Tuesday, February 1, 2011

TAJUK 69: NEGARA MONARKI

MONARCHY GOVERNMENT


This time, I would like to disseminate another general knowledge that related to ‘type of government. Based on my reading, there are so many forms types or of government in the world. However, most of them are no more exist (or not applicable) in today’s world.  Presently, most of the countries in the world were ruled by either democracy, autocracy (dictator), republic, federation, military junta, parliamentary, unitary state, communist/socialist, chieftainship and monarchy (kingdom) forms of government.  Each type of government can be further divided into sub-form of government  or the mixture of more than one type.  Republic government can be a federation republic, democratic republic, socialist republic, dictatorship republic or Islamic republic.  On the other hand, the monarchial government can be parliamentary or constitutional monarchy, sultanate, chieftainship, absolute monarchy and federative monarchy. each types of government has its own strengths and weaknesses.

Let go deeper on the Monarchial form of government.

A monarchy is a form of government  in which all political power is passed down to an individual,(usually handed down to generation to generation) known as a monarch (single ruler)  or king (male) or queen (female).

As a political entity, the monarch is the head of state, generally until their death or abdication, and "is wholly set apart from all other members of the state.

Historically, the notion of monarchy may emerge under different circumstances. It may grow out of tribal kingship and the office of monarch (kings) becoming typically hereditary, resulting in successive dynasties or "houses", especially when the leader is wise and able enough to lead the tribals. It may also be a consequent emergence after an act of violence is committed upon local communities by an invading group, which usurps the communities' rights over their resources and then gradually releases such rights under controlled conditions. The leader of the usurping group often establishes himself as a monarch.  

A state of monarchy is said to result that reveals the relationships between resources, communities, monarch and his office. Even in antiquity, the strict hereditary succession could be tempered by systems of elective monarchy, where an assembly elects a new monarch out of a pool of eligible candidates. The concept has also been modernized, and constitutional monarchies where the title of monarch remains mostly ceremonial, without or with very limited political power.

Currently, 44 nations in the world have monarchs as heads of state, 16 of which are Commonwealth realms that recognize Queen Elizabeth II as their head of state. The historical form of absolute monarchy is retained only in Brunei Darussalam, Oman, Qatar, Saudi Arabia, Swaziland and Vatican City.In fact,  in countries like Saudi Arabia and Brunei, the King is also holding the office of Prime Minister.

Sejarah dan Teori berkaitan Sistem Monarki

Doktrin Hak Ketuhanan Raja

Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari FEUDALISME di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan. 

Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katholik di Rome dan mereka mazhab yang baru iaitu Church of England. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

Teori Hobbes Mengenai Kedaulatan Raja

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people). Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan.

‘Enlightened Despotism’

Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightenedmampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon Bonarparte.

Senarai Negara-Negara Monarki Mutlak

Dalam zaman moden, ini hanya terdapat enam negara di bawah monarki mutlak (absolute monarch)  iaitu: Raja Abdullah bin Abdel Aziz al Saud (Arab Saudi), King Jigme Khesar Namgyel Wangchuk (Bhutan), Sultan Hasnal Bolkiah Muizzadin Wadaullah (Brunei),Sultan Qaboos bin Said al Said, King Msawati III (Swaziland) dan Pope Paus Benedict XVII (Vatican City). 

    
Kiri: King Abdullah (Arab Saudi), dan Sultan Hasanall Bolkiah (Brunei):
dan King Jigme Wangchuk (Bhutan)

  
 Kiri: King Maswati III (Swaziland, dan Sultan Qaboos bin Said (Oman) 

Paus Benedict XVII (Vatican City)

Bagaimanapun, monarki di Vatican City agak unik sebab rajanya dipilih dan tidak mewarisi takhta seperi monarki mutlak yang lain.

Di Jordan (Raja Abdullah bin Hussein) dan Maghribi (Raja Mohamed VI), rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala diLiechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Prince Hans Adam II.

   
Kiri: King Muhammad VI (Maghribi),dan Prince Hans Adam (Leichtenstein) 

kanan: King Abdullah bin Hussein (Jordan)

Raja Berperlembagaan

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah Sistem Berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan Kerajaan Tentera yang dipimpin seorang dictator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta, sebagai Shiekh Hamad bin Isa bin Salman al Khalifa, Raja Bahrain; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang Di Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun. 


 
Tuanku Abdul Halim (Malaysia)

Sejarah Raja Berperlembagaan

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan King Charles mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, King Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi Presiden di mana England telah menjadinegara Republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa tetapi hanya memerintah selama setahun. Sistem beraja telah dipulihkan semula dan  King Charles II  telah diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.

Ratu Elizabeth ke II merupakan pemerintah United Kingdom dan juga 15 buah negara lain menjadikannya ratu paling berpengaruh di dunia. Berikut adalah Negara-negara yang mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan di dunia sekarang.


Queen Elizabeth II (Britain) yang juga pemerintah ke atas 15 negara
Komanwealth yang lain.


1.  Britain (Queen Elizabeth II).  Selain dari Britain, terdapat 15 buah Negara merdeka 
bekas jajahan Britain yang masih mengiktiraf Quen Elizabeth II sebagai Pemerintah
mereka, ia-itu:

(1)   Antigua dan Barbuda
(2)   Australia
(3)   Bahamas
(4)   Barbados
(5)   Belize
(6)   Canada
(7)   Grenada
(8)   Jamaika
(9)   New Zealand
(10)       Papua New-Guinea
(11)       St Kitts & Nevis\
(12)       St Lucia
(13)       St Vincent & the Grenadines
(14)       Solomon Islands
(15)       Tuvalu

2.  Belgium – King Albert II
3.  Cambodia – King Norodom Sihamoni
4.  Denmark – Queen Margrethe II (termasuk Greenland)
5.  Jepun – Maharaja Akihito
6.  Jordan – Al Malik Abdullah bin Hussein
7.  Liechtenstein – Prince Hans Adam II
8.  Luxembourg- Grand Duke Henri
9.  Malaysia – Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Haji Sultan Abdul Halim al Muadzam
Shah
10. Monaco – Putera Albert II
11. Maghribi-King Mohamed II
12. Nepal- King Gyanendra Bir Bikram Shah Dev
13. The Netherlands – Queen Beatrix
14. Norway – King Harald V
15. Sepanyol – King Juan Carlos I
16. Sweden – King Karl XVI Gustav
17. Thailand - King Bhumibhol Adulyadej
18. Bahrain- Sheikh Hamad bin Isa bin Salman al Khalifa
19. Qatar - Sheikh Hamad bin Khalifa at Thani
20. Tonga - King George Tupou VII 
.
Perancis pernah diperintah oleh raja berperlembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.

    
Kiri: King Juan Carlos (Spain),dan: King Karl XVI Gustav (Sweden)

King Harald V (Norway)

  
Kiri: Maharaja Akihito (Jepun), dan Queen Margrethe II (Denmark) 

  
Queen Beatrix (Netherlands) dan King Bhumibol Adulyadej (Thailand)

  
Kiri: King Albert II (Belgium) dan: King Gyanendra (Nepal)

    
Kiri:Grand Duke Henri (Luxembourg), tengah: Prince Albert (Monaco) dan 
kanan: Prince Norodom Sihamoni  (Cambodia)

Raja Hamad bin Isa al Khalifa (Bahrain) 


kiri: Sheikh Hamad bin Khalifa (Qatar)

King George Tupou VI (Tonga)

United Arab Emirates (UAE)


Ada sebuah lagi negara yang mengamalkan sistem gabungan struktur sistem kerajaan.  Politik di Kesatuan Arab Emiriah atau United Arab Emirate UAE) mengamalkan sistem federalisme, presidential dan monarki mutlak.  UAE adalah persekutuan tujuh buah negara monarki mutlak iaitu Kerajaan (Emiriyah) Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, Ras al Khaimah and Umm al Quwain.  Presiden UAE adalah Ketua Negara UAE (yang dipilih dari kalangan 7 emir) dan Perdana Menteri UAE adalah Ketua Kerajaan yang juga dipilih dari kalangan 7 Emir.
        (1)     Abu Dhabi – Sheikh Khalifa bin Zayed an Nahyan (President UAE).
        (2)     Ajman - Sheikh Humaid bin Rashid an Nuaimi.
        (3)     Dubai - Sheikh Mohammad bin Rashid al Maktoum (PM UAE).
        (4)     Fujairah – Sheikh Hamad bin Muhammad al Sharqi.
        (5)     Ras al Khaimah – Sheikh Saud bin Saqr al Qasimi
        (6)     Sharjah – Sheikh Dr Sultan III bin Muhamamad al Qasimi
        (7)     Umm al Quwain – Sheikh Saud bin Rashid al Mu’alla     
    
  
Sheikh Ras al Khaimah dan Sheikh Sharjah

  
  Sheikh Fujairah dan Sheikh Ajman
 
Sheikh Abu Dhabi, 

  
Sheikh Dubai dan Sheikh Umm al Quwain

Pemupusan Pemerintahan Beraja

Mengikut catatan sejarah,monarki atau pemerintahan beraja dihapuskan sama ada melalui pembaharuan perundangan, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan. Sebagai contoh:

1.  Monarki Inggeris (King Charles I) diguling oleh Parlimen yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649.  Bagaimanapun, monarki ini dipulihkan semula pada tahun 1660.
2.  Monarki Perancis (King Louis XVII) digulingkan pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis. Monarki Perancis kemudiannya dipulihkan beberapa kali sehingga tahun 1871.
3.  Monarki di Negara China (Dinasti Qing yang mula memerintah pada 1636) berakhir selepas revolusi Sun Yat-Sen pada tahun 1912.
4.  Maharaja Korea (Maharaja Yi Chok dari Dinasti Han) hilang takhtanya apabila Negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910.
5.  Selepas kematian Khan terakhir pada tahun 1924 (Jabzandamba Hutagt Bogd Gegeen Ezen Khan), Mongolia menjadi Republik.
6.  Pada tahun 1893, Henry Ernest Cooper,seorang pemimpin perniagaan telah menggulingkan Ratu Hawaii (Queen Liliuokalani  untuk menubuhkan sebuah Republik sebelum Hawaii menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898.
7.  Monarki di Portugal (King Manuel II) digulingkan pada tahun 1910 untuk menjadi negara Republik dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.

Perang Dunia I berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam Rusia dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada revolusi Komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar dan melaksanakan kerajaan dictator  dari golongan bangsawan. Kekalahan empayar Jerman, Austria dan Turki menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti Finland dan Lithuania dimana kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.

Pada tahun 1939, Itali melanggar Albania dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyokong Jerman semasa PDII menentang Yugoslavia, kuasa sekutu barat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kuasa paksi dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di Bulgaria, Hungary dan Romania membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga.  Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.

Di Greece, Raja Konstantinos II terpaksa melarikan diri selepas kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun 1973.

Monarki di India, Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe  dihapuskan apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari United Kingdom. Monarki di Ireland dihapuskan oleh Akta Republik Ireland 1948 yang berkuat kuasa pada tahun 1949. Pakistan menjadi republik pada tahun 1956. Monarki di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1961 oleh referendum apartheid. Mauritius pula menjadi republik pada tahun 1992.

Beberapa buah Negara di utara Benua Afrika dan Timur Tengah menghapuskan sistem Monarki di antara tahun 1950an hingga 1970an. Mesir  menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952 di mana Raja Faruq II digulingkan oleh tentera (General Muhammad Naguib). Penghapusan monarki di Tunisia (King Muhammad VIII  al Amin) digulingkan oleh Habib Bourguiba pada tahun 1957, Iraq (King Feisal II) digulingkan pada tahun 1958 manakala  Raja Idris II (Libya) digulingkan oleh Kolonel Muaamar Gadaffi pada tahun 1969. Di Asia Barat pula, Raja Mohammad Zahir Shah, (Afghanistan) digulingkan pada tahun 1973 manakalah Shah Iran, Reza Mohamed Pahlavi digulingkan melalui revolusi yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeini pada tahun 1979. Di Ethopia, Maharaja Haile Selassie II digulingkan pada tahun 1974 akibat dari revolusi demokrasi.

Pergolakan politik dan kebangkitan ideology komunis menamatkan kebanyakan pemerintahan monarki di Indochina, seperti Emperor Bao Dai, Vietnam (1945), King Sisavang Vong, Laos (1946), King Norodom Sihanouk, Cambodia (1970). Bagaimana pun Kerajaan monarki di Cambodia dipulihkan semula pada tahun 1993.


Berasaskan bacaan Sejarah, punca utama yang menyebabkan kerajaan monarki ini digulingkan ialah apabila Raja yang memerintah telah menindas atau mengenepikan hak rakyat, menyalahguna kuasa yang melampau, mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri dan keluarga, memberi keutamaan kepada ahli keluarga sendiri untuk mengisi jawatan utama dalam pentadbiran negara, memberikan ahli keluarga dan sekutu untuk monopoli peluang pelaburan dan perniagaan dan mengaut keuntungan serta membuat keputusan yang tidak adil akibat dipengaruhi oleh ahli keluarga dan sekutunya.


Antara ketua negara monarki yang telah kehilangan kuasa akibat revolusi atau rampasan kuasa.

    
Kiri:Grand Emperor Bao Dai (Vietnam), tengah: King Faysal II (Iraq dan 
kanan: Emperor Haile Selassie (Ethiopia)


    
Kiri:King Farouk (Egypt), tengah: King Konstantin II (Greece) dan 
kanan:King Muhammad VII AlAmin  (Tunisia)


    
Kiri:Shah Reza Pahlavi (Iran), tengah: Prince Norodom Sihanouk (Cambodia) dan 
kanan: Prince Sisavang Vong (Laos)

  
Kiri:King Muhammad Zahir (Afghanistan) dan kanan: King Idris (Libya)


Ref: wikipedia.com

No comments:

Post a Comment