Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Wednesday, May 11, 2011

TAJUK 28: BUKU CORETAN XNURI PILOT

  CORETAN XNURIPILOT  
SUDAHKAH ANDA MEMBELI BUKU INI?



CORETAN XNURIPILOT
tulisan Noor Ibrahim bin Sulaiman (Mejar TUDM Bersara)
HANYA RM45 termasuk belanja pos.

Satu memoir mengenai salah seorang Perwira Angkasa yang masih hidup untuk menceritakan pengalamannya. Noor Ibrahim yang ditauliahkan dalam Kor Artileri (dulu Kor Meriam), kemudian bertukar kepada Kor Perkhidmatan Am (Gaji) sebelum mengabdikan diri kepada TUDM sebagai juruterbang helikopter Nuri sehingga bersara pada tahun 1994.  Membaca buku ini dapat menyelami kehidupan 'pasukan infantri udara' iaitu juruterbang helikopter yang terlibat secara langsung dalam peperangan insurgensi untuk menghapuskan pengganas komunis. 

x


Walaupun melalui pelbagai dugaan yang kadang tidak sepatutnya diterima, beliau tabah dan tetap gagah menghadapinya.  Saya percaya karekter buruk dalam organisasi yang beliau telah temui dan mengguris hatinya, tapi mengenali keperibadian beliau, beliau hanya bercerita tentang kebaikan orang.

Walaupun jasanya dihargai dengan anugerah Pingat Tentera Udara (PTU), beliau adalah hero yang tak didendang.  Mungkin kerana beliau masih hidup (tidak terkorban dalam nahas helikopter) atau tidak cedera dan tidak meminta itu dan ini, dan tidak membuat komplen dalam akhbar mengondem Kerajaan, maka orang melupainya.



Namun, beliau agak lantang memperjuangkan 'pemberian elaun untuk Pingat-pingat Kepahlawanan seperti JPP, PTU dan KPK.  Akhirnya (sama ada disebabkan oleh perjuangannya yang tidak mengenal jemu atau secara kebetulan semenangnya Kerajaan ingin memberi) penyandang anugerah JPP dan PTU menerima elaun sebanyak RM1000 sebulan mulai Jan 2009.

Dan aku pasti, tak semua penerima elaun khas itu tidak ambil tahu tentang beliau.  Kerana sebahagian dari mereka tidak pernah terfikir atau tidak pernah berusaha untuk mendapat pengiktirafan itu.  Sama ada mereka pun dah lupa mereka menerima pingat tersebut atau mereka sememangnya tidak layak menerima pingat itu.

Mej Noor Ibrahim adalah bekas juruarah di Sekolah Pegawai Skuadron semasa saya mengikut kursus  tersebut pada tahun 1990.

SOS COURSE 22/1990- ITU KINRARA
Mej Noor Ibrahim bin Sulaiman (duduk 2 dari kanan)

Semoga Allah memberkati kehidupan beliau dengan penuh kerahmatan, dimurahkan rezeki, dianugerahi kesejahteraan dan dipermudahkan dalam segala urusan kebaikan.

X
GRADUATION DINNER SOS 22/90 DI KRTU
Mej Noor Ibrahim (duduk 5 dari kanan)


Atas dasar penghormatan saya kepada beliau (sebagai bekas juruarah dan juga 'one of RMAF chopper hero'), saya mengajak semua pembaca untuk membeli buku tulisan beliau ini.  Anda boleh membuat tempahan melalui 'e-buy' dalam blog beliau: xnuripilot@blogspot.com


No comments:

Post a Comment