Tuesday, January 1, 2019

IKTIROF

Syair Doa Abu Nawas – Al I’tiraf (Sebuah Pengakuan)

Abu Nawas adalah pujangga Arab dan merupakan salah satu penyair terbesar sastra Arab klasik. Penyair ulung sekaligus tokoh sufi ini mempunyai nama lengkap Abu Ali Al Hasan bin Hani Al Hakami dan hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad (806-814 M). Oleh masyarakat luas Abu Nawas dikenal terutama karena kecerdasan dan kecerdikan dalam melontarkan kata-kata, sehingga banyak lahir anekdot jenaka yang sarat dengan hikmah.
Lukisan Abu NawasBerikut ini salah satu karya besarnya sebagai seorang penyair: Al-I’tiraaf – Sebuah pengakuan.

ِإِلهِي لََسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاَ# وَلاَ أَقوى عَلَى النّارِ الجَحِيم
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaan wa laa aqwaa ‘alaa naaril jahiimi
Wahai Tuhanku ! Aku bukanlah ahli surga, tapi aku tidak kuat dalam neraka Jahim

فهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذنوبِي # فَإنّكَ غَافِرُ الذنْبِ العَظِيْم
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil ‘azhiimi
Maka berilah aku taubat (ampunan) dan ampunilah dosaku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa yang besar

ذنوبِي مِثلُ أَعْدَادٍ الرّمَالِ # فَهَبْ لِي تَوْبَةً يَاذَاالجَلاَل
Dzunuubii mitslu a’daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali
Dosaku bagaikan bilangan pasir, maka berilah aku taubat wahai Tuhanku yang memiliki keagungan

وَعُمْرِي نَاقِصٌ فِي كُلِّ يَوْمٍ # وَذنْبِي زَائِدٌ كَيفَ احْتِمَالِي
Wa ‘umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali
Umurku ini setiap hari berkurang, sedang dosaku selalu bertambah, bagaimana aku menanggungnya

َإلهي عَبْدُكَ العَاصِي أَتَاكَ # مُقِرًّا بِالذنوبِ وَقَدْ دَعَاك
Ilaahii ‘abdukal ‘aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da’aaka
Wahai, Tuhanku ! Hamba Mu yang berbuat dosa telah datang kepada Mu dengan mengakui segala dosa, dan telah memohon kepada Mu

َفَإِنْ تَغْفِرْ فَأنْتَ لِذاك أَهْلٌ # فَإنْ تَطْرُدْ فَمَنْ نَرْجُو سِوَاك
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka
Maka jika engkau mengampuni, maka Engkaulah yang berhak mengampuni. Jika Engkau menolak, kepada siapakah lagi aku mengharap selain kepada Engkau?

Monday, January 8, 2018

PLM 119: KEMBALI KE UITM: DIFFERENT SCENARIO


Pada 2 Jan 2018, anakku yang kelima Muhammad Heikal Fawwaz telah diterima masuk untuk mendaftar ke UITM Selangor Kampus Puncak Alam.

Hari bersejarah ini mempunyai dua hal yang tersirat dalam sejarah keluargaku.

Pertama: Heikal dilahirkan dalam tahun 1995, tamat SPM (Sek Men Islam Al Amin, Gombak) pada tahun 2012. Mulanya berminat untuk mengikuti kursus ke Timur Tengah. Memohon mengikuti kursus Bahasa Arab di Qatar tetapi harapannya dikecewakan oleh agen yang mengendalikan kursus tersebut (skandal penipuan).

Kemudiannya lebih kurang awal tahun 2014 dia mengikuti kursus Pra-Sains Islam di Medinah International Islamic University (MEDIU) di Shah Alam. Setelah lulus kursus dua semster itu, dia diterima masuk ke Kulliyah Pengajian Quran dan Sunnah di universiti tersebut. Dia dapat pinjaman MARA. Tetapi setelah menamatkan semester ketiganya lebih kurang tahun 2015, dia enggan meneruskan pengajian. Aku agak kecewa dengan keputusannya yang tidak berbincang denganku. Walaupun aku cuba menasihatkannya supaya membatalkan niatnya, dia tetap dengan keputusannya.

Aku rasa, penglibatannya dalam perniagaan MLM (Stem Cell) yang pada awalnya memperlihatkan pendapatan yang agak lumayan telah mempengaruhi keputusannya untuk berhenti belajar. Aku lihat dia begitu aktif dengan network perniagaannya sehingga lewat malam dan bermesyuarat di lokasi luar Lembah Klang.

Lepas itu (aku dimaklumkan) dia mendaftar ke Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) untuk Diploma Pengurusan secara PJJ. Tapi aku sendiri tak nampak apa-apa dokumen mengenainya.  Oleh kerana dia tidak langsung berbincang denganku mengenai perkara ini maka aku mendiamkan diri dan tidak mengganggu tindakannya. Yang penting dia masih mahu belajar.

Heikal kemudiannya bekerja dengan syarikat penerbitan buku di Seri Kembangan. Itu pun tahan dua bulan sahaja.

Sepanjang bulan Julai/Ogos 2017 dia bekerja secara part time dengan EZ Qurban di Batu Caves. Sambil itu dia memohon UITM secara online. Pada bulan Nov 2017 permohonannya diterima untuk Diploma Muamalat di Akademi Pengakian Islam Kontemporari (ACIS) di UITM Selangor, kampus Puncak Alam dan diarahkan mendaftar pada 2 Jan 2018.

Setelah tamat tugasan di EZ Qurban, pada bulan Okt 17, dia bekerja di ibu pejabat PUNB di KL Sentral sehingga Dis 2017. 

Aku amat gembira dan terharu apabila dia membuat keputusan untuk kembali ke kuliah mencari ilmu walaupun usianya telah emncecah 22 tahun. Dalam keadaan biasa, bagi penuntut Diploma, jika dia mula belajar selepas tamat SPM dia sudah pun graduan.

Aku amat berharap dan berdoa agar Heikal tidak akan berubah fikiran sehingga selesai tempoh pengajian.








    





Kedua. Kemasukan Heikal ke UITM pada 2 Jan 2018 telah mengimbau kembali sejarah pendidikan dalam riwayat hidupku. Pada bulan Jun 1986 aku mendaftar ke Institut Teknologi MARA (ITM), kampus Shah Alam untuk mengikuti kursus Diploma in Business Studies (Fakulti Pengurusan Perniagaan) selama 3 tahun di bawah penajaan biasiswa ATM. Aku grad pada tahun 1989.

Pada tahun 1994 aku sekali lagi mendaftar ke ITM Shah Alam untuk mengikuti kursus Advanced Diploma in Business Studies (Human Resources Management) selama 2 tahun. Kursus ini telah diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian mulai 1992.  Aku grad pada bulan Jun tahun 1996. Pada tahun tersebut ITM telah dinaik taraf/status menjadi sebuah Universiti penuh. Beberapa hari sebelum Majlis Konvokesyen ke 46, nama kursus telah ditukar kepada Sarjana Muda (Kepujian). Hanya pada tahun 1999, nama ITM telah ditukar menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kemasukan Heikal ke UITM, setelah 22 tahun aku melangkah keluar dari menara gading ini, menjadikan Heikal adalah zuriatku yang pertama mengikuti jejakku menjadi pelajar atau mahasiswa UITM.

Anak sulungku Muhammad Hafeez Firdaus adalah graduan Diploma Tahfiz dari Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bahru serta graduan Diploma in Islamic Studies dari Universiti Islam Antarabangsa Imam Muhammad Saud, Riyadh; anak kedua Nur fairiz Fazeera adalah graduan Diploma Al Quran dan Sunnah dari Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)(sebelum ini dikenali sebagai Kolej Islam Antarabangsa Darul Ehsan (KISDAR), Bukit Seri Putra, anak ketiga Aisyahnur Abid, graduan Diploma Sains Kulinari dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Kelana Jaya dan anak keempatku Atikah Nur Ezzaty adalah graduan KUIS dalam jurusan Diploma Perbankan Islam.

Semoga Heikal istiqomah sehingga jejak terakhir menerima scroll di Hari Konvokesyen dalam tahun 2020 nanti.






Saturday, January 14, 2017

PLM 118 UMRAH 2016 BERSAMA TIRAM TRAVEL JOHOR

Syukur alhamdulillah kerana Allah memaqbulkan hasratku (setakat hari ini) untuk kembali ke tanah suci setiap 3 tahun selepas aku menunaikan Fardhu Haji pada (28 Okt - 12 Dis) tahun 2010. Pada tahun 2013 (6 Jun - 21 Jun) aku dapat menunaikan ibadah Umrah dengan mengambil pakej Andalusia melalui perjalanan dari Skypark Subang (SIA) - Singapore (THY)- Istanbul (THY) - Madinah - Mekah - Jeddah (AA) - KLIA.

Kali ini aku menggunakan pakej syarikat Tiram Travel SB yang beribu pejabat di Johor Bahru. Kebetulan Mutawwif rombongan ini adalah abangku sendiri, Haji Khamim.

Aku pergi bersama isteriku Adibah, anakku Muhammad Hafeez Firdaus, menantuku Musfirah dan cucuku Sayf. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 0900H dan tiba di KLIA lebih kurang jam 1045H. Pada 10 Dis 2016 kami telah bertolak dari KLIA2 jam 1430 dan tiba di Madinah jam 7 malam. Kami pulang ke tanah air pada 21 Dis 2016 dari Jeddah jam 1230 thari tiba di KLIA2 jam 0300.

Mulai 1 November tahun 2016, Kerajaan Arab Saudi telah mengenakan bayaran tambahan Visa sebanyak SR2,000.00 (RM2250.00) bagi rakyat asing setiap 3 tahun bagi jemaah yang mengerjakan umrah untuk kali kedua dan seterusnya. Kebetulan tempoh 3 tahunku berakhir pada 31 Okt 2016. Maka aku terlepas dari syarat tersebut kerana kali terakhir aku meninggalkan Arab Saudi ialah pada 21 Jun 2013.

JUMAAT, 21 OKTOBER 2016 @ 12:23 PM

RM2,250 untuk visa umrah kali kedua

Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Mulai bulan depan, jemaah yang mahu tunaikan umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah akan dikenakan visa RM2,250. Beberapa agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah ketika dihubungi mengesahkan maklum mengenai dasar baharu itu. Mengikut mereka, dasar baharu itu menetapkan jemaah yang pernah menunaikan umrah pada tahun Hijrah (H) 1435H, 1436H dan 1437H yang mahu menunaikan umrah kali kedua mulai bulan depan akan dikenakan bayaran Visa Umrah sebanyak RM2,250.

Naib Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Ayob Mat Aris, berkata beliau tahu mengenai dasar baharu itu selepas dimaklumkan syarikat pelancongan di Arab Saudi. "Mengikut syarikat berkenaan, bayaran Visa Umrah bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah sebanyak RM2,250, mulai bulan depan," katanya yang juga Ketua Biro Umrah dan Haji BUMITRA.

Jurucakap Tabung Haji Travel pula berkata, pihaknya diminta memaklumkan kepada jemaah umrah berhubung kadar baharu visa berkenaan. "Dalam satu notis, selain kadar visa, turut disertakan ialah prosedur semakan jemaah yang ada kekerapan menunaikan umrah dalam sistem Bab Al Umrah," katanya.

Pada 2 Oktober lalu, media melaporkan kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan caj baharu visa yang diputuskan bulan lalu oleh Kabinet bertujuan meningkatkan pendapatan bukan berasaskan minyak. Menerusi skim baharu itu, caj visa bagi kemasukan tunggal ke negara itu adalah 2,000 riyal (RM2,250). Bagaimanapun, pengunjung yang kali pertama memasuki Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dikecualikan daripada caj berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204382

Lawatan ke sekitar Masjid Nabawi (kebetulan tarikh itu adalah 12 Rabiul Awal, tarikh MaulidurRasul saw) dan Maqam Baqi'

Syukur, kuasa Allah mempertemukan kami dengan bekas guru yang mengajar aku dari Tingkatan 1 hingga 3 di STMI, Cikgu Hjh Habibah bt Khasan (Ikhsan) dan suaminya Cikgu Hj Bahar bin Kamar yang juga kebetulan menginap di hotel yang sama di Madinah. Pada hari kedua kami di Madinah, Cikgu Bahar dan Cikgu Bibah bertolak ke Makkah

menjadi tetamu Ustaz Nasiruddin Aziz (dua dari kanan), kawan baik anakku (Heikal) yang sedang mengaji di Universiti Madinah.

Lawatan ke Masjid Quba'

Lawatan ke Jabal Uhud

bertemu skot Hj Fadzil Ahmad (bekas Kapt TUDM) di Madinah

Taklimat oleh Mutawwif di malam terakhir sebelum bertolak ke Makkah

bertolak dari Madinah, semua keletihan

Hotel Al Massah, kedaman kami semasa di kota Makkah



Baitullah yang menanti kedatangan kami

suasana di luar Masjidil Haram

Banyak kerja-kerja renovation Masjidil Haram yang tertangguh

datang awal cari port untuk solat Jumaat (di depan Kaabah)

Bukit Sofwah dari Tingkat 2

lawatan ke Jabal Rahmah



Keistimewaan pakej umrah kali ini adalah kami di bawa melawat Taif iaitu salah satu tempat yang mempunyai sejarah tersendiri dalam perjalanan awal dakwah baginda Rasulullah saw. Di Taif baginda Rasulullah menerima tentangan hebat dari penduduk Taif yang menolak dakwah baginda.

TAIF DALAM SIRAH RASULULLAH (saw)

Selepas kematian bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib, Rasulullah SAW merasa begitu sedih sekali. Abu Talib merupakan salah seorang pembela Rasulullah SAW jika Rasulullah SAW menghadapi sebarang ancaman daripada kaum kafir Quraisy pada waktu itu. Walaupun Abu Talib semasa hayatnya tidak memeluk Islam kerana keegoan dirinya sendiri tetapi Allah SWT telah menjanjikan beliau meringankan seksaan api Neraka ke atasnya dengan tidak akan dibelenggu di dalam azab api Neraka kelak kerana beliau sering dan banyak mempertahankan Rasulullah jika mendapat sebarang ancaman dan gangguan.

Kematian Abu Talib ini membuatkan kaum Quraisy berani dan memperhebatkan tentangan terhadap Rasulullah SAW agar tidak meneruskan dakwah agama Islam. Selain di Kota Mekah, Taif merupakan salah satu kota yang terbesar di Hijaz. Rasulullah SAW berharap agar dapat berdakwah di sana iaitu kepada kaum Bani Thafiq dan berhasrat menjadikan Taif sebagai pusat penyebaran dakwahnya.Lalu Rasulullah SAW mula berdakwah di Taif dan bertemu dengan tiga ketua puak Bani Thafiq secara berasingan.

Ketika menyampaikan ajaran Islam bukan sahaja ketua puak ini tidak mahu menerima ajaran itu malah menghina dan memaki Rasulullah SAW serta melayan dengan cara kasar.“Hoi benarkah Allah telah melantik kamu menjadi pesuruh-Nya? Tidak bolehkah Allah memilih orang lain selain engkau? Kata Ketua Puak Bani Thafiq yang ditemui oleh Rasulullah SAW itu. Namun Rasulullah SAW berjumpa dengan ketuak puak yang lain pula namun jawapan yang sama diterimanya.“Kami tidak suka engkau datang kemari untuk menyebarkan ajaran agamamu.

Lebih baik kamu tinggalkan tempat ini kecuali jika kamu bersedia menerima ancaman dari kami.” Kata ketua puak kaum ini kepada Rasulullah SAW.Malah ketua puak yang ketiga juga melakukan perkara yang sama terhadap dakwah Rasulullah SAW.“Kalau engkau benar-benar seorang Nabi aku tidak ingin bercakap dengan kamu kerana ini akan menyebabkan bencana kepada diriku. Sebaliknya jika kamu seorang pendusta tidak ada guna aku bercakap-cakap dengan engkau.” Kata ketua puak yang lain pula.Apabila Rasulullah SAW gagal berdakwah kepada ketua-ketua puak itu maka rasulullah SAW mula berdakwah kepada rakyat biasa.



Sepertimana ketua mereka begitu juga rakyatnya tetap degil tidak mahu mengikuti ajaran baginda SAW malah mereka menghina, mengejek, membaling batu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dikejar dan dibaling dengan batu hinggakan baginda SAW luka-luka berdarah serta mukanya baginda SAW berdarah. Rasulullah meninggalkan Taif dan berhenti berehat seraya berdoa, “Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku serta kekurangan upayaku pada pandangan manusia.

Wahai Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam akuatau kepada keluarga yang simpati terhadapku. Tidak keberatan bagiku asal aku dalam keredhaanMu. Aku berlindung dengan cahaya mukaku yang mulia yang menyinari langit dan yang menerangi kegelapan di mana teraturnya urusan dunia dan akhirat.

Jika Engkau menimpakan atasku kemarahanMu atau daripada Engkau turunkan azab kepada Engkaulah aku adukan masalah sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan Engkau.”Lalu Allah SWT mengutuskan Jibrail untuk menemui baginda SAW. Lalu jibrail memberi salam dan berkata, “Allah telah mengetahui apa yang kamu alami dan Allah telah menyediakan gunung-ganang untuk melakukan apa sahaja perintah daripada kamu.” Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa dan bersyukur kepada Allah kerana mendengar doanya.

Belum sempat Rasulullah SAW bersuara Jibrail berkata lagi, “Wahai Rasulullah saya bersedia untuk menjalankan apa yang tuan perintahkan jika tuan mahu saya lagakan gunung-ganang itu sehingga penduduk di sana mati tertimbus saya akan laksanakan, tetapi jika tidak maka tuan cadangkan apakah balasan yang selayaknya mereka terima.”Sebaik mendengar kata Jibrail itu maka Rasulullah SAW mula merasa simpati terhadap kaum Bani Thafiq itu jika peristiwa itu benar-benar terjadi.

Lalu Rasulullah bersuara, “Walaupun mereka tidak mahu menerima Islam tetapi saya yakin pada suatu hari nanti anak cucu mereka akan menyembah Allah. Janganlah hukum mereka.” Pinta Rasulullah walaupun hatinya terluka di saat itu.

Tiba di Taif

SEDIKIT TENTANG BANDAR TAIF

Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi dimana di sinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh segar. Terdapat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat disini untuk diminum dan beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Selain itu, terlalu banyak kawasan2 sejarah yang terdapat disini.

Taif terletak kira-kira 80 kilometer di tenggara Mekah dan berada pada sekitar 1, 800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di Lembah Asin dan al Hada. Pada musim panas lokasi ini menjadi tempat bersantai dan percutian para kenamaan dan kerabat di raja Arab Saudi. Ia menjadi destinasi percutian popular domestik dan antarabangsa.

Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk sama ada hendak melalui bandar Taif dahulu atau pun masuk ikut Al Hada, sebuah pusat peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya  yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan  bukit batu dari atas.

Salah satu keunikan di dalam perjalanan ini adalah monyet-monyet yang kelihatan di sisi jalanan sepanjang lereng-lereng bukit. Di salah satu kawasan kelihatan monyet-monyet ini bebas berkeliaran dan akan datang kepada kenderaan  yang berhenti,  menanti makanan yang akan dilemparkan ke arah mereka.

Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat daripada bunga ros (pink rose). Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Taif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.

Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan tanaman bunga ros terbesar di Taif. Di sini juga terletak ladang buah-buahan seperti anggur, aprikot, delima, tin, tembikai, strawberi dan pelbagai lagi.

LAWATAN KE MASJID SAIYIDINA ABDULLAH IBN ABBAS

Abdullah bin Abbas ra, adalah salah satu sahabat Nabi SAW yang amat di  cintai oleh Rasulullah SAW. Ia sengaja hijrah ke Taif dan ingin dimakamkan  di kota dingin ini karena menanganggap bahwa Mekah dan Madinah sangat  tinggi kedudukannya sehingga ia belum layakdimakamkan di dua kota suci  itu.

Taif, sebagaimana kita ketahui dalam sejarahNabi Muhamamd pernah dua  kali disinggahi iuntuk berdakwah. Pertama pada waktu beliau mengajak dan  mencari suaka politik di Thaif karena orang kafir Makkah memusuhinya.  Tetapi, penduduk Thaif menolak, bahkan mencaci dan melemparinya dengan  batu, hingga kaki Nabi Muhammad SAW berdarah-darah. Tetapi, kondisi itu  tidak membuat Nabi Muhammad SAW menyesal atau dendam kepada mereka.  Malahan beliau mendoakan orang-orang yang menyakitinya agar Allah SWT  memberikan hidayah. Karena memang penduduk Taif yang memusuhinya  kondisinya masih jahiliyyah dan babyakdipengaruhi warga Mekah.

Berikutnya, Nabi SAW dan Abu Bakar, Umar, Ali Ibn Abi Thalib datang untuk  membebaskan kota Taif. Nabi Muhammad dengan beberapa sahabat lain  mengajak Bani Tsaqif untuk memeluk islam setelah perang Hunain. Di Taif  terjadi peperangan, 11 sahabat Rasulullah gugur syahid. Mereka dimakamkan  di Taif (makam para syuhada), yang di dekat tempat itu sekarang di bangun  Masjid Besar.

Masjid besar yang dibangun di Thaif dinamakan dengan Masjid Abdullah Ibn  Abbas yang dibangun pada tahun 592 H. Masjid itu dinamakan Masjid Ibn  Abbas, karena tempatnya disamping Makam Ibn Abbas. Makam Ibn Abbas  terletak di depan tempat salat wanita sekarang. Ada juga seorang tokoh  besar yang bernama Imam Muhammad bin Al-Hanafiyah bin Ali Ibn Abi Thalib  yang juga dimakamkan di situ. Dia anak Sayidina Ali dari isteri selain  Fathimah.

Abdullah bin Abbas adalah seorang sahabat Nabi dan juga sepupunya sejajar  dengan Saiyidina Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib. Ia adalah anak kepada Saiyidina Abbas bin Abdul-Mutthalib,  bapa saudara dari Rasulullah Muhammad SAW. Ibnu Abbas lahir tahun 619 M dan  wafat diTaif tahun 687M atau 68H dalam usia 68 tahun. Dalam riwayat lain  Ibnu Abbas dalam usia 75 tahun dan 78 tahun.


LAWATAN KE MASJID SIKU DAN MASJID SAIYIDINA ALI

Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku. Dikatakan Baginda pernah singgah berehat serta berdoa dan bermunajat di masjid ini. Masjid berstruktur batu ini bersaiz lebih kecil daripada kebanyakan surau di Malaysia dan kini tidak digunakan lagi. Apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut untuk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda, namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .

Masjid Siku

lawatan ke Majid Siku atau Majid Qouk

Masjid Saiyidina Ali

lawatan ke Masjid Saiyidina Ali, Taif

LAWATAN KE EMPANGAN IKRIMAH

Banyak terdapatnya empangan bersejarah di Taif seperti Empangan Ikrimah dan Empangan Sisad yg terletak dalam kawasan ‘Taif  National Park”. Empangan ini telah  dibina semasa zaman pemerintahan Umayyah bagi simpanan bekalan air dan juga tujuan pertanian.

Pasar Buah-buahan

LAWATAN KE LADANG UNTA

Terdapat dua jenis ladang unta di negeri Makkah dan daerah sekitarnya yang menjadi tumpuan jemaah Haji atau Umrah dari seluruh dunia. Satu kategori adalah ladang milik penduduk tempatan yang terletak di kawasan padang pasir. Ianya kurang terurus , kotor dan terdedah kepada jangkitan penyakit. Manakala kategori kedua adalah ladang yang diurus oleh syarikat dengan cara sistematik dari aspek pengurusan ladang, kebersihan, rawatan kesihatan haiwan dan melayani rombongan pelawat.

Lawatan ke ladang unta kategori 1.

Lawatan ke ladang unta Kategori 2.

Destinasi akhir selepas lawatan ke Taif, makan tengahari di rumah milik Global Ikhawan Sdn Bhd (GISB) di Makkah. Kumpulan GISB merupakan kesinambungan ajaran sesat Al-Arqam dan Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. (Rufaqa) yang telah difatwakan haram oleh Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Fatwa (Kerajaan Malaysia) telah mengharamkan Al-Arqam telah dikeluarkan pada tahun 1994 manakala Rufaqa diharamkan pada tahun 2006.

GISB sukses dalam meneroka pelaburan perniagaan di Arab Saudi. Malah salah satu ladang unta dan pusat latihan menunggang kuda  yang paling bersistematik di Taif Mekah diuruskan oleh GISB.







Villa GISBH, Mekah
Muaz Ibn Afraa’ St, Behind Al Muhajeren Mosque, Khalidiyyah 2,
Mekah Al Mukarramah, Saudi Arabia
Tuan Haji Salleh B. Saliyan
Email : sallehsaliyan@gmail.com



lawatan ke Muzium Makkah

CHECK OUT DI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT


KETIBAAN DI KLIA 2



SEMOGA ALLAH MENERIMA IBADAH UMRAH KAMI





Thursday, October 27, 2016

PLM 117 MY 8TH AND 9TH GRANDCHILDREN



Tahun 2015 aku menerima 3 cucu sekali..... dan tahun 2016, sekali lagi Allah mengurniakan aku dengan dua orang cucu lagi. Kali ini lebih menarik sebab kelahirannya dalam jarak 2 hari sahaja.
  • Muhammad Hadeef Asfa bin Muhammad Noor Hafiz  (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin) dilahirkan pada 11 September 2016 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1437H iaitu sehari sebelum Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji)
  • Putri Maisya binti Muhammad Asyafiq (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin) dilahirkan pada 13 Sep 2016 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1437H  iaitu sehari selepas Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji).

Cucunda Hadeef lahir di Hospital ATM Tuanku Mizan pada 11 Sep dan di bawa balik pada 12 September. Manakala Maisya dilahirkan pada 13 Sep 16 dan di bawa pulang pada 15 Sep 2016. Pada 14hb Sep aku berangkat ke Lubnan untuk tugasan selama seminggu. Aku hanya melihat Maisya pada 22 Sep 16 setelah pulang dari Lubnan.

Berikut adalah 6 cucu-cucuku yang terdahulu:
  1. Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Isnin, 26 Zulqaedah 1432 bersamaan 24 Oktober 2011. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  2. Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Rabu, 4 Syawal 1433 bersamaan dengan 22 Ogos 2012. Wafa meninggal dunia pada hari  9 Jun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya di Wangsa Maju. (ibunya: Musfirah binti Kader)
  3. Auny Humayra binti Muhammad Nor Hafiz dilahirkan pada hari Sabtu 11 Muharram 1434 bersamaan dengan 24 November 2012. (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin)
  4. Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Jumaat 23 Zulqaedah 1434 bersamaan 27 September 2013. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  5. Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Ahad, 28 Rabiul Awal 1436 bersamaan 18 Januari 2015. (ibunya: Musfirah binti Kader)
  6. Nur Aralyn Raisya binti Mohd Farihan telah dilahirkan pada 1 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 18 Jun 2015. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  7. Putra Afi bin Muhammad Asyafiq telah dilahirkan pada 26 Ogos 2015 bersamaan dengan 11 Zulqaedah 1436H. (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin)

Semoga Allah memeliharamu dan melindungimu wahai zuriatku daripada godaan syaitan yang membawa kehancuran.

Jadilah insan yang taat kepada Allah, RasulNya dan kedua ibu bapamu. AaMiinn




Sunday, October 16, 2016

PLM 116 MY MARRIAGE: FIRST SIGHT LOVE

my
first sight luv


Setiap kali berlangsungnya acara sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA atau SUKMA, otakku akan mengimbau kenangan lama yang menjadi titik penting dalam sejarah hidupku.

Dalam hidup aku langsung tiada pencapaian dalam acara sukan. Paling terer wakil sekolah ke MSSD. Itu pun hangcaiiii luncai....berkecaiiii. Peringkat pusingan pun dah kecundang.

Pernah terbaca kata-kata Prof Diraja Ungku Aziz..."budak kampung (Melayu) dulu lemah/mundur dalam akademik dan sukan bukan kerana mereka bodoh, lemah atau malas tapi mereka tidak diberikan makanan berzat dan berkhasiat".


Tapi......, Sukan ada kesah nostalgik tersendiri dalam riwayat hidupku.


Image result for stadium batu pahat johor
Stadium Batu Pahat

CINTA PANDANG PERTAMA

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Stadium Daerah Batu Pahat, Jalan Ampuan. Di situlah aku menemui jodoh yang berputik dari cinta pandang pertama. Semasa menyertai olahraga MSSD di Stadium ini (semasa aku belajar dalam Tingkatan 4 tahun 1975), aku berkenan dengan seorang gadis pelajar ayu Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah (Perempuan) Temenggong Ibrahim (TIGS) yang bernama Adibah binti Taha. Pelajar tersebut merupakan peserta dan jaguh pecut 100 meter dan 4 x 100 meter yang mewakili TIGS.

Aku mewakili sekolah dalam acara Lempar Cakera.

Aku tahu namanya Adibah melalui pengacara sukan yang mengumumkan nama peserta dan mengumumkan pemenang.  Bila sudah ada perasaan tertentu terpahat di hati, apabila nama Adibah di panggil atau diumumkan, jantungku turut berdebar-debar.



Image may contain: outdoor  
Image may contain: sky, outdoor and nature  
Image may contain: outdoor  
Sekolah Menengah Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat
,
Sejak itu...walaupun tidak pernah lagi bersua, apalagi nak bertemu, hatiku tidak pernah melupai gadis itu...aku menyimpan tekad, satu hari nanti Adibah adalah milikku. Dari sumber tertentu, aku dimaklumkan bahawa Adibah juga telah mewakili Daerah Batu Pahat di peringkat MSSJ dan mewakili Johor di peringkat MSSM.

Tapi, perasaan tinggal perasan sahaja.  Tiada 'follow up'.  Bukan apa, zaman itu mana ada handphone.  Nak approach memang tak mampu lagi.  Maklumlah, aku budak sekolah kampung, dia pulak gadis bandar.  Sekolah orang putih pulak tu. Bukan takut tidak dilayan, mungkin dia tak pandang pun. 

Nak tulis surat, ehem... mana aku nak cari alamat rumah dia? nak tanya kat sapa?... Maka, separuh dari  perasaan tersebut aku tinggalkan di Stadium Jalan Ampuan setelah tamat sukan.  Namun separuh lagi aku bawa pulang.

Teringin juga nak tulis surat ke alamat sekolah, tapi pasti (gerenti) tak kan sampai....masa tu kalau ada surat (persendirian) di alamatkan ke sekolah akan dibuka oleh cikgu, kena tapis. Kalau ada yang kena tangkap 'berutus surat' dengan mana-mana girl friend atau boy friend akan mengadap guru disiplin. Kadang-kadang pihak sekolah akan buat operasi mengejut memeriksa beg sekolah, jika terdapat pelajar yang disyaki.

Aku juga teringat kesah masa aku sekolah rendah dulu. Kakak aku Rahimah kena belasah setengah mati oleh bapak aku kerana tertangkap menerima surat cinta dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Tahun berikutnya (1975), aku dalam Tingkatan 5 dan sekali lagi mewakili sekolah dan begitu juga dengan Adibah.  Bila terpandang wajahnya, perasaan lama berbunga kembali. Emmm...dah setahun tak nampak, dia semakin cantik. Masalahnya, budak kampung ini tetap penakut dan pemalu, tak berani juga nak approach.

Bila acara sukan tamat, kali ini perasaanku semakin kuat untuk mencari jalan untuk menghubunginya.  Kebetulan, sepupuku Shamsiah yang belajar dalam Tingkatan 4 Sains di SDBL tinggal di asrama TIGS.  So, bila dia balik week-end, aku cuma berani kirim salam sahaja. Lama-lama berani kirim surat.  Walaupun setiap bulan aku menulis surat (aku pun tak ingat apa yang aku tulis dulu), dia tak pernah balas pun, tapi dari tindakbalas yang tidak membantah atau menolak, maka aku anggap sebagai 'silence agreement'. 

Akhirnya aku mendapat alamat rumahnya.

Setelah tamat SPM aku ke Alam Shah dan UTM, aku terus menghubunginya dengan surat hampir setiap bulan.  Agaknya bila status aku naik jadi mahasiswa, maka saham aku turut naik. Atau, dia ada sedikit kebebasan apabila tidak lagi belajar di TIGS. Kali ini dia mula membalas walaupun 3-4 bulan sekali.  

Di penghujungnya, aku dapat bercakap melalui telefon.  Tetapi sekali sahaja. Aku pinjam telefon di rumah Ayong (jiran rumah sewa aku di Bukit Keramat).

Aku tak ingat tahun berapa, tapi mungkin 1977 atau 78, masa raya aku dengan kawan-kawan sekolah memberanikan hati beraya ke rumah Adib di No. 33, Jalan Dato' Wan Idris, Kampung Merdeka. Pertama kali tenguk wajah dia secara berhadapan (sebelum ni tengok dia dari jauh di padang stadium) dan berkenalan dengan emak dia. Walaupun pertama kali datang, emak dia melayan kami dengan baik dan mesra.

Kebetulan semasa aku di UTM (1978/79), aku tinggal di rumah sewa di Lorong Bukit Keramat 4, salah seorang housemateku bernama Abdul Shukor bin Abdul Aziz (juga coursemate Architecture).  Dia berasal dari Jalan Ros, Kg Istana, Batu Pahat. 

Satu malam, kami berdua berbual-bual di beranda rumah tentang kesah dirinya dan kampung halamannya. Katanya, dia selalu bermain dengan adik kepada tuan rumah di depan rumah dia.  Nama tuan rumah tersebut ialah Cikgu Ismail dan isterinya Kak Chom. Adik lelaki Kak Chom yang bernama  Aman dan Zul sebaya dengannya dan selalu datang ke situ dan bemain bersama-sama.  Shukor juga bercerita, Kak Chom ada adik perempuan yang cantik bernama Adibah.  Dia kata lagi, Adibah bersekolah di TIGS dan terkenal dengan kehandalannya dalam bidang  sukan olahraga. Berderau darah aku mendengarnya. Tapi aku dapat menyembunyikan perasaanku dan membiarkan dia terus bercerita.  Dari situlah aku baru tau yang ayah Adib seorang yang bertitle Dato'.

Aku lupa bila masa aku bagi tau Shukur yang aku 'ada hati' dengan Adibah.  Tapi lepas tu, dia memang baik dengan aku dan selalu kata aku bertuah dapat girl friend macam Adibah. Bila cuti raya, aku beraya ke rumah dia... tapi tak pulak pernah nampak Adibah datang ke rumah Kak Chom.

Setelah gagal UTM dan aku masuk kedet di SPK Port Dickson, hubungan kami berterusan. Malah Adib adalah insan yang membakar semangatku untuk 'kuat' menempuh cabaran getir menjalani latihan di SPK. Dia tetap bangga, walaupun aku gagal dari UTM aku mempunyai semangat untuk menjadi pahlawan negara. Masa itu, dapat boy friend Leftenan Muda dikira gadis yang bertuah.

Pernah di satu hari (mungkin tahun 81), dia dan Fauziah (anak Kak Chom) datang ke rumahku di kampung,  itu lah kali pertama ayah ibuku melihat wajah 'girl friend' ku. Tapi nampak kerisauan di wajah kedua ibu-bapaku kerana girl friend aku anak orang besar, anak Dato'.  Tau je lahh.. orang kampung. Sudah tentu takut untuk berbesan Orang Besar (VIP) nanti. 

Tamat SPK aku ke TUDM Kluang menjalani latihan penerbangan dan kemudian ke TUDM Kuching. Hubungan kami semakin intim.  Surat tetap penghubung utama.  Telefon hanya sesekali sahaja. Semasa menjalani latihan kedet memang tiada peluang nak telefon, begitu juga masa latihan penerbangan.  Semasa aku bertugas di TUDM Kuching lah aku buat keputusan untuk meminta orangtuaku menghantar pinangan.  

Majlis Pertunangan
16 Ogos 1982

Sepanjang aku berkenalan dengan Adibah pada tahun 1976 kami hanya berutus surat sahaja dan sesekali bertelefon.   Kali pertama kami 'dating' ialah beberapa bulan sebelum keluargaku menghantar cincin pinangan kerana nak berbincang tentang tarikh peminangan.

Aku bercuti dari Kuching.  Tunggu dia di Jalan Rogayah (dekat kedai kopi sebelah stesen bas Batu Pahat).  Patutnya nak dating, boy friend la yang jemput girl friend.  Tapi dalam kes ni, boy friend haprak, lesen memandu pun tak ada, apa lagi kereta. Jadi, girlfriend la yang datang jemput.  Itulah kelebihan ada girl friend orang berada. Dia dah ada lesen memandu.  Aku tak ingat kereta jenis apa, mungkin Mini Cooper.

Kami 'dating' di Tasik Merdeka, Batu Pahat. KAKU. 

Rombongan peminangan ke rumah ibu bapa Adibah pada 16 Ogos 1982.  Masa tu keluarga Adib dah berpindah dari Kampung Merdeka ke Taman Broleh.  Pinangan diterima, tempoh satu tahun, wang hantaran RM2000 serba satu.

Selepas bertunang, aku kembali ke Kuching sehingga balik ke Semenanjung pada bulan April 1983 untuk berkursus di Kinrara. Kami dinikahkan pada 16 Oktober 1983 di rumah No 4, Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat.

Maka kekallah perkahwinan kami hingga ke hari ini.

Keluarga Adibah

Isteriku bernama Adibah binti Haji Taha  atau lebih mesra dengan panggilan  'Adib' sahaja. Adib dilahirkan pada 16 Disember 1960 di Hospital Batu Pahat, Johor.

Ayahandanya bernama Dato' Haji Taha bin Haji Zakaria (1917 - 1989) dan ibunya Datin     Hajah Habibah binti Hj Abd Hamid (1925 - 2009). Almarhum ayahandanya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (N17- Rengit antara tahun 1955 - 1964) dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kanan (Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian) Negeri Johor. Almarhum juga  pernah menjawat Timbalan Menteri Besar Johor (semasa Allahyarham Tan Sri Hassan Yunus sebagai MB Johor).  Sebelum menyertai politik dan terlibat dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, almarhum adalah seorang guru agama dan peniaga kecil.
  

Setelah bersara dari politik, selain dari menjalankan perniagaan, almarhum mengajar (memberi) kuliah agama di masjid-masjid di Kluang dengan menggunakan kitab. Ayahanda mertuaku meninggal dunia di Batu Pahat dalam tahun 1989 semasa aku duduk di Shah Alam manakala bonda mertuaku meninggal dunia pada tahun 2009 di Johor Bahru. Semoga Allah merahmati ruh kedua-nya.







Adibah mempunyai 7 adik beradik seibu sebapa iaitu Daud, Omi Kalsom, Zainab, Abdul Rahman Putra, Zulkifli dan Khalidah.  Selain dari itu Adib mempunyai seorang abang dan lima lagi adik dari ibu yang berlainan. Kakak-kakak isteriku, membahasakan diri mereka sebagai 'abang'- sama seperti yang lelaki.  

Dato' Hj Daud bin Dato' Hj Taha @ Bang Atan (almarhum).  Panggilan keluarga untuk almarhum ialah Abang Atan. Almarhum Daud adalah Ahli Parlimen Batu Pahat dari 1982 hingga  1995 dan pernah menduduki jawatan Pengerusi J.Kuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), Timbalan Menteri Perusahaan Awam (1984-1990) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1990-1995) sebelum bersara dari politik. Menjadi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat dari 1984-1993. Meninggal dunia pada 19 April 2013 (73 tahun). Balu almarhum ialah Datin Hajjah Kamariah binti Hj Mahmud. Mempunyai 9 orang anak; Andrina, Azahari, Afidah, Athira, Amira, Mohd Ariffin, Mohd Abduh, Ani Zamariah dan Zuriati.

Hajjah Omi Kalsom binti Hj Taha. Panggilan keluarga adalah Kak Chom atau Ba Chom. Suaminya Tuan Haji Ismail bin Abd Rahim telah meninggal dunia pada tahun 20xx. Mempunyai 4 orang anak; Fauziah, Ghazali (meninggal dunia- 1985), Fizwani dan Dalila.

Hajjah Zainab binti Hj Taha. Panggilan keluarga ialah BeNab. Beliau berkahwin dengan Haji Mohd Abu bin Hj Ali (Kolonel bersara), bekas seorang pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan mempunyai tiga orang anak; Maniza, Mohd Azani dan Mazila.

Datuk Hj Abdul Rahman Putra bin Hj Taha.  Abdul Rahman berkelulusan ijazah Undang-undang dari University of Auckland.  Beliau pernah menjadi Penasihat Undang-undang (LA) Negeri Melaka, Ketua Pendakwa di Perak, Penolong Pengarah di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang di Suruhanjaya Sekuriti, Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia. Berkahwin dengan Datin Hajjah Narimah binti Hj Iwan dan dikurniakan 4 orang anak; Abdul Hakeem Putra, Abdul Haleeq Putra, Nur Fahimah dan Nurul Aiman.

Zulkifli bin Hj Taha. Berkahwin dengan Norliza binti Muhammad dan dikurniakan 6 orang anak; Zulfahraida (Fara), Muhammad Zulhilmi, Nurul Hanan, Umie Nazurah,  Muhammad Fadhly, Ahmad Haidir dan Nur Alya.

Hajjah Adibah binti Hj Taha.  isteriku

Khalidah @ Yan binti Hj Taha.  Kini menetap di Holland. Telah berumahtangga dan dikurniakan 3 orang anak; Sara, (meninggal dunia) dan Zariff.

Selain dari itu, Adib juga mempunyai beberapa lagi adik beradik berlainan ibu.  Antara maklumat ini aku perolehi dari buku catatan ayahanda mertuaku.

Abd Jalil bin Hj Taha (almarhum (dari ibu bernama Khadijah). Meninggal dunia pada tahun 2016.
Jalilah binti Hj Taha (juga dari ibunya Khadijah).  Dicatatkan bahawa Jalilah ini meninggal semasa kecil.
Abd Razak bin Hj Taha (dari ibu bernama Rahmah binti Hj Idris) - bertugas sebagai guru di Sarawak. Meninggal dunia di Kuching pada bulan Julai 2014 akibat penyakit barah.
Azahana binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah). Ana meninggal dunia semasa berusia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Siti Aisyah binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).  
Baharudin bin Hj Taha (dari ibunya Rahmah).
Rasyidah binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).
Nur Izzaty binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).  

Adibah juga mempunyai seorang adik angkat bernama Siti Salwa. Salwa telah berumahtangga dengan Salleh Ahmad (bekas tentera) dan kini menetap di Johor Bahru.

Makcik Rahmah menetap di No 51, Jalan Masjid, Kampong Baharu, 86000 Kluang. Semoga Allah memberi kesihatan dan ketabahan kepada Mak Cik dan anak-anak menempuh segala cabaran.

Aku mohon maaf kepada abang-abang dan adik-adik ipar/tiriku yang berlainan ibu kerana tidak berjaya merapatkan keluarga kami.  Aku telah berusaha biarpun tanpa direstui.  Aku gembira kerana anakku (Hafeez) mempunyai hati yang lebih terbuka dan tidak terpengaruh dengan krisis domestik.  Dia berusaha sendiri mengesan, menjejaki dan merapatkan diri dengan keluarga nenek/atuk (tiri) dan makcik-cik tirinya. Akhirnya dapat juga bertemu dan beraya di rumah Mak Cik Rahmah pada tahun 2009 (biarpun menggunakan jalan helah dan paksa).  Mak Cik dan anak-anak juga datang semasa perkahwinan anakku Fazeera pada 25hb Sep 2010 dan juga perkahwinan Aisyahnur pada 19 Nov 2011.

Zaman Kanak-kanak

Aku tidak banyak mengetahui cerita Adib di zaman kanak-kanak kerana dia tidak suka bercerita perihal dirinya di zaman tersebut.  Begitu juga zaman persekolahannya.

Peristiwa Hitam

Setelah bertunang, aku balik bertugas ke Kuching.  Jadi, setiap kali aku balik cuti ke Semenanjung aku akan menziarahi tunangku.  Terus ke rumah je, tak de dating-dating. Dalam salah satu cutiku, dan seperti biasa menziarahi tunang dan bakal mertuaku.  Telah berlaku peristiwa yang mengganggu ketenteraman tunangku.

Adib diserang penyakit ganjil, gangguan rohani.  Tidak sedarkan diri dan meracau.  Kami memanggil seorang jiran (Pak Mail) yang mengetahui perkara-perkara berkaitan untuk mengubatinya (sekarang dipanggil perubatan alternatif). Kalau dipegang untuk dibacakan ayat-ayat suci Al Qur'an, tubuhnya akan menjadi kuat dan melawan.

Seminggu aku 'tersangkut' di rumahnya dan tak sempat memberitahu ibuku dikampung, kerana tiada talian telefon di kampung.  Akhirnya, aku dapat berjumpa salah seorang sahabatku (Ustaz Jamaludin) yang mengajar berhampiran (Kg Kenangan Datuk Onn) untuk menyampaikan pesanan kepada keluargaku tentang peristiwa itu.  Kemudiannya, ibu bapaku datang melawat.

Seminggu selepas itu, apabila keadaan beransur pulih, cutiku pun dah habis, aku pulang ke Kuching.  Alhamdulillah, semuanya OK sehingga hari perkahwinanku.TAPI, OK tu tak la sebenar-benar OK. sampai sekarang, dah masuk hampir 30 tahun (2011), masih ada kesan benda tu dalam dirinya.  Masih banyak yang tak kena.


.
Malam Berinai 
(15 Okt 1983)


x


Majlis Pernikahan
(16 Okt 1983)

Aku dinikahkan dengan isteriku pada 16 Oktober 1983   di alamat No 4, Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat. Majlis akad nikah dilaksanakan oleh jurunikah Haji Zainudin bin Munajat.  Salah seorang saksi nikah di pihak perempuan ialah Dato' Hj Mohd Salleh bin Hassan Farid (Dato' Seri Utama DiRaja, Selangor), bekas Imam Besar Masjid Negara (1966-1974) dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Selangor (1974-1976) .  Tak tahu, rupanya beliau (almarhum) ada kaitan persaudaraan dengan keluarga isteriku.





Majlis 'reception' dan persandingan pada petang itu juga. Majlis resepsi dibuat dua kali, sebelah petang memakai pakaian tradisional Melayu dan sebelah malam, memakai pakaian Istiadat Ketenteraan. 'SWORD BEARERS'. Bestman aku ialah rakan sekursus aku, LtM (U) Sulaiman Idris. Di antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Dato' Abdul Ajib bin Ahmad (almarhum), Menteri Besar Johor dan isteri serta beberapa orang kenamaan yang lain.

x


Majlis Perkahwinan (Siang) Di Taman Broleh
16 Okt 1983


Terima kasih sahabat2ku sekursus Asas Peg Logistik Siri 22, ITU Kinrara kerana sudi menyempurnakan Sword Bearer untukku... satu sen pun aku tak bagi. Aku dengar sekarang kalau nak kumpulan sword bearer, mereka demand at least 100-200 seorang, sediakan rumah sewa/bilik hotel dan sebagainya.

Terima kasih....LtM(U) Sulaiman Idris (bestman), LtM (U) Radzali Ratin, LtM(U) Abu Hanifah Hussein, LtM (U) Muhammad Sakir, LtM(U) Razali Rogigan, LtM(U) Borsra Abd Wahab dan LtM(U) Yusnillah Mohd Yunus.

Majlis Perkahwinan (Malam) Di Taman Broleh
16 Okt 1983


Kumpulan pembawa pedang (sword bearers) dari kiri: Lt M (U) Mohd Yusnillah, Lt M (U) Abu Hanipah, Lt M (U) Muhammad Sakir, Lt M (U) Razali A.Rogigan,  LtM (U) Borsra Abd Wahab dan LtM (U) Radzali Ratin.
Pengapit: LtM(U) Sulaiman Idris (tiada dalam gambar)


Majlis Perkahwinan Di Parit Lapis Mahang
17 Okt 1983

x

Melihat gambar-gambar di atas, bukan sahaja nostalgik tapi menyayukan. Rewang atau gotong-royong adalah lambang kerjasama masyarakat kampung. Lebih 30 tahun lalu. Majoriti pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada dalam gambar-gambar di atas telah pergi untuk selama-lamanya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan melimpahi ruh mereka hingga ke akhirat kelak.


x


Semoga kedua-dua ibu dan bapa mertuaku dianugerahi rahmah dan keampunan oleh Allah swt, diluaskan dan terangkan ruang alam barzahnya, dipermudahkan urusan Mahsyarnya dan disegerakan perjalanan ke syurga.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...