Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Wednesday, February 23, 2011

TAJUK 27: JEJAK DI TANAH ASING

bumi asing
  BANYAK BERJALAN LUAS PENGALAMAN  


Setiap orang sayangkan tanah air atau negara tempat tumpah darah atau tempat kelahirannya. Kalau boleh juga kita mahu mati di tanah air sendiri.  Walaupun apabila kita telah mati, yang dikuburkan hanya jasad, hanya amal kebajikan sahaja yang boleh membantu ruh kita hingga ke alam akhirat kelak.  Namun adat kita, kalau boleh nesan kubur kita dapat dikenali supaya anak cucu kita dapat ziarahinya dan membacakan doa.  Walhal, anak yang soleh boleh mendoakan kesejahteraan ruh ibu bapanya di mana-mana sahaja.

Kadang kita mengharap agar kita dapat mati di Mekah supaya dikebumikan di bumi kelahiran Rasulullah s.a.w.  Tapi, bila kita nak ke Mekah, kita berdoa agar kita dapat kembali ke negara kita dengan selamat dan menemui ahli keluarga.

Aku bersyukur kepada Allah kerana sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam TUDM aku berpeluang melawat banyak negara asing.  Walaupun ia bermula agak lewat, iaitu 11 tahun setelah berkhidmat untuk menjejaki negara asing pertama; Indonesia (itu pun dari kalangan  negara Asia Tenggara) dan 16 tahun untuk sempadan Asia Tenggara.

Selepas itu, peluang untuk aku menjejaki satu demi satu ke negara asing semakin kerap.


Bukom Island, Singapore


Pulau Bukom yang berkeluasan 1.45km persegi merupakan sebuah pulau kecil yang menempatkan shell refinary installation.  Pulau Bukum adalah milik negara Singapura.  Mungkin juga waktu itu, Singapura masih sebahagian dari negara Malaysia. Aku menaiki bot/kapal ke Bukum kerana melawat rumah allahyarham Wak Sham (bapa saudaraku) yang bekerja dengan syarikat Shell dan tinggal di sana dalam tahun 1960an.  

Pontianak, Indonesia (1982) - ini adalah kali pertama aku dapat peluang ke negara asing semasa dalam perkhidmatan TUDM. Masa tu aku bertugas di TUDM Kuching. Memang saja nak bagi peluang, so ditugaskan sebagai pegawai pembayar gaji untuk staf pejabat ALO di Pontianak, Kalimantan Barat (KALBAR). Pergi naik pesawat Caribou dari TUDM Labuan. Sepanjang tempoh bertugas di TUDM Kuching, aku dapat dua kali terbang ke Pontianak.


 
Pontianak (1982)

Medan, Indonesia (1991) - Medan  adalah bandar di Indonesia kedua yang aku jejaki sejak memasuki TUDM. Ini juga merupakan tugas rasmi ke luar negara yang pertama. Aku membuat tugas sebagai 'Logistic Liaison Officer'  dalam eksesais udara ELANG MALINDO yang dilangsungkan di Pangkalan Udara (LANUD) Medan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia selama seminggu.. Semasa bertugas aku tinggal di Mes Pegawai TNI-AU LANUD Medan. Masa ni aku bertugas di MPPU.   Rakan tugasku ialah Kapt Abas Hassan dari No 12 Skn dan beberapa orang staf dari Skn Semboyan Bantuan Udara.

 
Traffic in Medan


Delhi dan Chandigarh, India (23 - 28 Mac 1997) - Inilah kali pertama aku keluar dari rantau Asia Tenggara. Aku diberi peluang untuk tugas PDI bagi peralatan Radio Transceiver dari Bharrat Industries, Chandigrah yang ditaja oleh Syarikat Federal Telecomm. Aku pergi dengan Mej Hishamuddin (Eng), Encik Maniam (Pero 5) dan Mr Tan dari Fed Comm.  Kami bertolak dari LTASAAS Subang  pada 23 Mac 1997 ke LTA Indira Ghandi, Delhi.


India adalah negara luar Asia Tenggara yang pertama aku jejaki.  Aku bertugas sebagai salah seorang ahli kumpulan PDI bagi peralatan 'ground radio' di Chandigargh.  Dari New Delhi ke Chandigargh kami menaiki keretapi.  Hanya satu malam sahaja kami tinggal  di Chandigarh, selebihnya duduk hotel di New Delhi.  Kami bertolak pulang ke KL pada 28 Mac 1997.

 
 Old Delhi


New Delhi





 Chandigarh (1997)
Lokasi di mana aku menyertai tim pemeriksaan dan penerimaan (PDI) peralatan 'ground radio comm' di Bharrat Electronics dari 23 - 28 Mac 1997

Rome & La Spezia, Italy dan San Marino (26 Okt - 3 Nov1998).  Perjalanan pertamaku ke benua Eropah adalah ke Italy bagi melaksanakan tugas PDI Radar Alenia di Rome.  Kumpulan diketuai oleh En Rodin Mamat (Pero 3) dan Mej Khairudin Zahari. Kami bertolak dari KLIA pada 26 Okt 1998 ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rome.


berpeluang melawat Menara Condong di Pisa, pelabuhan La Spezia dan juga negara San Marino diiringi oleh Enrico Bonani. Kami dapat bertemu dengan pegawai-pegawai RMN Corvette Project Team di La Spezia dan bersarapan nasi lemak dirumah Kdr Abidin.


Kami bertolak pulang ke KL pada 3 Nov 1998.

 Pisa, Italy (1998)
dalam perjalanan dari Rome ke La Spezia (melaksanakan PDI radar Alenia)  

 
  
 
 
 
 
 Rome, Italy (1998/2002)
tugas PDI peralatan radar PSR Alenia di Tiburtina, Rome

  
  
  
  
 San Marino (1998)
sebahagian dari perjalanan 'melancong' selepas tamat tugas PDI radar Alenia

  
 La Spezia, Italy (2002)
sebahagian dari  tugas PDI untuk PSR di Alenia SpA, Rome (memeriksa peralatan di pelabuhan)

  
  
 Cinque Terre (Lima Kampung)
Transit- dari Rome ke KL

Songkhla, Thailand (1999) - Lawatan ini merupakan salah satu dari program lawatan sehari (KESBAN) dalam kursus MTAT pada 28 Mei 1999. Kami membuat kunjungan  ke pejabat RBCO di Songkhla (sekarang sudah ditutup).  Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah beli belah dan merayau di bandaraya Hatyai serta membuat lawatan ke pejabat LADA di Langkawi. 

Songkhla, Thailand (1999)
lawatan MTAT (KESBAN) ke Selatan Thai

Hat Yai, Thailand (1999)
lawatan MTAT (KESBAN) ke Selatan Thai

Yeovil, Somerset, UK (2000) - Ini adalah kali pertama aku menjejak kaki ke UK. Negara nenek tiri Queen Eliza. Masa ni aku bertugas di MOF, mengikuti delegasi MINDEF menghadiri Project Review Meeting (PRM) untuk helikopter Super Lynx TLDM. Tim PRM ini diketuai oleh YBhg datuk Ahmad Pharmy (TKSU MINDEF- Pembangunan) dan turut disertai oleh Laksma Mohd Radzi (KP Teknikal MTL), dan Kept Ayop TLDM. Kami bertolak dari KLIA pada 8 Okt 2000.


Bertemu kenal dengan anggota projek di sana; Kdr Khairudin Khalid (sekarang Laksda Dato'), Kdr Mohd Adib -pilot (sekarang Laksda Dato'), Lt Kdr Aziz adan Lt Kdr Fadzil.

 
  
Yeovil (2000)

  
Somerset, UK (2000)


 London (2000/2002/2007/2008/2009/2010/2012)
Banyak kali berpeluang menjejakkan kaki ke kota ini malah ada melebihi sekali dalam setahun.  Tapi tak ada tugas rasmi di kota ini, hanya satu persinggahan - shopping - khususnya selepas tamat sesuatu tugas rasmi.


Tucson, Arizona, USA (2001) - Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke negara 'Uncle Sam' untuk menyertai pasukan Final Acceptance Test (FAT) pesawat VVIP jet Global Express (9007) selepas menjalani senggaraan khas di premis Bombardier. Aku mewakili Perbendaharaan Malaysia. Kumpulan diketuai oleh Brig Jen Abu Bakar Md Said (AKS P & P) disertai oleh Mej Dzulkarnain (P&P), En Ahmad Fakharudin (Pero 3), Mej Muhd Shafiq (P&P) dan Mej Salleh Tahir (2 Sqn).  


Penerbangan dari KL pada 26 Feb 2001 dengan pesawat MAS  ke Los Angeles sebelum bertukar pesawat domestik ke Tucson. 


Image result for tucson arizona
 Tucson, Arizona 
Menyertai tim penerimaan pesawat Global Exp di Bombardier Inc.

Casa Grande, Arizona (2001)
shopping time, semasa PDI trip ke Tucson

Barcelona, Spain dan Maldives. Perjalanan pulang ke KL menaiki pesawat Global Express yang telah siap dibuat upgrading dan Mod. Juruterbang pesawat ialah Kol Hanif Darimi (bersara Lt Jen TUDM) dan perjalanan singgah di Barcelona, Spain untuk refuelling (24/2/2001) dan kami bermalam di Barcelona dan keesokan harinya  pada 25 Feb 2000 kami bertolak balik ke KL.  Pesawat mendarat untuk mengisi minyak di lapangan terbang Male di Kepulauan Maldive dan sampai di KLIA pada 26 Feb 2001.


Image result for barcelona spain
Barcelona, Spain (2001)
singgah satu malam dalam perjalanan pulang dari Tucson, USA 

Image result for maldive airport
Male International Airport, Maldives (2001)
singgah mengisi bahanapi dalam perjalanan pulang dari Tucson, USA melalui Barcelona


Toronto, Canada (2002)- menganggotai tim penerimaan untuk 'green aircraft' pesawat Global Express (9096) yang akan menggantikan 9007 yang banyak masalah teknikal. Tim diketuai oleh Brig Jen Dato' Abu Bakar Said. Anggota lain ialah Lt Kol Mohd Noor Rani, Mej Dzul dan En Mohd Fakharuddin (Pero 3). Semasa tugas ini kami berpeluang melawat Niagara Falls di sempadan USA dan Canada.  Satu pemandangan ciptaan Allahyang amat menakjubkan.

Image result for narita airport
Narita Airport (2001)
Transit - route to LA and Toronto

Image result for toronto canada
 Toronto, Canada (2001)
Melaksanakan acceptance check pesawat Global Express 9096.

Image result for niagara falls
 Niagara, Canada (2001)

Milan, Italy (2002) - Menyertai PRM pesawat Agusta 109M untuk JBPM di Cascina Costa di Samarate, Milan, Italy. Tim diketuai oleh PPjP Hamdan dan anggota lain Lt Kol Shabre, Mej Khairudin dan seorang jurutera dari JBPM.  Kami bertolak dari KLIA pada 2 Nov 2002 dan sampai ke LTA Fiumicino, Rome pada 3 Nov 2002 sebelum bertukar pesawat ke Milan. 

Image result for milan italy
Milan (2002)
menyertai PRM helikoper A109 JBPM

Image result for arona lake maggiore
Arona Lake, Milan

Venice, Italy (2002) - Selepas menamatkan tugas di premis Agusta di Samarate, kami diberi peluang melawat Venice yang amat masyhur sebagai bandar terusan. 

Image result for venice italy  
Image result for venice italy  
 Venice (2002)

Kami bertolak pulang ke KL melalui lapangan terbang Malpensa, Milan dan singgah di bandaraya London untuk berehat.  Kami bertolak pulang ke KL dari LTA Heathrow pada 8 Nov 2002.

Malpensa Airport

Singapore (2004)-  Aku berpeluang menyertai ICQ International Logistic Seminar di Singapura bersama Lt Kol Zahari Jamaludin TUDM (dari MLU) dari 28 Jun hingga 1 Jul 2004.


Brunei (Jul 2005) - menyertai mesyuarat Logistics Air Working Group (AWG) untuk Malaysia-Brunei Bilateral Agreement di Seri Begawan. Team diketuai oleh Brig Jen Ali Nasirudin TUDM (AKS BOLP). Anggota delegasi lain ialah Brig Jen Dato Osman Chik, Lt Kol Zainol (Mk ATM).

Image result for bandar seri begawan 
Image result for bandar seri begawan 
 Seri Begawan (2005)
menghadiri mesyuarat bilateral Kerjasama Logistik Malaysia-Brunei

Hawaii (2005)- mewakili Malaysia dalam Pacific International Logistics Seminar (PILS) di Hickam Air base, Hawaii dari 22 hingga 26 Ogos 2005 bersama Mej Ahmad Zaini Mohd Ali TUDM.   Kami bertolak  dari KLIA pada 20 Ogos 2005 melalui Singapura dan tidur satu malam di Singapura sebelum bertolak dengan pesawat North East Airlines ke Hawaii melalui Taipei, Jepun.

Seminar ini turut disertai oleh wakil-wakil dari negara Australia, New Zealand, Indonesia, Mongolia, India, Bangladesh, Nepal, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Jepun dan Vietnam.  Kami pulang pada 28 Ogos 2005 juga melalui Taipei dan Singapura.


 Image result for taipei airport
Taipei International Airport

Image result for hawaii airport
Hawaii International Airport 

Hickam Air Force Base
Image result for honolulu
Honolulu City

Jakarta, Bandung and Yokyakarta (2006) - menyertai Exchange Programme antara pegawai-pegawai TUDM dan TNIAU.  Delegasi bertolak dengan pesawat TNI-AU dari Pangkalan Udara Subang pada 7 Ogos 2006 dan mendarat di LT Halim Perdanakusuma.

Program ini melibatkan 3 lokasi utama iaitu Pangkalan Udara (LANUD) Halim Perdanakusuma, Jakarta, LANUD Hussein Sasteranegara, Bandung dan LANUD Adi Sijipto, Bandung. Delegasi diketuai oleh Lt Kol Abd Manaf bin Zaid.  Delegasi pulang ke Malaysia dengan pesawat C-130H TUDM pada 11 Ogos 2006.

 Image result for jakarta indonesia
Kota Jakarta

Image result for bandung indonesia
Kota Bandung

Image result for yogyakarta indonesia
Chandi Borobudur, Yogyakarta

Los Angeles dan Barrington, Chicago, USA, Chicago,USA (2006) 

Semasa menjawat PS1 Kontrak aku berpeluang mengetuai PDI Team untuk perolehan Camera RF5E di premis Recon Optical Inc (ROI).  Kumpulan ini disertai oleh pegawai TUDM, AIROD dan agen lokal IG Tech (En Ahmad Sulaiman).


Kami transit dua malam di LA semasa pergi dan sempat menjelajah kota LA termasuk ke Hollywood.


Image result for Aurora Chicago
 Aroura, Chicago, USA 
Image result for barrington chicago
Barrington


Image result for hollywood la
 LA (2006)
singgah 2 malam di LA dalam perjalanan ke Chicago untuk PDI camera

Irkutsk/Moscow, Russia (2007).  Perjalanan yang paling lama dalam hidupku, dari KL ke destinasi (Irkutsk) mengambil masa 47 jam!.  Aku  menyertai PDI Team untuk ILS equipment pesawat SU30MKM serta majlis roll out pesawat pertama SU30MKM di Irkutsk, tengah Russia. Kumpulan disertai oleh Lt Kol Razib Samad dan Mej Azuddin.

Kami bertolak dari KLIA pada menaiki pesawat MAS ke LTA Schipol, Amsterdam sebelum bertukar pesawat ke Moscow dan sekali bertukar pesawat ke Irkutsk. Sampai di Moscow pada 22 Mei 2007.


Image result for schiphol airport
 Schipol Airport , Amsterdam
Image result for irkutsk airport
Irkutsk Airport

Kami tinggal di hotel Angara dan membuat tugas di premis Sukhoi.  Satu pengalaman yang berharga dapat menjejaki negara terbesar di dunia ini. Semasa majlis pelancaran rill-out, aku ditugaskan untuk membaca doa selamat.  Kami juga berpeluang melancung ke Baikal Lake, yang juga merupakan tasik air tawar yang terbesar di dunia.

Image result for irkutsk russia 
Bandar Irkutsk 
Image result for angara hotel irkutsk russia 
Angara Hotel, Irkutsk, Russia 
Menyertai kumpulan PDI alatganti dan 'roll-out ceremony' pesawat SU30

Image result for baikal lake images 
Baikal Lake
Image result for mosque in irkutsk
berpeluang solat Jumaat di Masjid bandar Irkutsk


Ansty/Bristol, UK     Setamatnya tugas di Irkutsk, saya dan Lt Kol Razip Samad (SISGP A) terus ke London untuk membuat satu lagi tugas rasmi, lawatan fasilitet ke Rolls-Royce Ltd (RRL) Ansty, UK seterusnya ke RAF Marham dan premis RRL di Bristol. Kami sampai di London pada 26 Mei 2007.  Ketua delegasi kami Brig Jen Dato Hj Ibrahim Bahari telah menunggu kami di London.   


Bertolak dari London ke KL pada 3 Jun 2007. Pengalaman pahit di Heathrow Airport sebelum bertolak pulang kerana membawa bahan merbahaya di dalam beg sandang. 



Bristol, UK (Feb 2009) - Pada bulan Feb 2009,aku berpeluang sekali lagi ke UK untuk menyertai Programme Review Meeting (PRM) Adour Engine dengan syarikat Rolls-Royce, di Bristol,UK. Delegasi dikeruai oleh Brig Jen Dato Ackbal, Lt Kol Rafdzi (GpA), Mej Gopalan (MTU-Kontrak) dan Mej Izani (PSU F- Pero 3).



Ansty, UK (Dis 2008).  Ini adalah penerbangan kali kedua ke London dalam tahun 2008.   Aku mengetuai kumpulan membuat tugas PDI Viper Engine dengan Lt Kol Thien PK (KBK No  15 Skn) dan Mej Lua PT (SisGp A). Kami sampai di LTA Heathrow, London pada 10 Dis 2008. Semasa di London (sebelum bertolak pulang), kami sempat melawat Museum Patung Madam Tussaud. 


Ansty, UK (2007/2009)
fasilitet pembaikan Viper 43 engine 

Lytham, UK (June 2009) -  Ini adalah pemergian keempat ke London untuk tugas rasmi, menghadiri JPRM Hawk BAe di Lytham, sebelah utara England. dengan Kol Zaki (KSS), Lt Kol Rafdzi (Gp A) dan Mej Ghazali (PS2 KAS).  Dalam perjalanan balik ke London kami singgah melawat Warwick Castle dan Warwick outlet yang terkenal dengan jualan kasut Bally .

Clifton Arm Hotel, tempat kami duduk dan bermesyuarat di Lytham


Warwick, UK (2009)
singgah melawat Warwick Castle, dalam perjalanan pulang dari Lytham ke London

 Lytham township, UK

Bandung, Indonesia (May 2010) - Menghadiri Logistic Support Meeting (LSM) dan Technical Coord Group Meeting pesawat CN235. Rombongan diketuai oleh Panglima Logistik. Delegasi TUDM pergi  menaiki pesawat CN235 pada 3 Mei 2010 dan pulang ke Malaysia (PU Subang) pada 6 Mei 2010. 


Dalam tugasan ini aku telah mempengerusikan mesyuarat  provisioning bersama pihak PT Dirgantara untuk pesawat CN235.

Aku mendapat dua kali peluang melawat kota Bandung, pertama kali dalam tahun 2006 kerana menyertai lawatan di bawah program pertukaran pegawai TNI-AU/TUDM dan kali kedua pada tahun 2010 kerana menghadiri Provisioning Review pesawat CN235 di PTDI.

Moscow, Federation of Russia (27 - 30 Jun 2010)- menyertai Technical Coordination Group/Component Improvement Program Logistics Support Meeting (TCG/CIP/LSM) pesawat MiG-29 dan SU30MKM dengan FSUE Rosoboronexport dan JPSC RAC MIG di Moscow, Rusia. Kumpulan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai TUDM dan eksekutif ATSC Sdn Bhd. Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Panglima Logistik Udara.
Image result for moscow airport
 Moscow Airport, Russia 

Image result for stansted airport london
Stanstead Airport (2010)

Stan, Switzerland (1 - 3 Jul 2010)- Dari Moscow kumpulan berpecah dua, aku mengetuai satu kumpulan bagi menghadiri Mesyuarat Provisioning Review for PC7 aircraft di Pilatus Aircraft Ltd, Stans, Switzerland. Ahli kumpulan; Lt Kol A.Rafdzi, Lt Kol M.Gopalan, Mej Muhd Shafiq Khee dan Mej Lua P.T.

Image result for lucerne switzerland
 Luzern, Switzerland
mesyuarat Provisioning Review (PC7) di premis Pilatus Ltd di Stans.


Selepas menamatkan mesyuarat Provisioning Review (PC7) di premis Pilatus Ltd di Stans,kami keluar awal dari hotel di Luzerns dan on the way nak ke airport Zurich, aku (dan kawan-kawan) sempat merayau-rayau dan makan waffle di bandar Zurich.  Cantik dan bersih.

Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawarah. Menunaikan Fardhu Haji.  Bertolak pada 30 Okt 2010 melalui Jeddah.  Pulang pada 12 Dis 2010 melalui Madinatul Munawarah Cerita secara terperinci mengenai perjalananku ke Tanah Suci boleh dibaca di Tajuk 92. 
    Kalau tak masuk TUDM mungkin negara asing yang aku dapat lawat hanyalah Arab Saudi. Itu pun disebabkan menunaikan Fardhu Haji adalah Rukun Islam dan telah ditaqdirkan menunaikan haji itu di Mekah. Kalau diandaikan boleh buat haji di negara sendiri, rasanya tak merasalah nak ke oversea ni.

    Makkatul Makaramah (2010)
    Labbaikallahumma Labbaik......Subhanallah wabihamdih

    Jeddah (2010)
    part and parcel of Haj package


    Bandung, Indonesia (2012). Mewakili Panglima Logistik Udara untuk mengetuai delegasi TUDM untuk Mesyuarat LSM, TCG pesawat CN235


    Moscow, Rusia (2012)- Menghadiri Mesyuarat LSM, TCG pesawat Sukhoi dan MiG29. diketuai oleh Panglima Logistik Udara.


    Paris, France (2012). Menghadiri Mesyuarat LSM, TCG peralatan avionilk pesawat Sukhoi di Thales dan Segaem.


    Istanbul, Turkey (8 - 10 Jun 2013)- sebahagian dari pakej Umrah dengan syarikat Andalusia.


    Madinah, Saudi Arabia (11 - 14 Jun 2013). Pakej Umrah


    Makkah, Saudi Arabia (14 - 18 Jun 2013) - Umrah


    Maaraka and Beyrouth, Lebanon  (14 -21 Sep 2016). Menyertai delegasi ATM sempena perbarisan serah menyerah tugas MALBATT 850-3 kepada MALBATT 850-4. 

    Image result for beirut airport  
    Rafiq Hariri International Airport
    Image result for beyrouth lebanon  
    Image result for beyrouth lebanon  

    l


    .

    No comments:

    Post a Comment