Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Thursday, April 26, 2012

TAJUK 67: KU PUNYA KERETA MOTOR




KU PUNYA KERETA & MOTORSIKAL
PUNYA CERITA


Hari ini kalau seorang yang telah bekerja sebut pasal "saya ada Honda Cup 100cc" adalah satu statement yang tidak membawa apa-apa makna.  Kecuali kalau anak-anak sekolah menengah bercakap pasal motorsikal, mungkin rakan2 sekelas (yang tak ada) yang terbeliak mata.  Tapi tetap tak mengkagumkan juga sebab mereka tahu ayah dia yang belikan.  Macam masa aku sekolah dulu, basikal aku pun bapak aku yang belikan.

Kalau masa tu, aku mintak motor untuk kenderaan ke sekolah, aku rasa jawapan bapak aku, senang je, "berenti sekolah, kerja kebun, boleh beli motor". Itu jawapan yang paling lembut la.  Kalau dia tak jawab, mungkin penampo dia je yang aku dapat sebagai jawapan.

Zaman kanak-kanak aku (1966-1976), motorsikal adalah satu aset mewah untuk sebuah keluarga.  Dalam satu kampung cuma ada beberapa buah motorsikal.  Kira-kira, pada awal tahun 70an itu, mana-mana rumah yang ada motorsikal, consider keluarga mewah la. 

Dari aku lahir sampai aku berusia 13 tahun, aku hanya kenal kenderaan bernama BASIKAL.  Ke kebun, ke sekolah, ke kedai, merayau-rayau di pekan (Senggarang atau Parit Raja).  Kenderaan berenjin pertama muncul di rumahku ialah pada tahun 1971 apabila ayah aku membeli sebuah motorsikal Honda Cup 70cc. Nombor plat JL 7840.  Maka dari situ lah kami adik beradik belajar membawa motorsikal.

Buat diriku,

Aku bukan jenis penggila kereta.  Bagi aku, kereta bukan sebagai kemewahan tetapi satu keperluan asas. Kalau sapa-sapa nak bersembang pasal kereta, jenis itu jenis ini, jangan sembang dengan aku.  Aku tak tahu dan kurang berminat dengan model-model kereta sama ada buatan dalam atau luar negara.



 MOTORSIKAL PERTAMA 
SUZUKI CUP 70CC

Kali pertama aku mempunyai kenderaan sendiri ialah ketika aku bertugas di TUDM Kuching antara tahun 1981 hingga 1983.  Dengan gaji RM700 pada masa itu, selepas tolak sana tolak sini, tinggal 400 je. Tu belum kira nak bayar mess bill, hutang PERNAMA (masa tu tak de KESUMA yang potong gaji).  Rasanya tiap2 bulan ada la dalam 200 lebih je.

Motorsikal pertama ini aku beli dalam tahun 1982 (second hand- harga aku tak ingat) dari Lt M Mohamad Nazri bin Dashah yang bertukar keluar ke KL. Nombornya KH xxxx (aku lupa). Jadi itu kenderaan aku untuk pergi kerja  dan merayau-rayau di sekitar Kuching.  Setelah aku ditukarkan keluar dari TUDM Kuching pada April 1983, aku jual motorsikal ini kepada Sjn Minhad (my staff di Air Movement Section).

Motorsikal ini mengenangkan bagaimana aku mendapat lesen JPJ untuk kali pertama tanpa melalui prosedur biasa. Terima kasih kepada PW Hussein (Ketua Kerani di Kompeni Angkut Kem Semenggok) dan Sjn Ang (Juruuji (QTO) yang membantu aku.  PW Hussein ini pertama kali aku jumpa ialah ketika menghadiri temuduga Pegawai Kedet di Johor Bahru pada tahun 1979.  Masa itu dia berpangkat FSjn dan bertugas di TKC Mindef.

Aku cuba cari gambar motorsikal ini dalam album lama aku, tapi tak jumpa.

 MOTORSIKAL KEDUA 
SUZUKi CUP RC80

Motorsikal kedua aku beli semasa aku mengikuti kursus asas Pegawai Logistik di ITU, TUDM Kinrara pada tahun 1983. Kat KL ni kalau tak ada kenderaan, susah nak bergerak. Aku beli sebuah motorsikal baru di kedai motor Pekan Batu 7, Kinrara (berhadapan dengan kem TUDM.   Masa itu, itulah sahaja sebaris rumah kedai di Kinrara ini.  Aku lupa nombor kenderaan ini, tapi ia plat Wilayah Persekutuan. Mungkin WQ.......

Pengalaman motorsikal ini amat nostalgik dalam kehidupan aku.  Inilah motrosikal/ kenderaan yang paling berjasa kepada aku sepanjang hayatku. Malang, aku tidak mempunyai gambar motorsikal ini.  Semasa di Kinrara (Apr- Okt 1983) tiap bulan aku balik kampung (Batu Pahat) dengan motorsikal ini.  Pernah satu kali, kebuk motorsikal aku Jammed di dalam perjalanan balik kampung.  Nasib baik dah dekat dengan kampung aku.  Aku tinggalkan di kedai Mansor, Parit Kadir untuk dibaiki. Pada minggu hadapannya aku balik mengambilnya semula.

Seminggu selepas aku melangsungkan perkahwinan pada 16 Okt tahun 1983, aku melapor diri ke unit baru, TUDM Kuantan.  Dengan motorsikal inilah aku membuat perjalanan 'misteri' kali pertama dari Batu Pahat (selepas dzohor) ke TUDM Kuantan melalui jalan Air Hitam - Yong Peng - Chaah - Segamat - masuk ke Lebuhraya Tun Razak dari Segamat ke Gambang.   Satu perjalanan yang amat panjang, mencabar dan juga membosankan.  Sepanjang jalan lebih 200km hanya belukar dan simpang-simpang jalan masuk ke Felda.

Aku tak membuat persediaan, sampai di satu tempat rasanya selepas kawasan Felda Keratong. Minyak motor aku sudah sampai ke tahap 'reserved'.  Aku jadi panik kerana selepas dari Segamat tadi memang tak jumpa satu pekan atau rumah kedai tepi jalan sepanjang hiway.  Cuma signboard Felda yang masuk berpuluh km ke dalam.  Yang ada di simpang jalan masuk hanyalah warung-warung kecil sahaja.

Dengan kuasa Allah, aku terjumpa satu jalan masuk ke sebuah kampung, dan di situ ada sebuah kedai kecil yang menjual minyak petrol dalam botol. Allah Akbar.

Dalam bulan Feb 1984, aku terpilih mengikuti kursus di Sekolah Kor Ordnans, Kem Batu Kantonmen selama 3 bulan.  Isteriku bersendirian di Taman TAS, Kuantan. Mulanya aku dapat pertolongan nenekku (aruah Embah Suminah- meninggal tahun 1995) menemani Adibah.  Namun hanya sebulan sahaja. Lepas itu embah terpaksa balik kampung kerana ada keperluan yang lebih penting.  Jadi, setiap dua minggu, aku akan balik ke Kuantan.  Bayangkan waktu itu, aku bertolak dari KL jam 5 petang (biasanya Jumaat), melalui jalan KL- Bentung - Karak - Lancang - Mentakab - Temerloh - Maran dan Kuantan. Naik motorsikal.  Biasanya jam 10 atau 11 malam aku sampai rumah di Kuantan.  Sehingga ahari ini aku masih tak dapat membayangkan betapa tinggi risiko yang aku pernah lalui.

Sepanjang 4 bulan itu, Allah melindungi aku.  Tidak pernah motorsikal aku bermasalah seperti rosak, pancit, habis minyak atau putus rantai dan sebagainya.  Bayangkan kalau ia berlaku di kawasan jalan berliku di hiway dari Gombak ke Karak yang hanya hutan tebal di kiri kanan jalan. Allah Akbar.

Motorsikal ini aku jual (aku tidak ingat tahun berapa dan kepada siapa - mungkin aku) semasa aku mengikuti kursus di ITM antara tahun 1986 - 1989.

 KERETA PERTAMA 
NISSAN PULSAR

Kereta pertama yang aku miliki ialah jenis Nissan Pulsar dengan nombor daftar CQ 5300. Kereta ini dibeli di Kuantan pada tahun 1984 dengan harga RM6.5k (loan dengan Supreme Finance) - INILAH kereta pertama yang aku miliki - kereta ini aku jual (trade-in) pada tahun 1999).Masa itu kalau ikut kemampuan, seorang pegawai berpangkat Lt dengan komitmen yang ada, memang aku tidak mampu untuk memiliki kereta.  Namun mengenangkan aku sudah mempunyai anak (Hafeez), sukar untuk bergerak terutama kalau ada keperluan balik kampung atau kes-kes kecemasan.

Atas bantuan isteri aku, dengan sedikit wang simpanan, dia bagi pinjamkan aku RM2k untuk menambah bayaran down payment.  Bayaran bulanan dalam RM230.


Kereta ini masih digunakan semasa aku bertukar keluar ke ITM Shah Alam (1986).  Kereta lama, macam-macam masalah- pernah eksos reput dan jatuh di tengah jalan (di Shah Alam). Pernah juga rosak di Batu Pahat (waktu balik kampung).  Aku terpaksa pinjam kereta ayah mertua aku untuk balik ke Shah Alam.



Peristiwa yang paling pahit pernah ku alami dengan kereta ini ialah dalam tahun 1987/88, kurang ingat sangat.  Tapi aku masih belajar di ITM.  Sehari dua sebelum peristiwa itu, tayar belakang kereta aku terlanggar divider batu di parking slot di ITM lalu bocor.  Aku tukar dengan tayar spare- dan simpan tayar yang bocor dalam bonet.  Tangguh untuk hantar tampal.

Petang di hari peristiwa itu aku bersama 2 anak aku yang masih kecil (Hafeez dan Fazeera) pergi ke Kem Sg Besi untuk mengambil barang di rumah kakak ipar aku (Kak Nab). Kebetulan isteriku tidak ikut kerana tidak sihat. Aku bertolak balik selepas waktu Maghrib.  Sesampainya di selekoh masuk ke Lebuhraya Persekutuan dari Lebuhraya KL Seremban dari arah Sg Besi (sekarang ini ada Desa Water Park) tayar belakang kereta aku terlanggar paku lalu pancit.

Aku berhenti untuk menukar tayar.  Malangnya tayar spare aku juga bocor akibat peristiwa 2 hari lepas. Masa itu mana ada handphone, nak minta tolong dengan sesiapa pun tak boleh. Nak tinggal kereta kat situ nak cari bantuan, macam mana dengan dua anak aku yang masih kecil itu. Aku tiada pilihan.  Aku lanyak sahaja tayar pancit itu dengan bawa kereta gear satu dan dua sahaja.  Bayangkan.  Sampai di kawasan perindustrian Petaling jaya (berhampiran dengan kilang Guiness Stout), tayar tersebut telah hancur lunyai tinggal bebenang sahaja.m

Aku pun berhenti menukar tayar yang pancit lagi satu.  Aku teruskan perjalanan yang menyiksakan itu.  Bagaikan ingin menangis.  Aku menyumpah diri sendiri kerana menangguhkan untuk menampal tayar yang bocor kelmarin.  Aku lanyak lagi hingga sampai ke rumah di Shah Alam, rasanya dah hampir jam 10 malam. Ya Allah Ya Tuhanku.  Terima kasih kerana aku dan anak-anak aku sampai dengan selamat.  Tayar yang kedua ini juga hancur luluh tinggal besi rim sahaja.

Kereta ini aku jual (trade -in dengan kereta Proton Saga 1.3) pada tahun 1990 dengan sebuah kedai kereta terpakai di Kelana Jaya.


 Nissan Pulsar 1.3 - CQ5300 



 KERETA KEDUA 
PROTON SAGA 1.3S

Kereta Proton Saga 1.3 berwarna Zamrud Green ini dibeli semasa aku tinggal di Shah Alam tahun 1990. Ia dibeli di sebuah kedai kereta terpakai di di Kelana Jaya pada tahun 1990 dengan harga RM23k untuk menggantikan CQ5300 yang laku dijual dengan harga RM6k. Masa ini aku bertugas di MPPU, KL Base. 

Dengan kereta ini aku berjalan jauh sehingga ke Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang selain perjalanan balik kampung.  Ia juga berjasa kerana digunakan menghantar, mengambil atau melawat dua anakku yang belajar di Sekolah Pondok Sg Besar setiap bulan.

Dari Shah Alam kereta ini mengikut aku berpindah ke OMQ di Kem MINDEF pada tahun 1993.

Kereta ini tidak pernah mengalami kemalangan tetapi pernah MISHAP sekali di selekoh dekat Kuil Hindu di jalan berliku dari Sg Buloh ke Kuala Selangor.  Semasa berselisih dengan sebuah kereta lain, terlalu rapat hingga side-mirror aku terkena side-mirror kereta sebelah, patah.  

Pernah sekali dalam perjalanan ke Sg Besar (1999), kerana aircond tidak ok, aku buka cermin tingkap kanan dan kiri.  Tiba-tiba pelekat roadtax tercabut dan terbang keluar. Aku berhenti dan buat SAR- namun setelah lama aku cuba mencari, tetap gagal.  lau aku buat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor.

Sebenarnya kereta ni pun masih okay lagi, tapi pasal ada kawan offer Wira baru dengan harga staf Proton melalui orang tertentu, maka aku pun ambil keputusan beli kereta baru. sebelum ni semua kereta second hand. Kereta ini aku jual (trade-in) pada 1999 dengan harga RM11k untuk membeli kereta baru.



 Proton Wira 1.3 - WBK 1718 
.

 MOTORSIKAL KETIGA 
SUZUKI CUP 80cc

Motorsikal ketiga bernombor BCP 8299 aku dibeli di sebuah kedai motor di Sek 16, Shah Alam pada tahun 1989. (second hand) setelah aku menamatkan pengajian di ITM Shah Alam.  Aku memerlukan motorsikal kerana kos menggunakan kereta untuk berulang alik dari Shah Alam ke MPPU masa itu agak tinggi.  Kalau setakat pancit di tengah jalan, beberapa kali kerana perjalanan antara KL-Shah Alam memang terdapat sabotaj meletakkan paku-paku di lorong motorsikal.  

Kemudian setelah aku pindah ke OMQ 4502 Lorong Golok, ia digunakan berulang-alik dari KL-Shah Alam kerana aku melanjutkan pelajaran kali kedua ke ITM.

Pernah juga rantai putus dalam perjalanan balik dari ITM (dah maghrib) di Sg Way.  Nasib baik ada woksyop masih dibuka.  Duit dalam poket pulak abis, minta tolong budak India woksyop itu hantar ke emsin ATM berdekatan.  Sebenarnya dalam bank pun dah tiris juga.  Waktu itu, sebagai student memang agak pokai.

Aku dua kali mengalami kemalangan dengan motrosikal ini.  Pertama kali di Subang Jaya, melanggar belakang kereta yang tetiba membrek.  Tiada kecederaan kerana aku tercampak di belakang bonet kereta tersebut.  Kali kedua dalam Kem KEMENTAH di Jalan Badek (Jalan itu sekarang telah tiada)- dalam perjalanan ke kedai, waktu malam.  Waktu menuruni bukit, tergelincir dan jatuh. Syukur Allah memelihara aku, hanya sedikit calar balar tergeser jalan.

Setelah membeli Kriss dan Jaguh, motorsikal ini terbiar, kurang digunakan kerana kerap mengalami kerosakan (sukar di'start).  Akhirnya semasa aku berpindah dari Blok OMQ 4501 ke OMQ Desa Wangsa Keramat, aku berikan motro itu kepada PTBK aku, Sjn Azhar pada tahun 2007.

 MOTORSIKAL KEEMPAT 
MODENAS KRISS 110cc

Apabila motorsikal Suzuki 80 BCP 8269 sudah mula buat kerenah, nampaknya memang perlu ditukar.  Aku tak jual dan terbiar di bawah garaj Blok JKR 4501. Lorong Golok untuk beberapa tahun. Aku membeli motorsikal jenis Modenas KRISS (110 cc) pada tahun  2000.   Aku lupa no daftar kenderaannya, mungkin WCQ...... Inilah kali pertama aku beli motorsikal bukan jenama Suzuki.

Aku gunakan motorsikal ini untuk bertugas di Perbendaharaan di Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan kemudian ke Putrajaya untuk tempoh masa yang singkat.  Pernah mengalami kemalangan kecil semasa hujan di Lorong Kubu (kawasan quarters).  Aku terjatuh sendiri kerana jalan licin.  Sedikit sahaja kecederaan di tapak tangan.

Motorsikal ini aku jual (trade-in) pada tahun 2002 untuk membeli JAGUH kerana perjalanan harian KL-Putrajaya dengan motorsikal kapcai kurang sesuai dan memenatkan.  Ini merupakan motorsikal yang paling singkat berkhidmat kepadaku.

Aku tidak menyimpan gambar motorsikal ini.


 MOTORSIKAL KELIMA 
JAGUH MODENAS 179cc


Motorsikal Modenas JAGUH. dibeli tahun 2002 ini aku beli di kedai motor China di Setiawangsa pada tahun 2002 dengan harga RM7k+).  Untuk Jaguh ini aku mendapat keistimewaan untuk mendapat nombor pendaftaran PUTRAJAYA kerana aku bertugas di sana (2002-2004).  Aku berurusan terus dengan JPJ Wilayah dan lebih bertuah kerana mendapat nombor yang sama dengan tahun kelahiranku, 1959.

Motorsikal ini amat berjasa semasa aku bertugas di Putrajaya (2002-2004) dan pernah mengalami beberapa kali kerosakan seperti tali clutch putus, tayar pancit di parking slot pejabat.  Aku terpaksa tunggu China bengkel dari Seri Kembangan yang hanya sampai pada jam 9 malam.  Sambil menunggu, aku lepak di rumah officemate aku Azizan (isterinya Adena juga pegawai di Perbendaharaan). 

Aku masih pakai sehingga sekarang (sudah 10 tahun), harga memang dah turun habis (nak laku RM2k pun susah), tapi aku sayang nak jual, no pendaftaran tu susah nak cari. sentimental value.  Walaupun beberapa kali mengalami masalah teknikal seperti tidak boleh start tetapi dapat di atasi. Alhamdulillah setakat ini, aku tidak pernah mengalami kemalangan dengan motorsikal ini.


 
 Jaguh Modenas 175 - PUTRAJAYA 1959 

 KERETA KETIGA 
PROTON WIRA 1.5GLi


Kereta ini dibeli Okt 1999 dengan harga RM44k untuk gantikan WBK 1718.  Harga pasaran masa itu ialah RM53k tapi atas bantuan sahabatku (Mej Muhammad Shafiq dan abangnya) ia dibeli melalui staff Proton yang mendapat 'staff price'.  Kereta ini dibeli semasa aku berkursus di MTAT. Aku membeli kereta ini menggunakan pinjaman Kerajaan 1999-2005.  

Selama berkhidmat dengan keluarga aku selama 11 tahun, kereta ini amat berjasa dan pernah membawa sehingga ke Kuala Perlis dan Kota Bharu seperti kereta WBK 1718 dan tidak pernah mengalami kemalangan.

Pernah sekali, dalam perjalanan untuk bercuti ke Langkawi, selepas melepasi R & R Rawang (PLUS)  aku sedari bahawa roahtax telah expired lebih sebulan.  Aku jadi kelamkabut.  Waktu itu lebih kurang jam 9 pagi. Aku pun pusing balik ke KL, uruskan buat insuran dan roadtax hari itu juga.  Selepas zohor baru bertolak semula ke utara.

Sebenarnya aku masih sayangkan kereta ini, dah serasi dan tak banyak problem, tapi isteri aku dah bising, komplen bunyi tak sedap la, tekan minyak berat la, harga turun la, macam-macam.... jadi tukar jugak la. Aku jual (trade-in) kereta ini pada 12 Apr 2011 dengan harga RM8.5k sahaja)

 Proton Wira 1.5 GLi - BFR 1544 

 KERETA KEEMPAT 
NAZA CITRA 2.0

Ini adalah kali pertama aku membeli kereta 'kedua' dalam hidupku.  Hanya mampu aku lakukan (memiliki 2 kereta) setelah berkerja selama 25 tahun.  Itu pun setelah lebih 6 tahun aku selesai membayar hutang Pinjaman Kerajaan kereta pertama (Proton Wira). Kereta ini dibeli dalam bulan Okt 2005 dengan harga RM79,800 dengan menggunakan pinjaman bank (Maybank- 2005-2012).

Motif utama pembelian kereta ini bukanlah untuk kemewahan tetapi kerana keluarga aku yang agak besar (anak 6 orang), semuanya semakin membesar.  Bayangkan kalau aku balik kampung atau pergi bercuti (kalau kebetulan semua ada bersama), 8 penumpang dalam Proton Wira.  Dah beli Citra ini pun aku masih memerlukan 'luggage box' tambahan diletak di atas bumbung kereta untuk mengusung barang-barang (beg pakaian).







 NAZA Citra 2.0 - WNN 1959 



 KERETA KELIMA 
PERODUA KANCIL 

Kereta ini di beli Jan 2009 dengan harga RM12,500 (pinjaman Public Bank) untuk membantu anak aku Fazeera yang baru mendapat pekerjaan di Desa Pandan - aku tolong bayar down payment RM5k sahaja- bayaran bulanan dia yang bayar).  Nama pun atas nama dia juga.

 Perodua Kancil WLX 6857 



 KERETA KEENAM 
PERODUA VIVA 1.3

Kereta Perodua Viva ini dibeli 12 Apr 2011 untuk  menggantikan (trade-in) Proton Wira BFR 1544 yang telah mencapai usia melebihi11 tahun.  Ia dibeli melalui pinjaman Maybank 2011 - 2018.

Aku sebenarnya belum berminat untuk menjual Wira tersebut.  Selain dari sudah seronok tidak membayar hutang selama 6 tahun, kereta terebut juga tiada banyak kerenah.  Tapi kalau dah Tuanku Permaisuri asyik sebut kata kereta tu bunyi lain macam la, rasa berat la.. terpaksa lah jual.


 
 
 Perodua Viva 1.0 - WVD 1959 



 MOTORSIKAL KEENAM 
HONDA WAVE

Motorsikal HONDA Wave. Motorsikal ini dibeli dengan harga RM5k pada 12 Apr 2011 - untuk digunakan oleh anakku Hafeez yang baru memulakan pekerjaan sebagai Guru di Sekolah Agama Masjid Muaz bin Jabal.

Motorsikal ini telah dua kali menguji diriku.  Kali pertama sebulan selepas ia dibeli (Mei 2011), aku menumpang anakku (Hafeez) ke Setiawangsa kerana hendak mengambil motorsikal Jaguh aku yang dihantar untuk servicing.  Dalam perjalanan, sebaik sahaja melepasi Masjid Muaz bin Jabal, sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri tiba-tiba terus merapat ke kanan.  Hafez mengelak kekiri dari terlanggar dan membrek.  Oleh ekrana waktu itu hujan mula turun, jalan agak licin, motorsikal terjatuh.  Kami cedera ringan sahaja.

Kali kedua, pada 30 April 2012, sepulangnya aku dari solat Subuh di Surau Luqman Hakim (bersama isteri), ketika membelok ke Jalan Pertiwi (Handalan 3/4), aku gagal mengawal dan terjatuh.  Kali ini cedera teruk sikit kerana muka aku sebelah kanan terseret di jalan raya.  Aku dihantar ke hospital  HAT Tuanku Mizan oleh jiranku yang kebetulan menaiki kereta berada di belakang kami.  Setelah dicuci luka dan dibubuh ubat, menjalani pemeriksaan X-ray dan dimasukkan sebotol air aku dibenarkan pulang. Alhamdulillah tidak perlu ditahan. 

Semoga aku lebih insaf lagi.

 Honda Wave -WVE 1959 

.

.


 Perodua MiVi- W 5960 H 



Monday, April 16, 2012

TAJUK 66: KEMPEN DAKWAH ISLAMIYAH

MENELUSURI SIRAH PEPERANGAN DI ZAMAN RASULULLAH untuk mendaulahkan Islam


KEMPEN NABI MUHAMMAD saw


PERANG BADAR



Perang Badar (Bahasa Arabغزوة بدر‎), dijuang 17 Ramadan 2H (17 Mac 624Mdi Hijaz di bahagian barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), ialah pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.

Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.


Lokasi Peperangan Badr


PERANG UHUD


Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.  

Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka. 

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak. 

Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.



Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakar, Umar dan Ali masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda. 

Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam. 

Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Menurut sumber dari Syiah, dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Tetapi sumber ini tertolak sama sekali kerana ia dilihat sebagai sikap memburukkan dan memfitnahkan, malah tiada hadis yang sahih mengenai hal ini. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka. 

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.


PERANG KHANDAK (AHZAB)


Perang Ahzab (Bahasa Arab: غزوةالاحزاب) atau Perang Khandaq (Arab: غزوةالخندق) ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.



PERANG KHAYBAR


Peperangan Khaibar terjadi pada tahun 629 di antara Nabi Muhammad dan pengikutnya dengan orang-orang Yahudi yang tinggal di oasis Khaybar, sejauh 150 kilometer dari Madinah di bahagian timur laut semenanjung Arab. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan orang Islam.

Perang Khaibar terjadi tidak lama selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan menuju Khaibar, daerah sejauh tiga hari perjalanan dari Madinah. Khaibar adalah daerah subur yang menjadi benteng utama Yahudi di jazirah Arab, terutamanya setelah Yahudi di Madinah ditaklukkan oleh Rasulullah.

Maka Muhammad menyerbu ke jantung pertahanan musuh. Suatu pekerjaan yang tidak mudah dilakukan. Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menaklukkan benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam mengorganisasikan prajurit Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na'im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan para prajurit pilihan maju ke garis depan.

Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Muhammad menugaskan Abu Bakar untuk menjadi komandan pasukan. Namun gagal. Demikian pula Umar. Akhirnya kepemimpinan komando diserahkan pada Ali. Di Khaibar inilah nama Ali menjulang. Keberhasilannya meruntuhkan pintu benteng untuk menjadi perisai selalu dikisahkan dari abad ke abad. Ali dan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-komandan Yahudi setelah Sallam-pun tewas. Benteng Na'im jatuh ke tangan pasukan Islam.

Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air menuju benteng yang memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur langsung. Benteng Watih dan Sulaim pun tanpa kecuali jatuh ke tangan pasukan Islam. Yahudi lalu menyerah. Seluruh benteng diserahkan pada umat Islam. Muhammad memerintahkan pasukannya untuk tetap melindungi warga Yahudi dan seluruh kekayaannya, kecuali Kinana bin Rabi' yang terbukti berbohong saat dimintai keterangan Rasulullah.



Perlindungan itu tampaknya sengaja diberikan oleh Rasulullah untuk menunjukkan beza perlakuan kalangan Islam dan Nasrani terhadap pihak yang dikalahkan. Biasanya, pasukan Nasrani dari kekaisaran Rom akan menghancurluluhkan kelompok Yahudi yang dikalahkannya. Sekarang kaum Yahudi Khaibar diberi kemerdekaan untuk mengatur dirinya sendiri sepanjang mengikuti garis kepemimpinan Muhammad dalam politik.

Muhammad sempat tinggal beberapa lama di Khaibar. Ia bahkan nyaris meninggal lantaran diracun. Diriwayatkan bahwa Zainab binti Harith menaruh dendam pada Muhammad. Sallam, suaminya, tewas dalam pertempuran Khaibar. Zainab lalu mengirim sepotong daging domba untuk Muhammad. Rasulullah sempat mengigit sedikit daging tersebut, namun segera memuntahkannya setelah merasa ada hal yang ganjil. Tidak demikian halnya dengan sahabat Rasul, Bisyri bin Bara. Ia meninggal lantaran memakan daging tersebut.


PERANG MU'TAH

Perang Mu'tah (Bahasa Arab: معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 100,000 orang tentera.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.

Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam Negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh. Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.


PENAKLUKAN MAKKAH
Pembukaan Kota Mekah (bahasa Arabفتح مكةFathu Makkah) bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.
Setelah lapan tahun berhijrah ke MadinahMuhammad beserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M.


Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisy berasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang memberikan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.
Apabila Rasulullah mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrán', Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy. Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan.
Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.
Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswaddan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.


PERANG HUNAIN


Perang Hunain berlaku pada 3 Syawal tahun kelapan Hijrah. Dalam peperangan ini, 10,000 tentera Islamtelah memerangi dua puak kecil penentang Islam. Malangnya, kerana bilangan tentera yang ramai tentera Islam berasa bongkak dan takbur sehingga lupa pada pertolongan Allah
Allah menguji tentera Islam dengan tipu helah musuh sehingga berlaku kacau bilau. Ramai tentera Islam melarikan diri. Mereka terpaksa berundur dan mengatur semula strategi sehingga akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada tentera Islam.

PERANG AWTAS
Pertempuran Autas adalah pertempuran antara angkatan Muslim dan suku-suku penyembah berhala di Semenanjung Arab pada tahun 630 di Autas atau Awtas, sebuah lembah yang terletak di pergunungan sebelah timur laut Tha'ifArab Saudi. Pertempuran ini terjadi setelah Perang Hunain, dan sebelum Pengepungan Ta'if. Pasukan Muslim berjaya mengalahkan musuhnya setelah melalui pertempuran yang sengit. Baki bala tentera pasukan yang dikalahkan telah melarikan diri ke kawasan berbukit di sekitarnya.

PERANG TABUK
Perang Tabuk (Bahasa Arabغزوة تبوك‎) merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam. Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabukmerupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir.
Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam.
Kaum Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati. Mereka bersepakat sekiranya Kerajaan Rom benar-benar bersedia untuk berperang dengan mereka, kaum Muslimin berhasrat untuk mengadakan pertempuran di luar kawasan suci kota Makkah dan Madinah. Akhirnya mereka bersedia menentang musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman,perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu, dan ketahuilah bahawasanya Allah (Tuhan) beserta orang-orang yang bertaqwa." (Surah At-Taubah ayat:123)
Kaum Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Dikhabarkan tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules.
Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab di bawah pemerintahan Rasulullah. Seorang ketua kaum munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai telah meminta keizinan kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan. Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah bersetuju untuk menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah telah menegur perbuatan Rasulullah itu dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Orang yang ditinggalkan (tidak ikut ke medan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah dan mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa mereka dalam jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat(pergi berperang)dalam panas terik ini. Katakanlah(wahai Muhammad): Api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui." (Surah At-Taubah,ayat:81)
Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafik untuk mengikuti peperangan.
Telah menjadi suatu kebiasan bagi kaum beriman,untuk menanggung perbelanjaan perang dan membantu membantu modal kewangan masyarakat Islam bersama. Hartawan Islam terulung iaitu Uthman bin Affan telah mendermakan sebanyak 1,000 dinar untuk menanggung segala kos persiapan peperangan, kos senjata, ubat-ubatan dan makan serta minuman bagi angkatan tentera Islam.
Sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersama angkatan tetera Islam telah mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup membayar jiziyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.
Tujuan Rasulullah berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi Rasulullah berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islamiyah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul itu dengan tangan terbuka.
Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:
  • Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam
  • Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa
  • Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat {dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat} yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.
Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima pertumpahan darah sedikit pun.
.

Saturday, April 14, 2012

TAJUK 65: QUOTABLE QUOTES ON LEADERSHIP

LEADERSHIP QUOTES



The task of leadership is not to put greatness into people, but to elicit it, for the greatness is there already.
John Buchan

The best executive is the one who has sense enough to pick good men to do what he wants done, and self-restraint to keep from meddling with them while they do it.
Theodore Roosevelt


To lead people, walk beside them … As for the best leaders, the people do not notice their existence. The next best, the people honor and praise. The next, the people fear; and the next, the people hate … When the best leader’s work is done the people say, ‘We did it ourselves!
Lao-Tsu


Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.
Harold R. McAlindon


If I have seen farther than others, it is because I was standing on the shoulder of giants.
Isaac Newton


I am a man of fixed and unbending principles, the first of which is to be flexible at all times.
Everett Dirksen


Leadership: the art of getting someone else to do something you want done because he wants to do it.
Dwight D. Eisenhower


In times of change, learners inherit the Earth, while the learned find themselves beautifully equipped to deal with a world that no longer exists.
Eric Hoffer


The price of greatness is responsibility.
Winston Churchill


I must follow the people. Am I not their leader?
Benjamin Disraeli


Example is not the main thing in influencing others, it is the only thing.
Albert Schweitzer


Leadership and learning are indispensable to each other.
John F. Kennedy


The final test of a leader is that he leaves behind him in other men, the conviction and the will to carry on.
Walter Lippman


If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader.
John Quincy Adams


I cannot give you the formula for success, but I can give you the formula for failure: which is: Try to please everybody.
Herbert B. Swope


High sentiments always win in the end, The leaders who offer blood, toil, tears and sweat always get more out of their followers than those who offer safety and a good time. When it comes to the pinch, human beings are heroic.
George Orwell


The key to successful leadership today is influence, not authority.
Kenneth Blanchard


Our chief want is someone who will inspire us to be what we know we could be.
Ralph Waldo Emerson


The very essence of leadership is that you have to have vision. You can’t blow an uncertain trumpet.
Theodore M. Hesburgh


I think leadership comes from integrity – that you do whatever you ask others to do. I think there are non-obvious ways to lead. Just by providing a good example as a parent, a friend, a neighbor makes it possible for other people to see better ways to do things. Leadership does not need to be a dramatic, fist in the air and trumpets blaring, activity.
Scott Berkun


The leaders who work most effectively, it seems to me, never say “I.” And that’s not because they have trained themselves not to say “I.” They don’t think “I.” They think “we”; they think “team.” They understand their job to be to make the team function. They accept responsibility and don’t sidestep it, but “we” gets the credit…. This is what creates trust, what enables you to get the task done.
Peter Drucker


Innovation distinguishes between a leader and a follower.
Steve Jobs


As we look ahead into the next century, leaders will be those who empower others.
Bill Gates


It is impossible to imagine anything which better becomes a ruler than mercy.
Seneca


Never doubt that a small group of thoughtful, concerned citizens can change world. Indeed it is the only thing that ever has.
Margaret Mead


There go the people. I must follow them for I am their leader.
Alexandre Ledru-Rollin

What chance gathers she easily scatters. A great person attracts great people and knows how to hold them together. 
Johann Wolfgang Von Goethe

A general is just as good or just as bad as the troops under his command make him.
General Douglas MacArthur

Men are governed only by serving them; the rule is without exception.
V. Cousin

The real leader has no need to lead-he is content to point the way.
Henry Miller

Not the cry, but the flight of a wild duck, leads the flock to fly and follow.
Chinese Proverb

Be known for pleasing others, espcecially if you govern them...Ruling other has one advantage: you can do more good than anyone else.
Baltasar Gracián

Go to the people. Learn from them. Live with them. Start with what they know. Build with what they have. The best of leaders when the job is done, when the task is accomplished, the people will say we have done it ourselves.
Lao Tzu

A leader is a dealer in hope.
Napoleon Bonaparte

Rely on your own strength of body and soul. Take for your star self-reliance, faith, honesty and industry. Don't take too much advice — keep at the helm and steer your own ship, and remember that the great art of commanding is to take a fair share of the work. Fire above the mark you intend to hit. Energy, invincible determination with the right motive, are the levers that move the world.
Noah Porter

There is always room for a man of force and he makes room for many. Society is a troop of thinkers and the best heads among them take the best places.
Ralph Waldo Emerson

If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader. 

John Quincy Adams

He who has never learned to obey cannot be a good commander.
Aristotle

The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.
Martin Luther King, Jr.


Any one can hold the helm when the sea is calm.
Publilius Syrus

A leader is a dealer in hope.
Napoleon Bonaparte


Never tell people how to do things. Tell them what to do and they will surprise you with their ingenuity.
George Patton


Misfortunes, untoward events, lay open, disclose the skill of a general, while success conceals his weakness, his weak points.
Horace

In this world a man must either be an anvil or hammer.
Henry W. Longfellow

I light my candle from their torches.
Robert Burton

Leadership does not always wear the harness of compromise.
Woodrow Wilson

The greater a man is in power above others, the more he ought to excel them in virtue. None ought to govern who is not better than the governed.
Publius Syrus

A bold onset is half the battle.
Giuseppe Garibaldi


The power is detested, and miserable the life, of him who wishes to be feared rather than to be loved.
Cornelius Nepos

To be a great leader and so always master of the situation, one must of necessity have been a great thinker in action. An eagle was never yet hatched from a goose's egg.
James Thomas

Ill can he rule the great that cannot reach the small.
Edmund Spenser

He who has learned how to obey will know how to command.
Solon

When I give a minister an order, I leave it to him to find the means to carry it out.
Napoleon Bonaparte


No man can stand on top because he is put there.
H. H. Vreeland

A ruler should be slow to punish and swift to reward.
Ovid
 

It is impossible to imagine anything which better becomes a ruler than mercy.
Seneca

No man is good enough to govern another man without that other's consent.
Abraham Lincoln


What you cannot enforce, do not command.
Sophocles

No general can fight his battles alone. He must depend upon his lieutenants, and his success depends upon his ability to select the right man for the right place.
Philip Armour

To do great things is difficult; but to command great things is more difficult.
Friedrich Nietzsche

It is absurd that a man should rule others, who cannot rule himself. (Absurdum est ut alios regat, qui seipsum regere nescit.) 




Latin Proverb


Let him who would be moved to convince others, be first moved to convince himself.
Thomas Carlyle


A good general not only sees the way to victory; he also knows when victory is impossible.
Polybius
 

"Berikan aku 1000 anak muda maka aku akan memindahkan gunung tapi berikan aku 10 pemuda yg cinta akan tanah air maka aku akan menguncang dunia."
Soekarno


.