Sunday, December 11, 2011

TAJUK 49: IPAR DUAI DAN BIRAS

KELUARGA SEBELAH ISTERI
IPAR DUAI DAN BIRAS

Hak kita terhadap ibu bapa
Hak kita terhadap adik beradik

Dato Haji Taha bin Haji Zakaria
  • Almarhumah Datin Hajjah Habibah binti Haji Hamid
  • Almarhumah Khadijah (berpisah)
  • (unknown)
  • Hajjah Rahmah binti Hj Idris


  • Daud @ Atan (Dato' Haji) berkahwin dengan (1) Murni @ Maureen binti Abdullah (berpisah) dan (2) Kamariah binti Hj Mahmud (Datin Hajjah)
    • Azri @ Paul
    • Anita
    • Andrina berkahwin dengan Mohd Zulkifli (berpisah) dan (1) Daud (berpisah)
      • Mohd Azrul bin Zulkifli
      • Mohd Azril bin Zulkifli
      • Ammar Aniq bin Daud
    • Azahari berkahwin dengan (1) Mastiny (berpisah) dan (2) ....
      • Mohd Anwar bin Azahari
      • Annisa Zahidah binti Azahari
      • -
      • -
    • Afida berkahwin dengan Khairudin
      • -
      • -
    • Amira berkahwin dengan Mohd Azlan
      • -
    • Athira
    • Mohd Ariffin
    • Muhammad Abduh
    • Amy Zamariah
    • Zuriaty
KUALA LUMPUR, 19 April 2013: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hj Daud bin Datuk Hj Taha hari ini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar pada 2.49 petang tadi. 

Menurut anak sulung Allahyarham, Andrina Daud, 41, berkata arwah bapanya, 73, dimasukkan ke HKL pada Selasa lalu akibat serangan angin ahmar dan terpaksa dipindahkan ke unit rawatan kecemasan pada pagi semalam sebelum disahkan meninggal petang ini. 

"Sebelum ini bapa saya tidak pernah menunjukkan tanda-tanda beliau menghidap angin ahmar dan saya amat terkejut serta tidak menyangka apabila beliau diserang penyakit itu pada Selasa lepas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Andrina berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, selepas solat Isyak malam ini. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Kamariah Mahmud serta sembilan orang anak iaitu enam perempuan dan tiga lelaki serta 14 orang cucu. 

Andrina turut menyifatkan bapanya seorang yang tegas terhadap keluarga selain memiliki sifat penyayang. 

Beliau berkata, Allahyarham sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau mengimpikan meninggal dunia pada hari Jumaat. 
Allahyarham Daud yang berasal dari Batu Pahat, Johor, mula menyertai Umno pada 1962 dan berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari West Australia Institute of Technology pada 1967. 

Allahyarham Daud juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dari 1984 hingga 1993 serta pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Awam dari 1985 hingga 1990. 

Jawatan terakhir Allahyarham di dalam kabinet ialah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 1990 hingga 1995. - BERNAMA 

  • Omi Kalsom (Hajjah) berkahwin dengan Ismail bin Haji Abd Rahim (allahyarham Haji) dan dikurniakan 4 orang anak.
    • Fauziah berkahwin dengan Tengku Mohd Rosman bin Halilan
      • Tengku Muhd Iskandar (Dr) berkahwin dengan (Dr) ....
      • Tengku Muhd Zulkarnain
      • Tengku Mud Muzakkir
      • Tengku Muhd Mustaqim
      • Tengku Muhd Muaz
    • Ghazali (meninggal ketika berusia 21 tahun pada 1985)
    • Fizwani berkahwin dengan Mohd Fauzi
      • Mohd Faizzuddin
        • Mohd Faizamuddin
        • (meninggal kecil)
        • Fatimah Nuha
    • Dalila berkahwin dengan Shafie
      • Mohd Ashraf
      • -
      • -
      • -
  • Jalil (ibunya Khadijah) berkahwin dengan Amanah
    • Hishamuddin
  • Zainab berkahwin dengan Mohd Abu bin Hj Ali (Kol (B) Haji)
    • Maniza berkahwin dengan Mohd Khalid bin Abd Rahman
      • Mohd Fakharuddin
      • Nur Hidayah
    • Mohd Azani berkahwin dengan Ruzilah binti Abd Rahman
      • Nur Nadia
      • Amsyar
    • Mazila berkahwin dengan Kamaruzzaman bin Salleh
      • Muhammad Areef Fahmy
  • Jalilah (meninggal dunia semasa kecil)
  • Abdul Rahman Putra (Dato' Haji) berkahwin dengan Narimah binti Hj Iwan (Datin Hajjah)
  • Zulkifli berkahwin dengan (1) Norliza binti Muhammad dan (2) Siti Hawa Fadzillah (berpisah)
    • Nor Zulfahraida berkahwin dengan Mohd Fahmy
      • Mohd Fayad
      • -
    • Mohd Zulhelmi Taha
    • Ummi Nazurah
    • Nurul Hanan
    • Mohd Zulfadli
    • Mohd Zulhaidir
  • Adibah berkahwin dengan Toharudin bin Ab Rasid (Kol Haji)
    • Muhammad Hafeez Firdaus berkahwin dengan Musfirah binti Kader
    • Nur Fairiz Fazeera berkahwin dengan Mohd Farihan bin Ridzuan
    • Aisyah
  • Khalidah @ Yan berkahwin dengan Tengku Sharifuddin bin Tengku Zainuddin
    • Sarah Izdihar Nadhira
    • (meninggal dunia di UK)
    • Zareef Ibrahim
  • Siti Salwa (anak angkat) berkahwin dengan Salleh bin Ahmad
  • Abdul Razak (meninggal dunia pada 2014) ...berkahwin dengan Anizah binti Abd Wahab
  • Azahana (meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya)
  • Siti Aisyah telah berkahwin dengan Noremy
  • Rasyidah telah berkahwin  dengan Shahrin bin Rahmat.....
  • Baharudin telah berkahwin dengan Farah Ubayah
  • Nur Izzaty...telah berkahwin dengan .....

Monday, December 5, 2011

TAJUK 48: YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSAKU




Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.
(Hadith riwayat Muslim)

Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan. Bagi orang yang bijaksana, ia memandang ke dalam dirinya (bermuhasabah) dan bertaubat daripada dosa-dosanya dan membetulkan kesilapan-kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain. Dengan cara itu dia telah mewujudkan suasana saling menghargai dan baik sangka terhadap orang lain.




Kita selalu menyebut kesalahan orang lain.  Kalau kita nampak orang lain buat salah, buat dosa, kita sibuk, kita bising, seolah-olah kita adalah maksum, kita bersih dari dosa.  Bukan bila lihat orang buat dosa, kita rasa insaf.

Bila orang buat buat dosa kepada kita, kita tak boleh terima, kita enggan maafkan dia.  Kenapa? sebab kita ni hipokrit.  Malah kita berdendam.  Kita rasa seronok kalau orang yang buat salah kepada kita mendapat balasan.  Kalau boleh kita tokok tambah cerita untuk mengaibkan orang itu.  Kenapa? Sebab sebenarnya kita jauh lebih buruk dan hina dari dia.


Orang itu buat dosa cukuplah - biar dia jawab dengan Allah.  Tapi, kita yang perasan manusia baik, kita pulak membuat dosa baru atas dosa orang lain.  Dia mungkin telah insaf, memohon ampun.  Tapi kita, pastikah kita sempat insaf.  Apa kata kalau sewaktu kita membalas dendam, semasa kita mengaibkan orang itu, nyawa kita dicabut oleh Malaikat Izrail???


Oleh itu, jangan sesekali menghina orang yang berdosa.  Kita tidak sesekali mengetahui, orang berdosa yang bertaubat, jika dengan kehendak Allah, doanya semasa ditindas semasa dizalimi dimaqbulkan Allah?  Seelok-eloknya, kita harus berlapang hati, memohon doa kepada Allah agar Tuhan berikan hidayat kepada orang yang berdosa kepada kita, kita berdoa agar Allah ampunkan dosanya, dan kita juga berdoa agar setiap orang yang kita pernah berbuat dosa agar mereka juga mengampunkan kita.  Yang lain-lain itu, kita serahkan kepada Allah menentukannya kerana setiap dosa walau sebesar zarah sekali pun, akan dibalas oleh Allah swt.


YA ALLAH YA GHAFIR
AMPUNKANLAH SEGALA DOSA-DOSAKU


Perkara Yang Elok Dan Tidak Elok Disebut

1.   Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Sewajarnya kita lebih menyebut-nyebut nama Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung banyaknya untuk kita.

2.  Perbanyakkan Menyebut Akhirat Daripada Menyebut Urusan Dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3.   Perbanyakkan Menyebut Dan Mengingat Hal-Hal Kematian Daripada Hal-Hal Kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.

4.    Jangan Menyebut-Nyebut Kebaikan diri dan Keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riya’ atau bangga diri.Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik.

5.  Jangan Sebut-Sebut dan Nampak-Nampakkan Keaiban Atau Keburukan Diri Orang Lain

Kegelapan hati dan rangsangan syaitan selalu menyebabkan terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.Sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. kita walaupun kita pernah berbuat baik.


Sembilan  Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1.   Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2.  Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.  Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.  Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5.  Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.  Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7.  Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.  Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9.  Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
.
kedua-dua tajuk tulisan di atas diambil dari: http://www.wazy84.com

Oh Tuhanku
sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu
namun, aku tidak sanggup menanggung
seksa nerakamu
ampunkanlah dosa-dosaku

Thursday, December 1, 2011

TAJUK 47: MY VIEWS (2)


  MY VIEWS Part 2 

Tajuk ini adalah sambungan kepada TAJUK 170 (my views (1).  Sama juga, dalam ruangan ini saya menulis 'my personal observation' ke atas apa-apa yang berlaku dalam negara ini atau di sekeliling kita yang berkaitan Politic, Economy, Social, Technology, Environment and Legal/|Government (PESTEL).  Tulisan saya tetap mengekalkan sikap tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama, gender dan pertentangan ideologi politik.


  PEMERHATIAN 3: DOA QUNUT 


Saya nak ambil sedikit masa untuk menulis berkaitan dengan 'doa Qunut'.  


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
Ya Allah, tunjukkanlah aku, sebagaimana yang engkau telah tunjukkan.


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan berikanlah kepada aku kesihatan, sebagaimana yang engkau telah berikan kesihatan.


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan peliharakanlah aku, sebagaimana yang telah engkau peliharakan. 


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan berikanlah kepada aku keberkatan apa-apa yang telah engkau kurniakan


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan selamatkanlah aku dari bahaya yang engkau telah tentukan 


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
maka sesungguhnya engkaulah yang menghukum bukannya yang kena hukum.


Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan sesungguhnya tidak hina orang yang engkau pimpin.

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan tidak mulia orang yang engkau musuhi

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
maha suci engkau wahai tuhan kami dan maha tinggi

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
maka bagi engkaulah segala pujian  di atas apa yang engkau hukumkan

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
aku mohon ampun kepadamu dan aku bertaubat kepadamu



Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya.


Kalau solat Subuh, tak ada hal, betul atau salah sendiri tanggung.  Pemerhatianku adalah kepada solat Subuh berjemaah di Masjid atau Surau.


Dari pemerhatianku, berbagai cara imam membaca doa qunut. 
        (1) Ada yang membaca secara kuat dari awal sampai habis.  
        (2) Ada yang membaca perlahan setakat di dengar makmum dari awal sampai habis. 
        (3) Ada yang membaca kuat dari awal, kemudian perlahan (untuk diri sendiri) apabila tiba  
             'fainnaka taqdhi..."sampai habis. 
        (4) Ada yang membaca kuat dari awal dan membaca perlahan apabila tiba di "fainnaka 
              taqdhi...", kemudian kuat semula apabila membaca "wanastaghfiruka wanatubu  
              ilaihhh" sehingga habis.  
        (5) Membaca seperti no 4 tetapi selepas habis ayat 'wanastaghfiruka wanatubu ilaih' 
              kembali perlahan apabila memulakan salawat nabi(penutup doa).


Mana satu yang betul? kalau dah imam dari KAGAT baca mesti seharusnya semua kaedah betul belaka.  Semuanya berkelulusan ijazah dalam bidang agama, dalam atau luar negara.  Kalau yang menjadi LLP sebelum ditauliahkan,mereka mempunyai diploma atau sekurang-kurangnya Sijil Thanawi.  Jadi, kita makmum ikut sahaja.


Semasa aku tinggal di Shah Alam (1986-1993), aku pernah mengikut kelas takmir di Surau Madrasah Al Amin, Seksyen 17 dengan seorang guru pondok bernama Lebai Putih bin Lebai Ali (almarhum) yang tinggal di Paya Jaras. Sama seperti juga apa yang diajar oleh guru agamaku semasa di sekolah rendah dulu.  Apabila solat berjemaah Subuh, cara imam membaca Doa Qunut adalah seperti berikut:
  • Allahhummah dina fi man hadaittt (imam baca kuat) - makmum: Aminmm.
  • Wa afina fi man afaitttt (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
  • Wa tawallana.....  (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
  • Wa bariklana ...... (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
  • Waqina birahmatika... (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
  • Fa innaka taqdhi... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
  • Wa innahu la.....(imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
  • Wa la yaidzzuman ... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
  • Tabarokta robbana... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
  • Falakalhamdu... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
  • Wanastaghfiruka... (imam baca kuat semula) - makmum: Aminnn.
  • Wasallahu (salawat nabi) (imam bacakuat) - makmum: Aminnn.   

Rasional kenapa salawat dibaca kuat dan diaminkan ialah kerana salawat adalah doa untuk nabi.  Dalam mana-mana doa sama ada doa lepas solat, doa tahlil atau apa-apa doa dalam apa jua majlis, penutupnya adalah bacaan salawat ke atas nabi dan diaminkan.  Jadi,kenapa dalam doa Qunut, imam baca untuk dirinya sendiri??


Wallahu a'alam

  PEMERHATIAN 2: PERANGAI SETPOL 

Saya tertarik dengan satu tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia 1 Dis 2011, berbunyi "Setiausaha Politik Jangan Lebih Sudu".  Kenyataan ini disebut dalam ucapan Sdr Mohd Helmy Din, perwakilan Pemuda UMNO dari Negeri Sembilan. Saya setuju 120%.


Tahun lepas dan tahun ini, kita dengar ada 2 kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan satu kes SMS ugutan yang melibatkan 3 orang setiausaha politik.  Tak payah lah sebut nama, seorang terlepas dari dakwaan kerana salah seorang saksi belot.  Kalau disiasat lagi kenapa saksi itu belot, MUNGKIN akan wujud satu lagi kes rasuah.  Cuma yang agak seronok didengar, kedua-dua SUPOL di MOF. 


Satu kes lagi melibatkan seorang SUPOL yang memiliki selonggok wang tunai  RM2 juta di rumahnya.  Teringat toleh Skim Cepat Kaya, Pak Man Telo yang dikatakan memiliki wang berlonggok-longgok dalam rumah.  Atau macam kes dua pegawai Kastam (suami isteri) yang diserkap bersama longgokan wang tunai ratusan ribu RM.


Seorang lagi SUPOL (kepada bekas MB) yang baru dijatuhi hukuman pulak mungkin sebab terlalu ghairah untuk mempertahankan bossnya, sampai sanggup menghantar SMS ugutan.  Kenapa diasanggup hantar SMS sebegitu, kena jumpa dia untuk dapatkan sebab sebenar, sama ada dibuat secara sedar dan sukarela atau ada sebab lain.  Simpati.


Mungkin banyak lagi SUPOL yang mempunyai hobi yang sama seperti ini, tapi tak kena cekup sebab mereka licik.  Saya amat simpati kepada MENTERI yang berkenaan, kerana mendapat MALU akibat salah laku SUPOLnya.Harapkan PAGAR, pagar MAKAN padi.


Berbalik kepada cerita SUPOL lebih sudu.  Apa sebenarnya tugas SUPOL?  Saya copy dari "kudaranggi.blogspot.com" mendefinisikan peranan dan tugas SUPOL sebagai:


"Tugas utama SUPOL ialah membuat laporan bertulis mengenai apa jua hal yang berkaitan politik, sama ada politik dalaman parti bosnya atau perkembangan politik parti-parti komponen ataupun parti pembangkang. Jika bosnya seorang Menteri UMNO, maka semua hal-ehwal berkaitan UMNO di kawasan Parlimen yang diwakili hendaklah diambil tahu dan dilaporkan kepada Menteri. Ini penting kerana Menteri perlu mendapat tahu atau mendapat maklumat terkini supaya dia dapat membuat sebarang keputusan yang perlu berkaitannya."


Tapi apa yang SUPOL buat?.  Aku minat politik tanah air, melalui sumber dari dinding yang bercakap, aku dapat  tahu kebanyakan SUPOL berkuasa di bilik menunggu pejabat Menteri. Mereka tak buat kerja politiknya tetapi sibuk bermain politik.  Mereka lebih berminat menjadi penapis ahli-ahli perniagaan yang nak buat temujanji dengan Menteri.  SUPOL yang menentukan mereka boleh jumpa atau tidak.  Bukan SENANG nak jumpa Menteri. Jadi, kalau dah 'MEMBANTU' untuk menentukan dapat jumpa Menteri, tak kan tak dapat apa-apa habuan!


Sebab itu banyak Menteri yang buat kenyataan tak betul, malah ditipu hingga hampir kecundang dalam PRU kerana SUPOL main kayu tiga.  Dia tak turun padang, tapi sub-con tugasnya, malaun yang dapat sub-con pulak 'kaki con', maka dapatkan maklumat dari pemandu teksi sahaja.  Peruntukan yang Menteri bagi habis juga, ataupun ikat bawa balik rumah.


Ada pulak SUPOL yang guna nama Menteri yang lantik dia untuk menguatkan tapak di Bahagian di mana Menteri jadi Ketua Bahagian.  Dia patut sibuk tak tidur malam untuk bantu Menteri yang jarang dapat turun padang.  Tapi apa yang dia buat ialah dia sibuk membina pengaruh dan sibuk nak bertanding sama.  Biasanya sibuk nak jadi Ketua Pemuda Bahagian- automatik jadi Naib Ketua Bahagian.


Sapa tak sokong dia, SUPOL Menteri, banyak dia boleh buat.  Bila dah kuat, dia masuk bertanding Timbalan Ketua pulak.  Nasib lagi baik, terpilih jadi ADUN.  Bila dah makin kuat, dia bertanding lawan Ketua Bahagian pulak.  Siapa Ketua Bahagian tu?  Boss dia la.  Maka Menteri yang bela dia, besarkan dia, timang dia akan tersungkur dengan labu-labunya. TERLALU ramai Menteri, Timbalan Menteri, EXCO yang tersungkur akibat permainan SUPOL.


Bukan tak ramai SUPOL yang memanjat tanpa perlu melalui akar umbi untuk sampai ke atas- ramai yang dah jadi Menteri atau Menteri Besar. Bukan semua, yang bertungkus lumus pun ada juga.  Cuba bayangkan kalau baru jadi SUPOL pun dan boleh simpan cash berjuta ringgit di rumah, macam mana kalau satu hari nanti dia berpeluang jadi Menteri atau Timbalan Menteri?.  Tak ke hancur parti pemerintah.


  PEMERHATIAN 1 : JALAN RAYA DI KL 

Petikan Berita 1:

"KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kerja-kerja menurap dan menyelenggara jalan raya yang tidak dipantau secara serius oleh pihak berkuasa bertanggungjawab menyebabkan ia dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus berkata, kerja itu perlu diteliti dan dipantau secara serius kerana ia menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya selain meningkatkan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Justeru, pihak berkenaan perlu membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian ditetapkan bagi mengelak berlaku kerosakan berulang. Laporan Khas akhbar ini hari ini mendedahkan masalah jalan rosak, berlubang dan tidak berkualiti di sekitar ibu kota terus berlaku tanpa ada kesudahan"


Petikan Berita 2:

"KUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 60 peratus kerosakan jalan yang banyak berlaku di bandar raya Kuala Lumpur dikenal pasti berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh syarikat utiliti bagi tujuan pemasangan kabel bawah tanah. Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerja-kerja pengorekan tanpa penurapan yang baik boleh mengakibatkan jalan menjadi mendap, beralun dan berlubang.

Bagi mengelak keadaan itu terus berlaku, jelasnya, syarikat-syarikat utiliti berkenaan seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Telekom dan syarikat telekomunikasi lain disaran menggunakan teknologi Horizontal Directional Drilling (HDD) bagi tujuan pemasangan kabel tanpa mengorek jalan. 'Bagaimanapun penggunaan teknologi ini memakan kos tinggi sehingga tiga kali ganda daripada biasa. Setakat ini hanya Syarikat Gas Malaysia Berhad yang mengaplikasikan teknologi ini bagi mengurangkan kerosakan jalan akibat kerja-kerja pengorekan yang dijalankan.

Kerja penurapan jalan juga tidak ubah seperti kain perca apabila jalan ditampal tidak sempurna dan kelihatan daif.

Kebanyakan kerja-kerja pengorekan dibuat tanpa pengetahuan dan pemberitahuan kerana ia dijalankan pada waktu malam. Biarpun segala syarat dan garis panduan ditetapkan kepada pihak mereka, namun ia sekadar 'di atas kertas'.  Di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kesalahan mengorek jalan tanpa kelulusan atau tidak menurap kembali jalan dengan baik hanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Pihak berkuasa tidak boleh halang mereka untuk mengorek jalan bagi pemasangan kabel kerana tidak mahu dipersalahkan oleh orang ramai akibat tidak dapat bekalan air atau elektrik kerana DBKL tidak benarkan mengorek jalan.

Antara punca lain yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan adalah disebabkan tumpahan minyak diesel dan konkrit selain aktiviti pembangunan di sekitarnya.


Sebenarnya aku tak perlu lagi berleter tentang benda yang sama. Datuk Bandar pun dah arif dengan masalah ini.  Sehingga kini dah ada 9 Datuk Bandar KL, aku pasti semua dah tau masalah ini dan dah tau apa jalan penyelesaian yang perlu diambil.  Cuma tak mampu untuk melaksanakannya.



Isunya ialah, yang menjadi penguatkuasa ialah Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan.  Yang membuat kerja (menggali dan menimbus jalan) ialah syarikat perniagaan atau kontraktor.  Kenapa susah sangat kontraktor mematuhi arahan Kerajaan?  Yang berlaku ialah, pegawai Kerajaan (Penguatkuasa) yang sebenarnya susah sangat nak menguatkuasakan peraturan.  Semua dah masuk dalam pakej Kontraktor.


Agaknya,ada tak lagi Menteri yang seperti almarhum Tun Dr Ismail, ada tak lagi Menteri Besar seperti almarhum Datuk Rahim Bakar? ada tak lagi Pegawai Kerajaan yang seperti Tan Sri Ishak Tadin?, seperti Datuk Hassan Ibrahim?



Sunday, November 27, 2011

TAJUK 46: MAALHIJRAH 1433 DAN 52TH BIRTHDAY

HARI JADI KE 52

Pada 22 November yang lepas, sampailah usiaku ke angka 22.  Aku tak sempat menulis apa-apa  dalam blog ini bertepatan dengan tarikh itu.  Kebetulan, seperti yang pernah aku ceritakan dahulu, tarikh lahir aku adalah sama (tarikh/bulan) dengan DYMM Sultan Johor (baginda diputerakan pada 22 November 1958).  Jadi seorang sahabat aku dari JB mengucapkan Selamat Hari Jadi dan tahniah kerana satu Johor mendapat hari cuti umum.

Malam itu, aku menerima beratus-ratus ucapan selamat hari jadi dari rakan-rakan facebook.  Terima kasih semua kerana mengingati dan mendoakan kesejahteraan ku. Semoga Allah juga sentiasa memberkati usia sahabat dan saudaraku sekelian.

Lepas isyak malam itu, anak dan menantu aku buat suprise- birthday celebration. Mereka beli Kenny Rogers dan makan bersama-sama. Aku dapat hadiah belt dan wallet dari Hafeez/Musfirah, biskut Famous Amos dari Heikal dan handphone dari wife aku. 

Kebetulan, tarikh hari jadiku sama dengan besan aku di Ipoh (Hj Kader) dan keesokan harinya 23 November adalah harijadi dua menantuku Mohd Farihan dan Musfirah.

Semoga Allah terus memberikan hidayah dan kerahmatanNya kepada diriku, memperteguhkan IMANku dan bertambah-tambah lagi serta memelihara aku dari apa jua perkara yang Dia tidak sukai.

Kebetulan tarikh hari jadiku tahun ini berdekatan dengan dua tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu, 1 Muharram dan 10 Muharram.

1 & 10 MUHARRAM 1433

1 Muharram adalah hari pertama dalam tahun Hijriyah.  Insan yang bertanggungjawab memulakan tahun Hijrah ialah Khalifah Islam ke dua selepas Rasulullah s.a.w, Saiyidina Umar Al Khattab.

Manakala 10 Muharram atau dikenali sebagai Hari Asyura diperingati oleh umat islam kerana banyaknya peristiwa penting pada tarikh tersebut.  Peristiwa itu menggambarkan kegemilangan, ketabahan, kemenangan dalam menghadapi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Kebetulan tarikh 30 Zulhijjah 1432 aku berada di kampong kerana hari itu adalah hari (perkahwinan anak perempuan aku, Aisyahnur) bertandang ke rumah pengantin lelaki di Taman Kluang Barat. 

Petang itu emak ajak aku ke surau (kampung) untuk majlis Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun.  Lama tak merasai suasana berjemaah di surau yang aku tinggalkan lebih 30 tahun yang lalu.  Selalu kalau aku balik kampung aku tak berjemaah di surau.  Sempat bersembang dengan Pak Imam dan orang tua-tua kampung yang masih ada. Antaranya merupakan generasi yang telah berkeluarga semasa aku meninggalkan kampung seperti Lek Kusen Gutil, Lek Mamat (Mat Lanchor),  Usin dan Lek Bong (jiran).  Geng rapat aku masa sekolah 'Supian (Yan)' sekarang dah jadi Bilal Surau.



Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun Hijrah

Peristiwa-peristiwa penting tarikh 1 dan 10 Muharram:

Pada 10 Muharam telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Sepanjang bulan Muharram, umat islam disunatkan melakukan beberapa amalan untuk menambah kekuatan iman kepada Allah swt. 
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

Masa aku kecil dulu, paling aku takut ialah apabila tiba 10 Muharram atau orang Jawa sebut 'Bulan Suro'.  Kanak-kanak takut keluar rumah bersendirian kerana KONONnya masa inilah banyak KELING KABUL (benggali) cari (sabit) kepala budak-budak untuk disajikan kepada hantu penunggu jambatan. 'MasyaAllah- KHURAFAT'.   Masa aku kecik memang bermacam-macam pantang larang (antaranya bersifat khurafat) yang dikaitkan dengan hari, bulan dan sebagainya. TAPI positifnya ialah sebagai cara untuk menguatkuasakan larangan kepada kanak-kanak supaya tidak merayau-rayau.

Manakala khusus untuk 10 Muharram (Hari Asyura) umat islam disunatkan untuk mengamalkan 14 perkara berikut:
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




























.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...