Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Tuesday, September 21, 2010

TAJUK 2: AKU DILAHIRKAN





.
ASAL USUL DIRIKU

Aku dilahirkan pada hsri Ahad, 22hb November 1959 (bersamaan dengan 20 Jamadil Awal 1379  di Kampung Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Toharudin  merupakan kombinasi dua perkataan Arab ‘toharu (toharoh)’ yang bermaksud SUCI dan perkataan ‘addin’ yang bermakna AGAMA...jadi maksud keseluruhannya (ejaan yang lebih tepat sepatutnya Toharuddin) ialah KESUCIAN AGAMA.

Menurut kata almarhumah nenda sebelah emakku (Embah Suminah), nama TOHA juga untuk mengingati semula nama salah seorang abang kepada ibuku yang meninggal dunia sewaktu kecil. Namanya Mohd Toha. Cuma diubahsuai sedikit menjadi Toharudin. Mungkin bila memanggil namaku, embah dapat menghilangkan kesedihannya kehilangan anak yang disayangi.

Parit Lapis Mahang adalah salah satu dari puluhan kampung (perkampungan masyarakat Jawa) di sepanjang lebih kurang 20km jalan dari simpang Parit Hamid ke simpang Parit Botak. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kampungku dan persekitarannya sila baca tajuk khas yang kutulis bertajuk 'My Kampong' dalam blog ini.

 
Bapak dan Emak

Bapaku (aku panggil bapak) bernama Abdul Rasid @ Abdul Rashid @ Haji Abdul Aziz bin Haji Tahir. Bapak dilahirkan pada 24 May 1927. Tapi aku percaya, itu bukan tarikh yang tepat kerana keadaan penempatan orang dulu yang jauh dengan pekan, biasanya pendaftaran dibuat setelah beberapa hari atau kadang beberapa bulan bayi dilahirkan.  

Ibuku (aku panggil emak) bernama Umi Kelsom binti Haji Mustapha. Emak dilahirkan 17 Julai 1935 di Parit Lapis Mahang. 

Kedua-dua almarhum datukku sebelah bapak (Haji Tahir) dan datukku sebelah emak (Haji Mustapha) berasal (bermigrasi) dari Kabupaten Blora, Propinsi Jawa Tengah, Indonesia. Mereka semua berhijrah ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Pertama. Blora adalah sebuah daerah (kabupaten). Kalau perjalanan dari Jakarta ke arah Surabaya, setelah melepasi bandar Semarang (450km dari Jakarta), sampai di pekan Rembang (118km dari Semarang), akan ada simpang ke kanan ke arah pekan Blora. Jarak dari Rembang ke Blora antara 37km.




Datukku sebelah bapak, almarhum Haji Tahir Haji Tahir @ Isa bin Ibrahim (aku panggil Mbah Tahir) dilahirkan di Jawa dalam tahun 1888 (lebih kurang) dan meninggal dunia di Parit Lapis Mahang dalam tahun 1976. Dalam kad pengenalannya disebut sebagai Haji Tahir bin Jayos. Tapi sebelum semasa hidupnya almarhum pernah bercerita bahawa nama bapanya yang sebenar ialah Ibrahim. Tetapi semenjak kecil almarhum dibela oleh bapa saudaranya yang bernama Jayos. Setelah dewasa almarhum berhijrah ke Tanah Melayu dan mendaftar di sini sebagai Tahir bin Jayos kerana almarhum hanya mengenali penjaganya sebagai bapanya. Embah Tahir meninggal dunia dalam tahun 1976 ketika aku dalam Tingkatan 5.

Setelah berhijrah ke Tanah Melayu almarhum Haji Tahir berkahwin  dengan nendaku Hajjah Manisah binti Shafie (aku panggil Nyai Sah) dilahirkan pada tahun 1904 dan meninggal dunia pada 19 Mac 1992. Nyai meninggal dunia (dalam tidur) dalam keadaan fizikal yang sihat di rumah bapak. Ketika itu aku telah berpangkat Kapten TUDM bertugas di MINDEF.
.
 
Allahyarhamah Mbah Hj Tahir bin Ibrahim dan Allahyarhamah Nyai Hjh Manisah Shafie
(nenda-nendaku sebelah bapak)
.
Gambar keluarga yang tertua yang dapat diperolehi (1961)
Belakang dari kiri: almarhum Abd Manap @ Hj Shukor, almarhumah Hjh Halimah, Hj Razikan, Hjh Umi Kelsom dan Abd Rashid 
Duduk dari kiri: almarhum Embah Hj Tahir and almarhumah Nyai Hjh Manisah;
Berdiri di hadapan dari kiri: Hjh Siti Rahimah (kakakku), Hj Khamim (abangku), Shamsiah (sepupuku), Hj Md Jahrom (abangku) and aku 
(gambar ehsan dari Mohd Rohan Abd Manap)

.
Sijil kematian almarhumah Nyai Manisah

Almarhum datukku sebelah emak bernama Haji Mustapha bin Pajoyo @ Haji Omar juga dilahirkan di Tanah Jawa.  Mbah Mustapha (aku tidak pernah menemuinya) meninggal dunia dibunuh oleh anggota Pasukan Bintang Tiga (pengganas komunis) dalam tahun 1944 semasa Malaya masih lagi dalam pemerintahan Jepun. Almarhum dibunuh dihadapan rumahnya di Parit Lapis Mahang. Almarhum diburu oleh anggota Bintang Tiga kerana dianggap sebagai orang kampung yang aktif dan berpengaruh dalam perkumpulan masyarakat dan agama.  Keadaan kehidupan yang dhaif pada masa itu, menurut kata emak aku, jenazahnya hanya dikafankan dengan kain kelambu sahaja. Jenazahnya disemadikan berhampiran dengan tempat kematiannya.

Almarhumah nenekku sebelah emak bernama Hajjah Suminah binti Kasan @ Hassan (aku panggil Mbah Suminah). Direkodkan almarhumah Mbah Suminah dilahirkan di Tanah Jawa pada tahun 1909 di Jawa dan meninggal dunia di Parit Lapis Mahang (rumah bapak) pada 15 Jun 1995 dalam usia 86 tahun. Pada masa itu aku berpangkat Mejar TUDM dan sedang mengikuti pengajian ijazah di ITM Shah Alam.


.
Allahyarhamah Embah Hjh Suminah bt Kasan (nendaku sebelah ibu)



Kad Pengenalan almarhumah Mbah Suminah 


Sijil Kematian almarhumah Mbah Suminah

Ayahandaku yang dikasihi telah meninggal dunia pada 9 Dis 2015.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesemua nenda-nendaku, ayahandaku, dan bapa/ibu saudaraku yang telah meninggal dunia".


Pada 16 Okt 13, Aminin telah menemui dokumen-dokumen yang amat berharga, iaitu surat beranak bapak dan emak. Baru kini aku tahu bahawa nama asal bapak mengikut dalam Sijil Kelahirannya ialah Suhud bin Haji Tahir yang dilahirkan pada 9 Mei 1927, manakala nama emak ialah Kalsom bin Mustapha (Mustapha bin Omar) dilahirkan pada 17 Julai 1935.

Sijil Tanam Cacar Bapak

Sijil Kelahiran Emak
(antara istilah lama yang digunakan ialah Rumah Pasung (maknanya Balai Polis)

Kad Tanam Cacar Emak


Passport Haji Bapak (1953)

 
  
Kad Ahli UMNO Bapak (1953)



Salah satu kewajipan di pagi raya (awal lapan puluhan)

Pusara Almarhum Embah Hj Mostapha jaraknya lebih kurang 50 meter dari rumah bapak


Bapak bernikah dengan emak lebih kurang tahun 1949 atau 1950 dan dkurniakan Allah swt dengan 6 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan:
  • Md Jahrom @ Long @ Om (Haji) - dlahirkan pada tahun 1951, bernikah dengan Sharifah Zainah binti Syed Lani (Hajjah) dalam tahun 1975 dan dikurniakan dengan 4 orng anak (2 lelaki dan dua perempuan).
    • Azyati
    • Khairul Fahmi
    • Aini Nadhirah
    • Muhd Fairuz 
  • Siti Rahimah @ Ngah @ Im (Hajjah) - dilahirkan pada tahun 1954. bernikah dengan almarhum Haji Hamzah bin Haji Yusof (meninggal dunia pada tahun 2007) pada tahun 1972  dan dikurniakan dengan 9 orang anak (seorang meninggal dunia).
    • Khasiatul Fauziah
    • Nizatulshima
    • Mohd Razaleigh (meninggal dunia)
    • Mohd Nasruddin
    • Mohd Rahmat
    • Mohd Fitri
    • Mohd Hamdan
    • Nur Faizi Fahariah
    • Nur Farizah Syahidah
  • Khamim @ Amim (Haji) - dilahirkan pada tahun 1957. Bernikah dengan Badariah binti Samin (Hajjah) dalam tahun 1985 dan dikurniakan dengan 6 orang anak (3 lelaki dan 3 perempuan).
    • Muhammad Yusuf Islam
    • Siti Maryam Jamilah
    • Nor Rashidah Aziziyah
    • Intan Rosharina Zaharah
    • Ali Imron Syarifuddin
    • Muhd Alif Syukri Al Bukhary
  • Toharudin - dilahirkan pada tahun 1959. Bernikah dengan Adibah bt Hj Taha (Hajjah) dalam tahun 1983 dan dikurniakan dengan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan).
    • Muhammad Hafeez Firdaus
    • Nur Fairiz Fazeera
    • Aisyahnur Abid
    • Atikah Nur Ezzaty
    • Muhammad Heikal Fawwaz
    • Nurul Azyan Syafiqah
  • Nor Adzim @ Ajim - dilahirkan pada tahun 1963. Bernikah dengan Zaharah binti Abd Rahman dan dikurniakan dengan 7 orang anak (4 lelaki dan 3 perempuan).
    • Mohd Fauzan
    • Ain Nazihah
    • Wahidatul Saidah
    • Muhammad Ilman
    • Muhammad Farhan
    • Muhammad Ikhwan
    • Nurlyana Hazirah
  • Rakhiman @ Man (Haji) - dilahirkan pada tahun 1965. Bernikah kali pertama dengan Siti Salmah binti Jahis pada tahun 1994 dan dikurniakan dengan 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan). Mereka berpisah dalam tahun 2004 bernikah dengan Jamilah Abd Ghai dalam tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
    • Siti Fatimah Nurashikin
    • Amirul Zulhilmi
    • Muhd Imran Zaki
    • Aliyah Nazihah
    • Iyrdina Zahirah
  • Khairiah @ Yah (Hajjah) - dilahirkan pada tahun 1968. Bernikah dengan Mohd Safingi bin Sulaiman dalam tahun 1992 dan dikurniakan dengan 5 orang anak (1 lelaki dan 4 perempuan).
    • Fatin Fadhwana
    • Umar Abdul Aziz
    • Raihan Nur Hanani
    • Khairin Jadwa
    • Khairunnisa'
  • Aminin @ Minin @ Min - dilahirkan pada tahun 1971. Bernikah dengan Reiza Mardeanna binti Mohd Rosdi dalam tahun 2008 dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki.
    • Adam Iskandar
Note: 


The detail of my siblings can be found in another blog title 'My Sibling'.

Amir bin Agos (born: 1958) is the son of one of my aunts from my mother's side (Siti Amirah binti Mustapha @ Lek Siti). He joined my family in 1968 due to some 'long story family dispute'. I should not tell more about the story here because it touched 'somebody' that already passed away. We (the whole family) treated him 100% as part of our family.

Family Photo: taken in 2000 
Standing from left: Md Jahrom, Rahimah, Khamim, Toharudin, Amir, Adzim, Rakhiman, Khairiah and Amir.


emak (kiri) dan almarhumah Embah (kanan)

MY CHILDHOOD 


As a normal 'kampong boy', I was grown up within the typical kampong environment. Our (boys) routine activities were driven by the environment such as ground, trees, birds, fruits, water (river and pond) and etc. 


Lastik or catapult (the most dangerous weapon at that time)

Normally we moved in group, 3-5 boys per group to go for fishing, 'melastik burung' (shoot the birds by using catapult, and the bullets were normally unripe coffee bean or small gravels), 'membaling buah mangga (kat kebun orang punya laaa)', or 'mandi parit'. If you see the 'parit' (drain) today, you could not imagine how we all can 'mandi' inside there, what was the product after taking the bath. Actually we all were not 'mandi' but 'berkubang' (wallowing).

'Mandi Parit' - we did not have beach picnic so wallowing in the drain (parit) was the alternative. 

Other games we played were 'main tarik upeh, main gasing (top), main dilu'-dilu'an (police & thief), 'main lastik getah (catapult)', main ogok ilit (kenda-kendi)' and main galah. 
'Upeh' is a Javanese word of dry frond from a betel palm tree. For the villagers, 'upeh' was usable. Before 'tupperware' was introduced to the remote kampong areas, they used 'upeh' to wrap food (Malay = bekal) for the school children (Jawa = bontrot). They also used it as a packing material for 'dodol' (Jawa = jenang) and 'getok ubi'. 'Upeh' was also used a game material to entertain our small brother/sister as alternative to 'basikal roda tiga'. Sometimes we (children) performed a competition of 'lumba tarik upeh'. How the 'upeh' was used, please see the picture below.

  
Mandi Parit (kiri),'Main Tarik Upeh Pinang (tengah), dan  'Main Gasing (Top) (kanan) 

'Main galah' was famous during the fasting month. The playing time was after 'sembahyang terawikh' (about 1030 pm) and the place was at the 'surau's' compound. We divided into two team of 4 to 6. Normally we played for one or two hours, but sometimes get carried away we played until 1.30am or until my father came with rattan or more lucky, he use the 'kayu tiang main galah' to slash us. However my father will only slash me and my brother, not other boys/players. The others will normally get disappeared fast. 

Ending up the games with fighting (struggling) also happened. This happened when one of the players or team was cheating in the games or hitting the rival (while getting through the distance) to hard. However, tomorrow night we will forget the dispute and play again.

Another night games was 'main sembunyi-sembunyi' or 'dilu'-dilu'an' (police and thief). In this games, we would specify the boundary or limitation, so the players could not hide as they like. Sometimes, if we failed to find out, everybody will get worry and start to think nonsense, that was 'dia kena sembunyikan jin' (gin/genie). Our belief was the Muslim gins were staying in the mosque or 'surau'. We believed that the gins will cover our friend and invisible from the searcher.


How to select (among the players) who will become the searcher? There was a 'lagu' for that.  One of the players will say the song and in each word of the song, he will point toward the players one by one.


CHOK DONG KELADI KAPANG NASI KUNYIT PANGGANG AYAM CHOK DONG PET! 


The person who had been pointed at the word 'PET' will became the searcher!

Today, 'no boys will be playing around at the mosque or 'surau' after Isyak prayers. Only stranger like to sleep inside the mosque or surau because the almost all suraus were installed with  fan. But those days, sleep in the mosque was something to be avoided. If you are 'unlucky' at the midnight, the gins will lift you and put you beside the well or in front the toilet.

Javanese terms:

Kakang or Kang (abang)- your elder brother or the son of your elder uncle/aunt.
Kakak or Kak or Bakyu (kakak)- your elder sister or the sister of your elder uncle/aunt.
Wak (Pak Cik tua)- your elder brother/sister to your mother or father (uncle/aunt).
Lek (Pak Cik muda) - your younger brother/sister to your mother or father (uncle/aunt).
Embah (datuk or atok)- your male grandfather.
Nyai (nenek)- your female grandmother (sometime also called Embah)-in Perak they called 'opah' atau di Negeri Sembilan 'wan'.
Buyut (moyang) - your grand grand father.
Putu (cucu) - your grand grand children.
Dhulur (saudara-mara) -your relatives.
Ponaan (anak saudara) nephew or niece.

Gambar tahun 1980

gambar raya (1980) berlatarbelakangkan rumah Nyai (Manisah)

gambar raya (1998) berlatarbelakangkan rumah bapak

Dan demikian lah, sekarang tahun 2011, satu persatu bapa/ibu saudaraku meninggalkan dunia yang fana ini, dan kini giliran aku dan adik beradik serta sepupu-sepupuku mengambil alih tugas sebagai ORANG TUA yang juga akan menghampiri sakarul maut pada bila-bila masa sahaja.  Mungkinkah usia kita semua akan sepanjang usia mereka semua yang mencecah sehingga 70-80 tahun????


bapak dan emak pada 11 Apr 14
HARI INI BAPAK (SEJAK 2-3 TAHUN LALU) SUDAH TIDAK MENGENALI ANAK-ANAKNYA LAGI. yANG BAPAK KENAL HANYA EMAK SAHAJA. KAMI BOLEH BERBUAL APA SAHAJA, TAPI DIA TAK TAU DENGAN SIAPA DIA BERCAKAP...


Tiada gambar yang rumah di mana aku dilahirkan. Sama ada sememangnya tiada gambar atau sudah hilang atau musnah semasa perpindahan. Rumah yang sedia ada dibina dalam tahun 1962 ketika aku berusia 2 tahun lebih. Rumah ini pun sudah banyak kali mengalami perubahan, renovasi dan pembinaan semula. Ini adalah antara gambar rumah bapak yang ada dalam simpanan.





No comments:

Post a Comment