Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Tuesday, July 7, 2015

TAJUK 107: MUHAMMAD ADAM QHALISH DALAM INGATAN



MUHAMMAD ADAM QHALISH MELANGKAH KAKI KE SYURGA FIRDAUS










Dua tahun lalu, 9 Jun 2013, aku kehilangan cucunda kesayanganku Wafa Firdaus. Wafa pergi dalam tragedy kemalangan jalanraya di Wangsa Maju. Waktu itu aku sedang jauh di Negara orang, di Istanbul, Turki- dalam perjalanan ke Tanah suci untuk menunaikan ibadah Umrah.

Hari ini, tanggal 6 Julai 2015 bersamaan 19 Ramadhan 1436, satu lagi peristiwa yang merentap hatiku.


Semasa pulang dari pejabat, lebih kurang jam 1630, anakku Atikahnur Ezzaty menerpa ke pintu memaklumkan sesuatu. Dia bertanyakan sama ada aku ada membaca keratan akhbar Sinar Harian yang diwatsappkan dalam group family.

Dia mahu mengesahkan sama ada insan yang dimaksudakan dalam berita itu adalah anak Nur Haika, kakak angkatnya.

Aku yang memang sibuk di pejabat hari ini, tidak sempat membuka watsapp, lalu membuka hp mencari berita yang dimaksudkan.




"BUTTERWORTH 6 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri Taman Air Tawar Indah di sini hari ini. Muhamad Adam Qhalish Mohd Hairul Anuar yang merupakan anak kepada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Kejadian itu disedari ibunya selepas diberitahu jiran yang ternampak mayat kanak-kanak itu di kawasan bawah pangsapuri berkenaan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di dalam sebuah bilik yang terdapat susunan kotak di tepi tingkapnya. "Dia dipercayai memanjat kotak itu sebelum terjatuh melalui tingkap bilik itu," katanya kepada Bernama. Abdul Rahman berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya sebelum dibawa pulang ke Klang, Selangor untuk dikebumikan.- BERNAMA"


Aku terkedu dengan berita itu. Bagaikan tersentap jantungku.

Inna lilalhi wa inna ilaihi rojiun.

Tak dapat aku gambarkan. Terkedu, tergamam.

Muhammad Adam Qhalish bin Mohd Hairul Anuar adalah anak kepada anak angkatku Nur Haika Atikah binti Mohd Azmin.

Semasa hayatnya, aku dua kali pernah menemui Adam Qhalish, pertama kali semasa baru beberapa bulan dilahirkan (2012), di rumah nendanya di Pangsapuri Seri Penara, Bandar Tun Razak.

Kali kedua dan terakhir ialah semasa aku mengunjungi rumah ayah bondanya di apartment Telok Air Tawar, Butterworth pada tahun 2014, dalam satu tugas di PU Butterworth. Tapi ketika aku datang, Adam sedang tidur.



   

 


 

 
.




SALAM RINDU BUAT MUHAMMAD ADAM QHALISH

Adam,
Namamu dari nama seorang Nabi
Insan pertama penghuni syurgawi
Rasul pertama di atas muka bumi

Adam,
Seri wajahmu
Seindah serinya sinar ,mentari di waktu pagi yang indah
Semerbak harum bak mawar putih segar berkembang

Adam,
Hening bersih wajahmu
Sering terbayang dimataku
Selalu singgah dalam ingatanku

Adam,
Walau kau bukan darah dagingku
Namun, tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan kasih yang suci

Adam,
Ingin dakap dan pelukmu selalu
Namun selalu tidak kesampaian
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Adam,
Sayangnya, harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya tinggal kenangan

Adam,
Ketetapan ilahi, akhirnya kau pergi jua
Sewaktu usia yang begitu muda
Ketika kasih sayangku baru membara

Adam,
Permata gemerlapanku,
Belum puas kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali
Pergi dalam tragedy menyayat hati

Adam,
Berehatlah wahai bakal putera syurga
Di alam barzah yang terang benderang
Berzikir untuk penghuni bumi ini

Adam,
Kau bakal putera syurga Firdausi
Menanti ketibaan ayah dan bondamu
Memimpin mereka melangkah kaki
Untuk kembali bersamamu

Adam,
pergilah sayang
berlarilah sayang
segeralah menuju ke pintu syurga
terima lah salam sayang dari nendamu
Semoga ruhnmu bahagia hingga kita jumpa di syurga


BUAT ANAKANDA KU NUR HAIKA ATIKAH DAN MOHD HAIRUL ANUAR,
TABAHLAH DAN SABARLAH DENGAN DUGAAN ALLAH INI
ALLAH MAHA MENGETAHUI DIMANA KEKUATAN HAMBANYA UNTUK MENGHADAPI UJIAN

.



No comments:

Post a Comment