Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Thursday, September 23, 2010

TAJUK 12: ANAK-ANAKKU SIRI 1- HAFEEZ & FAIRIZ

  ANAK NO 1 & NO 2 
ANAK NEGERI PAHANG
.

 MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS 
 27 Ogos 84 


Kegembiraan saat perkahwinan telah berlalu. Saat seterusnya adalah mengesahkan 'pregnancy' isteriku. Ini lebih penting kerana ia bakal mengesahkan yang aku adalah lelaki sejati dan mampu menzahirkan zuriat. Dan, menanti kelahiran cahaya mata pertama merupakan satu lagi saat yang amat mendebarkan. 

Masa tu aku bertugas di TUDM Kuantan. Leftenan Muda. Setelah lebih 9 bulan menanti, akhirnya satu malam, Adibah mula mengalami 'bleeding'. Biasa la, pengalaman pertama, aku mula kelam kabut. Masa tu aku tak ada kereta lagi. Hanya motorsikal kapcai je. Jadi aku meminta bantuan salah seorang jiranku iaitu Kopral Ismail (Cabang Kenderaan) untuk membawa Adibah ke hospital. Setelah dimasukkan ke wad, tiada tanda pulak untuk bayi akan lahir. Bila sampai hari keempat isteriku masih tak merasai kesakitan untuk bersalin, doktor mula berbincang, kalau 'baby' tak keluar juga, mungkin pihak hospital akan melakukan pembedahan. Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, Adibah memaksa diri (meneran) supaya bayi segera keluar...dan Muhammad Hafeez Firdaus selamat dilahirkan pada 27 Ogos 1984 di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. 

Orang yang paling banyak membantu kami semasa kami memulakan hidup berkeluarga ialah Kak Nah, jiran kami di Taman TAS. Kak Nah (Aminah Mohd Yusof) adalah isteri Abang Mues (Kapten Mues bin Mohd Yusof- seorang pegawai Semboyan di Kem Batu 10, Gambang). Mereka mempunyai dua anak, iaitu Muslina (Ina) dan Hasfanizam (Izam). 

Merekalah yang banyak membantu menjaga dan mengasuh 'baby' kami. Dengarnya, mereka telah berpindah ke Taman Guru di Kuantan. Masa Hafeez berusia satu tahun (1985), kami berpindah ke kuarters (OMQ) di dalam pangkalan dan seterusnya berpindah ke Shah Alam pada tahun 1986 kerana aku dipilih melanjutkan pengajian ke ITM.


Hafeez mula bersekolah di TADIKA Al Ain, Seksyen 1, Shah Alam (milik Jemaah Al Arqam) sebelum memasuki Darjah 1 pada tahun 1991 di SRA Qurratul Ain sehingga Darjah 3.




Hafeez berkhatan semasa berusia 9 tahun di RSAT TUDM Subang. Pengalaman pertama mengkhatankan anak, aku hampir pitam semasa menemaninya. Nasib baik staf RSAT dapat melihat keadaanku dan cepat-cepat memegangku untuk di bawa keluar sebentar.




Pada bulan Januari tahun 1993 kami berpindah ke quarters di Kem KEMENTAH dan Hafeez juga berpindah ke Sek Ren Islam Al Amin, di AU2 Keramat sehingga Darjah 5. Kemudian dia aku pindahkan ke Sek Keb Desa Tun Hussein Onn (sekolah yang baru dibuka di dalam Kem). Dia bersekolah di situ sehingga tamat Darjah 6 pada tahun 1996.
.
   
 
  
.
Di sekolah ini dia dilantik menjadi Pengawas dan dia terpilih sebagai pemimpin bacaan doa setiap kali perhimpunan di sekolah.

Keputusan UPSRnya ialah 3A1B1C. Namun, menuruti kehendak Umminya, dia disekolahkan ke Sekolah Pondok Agama di Sungai Besar, Selangor. Sekolah itu bernama Maahad Tahfiz Al Quran wal Ulumuddin, Jalan Tebuk Hj Yusof, Sg Besar. Pemiliknya bernama Haji Jemari. Inilah pertama kali aku berpisah dengan anakku. Sepanjang perjalanan pulang aku tak dapat menahan kesedihan. Air mataku bercucuran sepanjang perjalanan pulang. Malah 2-3 hari selepas itu, setiap malam (especially lepas solat) aku menangis, merindui anak sulungku ini.
Sejak itu setiap 2 minggu atau sebulan kami sekeluarga akan melawatnya. Hafeez bersekolah di situ selama 3 tahun lebih sebelum aku mengambil keputusan untuk memindahkannya kerana sekolah tersebut mengalami masalah pentadbiran. Masa itu, Hafeez sudah menghafaz hampir 20 juzuk AlQuran.



 


Persekolahan Hafeez melalui banyak cabaran. Ia telah banyak menjejaskan perjalanan pendidikannya. Pada tahun keempat di MTDQ, aku pindahkan dia ke Kedah, kerana sukar mencari sekolah agama yang formal di kawasan Selangor. Melalui akhbar, kami mendapat maklumat mengenai Sekolah Menengah Wawasan di Pekan Baru, Sungai Petani. Di situ Hafeez terus masuk Tingkatan 3. Tahun seterusnya dia masuk Tingkatan 4 dan mengambil PMR. Dalam tempoh setahun di situ, Hafeez begitu menyerlah dan dipilih menerima hadiah sebagai pelajar terbaik.

Sek Wawasan juga ada masalah pentadbiran. Pada awal ke Tingkatan 5(2006), aku pindahkan sekali lagi ke Sek Men Agama (SMA) Nahdatul Hasanah, di Melele, Kodiang, Kedah (dah dekat sempadan Perlis). Dia bersekolah di situ sehingga tamat SPM. Alhamdulillah, keputusan SPMnya agak baik dan setelah lulus temuduga, dia berjaya diterima untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Darul Quran (DQ), JAKIM di Kuala Kubu Bahru.

admitted to Hosp KKB (dengue fever)

 
 
Convocation Day, MTDQ JAKIM 2008

Setelah tamat pengajian dan dianugerahkan Diploma Tahfizul Quran, aku memakbulkan keinginannya untuk belajar di Timur Tengah. Pada hujung tahun 2007, dia bertolak ke Mesir untuk belajar di Universiti Al Azhar (atas biayaan sendiri). Hafeez seorang yang pandai berdikari, dia berusaha mencari pembiayaan dengan membuat tugas imam tarawikh di beberapa tempat. Setiap kali pulang bercuti dalam bulan Ramadhan, dia akan membuat tugas imam tarawaikh. 2008 di Masjid Damansara Utama, 2009 di Masjid Jamek Segamat.

Satu lagi, Hafeez ni cukup ramai keluarga angkat,ke mana sahaja dia pergi mesti dapat ayah atau abang angkat. Di Kedah,di Kelantan,di KL dan di Segamat.


Hafeez berada di Kahirah selama 3 bulan sahaja. Dia mendapat tawaran biasiswa Kerajaan Arab saudi untuk melanjutkan pengajian di University Islam Imam Muhammad Saud, Riyadh pada bulan Mac 2008. Dia menamatkan pengajian Diplomanya pada bulan April 2010 dengan pangkat Mumtaz dan kini sedang menunggu untuk kulliyah utama.



di KLIA -menunggu flait ke Cairo (2007)


Nak bertolak ke KLIA - tamat cuti 2008

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun di Riyadh (sehingga tarikh ini Feb 2011), Hafeez telah dapat menunaikan ibadah haji sebanyak dua kali dan mengerjakan umrah sebanyak 4 atau 5 kali.

Aku memberikan kebebasan kepada anak-anakku untuk memilih jodoh mereka. Asalkan dia memilih pasangan yang baik dan dari keturunan yang baik. Alam percintaan itu pasti akan dilalui. Begitu juga dengan anak sulungku ini.


Aku tahu, berdasarkan kad raya dan hadiah-hadiah yang diterimanya, Hafeez ni mempunyai ramai 'admirer'. Dalam ramai-ramai kawan perempuannya, ada seorang wanita yang telah mencuit hatinya. Aku agak, dia kenal semasa bersekolah menengah di Kedah. Namanya Norhafizah (Fizah). Kebetulan abang Fizah adalah kenalan Hafeez semasa di Kedah dan di DQ. Hafeez pun kenal baik dengan keluarganya di Kedah. Kalau Hafeez ke Kedah, pasti banyak buah tangan dari keluarga Fizah di bawa pulang ke KL. 


kami juga bersedia menerima Fizah sebagai pasangan Hafeez jika itu jodoh dia. Fizah kemudiannya melanjutkan pengajian ke UM dalam bidang Kejuruteraan Genetik. Malah, semasa menunggu majlis konvokesyennya pada tahun 2009, selama lebih seminggu Fizah tinggal di rumah kami.


Mungkin jodoh Hafeez bukan dengan Fizah. Fizah telah tamat belajar, ada ijazah, dan telah bekerja. Lagi pun dia cantik dan lemah lembut budi pekertinya. Pastinya ramai jejaka yang berminat kepadanya. Bila ada yang merisik, pastinya kedua ibu bapanya menjadi serba salah. Hafeez ada tiga pilihan sahaja. 


(1) pinang Fizah and nikah- isu: Hafeez lama lagi nak abis belajar, 5 tahun lagi, belum ada pendapatan, siapa nak tanggung isteri nanti? 
(2) bertunang dulu minta Fizah tunggu hingga dia tamat belajar di Saudi - adakah Fizah sanggup tunggu begitu lama? kesian dia dan kami akan berlaku tidak adil kepada keluarga dia. 
(3) lepaskan Fizah supaya dia diberi peluang untuk membuat pilihan kehidupan. 


Selepas mengambilkira semua kesan positif dan negatif, dan diberi nasihat sewajarnya, akhirnya Hafeez mengambil alternatif ke 3. Parah juga aku dengar, tapi alhamdulillah tak lama, dia mula dapat menerima hakikat.

Aku mendoakan Hafizah bahagia dan juga berdoa SEMOGA Hafeez akan menemui jodohnya yang hakiki.


 
 

Hafeez pulang dari Riyadh pada bulan Feb 2011 untuk menunggu semester kuliah baru pada bulan Sep nanti.  Dalam penantian itu dia telah mendapat pekerjaan sebagai guru ugama JAWI dan mengajar di Sek Ren Agama Muaz bin Jabal, Setiawangsa.

Pada 1 Mei 2011, kami sekeluarga telah berangkat ke Taman Desa Jaya, Tanjung Rambutan, Perak kerana memenuhi hasrat hasrat Hafeez untuk meminang gadis pilihannya. Musfirah binti Kader.  Graduan Pendidikan Islam UKM yang kini mengajar di SMK Kampar, Perak.


.

Syukur alhamdulillah. Segala-galanya berjalan lancar, pinangan diterima.  Kami juga amat bersyukur mendapat bakal besan yang warak dan mudah berkira. Simple arrangement.  Mereka kata tidak perlu majlis pertunangan (hantar tanda).  


Majlis pernikahan selamat disempurnakan di Masjid AnNur, Tg Rambutan pada 30 Okt 2011.  Majlis bertandang diadakan di Dewan Seroja pada 19 Nov 2011 bersekali dengan majlis perkahwinan anak ke 3, Aisyahnur Abid.  

Ayah doakan kamu berdua akan bahagia melayari alam perkahwinan dan kekeluargaan hingga akhir hayatl

Hafeez kemudiannya mendapat pekerjaan di EZ Qurban, syarikat milik Hj Azhar Hj Abd Shukur, bekas guru (ustaz) beliau semasa belajar di Mahhad Tahfiz wa Ulumuddin. Dia mula bertugas sebelum bulan Puasa tahun 1433H.

Pada 22 Ogos 2012 Hafezz mendapat cahaya mata seorang puteri yang diberinama Wafa Firdaus.


NUR FAIRIZ FAZEERA
(23 Okt 85)


Fazeera was born on 23 October 1985, one year 2 month after Hafeez. She was also delivered in Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. This time, my wife was not very fortunate. Though she was entitled for First Class bed, that day all the wards (including 3rd class) were full house.

I brought Adibah to hospital on 22nd October night. Fazeera could not wait longer like Hafeez last year. In the same night, my wife brought into the labour room and delivered in the next early morning. Since, no bed available, sad to say, my wife was warded on the corridor of 3rd class ward. Anyway, ALHAMDULILLAH, everything goes well and safe. The next day after Fazeera got her first immunition, I took them back home.
 

Early Education

Fazeera has almost similar route to higher education with Hafeez. She had her pre-school at TASKA Al-Ain Seksyen 2, Shah Alam and later going to SRA Qurratul Ain (under Al Arqam Movement) in 1992. When we moved to OMQ in 1993, she changed her school to SRA Al Amin, AU2 Keramat until Std 4 before we transferred her to SKDTHO until she finished her primary school.

In 1998 he joined Hafeez to study full time religious education at Maahad Tahfiz Darul Quran wa Ulumuddin, Sungai Besar until year 2000. Then she was transferred to SM Wawasan, Sungai Petani until her PMR in 2001 and later joined SMA Nahdatul Hasanah, Melele, Kodiang. She sat her SPM in 2003.


dengan kawan di MTDQWU Sg Besar

Mendukung adik baru (Nurul), Ketika melawatnya di MTDQWU Sg Besar (2000)
(Heikal, Nurul and Aisyah)



She supposed to sit for interview for Darul Quran (JAKIM) with Hafeez but she was unfortunate because she got Chicken Pox on the day of interview.


She applied for diploma course in KISDAR, Bukit Putra, Bangi. She finally obtained her Diploma in AlQuran and Sunnah in 2007. KISDAR (Kolej Islam Darul Ehsan) was later upgraded onto Kolej Universiti Islam Antarabangsa Darul Ehsan (KUIS) in 2007.

  

In her first year, she was staying in hostel and later moved to rent a house (sharing with her friends) at a flat nearby her college until her graduation.

On her Convocation Day at KUIS

Fazeera do not like staying at home jobless. She walked around looking for temporary job. First she worked at Klinik Famili (Dr Wan Kamariah) at Setiawangsa for 6 month, later she found a better job as Store Assistant at Watson, Desa Pandan and 3 month later she secured her new job at Adaptasi Masa Sdn Bhd (Electrical Engineering firm) also at Desa Pandan until today (02/12/2009).

All her youngers sibling call her 'Kak Is' . I have some kind of 'worry' about her, because she have so many boy friends. Since she start working, my telephone line at home never stop ringing, especially at midnight. At one point, parent will be happy if their daughter has many admirers, mean your daughter is okay. But, the risk is to make sure your daughter in 'safe activities'. This is what worry me most. It is true what the proverb said 'jaga seorang anak perempuan lebih susah dari menjaga sekandang kuda'. Keep on changing from one boyfriend to another. Uhhhh.

Finally, end of 2009 made me able to see the end of the worry. A man (Mr X) spoke to me requested to see me and my wife, to introduce himself. On 24th November, he came to my house and give his frank and sincere interest to take Fazeera as his future wife. Enough until this point (2/12/09). The arrangement still on going. We talk later about this. Please pray for the success.
 

Engagement Day

Pada suatu malam, awal Disember 2009, seorang pemuda telah memberanikan diri datang ke rumah aku telah menyatakan hasrat untuk meminang anak perempuanku, Fairiz. Si gentleman itu bernama Mohd Farihan bin Mohd Ridzuan yang berasal dari Seremban. Dia bekerja sebagai jurutera elektrik di DUKE. Dua minggu lepas tu, keluarganya pun datang untuk membuat risikan rasmi. Ayahnya Encik Mohd Ridzuan bin Sulaiman dan ibunya bernama Puan Noraizah binti Mokhtar.


Aku ni simple je, so nak dapat menantu pun aku buat simple je. Syarat yang aku bagi kat keluarga Farihan ialah, calun menantu saya mestilah pertama; ada kerja tetap dan kedua; pandai ngaji Qur'an aku. Syarat ini akan aku gunakan untuk semua anak perempuan aku. Tarikh pertunangan ditetapkan pada 20 Feb 2010. Nilai hantaran? kita cakap kemudian la yeeee.... tapi aku bagi estimate, tiga bulan gaji jeeee... ok tak? Diorang pun tak banyak soal dan tak menawar pun.... Maknanya ok la tuuuu....

Pak Long & Mak Long (Datuk Hj Daud Taha & Datin Kamariah

Tetamu-tetamu dari pihak lelaki

Barangan Hantaran Pertunangan

Pada 20 Feb 2010, rombongan pihak lelaki pun datang membawa 7 dulang hantaran. Abang ipar aku, Dato' Hj Daud bin Dato' Hj Taha mewakili keluarga ku menerima pinangan itu. Jumlah hantaran belanja yang dipersetujui ialah sebanyak RM9,000.00 sahaja. Wedding Ceremony.


1.   Majlis Akad Nikah pada 24hb September 2010 jam 2100 di Surau Luqman al Hakim.


2.   Majlis Reception pada 25hb September 2010 (1200-1700) di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara KL.

Ayahanda doakan kamu berdua bahagia melayari perkahwinan hingga akhir hayat dan sentiasa dilindungi oleh Allah dari gangguan syaitan yang sentiasa menggoda kita agar porak peranda,

Pada jam 11.30 pagi, 24 Oktober 2011), Nur Fairiz Fazeera telah melahirkan cucuku yang pertama di Hospital Islam Kampung Baru (KBMC).  Ia diberi nama Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan.

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

Saudara-saudari yang dikasihi,

TAJUK 24 ini adalah berkaitan langsung dengan hal ehwal kehidupan dan perjalanan diri dan keluarga aku. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang didiku dan keluargaku, anda boleh terus melayari blog ini dan membuka tajuk-tajuk berikut:
  • TAJUK 2: AKU DILAHIRKAN
  • TAJUK 3: KAMPONG BOY
  • TAJUK 4: MY SIBLING
  • TAJUK 6: MY HOME TOWN
  • TAJUK 18: PERKAHWINAN DAN ISTERI
  • TAJUK 32: ANAK-ANAKKU SIRI 2
  • TAJUK 33: ANAK-ANAKKU SIRI 3
  • TAJUK 67: PERKAHWINAN FAIRIZ FAZEERA
  • TAJUK 77: ALBUM PERKAHWINAN FAZEERA
  • TAJUK 78: SEPUPU SEPAPATKU
  • TAJUK 204: MENERIMA GELARAN DATUK
  • TAJUK 206: PERKAHWINAN HAFEEZ FIRDAUS
  • TAJUK 209: PERKAHWINAN AISYAHNUR
  • TAJUK 213: ALBUM PERKAHWINAN AISYAHNUR

No comments:

Post a Comment