UNTUK APA KITA HIDUP?
SIAPA MUSUH KITA?
Untuk menjawab pertanyaan tersebut dengan tepat, maka kita perlu menggunakan akal sihat kita. Yang paling tahu untuk apa kita hidup ialah Yang Menghidupkan kita, yaitu Pencipta kita, Allah subhaanahu wa ta’ala. Allah (swt)berfirman, yang maksudnya:
Pesanan Saiyidina Ali (k.w) Mengenai Dunia.
Sayidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:
Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati. Kamu akan ditanya dai hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan. Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang. Ketahuilah, wahai hamba-hamba Allah, bahawasanya kamu dan apa yang kamu rasakan dari dunia ini adalah sama sahaja dengan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kamu, malah umur mereka lebih panjang dari kamu, kekuatan mereka lebih teguh dibandingkan dengan kamu, rumah mereka lebih kukuh, bekas yang ditinggalkan mereka masih kelihatan sampai sekarang, namun suara-suara mereka tidak kedengaran lagi sesudah laungannya bergema begitu lama, tubuh-tubuh mereka hancur luluh, rumah-rumah mereka yang berupa pondok-pondok sudak tidak kelihatan lagi sedang bekas-bekasnya masih tinggal dan terlihat.
Mereka kini telah berubah dari tempat tinggal yang berupa istana-istana yang terindah dengan katil-katil yang terseri dengan bantal-bantalnya yang empuk, bangunan-bangunannya yang tersusun dengan batu-bata yang kilau-kemilau, sekarang berganti kubur-kubur yang berselerak dengan tulang-belulang yang hancur-luluh sebagai tempat tinggalnya orang-orang terbuang yang sangat ditakuti untuk didekatinya, mereka tidak merasa senang lagi dengan perubahan pembangunan yang ada di sisinya, dan tidak berhubung mesra dengan jiran tetangga yang sibuk memakmurkan sekitarannya dengan bangunan dan perubahan di antara teman dengan teman padahal mereka hanya sejengkal sahaja dari tempatnya.
Bagaimana dapat mereka berhubung mesra lagi? Padahal tubuh badan mereka telah dimakan masa, tulang belulang mereka berselerak merata-rata, mereka dahulu hidup gagah sekarang bangkai tidak bernyawa, hidup mereka dahulu mewah sekarang hampa belaka, orang yang rapat menjauhkan diri setelah mereka tinggal di bawah tanah sendiri, mereka tidak akan kembali lagi, jauh panggang dari api.
"Bahkan itulah satu perintah yang telah ditetapkan Tuhan Perkasa, dan di belakang mereka Barzakh, mereka kekal di situ hingga hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minun: 100).
Mudah-mudahan Allah menggolongkan kami dan kamu dalam kumpulan orang-orang yang beramal dengan isi kitabNya serta menurut jejak langkah para Auliya'Nya sehingga Dia menempatkan kami dan kamu sekalian di dalam syurga yang kekal abadi dengan kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Terpuji Maha Mulia.
Berkata Sayidina Ali karramallahu-wajhah dalam pidatonya:
Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya, semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.
Isi surat dari Sayidina Ali kpd Salman Al-Farisi:
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."
Kalimat Saiyidina Ali ini merupakan peringatan kpd Salman Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya ttg hakikat pangkat keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi utk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita terhadap dunia yang sedang kita pegang.
Oleh sbb itu maka keimanan kpd Allah s.w.t yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti yang luas.
Pertanyaan sebahagian sahabat kpd Rasulullah s.a.w. dalam Hadis Nabi sebagai berikut:
"Siapakah wali-wali Allah yang tidak takut dan gundah? Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Ialah orang-orang yang selalu memperhatikan bathin dunia pada ketika manusia memperhatikan lahiriah dunia. Dan mereka itu pula mementingkan lahiriah dunia pada ketika ummat manusia mementingkan dunia di waktu sekarang."
Dari Hadis ini, bahawa wali-wali Allah meskipun mereka memegang dunia, apakah mereka merupakan sebagai raja atau seorang yang kaya, mereka itu tidak melihat kepada lahiriah dunia, tetapi mereka melihat kpd bathin dunia itu dan hakikatnya. Sebab mereka mengetahui, bahawa dunia itu tidak abadi, tetapi hanya sebentar sahaja. Sedangkan yang abadi adalah faedah yang mereka dapatkan daripada menempatkan dunia itu pada tempatnya dalam erti 'sebagai alat utk mencari keredhaan Allah s.w.t.
Berlainan dgn manusia biasa, mereka berlumba-lumba mencari keuntungan dunia sekarang juga tanpa memikirkan keridhaan Allah pada pekerjaannya itu. Sedangkan wali-wali Allah melihat kpd penglihatan yang jauh, yakni masa-masa setelah kita berpisah dengan dunia yang fana', mulai dari alam barzakh hingga sampai ke alam akhirat yang kekal lagi baqa.
sumber: cahayamukmin.blogspot.com
SIAPA MUSUH KITA?
Pertanyaan ini memungkinkan kita menerima pelbagai jawapan dan mungkin hanya sedikit sahaja dapat menjawab dengan tepat.
Setelah kita dilahirkan di atas muka bumi ini (off course oleh ibu kita)- kita tumbuh membesar sama ada dibesarkan oleh ibu bapa kita sendiri, atau oleh datuk dan nenek kita atau ada di kalangan kita yang dibesarkan di rumah-rumah kebajikan. Mana-mana yang berpeluang, dapat bersekolah bermula dari TASKA, TASKI, TADIKA, TABIKA atau apa-apa bentuk pendidikan Pra-sekolah yang lain. Kemudian kita ke Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Mana-mana yang lebih bernasib baik dapat melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.
Setelah tamat pengajian, kita bekerja kemudian berkahwin, punya anak dan berkembang lah keluarga kita. Jika usia kita panjang, kita berpeluang mennerima menantu seterusnya dapat melihat cucu, cicit, piut dan uning-uning.
Kemudian, tanpa dapat dielak lagi, kita pasti akan mati. Mati tidak semestinya setelah melalui semua yang di atas. Ada yang mati dalam perut, ada yang sebaik sahaja dilahirkan atau semasa kanak-kanak (belum baligh). Kategori ini adalah dijamin masuk syurga kerana masih bersih dan suci.
Begitulah seterusnya, yang mati kemalangan jalan raya, ada yang tenggelam atau hanyut di sungai, jatuh dari pergunungan, ada yang berkecai bersama pesawat terbang, ada yang mati membunuh diri dan ada yang mati di tali gantung atas hukuman pihak berkuasa negara.
Itulah gambaran kasar kehidupan kita. Lalu hari-hari hidup itu adalah bangun dari tidur, mandi, sarapan pagi, bekerja atau sekolah, makan tengah hari, mengisi waktu dengan berbagai aktiviti dan riadhah, mandi lagi, makan malam dan tidur lagi. Itulah yang hampir kesemua dari kita lakukan setiap hari.
Lalu apa sebenarnya hidup kita ini ? Karl Marx pernah berkata bahawa "hidup itu perut kenyang”, maksudnya hidup itu hanya untuk makan. Sigmund Freud pula berpendapat hidup itu pemenuhan keperluan seksual belaka, lain tidak. Jika kita tanya orang-orang di sekeliling kita tentang ‘untuk apa kita hidup ?’ mungkin -dan sangat mungkin- jawaban yang kita peroleh adalah sebanyak orang yang kita tanyai.
Untuk menjawab pertanyaan tersebut dengan tepat, maka kita perlu menggunakan akal sihat kita. Yang paling tahu untuk apa kita hidup ialah Yang Menghidupkan kita, yaitu Pencipta kita, Allah subhaanahu wa ta’ala. Allah (swt)berfirman, yang maksudnya:
"dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (QS: Adz-Dzaariyaat: 56).
Sekarang sudah jelas bagi kita, bahwa kita diciptakan dan dihidupkan hanya untuk beribadah kepada Allah (swt) saja dan tidak ada tujuan yang lain.
Bagi orang yang pendek fikiran akan bertanya lagi, Apakah hidup kita ini hanya untuk sholat sahaja, ke masjid sahaja, mengaji Qur'an sahaja? Kemudian tidak perlu mencari nafkah, tidak perlu menikah?
Oleh itu, kita perlu terlebih dahulu memahami apa makna ‘ibadah’ itu. Pengertian Ibadah yang biasa dirujuk oleh ulama adalah pengertian yang dirumuskan oleh Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyah, ibadah adalah sebutan yang mencakupi seluruh apa yang dicintai dan diridhai Allah (swt), baik berupa ucapan atau perbuatan, yang nampak (lahir) maupun yang tersembunyi (batin).
Sebagian ulama menambahkan lagi dengan: disertai oleh ketundukan yang paling tinggi dan rasa kecintaan yang paling tinggi kepada Allah (swt). Ibadah itu banyak jenisnya dan terbahagi menjadi ibadah hati, lisan, dan anggota badan.
Rasa khauf (takut kepada Allah swt), raja’ (mengharap rahmat Allah swt), mahabbah (cinta kepada Allah swt), tawakkal adalah ibadah yang berkaitan dengan hati. Sedangkan membaca Al-Qur’an, tasbih, tahlil, takbir, tahmid adalah ibadah lisan dan hati. Sedangkan solat, zakat, haji, berbakti pada orang tua, membantu orang kesulitan adalah ibadah badan dan hati.
Oleh itu, ibadah mencakupi seluruh tingkah laku seorang mukmin jika diniatkan qurbah (untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt) atau apa saja yang membantu qurbah. Bahkan adat kebiasaan yang mubah pun bernilai ibadah jika diniatkan sebagai bekal untuk taat kepada Allah swt. Seperti tidur, makan, minum, jual beli, bekerja mencari nafkah, menikah, dan sebagainya. Jadi ibadah itu tidaklah sempit cakupannya, bahkan ia mencakup seluruh aspek kehidupan muslim, baik di masjid maupun di luar masjid.
Sebagai contoh ibadah di luar masjid adalah bekerja. Banyak hadits yang menganjurkan seorang muslim untuk bekerja dan memuji para pelakunya. Rasulullah saw bersabda, yang artinya: "Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah dari hasil kerjamu sendiri” (HR: Abu Dawud, At-Tirmidzy, dan An-Nasa-i, dari ‘A-isyah dengan sanad shahih).
Ketika para sahabat menyaksikan seorang laki-laki berjalan dengan laju, lalu mereka memberi komen, ” Seandainya (saja) ia berjalan di jalan Allah (berjihad).” Kemudian Nabi (saw)meluruskan pernyataan tersebut dan bersabda, yang artinya:
“Jika ia keluar mencarikan nafkah anaknya yang kecil, maka ia di jalan Allah swt. Jika ia keluar mencarikan nafkah kedua orang tuanya yang sudah tua, maka ia di jalan allah, dan jika ia keluar mencari nafkah untuk dirinya dengan maksud menjauhkan diri dari yang tidak baik, maka ia di jalan Allah. Dan jika ia keluar dengan maksud riya’ dan sombong, maka ia di jalan setan. ” (HR. Ath-Thabrany dari Ka’ab bin Ujrah dengan sanad shahih).
“Jika ia keluar mencarikan nafkah anaknya yang kecil, maka ia di jalan Allah swt. Jika ia keluar mencarikan nafkah kedua orang tuanya yang sudah tua, maka ia di jalan allah, dan jika ia keluar mencari nafkah untuk dirinya dengan maksud menjauhkan diri dari yang tidak baik, maka ia di jalan Allah. Dan jika ia keluar dengan maksud riya’ dan sombong, maka ia di jalan setan. ” (HR. Ath-Thabrany dari Ka’ab bin Ujrah dengan sanad shahih).
Jadi merupakan pandangan yang salah jika ada orang yang menganggap bekerja itu tidak termasuk ibadah. Namun tentu saja, bekerja yang dihitung sebagai ibadah adalah bekerja yang diniatkan untuk mencari bekal agar ia boleh mendekatkan diri kepada Allah (swt) dan menjaga kehormatan muslim serta harus dengan cara yang halal. Jika bekerja namun diniatkan untuk menumpuk harta atau berpoya-poya tanpa memikirkan hak anak, isteri, orang tua serta ditempuh dengan cara yang haram masih ditambah lagi dengan melalaikan kewajiban agama (solat dan mencari ilmu agama misalnya), tentu saja bekerja yang seperti ini tidaklah bernilai ibadah, bahkan hanya menambah dosa.
Ibadah yang bermanfaat adalah ibadah yang diterima oleh Allah (swt). Jika kita telah berlelah-lelah beribadah namun tidak diterima oleh Allah (swt) maka ibadah kita tidak bermanfaat dan arti hidup kita akan tidak bermakna serta tujuan hidup kita tidaklah tercapai.
Untuk membolehkan ibadah kita diterima oleh Allah (swt), ibadah disyaratkan harus benar. Dan ibadah itu tidak benar kecuali dengan syarat: ikhlas karena Allah (swt) semata, bebas dari syirik besar dan kecil dan sesuai tuntunan Rasullullah (saw)
Syarat pertama adalah konsekuensi dari syahadah, karena ia mengharuskan ikhlas beribadah hanya untuk Allah dan jauh dari syirik kepadaNya. Syarat kedua adalah konsekuensi dari syahadatain karena ia menuntut wajibnya ta’at keada Nabi, mengikuti tuntunannya dan meninggalkan bid’ah (ibadah atau cara beribadah yang tidak pernah dituntunkan Nabi (saw).
Untuk membolehkan ibadah kita diterima oleh Allah (swt), ibadah disyaratkan harus benar. Dan ibadah itu tidak benar kecuali dengan syarat: ikhlas karena Allah (swt) semata, bebas dari syirik besar dan kecil dan sesuai tuntunan Rasullullah (saw)
Syarat pertama adalah konsekuensi dari syahadah, karena ia mengharuskan ikhlas beribadah hanya untuk Allah dan jauh dari syirik kepadaNya. Syarat kedua adalah konsekuensi dari syahadatain karena ia menuntut wajibnya ta’at keada Nabi, mengikuti tuntunannya dan meninggalkan bid’ah (ibadah atau cara beribadah yang tidak pernah dituntunkan Nabi (saw).
Dalil bagi kedua syarat ini ialah firman Allah (swt), yang artinya:
"Barang siapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaknya ia mengerjakan amal shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun (terhadap Allah) dalam beribadah kepada Tuhannya.” (QS: Al-Kahfi :110).
"Barang siapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaknya ia mengerjakan amal shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun (terhadap Allah) dalam beribadah kepada Tuhannya.” (QS: Al-Kahfi :110).
Kalimat “..maka hendaknya ia mengerjakan amal shalih..” merupakan manifestasi syarat kedua, yaitu sesuai tuntunan Nabi (saw), karena amal soleh itu adalah amal yang pasti telah dituntunkan Nabi. Sedangkan “..dan janganlah ia mermpersekutukan seorang pun (terhadap Allah) dalam beribadah kepada Tuhannya.” meruplakan manifestasi syarat pertama, yaitu keharusan ikhlas.
Dua syarat ini merupakan keharusan yang mutlak. Jadi adalah salah jika orang beribadah dengan cara yang tidak pernah dituntunkan Nabi kemudian dia berkata untuk membenarkan ibadahnya : ” Yang penting kan niatnya” atau ” Yang penting kan ikhlas”.
Niat ikhlas tidak boleh mengubah cara beribadah yang salah menjadi benar. Apalagi Nabi (saw) bersabda, yang artinya: “Barang siapa melaksanakan suatu amalan tidak atas perintah kami (yang Nabi (saw) tidak pernah memerintahkannya dan tidak pernah membolehkannya) maka amal itu ditolak” (HR: Al-Bukhary dan Muslim ).
Begitu pula sebaliknya, jika kita telah sesuai dengan tuntunan Nabi (saw) namun niatnya tidak ikhlas, maka amalan kita juga ditolak Allah azza wa jalla.
Begitu pula sebaliknya, jika kita telah sesuai dengan tuntunan Nabi (saw) namun niatnya tidak ikhlas, maka amalan kita juga ditolak Allah azza wa jalla.
Dua syarat ini haruslah difahami dan berusaha terus untuk dikaji secara mendalam dan dipraktekkan. Maka tentu saja merupakan suatu kebohongan yang besar jika ada seorang muslim banyak ibadahnya tapi tidak pernah belajar bagaimana cara beribadah yang benar dan bagaimana agar amal ibadahnya dapat diterima Allah (swt). Oleh karena itu, langkah awal seorang muslim agar tujuan hidupnya tercapai adalah belajar dulu bagaimana cara beribadah yang benar dan dapat diterima. Tidak mungkin seorang yang tidak pernah mengaji, tidak pernah belajar agama bisa benar ibadahnya. Padahal tujuan dihidupkannya kita ini adalah ibadah yang mencakup seluruh aspek kehidupan, lain tidak.
Maka marilah kita hidupkan semangat mencari ilmu agama agar kemudian ibadah kita benar dan dapat diterima oleh Allah, sehingga hidup kita benar-benar bermakna dan tujuan hidup kita tercapai. Marilah kita baca Al-Qur’an, kita pelajari isinya melalui buku-buku agama, kita baca hadits-hadits, kita pahami maknanya melalui majelis-majelis pengajian, agar tak menyesal jika sudah sampai di kuburan nanti.
muhammadamrul.wordpress.com
Sabda Nabi:
“Ada dua golongan, jika ia baik maka baiklah masyarakat dan jika buruk maka buruklah masyarakat. Dua golongan itu adalah PEMERINTAH dan ULAMAK"
“Akhir zaman nanti akan wujud golongan lebih teruk daripada dajal.” Sahabat bertanya “Siapakah dia” dan Nabi menjawab “MEREKA IALAH ULAMA' YANG JAHAT”
Sabda Nabi:
“Ada lima musuh orang Islam (mukmin dan muslim). Mereka ialah orang SYAITAN, NAFSU, ORANG FASIQ, ORANG MUNAFIK dan ORANG KAFIR"