Monday, January 16, 2012

TAJUK 181: ALBUM KELUARGA SULTAN JOHOR


  ALBUM KELUARGA  
  DYMM SULTAN JOHOR  

-PERISYTIHARAN SEBAGAI SULTAN-
ISTIADAT PERMAKAMAN ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
23 JAN 2010

JOHOR BARU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail secara rasmi telah diisytiharkan sebagai Sultan Johor.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada jam 10.21 pagi tadi di Istana Besar.

"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya.

Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Tunku Ibrahim Ismail, yang berbaju Melayu putih, juga melafazkan sumpah bagi menghormati dan memelihara agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang teguh kepada Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang negeri Johor.
Istiadat angkat sumpah disaksikan Sultanah Zanariah, isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan kesemua anakanda serta adinda baginda.

Turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadot, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta anggota Exco kerajaan negeri Johor.

Pemasyhuran Tunku Ibrahim adalah bagi mewarisi takhta Johor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada pukul 7.15 malam semalam di Hospital Pakar Puteri di sini.

Istiadat itu diadakan sebelum pemakaman ayahanda baginda di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Petang semalam, Tunku Ibrahim Ismail dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Iskandar dimasukkan ke hospital itu kerana gering.

Diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar, Tunku Abdul Jalil Iskandar, Tunku Abdul Rahman Hasanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Iman.

Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
Baginda menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baru.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim Ismail yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei.

Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta. - BERNAMA













SEMPENA PERLANTIKAN
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
29 JAN 2010

JOHOR BAHRU: Anakanda sulung Sultan Johor, Tunku Ismail, dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor semalam di Dewan Singgahsana, Istana Besar, di sini.

Istiadat permasyhuran itu diumumkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab, mengikut Undang-Undang Tuboh negeri Johor, memilih dan melantik seorang waris takhta bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1 fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor, mengikut nasihat Jumaah Diraja, dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor," titah baginda. 



Sejurus Sultan Ibrahim selesai bertitah, Tunku Ismail mengangkat ikrar setia dan berjanji akan sentiasa melaksanakan segala arahan serta bersikap jujur dan ikhlas kepada rakyat.

Istiadat pemashyuran itu turut disaksikan oleh bonda Tunku Ismail, Raja Zarith Sofiah, dan kerabat diraja.


Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri dan isteri; Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman dan isteri; Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot; barisan Exco, Ahli Dewan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Ibrahim, yang dimasyurkan sebagai Sultan Sabtu lalu berikutan kemangkatan nendanya, Almarhum Sultan Iskandar, pada malam Jumaat lalu.



Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006.



Tunku Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama, Johor Bahru dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru, sebelum meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Antarabangsa Australian, Singapura, dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Hale, Perth, Australia antara 1999 dan 2002.


Baginda yang mewarisi minat nenda dan ayahandanya, turut mendapatkan latihan ketenteraan di Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, sebagai Pegawai Kadet di sana pada 2003.

Setelah tamat pengajian di IMA, Tunku Ismail dikurniakan pangkat leftenan dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India, berkhidmat sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.

Tunku Mahkota mencatatkan sejarah apabila baginda menjadi rakyat asing pertama mengetuai pasukan tentera India pada Hari Kebangsaan Republik India pada 26 Jan 2007 serta dipilih oleh Presiden India sendiri untuk mengetuai unit regimen terdiri 400 anggota itu.













 MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KE 53
PADA 22 NOV 2011

MORE than 10,000 people thronged Dataran Bandaraya here yesterday for the mammoth Jamuan Rakyat held in conjunction with the  sultan of Johor's birthday.

They gathered early before the arrival of Sultan Ibrahim Sultan Iskandar and the rest of the royal family.

Among those present were his consort, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, the sultan's mother, Enche' Besar Khalsom Abdullah, the sultan's elder siblings, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar and Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and state executive councillors.

The crowd stood up to sing the state anthem, Lagu Bangsa Johor, upon the sultan's arrival. He then cut a  cake as the crowd sang Happy Birthday with the Johor Military Force band playing to the tune.

A total of 15 cakes were presented by various hotels and was distributed to the crowd. Guests were also feted to a sumptuous cuisine served at  more than 50 stalls erected around Dataran Bandaraya.

Energetic performances and graceful movements by a zapin troupe, Chinese traditional drummers and an Orang Asli group wowed the audience.

Mimi Suni, 19, one of the performers from the Orang Seletar tribe, said the Yok Sang crab dance was staged by 28 performers, including 10 Orang Seletar dancers.

A tourist from the Czech Republic, Blanka Sirova, 40, said she was mesmerised by the cultural dances and took the opportunity to  snap some shots.

"It is a wonderful celebration as there is nothing like this back home."

The advertising agency worker and her husband, Josef Sir, 50, were  sailing around Asia and had berthed their yacht in Danga Bay here.

Read more: 10,000 subjects add colour to ruler's big day - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/local/general/

Selamat Menyambut Hari Keputeraan diucapkan kepada Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang ke 25. 

Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
























TUNKU TEMENGGUNG




Memangku Sultan dari 30 Sep hingga 19 Okt 2012

SEMPENA HARI PERBARISAN TAMAT LATIHAN 
INSPEKTOR PERCUBAAN PDRM PENGAMBILAN 1/2012
8 JAN 2012

He left the comfort and luxury of his palace home to stay in a plain barrack at a police academy to fulfil a long cherished dream.

After a gruelling nine-month stint, 21-year-old Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail proudly marched with 959 other probationary inspectors to celebrate his graduation' from the Police Training Centre (Pulapol) here yesterday.

And among the crowd of beaming families who watched the young men and women stride out in their smart ceremonial uniforms in the grand passing out parade were his parents, the Sultan of Johor Sultan Ibrahim Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah.

While many youngsters dream of a life in the palace, Tunku Abdul Jalil had always wanted to don a police uniform to better serve the people.

"I have always wanted to be a policeman, but I had to be patient until I reached the acceptable age.

"I am ready to be deployed to any place where my services are re-quired," the soft-spoken prince told a group of eager reporters who surrounded him after the ceremony.

Tunku Abdul Jalil is the first member of the Johor royal family to join the police force.
"My three siblings joined the army and so did my father.

"I feel the time has come for a member of the royal family to show support to the police and work with the community directly," he said.

Sultan Ibrahim said he was proud of his son who had since young wanted to join the police force.

"He wanted to be of service to the nation and I too felt that he should do so and encouraged him to fulfil his ambition and dream of being a police officer.

"We are all very proud of him and I hope he will excel in his job and do us and the country proud," Sultan Ibrahim said.

The trainees who completed the 1/2011 probationary inspectors' training series included 390 women.

Present among the dignitaries who attended the two-hour ceremony were Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein and his deputy Datuk Wira Abu Seman Yusop, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar and his deputy Datuk Seri Khalid Abu Bakar, and Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Hishammuddin later wrote on Twitter that the Sultan had requested that the prince be treated equally as others while on duty and not be accorded any special preference.
Hishammuddin tweeted: "Tuanku titah no special privileges 4 tg jalil. on merit- kagum" (The Sultan said there will be no special privileges for Tunku (Abdul) Jalil (but) on merit. (I am) impressed.

  
 

TAHNIAH TUNKU ABDUL JALIL ISKANDAR
MENJUNJUNG TAHNIAH KE ATAS DYMM SULTAN DAN RAJA ZARITH SOFIA YANG MENDIDIK PUTERA PUTERI BAGINDA DENGAN DISIPLIN YANG TINGGI


SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H (2012)

Gambar-gambar DYMM Sultan mengetuai perarakan bersama rakyat di Muar ini disalin dari laman fb Tuanku Raja Zarith Sofia bertarikh 4 Feb 2012


  



   




DYAM Tunku Mahkota Ismail Idris mengetuai sambutan di Johor Bahru


DYAM Tunku Temenggong Idris Iskandar mengetuai sambutan di Batu Pahat

DYAM Tunku Abdul Jalil Iskandar mengetuai sambutan di Pontian





No comments:

Post a Comment