Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Tuesday, September 21, 2010

TAJUK 6: KAMPUNG HALAMANKU NAN INDAH PERMAI


  PARIT  
  LAPIS MAHANG  

DESAKU YANG PERMAI
PETA BATU PAHAT
Peta bahagian tengah kawasan pantai barat Negeri Johor DT, yang meliputi kawasan pekan-pekan yang berdekatan dengan kampungku. 

Sebelum mengetahui lebih dekat dengan kampungku dan rumahku, marilah kita berkenalan sedikit latar belakang daerah Batu Pahat (BP) dan mengenali pekan-pean yang berada di sekeliling kampungku. 

Kalau kita lihat peta di atas, cuba lihat jalan utama (Persekutuan) iaitu 'Jalan Batu Pahat ke arah Ayer Hitam' dan jalan dari bandar Batu Pahat ke arah Benut, terdapat sebatang jalan (Negeri) yang merentas kawasan menghubungkan kedua-dua jalan utama tadi.  Jalan tersebut bermula di (point A) Pt Hamid (antara pekan Ayer Hitam dan pekan Pt Raja) berakhir di Pt Botak (point B) antara pekan Senggarang dan pekan Rengit. Jarak jalan ini lebih kurang 22.5 km. 

Kampungku terletak  di antara simpang Parit Hamid dan simpang Parit Botak. Lebih kurang 6.4 km dari simpang Pt Botak. 

Parit Botak hanyalah sebuah perkampungan kecil nelayan. Mengikut kata orang tua-tua di kampung, nama Parit Botak diambil sempena seorang China berkepala botak yang menjadi Taukeh ikan di kampung tersebut.

Jeti nelayan Parit Botak, sebuah perkampungan nelayan di kuala ungai Parit Botak 

Antara pekan-pekan yang berhampiran dengan kampung aku ialah Senggarang, Rengit, Parit Raja, Air Hitam, dan Yong Peng.  Tapi dalam blog ini aku hanya nak cerita mengenai Senggarang, Rengit dan Parit Raja sahaja kerana ketiga-tiga pekan ini mempunyai nostalgia tersendiri dalam kehidupan kanak-kanak aku.

SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR

Dari cerita cikgu saya masa sekolah rendah dulu, nama Senggarang ini, berasal dari perkataan 'Sang Yang Garang' iaitu merujuk kepada buaya yang garang atau ganas (wild crocodiles) yang menghuni di Sungai Senggarang. Banyak penduduk yang berurusan dengan sungai (ye la, masa dulu2 mana ada jalan raya, orang kampong naik sampan menggunakan sungai untuk ke pekan) telah menjadi mangsa bahaman sang buaya. Dek hari-hari sebut sang garang, sang garang, lama kalau orang tanya, 'awak nak ke mana?" ...Pegi sungai sanggarang". Ada orang kata, ia merujuk kepada bahasa jawa 'Seng Garang' yang membawa maksud yang sama, iaitu 'Yang Garang'.



gate kawalan air Sg Senggarang, berhampiran pekan Senggarang


Sg Senggarang, now looks shallow

semasa aku kanak-kanak dulu, Sg Senggarang ini kelihatan besar dan dalam dan merbahaya kerana dikatakan didiami banyak buaya



 
Kuala Sungai Senggarang yang semakin dihakis ombak Selat Melaka

 
Pekan Senggarang (masih banyak bangunan kedai lama yang dibina sebelum merdeka)


Pekan ini lebih kurang dalam 4.5 batu (dulu kita orang tak sebut km) dari rumah aku. Masa aku sekolah rendah, kalau nak ke pekan, tunggu ayah aku bawak la, naik basikal. Basikal dulu ada 'karia' di belakang (asalnya bahasa Inggeris laaa... 'carrier'). Kalau kat atas karia tu penuh dengan barangan yang dibeli, baik aku naik kat depan la pulak. Duduk mengiring atas pembuluh tu.... Bayangkan 4.5 batu naik atas besi pembuluh, tak ke kebas punggung aku!.


sebahagian lagi pekan Senggarang



  
antara bangunan sebelum Perang Dunia II yang masih megah 


Bila dah sekolah menengah, aku dah pandai/berani ke pekan dengan kawan-kawan, kayuh basikal sendiri la. Motorsikal masa tu tak ada lagi. Bapak aku beli motor masa aku dah Tingkatan 2. Tapi tu pun bukan aku boleh bawak, apa lagi untuk rekreasi. Lesen tak dakkk...., pegi kebun dengan pusing2 kat kampong je bole laaaaa.

Satu-satunya kedai jahit (tailor) yang aku paling ingat di Senggarang ialah Kwang Tong Tailor. Kat situlah aku dan abang-abangku buat seluar panjang. Kalau seluar pendek atau seluar sekolah kita orang beli yang dah siap je la. Tapi bila dah masuk Tingkatan 4 tu, dah pandai pilih fesyen, seluar sekolah pun buat kat tailor. nak fesyen cover poket belakang la,nak 'saddle king' la..... ye laaa, ikut trend masa tu.

Ada satu kedai buku (India Muslim), Kedai Buku Majid namanya (tapi dah lebih 30 tahun tutup la). Tiap-tiap tahun bila nak bukak sekolah, kat situ lah bapak aku bawak kami semua untuk beli buku sekolah. Masa tu, mana ada skim pinjaman macam sekarang. Bila teringat, rasa macam nak menangis mengenangkan betapa besar pengorbanan bapak untuk menentukan kami semua ada buku teks yang cukup setiap tahun. Masa tu, kami semua tak tau apa erti kesukaran mencari wang. Dengan hasil getah yang sedikit itulah bapak membesarkan kami semua, menyekolahkan kami agar menjadi manusia berguna dan tidak menjadi penoreh getah sepertinya.


Di pekan Senggarang hanya ada sebuah sekolah menengah, iaitu Sek Men Senggarang. Antara kampong yang agak famous di kawasan pekan Senggarang ialah Kg Sungai Lurus. Di kampong ini ramai saudara mara ku di sebelah nenek sebelah ayahku.

PEKAN RENGIT




Balai Polis Rengit

Sungai Rengit di belakang pekan

Pekan Rengit terletak antara Pekan Senggarang dengan Pekan Benut, melalui jalan dari bandar batu Pahat ke Pontian (kita selalu panggil jalan pantai). Pekan Rengit ni, famous dengan Pasar Hari Jumaat. Kalau nak ke Rengit kena naik bas (tunggu tepi jalan, depan rumah je) atau kereta 'prebet sapu'. Dulu ada 'shuttle bus' MARA kemudian jadi bas MAJU, la ni (sejak lebih 10 tahun lepas) dah tak ada perkhidmatan bas. Dengarnya tak menguntungkan. Kalau nak naik basikal tak larat... lebih 10 batu dari rumah aku. Sekarang ni, semua orang dah ada kenderaan sendiri. Jadi, kalau nak ke Rengit boleh naik kereta atau naik motorsikal.


Di Johor,ada dua pekan bernama Rengit. Satu lagi ialah pekan Sungai Rengit di Pengerang dalam daerah Kota Tinggi. Rengit adalah sejenis serangga yang saiznya seperti agas yang suka menghurung hidangan di dapur yang tak bertutup. Serangga ini tidak menggigit seperti agas atau nyamuk dan tidak membawa kuman penyakit seperti lalat. Dia ni cuma merimaskan sahaja.


  

Masjid Jamek Rengit


Kuala Sungai Rengit terkenal dengan pusat jualan barang-barang terpakai


Untuk budak sekolah, pekan Rengit ni masyhur dengan pusat kegiatan Pengakap. Ini kerana kebanyakan pemimpin pengakap daerah Batu Pahat tinggal atau guru di kawasan Rengit. Setiap tahun akan ada perkhemahan pengakap 'Kumpulan Rengit' di kawasan belakang Sekolah Menengah Chung Hwa. Di Rengit pada masa itu hanya ada dua sekolah menengah. Satu lagi ialah Sek Men Tan Sri Sardon (STSS). 

Kalau melalui jalan dari kamppungku ke arah pekan Rengit terdapat sebuah pantai peranginan (tak lah popular sangat) di Kg Punggur Laut.  Masa aku sekolah, pantai ini diberi nama Pantai Berangan dan sekarang dikenali sebagai Pantai Rekreasi Punggur. Mungkin nama tersebut ditukar kerana nama 'Berangan' memberi persepsi negatif seolah-olah pengunjung pergi ke pantai untuk membuang masa (berangan-angan) sahaja.





Cerita Wakil Rakyat

Dalam tahun 60an, masyarakat kampungku adalah termasuk sebagai pengundi dikawasan DUN Rengit. Ia termasuk dalam kawasan Parlimen Pontian Utara. Ahli Parlimennya ialah Allahyarham Tan Sri (Tun) Hj Sardon Hj Jubir (bekas Menteri Persekutuan) dari 1959 hingga 1974, Allahyarham Datuk Abd Jalal bin Abu Bakar (1974-1982), Allahyarham Dato' Hj Daud Taha (1982-1995), Mansor bin Masikon (1995-1999), Siam Kasrin (1999-2004), Junaidy Abd Wahab (2004-2008), Dr Mohd Puad bin Zarkhasi (2008-2013). Dalam PRU 2013, Batu Pahat jatuh ke tangan pembangkang, PKR melalui calonnya Tuan Hj Idris bin Jauzi.

Manakala ADUN Rengit ialah Allahyarham Datuk Hj Taha bin Hj Zakaria (1959-1964), Allahyarham Dato' Hj Jalok bin Daeng Malibok dari tahun 1964-1974 dan 1978-1982 (kemudian diganti oleh Allahyarham Tuan Hj Ahmad bin Paiman (1974-1978) sebelum diganti oleh Allahyarham Dato Jalal bin Abu Bakar (1982-1986), Abu Bakar bin Mohd Dewa (1986-1990), Zainal Abidin bin Mohamed Zin (1990-2004), Ayub bin Jamil (2004 hingga sekarang- 2015). 

Apabila berlaku perubahan kawasan pilihanraya dalam PRU tahun 1978, kampungku diubah ke kawasan DUN Parit Raja dan Perlimen Seri Gading. Manakala DUN Rengit dimasukkan dalam kawasan Parlimen Batu Pahat. 

Antara ADUN Parit Raja ialah Allahyarham Datuk Yusak bin Nawawi (1974-1978), Allahyarham Datuk Syed Zain Idrus 1978 hingga 1988 - meninggal dunia), Allahyarham Hj Yasin Kamari (1988-1990), Zahar Bachik (1990-1999), Ali Siekh Ahmad (1999-2004), Datuk Abdul Aziz bin Kaprawi (2004-2013), Hjh Azizah binti Zakaria (2013 hingga kini -2015).

Manakala Ahli Parlimen Seri Gading ialah, Allahyarham Dato' Seri (Tun) Hussein bin Onn (1978-1981), Datuk Hj Mustaffa bin Mohammed (1981-1990), Allahyarham Hj Yassin bin Kamari (1990-1993), Hj Hamzah bin Ramli (1993-1999), Datuk Hj Mohammad bin Aziz (1999-2013) dan Datuk Abd Aziz bin Kaprawi (2013 hingga kini).

Mulai dari PRU 2004, berlaku lagi persempadanan kawasan PR dan kampungku dimasukkan pula dalam DUN Senggarang yang baru diwujudkan (dalam kawasan Parlimen Batu Pahat). ADUN pertamanya ialah Hj Ahmad Ramli bin Md Kari dari PAS yang menang tanpa bertanding apabila pencalunan calon BN, Shamsiah binti Ibrahim ditolak atas kesilapan teknikal. Dalam tahun PRU 2008, calon PAS ini dikalahkan oleh calun BN, Jaafar Hashim. Kedudukan ini masih kekal sehingga sekarang. Kampung Pt Lapis Mahang masuk dalam kawasan DUN Senggarang dan Parlimen Batu Pahat.


Dataran Datuk Jalok di Benut sebagai mengenangi jasa allahyarham

PEKAN PARIT RAJA  

Pekan Parit Raja (kita orang panggil Parit Rojo) terletak di antara pekan Ayer Hitam dengan Bandar Batu Pahat. (dalam bahasa Jawa kita sebut Parit Rojo). Keadaan pekan ini masa aku kecil-kecil dulu amat jauh dari seperti yang anda lihat sekarang. Kebanyakan bangunan kedainya hanya beratapkan zink atau atap rumbia sahaja. Pekan Parit Raja amat sinonim dengan 'pisang salai' dan pasar setiap hari Isnin dan Khamis. Peniaga sayuran atau makanan buatan orang kampung dijual oleh orang tua-tua (perempuan) yang berusia 50-70 tahun. Mereka duduk di atas pangkin-pangkin di dalam bangunan pasar. Bangunan pasar itu telah dirobohkan dan kini telah ada bangunan pasar baru. Bagaimanapun sekarangnya, kebanyakan peniaga menjual makanan kering seperti kerepek, rempeyek dan sebagainya.




Di pekan parit Raja masa itu hanya ada sebuah sekolah menengah iaitu Sek Men Tun Ismail (STI). Sekarang, Parit Raja telah amat maju. Banyak kilang industri, bank dan pasaraya. Terdapat sebuah universiti di sini, iaitu Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam politik tanah air, nama Parit Raja ini pernah meletup apabila ia menjadi medan pertempuran antara calon UMNO (Baru) dengan calon Bebas dalam pilihanraya kecil (PRK) 1987 (selepas UMNO dibubarkan). Perlawanan satu lawan satu antara calon BN (Yasin Kamari) dan calon Bebas (Hj Hamdan). PRK ADUN Parit Raja ini dibuat setelah kematian wakil nya Tuan Hj Yusak bin Nawawi. Masa itu sentimen anti-Mahathir sedang memuncak apabila berlaku perpecahan di kalangan pemimpin UMNO setelah pemilihan UMNO 1986. Walaupun PRK ini dimenangi oleh UMNO, ia dipenuhi dengan kontroversi.


Di antara tiga pekan utama di atas (Senggarang, Rengit and Parit Raja), Parit Raja merupakan pekan yang paling berkembang maju.

MELAWAT KAMPUNGKU


Kenal dengan aku tanpa mengenali tempat dimana aku dilahirkan tidak mencukupi. Sekarang tibalah masanya untuk berkenalan dengan kampung halamanku, Parit Lapis Mahang. 

Nama kampung Parit Lapis Mahang adalah asal nama sejenis pokok liar iaitu pokok. 'Mahang' (pokok ini mudah dperolehi di kawasan belukar kerana ia mudah tumbuh, dibiakkan oleh burung yang memakan biji buahnya. Perkataan 'Lapis' adalah kerana kampungku adalah kampung pelapis kepada kampong utamanya iaitu Parit Mahang yang terletak bersebelahan. Ini kerana Parit Mahang dibuka dahulu dan kemudiannya dibuka sebuah lagi kampung yang menjadi annex kepada Parit Mahang lalu diberi nama Lapis Mahang.

Kampungku terletak di dalam Mukim 10, dalam daerah Batu Pahat.  ISetiap Mukim ini diketuai oleh seorang Penghulu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.  Pekan yang paling hampir dengan kampungku ialah pekan Senggarang, lebih kurang 6 km sahaja jaraknya.

Dari segi pentadbiran, kampung Parit Lapis Mahang adalah digabungkan dengan Pt mahang di bawah seorang Ketua Kampong (Head of Village). Antara nama Ketua Kampung Pt Mahang/ Lapis Mahang sejak merdeka ialah Allahyarham Yahya, Allahyarham Hj Rosdi bin Abd Rahim, Allahyarham Masrom dan Haji Sabran. Ketua Kampong sekarang ialah Encik Mohd Fauzi bin Mursidin (dilantik pada tahun 2008)

Sebagaimana kampung-kampung lain di deretan kampung Jalan Parit Botak, Pt Lapis Mahang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kariah Surau Darat, kariah Surau Tengah dan kariah Surau Baruh.


Ini adalah pokok Mahang yang masih muda- ranting daunnya berwarna merah. Apabila tua, batang pokok ini akan berubah menjadi putih. (ihsan:matsomherbs.blogspot.com)


Pandangan pertama: Pandangan dari arah Pt Hamid. Jambatan yang kelihatan di sebelah kiri itu adalah menghubungkan kawasan tengah dengan kawasan darat. Manakala pondok berbumbung biru di kanan jalan itu adalah simpang ke arah baruh.



Pintu gerbang sebelum menyeberangi jambatan yang menuju ke arah kawasan darat



Kehidupan masyarakat kampung adalah terkenal dengan sifat kerjasama yang tinggi. Kerjasama dan keakraban silaturrahmi di kalangan warga kampung boleh dilihat semasa majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, hari raya melalui aktiviti  'gotong royong, dan kumpulan 'marhaban'.


Walaupun aku telah meninggalkan kampung halamanku sejak tahun 1977, apabila aku meninggalkan kampung untuk melapor ke Tingkatan 6 Rendah, Sekolah Alam Shah, Cheras, aku masih mampu mengingati satu demi satu susunan rumah keluarga di kampungku ketika itu (aku menulis blog ini dalam tahun 2010). Terdapat 67 buah rumah keluarga ketika itu.


Kedudukan rumah-rumah di sebelah kariah Darat adalah seperti berikut:

KARIAH SURAU DARAT

Haji Sarmodan @ Lek Modan (allahyarham) - emak Lek Modan yang bernama Embah Mini adalah seorang bidan bersalin dan tukang urut yang terkenal di kampong aku.  Anak-anak Lek Modan yang aku ingat ialah Kalsom, Zaleha, Zaharah dan Hanif.  Isteri Lek Modan (aku lupa namanya) meninggal dunia akibat barah. Lek Modan meninggal dunia pada tahun 2011.

Sarpin @ Wak Pin -(allahyarham) - Wak Pin ini pandai bercakap Cina kerana mengikut ceritanya dulu semasa zaman Dharurat (Bintang Tiga) beliau pernah ditangkapoleh pihak Bintang Tiga dan dijadikan sebagai pekerja dalam kem mereka. Rumah ini telah tiada lagi sekarang. Anak-anak Wak Pin ramai dan yang aku ingat ialah Rashid dan Rahim.

Hussein (Lek Kusen) dan isterinya Lek Saimah (allahyarham). Anak-anaknya ialah Zailan (sebaya dengan abangku Amim)  dan Rosnah.  Lek Saimah meninggal akibat terkena santau (ikut cerita emak aku) lanjutan dari isu perselisihan dalam keluarga. Almarhumah lek Saimah memang agak rapat dengan keluarga kami.

Wak Sarkimin (allahyarham) (anak-anaknya ialah Mahdon dan Mahfol). Sekarang tapak rumah ini didiami oleh keluarga Mahdon.

BANGUNAN SURAU DARAT

Rosdi bin Hj Abd Rahim @ Wak Ros @ Lek Rosdi (allahyarham ) (Ketua Kampung atau kita orang panggil Pak Naib) - allahyarham.   (beberapa tahun kemudian Lek Rosdi berpindah ke bahagian tengah Parit Mahang).  Isteri Lek Rosdi Lek Yati meninggal lebih awal dari suaminya. Rumah ini telah tidak wujud lagi sekarang.

Abu @ Lek Abu dan isteri Lek Tijah (Khatijah) dengan dua anak daranya Zainah dan Zaitun. Lek Abu kemudiannya berpindah ke Api-api Pontian. 

Sujari @ Hj Bakar @ Embah Jari (allahyarham) - Embah Jari tinggal bersama anaknya Lek Suri (allahyarham) dan isterinya Saripah atau Musrifah (kami panggil Lek Pah sahaja).  Sekarang tinggal Lek Pah dan anak-anaknya saja.

Mohamad bin Tamsiran @ Lek Mamat - Lek Mamat juga telah berpindah ke bahagian tengah (sebelah rumah ibunya (almarhumah Nyai Apah). Tetapi kemudiannya, anak beliau yang bernama Ruhaimi @ Ami membina semula rumah di bekas tapak rumah ini. 

Ahmad (Amat Dirik) - Lek Amat juga kemudian berpindah ke Felda dan rumah tersebut telah dirobohkan. Tapak tanah ini kini sudah dimiliki dan didiami oleh orang lain.

Hj Hashim @ Kasni bin Keromo @ Embah Asim (allahyarham) - allahyarham. dan isterinya Embah Aton.  Embah Aton meninggal lebih awal. Anak-anak Embah Asim ialah Mariah (allahyarhamah) dan Mastor @ Mat Sator yang menetap di Kluang. Selepas peninggalan Embah Aton, Embah Asem banyak bertandang menumpang di rumah bapak aku (kerana tiada kawan) dan menganggap bapak/emak aku sebagai anak angkat sehingga dia meninggal dunia. Aruah Embah Asim terkenal dengan kepandaiannya bersilat.  Rumah Embah Asim telah tiada lagi sekarang. MENURUT kata emak, setelah kematian Embah Asim, tanah tapak rumahnya telah menjadi rebutan antara anak Embah Asem (waris sebenar) dengan salah seorang anak saudara angakt Embah Asim yang mengaku mendapat hak tanah tersebut melalui wasiat.

Hj Sumadi Hj Yusof @ Sumadi Dalang dan isteri Lek Mar (sampai sekarang aku tak tau nama sebenar Lek Mar).  Lek Hj Sumadi adalah abang kepada Hamzah (abang iparku) dan juga Lek Bajuri (allahyarham). Keluarga mereka memang rapat dengan keluarga kami sejak aku kecil lagi sampai sekarang.

Hj Malek @ Jibrail @ Wak Sail.  Kemudian beliau berpindah ke Pt Hj Ali. Isteri beliau meninggal dunia kemalangan jalanraya dan Hj Malik kemudiannya berpindah semula ke Lapis Mahang, tapak rumah lama dan berkahwin lagi.

*note: today, more houses were built up at darat side.



Di antara kawasan 'darat' dan 'baruh' (deretan rumah di tepi jalan raya Pt Botak) kami panggil kawasan tengah atau beteng. Penduduk kawasan tengah (juga dikenali sebagai kawasan kariah surau tengah) terdiri dari: 

KARIAH SURAU TENGAH

Cikgu Hj Maulan bin Asmuni dan isteri Kak Nilam.  Cikgu Maulan adalah anak arwah Embah Muso, bertugas sebagai guru sekolah Agama Johor. Cikgu Maulan adalah bekas orang kuat UMNO di kawasan Parlimen Seri Gading.  Setelah bersara beliau pernah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Johor menjadi Pegawai Penjaga Pelajar Johor di Kahirah selama 2 tahun.

Sadiran bin Tarmin @ Lek Diran (allahyarham) - dan isterinya Kak Yah.  Lek Diran adalah peraih dan juga berniaga secara kecil-kecilan.

Sumadi bin bin Hj Yusof @ Hj Mustapha @ Kaji Mustopo (allahyarham) - allahyarham  dan isterinya Kartini (Lek Tini) . Anak Lek Sumadi yang bernama Supian adalah kawan baik saya.  Sekarang dia adalah bilal di surau tengah dan masjid Pt Mahang/Lapis Mahang.  Beliau mendirikan rumah disebelah rumah emaknya. Yang lain-lain ialah kak Endon, kak Mariam,. Ibrahim (allahyarham), Hamid, Hamidah, Sameah dan lain-lain.  Selain berkebun Lek Sumadi juga membuka kedai membaiki basikal. Lek Tini meninggal dunia dalam bulan Februari 2015 di Hospital Serdang akibat sakit buah pinggang.

Hj Taharim @ Ishak bin Sardi @ Wak Es @ Wak Sekak (allahyarham)- merupakan pemilik satu-satunya kedai runcit di kampung ini. Isterinya Wak Rubinah) dan anak-anak Liza dan Shaharudin (lepas itu ada lagi, tapi aku tak kenal.  Wak Es juga ada membela seorang anak angkat (yang juga anak saudaranya) iaitu Hashimah.  Wak Es adalah anak Wak Di (Sardi). Perniagaan mereka telah ditutup semasa Wak Is masih hidup lagi, mungkin kerana tidak lagi menguntungkan.

Hj Abd Aziz @ Abd Rashid @ Waj Ajis @ Wak Dolajis (almarhum) (my father).

Hj Hamzah bin Hj Yusof @ Ambiah (allahyarham) - Hj Hamzah adalah abang iparku (berkahwin dengan kakakku Siti rahimah pada tahun 1972). Meninggal dunia pada tahun 2007.

Cikgu Hj Minhad bin Paiman - dan isteri Kak Som (Kalsom). Cikgu Minhad adalah guru agama di SRS dan pernah mengajar aku. Dia kemudiannya berpindah ke Simpang Enam.  Rumah itu pernah diduduki oleh adik ipanya bernama Waris yang membuka perusahaan kecil kicap.  Tapi Waris meninggal waktu usia masih muda, isterinya berpindah mengikut suami yang baru. Rumah itu sekarang disewakan. Anak Cikgu Minhad bernama Rosnani dan Aidah, seorang lagi lelaki, aku lupa namanya.

3rd view: Entrance to 'baruh' side of the kampong
  
SEJAK AKU KECIL LAGI, 'UMNO'  MEMPUNYAI KEDUDUKAN YANG KUKUH DI KAMPUNG AKU. MASA KRISIS UMNO 1988 DULU RAMAI PENGIKUT UMNO VETERAN YANG MARAH DENGAN DR MAHATHIR DAN MENYOKONG 'PMS 46'. TAPI MUTAKHIR INI PENYOKONG 'PAS' SEMAKIN RAMAI.  'PKR' AKU TAK PASTI.

Musrafah @ Nyai Apah (allahyarhamah)   Masa aku kecil-kecil Nyai Apah tinggal dengan anak bujangnya bernaka 'Masrokin @ Ukin'.  Ukin adalah penyanyi kugiran kampung dan amat masyhur menyanyikan lagu-lagu penyanyi 60an 'A.Halim'. Ukin kemudiannya masuk tentera (darat) tapi kemudianya pada hujung tahun 70an bertukar ke Tentera Darat. Semasa aku bertukar ke TUDM Kuantan pada tahun 1983 (Lt Muda), beliau  bertugas di sana sebagai Pegawai Waren Pangkalan (BWO) berpangkat Pegawai Waren. Tapi, namanya bukan Masrokin tetapi rupanya nama sebenar ialah Salikin bin Tamsiran.  Rumah allahyarhamh Nyai Apah ini telah tiada lagi sekarang.

Sebelah rumah Nyai Apah, dulu ada rumah Wak Bus (Busroh) menantu Nyai Apah (isterinya Wak Jariah).  Tapi waktu aku berusia dalam 10 tahun, Wak Bus telah berhijrah ke Tanah Rancangan Felda di Bukit Besar, Kulai. Wak Jariah telah meninggal dunia. Anak-anak Wak Bus ialah Selamat, Sham (Siam) (allahyarham), Rosnah, Rohana (allahyarhamah) dan Junaidi (itu yang aku ingat). 

Hj Abd Hamid @Tok Kamid (allahyarham) (allahyarham).Tanah tapak rumah Tok Kamid dibeli dari bapak aku.  Setelah Tok Kamid dan isterinya meninggal, rumah itu di diami oleh salah seorang anaknya (kami panggil Bong).

Mardi bin Rono @ Hj Ikhsan @ Wak Esan @ Wak Kajesan (allahyarham) - beliau adalah Imam Kampung. Jawatan ini sekarang disandang oleh anak kedua allahyarham Ustaz Hj Maarof yang membina rumah disebelah rumah allahyarham. Manakala Ustaz Hj Malom (anak sulung allahyarham) merupakan Imam Masjid Kg Parit Mahang dan juga Penolong Pendaftar Nikah (Naib Kadhi). Hj Maaruf pula adalah imam surau Kariah tengah. Dua orang lagi anak allahyarham adalah perempuan iaitu Normah (isteri Imam Mashuri) dan Hamidah (guru) yang berkahwin dengan Cikgu Baba bin Arbak (bekas guru di STMI) di hujung tahun 1970an.

Roslan bin Abd Rahim @ Lek Lan (allahyarham) - (allahyarham). Isterinya adalah Zaleha (Lek Leha) Lek Lan adalah adik kepada Pak Naib Rosdi dan abang kepada Lek Jaini. Anak-anak allahyarham ialah Rosesidah (sebaya dengan aku), Saidi dan Fuad.

Hj Yassin @ Wak Yasin (allahyarham) -(allahyarham) dan isterinya Salbiah (Wak Biah). Anak-anaknya ialah Rubai (allahyarham), Shariff, kembar Junainah dan Junaidah (rakan sekelasku), Julita, Rosmintan dan Norashikin.  Wak Biah masih hidup lagi sekarang rumah ini telah dirobohkan dan Wak Biah telah berpindah ke tapak rumah baru di bahagian darat Pt lapis Mahang.. 

Sardi @ Wak Di (allahyarham) -(allahyarham) dan isteri Wak Ba'ayah (allahyarham). Anak-anaknya aruah Wak Di ialah Rafeah (allahyarham), Shahid, Sanip, Yaakob (allahyarham), Zaharah, Jamaliah (kawan sekelas dengan aku), Jasman, Rafidah dan ..... Tapak rumah ini sekarang diduduki oleh cucu beliau (anak Wak Es).  

Surti @ Nyai Ti (allahyarham) - allahyarham (mother to Lek Lan and Lek Rosdi) - he lived with his son, Zaini (Lek Jaini) - tukang gunting kampung - Lek Jaini kemudian berpindah ke Felda di Kota Tinggi dan meninggal dunia di sana. Isteri Lek Jaini ialah Lek Rosminah, anak kepada allahyarham Embah Muso. Tapak rumah ini sekarang kosong.

Hj Shukor @ Abd Manap (allahyarham). Allahyarham adalah Imam Kedua Surau Tengah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1986.  Allahyarham juga adalah bapa saudaraku yang paling dekat, iaitu adik kepada bapak aku. Rumah ini masih ada dan didiami oleh Lek Kalimah (Hjh Halimah) (allahyarhamah),  makcik aku.

Hussein bin Ismail @ Usin (anak sulung Hj Ismail dan Lek Miah).

Hj Ismail (Lek Mail) - (allahyarham). Isterinya Wak Miah.  Allahyarham terkenal dengan pemilikan tanah (kebun) yang luas.  Beliau anak beranak memang amat kuat bekerja. Semua sikap kuat kerja dan meluaskan pemilikan kebun ini diwarisi oleh hampir kesemua anak-anaknya.  Kebetulan beliau mempunyai anak yang paling ramai di kampung iaitu 12 orang.  Hussein, Hassan, Kosnan, Noraini, Osman, Hamimah, Aminah, Sapari (Amin), Ayub, Muslim, Mahfuz dan Sabariah. 

Hj Tahir dan Nyai Manisah (kedua-duanya allahyarham)- Ini adalah datuk dan nenek aku sebelah bapak. Almarhum Embah Tahir meninggal pada tahun 1976. Rumah ini juga telah dirobohkan selepas nenek aku meninggal dunia pada tahun 1992.

BANGUNAN SURAU TENGAH.  Surau ini didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh almarhum datuk aku, Haj Tahir. Tanah ini kemudiannya dipusakakan kepada bapak aku dan kemudian di berikan kepada abang aku Amim.
.


  

SURAU TENGAH SEKARANG

Jamil Hj Yusof - (allahyarham)- Isterinya bernama Sabariah. Rumah ini dulu dimiliki oleh almarhum ayahnya Hj Yusof. Jamil kemudiannya berpindah ke Felda Sg Mas, Kota Tinggi dan meninggal dunia di sana.  Rumah ini juga telah dirobohkan.

Hj Sapuan @ Muhayat dan Nyai Paisah - (kedua-duanya allahyarham).  Anak mereka yang aku kenal hanya seorang iaitu Sakuri.

Wak Nasiam (allahyarham) - semasa meninggal (2010) beliau adalah warga yang tertua dalam kampung aku (lebih 90 tahun)  dan beliau juga terkenal sebagai tukang urut. Setelah beliau meninggal, kini bapak aku merupakan penduduk Pt Lapis Mahang yang paling tua.

Hj Nasiman.  Beliau adalah anak aruah Wak Nasiam.  Beliau juga agak rapat dengan keluarga aku.  Anak-anak beliau ialah Ngatinah, Yatimah, Zainudin dan Zamri.  yang lain-lain aku memang kurang kenal kerana masih kecil atau belum lahir semasa aku meninggalkan kampung.

Hj Hussein (allahyarham) - nickname: Kusin Gutil). Lek Kusen dan isterinya Lek Fattimah (Lek Timah). Lek Kusin meninggal dunia pada tahun 2014. Salah seorang anak tiri Lek Kusin (anak lek Timah sebelum berkahwin dengan Lek Kusin) yang bernama Saadiah bt Bunayan adalah sebaya dengan aku.

Hj Supanji bin Mariman (Cikgu Panji) -(allahyarham).  Isterinya adalah Kak Jah (Khadijah) anak kepada almarhum Wak Nawawi.

Yahya (Wak Yahyo) - allahyarham (Ketua Kampung sebelum Hj Rosdi). Anak arwah Wak Yahyo yang bernama ali adalah sebaya dengan aku.

Selamat (Lek Selamet Bagong). Dimaklum bahawa beliau tidak lagi bermastautin di kampung ini.  Salah seorang anak beliau, Siti Azizah adalah sebaya dengan aku semasa di Sekolah Menengah.

Cikgu Hj Rahman - (allahyarham).  Aruah adalah pesara guru berpindah ke kampung ini (dari Johor Bahru) semasa aku sekolah rendah.  Aku ada juga membantu membersihkan kawasan tapak rumah sebelum didirikan rumah.  Aruah berkahwin dengan anak saudara kepada Hamzah (abang ipar aku) yang bernama 'Juwok'.  Salah seorang anak allahyarham bernama Khalis berkhidmat dalam TUDM dan pernah bertugas setempat dengan aku di MLU, TUDM Sg Besi dalam tahun 2007-2010.  Anak-anak lain yang aku ingat ialah Rashid dan Azahari.

Hj Omar Bakin - (allahyarham)...... antara anaknya ialah Muri, Lawi, Jamilah dan.....   (rumah ini telah tiada penghuni lagi sekarang)

Hj Idris bin Marto - (allahyarham) anak-anaknya Rosdi (meninggal), Rugayah dan Roswan. (rumah ini telah tiada penghuni lagi sekarang).

Embah Bakri - (allahyarham).  Rumah ni juga sekarang telah dirobohkan

Hj Sanusi (Wak Usi) - (allahyarham). Anak-anaknya Musalmah, Nafsiah, Noh, Salmiah, dan....  kini rumah ini didiami oleh anaknya Noh dan keluarga.

Hj Asmuni @ Musa (Embah Muso) - allahyarham.  Aruah ada dua isteri (Wak Maryamah dan Wak Rukamah).  Wak Rukamah tinggal di kampung sebelah, Parit Mahang.  Rumah ini sekarang diduduki oleh Lek Ramli (anak sulung aruah).  Anak-anak lain dengan Wak Maryamah ialah Mamat, Shukran, Hussein, Zaleha, Zainudin (pegawai tentera darat) dan.......manakala dengan Wak Rukamah ialah Maulan, Muhabibah, Mudaribeni, Kamisah (sebaya dengan aku) dan Osman. yang lain aku tidak ingat....

Hj Bajuri bin Hj Yusof dan Lek Siti Poniah  (allahyarham) Lek Bajuri adalah abang kepada Hamzah (abang iparku).  Seorang lagi adiknya Lek Kamid (allahyarham) seorang guru, berhijrah ke Sg Manggis, Banting kerana berkahwin dengan orang sana.

Jasnuri @ Hj Mohsin (Wak Osen) dan Wak Pah -(allahyarham).  Anak-anaknya ialah Md Alip. Dua orang lagi aku lupa namanya.


KARIAH SURAU BARUH

Wak Bujal -allahyarham (keluarga ini telah berpindah ke Parit Raja ada tahun 70an). Rumah ini telah tiada lagi sekarang.

Abd Rahman bin Khamis (orang kampung menggelarkannya Man Gerabak) - allahyarham - Rumah ini telah tiada lagi sekarang.

Hj Abd Rahim (Embah Dorakim) dan Embah Mas - allahyarham.  Almarhum ada tali persaudaraan dengan keluarga datuk aku.  Anak-anak almarhum ialah Cikgu Jamian, Tamyes dan Bukhari.  Yang lain perempuan aku tidak ingat namanya.  Hj Tamyes merupakan anak kampung aku yang pertama menjejakkan kaki ke universiti (tahun 60an). Beliau bersara dari JCorp dan kini menetap di Johor Bahru.  Rumah ini telah tiada penghuni lagi lagi sekarang.

Hj Mashuri (Lek Mazuri) - (allahyarham).   Almarhum adalah guru agama dan juga Imam Masjid Parit Mahang/Lapis Mahang. Beliau adalah juga menantu kepada Hj Ikhsan (Mardi) Imam Surau Tengah.  Beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di simpang Pt Kemang.  Tugas imam masjid diambil oleh adik iparnya Cikgu Maalom.

Shamsudin.  Lek Sham adalah anak kepada allahyarham Wak Maniseh juga abang kepada Aruah Sadek dan Jurimi.

BANGUNAN SURAU BARUH

Hj Salleh dan Lek Marpuah.(allahyarhamah).  Anak beliau Kamdani adalah rakan sekelas dan buddy-buddy aku masa belajar untuk SPM (1976). Beliau telah berpindah ke Parit Tengah (Jalan Rejo Sari) (beteng). Anak-anak beliau yang lain ialah Nordin (Til), Sahari (bekas PW TUDM), Jannah, Marzuki dan Zainudin.

Wak Maniseh (allahyarhamah) yang tinggal bersama ana-anaknya Jurimi and Sadik (telah meninggal dunia).

Sanusi (Wak Nawawi @ Awi) (allahyarham). Walaupun ada pertalian darah yang agak jauh, keluarga aruah memang rapat dengan keluarga aku. Mungkin ada sejarah semasa di Tanah Jawa dahulu. Masa aku kecik-kecik, aku dan abng aku Amim selalu mengusik aruah Wak Awi kerana beliau ni suka bergurau dan buat kelakar dengan anak-anak. Anak-anak Wak Awi adalah Lek Nuri, Kak Jah (berkawin dengan Cikgu Panji), Kak Su, Masinwat (Masngut), Wan dan....

Hj Shariff @ Cikgu Sipon.  Dimaklumi bahawa beliau kini tinggal di kawasan lain bersama isteri mudanya (perkahwinan kali ketiga kerana dua isterinya sebelum ini meninggal dunia. Rumah ini kini didiami oleh anak saudaranya Tumin.

Embah Sadek @ Hj Malik - allahyarham. Rumah ini telah tiada lagi sekarang.

Embah Hj Omar (gelarannya Omar Prengsel) - allahyarham.  Rumah ini sekarang didiami oleh Mustapha (anaknya) dan membuka parlour urut tradisional.

Lek Nasari.  Lek Nasri adalah adik kepada Lek Mahyom dan beliau telah berpindah ke Pt Saidi.

Masrom (Lek Mahyom) -(allahyarham) adalah bekas Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Pt Mahang/Lapis setelah Cikgu Mahyun meninggal dunia.  Beliau sangat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.

Lek Salam. Salah seorang anaknya, Ahmad adalah senior sekolah menengah aku.

Wak Abas - (allahyarham) - keluarga rumah ini lebih rapat dengan kariah sebelah Parit Mahang.  Mungkin lantaran pertalian darah atau kekeluargaan.

Wak Kemat - (allahyarham). Rumah ini telah tiada lagi sekarang.

Juperi. (allahyarham). Meninggal dunia pada tahun 2011.

Hamid (Amid Banjar).  Rumah ini telah tiada lagi sekarang.

Nota:


KEPADA warga kampungku atau waris-warisnya yang membaca blog ini aku memohon berbanyak-banyak maaf jika terdapat kesilapan fakta dalam penulisanku ini.  Mungkin tersilap nama, ejaan dan sebagainya.  Maklumlah untuk mengimbau fakta-fakta 30-40 tahun yang lalu bukanlah satu perkara yang mudah.

* as per 'darat' side, today there are more houses were built up.


  
MASJID PT MAHANG/LAPIS MAHANG 


Jalan masuk ke kawasan Tanah Perkuburan di Pt Mahang Baruh




TANAH PERKUBURAN UNTUP PENDUDUK PT MAHANG/LAPIS MAHANG
(di sinilah juga bersemadinya jasad nenda-nendaku Hj Tahir, Hjh Manisah, Hjh Suminah, bapa saudaraku Hj Shukor dan Hj Taslim serta abang iparku Hj Hamzah)


Pokok berdaun hijau lebat (tengah)  itu adalah pusara nendaku almarhum Hj Tahir


PEMANDANGAN DI KAMPUNGKU




11 JUN 2010- 2 foto pokok durian betul-betul kat depan beranda belakang rumah ayahku.
Di keliling rumah ada lebih kurang 15-20 batang pokok durian.

deretan pokok kelapa gading, di tepi halaman rumah ayahku- nak minum kelapa muda atau nak masak sayur lemak, jolok je, bila-bila masa

hobi mak aku menanam pokok bunga, menghiasa beranda depan rumah

 
Neighbouring Kampungs

As I mentioned earlier, along the road from Pt Botak to Pt Hamid junctions, there are many more kampungs neighbours to my kampong.

Kampongs from my kampong towards Parit Botak junctions (Jalan Batu Pahat - Pontian):
  1. Kg Parit Mahang dan Parit Hamid
  2. Kg Parit Saidi dan Parit Bakong
  3. Kg Parit Kemang
  4. Kg Parit Botak



Kampongs from my kampong towards Parit Hamid junctions (Jalan Batu Pahat - Ayer Hitam):
  1. Kg Parit Makmor atau Parit Tengah. Jalan sebelah darat kampung ini telah ditutup dan digantikan dengan perkampungan baru bersebelahan - Jalan Sekolah Seri Rejo Sari.   Bagaimanapun, jalan sebelah baruh masih aktif.
  2. Jalan Seri Rejo Sari.  Jalan ini boleh tembus hingga ke Simpang Rengam. Kebanyakan rumah di jalan ini adalah penduduk Kg Pt Makmor  yang beralih membuat penempatan baru setelah bahagian darat kampung tersebut ditutup. Di Jalan Rejo Sari inilah letaknya Sekolah Keb Seri Rejo Sari, sekolah rendahku. Jalan Rejo Sari ini bersambung dengan Seri Baharum, Sungai Dulang, Pt Madirono dan Pt Makasar dan tembus ke pekan Simpang Renggam. Beberapa kampong dari cabangan Jalan Seri Rejo Sari ialah:
    1. Kg Parit Lapis Berong
    2. Kg Parit Punggur
    3. Kg Parit Simpang Enam dan Parit Juraimi
    4. Kg Parit Tamsir
    5. Kg Sungai Dulang/Lapis Sg Dulang
  3. Kg Pt Kadir (dulu namanya Pt Sulaiman) dan Parit Rostam
  4. Kg Pt Lapis Kadir.
  5. Kg Pt Seri Menanti.
  6. Kg Pt Lapis Seri Dalam (bertemu dengan Pt Rustam dan Pt Simpang Enam/Pt Juraimi)
  7. Kg Pt Seri Dalam
  8. Kg Pt Lapis Baru
  9. Kg Pt Baru
  10. Kg Parit Sempadan
  11. Kg Pt Lapis Sempadan
  12. Kg Pt Daun
  13. Kg Pt Raja  (hujung sebelah baruh kampung ini bertemu dengan Jalan Kluang-B.Pahat adalah pekan Parit Raja yang kini pesat membangun).
  14. Kg Parit Surau
  15. Kg Pt Tengah.
  16. Kg Parit Simpang Sikon.
  17. Kg Parit Hj Ali.
  18. Kg Parit Lapis Nipah
  19. Kg Parit Nipah
  20. Kg Parit Bingan
  21. Kg Parit Londang
  22. Kg Parit Seri Paya
  23. Kg Pt Lapis Seri Paya
  24. Kg Parit Kuari
  25. Kg Parit Lapis Semarang.
  26. Kg Parit Semarang
  27. Kg Parit Haji Hamid (di persimpangan Jalan Batu Pahat -Kluang)- Di simpang masuk ke (dari Jalan utama Air Hitam- BP.Pahat) dengan Jalan Parit Hamid/Pt Botak ini ada satu R & R (yang kurang maju) tetapi amat famous dengan "SUP KAMBING PARIT BOTAK".  Cubalah singgah dan merasainya di TALIB SUP KAMBING.


KEMASKINI: 28 Dis 2015

1 comment:

  1. I'm from Sri Medan Batu Pahat.......My School SDBL

    ReplyDelete