Monday, September 19, 2011

TAJUK 135: BURUNG-BURUNG MALAYSIA

BURUNG-BURUNG MALAYSIA

Dalam tajuk-tajuk yang lalu, aku telah menulis tentang Makanan Malaysia (87), Buah-buahan Malaysia (156) (tajuk khusus untuk PISANG (100) dan DURIAN (105)) serta Bunga-bunga Malaysia (161).  Kali ini aku ingin menulis tentang BURUNG).

'BURUNG' denote atau kadang memberi konotasi tertentu apabila dikaitkan dengan kaum Adam atau orang lelaki.  Perkataan 'burung' digunakan sebagai kiasan (untuk mengelakkan dari dianggap menyebut perkataan lucah) apabila orang tua bercakap dengan kanak-kanak apabila menyebut istilah kemaluan kanak-kanak lelaki. Kalau kanak-kanak perempuan biasanya mereka gunakan istilah 'katak'.  Orang Melayu memang penuh dengan bahasa dan kiasan.  Apabila zaman berubah, istilah juga dipelbagaikan, kadang orang menyebut sebagai 'pistol', 'pedang', 'keris' atau 'senjata'.

Opppssss.. sorry, sorry......aku bukan nak bercerita mengenai burung orang lelaki, tapi burung yang sebenarnya.

Bagi kanak-kanak lelaki yang menjalani kehidupan di kampung-kampung, melastik burung adalah satu aktiviti mesti dalam kehidupan mereka.  Zaman itu (dalam tahun 50an hingga 70an), tiada televisyen, tiada telefon (apatah lagi handphone), internet tak pernah terfikir akan ada.  Motorsikal pun spesis yang terhad dalam kampung.  Jadi kanak-kanak zaman dulu tidak panjang kaki (berjalan/merayau jauh-jauh dari rumah).  Mereka merayau di sekeliling kampung sahaja dan biasanya berbekalkan lastik).  Tujuan: tiada lain dari memburu burung.  Kalau burung ayam-ayam atau wak-wak, boleh disembelih dan digoreng buat lauk.  Burung-burung lain, yang cantik, untuk dibela dalam sangkar, manakala yang lain hanya untuk keseronokan 'membunuh'.

Kalau dipandang dari sudut yang positif, itulah latihan menembak cara kampong.  Setidak-tidaknya tidaklah sesia aku masuk askar kerana dah biasa membidik sasaran.  Sebab itu juga , waktu dulu, hanya anak-anak kampung sahaja yang mahu masuk askar (tentera) kerana mereka dah biasa dengan kehidupan yang lasak, persekitaran kebun dan belukar dan boleh menelan apa sahaja yang halal (walaupun kadang tak ambil tau sangat pasal halal ke tidaknya).
Balik cerita pasal burung.  Aku suka melihat burung dari aspek kecantikan ciptaan tuhan, warna-warni bulu burung.  Marilah kita lihat antara burung-burung yang terdapat di dalam negara kita.


Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara dan selatan,  juga di kawasan hutan hujan Amazon dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan sepsis yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah.

Burung dipercayai berevolusi daripada reptilian, seperti dinosaur,  yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.
Burung juga mempunyai nilai seni yang tersendiri.  Banyak pantun, seloka, sajak, lagu dan puisi yang memuji atau menghargai burung atas berbagai faktor.


burung merpati
Lagu: Joget Burung Merpati (Datuk Sharifah Aini & Herman Tino)

 burung helang
Lagu: Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)

 
burung ruak-ruak (wak-wak)

burung tekukur

    
burung tempua


burung  serindit

burung puyuh hutan


 

burung hantu



burung jalak suren



burung bayan




burung kenari 
Lagu: Dimana Suara Burung Kenari: Puan Sri Saloma)

 
burung tukang


burung tiong
Lagu: Joget Burung Tiong - Datuk Ahmad Jais)

  
burung jalak 


burung jalak putih

kakak tua
Lagu: Burung Kakak Tua:


burung kakak tua, menclok di jendela,
nenek sudah tua, giginya tinggal dua,
ledrum, ledrum, ledrum melala

burung candik

  
pucung



burung camar (seagull)
Lagu: Burung Camar: Vina Panduwinata


Burung camar tinggi melayang
Bersahutan di balik awan
Membawa angan-anganku jauh meniti buih
Lalu hilang jauh di lautan

Oh bahagia tiada terperi
Indah nian derap jiwaku
Tak kenal duka derita tak kenal nestapa
Ceria penuh pesona

burung sintar

burung gagak (black crow)

 
punai tanah

punai gading

punai daun

 
 burung belatuk (woodpecker)

burung baji



merak pongsu

burung botak

burung murai kampung

burung murai batu


burung layang-layang

burung walit

burung but but

burung kenyalang

kuang

kuang emas

kuang batik

burung kunyit besar

burung kelicap

burung merbah
Lagu: Burung Merbah:





burung kenek-kenek



burung undan

burung merbah jambul

burung merbuk

burung perling

bangau rawa

burung bangau putih

burung raja udang



burung pekaka



kuang raya gunung



kuang ajil



kuang kalung cina

burung pipit
Lagu: Burung Pipit: KW Tiddy



Burung Pipit yang kecil
Dikasihi Tuhan
Terlebih diriku di kasihi Tuhan

Bunga bakung di padang
Di beri keindahan
Terlebih diriku
Di kasihi Tuhan


Burung yang besar, kecil
Bunga indah warnanya
Satu tak terlupa
Oleh penciptaNya

 
burung jampok

Antara spesies burung adalah:
  • Gembala Kerbau
  • Ranggung Padi
  • Bangau Leher Hitam
  • Bangau Kecil
  • Bangau Sederhana
  • Helang Kembara Hitam
  • Pucung Gelam
  • Pucung Keladi
  • Pucung Seriap
  • Pucung Serandau
  • Pekaka Sungai
  • Pekaka Paruh Pendek
  • Perling Mata Merah
  • Pergam Besar
  • Tekukur
  • Botak Besar
  • Botak Upeh
  • Undan Merah Jambu Hitam
  • Sekendi Kepala Hitam
  • Angsa Mesir
  • Angsa Hitam
  • Merak Pongsu
  • Cenderawasih
  • Serak Gunung
  • Kuang Cermin
  • Kuang Raya Gunung
  • Kuang Raya
  • Merah Mata
  • Merak
  • Pegar
  • Siulnggur 
  • Serok
  • Enggang Papan
  • Hantu Punggur
  • Hantu Ketumbuk Ketampi
  • Hantu Rumput
  • Hantu Coklat
  • Hantu Telinga Panjang
  • Hantu Telinga Pendek
  • Pungguk
  • Madu Seriganti
  • Lang Alap Jambul
  • Lang Kanguk
  • Julang Mas
  • Bangau
  • Belatuk
  • Helang
  • Murai
  • Pipit
  • Unta
  • Enggang
  • Kenari
  • Puyuh
  • Kakaktua
  • Parakeet
  • Nuri
  • Ruak-ruak
  • Gagak
  • Merpati
  • Raja Udang
  • Kelicap
  • Rajawali

2 comments:

  1. Salam,burung kuang ajil bkn nama burung kuang..tapi nama pusat pembiakan spesis kuang swasta terbesar di malaysia bertempat di ajil,kuala berang,terengganu..




    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalamu alaik. terima kasih saudara di atas keprihatinan sdr untuk memperbetulkan maklumat ini.

      Delete