Sunday, January 8, 2012

TAJUK 180: KELUARGA STEVENSON

FAMILY of STEVENSON 
IN THE MALAYSIAN ARMED FORCES


Kali ini, aku mengambil 'Keluarga Stevenson' sebagai tajuk penulisanku kali ini atas sebab tersendiri. Ini amat berkaitan dengan polimik mengenai mengapa bukan Melayu kurang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera.


Maka keluar pelbagai formula sama ada dari golongan yang positif dan negatif.  Malah ia menguja perdebatan yang lebih emosional dalam media baru (internet) khususnya bloggers. Malah ia telah menjadi bahan polimik kepada pengamal politik (pembangkang).


Ada yang menyebut (sama ada melalui kajian atau andaian) bahawa punca bukan Melayu enggan atau tidak berminat menyertai ATM adalah disebabkan oleh tiga faktor berikut:
  • mereka kurang mempunyai sifat patriotisme;
  • mereka merasakan bahawa kerjaya tentera tidak memberikan pulangan (RM) yang baik; dan
  • mereka tidak suka hidup dengan kongkongan disiplin yang keras.
Melalui bacaan dalam blog/internet terdapat bangkangan dari pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan di atas (malah menghentam) dan menyatakan bahawa mereka tidak berminat menyertai tentera kerana mereka didiskriminasi khususnya darihal peluang kenaikan pangkat. 


Inilah balanya bila kita memperbesarkan sesuatu perkara yang tak sepatutnya. Di negara kita ni, apa-apa benda kalau dikaitkan dengan bangsa atau agama akan menjadi sensitif. ATM sudah berusia lebih 3/4 abad, kenapa ada yang nak sebut pasal peratus bangsa lagi.  Kalau keadaan sudah berjalan baik, let it be.  Lainlah kalau peratus majoriti Melayu dalam ATM telah mengancam keselamatan negara.   


Semua perlu rasional. Kembalikan ingatan kita kepada SEJARAH perkembangan ATM.


Banyak juga penulisan dan komen agak keterlaluan dan racist yang boleh menaikkan prasangka buruk (prejudis).  Layanan ke atas warga tentera adalah sama. Semua dapat peluang kerjaya yang sama.  Beribu-ribu juga anggota tentera dan polis dari kalangan orang Melayu yang sangkut tak naik pangkat.  Adakah 'mereka' ini mahu separuh dari jawatan jeneral dalam ATM baru nak disebut adil?


Masa aku mula masuk TUDM dalam tahun 1981 dulu, hampir separuh dari pegawainya adalah berbangsa China dan India.  Tak kiralah sama ada cawangan Juruterbang, ATC, Kejuruteraan atau Logistik.  Melayu ramai dalam Cawang Admin.  Peratus itu semakin berkurangan dari setahun ke setahun kerana persaraan.  Malah dalam Tentera Darat sekalipun- selain dari Askar Melayu- kebanyakan pegawai tinggi dalam Kor Ordnans, KP, Semboyan, JLJ dan KUG adalah dari kalangan bangsa China.  Dan kesemua kor tersebut hanya diketuai oleh pegawai berpangkat Kolonel sahaja. Kenapa?  Selain dari Askar Melayu, Armor, Artileri dan MP, kor-kor lain memerlukan kelayakan akademik yang bersifat sains- sukar dipenuhi anak Melayu pada masa itu.  Bukan Melayu menguasai kor-kor yang bersifat teknikal- termasuk dalam TUDM dan TLDM.


Majoriti warga tentera darat adalah orang Melayu kerana adanya Rejimen Askar Melayu DiRaja.  Oleh itu, bukan sesuatu yang harus dipersoalkan kalau majoriti Jeneral adalah berbangsa Melayu. Dalam keadaan seperti itupun masih ada bangsa bukan Melayu yang berpeluang hingga ke pangkat Mej Jen yang mengetuai Divisyen Infantri.  Dalam pada itu, peratusan bukan Melayu yang berpangkat Kolonel ke atas adalah tinggi berbanding peratusan bilangan mereka dalam ATM.


Apabila negara kita semakin maju, pekerjaan rakyat Malaysia lebih berorientasikan pendapatan dan kelumayanan (lucrativeness).  Melayu- macam dulu juga- masih selesa dengan bekerja sebagai pegawai Kerajaan- termasuk guru, tentera dan polis.  Bangsa lain memilih kerjaya yang boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi dan bersifat kepakaran seperti jurutera, doktor, peguam, arkitek dan sebagainya.  Oleh itu peningkatan peratusan bangsa Melayu dalam ATM adalah satu fenomena biasa dalam perkembangan atau evolusi sosio-politik-ekonomi sesebuah negara.


Begitu juga dalam politik- berbeza dengan tahun 60an dan 70an - bukan Melayu kurang berpolitik.  Tetapi sekarang mereka sudah sanggup bermati-matian berpolitik -pastinya hanya dengan satu tujuan - untuk sama-sama berkongsi kuasa (memerintah negara).


Apa pun, alasan bahawa bukan Melayu tidak patriotik sememangnya tidak boleh diterima. Aku sendiri pun tidak menggalakkan anak-anak aku menyertai ATM, adakah aku tidak patriotik??.  Kalau kita lihat, Bangsa Melayu pun ramai yang jadi Bangsat Melayu yang tidak ada sifat patriotik langsung- menjadi penagih dadah  atau bapak kepada penagih dadah. Melayu pun ramai yang berdemonstrasi memijak bendera Malaysia dan menghina gambar pemimpin negara. Melayu pun ramai yang menghina Raja-raja Melayu. Yang masuk politik pun ada yang nak jual bangsa dan negara.


Sekarang baru aku nak masuk cerita 'Family of Stevenson' dalam ATM.  Mereka ini berbangsa Eurasian - kadangkala kita panggil 'GRAGO'. Cuma mutakhir ini mungkin lebih campuran Cina dan India (Chindian). 


Kebetulan pada 21 Feb 2012 semasa menunggu giliran temujanji dengan Pakar Orthopedik di HAT Tuanku Mizan, aku duduk bersebelahan dan berbual dengan seorang pesara pegawai kanan Tentera Darat yang memperkenalkan diri sebagai Richard.  Aku ingat Melayu sebab muka macam Melayu. Beliau (bersama isterinya) yang kebetulan  menunggu giliran menemui doktor. Beliau pesara Kor Perkhidmatan KPD) mempunyai banyak cerita bertugas bersama pesawat TUDM kerana beliau adalah pakar dalam bidang Air Despatch. Macam-macam cerita khususnya berkaitan dengan operasi TUDM di zaman 60an/70an, juruterbang-juruterbang awal TUDM (Lt Jen Tan Sri Mohamad Ngah Said adalah sama intake dengan beliau).  Akhirnya aku dapat tahu beliau adalah Lt Kol Richard Stevenson (B) dan ikuti perbualan ini:

Me:  Sir, I know somebody in the RMAF by the name of Stevenson.  He must be related to you.
Richard: Who?
Me: Michael Stevenson, Sir.
Richard: He is my son! (and his wife was also smile and said "our son......")


Keturunan Stevenson menyertai ATM sejak pengambilan pertama PEGAWAI atau perintis kepada 'Federation Military College' Port Dickson tahun 1952.  Seramai 12 pegawai kedet yang dipilih sendiri (pemilihan akhir) oleh General Templer (Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu). Salah seorang darinya ialah Victor Nelson Stevenson.  Dari jumlah 12 orang perintis itu, hanya tiga Bumiputera. Mereka ialah:


  • Lai Chung Wah (bersara Mej Jen) - Datuk
  • Victor Nelson Stevenson (bersara Brig Jen) - meninggal dunia pada tahun 2005.
  • Lakhbir Singh Gill (bersara Mejar)
  • Thong Chee Sin (bersara Lt Kol)
  • Ng Boon Hwa (bersara Lt Kol)
  • N Selvarajah (bersara Mej Jen Dato')
  • Gui Puh Chui (bersara Kol)
  • Leong Siew Meng (bersara Mej Jen Dato') 
  • Khong Kim Kong (bersara Lt Kol)
  • Asna Mohd Sultan (bersara Brig Jen Dato')
  • Abdullah Shamsudin (bersara Lt Jen Dato')
  • Amiruddin bin Mustapha Albakri (bersara Mej)

Itu pun, dari 3 bumiputera (Melayu) rasanya bukan semua 100% berdarah Melayu -termasuk Jawa, Banjar, Bugis, Minang dan sebagainya).  Asna berdarah mamak, Abdullah pun rasanya sama (masa aku bertugas di Kuching 1981-83 beliau adalah Panglima 1 Div Infantri- kalau dia pakai awam, 100% akan kata dia ni bukan Melayu), manakala Amirudin kelihatan seperti berdarah Arab. Jadi Melayu (Bumiputera) tak usah terlalu bangga atau megah kalau hanya menjadi pengasas penubuhan Kompeni Percubaan Askar Melayu 1933.


Selain dari nama V N Stevenson 'pioneer group' dalam ATM sekarang terdapat banyak nama dari keluarga Stevenson. Antara nama 'Stevenson' yang (sedang atau pernah) berkhidmat dalam ATM ialah Lt Kol Richard A. Stevenson (B) (seorang pakar dalam bidang air despatch dalam Kor Perkhidmatan Malaysia), Mej Jen Dato' Dr William Rangit Stevenson (RAJD)- orang kepercayaan MENHAN untuk memimpin MiDAS (Malaysian Instritute of Defence and Security), Mej Earl Macaine Stevenson (RRD), Mej Michael Andy Stevenson TUDM - pegawai Cawang Materiel TUDM (anak kepada Lt Kol Richard Stevenson) dan Mej Ryan Mackeith Stevenson TUDM- seorang juruterbang pejuang TUDM. Dalam PDRM pun aku jumpa nama C/Insp Alexander Timothy Stevenson!.  Tidak pasti sama ada ia adalah termasuk dalam salasilah Stevenson yang ini atau mendiang V N Stevenson.  Pada mulanya aku ingatkan kesemua mereka adalah sebahagian dari keluarga 'family name - V N Stevenson'.  

Aku menerima teguran dari salah seorang pembaca blog Mr Joshua Daniel (memperkenalkan diri sebagai cucu Brig Jen V N Stevenson) yang menegur fakta tulisan saya (sila lihat komen beliau di bawah).  

Namun kenyataan Joe Daniel telah disangkal oleh bapa saudaranya 'Andrew Stevenson' yang mempertahankan kebenaran tulisanku (initially just my assumption) melalui emel kepada aku bertarikh 2 Nov 2012.  Kandungan emel tersebut ada aku salinkan di dalam ruang komen di bawah.

Menurut emel yang aku terima dari Mr Andrew Stevenson, anak saudara kepada mendiang Brig Gen V N Stevenson. Beliau yang menyatakan kekagumannya di atas tulisanku turut memberikan maklumat terbaru berkaitan keluarga Stevenson ini. Sangat menarik. Thank You so much Mr Andrew. Ini bermakna Mr Joshua kena lebih usaha dan inisiatif untuk mengenali salasilah kaum keluarganya yang berdarah PAHLAWAN.

Mengikut Mr Andrew, sejarah 'Family of Stevenson' dalam dunia ketenteraan telah diterokai oleh Capt (Dr) Alexander Stevenson MBE yang telah menyertai British Army.  Nama C/Insp Alex Timothy Stevenson yang aku 'agak' datang dari keluarga mereka juga adalah benar. C/Insp Alex bertugas dalam Cawangan Khas PDRM. Ayah kepada Mr Andrew (Mr Andrew tidak menyertai pasukan beruniform) adalah bekas pegawai kanan PDRM iaitu SAC II (Bersara) Charlie C Stevenson!.

Mej Earl Macaine Stevenson dan Mej Ryan Mackeith Stevenson adalah anak kepada George L. Stevenson (yang juga pesara TUDM- bekas AQM). Menarik, sungguh menarik.  Kalau aku ada masa bersembang dengan Mej Michael Andy Stevenson, pasti aku dapat banyak cerita lagi.


Lt Jen Dato Pahlawan Dr William R. Stevenson PSAT DPTS

Selanjutnya;

Pada 10 Nov 2012 aku sempat berbual-bual dengan Mej Michael berkaitan dengan blog ini. Aku mendapat banyak maklumat tambahan mengenai pertalian Keluarga Stevenson.  Menurut Michael, mendiang Alexander (ayah kepada mendiang Victor) mempunyai 3 orang isteri.  Isteri pertama mempunyai dua anak, isteri kedua mempunyai 3 orang anak dan isteri ketiga mempunyai 13 anak.  Victor adalah dari isteri kedua.  Isteri Victor adalah berbangsa British. Setelah bersara mendiang menghabiskan kehidupan bersama keluarganya di England.

Manakala kesemua anak-anak Alexander yang lain menetap dan keluarga berkembang di Malaysia. 'No wonder' cucu mendiang Victor (Joshua) tidak mengenali bapa-bapa saudaranya yang lain (berlainan ibu) yang bermastautin di Malaysia. 

Aku betul-betul 'SALUTE' dengan 'jati diri' dan sifat dan semangat ketenteraan (pastinya patriotik) yang ada dalam keluarga 'Malaysian Stevenson' ini.  Aku tak terfikir mereka ini masuk ATM dengan niat hanya untuk jadi Jeneral.  Kalau bercita-cita untuk jadi Jeneral, itu ada dalam hati setiap pegawai tentera.  Nyatanya, keluarga Stevenson ini mampu membuktikan 'kemampuan' mereka sehingga ada yang mencapai ke tahap dua bintang. 

Keluarga Stevenson ini, aku anggap sebagai CONTOH terbaik kumpulan etnik bukan Melayu yang bersemangat tegar -tidak mengindahkan putar-belit politik dan polemik - terus berbakti kepada negara melalui ATM. 

Selanjutnya, cuba kita lihat senarai di bawah, iaitu warga bukan Melayu yang mencapai pangkat '.....GENERAL'  dalam ATM:


MALAYSIAN ARMY
  • Lt Jen Dato' Dr.  William Rangit Stevenson - Inspektor Jeneral ATM merangkap CEO MiDAS. Belaiu juga adalah antara pegawai ATM yang awal mendapat ijazah kedoktoran semasa masih dalam perkhidmatan.  William juga merupakan pegawai ATM bukan Melayu yang pertama mencapai pangkat Lt Jen.
  • Mej Jen Dato N. Selvarajah (B) - bekas Panglima Divisyen Infantri.
  • Mej Jen Dato Johan Hew Deng Onn bin Abdullah (B) -   bekas Panglima Divisyen Infantri.
  • Mej Jen Dato Lai Chung Wah (B) - bekas Komandan MPAT
  • Mej Jen Dato' Leong Siew Meng (B) - bekas Ketua Pegawai Semboyan dan bekas Komandan MPAT. 
  • Mej Jen Dato Dr Mohandas Ramachandran (B) - bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM
  • Mej Jen Dato Mohd Affendy bin Abdullah (B) - bekas AKS Logistik Pertahanan.

  • Mej Jen Dato S.Jeyabalan  (B) - Inspektor Jeneral TD
  • Mej Jen Datuk Dr Chia Lip Meng - Pakar Perubatan
  • Mej Jen Datuk Ranjit Singh Ramday 
  • Brig Jen Victor Nelson Stevenson (B)
  • Brig Jen Arulparagasam (B) - bekas Panglima Briged dan bekas Komandan MTAT
  • Brig Jen Dato Chong Thean Bok (B) - bekas Panglima Briged.
  • Brig Jen Baljit Singh (B)  - bekas Panglima Briged.
  • Brig Jen Dato M.A.A Rodrigo  (B) - bekas Panglima Briged. 
  • Brig Jen Dato Hon Mun Loong  (B) - bekas Panglima Briged. 
  • Brig Jen Rajban Singh Gill (B)  - bekas Timbalan Panglima Divisyen.
  • Brig Jen Philip Lee Puh Kui (B) - bekas Panglima Briged
  • Brig Jen S.Mahendran (B)  - bekas Panglima Briged.
  • Brig Jen Datuk Goh Ah Bah (B) - bekas Panglima Briged.
  • Brig Jen Dato Dr Arichandra Nadarajah (B) - Pakar Perubatan
  • Brig Jen Dr T. Thanachelvi- Pakar Perubatan
  • Brig Jen Dato Dr Jegathesan Singaraveloo - Pakar Perubatan
  • Brig Jen Dato Dr Sivalingam a/l Sothilingam - Pakar Perubatan
  • Brig Jen Datuk Stephen Mundau - Panglima Briged
  • Brig Jen Dato' Ng Chin Huat - Penasihat Pertahanan di UNO

ROYAL MALAYSIAN NAVY
  • Laksda Tan Sri Thanabalasingham (B) - PTL pertama.
  • Laksda Dato Gunaselan a/l Salamuthu (B)
  • Laksda Dato Tan Eng Seng (B)
  • Laksma Parvithran Krishnan Nettur (B).
  • Laksma Malcolm William Alvisse (B)
  • Laksma Lim Say Kiang (B).
  • Laksma Albert Thong Hong Shin (B)
  • Laksma Ramachandran a/l Visvanathan (B).
  • Laksma T.Thiruchandran a/l Thambipillay (B).
  • Laksma Foong Soo Hoi (B).
  • Laksma Dato' Nicholas Eugene Peterson (B)
  • Laksma K. Arasaratnam a/l Kasinater (B).
  • Laksma Dato' Tan See Ming (B).
  • Laksma Dato Daniyal Balagopal bin Abdullah (B).
  • Laksma Dato Wah Yuen Wei.
  • Laksma Dato' Subramaniam a/l Raman (B)
  • Laksma K. Soundarajan a/l Kaliappan.
  • Laksma Dato' Chin Yoon Chin
  • Laksma Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah

ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE
  • Men Jen Dato Gophal Ramdass TUDM (B)
  • Mej Jen Dato Ansar Ali a/l Majeth TUDM
  • Mej Jen Dato' Teoh  Siang Chang TUDM
  • Brig Jen Datuk Richard Casimir Robless TUDM (B)
  • Brig Jen Dato Huang Chew Siong TUDM (B).
  • Brig Jen Dato Soon Lian Cheng TUDM (B).
  • Brig Jen Dato T. Parameswaran TUDM (B).
  • Brig Jen Samsuri Welch @ Ponniah Welch bin Abdullah TUDM (B) - allahyarham
  • Brig Jen Datuk Toh Boon Fook TUDM (B) - mendiang
  • Brig Jen Dato Goh Seng Toh TUDM (B)
  • Brig Jen Dato Loke Kok Yee TUDM (B)
  • Brig Jen Dato Stephen Ngiau Tai Kong TUDM (B)- mendiang
  • Brig Jen Dato Ranjit Singh Gill a/l Gurmukh Singh TUDM (B).
  • Brig Jen Dato Koh Kia Lim TUDM (B).
  • Brig Jen Dato Lau Kong Cheng TUDM (B)
  • Brig Jen Dato Lim Tiow Yew TUDM

Contohnya dalam TUDM, mereka (bukan Melayu)  bukan sahaja berpeluang hingga ke pangkat Brigadier General - tetapi juga memegang jawatan yang penting dalam strategik negara seperti Ketua Staf Operasi Udara dan Panglima No 1 Divisyen Udara (Divisyen Tempur/Pertahanan Udara).

Kalau nak mengambil ratio dengan jumlah pegawai bukan Melayu dalam ATM, bilangan atau peratusan pegawai bukan Melayu yang berpangkat satu bintang ke atas adalah tinggi.


Rujukan tambahan:
www.apanama.blogspot.com
www.cpiasia.com
www.wikipedia.com
www.thestar.com.my
www.nstpi.com.my

"CATATAN SEJARAH"


Templer’s 12 or Templer’s Superb Men


Templer selected a group of young Malayan men to be sent first to Eaton Hall in Chester, and then selected 24 young Malayans to undergo Officer Cadet Training at the Royal Military Academy at Sandhurst for later appointment as officers of the multiracial Federation Regiment. The term 12 Superb Men was coined by the Malayan Press after the publicity associated with the selection of the 13 men and their round Malaya exercise in an attempt to recruit men for the Federation Regiment.The first 11 men were personally approved by Templer. In the July 27, 1952, Sunday Times,  Major General Sir Hugh Stockwell was quoted describing the men as “completely satisfactory in every way”. The pioneering officer cadets, nicknamed Templer’s 12 or Templer’s Superb Men.

 
.
From New Straits Times, Malaysia
12th March 2001


Get more Chinese to join Armed Forces and Police
By ABDULLAH AHMAD (Tan Sri) 

IN A certain country, the loyalty of a particular race is still very much in question in spite of the studies made which show that the race has the highest level of loyalty relative to others, including the majority race. 

It seems the leadership of that nation is very concerned with the increasing possibility of Malaysia being run by Pas which may "talibanise" the nation, not an impossible prospect, really though I doubt it will happen anytime soon.  It is a lame excuse for not taking a particular race fully into the Armed Forces of that country, said a European diplomat at a dinner last Friday night. In Malaysia, we are not prejudiced. 

The majority of the Malaysian Chinese here proved beyond doubt during the Emergency (1948-60) and the race riots in May 1969 that they were good and loyal police and military officers and men. Millions of Chinese have dispersed and are emigrating around the world as do the Jews, the Indians, the Pakistanis and increasingly, the Arabs and the Filipinos. The Chinese in Thailand and the Philippines have almost fully integrated with their adopted homelands.Malaysian Chinese also have, to some extend, and perhaps, it is a more successful story with the Indonesian Chinese. The Malaysian Chinese form between 30 and 35 per cent of our 22 million plus population, and I believe they are not a homogeneous group whose great wealth (and talent) pose a threat. 

My old history teachers at Malay College Kuala Kangsar and the professors at Cambridge and Harvard always cautioned me: before you study the history, (the nation), study the historian (the leader), his historical and social background. I have much benefited from the advice. For our continuing understanding of our neighbours and also that of our second largest fellow compatriots and of their times, we should have an open mind. People are generally the product of their historical, social and economic environment. Like the history of the majority race (actually marginally only), everything is about power and ideology, all contributing to the story of the impact each has on the nation. 

A Chinese girlfriend yesterday drew my attention to the general reluctance of the Malaysian Chinese - young men and women - to become police officers, soldiers and even teachers. It was reported, she told me, that the government teachers training colleges could not get enough candidates for their Chinese teaching courses while I believe the number of Chinese law officers and soldiers is far too small.  I can hardly see Chinese cops on the beat. I do see occasionally Indian 'mata-mata'. I would like to see their number increase drastically. Of course, it is easier said than done. I have been told that the Armed Forces, the Police, and indeed the Civil Service, are having some difficulties in attracting bright Bumiputera youths to join them.  

The good Bumiputera women and men, especially those educated overseas, prefer to join the private sector, become self-employed or start their own businesses. Before independence and the years following it, there were many Chinese and Indian officers in the Police and the Armed Forces. In fact grossly out of proportion of the number of Chinese and Indian enlisted men which was and is Bumiputera majority. In 1952, General Gerald Templer (later Field Marshal and Tun), the Supremo of Malaya, created the Federation Regiment which was opened to recruits of all races.  

The Royal Malay Regiment remained and remains exclusively Malays. By all accounts, it was a success. Eleven young Malaysians (then Malayans) _ only three Malays, one Sikh, one Eurasian and six Chinese _ were recruited as potential officers. One was a senior to me at the Malay College Kuala Kangsar, Amiruddin Mustapha Albakri, who left the army as a major, but Abdullah Shamsuddin, Lai Chung Wah, Asna Mohamed Sutan and Leong Siew Meng all rose to become generals. I knew two or three personally and worked with them when I was the political secretary to Tun Razak, who was, besides being Deputy Prime Minister, was also a long time and excellent Defence Minister we ever had. When Major General Leong retired, I invited him to sit on the board of Gadek when I was chairman. I kept him on until he died.

To his credit and because he was a political realist, Templer (even with power of a dictator) also expanded the Royal Malay Regiment, created a military training college and boys' wing which I once aspired to join but made no serious attempt to do so. The boys' wing which later became the Royal Military College was to attract a potential officer material early on. He also established the inter-racial Federal Armoured Car Regiment.  

I must commend Sin Chew Jit Poh - whose early editor, the late Chan Ken Sin, was detained together with me in 1976 - which last week began a series of stories urging more Chinese to become police officers. It pointed out that out of a force of about 83,000-strong force (of various ranks), only 10 per cent are Chinese. I like the Chinese to join the police force -  especially in the traffic and crime branches, and, of course, the all important crime branch, and indeed in all areas of police activities. The Malaysian Chinese should also enlist in the Armed Forces.  

At least in Malaysia, I can personally state we are not going to probe into what probable respond of the Malaysian Chinese soldiers or policemen would be in case we go to war with a neighbouring nation, captured by a rabidly anti-Muslim-Malay leadership. We trust our people, irrespective of their religious and racial background, to do the right thing. Malaysia is their home, and they will fight its enemies whoever they may be. 

There was a time - a long time ago though - when competition to join the Armed Forces and even the Police Force, was very keen because the uniforms provided an acute attraction. Except for the Royal Malay Regiment, all units of the Armed Forces and the Police Force are open to all races, and I do appeal to the other Malaysians in order to achieve racial integration and to get everyone believing and committing himself/herself that we all have a stake here. - Business Times

http://www.nstpi.com.my/
.
Herewith are another testimonial about the bravery cases of non-Malay soldiers and police. Most of the recipients of 'Gallantary and Bravery Awards' in the early years of their introduction were non-Melayu: They were fighting the nation foes namely Communist Terrorists and also served under UN Mission in early 60s/70s.  Among them are:

  • Sgt Chong Yong Chin PGB
  • Lt Lee Ah Pow PGB
  • Lt David Fu Chee Meng PGB
  • Sgt Choo Woh Soon PGB
  • Capt Shanmuganathan PGB
  • Rgr Mat Isa Hassan PGB (Chinese)
  • Capt Mohana Chandran SP
  • 2nd Lt N.H Siebel PGB
  • Capt Maurice Lam
  • 2nd Lt Panir Chelvam a/l Velliah PGB
  • Capt Mukhtiar Singh a/l Sodagar Singh PGB

Melalui pengalaman yang diceritakan oleh pelbagai sumber yang dipercayai, pengorbanan pegawai dan anggota ATM dan PDRM berbangsa China (yang kebanyakannya bertugas dalam Cawangan Risik ATM atau pun Cawangan Khas PDRM) amat tinggi dan dihargai dalam usaha untuk menangkap KEPALA-KEPALA UTAMA pasukkan Pengganas PKM yang licik-licik seperti Chong Chor dan lain-lain. Mereka ini (hero) dikhabarkan menyamar diri sebagai pekebun di kawasan pendalaman di pinggir-pinggir hutan bertahun-tahun untuk mendapatkan maklumat 'first hand' mengenai setiap pergerakan kepala pengganas ini.





14 comments:

  1. Kalau x silap saya tuan, anak saudara Mej micheal Andy Stevenson TUDM juga sedang berkihidmat di 18 Skn iaitu Mej Ryan mckeith Stevenson TUDM ... Intake diploma 2003

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/kasih Jamal atas maklumat yang diberikan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini boleh dirujuk terus kepada Jabatan Rekod dan Pencen MINDEF atau mohon bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran KEMENTAH untuk mendapatkan penjelasan. Mesti ada kesilapan yang berlaku.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mr Joshua Daniel kerana memperbetulkan fakta penulisan saya. Saya ingatkan semua 'Stevenson' adalah dari satu keturunan kerana tidak ramai nama Stevenson dalam negara ini. Saya akan perbetulkan tulisan saya. TQVM.

      Delete
  4. Mr Joshua Daniel,
    I received this email from Keith Birch. Please read his email and to conform either Mr Jonathan is your uncle?

    Dear Sir,

    My name is Keith Birch, I live in Los Angeles, CA.
    I was wondering about the late Brig Jen. Stevenson.
    I know his son, Jonathan Stevenson.
    He told me his dad was in the army.
    He went to school in Switzerland, where I met him, in 1981.

    I think his mother was British, and his father was an Anglo Indian.

    He and I had the best polished shoes in school, my father was in the Indian Air force!

    I am not sure if the late Brig, was his father, but I just took a chance that it might be him.

    Best wishes Sir.

    Respectfully.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Man you are right Brig Jen. Stevenson is Johnatans father.He lives in Switzerland

      Delete
  5. In response to the comments posted by Mr Joshua Daniel, I received this email from Mr Andrew Stevenson.

    ...............

    Just to let you know that I was very impressed with the topic, seeing it for the first time.

    It makes me feel proud and it is also motivation for my children. My name is Andrew Stevenson (non military or police – my father’s wishes!), anyway all the Stevenson’s mentioned there are related and are my uncles or my cousins. Unfortunately, my nephew Joshua Daniel surely does not know everybody, and it is not true that 90% of the story is not true. All mentioned are brothers or cousins.

    It all started with my grandfather Capt (Dr) Alexander Stevenson (British Army) MBE, I wish I could tell you a lot more but best ask my uncles, anyway as for my uncle in police as mentioned he was attached to the Special Branch, and not mentioned is my father SAC II (R) Charlie C Stevenson (kept a very low profile) but had a very long and distinguished 33 years in The PDRM. One of the early officers who attended the FBI course in 1970 and in 1975 he was also one of the first few police officers who attended the Armed Forces staff college and was also the liaison officer for the Asia /Pacific region for Interpol . He also did many high profile cases, but my dad was one who kept things out of the press. I am proud of his achievements and also not mention is the father (George L Stevenson) of Maj. Earl and Maj. Ryan’s father who was in the air force (TUDM) as well.

    Though nothing really impressive but my daughter has also got the military spirit in her, still young but since primary school till now in secondary, she is in the KRS (Kadet Remaja Sekolah) and really loves it, may think of a military career, you never know.

    Anyway, thanks for the story and there is a lot more to go in there.

    Regards,

    Andrew

    ReplyDelete
  6. gen victor is not my grandfather, anyhow i used to call him grandpa which is translated as datuk in malay. i apologize for the wrong information provided,
    My previous comment was based by the rule book’ published in NST (page 20) dated December 15, 2008.

    Please feel free to call me at 0169286175 or email at navalstone@gmail.com

    this is my photo
    https://openbook-static-files-prod.s3.amazonaws.com/images/users-avatars/150X150/1748557.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. i have no intention to disrespect Brig. General (R) Victor Stevenson's family member or any extended family members.

    ReplyDelete
  8. Mej. Earl M.Stevenson sekarang berkhidmat sebagai CI(Chief of Instructor) di Maktab Tentera Diraja(RMC/MTD).Saya merupakan pelajar di MTD.Beliau merupakan seorng CI yg mantap.SALUTE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, saya kenal Mej Earl. Lepasan US Military Academy. Pegawai yang berpotensi....

      Delete