Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Wednesday, September 22, 2010

TAJUK 8: UNCOMPLETED MISSIONS I: SDBL DAN SEKOLAH ALAM SHAH JALAN CHERAS


.
UNCOMPLETED MISSIONS
i


In this page i will write on my 'gloomy journey' in my life. Though i had been given the opportunity to ride on the right track, many things happened and made my life was getting tougher in order to achieve my esteem.
PERSINGGAHAN SINGKAT DI SDBL DAN SEKOLAH ALAM SHAH

Aku menduduki peperiksaan SPM dalam tahun 1976 dan Berjaya mendapat Pangkat 1 dengan 16 Aggregate. Pasti aku merasa bangga kerana  selain dari pangkat 1, aku diisytiharkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 1976.

Pada masa itu tiada Majlis Anugerah Cemerlang dengan pelbagai hadiah seperti sekarang. Tiap-tiap tahun cuma ada Hari Ibu Bapa. Pada hari tersebut pelajar yang menduduki tempat pertama hingga ke 3 dalam kelas serta pelajar terbaik setiap subjek akan menerima hadiah. Tetapi, Majlis Anugerah Cemerlang untuk pencapaian dalam SRP atau SPM memang tiada.

Kebetulan dalam tahun 1976 itu juga STMI memecah rekod dengan bilangan pelajar yang mendapat Pangkat 1 paling ramai. Iaitu 7 orang. Sebelum ini penyandang Pangkat Satu tidak melebihi 3 orang.  Pelajar pertama mendapat Pangkat 1 di STMI ialah pada tahun 1973, iaitu Saudara Zamri bin Sabran.

Pelajar SPM 1976 yang mendapat Pangkat 1 ialah:
  1. Toharudin bin Abd Rasid
  2. Yasman bin Tamsir
  3. Ahmad Noh bin Jeni
  4. Kamdani bin Md Salleh
  5. Ngatijah binti Miskam
  6. Mohd Adil bin Shukor
  7. Abdul Halim bin Sulaiman.



Ramai yang berkelayakan telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Dato Bentara Luar (SDBL), Jalan Syed Salim off Jalan Lim Poon, Batu Pahat.

Aku juga melapor diri ke SDBL. Lebih 15 orang yang terpilih ke Tingkatan 6 Rendah. Sementara menunggu tempoh penyelesaian bagi mendapatkan rumah sewa dan sebagainya, aku berulang-alik setiap hari dari rumah ke sekolah.  Aku berkongsi kenderaan dengan rakan sekelasku Saudara Jaheni bin Hj Sidek (dari Parit Kadir). Kami menaiki Vespa milik keluarga Jaheni. Kadangkala menaiki motorsikal Honda milik ayahku.


Tuan Hj Jaheni bin Hj Sidek
Pada awal tahun 1977, dia sama-sama naik motor/vespa dari kampung untuk pergi ke kelas Tingkatan 6 Rendah di SDBL. Kini adalah Pengetua SDBL sejak tahun 2013.

Secara peribadi aku kurang berminat untuk belajar di Tingkatan 6 Rendah. Aku berminat untuk masuk latihan Pegawai Kedet ATM tapi ayahku tidak merestuinya. Dia lebih suka aku belajar dan masuk universiti.  Aku juga ada memohon untuk belajar di UTM dalam jurusan Senibina. Aku juga kurang yakin untuk diterima masuk ke UTM kerana persaingan dari pelajar dari Aliran Sains. Jadi sementara menunggu keputusan UTM yang dijangka dalam bulan Mei, aku masuk ke kelas Tingkatan 6 Rendah di SDBL.

Oleh kerana kami merupakan Batch pertama untuk pengambilan Tingkatan 6 Rendah di SDBL, maka kami merupakan pelajar yang paling senior di SDBL. Tiada orientasi dan gangguan dari pelajar lama.



Lebih kurang dua atau 3 minggu belajar di SDBL, aku dipanggil oleh Guru Besar (atau Guru Kelas - aku kurang ingat) bersama beberapa orang lagi pelajar. Empat orang dari STMI iaitu aku, Kamdani, Yasman dan Ahmad Noh telah terpilih ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Alam Shah (SAS), Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Selain dari kami berempat, ada dua orang lagi pelajar di SDBL yang menerima tawaran yang sama iaitu Abu Bakar bin Katar dan Dzainal Abd Rahman (dari Sek Men Senggarang) dan Fathul Rahman Shahari (Sek Men Dato' Onn, Peserai). Manakala Ngatijah Miskam terpilih ke Tingkatan 6 Rendah di Sek Men Jalan Kolam Air, KL.

Pada masa itu hanya terdapat kurang dari 10 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh Negara yang menawarkan Tingkatan Enam. Terpilih ke Sekolah Alam Shah SAS adalah satu penghormatan tinggi dan kebanggaan diri dan keluarga kerana SAS merupakan salah satu aliran Melayu SBP yang berprestij di Malaysia. Selain SAS, SBP aliran Melayu yang lain ialah Sek Men Sultan Abdul Halim, Jitra; Sek Men Tun Fatimah, Johor Bahru dan Sek Men Jalan Kolam Air, KL.

SBP yang lain adalah aliran Inggeris seperti Kolej Melayu, Kuala Kangsar; Kolej Tunku Kurshiah, Seremban; Maktab Tentera DiRaja, Sg Besi; Sek Men Tunku Abdul Rahman, Ipoh; dan Sek Men Datuk Abdul Razak, Seremban. 

PERJALANAN DARI LAPIS MAHANG KE JALAN CHERAS

Tarikh yang ditetapkan untuk aku berangkat ke Kuala Lumpur telah tiba. Bapak menempah teksi milik saudara dua pupuku Masduki Hj Sulaiman untuk membawa aku dan rakan sekampungku, Kamdani Md Salleh ke KL. Bapak Kamdani (Lek Salleh) menyertai kami ke KL.

Itulah saat sedih bagiku kerana, itulah kali pertama dalam kehidupanku aku meninggalkan kampong halaman untuk satu jangkaan masa yang panjang. Tapi pastinya langkah ku ini dengan membawa harapan yang begitu tinggi dari kedua, emak dan bapakku untuk melihat aku menyeberangi jambatan impian ke menara gading.

Pada waktu itu, tiada lagi PLUS   highway, jadi perjalanan adalah melalui jalan utama Persekutuan. Dari kampong, melalui  Batu Pahat- Muar- Melaka- Alor Gajah- Rembau- Seremban - Mantin - Kajang and Cheras. Aku tak ingat berapa jam perjalanan masa itu, yang pasti melebihi 5 jam. Kami selamat sampai ke SAS dan membuat pendaftaran sebagaimana diarahkan.



SAS sebenarnya adalah SBP Aliran Sains yang hanya menempatkan pelajar cemerlang yang dipilih melalui keputusan penilaian Darjah 5 (untuk kemasukan ke Tingkatan 4) atau SRP (untuk kemasukan ke Tingkatan 4 Sains). Di SAS, aku bertemu semula dengan sahabat lamaku Jainuddin bin Mohayat dan Kamisan bin Sujak, keduanya merupakan bekas murid STMI dan rakan sekelas dari Tingkatan 1 hingga 3. Mereka berdua adalah murid cemerlang yang terpilih ke Tingkatan 4 Sains SAS. Pada masa itu mereka sedang mengikuti Kursus Matrikulasi di SAS juga.

Bagaiamanapun, selaras dengan dasar Kerajaan untuk melatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik melalui sekolah-sekolah ternama, Kementerian Pelajaran mengekalkan pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Aliran Sastera di beberapa SBP, termasuk SAS. Olehkerana, ketiadaan Tingkatan 6 Rendah Aliran Sains di SAS (semua diubah ke Kelas Matrikulasi), pelajar Tingkatan 6 diberi tugas untuk memegang jawatan ko-kurikulum sebagai melatih mereka menjadi bakal pentadbir. Pelajar Matrikulasi tidak mempunyai masa yang mencukupi melibatkan diri dalam ko kurikulum akibat jadual akademik mereka yang amat padat.

Oleh yang demikian, jawatan seperti Ketua Pengawas (Ketua I), Pengerusi-Pengerusi Persatuan dan jawatan-jawatan utama pelajar dipegang oleh Pelajar Tingkatan 6 Sastera.


 
 
 
 



Selama dua minggu kami pelajar Tingkatan 6 Rendah yang baru melalui minggu orientasi di bawah pengawasan Pelajar Tingkatan 6 Atas (T6A) yang diketuai oleh Saudara Sidek bin Moh (Ketua 1). Tiada kes ragging atau bully yang berlaku kerana pihak sekolah amat mengambil berat ke atas perkara ini. Ada juga pelajar Tingkatan 6 yang datang ke dormitari pada waktu malam untuk mengganggu kami. Tapi sikit-sikit je la. Lepas gian kata orang.

Antara pelajar T6A (selain dari Sidek Moh) yang aku masih ingat ialah Rashid (Pengerusi Agama dan Imam), Razali (orang dari Felda Chemplak, Segamat), Amin, Zainuddin, Mohd Zaraai (sekarang Dato'- Hakim Mahkamah), Naim Abu Bakar (sekarang Datuk- SUK Melaka, and Zolkples Embong (sekarang Dato'- Pengarah MSN). Ramai yang aku dah lupa kerana kami jarang berinteraksi. Ada maklumat dari kawan-kawan yang mengatakan bahawa abang Rashid (Imam) telah meninggal dunia. Semoga Allah limpahi ruh almarhum.


Inilah satu-satunya gambar bahan bukti yang aku ada untuk membuktikan kehadiranku di SAS. Dari kiri Kamarudin (Melaka), Azman (Muar), aku, Baharudin (Kelantan) dan Malek Azman (Muar)


Tempoh aku berada di SAS juga amat singkat. Tidak sampai sebualan. Aku menerima tawaran untuk mengikuti pengajian Senibina (Architecture) di UTM, Jalan Gurney. Oleh kerana inilah cita-cita asalku untuk menjadi seorang Arkitek, maka aku tidak mahu melepaskan peluang yang satu ini.

Aku menemui Guru Kelasku, Cikgu Yunus bin Marullah, memohon kebenaran untuk menamatkan pengajian di T6R untuk pulang ke kampong bagi membuat persediaan dan dokumentasi sebelum melapor diri ke UTM dua minggu lagi. Itulah juga hari terakhir aku di SAS. Petang itu, aku mengheret semula beg pakaianku keluar dari perkarangan SAS menaiki teksi ke Stesen Bas di Pudu Raya.

Pada tarikh yang aku sendiri telah lupa, lebih kurang bulan Mei 1977, apabila aku meninggalkan SAS untuk ke UTM, maka putuslah hubunganku dengan kawan-kawan baru yang baru sahaja aku kenali. Aku melupakan mereka, mereka juga tak mungkin ingatkan aku kerana masing-masing sibuk melayan pengajian dan kerjaya masing-masing.

Nama 34 Pelajar Kelas Tingkatan 6 Rendah tahun 1977 yang dapat diperolehi namanya melalui rakan sekelas yang lain ialah:
  1. Ahmad Noh bin Jeni (B.Pahat)
  2. Abd Hamid (Pahang)
  3. Abd Rashid (Johor)
  4. Abd Razak bin Ahmad (Johor)
  5. Adam bin Sulong (Terengganu)
  6. Azman (Muar)
  7. Abd Malek bin Azman (Muar)
  8. Abu Bakar bin Kattar (Batu Pahat)
  9. Abd Talib bin Abd Hamid (Besut, Terengganu)
  10. Ali bin Senik (Kelantan)
  11. Baharuddin bin Abd Kadir (Kelantan)
  12. Che Shukri bin Che Hassan (Kelantan) 
  13. Dzainal bin Abd Rahman (B.Pahat)
  14. Engku Hamzah bin Tuan Mat (Kota Bharu, Kelantan)
  15. Fathur Rahman bin Sahari (Batu Pahat, Johor)
  16. Jaafar bin Samah (Bukit Bunga, Kelantan)
  17. Johari bin Udar (Johor)
  18. Kamaruzzaman (Kelantan)
  19. Kamarudin (Melaka)
  20. Kamdani bin Md Salleh (B.Pahat)
  21. Khairudin bin Abd Hamid (Pekan, Pahang)
  22. Marjuni bin Suradi (Pontian)
  23. Mohd Fauzi (Jerantut, Pahang- meninggal dunia)
  24. Misro bin Jerut (Muar)
  25. Minhad bin Abu Yamin (Muar, Johor)
  26. Sapini bin Mat Saman (Melaka)
  27. Simi bin Abd Ghani (Pasir Putih, Kelantan) 
  28. Sidek bin Jaffar (Kelantan)
  29. Yasman Hj Tamsir (Johor)
  30. Toharudin bin Abd Rasid (Johor)
  31. Tuan Adnan (Kelantan)
  32. Zakaria bin Md Alip (Johor)
  33. Zakaria bin Bokhari (Pontian)
  34. Zaki bin Muda (Besut)
Ada 34 murid dalam Kelas L6.......itu pun kalau aku tidak silap.

Latest info:  
  1. YA Tuan Abu Bakar Katar (Persuruhjaya Kehakiman (JC), Mahkamah Tinggi, Kangar), 
  2. Tuan Hj Abd Talib Hamid (Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Selangor)
  3. Tuan Hj Abdul Malek Azman di Prasarana Selangor Bhd.
  4. Dato Hj Adam bin Sulong (JUSA B, EPU, JPM. Menetap di Kajang).
  5. Tuan Hj Ali Senik (BERNAS, Machang).
  6. Dato' Hj Che Shukri bin Che Hassan (JUSA C, BADSA KEMENTAH).
  7. Tuan Hj Dzainal Rahman (Pengurus Felda Ayer Hitam).
  8. Tuan Engku Hamzah Tuan Mat (JUSA C, JPM- ICU).
  9. Tuan Kamdani Md Salleh. Pesara Guru. Menetap di Batu Pahat, Johor)
  10. Tuan Khairudin Hamid (Penolong Pegawai Tadbir Awam di TUDM Kuantan).
  11. Tuan Hj Marjuni Suradi (Pesara Guru Besar. Menetap di Sg Pinggan, Pontian).
  12. Tuan Minhad Abu Yamin (ICU JPM).
  13. Tuan Hj Misro Jerut (Bendahari UTHM, Batu Pahat. Menetap di Putrajaya).
  14. Dato' Haji Simi Abd Ghani, Pengarah Siasatan SPRM).
  15. YA Tuan Haji Sapini Mat Saman (Hakim Mahkamah Perusahaan).
  16. Tuan Sidek Jaffar (Pengarah AADK Johor).
  17. Tuan Hj Yasman Tamsir. Pegawai di PPN Johor.
  18. Zaki Muda (JPS Terengganu).
  19. Tuan Zakaria Bokhari (Guru di Benut, Pontian).
  20. Tuan Hj Zakaria Md Alip (Putrajaya).

Selain dari Marjuni dan Abd Talib, sahabat yang meneruskan kerjaya sebagai guru ialahy Yasman Tamsir, Kamdani Md Saleh, Zakaria Bokhari dan Johari Udar. Kamdani telah bersara awal (55 tahun) manakala Yasman berkhidmat di Pejabat Pelajaran Negeri Johor. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan kepada ruh almarhum Mohd Fauzi dan seterusnya melimpahi kehidupan rakan-rakan lain dengan kesejahteraan dan keimanan. 



 
Hj Misro Jerut (UKM) dan  Adam bin Sulong (EPU- JPM)
 
Engku Hamzah Tuan Mat (ICU- JPM) dan Hj Marjuni bin Hj Suradi (Pengetua SMSB, Pontian)


Pertemuan semula hanya berlaku puluhan tahun kemudian. Melalui facebook yang mula aku kenali pada tahun 2010 dan membuka akaun group Lower 6 SAS 1977 pada 8 Nov 2011 (setelah 34 tahun) dan mula mengesan satu persatu bekas rakan sekelasku. Sehingga kini (2015) hanya 8 keahliannya iaitu, Malek Azman, Ahmad Noh, Zaki Muda, Yasman, Marjuni, Zakarian Bokhari dan Zakaria Md Alip.

Dari mereka inilah kumpulan semakin berkembang dan kami membuka whatsapp group yang kini (2015) mempunyai 26 orang.  Hanya separuh yang aktif. Tapi hubungan semakin erat dan kami dapat berjumpa dalam beberapa pertemuan seperti majlis perkahwinan dan reunion.


 
 
 
reunion pertama di rumah Engku Hamzah (Taman Ramal Suria, Bangi) pada 17 Sep 2012
 
Pertemuan Ali Senik, Ahmad Noh dan Engku Hamzah di Bangi pada Dis 2013
 
Majlis perkahwinan anak Dato Adam Sulong pada Mac 2014
 
Majlis perkahwinan anak Engku Hamzah pada Apr 2014
 
Majlis perkahwinan anak Kamdani pada Jun 2014
 
 
Majlis perkahwinan anak AKU pada Sep 2014
bertemu Khairudin pada Jan 2015






Sekolah Alam Shah (SAS) was established as a result of the National Education Policy advocated by the 1958 Razak Report. It became the first Malay school to offer Form Six classes. Hence, the school trail blazed the way for Malay stream students to enrol in tertiary education in institutions of higher learning both local and overseas.

On 7 February 1963, SAS enrolled its first students. His Majesty of Second Yang DiPertuan Agong; Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah consented the use of His Majesty's name (Alam Shah) on the school. On 7 March 1964, the school was officially opened by His Majesty the then Sultan of Selangor, Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum SUltan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

On 26 April 2003 the school shifted premises to a new 142,000m sq campus in Putrajaya. In officiating the new premises on 24 March 2007 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, the Sultan of Selangor, had consented SAS taking on the name of his grandfather Sultan Hisamuddin Alam Shah. The school is henceforth known as Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).



Maka, berakhirlah Fasa Pertama perjalanan singkat yang mencipta titik-titik hitam dalam kehidupanku.


Biar pun singkat, ia tetap satu catatan sejarah dalam lipatan hidupku. Antara nostalgia, impian, cita-cita dan kenyataan.

Biarpun ia singkat ia tetap menyuburkan apa yang dinamakan persahabatan yang kembali berbunga setelah puluhan tahun layu dan terkubur di dalam timbunan cita-cita dan kerjaya.

Fasa Kedua rentak rapuh kehidupanku iaitu selama dua tahun di UTM akan kuceritakan dalam Bab yang akan datang.













;



No comments:

Post a Comment