Tuesday, August 2, 2011

TAJUK 102: PERAK DARUL REDZUAN

PERAK DARUL REDZUAN



Kembara ke Negeri Perak Darul Ridzuan.  Sebuah negeri yang terpanjang (jarak sempadan utara ke selatan) di pantai barat Semenanjung.

Kesultanan Perak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Kesultanan Johor.  Isteri (....bakal Sultanah) Sultan Johor sekarang adalah puteri kepada almarhum Sultan Idris Al Mutawakil Allahi Shah Afifullah, Sultan Perak sebelum DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah yang memerintah Perak sekarang.

Fakta Negeri Perak:

Luas: 21,005 km persegi
Penduduk: 2.1 juta
Kepadatan: 100/km persegi
Ibu Negeri: Ipoh
Bandar DiRaja: Kuala Kangsar



  SEJARAH PERAK  

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi. Sejarah Kesultanan Perak 
bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah, anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka. 

Bagaimanapun riwayat Kesultanan Perak ini menempuhi pelbagai dugaan,  rintangan serta ancaman dari luar seperti serangan Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Siam dan juga Inggeris. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh. 

Penemuan lapisan bijih timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik kemasukan pendatang asing secara besar-besaran, terutamanya orang Cina dari Tanah Besar Cina. Peraturan yang merumitkan tentang pewarisan Sultan serta kedudukan kaum bangsawan yang amat berkuasa, telah menyebabkan politik Perak sentiasa bergejolak dan berlaku krisis yang berlarutan. 

Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan (yang merampas kuasa) dipujuk untuk turun takhta dengan pembayaran pencen seumur hidup supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang penasihat Inggeris (digelar Residen) tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan Polis Tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu (J W W Birch) tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877.  Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Seorang Pemangku Raja (Raja Yusuf) mengambil alih tempatnya dan hanya sepuluh tahun kemudian ditabalkan menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi 
raja.



J W W Birch

 PENASIHAT INGGERIS DI PERAK

Berikut adalah nama-nama Penasihat Inggeris (Resident) di Perak sejak Inggeris secara rasminya campurtangan dalam pemerintahan negeri Perak pada tahun 1874.
  • J W W Birch (Okt 1874 - 2 Nov 1875)
  • J.G. Davidson (1876 - 1877)
  • Sir Hugh Low (1877 - 1889)
  • Frank Athelstane Swettenham (1889 - 1896)
  • William Hood Treacher (1896 - 1902)
  • John Pickersgill Rodger (1902 - 1905)
  • Ernest Woodford Birch (1905 - 1910)
  • Henry Conway Belfield (1910 - 1912)
  • William James Parke Hume (1912 - 1913)
  • Reginald George Watson (1913 - 1919)
  • George Maxwell (1919 - 1920)
  • William James Parke Hume (1920 - 1921)
  • Cecil William Chase Parr (1921 - 1926)
  • Oswald Francis Gerard Stonor (1926 - 1927)
  • Henry Wagstaffe Thomson (1927 - 1929)
  • Charles Walter Hamilton Cochrane (1929 -1930)
  • B.W. Ellis (1931 - 1932)
  • G.E. Cater (1932 - 1939)
  • Marcus Rex (1939 - 1941)      
 
J G Davidson dan Sir Hugh Low


Sultan Idris Shah yang mula memerintah mulai tahun 1887 merupakan seorang Sultan yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.

Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan.  Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan seorang kerabat bernama Raja Chulan (Raja DiHilir) memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. 

Gabenor Jepun di Perak semasa pemerintahan Jepun ialah:
  • Kubata Shun (1942 - 1943)
  • unknown (1943 - 1945)
  • Nomura (1945)
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Feb 1946 dan turut serta dengan negeri-negeri Melayu lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.  Semasa pentadbiran BMA dan Malayan Union, penasihat British di Perak ialah  Arthur Vincent Aston (1946 - 1948).

KESULTANAN PERAK


Senarai nama Sultan-Sultan Perak sejak Kesultanan Perak diasaskan pada tahun 1528.
  • Sultan Muzaffar Shah I ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah (1549
    1528) - putera Sultan Melaka yang terakhir yang dirajakan di Perak -salah satu jajahan Melaka pada masa itu.
  • Sultan Mansur Shah I ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah (1549 - 1577)
  • Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Mansur Shah(1577 - 1584)
  • Sultan Tajul Arifin Shah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Mansur Shah (1584 - 1594)
  • Sultan Alauddin Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Lasa (1594 - 1619)
  • Sultan Mukaddam Shah (1603 - 1619)
  • Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Raja Kechil Lasa (1619 - 1627)
  • Sultan Mahmud Shah (1627 - 1630)
  • Sultan Salehuddin Shah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Mahmud Shah  (1630 - 1635)
  • Sultan Muzaffar Shah II Jalilullah bin Raja Mahmud (1636 0- 1654)
  • Sultan Mahmud Iskandar Shah Besar Auliaullah ibni al-Marhum Maulana Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah (1654 - 1720)
  • Sultan Alauddin Mughayat Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Raja Mansur (1720 - 1728)
  • Sultan Muzaffar Shah III Jalalullah ibni al-Marhum Raja Mansur (1728 - 1754)
  • Sultan Iskandar Zukarnain Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillullahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah (1754 - 1765)
  • Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanullah (1765 - 1773)
  • Sultan 'Alauddin Mansur Iskandar Muda Shah Khalifat ur-Rahman Sulong ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanullah (1773 - 1792)
  • Sultan Ahmaduddin Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah (1792 - 1806)
  • Sultan 'Abdul Malik Mansur Mu'azzam Shah Jamalullah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillullahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Ahmaduddin Shah (1806 - 1818)
  • Sultan 'Abdullah Mu'azzam Shah Khalilullah ibni al-Marhum Sultan 'Abdul Malik Mu'azzam Shah Jamalu'llah (1818 - 1825)
  • Raja Tajuddin ibni al Marhum Sultan Abdul Malik Mansur Mu'azzam Shah (Pemangku)  (1825 - 20/12/1830)
  • Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah Safiullah ibni al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh (20/12/1830 - 1851)
  • Sultan 'Abdullah Muhammad Shah I 'Atiqullah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu 'Abdul Rahman (1851 - 1857)
  • Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'azzam Shah Waliullah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah (1857 - 20/03/1865)
  • al-Matukkal Billah Paduka Sri Sultan 'Ali al-Mukammil Inayat Shah Nabiullah ibni al-Marhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah Safiullah (20/03/1865 - 26/05/1871)
    al-Mastur Bisatriullah alJamil Sultan Ismail Mu'abuddin Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Syed Sheikh al-Khairat(26/05/1871 - 20/01/1874)
  • al-'Ashik Billah Sultan 'Abdullah Muhammad Shah II Habibullah ibni al-Marhum Sultan Ja'afar Safiuddin Mu'azzam Shah (1874 - 1877)
  • Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah ibni al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah (1877 - 1887)
  • Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar (1887 - 1916)
  • Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin al-Muhtaram Shah Radhiallah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah (1916 - 1918)
  • Sultan Sir Iskandar Shah al-Kadasullah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah (1918 - 1938)
  • Sultan Sir Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah Nikmatullah ibni al-Marhum Raja Muda Musa (1938 - 1948)
  • Sultan Sir Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafarullahulah ibni al-Marhum Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah
    (1948 - 1963)
  • Sultan Idris al-Mutawakil Allahahi Shah II Afifu'llah ibni al-Marhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasu'llah (1963 - 1984)
  • Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafaru'llahulahu (1984 - 26/04/1989)
  • Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah (Pemangku) (26/04/1989 - 26/04/1994)
  • Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Radhiallah Shah Ghafaru'llahulahu
    (26/04/1994 -27/04/2013)
  • Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Pemangku) (27/04/2013 - kini) - baginda Sultan gering

PEWARIS SULTAN PERAK


Raja Muda:              
Tuanku Raja Muda, Wakil al-Sultan, Wazirul-Azam Raja Dato Seri Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (dilantik pada 15 April 1987)

Raja Di Hilir Perak:
Raja Dato Seri Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Azizi Shah Nikmatullah (putrakan  26 Sep 1941) (dilantik pada 10 Mac 98)

Raja Kecil Besar:
Raja Dato Seri Izzuddin Iskandar ibni almarhum Sultan Idris Shah II Afifullah- dilantik pada 10 Mac 1998) (dilucutkan jawatan pada 25 Nov 2006)

Raja Kecil Sulong:
Raja Dato’ Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Shah II Afifullah (dilantik pada 10 Mac 98)

Raja Kecil Tengah:
Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (10 Mac 98)

Raja Kecil Bongsu:
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Raja Dato' Seri Ashman Shah.


MENTERI BESAR PERAK
  • Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (01-02-1948 hingga 01-08-1957)
  • Tuan Hj Mohamed Ghazali bin Jawi  (01-08-1957 hingga 16-04-1960)
  • Dato Seri Shaari bin Shafie (16-04-1960 hingga 07-05-1964)
  • Dato Seri Ahmad bin Said (07-05-1964 hingga  18-03-1970)
  • Dato Seri Hj Kamaruddin bin Mohd Isa (18-03-1970 hingga 04-09-1974)
  • Tan Sri Hj Mohamed Ghazali bin Jawi (04-09-1974 hingga 01-10-1977)
  • Dato Seri Wan Mohamed bin Wan Teh(01-10-1977 hingga  01-03-1983)
  • Tan Sri Dato Seri Ramli bin Ngah Talib (01-03-1983 hingga 03-12-1999)
  • Dato Seri Mohd Tajol Rosli bin Ghazali (03-12-1999 hingga 17-03-2008) Tan Sri
  • Dato Seri Ir Ahmad Nizar bin Jamaluddin (18-03-2008 hingga 05-02-2009)
  • Dato Seri Dr Zambry bin Abd Kadir (05-03-2009 hingga kini)


PENTADBIRAN NEGERI


DAERAH-DAERAH
  • Hulu Perak (ibu daerah ialah Grik)
  • Selama (Selama)
  • Kerian  (Parit Buntar)
  • Larut (Taiping)
  • Matang  (Matang)
  • Parit (Parit)
  • Dinding (Lumut)
  • Manjung  (Seri Iskandar)
  • Batang Padang (Tapah)
  • Batu Gajah (Ipoh)
  • Hilir Perak (Telok Intan)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Bandaraya
  • Majlis Bandaraya Ipoh
SENARAI DATUK BANDAR IPOH

24-07-1996
23-07-1998
Dato’ Hj Omar bin Abu
24-07-1998
23-07-2000
Dato’ Ismail Shah Bodin
24-07-2000
23-07-2002
Dato’ Hj Talaat bin Hussein
24-04-2002
23-07-2004
Dato’ Hj Sirajuddin bin Salleh
24-07-2004
23-07-2006
Dato’ Hj Hassan Mohamad Nawawi
24-07-2006
23-07-2008
Dato’ Ahmad Rafiai bin Mokhtar
24-07-2008
kini
Dato’ Roshidi bin Hashim





Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Taiping
  • Majlis Perbandaran Manjong
  • Majlis PerbandaranTeluk Intan
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Majlis Daerah
  • Grik
  • Batu Gajah
  • Matang
  • Kerian
  • Selama

Pelabuhan Antarabangsa
-tiada

Lapangan Terbang Antarabangsa
-

Pelabuhan Domestik


  • Lumut

Landasan Terbang  Domestik
  • LT Sultan Azlan Shah, Ipoh

Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Pulau Pangkor
  • Pantai Teluk Batik, Lumut
  • Bukit Larut
  • Lost World of Tambun (Gua Tambun)
  • Taman tema Air Bukit Merah
  • Hutan Simpan Belum
  • Hutan Lipur Ulu Kinta
  • Hutan Rekreasi Kuala Woh
  • Kompleks Sejarah Pasir Salak
  • Air Terjun Lata Kijang
  • Air Terjun Ulu Chepur
  • Air Terjun Lata Iskandar
  • Air Terjun Sungai Bil
  • Kellie's Castle
  • Pusat Penternakan Tuntung, Sungai Bota Kanan
  • Perkampungan Orang Asli Batang Padang
  • Tasik Banding, Gerik
  • Tasik Temenggur, Gerik
  • Gunung Kenderung, Gerik
  • Gua Gendang, Gerik
  • Air Terjun Tanjung Kala, Gerik
  • Santuari Burung Kuala Gula
  • Hutan Bakau, Matang
  • Zoo dan Safari Taiping
  • Muzium Geologi
  • Muzium Darul Redzuan
  • Muzium Perak, Taiping
  • Taman Tasik, Taiping
  • Menara Condong, Teluk Intan

Pokok Getah yang tertua di malaysia yang benihnya dibawa dari Brazil dan ditanam di Kuala Kangsar oleh pegawai Inggeris bernama H N Ridley pada tahun 1877.

 

Kellie's Castle


Kem Tentera
  • Kem Taiping (MSS)
  • Kem Kamunting, Taiping (Artileri)
  • Kem Harimau Malaya, Tapah (RAMD)
  • Kem Gunung Panjang, Jalan Tambun (PUSWATAN) (juga dikenali sebagai Kem Seputih)
  • Kem Syed Putra (sebelum ini dikenali sebagai Kem Suvla Lines juga popular dengan panggilan Kem Tambun) (Renjer)
  • Kem Gua Permai (RAMD)
  • Kem Changkat, Batu Gajah
  • Kem Grik
  • Kem Klian Intan
  • Kem Pangkalan Hulu
  • Kem Sri Aduka, Temenggor 
  • Kem Brinchang
  • Kem Sungai Rui
  • Pangkalan TLDM Lumut 
  • SKTLDM Parit
  • SKTLDM Sitiawan
  • TUDM Ipoh

Pusat Pengajian Tinggi
  • Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
  • Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh
  • Kampus Kejuruteraan USM, Parit Buntar
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Manjoi)
  • Kolej Perubatan Diraja Perak
  • Politeknik Ungku Omar, Ipoh
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
  • Institut Perguruan Ipoh
  • Maktab Perguruan Kinta


PADUKA SERI SULTAN PERAK




RAJA DATO SERI DR NAZRIN SHAH
(Pemangku Raja mulai April 2013)


SULTAN AZLAN SHAH (1982 - KINI)


SULTAN IDRIS SHAH II (1963 - 1984)

 
SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH (1948 - 1963)

SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (1938 - 1948)

SULTAN ALANG  ISKANDAR SHAH (1918 - 1938)

SULTAN ABDUL JALIL NASARUDDIN SHAH (1916 - 1918)

SULTAN IDRIS SHAH I (1887 - 1916)

SULTAN YUSUF SHAH (1877 - 1887)

SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1874 - 1877)



MENTERI BESAR PERAK


DATUK SERI DR MOHD ZAMRY BIN ABD KADIR
    


MANTAN MB PERAK

Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz 
(01-02-1948 hingga 01-08-1957)


Tuan Hj Mohamed Ghazali bin Jawi  
(01-08-1957 hingga 16-04-1960)

Suleiman Mahmud
Dato Seri Shaari bin Shafie 
(16-04-1960 hingga 07-05-1964)

Suleiman Mahmud
Dato Seri Ahmad bin Said 
(07-05-1964 hingga  18-03-1970)

Suleiman Mahmud
Dato Seri Hj Kamaruddin bin Mohd Isa 
(18-03-1970 hingga 04-09-1974)

Tan Sri Hj Mohamed Ghazali bin Jawi 

(04-09-1974 hingga 01-10-1977)




Dato Seri Hj Wan Mohamed bin Hj Wan Teh
(01-10-1977 hingga  01-03-1983)

Tan Sri Dato Seri Ramli bin Ngah Talib (01-03-1983 hingga 03-12-1999)

Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Ghazali 
(03-12-1999 hingga 17-03-2008) 

Dato Seri Ir Ahmad Nizar bin Jamaluddin 
(18-03-2008 hingga 05-02-2009)

No comments:

Post a Comment