Tuesday, August 16, 2011

TAJUK 115: BUAH-BUAHAN MALAYSIA

BUAH-BUAHAN MALAYSIA


Zaman kanak-kanak dulu, musim buah-buahan adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu.  Khususnya musim durian dan rambutan.  Seronok berebut-rebut adik beradik mengejar durian yang jatuh.  Masa itu rumah aku cuma ada sepohon durian lama dan tinggi.  Yang lain masih muda-muda kerana bapak aku baru pindah ke rumah itu tahun 1962.  Pokok rambutan memang banyak. Keliling rumah aku ada berpuluh-puluh pokok rambutan pelbagai jenis.  Begitu juga dengan pokok manggis.  Kami anak-anak lelaki kalau nak makan rambutan atau manggis akan panjat sendiri dan makan di atas pokok sahaja. Yang banyak durian ialah di rumah datuk aku (aruah Embah Tahir).

Yang seronok ialah apabila saudara-mara datang dari bandar.  Kami akan tuai rambutan untuk mereka bawa balik, setakat mana yang mereka mahu.

Tapi sekarang ni, semua pokok rambutan bapak aku dah tebang.  Pokok durian kat keliling rumah ada dalam 20 batang dan ada sedikit pokok duku, langsat, pulasan dan manggis.

Masa aku sekolah dulu ada satu cerita dongeng berkaitan dengan musim buah-buahan ini.  Segala pokok buah-buahan telah bermesyuarat untuk menyelesaikan perebutan siapa yang harus berbuah dulu semasa musim buah-buahan.  Begini kesahnya:

Pada zaman dulu kala, pokok buah-buahan tidak mempunyai jadual untuk berbuah. Pokok-pokok ini berbuah ikut rasa hati masing-masing. Oleh sebab itu, selalu berlaku pertembungan. Akibatnya, buah-buahan yang kurang lazat tidak dimakan oleh manusia.  Contohnya bila pokok rambai berbuah, pokok durian juga berbuah. Apabila mereka berbuah serentak, buah rambai langsung tidak dipedulikan oleh manusia. Mereka asyik makan buah durian sahaja. Buah durian sedap dimakan. Manakala rambai kurang enak dan masam. Oleh sebab itu, buah rambai jarang dimakan orang. Akhirnya, buah rambai yang masak dan gugur begitu sahaja. Buah rambai amat marah apabila durian berbuah sama musim dengannya.

Pada suatu masa, berlaku pergaduhan besar telah berlaku di antara puak durian dengan puak rambai kerana berebut musim berbuah. Banyak puak rambai terkorban akibat dilanyak oleh durian.  Semua buah yang lain bersatu menentang buah durian. Buah nangka, buah cempedak, buah kelapa, buah salak, buah betik, buah kelubi, buah mangga dan berbagai-bagai jenis buah lagi campur tangan.

Ekoran daripada itu, Persatuan Pokok Buah-buahan Tempatan Malaysia (PPBTM) buah-buahan itu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)untuk menyelesaikan masalah penggiliran musim buah ini. Buah durian belanda mula-mula dianggap sebagai bukan tempatan (bersifat penjajah) tetapi setelah diselidiki, di dapati ia tiada kena mengena dengan keturunan buah-buahan dari negara Belanda (the Netherlands) akhirnya diterima masuk dalam mesyuarat. Ada sumber yang mengatakan bahawa semasa  pendaftaran dia menggunakan nama 'durian blunder' sebab itu boleh lepas masuk.


Aku tak pasti, sama ada wakil dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia turut hadir atau tidak dalam EGM ini!.

Ahli Persatuan sebulat suara melantik buah kelapa sebagai Pengerusi dan buah betik sebagai Sekretari.  Ini kerana kelapa paling tinggi dan amat masyhur dengan pokok yang serbaguna.  'Power' tak 'power' batang kelapa ini, dengan sebatang sahaja dia mampu mengandar berpuluh-buluh buah yang berat-berat. Manakala buah betik paling jambu dan seksi.  Biasa la, yang berkelulusan sekretari ni (macam graduan UITM) biasanya memang lawa-lawa dan begetah!.

Perbincangan pertama adalah menetapkan musim.  Semua bersetuju supaya tiada musim buah-buahan  dalam November hingga Februari kerana waktu itu musim durian dan banjir- khususnya di negeri-negeri pantai timur. Kalau nak bermusim juga mungkin akan buah juga, akan rosak oleh hujan, buah tak manis, atau busuk kerana ditenggelami air.   Oleh itu musuim buah-buahan ditetapkan dari Februari hingga Oktober setiap tahun sahaja.

Pada awalnya, semua pokok hendak berbual awal. Mesyuarat hangat seketika apabila masing-masing pokok hendak berbuah awal.   Akhirnya persetujuan berikut dicapai sebulat suara dan diumumkan oleh Pengerusi:

  • Mac- buah rambutan
  • April- buah manggis
  • Mei - buah langsat
  • Jun -buah duku
Apabila tiba bulan Julai dan musim itu hampir habis, buah durian bolehlah mengambil giliran untuk memasakkan buahnya. Buah-buahan ini boleh berbunga serentak tetapi terpaksa menunggu giliran untuk masak.

Manakala buah-buahan jenis yang masam seperti limau, belimbing, mangga, mempelam, asam jawa, asam kundang, binjai, kuini, bacang, dan salak bebas berbuah pada bila-bila masa kerana mereka tidak menjadi saingan.  Begitu juga dengan buah cempedak, nangka, salak dan lain-lain yang hadir mesyuarat.


Pengerusi dan Setiausaha juga diberi kuasa veto untuk berbuah sepanjang tahun.

Pokok rambai yang menjadi isu pergaduhan telah tertinggal.  Maka mesyurata sebulat suara bersetuju supaya buah rambai pada bulan Ogos atau September, iaitu apabila buah-buah lain habis musimnya. Oleh sebab itulah rambai berbuah pada akhir musim dan dengan penjadualan itu, rambai yang dulunya tidak laku, sekarang sudah ada harga dalam pasaran.  

Akhirnya semua buah-buahan termasuk yang tiada giliran seperti mangga, limau, gelugor, kandis, binjai, salak, kelubi, pisang, dokong, pulasan, nenas, gajus, cempedak, nangka, durian belanda, kecupu, dan beberapa jenis buah lain lagi berpuas hati. 

Selepas itu mesyuarat pun bersurai.  Inilah EGM/AGM PPBTM yang pertama dan terakhir dalam sejarah cerita dongeng.  Keputusan ini diguna pakai hingga akhir zaman.


Cuma selepas itu ada satu dua pertemuan bagi meraikan majlis perkahwinan buah-buahan antara duku dengan langsat di Terengganu dan perkahwinan antara cempedak dengan nangka yang menghasilkan buah duku-langsat.


YB PENGERUSI
YBRS SETIA USAHA

GILIRAN PERTAMA- RAMBUTAN

GILIRAN KEDUA- MANGGIS

GILIRAN KETIGA- LANGSAT

GILIRAN KEEMPAT - DUKU

GILIRAN KELIMA - DURIAN

GILIRAN TERAKHIR: RAMBAI



'The moral of the story' -begitulah bijaknya buah-buahan, tidak perlu banyak kali mesyuarat untuk menentukan yang terbaik. Tidak seperti manusia, walaupun sesuatu keputusan diambil dalam mesyuarat masih dipertikaiakan di belakang.  Atau pun berpuluh kali mesyuarat tapi tiada keputusan yang jitu boleh dipakai- asyik berubah.  Kononya atas alasan dinamik- tetapi sebenarnya gimik dan polimik.


....dan sebenarnya Allah Maha Mengetahui -dan telah menetapkan penjadualan atau giliran tersebut. Allah swt telah telah mengambilkira semua perkara termasuk mengelakkan masalah pembaziran dan persaingan dalam perniagaan buah-buahan di kalangan manusia.

KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Selain dari manis, lazat dan mempunyai pelbagai rasa, buah-buahan juga mempunyai keistimewaan dari segi khasiatnya kepada tubuh dan kehidupan manusia dan binatang yang memakannya. Berikut adalah antara khasiat dalam buah-buahan tempatan kita -KECUALI epal dan pear. (ref: www.organisasi.org)



Khasiat Dan Manfaat Buah-Buahan Alami Bagi Tubuh Manusia - Ilmu Kesihatan Masyarakat

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari. Dibandingkan dengan supplement perubatan kimia yang dijual di kedai atau farmasi, buah jauh lebih baik kerana ia tiada kesan sampingan yang berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding supplement yang memiliki fungsi yang sama.

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi:

BUAH TOMATO

Tomato mengandungi vitamin A, B1 dan C. dan dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.  Tomato dapat mencegah berbagai jenis penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti:
  • gusi berdarah.
  • rabun senja / kotok ayam.
  • penggumpalan darah.
  • usus buntu.
  • kanser prostat dan kanser payudara.

BUAH BETIK (PAPAYA)

Betik atau pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A.  Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.  Betik juga dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan serta dapat menanggulangi atau mengubati berbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti:
  • menyembuhkan luka.
  • menghilangkan infeksi.
  • menghilangkan alergi
BUAH PISANG (BANANA)

Ada berpuluh-puluh jenis atau spesis pisang di negara ini.  Pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.  Pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.  Pisang juga boleh  membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.  Pisang juga dapat menanggulangi atau mengubati beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :gangguan pada lambung.

  • penyakit jantung dan stroke
  • stress
  • menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
BUAH MANGGA (MANGO)

Kadang dipanggil buah pelam, atau buah pauh. Geng-geng yang sama kategori dengannya ialah buah bacang (masam) dan buah kuini.
Mangga mengandung vitamin A, E dan C dan buah ini dapat bertindak sebagai disinfection.
Mangga dapat membersihkan darah dan dapat menanggulangi atau mengobati berbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
  • bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
  • menurunkan panas tubuh saat demam.
BUAH STRAWBERRY

Strawberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C. Ia mengandungi antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.  Strawberi juga memiliki kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti:
  • mengobati gangguan kesehatan pada kandung kemih.
  • menjadi anti virusc.
  • menjadi anti kanser

BUAH EPAL (APPLE)

Epal mengandung vitamin A, B dan C.  Ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.  Selain dari itu ia mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti:
  • menjadi zat anti kanser.
  • mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.


  

BUAH LIMAU (ORANGE)

Oren atau limau mengandung vitamin A, B1, B2 dan C. ia juga mengandung antikanser bagi tubuh serta juga dapat mencegah dan mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti:
  • mengubati sariawan
  • menurunkan risiko terkena kardiovaskuler, kanser, dan katarak.
BUAH PEAR / PIR (PEAR)

Pear mengandung vitamin C dan provitamin A, juga mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesihatan.  Pear dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti:
  • menurunkan demam / panas tubuh.
  • mengencerkan dan menghilangkan dahak pada batuk berkahak.
BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)

Jambu @ guava merah mengandung vitamin C yang sangat banyak. Ia juga mengandung zat antioxidan dan antikanser. Guava merah mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti
  • menurunkan kadar kolesterol darah
  • mengubati infeksi.
  • menjaga mengubati sariawan.
  • menancarkan peredaran darah.
  • melancarkan saluran pencernaan.
  • mencegah konstipasi.
DURIAN BELANDA (SOURSOP)

Durian Belanda mempunyai khasiat yang bagus untuk melawan kanser. Mengikut kajian saintis perubatan kanser di UK ianya adalah berkali ganda lebih baik dari mendapatkan rawatan kemoterapi!.  Kajian tersebut menyatakan masyarakat di Afrika dan Amerika Selatan menggunakan durian Belanda untuk merawat parasit, sakit sendi serta kemurungan. Jika dilihat dari kandungan nutrisi, durian Belanda ( Soursop, Graviola ) mengandungi Vitamin C, B1, B12, Kalsium, Iron, Serat dan Protein, dimana kesemua nutrisi ini adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Faedah lain yang boleh diperolehi dari buah durian Belanda ini sangatlah banyak- hampir semua bahagian di pokok dan buah durian belanda ini ada khasiatnya:
  • daun pokok buah durian Belanda boleh merawat luka luar tubuh
  • daunnya juga boleh diguna untuk membuang kutu di kepala dan pepijat di tilam atau bantal.
  • jus durian belanda ini dapat merawat uretritis, hematuria penyakit berkaitan hati dan juga kusta.
  • isi durian belanda ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • air rebusan pucuk muda durian belanda dapat merawat masalah hempedu, batuk, selsema, cirit - birit, demam dan juga masalah ketidakcernaan perut.
  • air rebusan daunnya turut membantu dalam mengurangkan bengkak kaki dan keradangan.
  • daun buah durian Belanda turut digunakan untuk merawat masalah kulit.
  • kulit akarnya boleh merawat keracunan
  • bunganya dapat meringankan selsema.
  • biji buah durian Belanda berupaya untuk merawat anda yang selalu muntah - muntah.


Lain-lain jenis buah-buahan Malaysia




   
pisang dan tembikai @ temikai @ mentimun cina

   
buah pulasan
asam kundang 

     
buah jambu air


buah naga

 buah salak
buah mangga
  
buah laici

buah nangka
 
 buah cempedak

buah jambu bola
 buah delima
buah nona

buah dokong
buah jambu batu

buah asam celagi

buah ciku

buah kedondong

buah jambu bertih

buah jambu mawar

jambu air merah

buah jambu air putih
jambu arang atau buah kerian

buah jambu gajus @ jambu golok

buah jambu susu

buah markisa

buah nona
durian belanda

buah pala

buah sukun

buah tampoi
pisang kaki



1 comment: