Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Saturday, March 10, 2012

TA

 

3 comments:

  1. SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA BLOG SAYA INI BOLEH MEMBANTU SESEORANG UNTUK MELAKSANAKAN MISINYA. BERIKUT SAYA SALINKAN RENTETAN EMEL YANG BERKAITAN.

    EMEL 1:
    Salam dan selamat hari raya en. Toharudin.

    Saya raziff, wartawan TV3. Saya tertarik dengan story blog en. Toharudin mengenai pulau sebatik.

    Kebetulan, saya dalam proses tugasan utk Majalah 3 khas sempena hari Malaysia. Fokus saya pada pulau sebatik yg pernah jd kawasan hardcore konfrontasi Malaysia-Indonesia. Selain itu, kami juga ingin melihat lifestyle komuniti sempadan dan budaya tempatan.

    Namun, saya berhadapan sedikit masalah kerana sehingga kini masih tak dapat cari contact person yg bole sy hubungi untuk membantu sepanjang berada di sana nanti.

    Justeru, saya berharap en. Toharudin sudi membantu untuk berkongsi contact person yg sesuai utk kami hubungi nanti. Selain itu, mungkin ade tips/nasihat berguna en. Toharudin utk kami memandangkan pulau ini turut bersempadan dengan Indonesia.

    Untuk makluman, krew majalah 3 akan ke sana pada 30 ogos ini.

    Perhatian dan bantuan en. Toharudin amat kami hargai dan didahului jutaan terima kasih.

    Sekian.

    Yang benar,
    MOHD RAZIFF ZULKAFLI

    EMEL 2:
    Salam En Raziff.

    Selamat Hari Raya. Sebenarnya saya secara kebetulan juga amat meminati perkara yang istimewa. Saya hanya mengumpulkan maklumat melalui selidikan peribadi melalui internet sahaja. Saya sendiri tidak pernah menjejaki kaki di Pulau Sebatik itu.

    Saya amat setuju kalau sdr membuat kajian lanjut untuk mendedahkan rahsia Pulau Sebatik itu dan membuat publisiti ke atasnya.

    Saya cadangkan sdr menghubungi Pegawai Daerah Tawau atau Ahli Parlimen Kalabakan (YB Datuk Ghapur Salleh -NO TEL: 089-760900) atau Wakil Rakyat DUN 60 - Sebatik (YB Hj Abd Muis bin Hj Picho- NO TEL: 089-748107) untuk mendapatkan bantuan. Saya yakin mereka akan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kerana ia memberi kelebihan kepada mereka.

    Saya ucapkan selamat berjaya dan saya menanti dokumentari terbitan sdr.

    Terima kasih.

    EMEL 3:
    Salam en. Toharudin,

    terima kasih kerana sudi reply email saya. walaupun tak pernah ke sana, tapi info di dalam blog en. Toharudin amat membantu dalam research saya untuk projek ini nanti.

    saya telah pun menghubungi Majlis Perbandaran Tawau dan dapat berhubung terus dengan YB Muis. Mereka sangat teruja dan akan membantu sepanjang proses produksi nanti.

    InsyaAllah, dokumentari ini akan disiarkan dalam Majalah 3 pada 15 September nanti.

    Sekali lagi, terima kasih atas bantuan dan informasi en. Toharudin.

    Ikhlas,
    MOHD RAZIFF ZULKAFLI

    ReplyDelete
  2. Salam, ketertinggalan Sebatik Indonesia ialah bila mereka bandingkan dengan kemajuan tawau. Tapi bila mereka bandingkan dengan sebatik Malaysia, wilayah merek jauh lebih maju. Video yang dilinkkan ke blog ini saja sudah jadi bukti betapa Sebatik wilayah mereka sudah berkembang jadi pekan sedangkan Sebatik wilayah kita masih berupa kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. benar. dari aspek kependudukan Sebatik Indonesia jauh lebih maju. seperti mana wilayah lain di Indonesia, diceruk mana pun ramai penduduknya, apalagi kalau berdekatan dengan sumber ekonomi. ramai penduduk sebatik Indonesia beekrja di Sabah (ladang2, construction dan perniagaan).. seperti biasa mereka membawa kekayaan dan pulang membangunkan kampung mereka. Lebih elok kalau Sebatik Malaysia kekal spt sekarang, sbb kalau maju jadi bandaraya pun akan dipenuhi warga Indonesia malah sebahagian besar hakmilik perniagaan akan dimonopoli oleh warga Indon.

      Delete