Thursday, February 24, 2011

TAJUK 74: PISANG PISANG PISANG

pisang
 CERITA TENTANG PISANG

Pisang, adalah nama sejenis buah-buahan yang ada nostalgia sendiri kepada diriku.  Waktu aku berusia 6 tahun, aku dan abangku Amim  mengikut bapak pergi ke kebun di sebelah baruh kampung. Memamng masa kami kecil, kami selalu mengikut bapak ke kebun.  Ia merupakan kebun kopi.  Tapi di sebelah bahagian belakang (sempadan dengan kebun orang lain) bapak ada menanam beberapa pokok pisang tanduk.  Jadi, sesekali apabila ada pisang yang telah tua, bapak akan pergi ke kebun untuk menebang pisang.

Hari itu, semasa bapak menebang pokok pisang itu, kami berdua berdiri beberapa kaki di belakang bapak.  Entah macam mana sekali libas, parang panjang bapak terlepas dari tangannya lalu melayang dan jatuh tepat mengenai kepala ku. Aku tak menyedarinya, yang aku tahu tiba-tiba ayahky meraung menangis dan mendukung aku ke arah basikal di depan kebun.  Abangku juga menangis berlari mengikut belakang bapak. Aku terpinga-pinga kerana tak tau mengapa.  Seluruh bajuku telah berlumuran darah. Malah aku bertanya bapak, kenapa bapak menangis dan darah apa ini.  Masa tu tak terasa sakit langsung.

Sepanjang perjalanan ke rumah (Amim memangku aku duduk di belakang (karia) basikal.  Jarak kebun dengan rumah lebih kurang satu km. Ayahku menangis sepanjang jalan, semua orang kampung yang berselisih dengan kami jadi heboh dan turut menangis.  Rupanya kepala aku cdera parah terkena parang, badanku dipenuhi lumuran darah.

Dipendekkan cerita, hari itu juga aku di bawa ke Hospital Batu Pahat untuk mendapat rawatan.  Aku tidak ingat kereta siapa yang membawa aku ke hospital.  tapi pada masa itu, di kampung aku ada tidak lebih dari dua kereta. Mungkin kereta Cikgu Mahyun atau kereta Wak Ishak (Taharim) Semasa dijahit oleh doktor itulah baru aku merasai sakit (walaupun dibius).  Bila balik ke rumah, kepala  aku berbalut macam Benggali.

Allah memanjangkan usiaku.  Tak tau apa akan jadi kalau parang panjang yang tajam itu terkena leherku.  Itulah kenangan PISANG yang tidak pernah lekang dari otakku.

Walaupun pisang berkait dengan cerita ngeri dengan diriku, sampai sekarang aku suka amkan pisang, semua ejnis pisang, terutama pisang berangan. Melalui web Wikipedia, di sini aku perturunkan sedikit pengetahuan mengenai pisang.  Aku juga usahakan untuk dapatkan gambar-gambar yang berkaitan khususnya jenis-jenis pisang agar pembaca dapat tahu sama macam mana rupa pisang yang disebutkan.  Kerana sebahagian dari jenis pisang itu pun aku sendiri belum pernah merasa malah belum pernah tengukpunnn!! 



Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Penamaan kultivar

Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan Musa balbisiana diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid M. acuminata dengan M. balbisiana ini dikenal sebagai M. paradisiaca.

Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama kelompok kultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana Musa untuk pembahasan lebih mendalam.

Contoh:

1.  Kelompok AA (diploid): Pisang Mas, Pisang Mas Besar, Pisang Mas Kampong, Pisang Mas Air, Pisang Minyak, Pisang Mas Sagura, Pisang Perak, Pisang Lemak Manis, Pisang      Bulin.

Pisang Mas dan Pisang Lemak Manis


2.  Kelompok AAA (triploid, partenokarpi): Pisang Berangan, Pisang Embun, Pisang  Serendah, Pisang Buai, Pisang Mundam, Pisang Raja Udang, Pisang Montel. Pisang Jelai      Bunga, Pisang Masak Hijau, Pisang Cina, Pisang Amping, Pisang Serendah, Pisang Kapal,      Pisang Minyak Laut.

 
Pisang Berangan 

  
Pisang Embun/Ambon dan Pisang Masak Hijau

  
Pisang Montel 

3.  Kelompok AAB (triploid, partenokarpi): Pisang Raja, Pisang Rastali, Pisang Tanduk, Pisang Keling, Pisang Seribu, Pisang Kelat Jambi.


Image
Pisang Keling

Pisang Rastali
  
Pisang Raja
 
Pisang Tanduk

4.  Kelompok AABB (tetraploid): Pisang Abu Baru
5.  Kelompok ABB (triploid, partenokarpi): Pisang Abu Keling, Pisang Awak

Pisang Abu dan Pisang Awak

6.  Kelompok ABBB (tetraploid): Pisang Siam.

Pisang Siam

7.  Kelompok BBB (triploid): Pisang Nipah

Pisang Nipah atau Pisang Kepuk

Lain-lain Jenis Pisang


Pisang Kapas
  
 Pisang Merah atau Pisang Raja Udang

Pisang Jari Buaya


Pisang Hitam dan Pisang Kapas Putar


Pisang Rotan dan 

Pisang Nangka

Penanaman

Iklim

Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.

Tanah

Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.



tanaman pisang secara ladang (komersil)
Cara menanam

Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.


anak-anak pisang dalam semaian

  
kebun pisang yang sudah menyubur
Penjagaan

Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.

Khasiat

Membekalkan Tenaga

Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

Kegunaan

Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.

Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar, pulut panggang @ pulut udang, tapai, kuaci, lopes, lontong atau kuih lepat.


   
rupa daun pisang yang boleh digunakan untuk pelbagai

 
daun pisang adalah sinonim dengan nasi lemak

   
untuk ikan bakar dan pembungkus kueh pulut udang

  
pembungkus tapai dan lepat pisang


pembungkus lopes  (agaknya yang menamakan makanan ini ialah Lopez de Squiera)

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.



batang pisang dan tali dari pelepah batang pisang

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.


HIDANGAN BERASASKAN PISANG


Goreng pisang, 


roti canai pisang


kek pisang dan muffin pisang


kerepek pisang, 


jus pisang


gulai batang pisang


gulai pisang lilin muda


pengat pisang


'banana split'


ulam jantung pisang


kerabu jantung pisang


ada juga buah pisang yang ganjil seperti ini


tak tau apa nama pisang ini ....ada aku tanam di tepi rumahku (kuarters)- benihnya aku dapat dari Muzium Taman Anchol (Jakarta) semasa program pertukaran lawatan pegawaiTUDM-TNIAU pada tahun 2006.

ada juga jenis pisang hiasan (kiri) manakala di sebelah kanan dinamakan pisang khaki

satu lagi  pokok pisang hiasan, pisang kipas atau pisang jepun.

PISANG BOLEH MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan muda anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”


KALAU AKU BALIK KAMPUNG HARI INI (2011) KELILING RUMAH BAPAK MASIH DIPENUHI OLEH TANAMAN PISANG. KEBANYAKANNYA PISANG LILIN ATAU PISANG KAPAS. HASILNYA DIJUAL KEPADA PERAIH ATAU PENGUSAHA MAKANAN RINGAN YANG BERDEKATAN.


Kesimpulan


1.  Pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Sebab itu juga, tak kira siang ke malam, monyet tidak pernah menolak jika dihulurkan pisang. Jika anda terjumpa monyet yang tak sihat tu, maknanya monyet tudah seminggu tak jumpa pisang.

2.  Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Cerita khasiat pisang ini diceduk dari Soleh.net


Nota Tambahan:


Masa aku dalam latihan kedet tentera dulu, jurulatih senjata selalu sahaja mengingatkan pelatih (kedet) tentang bahayanya kalau cuai dalam mengendalikan senjata.  Khususnya mengacukan muncung senjata  ke arah kawan di hadapan ketika membuat 'safety clearance'.... kalau ada peluru dalam tu, nanti kawan kita tu 'tak dan' sebut 'CANG'.   Maksudnya, kalau peluru terlepas, terkena kawan kita, kalau dia nak sebut perkataan 'PISANG' pun tak sempat dihabiskan, baru sebut "PI" dah kojol.




Achtung!

Walaupun pisang amat terkenal dengan khasiatnya dari aspek kesihatan, namun pisang juga mempunyai bahayanya, jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan:

1.  TERPIJAK KULIT PISANG, boleh menyebabkan kita jatuh terlentang, kepala terhantuk pada apa-apa objek keras, menyebabkan kecederaan parah.

2.  MAKAN PISANG YANG DAH ROSAK/BUSUK, kadang kala kita dah kebulur sangat, kita siat kulit pisang tak tenguk isinya.  kita termakan pisang pisang yang dah rosak/busuk/benyek. akibatnya boleh sakit perut, ceret beret dan sebagainya.  Tapi pisang yang dah benyek ni, masih boleh diguna-pakai.  Kalau belum busuk sangat, gaul dengan tepung gandum, campur air, telur dan serbuk penaik, buat cekodok pisang...sodapppppppp.

3.  SALAHGUNA PISANG.  Orang selalu mengaitkan pisang dengan bentuk organ kaum lelaki. Tak tau lah sama ada pernah berlaku atau tidak, tapi tak mustahil boleh berlaku, kalau ada kaum wanita yang terover aksi, menggunakan pisang untuk memuaskan nafsu seks, guna pulak pisang yang dah masak, terlebih K&$#T,  bayangkan kalau terpatah kat dalam...bukan ke haru biru jadiknya.  Ini bukan satu cerita lucah, sekadar hiburan.  

Malahan kalau ada kaum wanita yang mengulum hujung buah pisang pun boleh disalahertikan maksudnya.......


PANTUN PISANG. Pisang juga banyak digunakan sebagai pembayang dalam pantun-pantun  dan lagu-lagu Melayu.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati

Batu pisang batu, 
bintang banyak bulan satu
Ala emak kawinnnnkan aku



 

No comments:

Post a Comment