Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Saturday, March 17, 2012

TAJUK 62: BALIK KAMPONG 15032012

BALIK KAMPUNG 2012

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama sekolah bermula pada pada 11 Mac 2012.  lama dah tak balik kampung.  Yang terakhir aku balik ialah pada 26 Nov 2011 semasa majlis perkahwinan Aisyahnur di rumah pihak lelaki di Kluang.  Rindu nak jumpa emak dan bapak.  Ye lah, bapak dah uzur.  Walaupun masih boleh berjalan-jalan di luar rumah dan membersihkan sampah di keliling rumah, ingatannya sudah hilang.

Kebetulan pulak, anak bungsu aku, ada tuisyen di sekolah Isnin hingga Rabu.  Heikal pulak ada tuisyen di Gombak pada hari Isnin.  Jadi, aku ambik cuti pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.  Dapatlah 4 hari rehat.  Malangnya sampai petang Rabu tu, boss tak sign lagi cuti aku.  Rupa-rupanya hilang. Jadi, petang tu juga aku submit permohonan cuti yang baru.

Pada pagi Khamis aku ke pejabat sekejap, nak confirmedkan cuti telah diluluskan.  Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 2.30 petang dan sampai kampung lebih kurang jam 6.45 petang.  Berhenti solat Asar dan minum petang di R & R Pagoh.

Malam itu kebetulan giliran 'Yaasin' untuk rumah bapak.  Emak dah siapkan nasi lemak untuk dibawa ke surau.  Aku bersolat Maghrib dan majlis baca Yaasin dan Tahlil.  Tak macam dulu (waktu aku budak-budak), kalau malam Jumaat, kanak-kanak memang ramai- seronok betul. Ye lah, malam tu ada kan hidangan (masa itu tiap-tiap keluarga akan bawa 'nasi ambeng'. Paling meriah ialah masa Pak Imam baca doa, diaminkan dengan penuh semangat.

Cuma komen aku, ialah pada pendengaran aku, bacaan imam kampung aku ni tak berapa mantap.  Walaupun dia seorang Ustaz (guru agama) tapi aku rasa 'under confident' bermakmumkan beliau. Pak Bilalnya pun lebih kurang juga. Ye la, aku kenal dia sangat, kawan aku sama-sama bermain masa sekolah dulu. Sekolah agama pun sekerat jalan je. Cuma aku respek dia, walaupun tak berapa mahir dalam bacaan ayat-ayat Quran, dia berani ke depan.  Kalau tidak, sapa agaknya yang nak jadi bilal.  Dia juga jadi Bilal masjid.

Pagi itu, aku ke Rengit untuk membayar cukai tanah Simpang Renggam (Mukim Hulu Benut) di Pejabat Tanah Rengit.  Sejak bapak sakit, tak ada sapa yang uruskan bayaran cukai tanah ini.

Sebenarnya aku dah cuba bayar melalui 'online' tapi gagal.  Aku sampai jam 8 pagi, tapi pejabat buka jam 9.00. Ada problem.  Kata kerani Pejabat Tanah tu, apa yang ada dalam sistem- no lot dalam geran tanah itu menyatakan ia terletak di Mukim Ledang, Bukit Serampang, Muar.  Patut lah aku gagal nak bayar melalui online.

Balik dari pekan Rengit, emak ada memberitahu bahawa salah seorang bapa saudara (sepupu bapak) yang bernama Hj Sabirin (kami panggil Lek Birin sedang uzur) kerana diserang angin ahmar.Lek Birin adalah anak kepada almarhumah Nyai Piah yang tinggal di Parit Mahang.  Walaupun usianya melebihi 70 tahun, beliau masih bujang.

Aku pun mengambil keputusan untuk menziarahinya sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid kampung. Aku dan isteri pun mengajak emak sekali kerana emak pun belum berpeluang menziarahi sejak dia sakit.  Memang telah uzur, ingatannya menjadi berkurangan, hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan terpaksa memakai 'diaphers'.  Beliau dijaga oleh anak saudaranya Siti Aminah (Dah).  Semoga Allah memberikan keringanan kepada penderitaan bapa saudaraku ini.

Selepas itu, aku pergi pula ke rumah Lek Kalimah (seorang lagi emak saudaraku yang juga uzur.  Lek Kalimah ialah isteri kepada almarhum bapa saudaraku (adik bapak).  Malangnya masa aku sampai di rumahnya, Lek Kalimah telah dibawa oleh anaknya ke Hospital BP untuk mendapat rawatan susulan.  Semoga Allah memberikan keringanan kepada kesakitan ibu saudaraku ini.  Lek Kalimah merupakan satu-satunya emak saudaraku yang duduk sekampung dengan emak/bapak aku.

Tengahari ituaku bersolat Jumaat di Masjid Parit Mahang bersama anakku Heikal.  Kami naik motorsikal sahaja.

Aku bertolak balik ke KL pada jam 2.30 petang. Petang itu bapak aku ke Senggarang (di bawa oleh Ngah) untuk mengambil wang bantuan Kerajaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Yang terbaharu ialah, rumah bapak telah dibuat renovasi lagi. Tapi bukanlah bapak atau emak yang buat tapi Khairiah, adik aku. Kemungkinan besar dia akan pulang menetap di kampung bila bersara nanti. Sejak aku kecik duduk di rumah itu, entah berapa kali bapak buat renovasi- mungkin dekat 10 kali.  Kerap bertukar rupa- macam-macam design.  Ye la, ikut trend.


rumah terbaru..2010an

rupa rumah bapak sebelum dibuat renovasi (ini adalah gambar renovasi di tahun 90an)

ini pula gambar rumah bapak dalam tahun 1980an

dan ini adalah rumah bapak dalam tahun 70an
.















.

Thursday, March 15, 2012

TAJUK 61: NOSTALGIA 70AN BROERY MARANTIKA

NOSTALGIA TAHUN 70an
BROERY MARANTIKA



Sesuatu yang tidak elok untuk diungkit ialah menyebut sesuatu yang tidak baik tentang seseorang yang telah mati.  Tapi, Broery bukan Islam, maka nyayiannya walaupun dianggap sebagai satu hiburan yang melalaikan, ia tak memberi apa-apa kesan atau mencacatkan "keimanannya".

Pertengahan dan penghujung tahun 1970an, filem-filem Indonesia menguasai pasaran filem di Malaysia.  Semua panggung wayang silih berganti menayangkan filem Indonesia.  Tapi, masa itu aku baru di sekolah menengah.  Maka aku hanya mampu menonton filem yang ditayangkan di kampung-kampung.  Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja tayangan filem di padang-padang sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Belia atau pihak sekolah untuk mengisi tabung mereka. Tiketnya berharga satu ringgit sahaja.

Lokasi yang kerap menganjurkan tayangan ialah di padang balairaya Parit Kadir, padang SRK Seri Timbul, padang SRK Seri Paya dan lain-lain lagi.  Geng-geng tengok wayang aku masa itu ialah Supian Sumadi @ Yan (sekarang Pak Bilal surau Lapis Mahang), Rohaimi Mohamad @ Ami,  Othman Ismail @ Man dan Osman Kasmuni @ Oman.  Kadangkala kami akan join dengan grup dari kampong lain seperti Parit Kadir.  Itulah hiburan paling 'glamour' pada masa itu.  Walaupun di pekan Senggaran dan Parit Raja ada panggung wayang, tapi seumur hidupku aku tak pernah menonton wayang di panggung wayang.  Sampai sekarang, aku tak tau kenapa.  Selain dari undang-undang larangan yang digariskan oleh bapak aku, aku sendiri tidak berminat menonton wayang di panggung.  Kali pertama aku masuk panggung ialah semasa aku menuntut di UTM dalam tahun 1977.  Masa ni dah jadi geng Architecture yang serba 'tak berapa betul' dari aspek pengurusan masa.

Nama-nama aktor/aktres seperti Sukarno M.Noor(dan anaknya pelakun cilik- Rano Karno), Dicky Zulkarnain, Rima Melati, Mieke Wijaya, Ida Royani, Roy Marten, Benjamin S, Christine Hakim, Sophan Sofian, Widyawati, Slamet Rahardjo, Yati Octavia, Yenny Rachman, Rhoma Irama dan lain-lain lagi meniti bibir dan melekat di dalam ingatan anak-anak muda.

Apa keistimewaan Broery? Nama Broery melambung naik bersama filem Akhir Sebuah Impian dengan heroinnya ialah Emilia Contessa.  Lagu dari filem ini merupakan lagu 'evergreen' dan sentiasa menjadi pilihan sama ada orang tua atau muda.

.

JATUH CINTA


WIDURI



LAYU SEBELUM BERKEMBANG


HAPUSLAH AIR MATAMU


GUBAHANKU


  

Ida Royani- dulu dan sekarang


Ida Royani yang dilahirkan dalam tahun 1953 mula berlakun dalam tahun 1973 dalam filem Biang Kerok Beruntung dan selepas itu kerap berlakun dalam filem komedi bersama Benjamin S.  Dia berhenti berlakun apabila berkahwin dengan salah seorang kerabat diraja Pahang, aku lupa namanya.  Setelah berpisah beliau pulang semula ke Indonesia dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

  Berkas:Yati octavia.jpg
Yatie Octavia- dulu dan sekarang


Yatie Octavia, lahir pada tahun 1954 juga merupakan salah seorang aktres jelita yang paling mahal di era 70an.  Juga aktres yang agak berani melakunkan aksi obsesif.  Filemnya yang paling mahal ialah 'Rahsia Perkahwinan' yang mana dia sanggup dibotakkan kepalanya sebagai hukuman kepada perzinaan yang dilakunkan.  Mula berlakun filem pada usia 18 tahun (1972) dalam filem Intan Perawan Kubu dam berlakun sehingga tahun 1990.  Kini masih berlakun sinetron.

 

Rano Karno dulu dan sekarang





BIARLAH BULAN BICARA
(lagu ini popular selepas tahun 2000- bukan sebahagian dari filem Akhir Sebuah Impian)

  
Sukarno M. Noor dan Dicky Dzulkarnain

  

Sophan Sophian & Widyawati


Pasangan pelakon Sophan Sophian (almarhum) dan isterinya Widyawati merupakan pasangan pelakun yang agak berani melakunkan aksi-aksi ghairah pada masa itu. Walaupun adegan berkaitan dipotong (hanya nampak kaki bertindih) namun jeritan anak-anak muda yang menonton tetap kedengaran.

 

Mikie Widjaya dan Rima Melati

 

Christine Hakim


Christine Hakim merupakan pelakun yang beragama islam dan menjadi 'pasangan intim' Broery.  Percintaan mereka telah menjadi perbualan masyarakat Malaysia dan Indonesia.  Mereka berhasrat untuk berkahwin tapi terhalang oleh pegangan agama yang berbeza.  Walaupun di Indonesia membenarkan perkahwinan berlainan agama namun prinsip hidup Christine Hakim yang mahukan Broery memeluk islam sebelum berkahwin.  Mereka tidak jadi berkahwin.  Tapi, akhirnya Broery sanggup masuk Islam untuk berkahwin dengan Anita Sarawak dalam tahun 1983.  Perkahwinan mereka menjadi isu perdebatan agama di Malaysia kerana pada awalnya tidak dinyatakan bahawa Broery masuk Islam dan mereka ingin berkahwin secara berdaftar sahaja.  Namun perkahwinan tersebut bertahan untuk tempoh yang singkat.  Selepas bercerai, Broery kembali ke agama asalnya, Katholik. 

 

   

Nia Dzulkarnaen

  

Yenny Rachman

 

Rhoma Irama dan Benjamin Shueb

  

Emilia Contessa: dahulu dan sekarang


LAGU-LAGU LAIN YANG JADI KEGEMARAN

.

HATI LEBURJADI DEBU- HETTY KOES ENDANG



.

KAU YANG KU SAYANG- RANO KARNO


.

BENCI TAPI RINDU- DIANA NASUTION


EVERGREEN MAT SALEH's SONG

Aku lahir di kampong Jawa yang 99.5% penduduknya terdiri dari masyarakat Jawa, kat rumah cakap Jawa, di sekolah Melayu pun bila keluar kelas cakap Jawa.  English adalah satu bebanan untuk kami anak-anak kamponng pendalaman.  Subjek BI adalah satu subjek yang tak pernah menjadi favourite kami.

Aku ingin menulis sedikit tentang beberapa lagu Mat Saleh yang ada nostalgia dalam perjalanan hidupku. Namun, tak ada kesempatan, lately bz sangat.  Aku cuma sempat download beberapa lagu sahaja sebagai kenangan.  Kalau terkenang kesah lama tu, boleh la terus click je, tak payah nak cari dalam you tube satu persatu.

Nanti-nanti la aku akan tulis lagi cerita tentang lagu-lagu ini.



One Way Ticket
.

Oh Carol- Neil Sedaka

.

Black Magic Women - Santana
.

Black & White- Three Dog Nite

.


Hotel California - The Eagles
.

.
House of Rising Sun - The Animals


There is a house in New Orleans
They call the Rising Sun
And it's been the ruin of many a poor boy
And God I know I'm one

My mother was a tailor
She sewed my new blue jeans
My father was a gamblin' man
Down in New Orleans

Now the only thing a gambler needs
Is a suitcase and trunk
And the only time he's satisfied
Is when he's on a drunk

Oh mother tell your children
Not to do what I have done
Spend your lives in sin and misery
In the House of the Rising Sun

Well, I got one foot on the platform
The other foot on the train
I'm goin' back to New Orleans
To wear that ball and chain

Well, there is a house in New Orleans
They call the Rising Sun
And it's been the ruin of many a poor boy
And God I know I'm one

.

Tuesday, March 6, 2012

TAJUK 60: SELAMAT PAGI CIKGU



.

.
SELAMAT PAGI CIKGU

Di sini, aku menunggu kawan-kawan
kawan sama-sama sekolah
sama-sama belajar

sampai sekolah, kami... riang..... selalu
berjumpa guru
selamat pagi cikgu

sekolah, tempat aku menuntut ilmu
membaca menulis mengira
dengan panduan guru

marilah kita kawan, usaha selalu
hormati guru
selamat pagi cikgu

Lagu: Eddy Noor Ali

Lagu ini mempunyai nostalgia tersendiri dalam kehidupanku.  Mengingatkan aku kepada zaman di sekolah menengah (Sek Men Tunku Mahmood Iskandar) di awal tahun 70an.  Setiap tahun, pada 16 Mei, sekolah kami akan mengadakan sambutan hari guru.  Hari itu amat menyeronokkan kerana kami diberi kelepasan tidak payah masuk kelas kerana hari tersebut kami perlu menghiburkan guru-guru kami.  Maka setiap kelas akan mengadakan satu persembahan.  Bermacam-macam performance dibuat, ada nyanyian solo, ada nyanyian kumpulan, ada lawak jenaka, ada sajak dan ada ucapan penghargaan.

Aku ingat sangat, semasa di Tingkatan 1, kelas aku (1P1) membuat persembahan koir lagu Bahtera Merdeka, dan sebelum nyanyian dimulakan aku dan Rubai Hj Mansor (udak Parit Mahang) telah mempersembahkan satu sketsa (jenaka) di mana aku berlakun sebagai tailor.

Semasa di Tingkatan 2P1, kami mendapat seorang guru sementara Bahasa Inggeris bernama Miss Vasantha K.Nair.  Beliau mengajar kami pelbagai lagu Inggeris seperti Red River Valley, Black and White, Clementaine dan lain-lain.  Tapi yang nostalgik ialah kelas 2T1 yang ada seseorang penuntut perempuan yang aku minati (kira-kira admired la masa tuu...) mempersembahkan lagu ini (Selamat Pagi Cikgu).  Jadi sampai sekarang, bila mendengar lagu ini aku akan teringatkan Hari Guru semasa di sekolah- sekali gus teringatkan budak itu. Nama? ooooh RAHSIA sebab budak perempuan itu telah meninggal dunia semasa di Tingkatan 3 kerana sakit demam panas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Semasa di Tingkatan 3, aku membuat persembahan lakunan sebagai ketua platun tentera kerana masa itu aku mempunyai cita-cita untuk masuk RMC.

Lagu ini membuat aku terkenang semua guru-guruku semasa di sekolah dulu.  Dulu GURU merupakan individu yang amat disegani dan dihormati. Ada waktunya seseorang guru itu amat ditakuti kerana keGARANGannya. Masa itu guru boleh belasah anak murid dengan kayu pembaris sepanjang SATU ELA. Bayangkan. Tak ada yang berani mengadu kepada bapak (ada juga sorang dua). Tak ada murid yang bercita-cita membalas dendam untuk memancitkan motor (masa tu ramai cikgu naik Vespa) atau menggarit kereta cikgu dengan paku atau benda tajam.

Orang kampung pun amat hormat dengan cikgu.  Dalam satu kampung kalau ada cikgu sekolah agama dia akan pasti dilantik menjadi imam Masjid atau Surau.  Kalau guru sekolah rendah akan dipilih menjadi Ketua UMNO Cawangan. Masa tu (tahun 60an/70an) UMNO je parti politik yang menjadi sandaran orang Melayu. Ada segelintir sahaja penyokong PAS.

Semasa aku di sekolah rendah (SK Seri Rejo Sari) Guru Darjah (dulu kita panggil DARJAH bukan TAHUN) adalah Master of the Class. Dia mengajar semua subjek kecuali Agama Islam dan Bahasa Inggeris.  Dalam sekolah aku hanya ada dua orang sahaja Guru Agama dan dua orang Guru English.  

Kalau sekolah menengah kampung macam sekolah aku (STMI Parit Saidi) guru graduan memang spesis yang sukar ditemui. Guru Besar berijazah yang pertama di STMI hanya diperolehi pada tahun 1972 ketika aku dalam Tingkatan 1 iaitu Cikgu Rashidi bin Abd Rahman.Seorang lagi guru berijazah masa itu adalah Cikgu Zakiah Shuib (rasanya beliau datang lebih awal dari Cikgu Rashidi)

AKU MASIH INGAT SATU PERSATU NAMA GURU-GURUKU. Cuba lihat nama-nama guruku dari Darjah Satu hingga Darjah Enam:

  • Darjah Satu (1966)
    • Cikgu Jemaon bin Hj Nasir (Guru Darjah)
    • Ustaz Aswoto Hj Saion (Agama) - allahyarham
    • Cikgu Zainal Abidin bin Hassan (English) - dia adalah Guru Sementara- anak kepada Guru Besar SRS pada masa itu- Cikgu Hassan bin Mohd Siekh)
  • Darjah Dua (1967)
    • Cikgu Rahmat bin Kasidin (Guru Darjah)
    • Ustaz Shariff bin Omar (Agama)
    • Cikgu Ghazali bin Hassan (English)
  • Darjah Tiga (1968)
    • Ustaz Aswoto Hj Saion (Guru Darjah dan Guru Agama) - allahyarham
    • Cikgu Ghazali bin Hassan (English)
  • Darjah Empat (1969)
    • Cikgu Ahmad bin Hj Salleh (Guru Darjah)
    • Cikgu Shariff bin Omar (Agama)
    • Mr Thomas Joseph Huwiler (English dan Sains) - beliau adalah guru dari program Peace Corp iaitu program bantuan pendidikan oleh Amerika Sharikat)
  • Darjah Lima (1970)
    • Cikgu Mahyun bin Mohd Yusof (Guru Darjah) - allahyarham
    • Cikgu Shariff bin Hj Omar (Agama)
    • Cikgu Mohd Amin bin Ismail (English)
  • Darjah Enam (1971)
    • Cikgu Redzo bin Hj Sidek (Guru Darjah) - mula-mula Cikgu Khamis bin Hj Sujak (allahyarham) sebelum dipindahkan ke kelas sebelah.
    • Cikgu Shariff bin Hj Omar (Agama)
    • Cikgu Yee Kong Heng (English)


Bila ke Sekolah Menengah Tunku Mahmood Iskandar (STMI), Parit Saidi 
, budaya dan akedah pengajaran turut berubah. Dapat ramai kawan-kawan baru dari beberapa sekolah rendah yang berhampiran.  Antara SRK yang menjadi pelanggan kepada STMI ialah:

  • SRK Seri Rejo Sari (sekolah aku)
  • SRK Parit Kadir
  • SRK Parit Kemang
  • SRK Seri Perpat
  • SRK Seri Timbul
  • SRK Seri Kemajuan
  • SRK Seri Pulih
  • SRK Kampung Baharu


Guru pulak, satu subjek satu guru. Paling banyak seorang guru hanya mengambil dua subjek sahaja. Masa itu (biasa la kannn) ada cikgu yang aku suka dan ada yang aku tak berapa suka (benci tu tak de laaaa).  Yang jadi tak suka bukan sebab garang tetapi cara mengajar yang membosankan:

Nama-nama guruku semasa di STMI ialah:

  • Tingkatan 1 (1972)
    • Cikgu Mohamad bin Sanip (Guru Kelas dan Seni Perusahaan dan Seni Lukis)
    • Cikgu Aishah Taib (B.Malaysia dan Sejarah)
    • Cikgu Fahariah bt Hamzah (P/Islam)
    • Cikgu Habibah bt Khasan (Ilmu Hisab Moden)
    • Cikgu Teh Et Tang (B.Inggeris)
    • Cikgu Amar bin Habib (Ilmu Alam)
    • Cikgu Abd Kadir bin Maidin (Sains)
  • Tingkatan Dua (1973)
    • Cikgu Saim bin Selamat (Guru Kelas dan B. Malaysia) - almarhum
    • Cikgu Mohamad bin Sanip (Seni Perusahaan)
    • Cikgu Kadir bin Maidin (Sains)
    • Cikgu Habibah Khasan (Hisab Moden)
    • Cikgu Zakiah Shuib (Ilmu Alam)
    • Cikgu Raja Abas bin Mohd Noor (Sejarah) - almarhum
    • Cikgu Hamzah Hj Selak (Seni Lukis)
    • Mr Johuson Gomez (English)
    • Miss Vashanta K. Nair (English) - sementara - 3 bulan
  • Tingkatan Tiga (1974)- SRP
    • Cikgu Zauliah Ramli (Guru Kelas dan Sains)
    • Cikgu Saim bin Selamat (Ilmu Alam) - almarhum
    • Cikgu Rashidi bin Mohd Noor (B. Malaysia)
    • Cikgu Uiop bin Kasim (Sejarah)
    • Ustaz Sulaiman bin Abdullah (P/Islam)
    • Cikgu Ahmad Dariri bin Kasim (Seni Perusahaan) - almarhum
    • Cikgu Hamzah Selak (Seni Lukis)
    • Cikgu Zainal bin Kamsul (B.Inggeris)
  • Tingkatan Empat (1975)
    • Cikgu Uiop bin Kasim (Guru Kelas, Bahasa Inggeris dan Sejarah)
    • Cikgu Raja Abas bin Mohd Noor (B.Malaysia) - almarhum
    • Cikgu Asmawi bin Asmuni (B.Malaysia)
    • Cikgu Zakiah bt Shuib (Sastera)
    • Ustaz Sulaiman bin Abdullah (P/Islam)
    • Cikgu Osman bin Kosmin (Ilmu Alam)
    • Cikgu Hamzah Hj Selak (Senilukis)
    • Cikgu Zauliah Ramli (Sains dan Hisab Moden)
    • Cikgu Mohd Yasin bin Kamari (Sivik) - almarhum (kemudiannya bergiat dalam politik dan semasa meninggal dunia menjawat sebagai Timbalan Menteri Kehakiman)
  • Tingkatan Lima (1976) - SPM
    • Cikgu Uiop bin Kasim (Guru Kelas dan Guru Sejarah)
    • Cikgu Rashidi Abd Rahman (B/Malaysia dan Sivik) Guru Besar
    • Ustaz Sulaiman Abdullah (P/Islam)
    • Mr Johuson Gomez (English)
    • Cikgu Zauliah Ramli (Hisab Moden)
    • Cikgu Abu Hasan Mazli bin Abdul Karim (Sains) - almarhum
    • Cikgu Rubiah Badri (Ilmu Alam)
    • Cikgu Hamzah Hj Selak (Senilukis)
    • Cikgu Selamat Hj Mansor (Sastera Melayu)

Semoga Allah merahmati guru-guruku dan memberkati hidup mereka dunia dan akhirat. Untuk yang bukan beragama Islam, didoakan agar dapat menerima hidayah Allah untuk memeluk dan mengamalkan Islam.

Cikgu,

ampunkanlah doasa ku jika semasa menjadi muridmu aku ada menyakiti atau menyinggung hati dan perasaanmu.

Cerita mengenai guru yang bertugas di pendalaman:

.

.



 Guru oh Guru 

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu


Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang, 1971
.