Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Tuesday, September 21, 2010

TAJUK 1: KENAPA SAYA BUKA BLOG INI?

KENAPA SAYA BUKA BLOG INI?

SEBELUM INI SAYA TELAH MEMPUNYAI BLOG (URL: toharudinrasid.blogspot.com)  YANG SAYA BUKA MULAI  OKTOBER 2009.  BAGAIMANAPUN PADA 21 SEP 2010, 'GMAIL' SAYA TELAH DICEROBOHI OLEH SEORANG 'PENGKHIANAT' DAN MENUKAR PASSWORD SAYA.  OLEH ITU, SAYA TIDAK DAPAT LAGI BUKA 'GMAIL'  DAN JUGA TIDAK BOLEH  'ACCESS'  BLOG SAYA.  MAKA, BLOG TERSEBUT TELAH TERBIAR SEJAK ENTRY TERAKHIR PADA 13 SEPTEMBER 2010.

HARAF MAAF JIKA TERDAPAT KOMEN-KOMEN YANG DISAMPAIKAN MELALUI 'GMAIL' ATAU BLOG LAMA SAYA YANG TIDAK SAYA JAWAB.


    SINOPSIS KEHIDUPAN  

PERJALANAN HIDUP KITA

ALAM RUH
(MENANTI UNTUK DITIUPKAN RUH DALAM BADAN)

 

ALAM RAHIM
(+- 9 BULAN)
.

ALAM DUNIA
(LAHIR HINGGA MATI)
.

ALAM BARZAKH
(BERSEMADI MENUNGGU HARI QIAMAT)
.
ALAM AKHIRAT
(HARI QIAMAT)
(PADANG MAHSYAR)
(SYURGA & NERAKA)
.
Segala penulisan dalam blog ini hanya melibatkan kehidupanku semasa di peringkat Alam Dunia sahaja- itupun setakat yang aku mampu menulis.


TOHARUDIN BIN ABDUL RASHID 
(طهارالدين بن عبدالرشيد)

Aku ingin memperkenalkan diriku dan asal usulku.  Dalam TAJUK pertama ini, aku ingin menulis pergerakan kehidupanku secara ringkas sejak dilahirkan, zaman persekolahan, merentasi kerjaya serta pengalaman mengikuti tugas-tugas di luar negara hinggalah ke hari terakhir hidupku.  Setakat mana jari-jari ini mampu menulis.


Pada hari Ahad 22 November 1959 bersamaan 20 Jamadil Awal 1379 lahirlah seorang bayi di Kg Parit Lapis Mahang, Mk X, Senggarang, Batu Pahat, Johor.  Bayi keempat dari lapan adik beradik ini dinamakan Toharudin.  Bayi ini adalah aku. Nama ini dari bahasa Arab dari dua perkataan 'Toharun' dan 'adDin' yang bermaksud kesucian agama. Bondaku bernama Umikelsom binti Hj Mustapa bin Pajoyo dan ayahandaku bernama Hj Abd Rashid bin Hj Tahir (Isa) bin Ibrahim. Nendaku sebelah ayah bernama Manisah bt Shafie manakala nenda sebelah ibu bernama Suminah bt Hassan @ Kasan. 

Kekanda-kekandaku yang lahir sebelum itu ialah kekanda sulongku bernama Md Jahrom yang dilahirkan pada 7 Jun 1951, kekanda keduaku bernama Siti Rahimah dilahirkan pada 7 Julai 1954 dan kekandaku yang ketiga bernama Khamim yang dilahirkan pada 18 April 1957- beberapa bulan sebelum negara mencapai kemerdekaan.  Maknanya aku merupakan anak pasca merdeka yang pertama dalam keluarga.

Pada tahun 1962 keluarga kami berpindah ke tapak rumah baru (yang ada sekarang) - mengadap ke jalan raya (jalanraya Parit Botak - Parit Hamid yang baru selesai dibina oleh Kerajaan). Rumah tempat kelahiranku yang didirikan mengadap jalan kampung. Setelah kelahiranku lahir lagi empat saudaraku iaitu adinda-adindaku yang bernama Noradzim (anak kelima) yang dilahirkan pada 3 Januari 1963, Rakhiman (anak ke 6) dilahirkan pada 13 Oktober 1965. Aku mendapat adinda seorang puteri yang dinamakan Khairiah (anak ke 7) yang dilahirkan pada 13 Mei 1968 (genap setahun sebelum berlaku tragedi hitam di Kuala Lumpur). Adindaku yang bungsu dnamakan Aminin dilahirkan pada 3 Februari 1971. 

Tiada seorang pun dari kalangan adik-beradikku yang dilahirkan di hospital.  Semuanya dilahirkan di rumah sendiri dengan bantuan bidan kampung. Satu-satunya bidan kampung yang aku kethaui ialah Embah Mini (Sumini). Almarhumah Embah Mini ini bukan sahaja bidan bersalin tetapi juga tukang urut yang handal.

Pada tahun 1966 aku masuk sekolah rendah, Sek Keb Seri Rejo Sari. Kesah persekolahanku di SRS ini diceritakan di TAJUK 5. Pada tahun 1970, aku menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (aku mendapat 3A, 1B, 1C) dan menjadi pelajar terbaik sekolah tahun itu. Tetapi keadaan masa itu tidak memungkinkan aku berpeluang mendapat pendidikan yang lebih baik. Mungkin pihak sekolah pun kurang inisiatif dan keluargaku pun tidak mempunyai pengetahuan tentang kerjaya masa depan.  Masa itu, yang aku tahu kalau ke asrama penuh hanya ke SAS, STAR atau SDAR sahaja.


.
 
 

Aku masuk Sekolah Menengah Tunku Mahmood Iskandar (STMI), Pt Saidi pada tahun 1972. Kekal bersekolah di kampung.  Cerita lanjut mengenai persekolahanku di STMI di dalam TAJUK 7. 

Pada tahun 1972,  kekandaku Siti Rahimah telah melangsungkan perkahwinan dalam usia yang sangat muda, iaitu 18 tahun- semasa menunggu keputusan SPM.  Dia dinikahkan dengan orang sekampungku bernama Hamzah bin Hj Yusof, seorang guru agama (meninggal dunia 2006).  Manakala abang sulungku, Md Jahrom (23 tahun) berkahwin dengan Sharifah Zainah (Kak Enah) pada tahun 1975.

Pada tahun 1974 aku mengambil SRP (dapat A11).  Kira-kira top 5 kat sekolah aku selepas Zalila Junid, Jainuddin Mohayat, Kamisan Sujak dan Abd Rahman Mokhtar.  Yang top 4 semua dapat ke sekolah asrama penuh.  Aku tercicir dan kekal di STMI sehingga SPM.  Aku tidak berminat mengikuti Science Stream di SDBL Batu Pahat. 


Tingkatan 4 Tahun 1975- STMI

Aku lulus mengambil dan peperiksaan SPM pada tahun 1976 dan mendapat Pangkat 1 Agg 16 dan diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 1976 STMI. Tapi masa itu, tidak ada apa-apa celebration untuk Pelajar Terbaik. Aku melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah di SDBL (beberapa minggu sahaja) kemudian terpilih untuk memasuki Tingkatan 6 Rendah di sekolah berasrama penuh - iaitu Sekolah Alam Shah (SAS), Cheras KL. Inilah kali pertama aku merasa tinggal di asrama. Bagaimanapun aku tidak lama di SAS kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UTM (Kursus Integrasi Senibina) pada bulan Mei 77- dan tinggal di asrama UTM Jalan Gurney (sekarang Jalan Semarak). Pada tahun 1979 aku gagal meneruskan pengajian di UTM. Segalanya aku ceritakan di dalam TAJUK 8. Inilah kegagalan besar pertama dalam hidupku.


TJP Intake 37 Sebatang Karah 1980
Tahun 1980 telah mengubah kehidupanku. Pada 2 April 1980 aku diterima dan melaporkan diri untuk menjalani latihan Pegawai Kedet di Sekolah Pegawai Kedet (SPK) Port Dickson bagi Pengambilan Tauliah Jangka Pendek (TJP) ke 37. Aku menamatkan latihan pada penghujung Jan 81, tidak ditauliahkan (bersama rakan seangkatan) kerana aku perlu melapor diri ke Sekolah Latihan Penerbangan (SLP) TUDM sebagai Pegawai Kedet Udara (PKU). Mula-mula aku  dihantar ke SLP I, TUDM Alor Setar untuk menjalani 'ground school' tetapi 2 minggu di Alor Setar aku bersama 5 lagi PKU telah terpilih untuk menjalani latihan asas penerbangan helikopter di SLP II, TUDM Kluang. Pada bulan Mei 1981 aku gagal dalam latihan penerbangan dan ditukarkan ke Cawang Logistik . Inilah kegagalan besar kedua dalam hidupku. Kegagalan ini telah mengubah perjalanan hidupku dalam TUDM yang berbeza dengan apa yang aku cita-citakan.  Hayati tulisanku di dalam TAJUK 11.

Aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) berkuatkuasa mulai 1 Julai 1981 (tarikh kekananan dikebelakangkan ke 24 Jan 1981).  Majlis pemakaian pangkat diadakan di pejabat Komandan TUDM Kluang. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Pemangku Komandan, Mej (U) Abdul Razak Abdul Aziz (bersara Mej Jen TUDM pada tahun 2005) dan ditumpangkan ke Cawang Logistik, ditumpangkan ke Cawang Bekalan.

Selepas mengikuti kursus pendek (sebulan) Modul Pergerakan Udara di SEKLOG, TUDM Kinrara, aku ditukarkan ke TUDM Kuching pada bulan Okt 1981 selama 2 tahun 6 bulan. Sejarah 'ragging' terburuk dalam TUDM di Mes Angkasanuri, dimana seorang juruterbang muda bernama LtM Sukhudev Dass telah mati akibat 'ragging' ini pada tahun 1982. Sebagai pegawai muda yang pertama kali bertugas di Unit operasi, aku melalui banyak 'dunia' baru di sini. Ceritaku di TUDM Kuching aku coretkan di dalam TAJUK 16.


Aku bertunang dengan Adibah binti Hj Taha pada 16 Ogos 1982 (25 Syawal 1402).  Adibah adalah anak gadis seorang ahli politik dari Kampung Merdeka, Batu Pahat yang aku terpikat melalui 'cinta pandang pertama'.  

Aku mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik Siri 22/83 di Institut Teknologi Udara, TUDM Kinrara dari Apr hingga Okt 1983. Kesahku sebagai penuntut kursus di ITU Kinrara diceritakan di dalam TAJUK 19. Sebaik sahaja menamatkan kursus asas Logistik, aku melangsungkan perkahwinan dengan Adibah pada hari Ahad, 16 Okt 1983 (8 Muharram 1404).




Setelah tamat kursus asas aku ditukarkan ke TUDM Kuantan mulai 21 Okt 1983. 3 bulan dari tarikh melapor di TUDM Kuantan, aku terpilih mengikuti Kursus Asas Pegawai Kelengkapan di Sekolah Kor Kelengkapan, Batu Kantonmen selama 3 bulan. Bulan Ogos 1984, ditumpangkan ke Pulatibang 3 sebagai Ketua Flt Logistik. Lt Kol Aziz Iskandar (my Commandant).  Beliau bersara dari TUDM pada tahun 1987 dan khabarnya berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di dalam TAJUK 17 telah menceritakan pengalamanku selama 3 tahun bertugas di TUDM Kuantan.

Pada hari Isnin, 27 Ogos 1984 bersamaan 29 Zulkaedah 1405, cahaya mata sulungku  Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. 

Kereta pertama yang aku beli (second hand) ialah Nissan Pulsar bernombor daftar CQ 5300 pada tahun 1985.

Aku dinaikkan ke pangkat Leftenan (Udara) pada 24 Januari 1985, disempurnakan oleh Pemangku Komandan, Mej Shubli bin Ismail (beliau terbunuh dalam kemalangan pesawat MB-339A pada Jun 1985).


Isteriku melahirkan seorang puteri bernama  Nur Fairiza Fazeera yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada hari Rabu 23 Oktober 1985 (bersamaan 8 Safar 1406).


Aku dipilih mengikuti kursus Diploma in Business Studies, ITM Shah Alam ) bermula pada bulan Jun 1986 dan duduk di Sek 17, Shah Alam (sehingga tahun 1993). Semasa di Shah Alam aku berpengalaman menjadi Imam, Pembantu Amil dan Setiausaha Surau Al Amin Sek 17. 

Graduat dari ITM dengan Diploma in Business Studies , ITM Shah Alam (26 Okt), melapor ke Markas Pemerintahan Pertahanan Udara ( Markas HANUD) dan dinaikkan ke pangkat Kapten TUDM (sebenar) berkuatkuasa pada 1 Ogos 1989. Pemakaian disempurnakan oleh Panglima, Mej Jen Dato' Abdul Ghani Aziz.

Mengikuti
Kursus Pegawai Skuadron 22/90 di ITU Kinrara pada bulan Feb hingga Mei 1990. Cahaya mataku yang ketiga, Aisyahnur Abid dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada hari Khamis 8 Mac 1990 bersamaan 10 Syaaban 1410. 

Pada tahun 1990 aku menukar kereta kepada Proton Saga 1.5 - WBK 1718 (juga kereta second hand). 

Anakku yang keempat, seorang puteri, Atikah Nur Ezzaty  dilahirkan di Shah Alam (di rumah sewa Jln 17/14A) pada hari Khamis, 6 Jun 1991 bersamaan 22 Zulqaedah 1411.  Ini satu pengorbanan besar isteriku untuk menanggung risiko bersalin di rumah sendiri. Aku berpindah rumah dari Sek 17, Shah Alam ke OMQ 121 Kem KEMENTAH pada 28 Jan 1993. 


Pada tahun 1991 aku dapat pengalaman pertama bertugas di luar negara sebagai LO (Log) dalam Ex-Elang Malindo di Medan, Indonesia. Kemudian aku ditukarkan dari MPPU ke DTU Latih sebagai PS 2 Latih (Kewangan) pada 27 Dis 1991. 


Semasa penstrukturan semula TUDM secara besar-besaran, aku ditukarkan ke Bahagian Materiel sebagai PS 2 SISMAT C (Sumber Manusia) mulai 1 Jun 1993 dan dinaikkan ke pangkat P/Mejar TUDM berkuatkuasa 01 Jun 1993. Pemakaian disempurnakan oleh Brig Jen Abdul Rahman bin Rais, APTU Materiel (bersara 1996 dan meninggal dunia pada 18 Sep 2004). TAJUK 21 menceritakan pengalaman pentingku sebagai seorang pegawai staf di peringkat markas Formasi dan Departmen Tentera Udara (DTU)


Pada Jun 1994, aku sekali lagi terpilih untuk mengikuti Kursus Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan -ADBS(HRM) di ITM Shah Alam untuk tempoh selama 2 tahun.  


Aktif dalam PIBG SKDTHO mulai 1995 sebagai AJK, kemudian Timbalan Pengerusi dan Pengerusi sehingga tahun 1999. Anakku ke 5, Muhammad Heikal Fawwaz dilahirkan di OMQ 121, Blok 4501, Lorong Golok, Kem KEMENTAH pada hari Jumaat 26 Mei 1995 bersamaan 25 Zulhijjah 1415.  Sekali lagi isteriku mengambil risiko berani, dalam serba moden ini untuk bersalin di rumah.

Menamatkan kursus di ITM pada Jun 1996 dan dianugerahkan ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Pengurusan Sumber Manusia) Kelas Dua Tinggi, juga menerima anugerah Graduan Terbaik Kursus BBA(Hons)(HRM).  Sepanjang 4 semester pengajian, aku berjaya mendapat 3 Sijil Dekan. 


menerima Diploma dari Timbalan Pengerusi Majlis ITM Tuan Ar Hj Zahani bin Ahmad

menerima ijazah dari Pengerusi Majlis ITM
YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Hj Abd Rahman Arshad

Pada bulan Jun 1996 aku ditukarkan ke Bahagian Materiel, MTU sebagai PS 2 SISMAT B kemudian memangku PS 1 SISMAT. Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1997. Kali pertama aku dapat peluang ke luar negara (luar Asia Tenggara) ialah pada Mac 1997 menyertai PDI Tac Radio Comm di Chandigarh, India.   

Aku menerima pingat kebesaran yang pertama setelah berkhidmat selama 17 tahun, iaitu menerima kurniaan pingat
Ahli Mangku Negara ( AMN) (sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan SPBYDP Agong X: Tuanku Jaafar) pada bulan Sep 1997


AMN PPA


menerima AMN dari YDP Agong Tuanku Jaafar


Julung kali aku diberi peluang untuk menjejak kaki ke benua Eropah ialah pada bulan Nov 98 kerana terpilih mengikuti Pre-Delivery Inspection (PDI) untuk PSRadar di Rome, Italy (semasa di Rome aku berpeluang melawat Pisa, San Marino dan La Spezia dipandu oleh seorang staf Alenia bernama Enrico Bonani). 


Sepanjang tahun 1999 aku mengikuti pengajian setahun di Maktab Turus AT (Kursus MTAT Siri 28/1999) yang turut mendapat Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan, Universiti Malaya. Lawatan ke ke Songkhla & Haatyai, Thailand.   

Setelah 19 tahun bekerja sebagai pegawai TUDM, dan berpangkat Mejar barulah aku mampu membeli kereta 'brand new'.  Semasa di MTAT, aku jual Proton Saga WBK1718 dan beli Proton Wira GLi 1.5 bernombor BFR 1544 (government loan).

Setelah menamatkan kursus di MTAT, aku ditukarkan ke Kementerian Kewangan (Kompleks Kerajaan Jalan Duta) untuk menjawat jawatan Pegawai Khas TUDM di Bahagian Perolehan mulai 27 Dis 1999 dan memperolehi pengalaman manis bertugas bersama komuniti Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) selama 4 tahun bertugas di Perbendaharaan Malaysia. Puteri bungsuku,  Nurul Azyan Syafiqah dilahirkan di Hospital KL pada hari Khamis, 4 Mei 2000 bersamaan 29 Muharram 1421. 

Pada bulan Oktober 2000 mengikuti Project Review Meeting Projek Perolehan Helikopter Generasi Baru TLDM (Super Lynx RMN-NGH Project) di Yeovil (Sommerset) & London, UK.  Inilah pertama kali aku dapat menjejak kaki ke Great Britain- negara yang menjajah negaraku selama lebih 100 tahun). .

Pada bulan Jan 2001 aku berpeluang terbang ke Tucson, Arizona, USA- (via Los Angeles) untuk tugas mambawa pulang Global Express 9007- balik singgah di Barcelona (night stop) & Pulau Maldives (refuelling). Pada bulan Jul 2001, berpeluang pula melawat Toronto, Canada untuk tugas acceptance check pesawat GE 9096, berpeluang  melancong ke Niagara Falls. Pada tahun ini juga aku mula mengikuti pengajian luar kampus di UKM (Sarjana Pentadbiran Perniagaan).  

Aku menjadi kumpulan perintis perpindahan KemKew  ke Kompleks Kementerian Kewangan yang baru di Presint 2 Putrajaya pada Sep 2002. Aku juga berpeluang ke Milan, Italy (via Rome) untuk menghadiri Project Review Helikopter A109M JBPM pada Nov 2002 (berpeluang melancong ke Venice dan balik singgah London.)


Pada tahun 2003, aku menerima ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Konvokesyen ke 31 pada 18 Ogos 2003.


Pada bulan Feb 2004, aku melapor ke MTU-Materiel (SISMAT) dan dinaikkan ke pangkat P/Lt Kol TUDM berkuatkuasa pada 1 Feb 2004, disempurnakan Timbalan PTU, Lt Jen Dato’ Azizan bin Ariffin. Pada Jun 2004, aku menghadiri Logistics Seminar di Singapura. Mulai bulan Mei aku mula membuat kerja sebagai part time tutor di OUM (PPT Shah Alam Sek 7).


Aku dipilih mengikuti delegasi ATM dalam Logistics Working Group Meeting di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Pada bulan Ogos 2005, Menghadiri Pacific International Logistics Seminar di Hickam AFB, Hawaii (via Singapura & Tokyo).




Aku bertukar ke jawatan PS 1 Kontrak mulai 10 Okt 2005. Menerima pingat Kesatria Angkatan Tentera (KAT) pada 15 Nov 2005 oleh YDPA XII Tuanku Syed Sirajuddin.

Aku terpilih mengikuti lawatan ke Indonesia (Jakarta, Bandung, Jogjakarta) untuk Program Pertukaran Pegawai TUDM-TNIAU pada bulan Mei 2006. Aku mengetuai tugas Pre-Acceptance Check untuk Camera F5 AK270 di ROI Barrington, Illinois, USA dari 14 hingga 21 Okt 2006.


KAT AMN PPS PPA


Pada bulan Ogos tahun 2007, anakku Muhammad Hafeez menerima Diploma Tahfiz Qur’an (Darul Qur’an) manakala Fazeera menerima Diploma Pengajian AlQur’an dan Sunnah (KUIS).


Aku ditukarkan ke MLU (sebagai PS 1 Pembaikan)- mulai 01 Apr 07). Terpilih mengikuti tim PDI SU30MKM di Irkutsk/Moscow (Russia) juga majlis Roll out Ceremony Pesawat SU30MKM (13 Mei – 26 Mei 07). Turut terpilih ke UK (London, Bristol, Ansty & RAF Marham) untuk tugas Lawatan di Rolls-Royce Facilities (28 Mei – 1 Jun 07). Dipilih sebagai Tokoh Wira Maal Hijrah 2007 KEMENTAH.



selepas menerima anugerah Tokoh Wira Maal Hijrah 2007


Sekali lagi ke UK (Ansty) bagi tugas Acceptance Test Viper Engine (9-14 Dis 08)- lawatan ke Museum Madame Tussauds). Mula memangku jawatan Ketua Staf Khidmat, MLU mulai 14 Jul 08. 

Tahun 2009, aku ke Bristol, UK -untuk tugas Programme Review Meeting (PRM) Adour Engine (23-27 Mac 09). Secara rasmi ditukarkan ke jawatan KSK mulai 1 Jun 09. Lawatan ke Lytham, UK (London) untuk tugas JPRM Hawk/BAe, dan lawatan tidak rasmi ke Kearsly di Stansted, Martin Bakers di Denham, Oxbridge dan Vector Aerospace di Croydon (28 Jun – 4 Jul 09).


Dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM pada 30 Jul 09 dan berkuatkuasa pada 01 Jun 2009.



penyempurnaan pangkat Kol TUDM oleh
YBhg Tan Sri Azizan (PTU)


Aku  mengikuti tugas LSM pesawat CN235 di Bandung, Indonesia (Mei 2010) dan tugasan TCG/LSM SU30/MIG di Moscow (Jun 2010) dan Provisioning Meeting PC7 di Stans Switzerland.

Pada hari Sabtu 25 Sep 2010 bersamaan 15 Syawal 1431, anak keduaku, Nur Fairiz Fazeera bernikah dengan Mohd Farihan bin Md Redzuan.


Pada 28 Okt 2010 aku menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) dari 2005  YDPA XIII Tuanku Mizan Zainal Abidin.




KAT KMN AMN PJM PPS PPA

Dengan izin Allah swt, aku telah dapat melaksanakan Rukun Islam ke 5 (menunaikan Fardhu Haji) di Tanah Suci Makkah.  Aku berada di Tanah Suci (Makkah dan Madinah) dari 30 Okt hingga 12 Dis 2010.


Pada 03 Jan 2011 aku ditukarkan semula ke MTU(MINDEF) untuk menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Strategik.  Bahagian Pengurusan Strategik merupakan organisasi yang terbaru ditubuhkan di dalam TUDM untuk menangani Gagasan 'Air Force- Next Generation'.

Pada hari Isnin, 24 Okt 2011 bersamaan 27 Zulqaedah 1432, cucuku yang pertama, Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan oleh anakku Nur Fairiz Fazeera di Hospital Islam Kampung Baru (23 Okt adalah hari lahir ibunya).

Pada hari Ahad 30 Oktober 2011 bersamaan 3 Zulhijjah 1432 anak sulungku, Muhammad Hafeez Firdaus bernikah dengan Musfirah binti Abdul Kadir di Masjid AnNur, Tg Rambutan, Perak.

Pada hari Sabtu 19 November 2011 bersamaan 23 Zulhijjah 1432 Aisyahnur Abid bernikah dengan Kapt Muhammad Noor Hafiz bin Kassim di Surau Luqman Hakim, KPTOJ, Kem KEMENTAH.

Pada 8 Feb 2012, aku ditukarkan (tumpangan sementara) keluar dari MTU-BPS untuk kembali ke MLU memegang jawatan Ketua Staf Khidmat (buat kali kedua).

Pada 15 Julai 2014 (tangguh ke 24 Ogos) aku telah ditukarkan dari MPBU ke MTU-Materiel untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Materiel.

Pada 19 Ogos 2014, anakku yang keempat, Atikah Nur Ezzaty telah dinikahkan dengan Muhammad Asyafiq bin Harun di Surau Luqman Hakim.

Pada 16 Mac 2015, aku ditukarkan ke Markas ATM - Bahagian KOMLEK untuk mengambil alih jawatan Pengarah Bantuan Khidmat.

Pada 22 Okt 2015 aku menerima pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) dari SPB YDPA XIV Tuanku Sultan Abdul Halim.

PAT KAT KMN AMN PJM PPS PPA

Wahai TOHARUDIN, bermula dari tarikh kamu dizahirkan di muka bumi ini, setiap detik adalah detik yang memotong usiamu.  Setiap apa yang kamu riwayatkan di bawah ini adalah satu perjalanan yang kamu tempuhi sebelum sampai detiknya roh nyawamu akan dipisahkan dari jasadmu.  Jasad  yang ketika ini menjadi kebanggaan, kemegahan akan dimasukkan ke dalam perut bumi menjadi hidangan cacing tanah..... 


Mampukah rohmu nanti untuk menjawab 5 soalan wajib yang dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir!
  • Man robbuka?
  • Ma dinuka?
  • Man nabiyuka?
  • Wa imamuka?
  • Man ikhwatuka?




Selepas ini, aku akan menulis dengan lebih terperinci setiap peristiwa dalam hidupku setakat yang aku ingat pada usia setengah abad ini

4 comments:

  1. assalamualaikum,
    saya telah mengikuti bloh abg toha dan merasakan bahawa abg toha memang seorang yg hebat. liku2 kehidupan di kg tidak byk bezanya dgn saya dahulu..

    mengenai pahlawan musa, sekiranya abg toha mengetahui serba sedikit mengenai kisah hidup beliau, bolehlah berkongsi maklumat dgn saya.

    bangga dapat berkenalan dgn abg toha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Blue Riders, terima kasih di atas compliments yang diberikan. Saya juga membaca blog saudara.
      Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti.

      Delete
    2. Assalam.. Suatu penceritaan yg begitu panjang dan detail. Kagum bila maklumat dan peristiwa sentiasa ada tempat dan tarikh. Tak ramai yg mampu mengingati tarikh2 penting apatah lg yg dah berlaku 20-30 tahun lepas. Sbg anak jati Johot dan juga bekas anak didik Sek Keb Seri Rejo Sari 1984-1989, saya rasa amat berbangga. Jatuh bangun adlh lumrah kehidupan. Bila kita jatuh, kena cepat berdiri dan bila kita berdiri, ingat juga orang lain yg memerlukan kita untuk bangun bersama. Semoga Allah memberkati usaha Tuan

      Delete
  2. Blue Riders, waalaikum salam,
    terima kasih for the compliments. alhamdulillah, selain dari menulis untuk keseronokan, mengenang masa lalu, antarakandungan blog adalah pengetahuan am yang boleh dikongsi bersama. selamat berkenalan.

    ReplyDelete