Monday, August 22, 2011

TAJUK 118: BAHAYA DALAM MAKANAN

  BAHAYA DALAM MAKANAN  


APA YANG TERKANDUNG DALAM MAKANAN YANG KITA LIHAT SANGAT MENARIK DAN RASANYA PUN LAZAT? 

Semasa aku belajar kursus Diploma in Business Studies di ITM pada tahun 1986-1989, aku membuat majoring dalam Marketing.  Masa itu, di semester 5, pelajar DBS dibenarkan membuat pengkhususan sama ada Marketing, Transport, Insurance dan Investment.  Oleh kerana dua senior aku telah mengambil Transport, maka aku mengambil Marketing.


Di antara subjek dalam Marketing ialah Consumer Behavior (diajar oleh Ms Wan Jooria Hood) dan Advertisment (Puan Ubaidah Mohammad).  Untuk memenuhi tuntutan kerja kursus (assignment) aku membeli beberapa buku berkaitan.  Antara yang masih aku simpan hingga sekarang ialah 'Bahaya Dalam Makanan'  terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (1986) yang dicetak oleh Sun Printers Sdn Bhd, 78, Lebuh Gereja, Pulau Pinang.


CAP menemui bahan-bahan pewarna beracun, bakteria dan bahan campuran yang merbahaya di dalam makanan yang dijual secara meluas dalam negara kita.  Ini bukan rekaan atau 'kemungkinan' tetapi melalui lawatan dan pemeriksaan fizikal oleh pegawai CAP.


Kandungan utama buku tersebut dibahagikan kepada 4 Bab berikut:
  • Makanan Yang Dicampur dan Tercemar
    • Kilang kicap yang kotor, binatang belaan (anjing/kucing) berkeliaran dalam kawasan prosesan, botol arak bercampur dengan botol-botol lain untuk pembotolan kicap (tidak disamak), bahan proses (garam) disimpan dalam kampit asbestos, kacang soya dalam tong terdedah kepada serangga dan binatang.
    • Kilang membuat jem- bahannya dari buah-buahan yang telah busuk yang dibuang oleh peniaga buah, berlalat/berulat dan diproses di tepi longkang yang kotor.
    • Kilang minyak- mesin-mesinnya kotor, berkarat, bahan mendakan yang tebal melekat dan tidak dibersihkan bertahun-tahun.
    • Kilang dadih- menggunakan premis yang sama dengan KANDANG BABI!.-babi berkeliaran disekeliling tong-tong susu kacang soya.
    • Kilang pengisar daging untuk membuat hamburger dll- daging busuk berulat melekat pada mesin kisar yang digunakan- bercampur dengan daging baru yang dikisar.
    • Penemuan bahan-bahan kotor dan merbahaya seperti paku berkarat, serangga, rambut, ubat nyamuk, kertasdan serpihan kaca dalam minuman botol (contoh magnolia, 7-up, F & N dan Sunkist. Kenapa? Benda tersebut ada dalam botol 'recycle' yang tidak dicuci dengan betul.
    • Penemuan tulang, sampah dan serangga, serpihan kaca dan kayu malah cicak dan tikus juga dijumpai!. Kenapa?  Asam dalam bakul atau guni terdedah dan terbiar dalam stor.
    • Pemeriksaan ke atas 10-12 jenama serbuk kopi- semuanya mengandungi kurang 50% kopi sebenar, selebihnya mungkin sampah (kayu, daun atau kulit kopi)- malah ada yang hanya 5% kopi!
    • Rempah kari diproses bercampur dengan serpihan kayu, rumput rampai kering, sekam padi, kulit buahan kering, kelapa kering, cili kering busuk dan lain-lain.
    • Beras yang digred sebagai berkualiti dan gred tinggi mengandungi campuran beras rosak dan beras gred rendah.
    • Mee hoon @ bee hun dicampur dengan bahan plastik dan pasir.
    • Daging/sosej lembu yang diimport dari Australia diletakkan dam kontena yang bercampur aduk dengan daging/sosej babi dan kangaroo! - Daging beku yang telah rosak dan tidak berkualiti- mengandugi bakteria staphy-lococcus dan bakteria colifom setinggi 110,000 gm (paras piawaian keselamatan maksima yang dibenarkan sehingga 200 kali ganda).
    • Ikan yang diimpot dari Thailand mengandungi bakteria merbahaya jenis coliform.
    • Ikan yang ditangkap oleh nelayan di kawasan perairan Pulau Pinang (dijual di pasar-pasar tempatan) mengandungi sejumlah besar najis manusia.
    • Laporan pengguna bahawa bahan makanan dalam tin seperti susu dan susu tepong keluaran syarikat ternama seperti Dumex, Nestle, Yeo's dan Dutch Baby mengandungi kulat yang dihasilkan oleh bakteria dan sebelah dalam tin telah berkarat.
    • Susu tepong fomula untuk bayi yang diimpot mengandungi  peratus timah hitam yang berlebihan dari paras yang dibenarkan.  Timah hitam ini boleh menyebabkan keracunan- merosakan sistem saraf dan otak.
    • Mentega kacang tanah mengandungi atau dicemari oleh aflatoksin- sejenis racun yang merbahaya yang dihasilkan oleh cendawan sehingga 40-80 bsj. Paras yang dibenarkan ialah 15-20 bsj (bahagian se juta).  Lain-lain produk yang didapati mengandungi racun aflatoxin ialah Ligo, Lady's Choice, Telephone, Daisydan Margarine.  Kandungan aflatoxin dalam mentega kacang tanah disebabkan oleh kacang yang digunakan telah rosak dan berkulat.
  • Bahan Perasa dan Pengawit Dalam Makanan.  Sesetengah  makanan mengandungi bahan pengawit dan perasa yang dibenarkan  tetapi membawa kemudaratan kepada pemakannya- khususnya penyakit barah. 
    • Butylated Hydroxytoluene (BHT)
    • Butylated Hydroxyanisole (BHA)
    • Sodium Nitrat dan Sodium Nitrit
    • Asid Benzoik.
    Aku akan cuba menulis intipati penemuan-penemuan oleh CAP yang berkaitan dengan makanan dan permakanan yang selama bertahun-tahun menjadi sebahagian dari bahan tetap dalam masakan keluarga kita.
    .


    Buku Keluaran CAP
    aku memesan melalui MPH Online pada 20 Ogos 2011 (RM25)
    CLICK_TO_ENLARGE 60_ailments.jpg




    S M Idris, adalah Presiden CAP sejak tahun 1980an, beliau sangat aktif dalam 'consumerism'  dan banyak membuat penyelidikan serta mendedahkan pelbagai masalah permakanan dan kepenggunaan dalam negara ini.

    MAKLUMAT DARI WEBSITE CAP

    CLICK_TO_ENLARGE 60_ailments.jpg
    CLICK_TO_ENLARGE 60_ailments.jpg
    60 penyakit


    Apa itu trans fat?


    Trans fat terdapat di dalam banyak makanan


    Risiko kesihatan dalam pengambilan trans fat


    Kembali menggunakan lemak tepu


    Trans Fat dalam produk 1


    Trans Fat dalam produk 2


    Trans Fat dalam produk 3


    antara makanan yang perlu diteliti kerana diragui kandungannya.......


    x









      

       









    .

    No comments:

    Post a Comment