Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Monday, December 30, 2013

TAJUK 99: QURRA CONSULTANT RESOURCES

KES USTAZ KAKI KENCING!!
QURRA CONSULTANT RESOURCES

Preamble: Kes Yang Lalu Boleh Selesai

Pada tahun 2006 dulu aku pernah membeli polisi pelaburan insurans dengan sebuah institusi kewangan tempatan. Tetapi apa yang dijanjikan, tidak sama dengan polisi yang dikeluarkan .Setelah sampai tempoh matang, aku dapati aku telah tertipu. Jumlah pelaburan dan dividen sebanyak RMxx,000 telah sangkut tidak boleh diambil. Agen yang berurusan dengan aku juga sudah berhenti. Aku buat beberapa rayuan tetapi hanya layak dapat reimburshment separuh sahaja dari jumlah sebenar.

Walaupun aku tidak berpuas hati aku tidak membuat laporan polis kerana klausa yang tercatat dalam polisi memehak kepada pihak bank. Aku buat cara lain lalu aku tuliskan kesah penipuan itu dalam blog aku ini. Paparan tersebut mendapat maklum balas yang menggalakkan. Ramai yang menerima nasib yang sama turut meluahkan perasaan dalam blog aku.


Akhirnya pihak institusi kewangan menyedari bahawa reputsasi mereka telah terjejas dengan tulisan dalam blog aku. Mereka menghubungi aku untuk berbincang. Aku yang sudah kecewa enggan melayani permintaan mereka kerana aku pasti masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. Bagaimanapun selepas lebih 3 bulan pihak bank masih cuba menghubungi, aku pun bersetuju untuk menerima temujanji. Mereka merayu kepada aku supaya menutup blog aku berkaitan isu penipuan tersebut dan berjanji akan melunaskan semula baki wang pelaburan yang terbeku. Alhamdulillah perkara telah dapat diselesaikan pada bulan Feb 2013. Itulah pengalaman pertama aku berhadapan dengan isu hak pelanggan yang aku selesaikan dengan cara sendiri.


Pengalaman kedua berkaitan KONSUMERISMA ini ialah apabila berurusan dengan pihak KFC. Pada satu malam (2013) aku membuat pesanan KFC melalui online.... Bila delivery diterima, ada yang tak cukup dan diganti dengan yang lain tanpa izin pemesan. Bila ditelefon semula baru nak beritahu bahawa item tersebut sudah kehabisan stok. Aku minta penggantian dan diberitahu akan dihantar esok pukul 10 pagi. Keesokan tengahari sehingga jam 1400H masih tiada penghantaran aku telefon lagi. Manager bertugas mengatakan dia tidak diberitahu oleh manager bertugas sebelumnya. Dia akan tunggu manager bertugas masuk kerja. Aku tidak berpuas hati lalu membuat aduan secara on-line kepada pihak HQ.


Keesokan paginya salah seorang pegawai di HQ telah menelefon aku memohon maaf di atas yang berlaku dan akan menggantikan segera. Kali ini dapat free satu set ayam goreng sebagai bonus.


Kes QCR: Mungkinkah Ustaz ini berniat Menyonglap?

Kali ini aku ingin merekodkan satu lagi kes yang melibatkan pihak syarikat tidak berlaku jujur kepada pelanggan. Isu kali ini lebih sensitif kerana ia melibatkan individu yang bergelar USTAZ dan syarikat menguruskan perkhidmatan berkaitan pendidikan di negara Arab.





Anakku yang ke 5, Muhammad Heikal amat berminat untuk melanjutkan pengajian ke Arab Saudi. Apa permohonan ke Universiti Imam Muhammad Saud (Riyadh) tidak berjaya kerana keputusan SPM subjek Bahasa Arab tidak memenuhi syarat minima dia memohon untuk mengikuti satu pakej Kursus Bahasa Arab di University of Qatar di Doha. 

Pakej kursus selama 6 bulan itu diuruskan oleh Qurra Consultant Resource (QCR) yang beralamat di No.3-2F, Pinggiran Mutiara Utama, Seri Gombak. Syarikat ini menawarkan pakej Kursus Bahasa Arab di Yaman, Masir, Syria, Jordan dan Qatar.



Ustaz AHMAD SYAFIQ KAMAL: pemilik syarikat Qurra Consultant Resource yang masih mengelak diri dari menjawab semua panggilan dan mesej

Pada mulanya kursus dijadualkan bermula bulan April kepada bulan 15 Mei 2013 kemudian diubah ke 31 Mei menyebabkan aku terpaksa menukar tarikh menunaikan Umrah sebanyak dua kali. Tiket penerbangan ke Qatar pada 31 Mei juga telah pun ditempah oleh pihak QCR.

Untuk makluman juga, lantaran dari komitmen untuk mengikuti kursus ke Qatar ini, aku terpaksa memohon penangguhan anak aku yang sedang menjalani latihan di Kem PLKN Pelangi Hill Resorts, Kerling. Heikal mula menjalani latihan di PLKN mulai 1 April 2013 dan hanya dapat mengikuti latihan selama 3 minggu sahaja. Ini bermakna dia masih berhutang dengan Kerajaan untuk menghadiri program LKN ini sehingga berusia 30 tahun. Kalau tarikh kursus tidak berubah-ubah pasti dia dapat melengkapkan latihan di PLKN tanpa perlu penangguhan.

Bagaimanapun, program sekali lagi diubah ke awal 30 Jun kerana kursus ditangguh.  Tetapi kemudiannya tarikh tersebut dipinda ke bulan Disember 13 atau awal tahun 2014 atas alasan pihak universiti yang menangguhkan. Oleh kerana terlalu banyak penangguhan dan tarikh tawaran terbaru perlu menunggu selama 6 bulan lagi, aku mengambil keputusan untuk membatalkan tawaran ke Qatar kerana Heikal telah pun mendapat tawaran mengikuti pengajian Asasi Bahasa Arab dan Sains Islam di Medinah International University, kampus Malaysia.

Pihak QCR kemudiannya ada menawarkan program lain ke Yaman dan juga kursus IT di Jeddah untuk terus berkerja dengan syarikat di Arab Saudi. Aku menolak semua tawaran opsyen kerana tujuan utama untuk belajar Bahasa Arab bukan untuk bekerja. Pihak QCR telah berjanji untuk memulangkan yuran yang telah dibayar sebanyak RM5900.00 dengan sedikit pemotongan yuran perkhidmatan dalam tempoh sebulan. Bila sampai bulan Ogos, masih belum dibayar sehingga hari ini (31 Disember 2013).

Anak aku (Heikal) juga beberapa kali menghubungi Ustaz ASK tersebut untuk mendapatkan penjelasan namun juga tidak dilayan. Setelah diugut untuk dibuat laporan polis baru meminta ehsan dan penangguhan dengan alasan wang tersebut telah digunakan. Lepas itu senyap balik. Bila aku kerap bertanyakan progress, anak aku mula ketakutan kerana dia yang ingin sangat ke luar negara. 

Nampaknya Ustaz ASK ni macam sengaja melewat-lewatkan pembayaran. Malah menggunakan berbagai dalih seperti hidup susah, anak isteri tak cukup makan dengan harapan yang punya diri kesihan, lupa atau naik bosan. 

Bila usaha anakku tidak berhasil, aku terpaksa ambil alih dengan cara dan pendekatan aku sendiri.

Setakat ini aku  menyebut nama 'Ustaz' dan pekerjanya yang berurusan dengan aku demi untuk menjaga maruah beliau. Biarlah pembaca mencari sendiri dalam website agar tidak menerima nasib yang sama. Namun, kalau dia masih mengambil tindakan mendiamkan diri atau mengelak diri dari berurusan dengan aku, aku AKAN disclose juga nanti.

Setelah anak aku gagal, aku sendiri cuba menghubungi syarikat berkenaan melalui telefon, sms dan watsapp, namun tiada jawapan. malah panggilan pun tidak berjawab. Setelah 4 mesej dihantar tiada response, aku pun mula HANGIN dan HANGIT. Memang USTAZ ni geng KAKI KENCING...

Staf QCR yang dikenali sebagai  Cik Syafiqah semasa mula berurusan pendaftaran dan pembayaran begitu rajin dan pantas melayan pelanggan, kita ikut bersubahat tidak mahu menjawab telefon dan sms. 

Kali ini aku terpaksa gunakan blog aku untuk mendapatkan hak. Bukan niat aku untuk menyebarkan fitnah atau mengaibkan pihak tertentu. Aku hanya ingin menuntut hak dan memastikan orang lain tidak sama TERTIPU dengan taktik peniagaan QCR ini.

STEP PERTAMA. Aku buat posting dalam FACEBOOK. Tidak lama kemudian response pertama di terima, salah seorang rakan aku juga terkena apabila anaknya yang mengaji di Jordan menggunakan pakej syarikat ini hanya mempunyai VISA pelawat. Apabila anak beliau melapor diri ke pejabat Kedutaan Malaysia, dia dimarahi oleh pihak Kedutaan. Sepatutnya pihak syarikat menguruskan Visa pelajar dengan Kementerian Pendidikan. Masalah ini belum selesai dan anak beliau berada di sana tanpa Visa (serupa pelarian juga). Menurut rakan saya, pemilik syarikat tidak menjawab telefon apabila dihubungi. Malah yuran semester yang telah lama dibayar oleh kawan saya itu masih belum dijelaskan kepada pihak Universiti.

Sebenarnya, bersama anak aku ada seorang lagi rakan sesekolahnya yang mengalami nasib yang sama. Mereka sepatutnya mengikuti program ke Qatar bersama-sama tetapi apabila program Qatar gagal dilaksanakan dia memilih untuk berkursus di Yaman melalui saluran lain. Sehingga kini wang pendaftaran sebanyak RM5900 juga masih belum dipulangkan.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Ustaz ASK berkaitan supaya JANGAN TERUS MENDIAMKAN DIRI. Segeralah menghubungi aku dan juga pelanggan lain yang telah berusaha untuk mencari penyelesaian secara baik. Mungkin setakat ini pelanggan masih bersabar dan cuba menyelesaikan kesulitan secara baik. Tapi Ustaz ASK janganlah MENGAMBIL KESEMPATAN atas kebaikan orang. Semakin banyak hutang ditangguh semakin berat bebanan nanti. Tak kan syarikat Ustaz ASK mahu terus beroperasi dengan WANG HARAM dengan berselindung di belakang perniagaan berkaitan islam dan ilmu.

Janganlah sampai nanti ada orang yang terpaksa mengganggu ketenteraman rumah tangga dan kehidupan damai akibat dari kecuaian dan sikap Ustaz ASK ini.

Sikap 'ahli perniagaan' seperti Ustaz Ahmad Syafiq Kamal ini boleh memberi kesan atau persepsi negatif kepada syarikat lain yang menjalankan aktiviti yang sama secara jujur.


MAKLUM BALAS 1

Pada 19 Jan 2014 saya menerima maklumat dari seorang IBU yang mengalami nasib yang sama:

Assalamualaikum tuan, saya PUAN A dari Pulau Pinang .Saya seorang guru mengajar di SMK X, Butterworth. Saya juga menghadapi masalah yang sama seperti tuan. Ustaz berkenaan masih menunda pembayaran balik duit untuk belajar bahasa di Mesir. Kami terpaksa batal perjalanan satu minggu sebelum bertolak kerana keadaan hura hara di Mesir. Anak saya sekarang sudah berada di Mesir melanjutkan pelajaran di Universiti al Azhar. Saya telah menghantar anak melalui Majlis Ugama Islam Pulau Pinang bersama kumpulan pelajar Pulau Pinang pada 1 November 2013. 

Pada mula memang saya ingin meminta Ustaz berkenaan menguruskannya, tetapi susah sangat nak berurusan dengan beliau. 


Saya ingin bertanya tentang perkembangan setakat ni macam mana. Dia dah bayar ke belum? Bukan apa, saya cuma ingin nak kongsi masalah saja kalau ada jalan penyelesaian. 


Terima kasih tuan.


Setelah didesak dengan pelbagai cara, pada 26 JAN 2014, aku dimaklumkan oleh anakku bahawa QCR telah mendepositkan sejumlah RM1000.00 ke dalam akaunnya sebagai bayaran pemulangan yang pertama.

Aku pun tidak mengikuti lagi perkembangan pembayaran ini. Aku sudah bosan dengan Ustaz ini. Anak aku pun sudah mendapat tawaran belajar di MEDIU Shah Alam. Alhamdulillah.

Semoga ASK segera insaf dengan tindak tanduknya yang bermain api dengan masyarakat. Jangan menghaharap semua orang akan memaafkan anda. Kalau anda tidak berubah dan bertaubat, mungkin suatu hari nanti, anda dijumpai tersadai di tepi jalan dengan keadaan tubuh yang babelak belur. 


4 comments:

  1. Salam tuan, bagus tuan, biar semua org tahu sikap dan perangai "mereka" yang mkn duit org dan menyusahkan kita, ingat kita byk duit ker, jgn CAN tuan, jika ada rakan blog yg kena kencing begini dedahkan dgn fact and figure biar semua org tahu. Ada juga manusia yg sebegini.TQ sir for reveal.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Sekian lama saya mencari kalau-kalau ada isu berkenaan dengan Qurra Consultant Resources. Ini kerana FB syarikat ini dah tak wujud lagi. Saya pun turut menjadi mangsa syarikat ni. Iaitu melalui program tutor IT di Arab Saudi selama 3bulan. Diberitahu bahawa program akan dimulakan pada hujung tahun lepas iaitu pada Nov hngga Disember. Tapi kemudiannya mendapat berita bahawa program tersebut ditunda atas arahan pihak Arab Saudi. Dikhabarkan melalui pihak QCR bahawa program tersebut ditunda pada awal tahun ni. Tetapi sehingga sekarang masih belum dapat berita. Wang pendaftaran yang sudah dibayar sememangnya diberitahutidak akan dipulangkan. SSangat tak sangka seorag ustaz begini boleh mengingkar janji. Saya tahu lokasi pejabatnya dan salinan borang pendaftaran masih saya simpan. Jika masih tiada khabar berita sehingga bulan Mac ni. Saya akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Ramai yang tertipu dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam... Setelah gagal ke Qatar atas beberapa alasan penangguhan, Syarikat ini juga menawarkan anak saya de\gn program IT di Jeddah ini, namun saya tolak kerna antara kedua kursus tak ada kena mengena dan bukan tujuan anak saya nak cari kerja di sana tetapi untuk belajar mendalami Bahasa Arab.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum waraohmatullah wa barokatuh. semuga ASK DIBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK OLEH ALLAH AGAR KEMBALI BERTAUBAT NASUHAH. TAPI MANGSA KENA JUGAK BUAT LAPORAN POLIS DAN KEPADA KPDNKK SEBAB PENIPUAN DALAM URUSNIAGA AGAR ORANG LAIN TERSELAMAT DARI PENIPUANNYA.

    ReplyDelete