Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Tuesday, September 21, 2010

TAJUK 3: KEHIDUPAN BUDAK KAMPUNG

 
  KAMPUNG BOY   

My father had his own way to discipline his family. He was very strict to his children, especially in the aspect of education and 'Qur'an learning'. He did his own. Eventhough he only completed Darjah 3 Sekolah Melayu, his Mathematics was highly respected. What had made him so good in Mathematic? As a 'small holder' (pekebun kecil) he has acres of rubber trees and coffee. The dried rubber were sold to the middleman (named Ah Chew), They weighed the 'getah keping' by old type of weighing instrument. I do not know how to describe here but it needs at least 2 person to shoulder. The concept is similar to the weighing instrument shown in the picture below. But this instrument only used by the small shop owner to weigh thins less than 5 kati (those days we did not use pounds or kg).

So, off course, my father need mathematic (calculation) ability to calculate the weight of the 'getah keping' with the latest rubber price. The price were announced everyday at the end of news in the Radio Malaysia. So, one of my duty was to take note of the price. Many categories of 'getah keping' and our product (getah kampong) was the lowest grade, that was Getah No. 5.



  
  
tapping the rubber tree to get the latex 

During the school weekend (Friday and Saturday), we (my brothers/sisters) have to help aou parents in rubber plantation (is not really a plantation- just smallholhers and we called it 'kebun getah'. We have to wake up in the early morning for rubber-tapping. Still dark. We have to use 'lampu suluh'. It was not a torch light. It used kerosene (minyak tanah) as a fuel. I could not find the picture to show. It was extincted product.

Why in the early morning? It because when the day start to hot (after sunrise), the latex flow will be getting slower (due to drying process), so, the product will be lesser. So, the earlier will be better, more time for the latex to flow and more input.

So much of history (bitter history) to write about rubber tapping until the complete-process of it. It took almost half a day. Normally when we came back from the machine-house, it just due for lunch time. Just enough time to take bath. It was not easy to claear the dried rubber sticked on our skin. It also took time to peel off.

 
This is a rolling machine, and the last process of converting the latex into a rubber pieces. After this the rubber pieces need to be dried under the sun until they properly dry before they can be sold to the rubber whoseller (buyer)

http://2.bp.blogspot.com/-EEjynwDBT2s/TXY3dSZYrII/AAAAAAAAAKQ/iMHyhuZxZfg/s1600/P1010863.JPG
 
 
 
 
 


After lunch time and and performed Zohor prayers, we have about one-hour to rest, for short nab.

By 2pm we have to start our afternoon activities, either to kebun coffee or palm oil or to clean the 'kebun'. Sometime our parent plant ubikayu (tapioca) and pisang (banana tree) on the newly replanted land. Either belong to us or belong to our neighbours' land. While waiting for the rubber tree to get matured (normally within 5-7 yeras), normally we planted a cash crops like pisang, keladi, ubi, keledek, jagung and vegetables.

Very seldom for us to have free time during the weekend or school holiday. Forgat about picnic or family outing. They were not in our dictionary.

For the coffee, we plucked every 2 weeks and sold at the local factory owned by Hj Musa (Embah Muso), one of the richest man in my kampong at that time. He had a factory to process a fresh coffee (plucked from the tree) until became a dried coffee bean.



Coming back to my ori topic. My father had his own unwritten rules to be followed by all the family members:
  • Before the end of Dj 1, mesti hafal Sifir 1 till Sifir 12 (you can find the Table of Multiply at the back page of all work book (buku tulis) cover). The main reason was, at Dj 1 you must know how to calculate the; measurement of foot and inch, feet and yard, cupak and gantang, month and year etc.
  • By the end of Dj 2, you must memorized Sifir 16. This sifir is to calculate tahil and kati, ounze and pounds.
  • By the end of Dj 3, you must memorized Sifir 24.
  • Every day (never failed) at 5pm you must be on the spot of reciting Qur'an. Just reciting. The learning part will be at night after Maghrib.
  • When you reach home from school, leave your school bag beside the main door. During your lunch, my father will inspect the books, especially 'buku kerja Kira-kira' (Math).
  • Do not ever tear your books. Sometimes we were trying to cheat him. If we had a lot of 'pangkah' at one page, we tore that page! and normally we forgot that the other side of the page left loose, and we forgot to take it out.
  • When he is sleeping. do not ever make noise, especially quarreling with your siblings. You will get hell...
  • When he is at home, do not quarrel. However, 6/8 boys could not stay peaceful for long time.

Inilah gambar bapakku. Tahun ini (2009) beliau berusia 82 tahun. Selain dari membesarkan aku dengan disiplin yang amat tinggi, satu perkara yang melekat dalam sanubariku sehingga aku berusia setengah abad ini ialah cara beliau mengajar aku dan adik beradikku belajar mengaji Al Qur'an. Sebelum ini, aku telah menceritakan bagaimana aku dibesarkan secara 'rattanlogy' dan pelbagai kesah menyayat (sekarang melucukan) yang telah kami beradik lalui. Kali ini aku akan memfokus bagaimana beliau mendidik kami membaca alQur'an.


Ini rotan dan yang bawah ni adalah bapak aku... antara bapak aku dengan rotan dan antara Qur'an dengan Rotan adalah bagaikan aur dengan tebing, bagai alu dengan lesung dan bagaikan isi dengan kuku.




Perigi dan Sejarahnya


 


You see the pictures above? I took the photograph on 28 Dec 2009 when i went back for Raya Haji. This is 'Kolam' or 'Perigi' or well. I have a lot of story about it. When I was small (below 12 years) this is the place we (the whole family) took my bath everyday. No pipe or tap water at that time. Every house in kampung has this 'kolam'. The size ia about 15 x 10 feet. The depth of the water level is about 4-5 feet (depend on the rain season). However during the drought (dry season) the water level will be very shallow, less than a foot and the water taste was so sour.

At that time, there were 3 wells at my house. Today only one left (the pictures). The other two were covered (reclaimed) to allow the land to be used for other purposes, also to avoid dangers to the children. That time my parent did not have many grandchildren like now. Children who do not know how to swim can get drowned in this well.

I do not know how long this 'historic place' could last.

How they took their bath in the open space?. The women (my mother and sister) will take their bath in the early morning or late evening when the it was dark. However, they had the choice to take bath in the light by wearing 'kemban'.

The men and boys? Easy, for the men, they wore 'kain pelikat' or 'seluar katok (boxer??)'. But for the boys (including me) we wore nothing! Naked.

The beauty was, at that time no boys had the 'feeling' to peep the women taking bath. Good boys or stupid boys!.

At that time, there was no 'zink fence' as in the picture above. So, we could dive from all sides. I learnt how to swim in this well (THIS WELL). I used two dry coconuts tied together became a float.



HOWEVER, when i went back to my kampong a week before my Hajj (30 Okt 2010), I found that the well was already covered with rubbish (see pics below).  My parent decided to 'close' the heritage swimming pool.  They might have their on reason to cover it, I guessed due to potential hazards for children. Dan yang terakhir semasa aku balik kampung pada 15 mac 2012, kambusan ke atas kolam itu semakin penuh dan telah rata dengan tanah daratan.  Hilanglah satu khazanah yang menyimpan sejarah pahit 'anak-anak Hj Rashid @ Aziz'.



Lagi Cerita Masa Kecil

Selain dari cerita kegarangan bapakku, banyak lagi cerita yang aku ingin kongsi bersama waktu aku masih kecil. Keluargaku bukanlah keluarga yang berada. Tapi dalam kampungku memang ramai lagi yang lebih susah dari keluargaku. Ayahku ada kebun getah dan kopi lebih dari 10 ekar. Ada orang kampung yang tiada tanah langsung, hanya mengambil upah menoreh di kebun orang. Ramai anak-anak yang tidak bersekolah menengah kerana tidak mampu. Rata-rata khususnya anak perempuan, akan menamatkan pengajian di Tahun 6 sahaja. Ramai kawan-kawan ku semasa sekolah rendah yang mempunyai keputusan yang baik sepanjang sekolah rendah telah tidak meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Mereka dikahwinkan dalam usia muda bagi meringankan bebanan ibu bapa mereka.


gaya kampong tulin (berdiri dari kiri, Ajim, Am dan aku), Duduk: Man (entah kenapa muka poyo sangat-  mungkin baru bangun tido.....anggaran tahun 1968 atau 69

Makanan Harian

Masa kecil, makanan yang biasa adalah lauk dari sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, bayam, meranti serta ikan kering sahaja. Biasanya sayur lemak la...kelapa pun tak payah beli. Tapi kalau pucuk ubi atau meranti aku suka dicelup dalam air panas (Jawa kata dikulup) bila dah lunyai, kemudian diperah. Cecah dengan sambal kicap...aduhhhh sedap bibbb. Sampai sekarang pun aku buat lagi. Isteriku pun suka makan.

Lauk ikan boleh lah seminggu sekali, beli dari Cina penjual ikan yang keliling kampung naik basikal. Daging lembu, jarang sekali. Kena tunggu bapak aku turn bandar Batu Pahat atau pekan Parit Raja.

Sarapan pagi, biasanya 'lempeng kelapa' cecah dengan sambal tumis atau gula pasir je. Kadang ubi rebus atau ubi/pisang goreng.


lempeng kelapa dan sambal tumis
(credit to: shw.damira.fotopages.com)

Sembelih Ayam

Sebulan sekali bapak akan sembelih ayam belaan sendiri. Nak tangkap ayam, adik beradik kena kejar keliling rumah. Kejar sampai ayam tu lembik (lempok kata orang Jawa), dia akan sembunyi celah-celah pokok atau longgokan kayu. Senang la menangkapnya. Tapi kalau kena ayam jantan (jago), lembik lutut juga dibuatnya si pengejar sebelum dapat menangkapnya. 

Bapak akan sembelih sendiri. Orang sekarang orang makan daging ayam cuma beli badan sahaja yang telah siap dibersihkan dan dipotong. Paling-paling ada yang ambil isinya seperti hati dan pedal. Sedikit saja yang ambil kakinya. Yang lain buang.

Masa dulu, semua diambil, kepala pun buang paruh je, kaki ayam cuma buang kuku je, buat sup sedappppp.....manakala usus ayam pun ambil, dibelah atau diterbalikkan dan dibuang isi (tahi). usus ni sedap digoreng dengan kunyit. atau masuk dalam sup kaki dan tulang. Tongkeng ayam (Jawa panggil butru) memang sedap...goreng. Kalau tak pun cucuk dengan lidi penyapu, bakar dah mencukupi.


gambar hiasan mengejar ayam untuk disembelih

Masa aku kecik, orang-orang tua kata, jangan makan tongkeng ayam nanti mudah lupa; jangan amkan pedal ayam nanti kalau sunat liat..... nak takutkan budak-budak supaya jangan makan. Rupa-rupanya sedap.

Biskut Rendam

Dalam rumah aku, sepanjang masa akan ada biskut tawar (orang sekarang panggil biskut mayat) satu tin. Bila abis, bapak akan beli lagi. Untuk minum petang atau makan dengan kopi panas selepas makan malam. Bila malam, biasanya aku dan abang-abang akan ambil biskut tu dalam 4-5 keping, masuk dalam mangkuk. rendam dengan air panas campur gula (atau susu) biar sampai kembang. Ummphhh lazat. Budak-budak sekarang kalau lapar waktu malam, akan cari mee segera atau 'maggi'.... seperti kata Alex peserta Raja Lawak 4 'maggi sudah kembang'.



Musim Buah

Musim durian adalah saat yang ditunggu setiap tahun. Keliling rumah aku banyak pokok rambutan dan manggis. Tapi pokok durian cuma 2-3 batang sahaja. Tapi, kat rumah nenek aku (Nyai Sah) kat baruh memang banyak pokok durian. Kalau musim durian, kami akan ramai-ramai tidur rumah Nyai. Aku tinggal dengan Nyai sejak aku Tingkatan 4 hingga aku tamat SPM.

Surrrrrrrr....Bukkk. Bunyi durian jatuh tengah malam. Kami adik beradik akan berebut turun cari durian yang jatuh. Seronok masa tu.

Rambutan?... Rambutan kat rumah bapak masih muda dan tak tinggi, jadi boleh jolok/kait dengan buluh je. Tapi rambutan rumah Nyai dah tua, tinggi, kena panjat. Kami buat para (ran) atas pokok rambutan. Makan kat atas. Kalau bukan musim buah, kadang-kadang kami adik beradik lelaki saja suka panjat, main tarzan. Kenangan pahit yang masih kekal seumur hidupku ialah apabila aku jatuh dari pokok rambutan kat rumah Nyai (masa tu usia ku dalam 6 tahun) dan bibirku pecah. Aku di bawa ke hospital untuk dijahit. Bekas luka itu masih ada sehingga sekarang.

Wayang Penerangan

Zaman aku kecil, perkataan 'panggung wayang' tiada dalam dictionary kepala otak aku. Jadi, memang tak terfikir atau ada keinginan nak tenguk wayang di panggung.  Lagi pun, kalau ada panggung pun, bapak aku tak akan bagi.  Jadi, hiburan wayang yang kami boleh dapat ialah wayang oleh Jabatan Penerangan yang datang ke kampung dua-tiga bulan sekali.  Biasanya pada sebelah petang, van Jabatan telah datang ke laman balai raya kampung aku dan memasang kain layar.  Jadi, malam itu satu kampung pun datang berduyun-duyun.

 

Mereka akan tayangkan filem tahun 50an (confirmed black and white). nanti di tengah-tengah cerita, mereka akan hentikan dan pegawai dari jabatan akan memberi ceramah seperti pendaftaran kanak-kanak, kad pengenalan, pendaftaran sekolah, pilihan raya, berkaitan tatacara pertanian dan perkebunan dan sebagainya.

Inilah hiburan orang kampung masa itu. Bagi pemuda kampung, masa seperti itulah peluang nak tenguk dan mengusik-usik anak dara kampung! 

Kabol Penyabit Kepala

Apa itu kabol? Masa aku kecil dulu antara yang kami takut ialah orang India keturunan Benggali/Punjabi yang jual kain atau roti. Kami panggil Benggali dengan panggilan 'Kabol'.  Ada dua kabol yang selalu mengayuh basikal keliling kampung dengan bakul besar di belakang.  Satu kami panggil 'Wak Kanol' satu lagi ' Wak Sajat'. Keduanya beragama islam dan sentiasa memakai serban.  Kami tahu sebab bila masuk waktu sembahyang, mereka akan berhenti di mana-mana surau untuk bersembahyang.  Kenapa kanak-kanak takut 'kabol'??  

Ceritanya, orang tua-tau nak menakutkan anak-anak supaya jangan merayau waktu tengahari, maka dikatakan kabul-kabul ini mencari kepala manusia untuk digunakan menyemah.  Contohnya, jika ada projek buat jambatan baru, jin penunggu sungai akan meminta habuan kepala manusia.  Kalau tak disemah, nanti jambatan itu akan diganggu, jadi retak atau runtuh.  Maka, kontraktor jambatan akan mengupah kabul-kabul ini untuk menyabit kepala budak-budak yang suka merayau sorang-sorang.  Kepala itu akan dimasukkan ke dalam bakul besar di belakang basikal mereka. Itu sebab, bila nampak kabul lalu, kanak-kanak akan bertempiaran menyembunyikan diri.

Keling atau India?.  

Aku tak faham kenapa orang India sekarang amat sensitif dengan panggilan Keling.  Masa aku kecil, panggilan Keling kepada orang yang berbangsa India adalah satu perkara biasa dan diterima masyarakat, termasuk bangsa atau individu India itu.  Pada masa itu, di kampung-kampung ada kedai-kedai milik bangsa India Muslim, sama ada kedai runcit atau kedai makan.  Masa itu kami tidak ada perkataan 'Mamak' dalam kamus kepala kami.  Yang ada ialah 'Keling'.  Kalau emak atau bapak suruh beli barang, dia akan sebut beli kat kedai 'Keling'.  Ada satu kedai makan milik bangsa India bernama Ibrahim, isterinya orang Melayu.  Kalau nak makan rojak, kami akan kata "makan rojak kat kedai Keling Berahim" atk pulak panggil kedai mamak.  Mereka tak marah pun! Tak ada sensitivity, tak ada niat nak merendahkan martabat atau kasta mereka.  Tapi sekarang, orang India marah betul kalau dipanggil Keling.  Tak pasti sama ada kita salah panggil atau mereka yang berubah dan lupa asal usul mereka.  

Malah dalam pelajaran di sekolah pun, kita ada banyak menggunakan perkataan 'Keling', khususnya dalam simpulan bahasa, contohnya 'Keling Karam', 'Gendang Keling' dan Berani-berani Keling". Apa perlu sensitif, kerana ada juga simpulan bahasa lain yang bersifat negatif seperti 'Janji Melayu' dan 'Cina Buta'?

Ada juga nama-nama benda, gelaran atau tempat dirujuk dengan nama 'Keling' seperti Tanjung Keling,  Pisang Keling, Ubi Keling, Keling Botol, Mabuk Keling,  Keling Pelikat, Pusing Keling dan sebagainya. Malah ramai juga dari kalangan orang Melayu yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama 'Keling' dan yang paling yang masyhur ialah Prof Dato' Dr Zainal bin Kling dan Dato' Nordin bin Kling.

Jadi, saya pun tak nampak kenapa panggilan Keling boleh dijadikan isu yang sensitif.  Masa kami sebut perkataa Keling pun, tak ada terlintas untuk menghina atau merendahkan bangsa India.  Itu adalah yang kami tahu sejak kami lahir lagi.

Lesen Basikal

Oh ye, baru aku teringat ada satu benda yang mungkin generasi kini tidak pernah dengar. Masa aku kecik-kecik dulu, setiap basikal mesti ada lesen (kira macam 'road-tax'la nii) yang dibeli di Balai Polis tempatan dan perbaharui setiap tahun. Kalau tidak silap harganya satu ringgit setahun.  Aku tak ingat tahun bila ia dihapuskan. Mungkin tahun 70an juga.  Begitu juga dengan radio dan televisyen.  Semua kena ada lesen. Lesen radio dibatalkan dalam tahun 80an, masa itu seingat aku Dato Rais Yatim adalah Menteri Penerangan.  manakala lesen TV beberapa tahun kemudian- tahun 90an.  Aku masih ingat semasa aku bertugas di Kuantan (1983-86) dan duduk di rumah sewa Taman TAS, ada pemeriksaan lesen TV, dan TV rumah aku tidak diperbaharui.  RM24 sahaja setahun tapi selalu lupa atau cuai.

Lampu Basikal

Satu lagi perkara yang berkaitan dengan basikal ialah lampu basikal. Masa aku kecik-kecuk dulu (tahun 60an), jalan kampung tiada lampu jalan (kecuali bila masuk malam 7 likur sehingga hari raya seminggu apabila orang kampung memasang pelita di sepanjang tepi jalan di hadapan rumah mereka). Tiada lampu LLN (sekarang TNB). Api elektrik belum sampai ke kawasan kampung kami. Malahan, jalan raya Parit Botak pun belum ada kemudahan elektrik.

Untuk berjalan malam, basikal perlu dipasang lampu, dan loceng (dering). Lampu basikal (seperti dalam gambar di bawah) adalah penting kerana basikal diperlukan untuk aktiviti malam seperti pergi kenduri-kendara di rumah saudara-mara atau untuk menjemput Mak Bidan kampung jika terdapat kes bersali di waktu malam.

 

Cahaya atau api lampu basikal di janakan oleh satu alat yang dipanggil dynamo yang dipasang pada mud-guard (sepit udang) seperti gambar di bawah. Apabila berjalan di waktu malam, dynamo (Jawa panggil delmo) akan diselaras (tekan) dan kepala dynamo akan melekat pada tayar basikal. Apabila tayar berpusing, kepala dynamo akan itu berpusing dan menghasilkan kuasa elektrik yang seterusnya disalurkan ke lampu basikal.

Mana-mana basikal yang tidak dipasang lampu seperti ini, pengayuh basikal akan menggunakan lampu suluh berbateri (torch light). Ia agak sukar sikit kerana terpaksa menggunakan sebelah tangan untuk memegang torchlight tersebut.

 

Menggunakan lampu basikal (berdynamo) ini akan mengalami kesukaran jika melalui jalan kampung yang becak (berlumpur) kerana apabila tayar diselaputi lumpur, ia akan menjadi licin dan kepala dynamo sukar untuk berpusing. Maka kuasa elektrik tidak dapat di jana.

Radio Transistor & TV

Kampung aku hanya ada televisyen pada tahun 1970.  Itu pun sebuah sahaja di dalam satu kampung, iaitu di kedai Wak Ishak.  Masa itu tv hanya mula jam 7 petang hingga 12 malam sahaja. Itu pun ada dua saluran sahaja, RTM1 dan RTM2.  Kadangkala dapat juga TV Singapura (ini kelebihan orang Johor la).  Biasanya kedai akan penuh masa hari Jumaat malam Sabtu.  Ada cerita Melayu.  Selain itu yang gak famous ialah gusti dan cerita Combat (malam Selasa).  Aku tak selalu dapat tenguk TV kerana bapak aku tak bagi.

Sebelum ada TV kami hanya mendapat hiburan melalui radio transistor sahaja.  Selain dari mendengar berita (kerana nak dengar harga getah terkini)- antara program radio yang digemari masa itu ialah drama dalam syair, lagu-lagu permintaan dan berbalas pantun.  Itulah hiburan waktu zaman kanak-kanak dahulu. Amat terhad.

Lampu Pom - Lampur Sentir

Seperti diceritakan tadi, kampung aku hanya ada api letrik pada tahun 1970- menggunakan generator.  Itu pun sebuah rumah sahaja di dalam satu kampung yang memilikinya, iaitu di kedai Wak Es (allahyarham).  Jadi sebelum itu kami hanya menggunakan lampu gas atau kami sebut sebagai 'lampu pom'.  Lampu gas ini hanya digunakan apabila menggunanya ramai seperti masa makan malam dan masa mengaji.  Selepas itu kena padam. Jika kami mahu belajar sendirian, terpaksa guna lampu minyak tanah (bersumbu) yang lebih kecil. Kami sebut lampu cimeni. Semuanya menggunakan minyak tanah (kerosene) sebagai bahanapi.

Itulah kehidupan kanak-kanak kampung, makanan kurang berzat, malam pulak baca buku kekurangan cahaya....

Lampu Gas @ Lampu Pam (digantung di gelegar atau siling rumah)
Lampu Belajar - diletak atas meja (yang famaous tu ialah cap Nyonya)

Lampu Tidur (kecil sedikit dari lampu belajar- digantung didinding)
Ini dinamakan lampu ayam- tapi kadang digunakan sebagai lampu tidur

Funny and Scaring Punishments

Ikat kat pokok rambutan berkerengga 

Masa dulu keliling rumah aku memang banyak pokok rambutan. Macam2 nama jenis rambutan, contohnya rambutan gading, rambutan gading, rambutan A4, dan macam-macam lagi. So, adik beradik aku sorang satu ada adik angkat pokok rambutan ini. Masing-masing jaga adik angkat dan bangga dengan hasilnya bila musim buah. Tapi, semua dah kene tebang bapak aku, ye la bila dah tua, jadi besar dan tinggi, banyak sampah kat halaman rumah. Dulu, abang atau akak angkat yang jaga, sapu sampah dan sebagainya. Sekarang semua dah keluar kampung, emak bapak aku tebang semua tu. Lagi satu, pokok rambutan ni banyak semut dan kerengganya. Semut hitam. kalau gigit..walaupun tak sesakit kerengga, tapi boleh tahan la seksanya.

Campak Dalam Kolam

dah tenguk gambar kolam kat atas tadi? Kolam tu selain dari tempat mandi harian, ia juga adalah tempat dijatuhi hukuman. Adik beradik aku, tak kira lelaki atau yang perempuan, kalau buat salah seperti tak lulus periksa atau koyakkan buku sekolah, hukumannya ialah bapak akan campak dalam kolam.

Kalau tanya Ngah, Abang Amim, dan Amir (mungkin Ajim dan Man juga), banyak cerita dan derita yang boleh dikaitkan dengan kolam ini.


Pikul batang pisang keliling kolam

Suatu petang, lepas zohor, bapak aku tak ada kat rumah atau pun sedang tidur. Abang aku, Amim dan Amir main mandi kolam (yang dalam gambar tu laaa). mandi punya mandi (Jawa panggil 'ngublek'), tak sedar satu kolam dah jadi keruh kerana lumpur di dasar kolam dah naik. Kelabu satu kolam. Kebetulan, petang tu, aku demam, jadi tak ikut 'ngublek' dengan abang-abang aku. Aku cuma duduk mencangkung kat tepi kolam menonoton abangku bersuka ria mandi manda.

Bila petang, bapak nak mandi, dia tenguk kolam dah jadi kubang kerbau, apa lagi, menyinga lah orang tua tu. Kami kena 'fall-in' dan dibicara dan dijatuhi hukuman 'on the spot'. Amim dan Amir kena pikul batang pisang (macam pikul 'log' masa kedet laaa) keliling kolam. Aku terselamat kerana tak mandi. Aku jadi tukang kira. Aku tak ingat berapa pusinga semuanya, tapi yang pasti tak kurang 50 kali pusingan.

Kayu Api Untuk Masak

Kayu api adalah perkara wajib dalam kehidupan kampung. Kayu api adalah bahanapi utama di masa itu khususnya untuk masak-memasak di dapur. Malah pada masa ini, kayu api masih digunakan semasa rewang masak memasak dalam kenduri perkahwinan.

Kalau di bandar dari dulu lagi kayu api dibeli dari pembekal. Biasanya dari kayu bakau. Ia lebih tahan lama. Tapi masa di kampung dulu, kayu getah adalah sumber utama untuk dijadikan kayu masak.

Apabila ada orang kampung yang membuat replanting (tanam semula) kebun getah mereka, maka kami adik beradik akan ramai-ramai mencari kayu api. Namanya mencari tapi bukan semudah itu. Kami adik beradik terpaksa membawa gergaji panjang (lebih kurang 6 kaki) yang mempunyai pemegang di kedua-dua belah (seperti dalam gambar ini). Susah betul nak cari gambar gergaji seperti ini.


Setelah dipotong pada saiz 1 kaki setengah, kami ikat di belakang basikal (yang berkaria besat)- kami panggil basikal kargo. Kami bawa balik ke rumah. Kalau muatan banyak, kami tolak sahaja basikal itu, Berulang kali kami angkut kayu-kayu api sehingga terkumpul banyak untuk dijadikan stok berbulan-bulan. Tugas seterusnya ialah membelah kayu itu kepada belahan kecil. Tertakluk kepada saiz kayu bulat. Ada di belah dua, ada dibelah empat dan ada yang lebih lagi. Sebelum aku meninggalkan kampung sudah ada mesin gergaji digunakan. namun hanya seorang sahaja orang kaya di akmpung aku yang mampu membelinya iaitu Haji ismail (allahyarham). Beliau anak-beranak mempunyai kepakaran menebang dan memotong kayu getah. Setelah ada mesin gergaji itu, bapak mengupahkan sahaja tugas memotong kayu api. Kami hanya mengangkut dan membelahnya sahaja.


 
 

Kayu yang telah dibelah akan disusun bersilang seperti gambar di bawah dan dibiarkan dibawah panas matahari sehingga kering. Lepas itu akan disusun di dalam rumah kayu. Tidak boleh dibiarkan terlalu lama terdedah hujan dan panas kerana aia akan cepat reput.


Beginilah keadaannya dapur yang menggunakan kayu sebagai bahanapi. Untuk memulakan api terpaksa menggunakan getah sekerap dahulu. Getah sekerap yang kering dibakar dengan kayu-kayu yang kecil dan kering kemudian barulah diletak kayu yang lebih besar.

 



Kena Kejar Kerana Menangis

Masa kecik, aku ni 'gembeng' atau 'kememeh', kuat menangis. Usik sikit je nak menangis. Oleh kerana adik beradik kami ramai lelaki (6/8) maka untuk menjimatkan belanja bulanan, bapak aku beli sendiri alat gunting rambut dan gunting rambut sendiri rambut anak-anaknya. Satu hari, bapak aku gunting rambut kami. Gunting tu agaknya tumpul, jadi menggigit-gigit rambut, sakit laaa.... Jadi sambil menahan kesakitan gigitan gunting tu, aku menangis tersedu-sedu. Bapakku pun naik angin (dia memang pantang tenguk anak menangis). Maka diketuk kepala aku dengan mesin gunting rambut tu... Aku terkejut, entah macamana, terus lompat dari kerusi dan lari. Apa lagi abang-abang aku pun kene kerah untuk kejar aku. Kejap je, dapat tangkap dahhh...apa lagi kena la satu round belasah...dan sambung lagi gunting rambut....

Belasah dengan kayu masak

(rotan tu biasa laaaaaa). Kalau bapak aku tak sempat nak cari rotan, apa-apa yang ada depan dia, dia akan capai untuk belasah kami. Kadang dahan pokok, kadang kayu masak, kadang pelepah kelapa.... Adoooiiiiiiiiii. Kalau zaman sekarang, mesti dah ada orang yang report polis kerana mendera anak-anak. 


Zaman itu, masak guna bahan api dari kayu.  Itu pun satu kerja juga.  Bila hari minggu, kami dikerah kekebun-kebun getah orang kampung yang baru ditebang (untuk replanting).  Kami akan memotong kayukayu getah dengan gergaji (dua orang satu gergaji).  Potong kayu getah bulat-bulat dalam urukan dua kaki.  Kumpulkan, bawa balik rumah.  Di rumah nanti kami akan belah kayu itu untuk dijadikan kayu masak.  Setelah kering kami masukkan dalam 'rumah kayu'yang dibina khas  untuk melindungi kayu supaya tidak kena hujan.


dan, kadang-kadang kayu masak itu lah yang akan makan tubuh badan kami.  Kalau kami buat salah berdekatan dengan rumah kayu, bapak akan capai kayu masak dan belasah kami kat situ juga.

dan stayle bapak aku ni, kalau dia tengah naik 'sheh' jangan ada sapa nak tolong.  Emak aku akan tengok dari jauh sahaja.  Tak berani dia nak intercept.  Karang dia mak-mak sekali kena hamun.  Selalu yang boleh menyelamatkan kami ialah kalau ada orang datang ke rumah.  Kawan-kawan bapak atau saudara mara atau jiran.  Bapak ada sikit segan kalau orang luar nampak 'keganasannya yang melampau' itu. 



 
 

Firman Allah Ta'ala maksudnya:
"Aku perintahkan manusia akan membuat kebajikan kepada Ibu-Bapak nya"
Adapun ertinya membuat kebajikan kepada keduanya itu iaitu mendengarkan dan menurut perintahnya dan memberi hormat kepadanya, menyenangkan hatinya dan menjauhkan kemurkaannya atau kejengke lannya, dan jangan mengeluarkan perkataan kasar kepadanya"
.

Firman Allah Ta'ala maksudnya:
"Maka jangan engkau berkata kepada ibu-bapa engkau perkataan yang kurang hormat seperti kata "Ufh", dan jangan engkau bentak-bentak pada keduanya, dan berkatalah engkau pada keduanya dengan perkataan hormat lagi mulia"

Dan Firman Alloh Ta'ala maksudnya :

"Rendahkan diri engkau kehormatan bagi keduanya, Hai Tuhanku beri Rohmat pada keduanya sebagaimana keduanya itu telah memelihara daku waktu kecilku adanya"


SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI SEGALA DOSA KEDUA IBU-BAPAKU SEPANJANG HAYATNYA- DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
DUNIA DAN AKHIRATNYA

No comments:

Post a Comment