Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Sunday, September 26, 2010

TAJUK 13: ANAK-ANAKKU 2- AISYAHNUR DAN ATIKAH

ANAK NO 3 & NO 4
ANAK NEGERI SELANGOR

dari PUTERI AIRMATA kepada 
WANITA WAJA
AISYAHNUR ABID
(8 Mac 1990)
Aisyahnur Abid dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 03 Mac 1990. Masa itu aku tinggal di No 28, Jalan 17/14A, Shah Alam. Waktu bersalinkan Aisyah, aku tidak dapat menunggu ibunya kerana pada waktu itu, kedua-abang dan kakak Aisyah (Hafeez dan Fazeera) diserang penyakit demam campak.

Menjaga dan membela Aisyah ketika kecil boleh dikatakan amat mencabar sekali. Karektor Aisyah waktu kecil adalah kuat menangis dan tak boleh berenggang dengan ibunya. Kemungkinan, disebabkan semasa ia berusia 4 bulan ibunya sudah mengandungkan adiknya menyebabkan ia tidak dapat meneruskan susu ibunya. Kalau balik kampung, dia tak mau mengikut atau didukung oleh orang lain. Kena sentuh orang lain je dah melalak, kalau ibunya bangun pun melalak.... sampailah usianya lebih kurang 5 tahun. Tapi sungguh pelik, apabila ia berusia 6 tahun dan dimasukkan ke TADIKA, Aisyah berubah serta merta. Terus tak menangis dan berani. Sehingga sekarang, dia paling kuat semangat berbanding dengan yang lain, tabah, sukar menangis dan mudah berdikari.




Aisyahnur mula mengikuti pendidikan pra-sekolah di TADIKA KEMAS KEM KEMENTAH selama setahun. Kemudian memasuki Tahun 1, di Sek Keb Desa Tun Hussein Onn (SKDTHO) mulai bulan Januari 1997 sehingga tamat Tahun 6 pada tahun 2002. Meneruskan pengajian ke Tingkatan 1 di Sek Men DTHO mulai Januari tahun 2003, mengambil PMR pada tahun 2005 dan menamatkan sekolah menengah dan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2007.

anak daraku tiga sederet...

Setelah menerima keputusan SPM dia melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR) mulai Mei 2008 dalam jurusan Diploma in Culinary Arts. Sepanjang pengajiannya dia tinggal di asrama (sewa) di Kondominium Kelana Puteri di Kelana Jaya.


Hari pendaftaran di UNITAR Kelana Jaya
 

Rupanya, Aisyah sudah diminati seseorang sejak bersekolah lagi. Dengar-dengarnya, semasa dia mengikuti program motivasi di ATMA, Sg Besi semasa di Tingkatan 5. Pastinya, jejaka ni student ATMA (UPNM) yang menjadi fasilitator program tersebut.



Engagement Day


Aku tak berapa ingat tarikh pihak lelaki datang merisik Aisyah. Tapi, lebih kurang dalam bulan Mac. Seperti sebelum ini, syarat aku untuk calun menantu tetap sama. Pada 8 Mei 2010 (lebih kurang jam 1130) secara rasminya rombongan dari Kluang, Johor telah sampai dan Aisyah dengan rasminya ditunangkan dengan Kapten Mohd Noor Hafiz bin Kasim @ Along. Wakil keluargaku kali ini ialah Kol (B) Hj Mohd Abu bin Hj Ali (birasku) dan jumlah hantarannya juga RM9000. Mak dia bising juga nak minta lebih. Hahaha. Orang pompuan, biasa laaaa. Tapi alasan aku, tak elok la, sama tahun, nanti kakak dia kecik hati pulakkk.

Hafiz adalah graduan UPNM dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan kini sedang berkhidmat di Batalion ke 13 RAMD di Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak.

Ayah Hafiz (Encik Kasim bin Wahab) adalah bekas tentera juga, manakala ibunya bernama Puan Muslimah Shariff.

 

 
 

Aisyah telah menamatkan pengajian di UNITAR pada bulan Mei 2010 dan dianugerahi Diploma in Culinary Arts dalam Konvokesyen ke 11 UNITAR pada 22 Oktober 2011 di Dewan A, Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC). 



Aisyahnur telah selamat dinikahkan pada 19 November 2011 di Surau Luqman Hakim dan aku sendiri sekali lagi menikahkan anak aku (kali kedua).  Majlis walimahnya diadakan di Dewan Seroja, KEMENTAH pada jam 1200 hingga 5.00 petang.  Majlis ini dibuat bersekali dengan majlis bertandang anak sulungku Muhammad Hafeez yang dinikahkan di Tg Rambutan pada 30 Okt 2011. 


 
 
 
 

Aisyahnur Abid selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada jam 0443 hari Sabtu,  24 November 2012 di Hospital ATM Tuanku Mizan.  Seorang puteri yang dinamakan Auny Humayra.


 
 


Semoga anakandaku Aisyahnur Abid,serta zuriatnya sentiasa mendapat kerahmatan Allah serta mendapat perlindungan Allah swt dari apajua perkara yang buruk, keji, dan jahat sehingga hari Kiamat.


.
PUTERI MANJA: ATIKAH NUR EZZATY
(6 Jun 1991)


Atikah Nur Ezzaty dilahirkan di Rumah No 28, Jalan 17/14A pada 06 Jun 1991 (rumah sewa). Kali pertama isteriku melahirkan anaknya di rumah, diuruskan oleh bidan dari Klinik Sek 17. Ketika itu aku sedang mengikuti Kursus Pegawai Skuadron di Kinrara.

Kelahiran Atikah pun ada sejarah juga. Oleh kerana aku sedang berkursus, aku minta emak aku datang untuk tolong bantu. Tapi lain pulak jadinya. Entah siapa yang silap cakap, silap faham, berlaku perselisihan faham antara isteri dan emakku. Satu situasi yang amat kritikal, antara isteri dan ibu.



Atikah memulakan pra-persekolahan pada tahun 1997 di TADIKA KEMAS yang sama dengan Aisyahnur, dan masuk Tahun 1 di SKDTHO pada Januari 1998 hingga tamat Tahun 6 (UPSR) pada tahun 2003. Masuk ke Tingkatan 1 di SMDTHO pada Januari 2004, mengambil PMR pada tahun 2006 dan SPM pada tahun 2008.

 
 

Pada bulan Mei 2009,Atikah melanjutkan pengajian ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi dalam jurusan Diploma in Islamic Banking. Mula-mula dapat offer Diploma in E-Commerce tapi memohon bertukar kursus.  Di semester akhir dia  menjalani latihan praktikal di Prima Elite Sdn Bhd, Setiawangsa mulai  bulan April 2012 hingga Jun 2012.

Selepas hari Raya 1433H, Atikah mula berkerja dengan Syarikat EZ Kembara, iaitu sister company kepada EZ Qurban tempat Hafeez bekerja.  Tahun 2012 juga dia belajar di sekolah memandu dan berjaya lulus ujian lesen memandu (dua kali) pada bulan Dis 2012. 



 
 

bersama Khadijah (Kak Jaja)- Jaja ialah kakak angkat Hafeez


Setelah berkerja dengan EZ Travel selama lebih kurang 3 bulan dia berhenti dan mulai Mac 2013 bekerja sebagai Guru sekolah TADIKA di Wangsa Maju.

Pada bulan Jun 2013, Atikah berhenti kerja dengan TADIKA tersebut dan berpindah ke syarikat yang baru, iaitu Neural Resources Sdn Bhd di Wangsa Maju. 

Pada 26 Jan 2014, sebuah keluarga dari Kg Jawa, Jalan Sg Gerang, Bt 18, Ulu Langat telah datang untuk merisik Atikah dan diikuti oleh Majlis Pertunangan secara rasmi pada 1 Feb 2014.

 
 
 
 
 
 
 







.





No comments:

Post a Comment