.  Ayahandanya ialah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Bondanya ialah almarhum Raja Nur Saidatul Ihsan binti almarhum Tengku Badar Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda mendapat didikan di Sekolah Rendah Melayu Jalan Raja Muda, KL; Malay College, K.Kangsar; St John Institution,KL; Hale School, Perth; dan Langhurst College, Surrey, UK.


Tengku Idris Shah dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Sep 1960 (berusia 15 tahun) dan ditabalkan pada 14 Mac 1970. Tengku idris Shah dilantik menjadi Pemangku Raja dari 26 Apr 1999 hingga 21 Nov 2001 apabila ayahandanya dilantik menjadi YDP Agong.  Seterus apabila ayahandanya mangkat semasa menjawat YDP Agong, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Selangor pada 22 Nov 1999 dan kemudian ditabalkan pada 8 Mac 2003 dengan gelaran Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.


Baginda adalah Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM)dan Kepten YDP Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sejak 2002. 


Baginda berkahwin dengan Datin Paduka Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal Abidin (lahir: 16 Mac 1946) pada 2 Julai 1968 (bergelar Raja Puan Muda 1966 -1987) dan bercerai pada 1986, dikurniakan dua orang puteri:
  • Tengku Datin Paduka Zerafina (lahir: 23 Julai 1969); dan
  • Tengku Datin Paduka Zatashah (lahir: 12 Okt 1973.
Perkahwinan kedua baginda dengan Miss Lisa Davis (lahir: 7 Dis 1959) pada 1 Dis 1988 (juga berakhir dengan perpisahan pada tahun 1997) dikurniakan seorang putera:
  • YAM Raja Dato' Seri Amir Shah DK SPMS (diputerakan pada 12 Dis 1990) yang kemudian dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 (ketika berusia 12 tahun).

 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 



 
 YANG DIPERTUAN BESAR N.SEMBILAN 
Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir
DK DKM DMN SPUN SSTM DK(Perak) DK(Joh) DK(Sel) DK(Kedah) DKYR, PPT 


BIODATA:

Tunku Muhriz diputerakan di Kuala Pilah pada 14 Jan 1948.  Ayahandanya ialah almarhum Tuanku Munawir ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman dan bondanya ialah almarhumah Tunku Durratun Nafisah binti almarhum Tengku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Muhammad. Tunku Muhriz mendapat pendidikan di Sekolah Tunku Besar, Tampin; King George V School, Seremban;Aldenham School, Elstree, Herts; dan University College of Wales, Aberystwyth.


Tunku Muhriz dilantik menjadi Tunku Laksamana pada 1960 dan kemudian sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 7 Julai 1961.  Setelah ayahandanya Yang DiPertuan Besar Tuanku Munawir mangkat pada tahun 1967, Tunku Muhriz telah diketepikan oleh Undang Luak yang 4 dan Tunku Laksamana Tunku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman (ayahanda saudaranya)  telah dilantik menjadi YDP Besar NS.


Apabila Tuanku Jaafar mangkat pada 29 Dis 2008, Undang Luak 4 telah sebulat suara memilih Tuanku Muhriz sebagai YDP Besar NS yang baru.  Baginda ditabalkan pada 28 Okt 2009). 

Tengku Ampuan Besar Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud ibni almarhum Sultan Zainal Abidin.
(19 Jun 1952)


Tunku Muhriz adalah Kolonel YDP Rejimen Semboyan DiRaja dan juga Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja sejak 2009.  Baginda juga adalah Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2009.


Tunku Muhriz mengahwini Tunku Aishah Rohani ibni Tunku Besar Mahmud ibni almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu) yang bergelar Tuanku Ampuan Besar NS (dilahirkan pada 19 Jun 1952 dan dikurniakan 3 orang putera:
  • Tunku Ali Rithauddin DKYR (Lt Kol), Tunku Besar Seri Menanti mulai 23 Feb 2009.  Diputerakan di Petaling Jaya pada 26 April 1977.
  • Tunku Zainal Abidin DKYR (dilahirkan di Petaling Jaya pada 6 Julai 1982.
  • Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin (dilahirkan pada 3 Sep 1984).

  JOHOR DARUL TAAZIM  


 DYMM SULTAN JOHOR 
Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar
DK SPMJ SPDK SMN PIS DK(Perak) DK(NS) DK(Kel) DK(Sel) DK(Perlis)


BIODATA:

Sultan Ibrahim diputerakan di Hospital Johor Bahru pada 22 Nov 1958. Bondanya ialah Che Puan Hajjah Kalsom binti Abdullah (Joshepine Ruby Trevorrow).  Mendapat didikan di Sekolah Temenggung Abdul Rahman I, Johor bahru, Trinity Grammar School, Sydney, dan Sultan Abu Bakar (English) College, JB.

Tunku Ibrahim Ismail mengikuti latihan asas ketenteraan di PULADA, Johor kemudian mengikuti latihan lanjutan di US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia; JKF Special Warfare School, Fort Bragg, North Carolina dan Pusat Latihan Penerbangan 2 (Helikopter) TUDM Kluang sehingga mendapat sayap penerbangan.  Ini menjadikan baginda adalah satu-satunya Raja Melayu (juga yang pertama dalam sejarah Malaysia) yang mempunyai kelayakan 'Komando Tentera' dan juga mempunyai 'Sayap Penerbangan Tentera' melalui latihan formal ketenteraan.

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada 12 Mei 1981 dan diisytiharkan pada 3 Julai 1981.  Bernikah dengan Dato' Seri Raja Zarith Sofea binti almarhum Sultan Idris Shah al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah DK SPMJ SPCM (dilahirkan pada 14 Ogos 1959) di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar pada 22 Sep 1982.  Raja Zarith Sofia adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Pemangku Sultan dari 26 April 1984 hingga 23 April 1989 apabila ayahandanya dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong. 

Tunku Ibrahim Ismail dilantik menjadi Sultan apabila ayahandanya mangkat pada 22 Jan 2010 dan diisytiharkan naik takhta pada 23 Jan 2010 dengan gelaran rasmi Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan  Iskandar Alhaj. 

Baginda Sultan Ibrahim adalah juga Kolonel YDP Rejimen Gerakhas Malaysia dan juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang pertama.

Baginda Sultan Ibrahim mempunyai 5 orang putera dan seorang puteri:
  • Tunku Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar  DK DK SPMJ PIS (diputerakan: 30 Jun 1984). Tunku Mahkota Johor (29 Jan 2010).
  • Tunku Putri Aminah Maimunah Iskandariah DPMJ (lahir: 8 April 1986)
  • Tunku Dato' Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman  SPMJ PIS (lahir: 25 Dis 1987).  Tunku Temenggung Johor (26 Feb 2010).
  • Tunku Dato' Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail DPMJ PIS (lahir: 5 Julai 1990).
  • Tunku Dato' Abdul Rahman Hassanal Jeffri DPMJ (lahir: 5 Feb 1993)
  • Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (lahir 30 Mei 2001).

  KELANTAN DARUL NAIM  



 DYMM AL SULTAN KELANTAN 
Al Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra
DK DKM DMN SPMK SJMK SPSK DK(Kedah) DK(Johor) DK(Perak) DK(NS)DK (Perlis) DK (Selangor)

BIODATA:

Tengku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 06 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu.  Ayahandanya ialah DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra manakala bondanya ialah DYMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan.  Baginda mendapat dididkan di Sekolah Sultan Ismail I, Alice Smith School KL. Oakham School, Rutland UK, St Cross College, Oxford UK, Oxford Centre for Islamic Studies, Deutsche Stiflung Entwickling, Berlin dan European Business School London.


Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 30 Mac 1979 ketika berusia 10 tahun dan ditabalkan pada 6 Okt 1985. Pada 24 April 2009 Tengku Muhamamd Faris telah dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila ayahandanya mengalami kegeringan.


Selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, pada 13 Sep 2010 Majlis Perajaan Kelantan telah mengisytiharkan YMM Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Al Sultan Kelantan menggantikan ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berkekalan dan hilang upaya untuk melaksanakan tugas sebagai Sultan.  Baginda menggunakan gelaran sebagai Sultan Muhammad V. 


Baginda al Sultan adalah Kolonel YDP Rejimen Artileri DiRaja dan juga Kor Risik DiRaja. Baginda juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011.


Baginda bernikah dengan Tengku Zubaidah (nama asal Kangsandarn Pipitpakdee) binti Tengku Nuruddin pada 15 Nov 2004.  Mengikut sumber tertentu baginda telah menceraikan isterinya.



 SENARAI
 YANG DI PERTUA NEGERI 

NEGERI PULAU PINANG


TYT YDPN PULAU PINANG
TYT Tun (Dr) Abdul Rahman bin Abbas SMN DUPN SPDK DP DMPN JP
(Dilahirkan pada 15 Jan 1938 dan dilantik pada 1 Mei 2001)
Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

NEGERI MELAKA


 TYT YDPN MELAKA 
TYT Tun (Dr) Mohamad Khalil bin Yaakub SMN DUNM SSAP SPDK DP SIMP DIMP PJK
(dilahirkan pada 29 Dis 1937 dan dilantik pada 4 Jun 2004)

Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


NEGERI SABAH
YDPN SABAH
TYT Tun Datuk Seri Hj Juhar bin Mahiruddin SMN SPDK
(dilahirkan pada 5 November 1953 dan dilantik pada 1 Jan 2011)
Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

NEGERI SARAWAK

TYT YDPN SARAWAK
TYT PehinTun Hj Abdul Taib bin Mahmud SMN PYBS DP DA 
SPDK PNBS SPMJ SSAP SIMP SPMK dll.....
(Dilahirkan pada 21 Mei 1936)
(Dilantik pada 1 Mac 2014)


MAKLUMAT KHAS 2

DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Tuanku Yahaya Petra
(diputerakan pada 11 Nov 1949, diisytiharkan 29 Mac 1979, ditabalkan 30 Mac 1980)
Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
(diisytiharkan Turun Takhta oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan pada 12 September 2010 dibawah Artikel 23A Perlembagaan Negeri)

Bahan rujukan utama; http://www.royalark.net/

x
  
  
 

 
 
  
  

    
   


TAJUK-TAJUK BERKAITAN

SEBAGAI panduan pembaca yang dikasihi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan TAJUK 10 ini, anda boleh terus melayari blog ini dan membuka tajuk-tajuk berikut:
  • TAJUK 13: MAJLIS RAJA-RAJA
  • TAJUK 14: ISTANA RAJA-RAJA MELAYU
  • TAJUK 37: YANG DIPERTUA NEGERI DI MALAYSIA
  • TAJUK 115: PEWARIS TAKHTA NEGERI
  • TAJUK 118: YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
  • TAJUK 178: PERMAISURI NEGER-NEGERI MELAYU


No comments:

Post a Comment