Thursday, October 25, 2012

SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN: BHG 1


SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN
BAHAGIAN I

Dalam penulisan aku yang lalu (Rujuk TAJUK 28), ketika berpangkat Mejar aku pernah diberi peluang bertugas lebih 4 tahun di Kementerian Kewangan Malaysia (Perbendaharaan Malaysia) dari 27 Dis 1999 (sebaik sahaja aku menamatkan kursus di Staff College) sehingga 31 Jan 2004. Jawatan aku (secara pinjaman tidak rasmi) ialah Pegawai Khas Tentera Udara yang bertanggungjawab menguruskan segala permohonan perolehan pesawat serta kontrak-kontrak dukungan yang berkaitan dengan pesawat. Ia tidak terhad kepada menguruskan keperluan TUDM sahaja tetapi juga PUTD, Unit Udara TLDM, Unit Udara PDRM dan Unit Udara JBPM. Selain dari itu terdapat juga jabatan-jabatan Kerajaan lain yang memerlukan perkhidmatan sewaan pesawat seperti JPM, SPR dan JHEOA.

Empat tahun di Perbendaharaan, aku banyak menimba ilmu berkaitan perolehan Kerajaan dari pegawai-pegawai di Perbendaharaan sama ada PTD atau staf sokongan. Bidang ilmu tersebut meliputi dasar perolehan, proses kerja bagi mendapat kelulusan serta penglibatan secara langsung dalam proses rundingan kontrak.

Nama-nama seperti Dato Kamariah Hussein, Dato' Kamesah Abu Bakar, Dato' Safiah Basrah, Dato' Zalikha Hassan, Dato' Norzirah Bahari, Dato' Nursiah Arshad, Dato Hashmuddin Mohammad (deceased), Dato Farizan Darus, Dato Roslan Sakiman, Dato Mazalan Mohd Nor, Dato' Abd Ghaffar A.Tambi (deceased), Dato' Shukor Ibrahim, Datin Norlaili Ahmad, dan Puan Fatimah Daud adalah antara nama-nama yang pernah bertugas bersama dengan aku dahulu, sama ada sebagai big boss, intermediate boss, immediate boss atau officemates.

Dalam blog ini aku ingin berkongsi ilmu berkaitan dengan sistem perolehan Kerajaan. Bagaimanapun pembaca blog perlu peka dengan dasar-dasar perolehan yang sentiasa berubah (dipinda) dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan. Contoh: kuasa perolehan melalui Pembelian Terus - kalau dahulu dihadkan setakat RM10,000 untuk satu jenis barangan setahun (dalam tahun 80an), telah dinaikkan kepada RM50,000 dan kemudiannya RM200,000.

Kita juga selalu 'confused' dengan terma-terma perolehan dan pembelian. Lebih confused lagi jika dibaca dalam bahasa Inggeris, untuk membezakan antara "procurement, acquisition, purchasing and buying''?. Ia juga akan aku terangkan di dalam blog ini.

Semasa aku mengikuti kursus asas pegawai logistik dahulu, aku diajar mengenai kaedah-kaedah perolehan dalam TUDM; antaranya ialah; direct procurement system (DPA), intermediate buying system (IBS) dan foreign military sales (FMS). Itulah yang menjadi pegangan kami (warga Materiel TUDM) sebagai pegangan, menjadi rujukan semasa peperiksaan kenaikan pangkat dan bahan mengajar kepada generasi kemudiannya.

Bila aku bertugas di Perbendaharaan (2000-2004), dalam dokumen rasmi Kerajaan (Surat Pekeliling Perbendaharaan- SPP) hanya terdapat 3 sahaja kaedah perolehan Kerajaan iaitu Pembelian Terus, Sebut Harga dan Kontrak. Manakala pembelian secara rundingan terus disebut sebagai perolehan secara luar biasa. Macam mana tu? lagi confused kan? Nanti akan aku jelaskan juga.


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 (Disemak 1972). “Suatu Akta yang diperuntukan bagi pengawalan dan pengelolaan wang awam Malaysia, dan bagi acara pengakaunan serta kewangan, termasuk acara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan Negeri-Negeri dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.

SEKSYEN 6(1) AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 (Disemak 1972) menyatakan bahawa “Pengelolaan Kumpulanwang Disatukan Persekutuan dan penyeliaan, pengawalan dan arahan semua perkara berhubung dengan hal ehwal kewangan Persekutuan, yang tidak diserahkan khususnya kepada sesiapa oleh sebarang undang-undang lain hendaklah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, diletak hak pada Menteri”

PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (P.U. (A) 206 bertarikh 24 Jun 2004). Menyatakan bahawa tanggungjawab Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan adalah:
Menggubal dasar perolehan kerajaan.
Menimbang dan meluluskan tender yang dirujuk ke Kementerian Kewangan
Menimbang dan memutuskan permohonan pengecualian daripada peraturan perolehan Kerajaan.
Memberi khidmat nasihat mengenai perolehan Kerajaan dan
Pendaftaran Kontraktor bagi bekalan/perkhidmatan dan perunding Kerajaan.

ORDINAN PERWAKILAN KUASA 1956 (Disemak 1988) menyatakan perihal memberi kuasa untuk mewakilkan/menurunkan kuasa.

AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949 (Disemak 1973) menyatakan perihal:
Memberi kuasa / membolehkan Menteri-mentri yang berkaitan yang berkaitan mengikat kontrak; dan
Memberi kuasa / membolehkan Menteri-Menteri menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan mengikat / menandatangani kontrak.

ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP): (AP 166 – 206 dan AP 229 – 300) menjelaskan dengan terperinci tatacara kewangan dan perakaunan dalam menguruskan wang awam/kerajaan.

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN (SPP). SPP ini boleh disemak dari website Perbendaharaan- www.treasury.gov.my. SPP ini dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memperbaiki, melaksana, memaklumkan, menjelaskan dan meminda dasar, peraturan dan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan.

PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN (PKP). Dikeluarkan untuk mengumumkan barangan guna sama yang boleh diperolehi melalui kontrak pusat.

SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN. Dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk menjelaskan dan mempertingkatkan mengenai peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan.

Nota: Semua Agensi Kerajaan mesti mematuhinya kecuali atas kebenaran khas Perbendaharaan.

OBJEKTIF PENGURUSAN PEROLEHAN

Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling menguntungkan bagi mencapai matlamat perolehan tersebut;

  1. Mendapatkan harga yang paling menguntungkan dan berpatutan dengan mengambilkira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan;
  2. Mengalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan tempatan;
  3. Menggalakan pemindahan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa sektor industri negara;
  4. Sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar nasional; 
  5. Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera; dan
  6. Memelihara dan mempertahankan kepentingan Dasar Perolehan Kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. 
DASAR PENGURUSAN PEROLEHAN
  • Peraturan tender yang saksama.
  • Mengutamakan syarikat bumiputera.
  • Mengutamakan produk/industri tempatan.
  • Menggalakkan pemindahan teknologi.
PRINSIP PENGURUSAN KERAJAAN

Akauntabiliti awam (Public Accountability). Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar & peraturan yang ditetapkan:
  • Akauntabiliti Fiskal
  • Akauntabiliti Pengurusan
  • Akauntabiliti Program
Diuruskan secara telus (transparent). Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar & peraturan yang ditetapkan.

Nilai faedah yang terbaik (best value for money). Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terabik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

Saingan terbuka (open fair competition). Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing; dan

Adil dan saksama (fair dealing). Sesuatu perolehan itu dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil & saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.

PENDAFTARAN PEMBEKAL/KONTRAKTOR
(AP 184) (SPP 16/93-MOF) (SPP 14/2002 - Kelas PKK)

Semua pembekal dan kontraktor yang ingin berurusan dengan kerajaan perlu berdaftar dengan Kerajaan seperti berikut :
  • Bekalan/Perkhidmatan: Mendaftar dengan Kementerian Kewangan (Unit Pendaftaran Kontraktor, Bahagian Perolehan Kerajaan)
  • Kerja: Mendaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Pembangunan Usahawan; dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 
PENGGUNAAN BAHAN/BARANGAN/PERKHIDMATAN TEMPATAN 
(SPP 7/2002)
  • Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diperolehi secara tempatan.
  • Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi Standard Malaysia atau Standard Antarabangsa lain yand diiktiraf.
  • Bagi perolehan kerja, agensi wajib menggunakan bahan/barangan/perkhidmatan keluaran tempatan yang dinyatakan di dalam senarai bahan-bahan binaan tempatan yang dikeluarkan oleh IKRAM QA Services Sdn. Bhd. (Certified and Listed in the ‘Product Certification and Construction Material List’)
  • Bagi perolehan bekalan, agensi wajib menggunakan barangan keluarkan tempatan yang disenaraikan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd.
PEROLEHAN BARANG-BARANG IMPORT 
(SPP 6/1996, 7/2002)
  • Bahan/barangan import melebihi RM50,000 perlu mendapat kelulusan MITI.
  • Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000 bagi satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara Free on Board (FOB).
  • Menggunakan syarikat perkhidmatan pengangkutan tempatan.
  • Perlindungan insurans melalui KWIBK (Akaun Amanah Kumpulan Wang Insurans Barang-barang Kerajaan)
PEMINDAHAN TEKNOLOGI UNTUK INDUSTRI TEMPATAN
(SPP 5/2007 para 10)

Membantu institusi dan industri tempatan dalam mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang terutamanya yang berteknologi canggih dan terkini.
Lazimnya dilaksanakan melalui program offset dengan kerjasama industri tempatan terutama sekali bagi perolehan strategik dan berteknologi tinggi.



KEUTAMAAN SYARIKAT BUMIPUTERA DALAM PEROLEHAN KERAJAAN 
(SPP 4/1995)

Syarikat yang diiktiraf sebagai Syarikat Bumiputera:
  • Sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan).
  • Sijil dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (bekalan/perkhidmatan) atau Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja).
  • Keutamaan Bumiputera Bagi Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan
Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah diperolehi di kalangan Syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja;
Melebihi RM100,000 keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera.

A. Keutamaan Bagi Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan

Nilai Perolehan % Keutamaan

Melebihi RM100 ribu-RM500 ribu 10%
Melebihi RM500 ribu-RM1.5 juta 7%
Melebihi RM1.5 juta-RM5 juta 5%
Melebihi RM5 juta-RM10 juta 3%
Melebihi RM10 juta-RM15 juta 2.5%
Melebihi RM15 juta- Tiada (Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera)

Langkah 1:

Harga Tawaran Pembekal Bumiputera (B)
Harga Tawaran Pembekal Bukan Bumiputera (BB)

B - BB = Perbezaan Harga (RM)

Contoh:
RM10,700,000 (B) - 10,500,000 (BB) = RM200,000

Langkah 2:

Peratus Perbezaan (%) = Perbezaan Harga x 100
Harga Tawaran BB

% Perbezaan ≤ % keutamaan : pilih pembekal bumiputera
% Perbezaan > % keutamaan : pilih pembekal bukan bumiputera

Contoh:

Peratus Perbezaan (%) = 200,000 x 100 = 1.9%
10,500,000

Nota: 1.9% (kurang dari 2.5%)


Keutamaan Bagi Pembuat atau Pengilang

Tawaran hendaklah memberi keutamaan kepada Syarikat yang bertaraf pembuat/ pengilang Bumiputera sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan secara terbuka di kalangan pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera.

Nilai Perolehan % Keutamaan

Sehingga RM10 juta 10%
Melebihi RM10 juta –RM100 juta 5%
Melebihi RM100 juta 3%

(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera)

Keutamaan Bagi Perolehan Kerja
  • Kerja-kerja bernilai kurang RM100,000 dikhaskan kepada Bumiputera.
  • Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM100,000 hingga RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi dikalangan Bumiputera.
  • 30% dari peruntukan tahunan untuk kerja, dikhaskan kepada Bumiputera (tidak termasuk kerja-kerja kurang RM100,000).



KAEDAH PEROLEHAN

  • Perolehan melalui Panjar Wang Runcit.
  • Perolehan melalui Kontrak Pusat.
  • Perolehan Pembelian Terus
  • Perolehan secara Gotong Royong
  • Perolehan Darurat
  • Perolehan melalui Perlanjutan/Perubahan Kontrak
  • Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS)
  • Perolehan melalui Perkhidmatan Perunding
  • Perolehan melalui Penggunaan Kontrak Jabatan Lain.
  • Perolehan melalui Sebutharga
  • Perolehan melalui Tender
  • Perolehan melalui Rundingan Terus
PEROLEHAN MELALUI PANJAR WANG RUNCIT
[AP97(d), 111-113 & SPP 2/2002]
  • Objektif utama perolehan melalui Panjar Wang Runcit adalah untuk kegunaan segera.
  • Pembelian tidak melebihi RM 500.00 (SPP Bil.2/2002).
  • Peringkat Ibu Pejabat Jabatan RM3,000.00
  • Pejabat Peringkat Negeri RM2,000.00
  • Pejabat Peringkat Daerah RM1,000
Tiada dokumen pembelian diperlukan (cukup dengan resit sahaja & Kew 50).
Buat rekupmen jika wang tunai tinggal sedikit.
Pembelian aset/barang kontrak pusat tidak dibenarkan

PEROLEHAN MELALUI KONTRAK PUSAT 
(AP 178.1)

Barangan gunasama.

Perlu rujuk Pekeliling Kontrak Perbendaharaan.
Guna Pesanan Tempatan sebagai dokumen pembelian.
Item Kontrak Pusat :
Perabot jenis polypropylene.
Perabot pejabat (kerusi berasaskan kain)
Kabinet, rak, gerobok besi (perabot berasaskan logam)
Sampul surat
Wardrobe berasaskan logam
Peluru untuk senjata kecil
Alat ganti proprietory kenderaan
Kertas komputer tidak bercetak

(Perlu semak dengan PKP semasa)

PEROLEHAN TERUS [AP 173.1, 180.1(b)]

Bekalan/Perkhidmatan (SPP 12/2007)

Sehingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau Bukan Bumiputera.
Hendaklah membuat kajian pasaran supaya harga bekalan atau perkhidmatan yang diperolehi adalah berpatutan dan menguntungkan Kerajaan dan pastikan tidak tertumpu kepada Pembekal tertentu selaras dengan prinsip-prinsip perolehan.
Bagi bidang khusus yang memerlukan lesen/permit yang sah atau kepeluan lain yang disyaratkan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan, agensi hendaklah memastikan bahawa pembekal yang dipilih mematuhi syarat-syarat tersebut.

Contoh :
Kawalan Keselamatan – KKDN
Ubatan – Kem. Kesihatan
Papan Tanda - PBT

Kerja (SPP 2/1999)

Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan Kontraktor Kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan.
Gunakan Pesanan Kerajaan atau Inden sebagai dokumen pembelian/perolehan mengikut mana yang berkaitan.

PEROLEHAN SECARA GOTONG ROYONG (SPP 4/2004)

Kriteria bagi menentukan projek secara gotong royong:
Had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyak RM100,000.
Tidak memerlukan kepakaran khusus seperti mekanikal dan elektrikal.
Boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju Projek yang terdiri daripada oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Jawatankuasa Kemajuan Mukim/Badan/ Pertubuhan/Persatuan atau Badan- Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang melibatkan masyarakat setempat.
Bebas daripada semua halangan seperti pemilikan tapak projek dan sebagainya.
Melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak kemasyarakatan.
Tempoh pelaksanaan tidak melebihi 14 hari kerja berturut-turut atau 14 hari dalam tempoh maksimum 3 bulan.
Syarat-syarat pelaksanaan projek gotong-royong:
Senarai projek dikenalpasti terlebih dahulu dan dipersetujui oleh Pegawai Pengawal.
Pegawai Pemegang Waran/Pemegang Waran Kecil melantik Pegawai Penyelia untuk memastikan hal-hal kewangan dan bertanggungjawab mengesahkan projek berkenaan siap.
Mendapat kerjasama Jabatan Teknik mengikut mana yang berkenaan.
Pihak Peneraju Projek bertanggungjawab memastikan keselamatan bahan-bahan dan peralatan projek sepanjang tempoh pelaksanaan Projek.
Tatacara Kewangan pengendalian projek gotong-royong:
Pihak Peneraju Projek hendaklah membuka/mempunyai satu akaun di bank tempatan.
Sumbangan kewangan daripada swasta dan dermawan/orang perseorangan dimasukkan ke dalam akaun gotong royong berkenaan.
Satu penyata kewangan berasingan bagi setiap projek hendaklah disediakan dan disimpan oleh Pihak Peneraju Projek.
20% daripada peruntukan pemberian Kerajaan bolehlah diperuntukkan untuk bayaran elaun sagu hati dan makan minum peserta gotong royong.
Laporan Pelaksanaan Projek:
Laporan pelaksanaan secara berkala bagi setiap separuh tahun pertama dan kedua kepada Pegawai Pengawal masing-masing.
Laporan juga hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi setiap separuh tahun pertama dan kedua (sebelum 31 Julai dan 31 Januari tahun berikutnya).

PEROLEHAN DARURAT (AP 55, 173.2)

Perolehan yang perlu dibuat segera atau serta merta.
Perolehan tidak melebihi keperluan semasa.
Prosedur biasa Perolehan dikecualikan (AP170, 171, 172, 180, 181 dan 190 ).
Kemukakan laporan terperinci kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan/ Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh 1 bulan dari tarikh Perolehan untuk tujuan penyiasatan dan audit.

PEROLEHAN MELALUI PERLANJUTAN/PERUBAHAN KONTRAK 
(AP 201 dan 202)

Bekalan/Perkhidmatan (AP201)

Perlanjutan /perubahan kontrak boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan atau Jawatankuasa Sebut Harga dengan syarat berikut:
Kontrak masih berkuatkuasa.
Tidak melibatkan kenaikan harga.
Perlanjutan hanya untuk sekali sahaja dan tempoh maksimum sehingga 2 tahun.
Tambahan kuantiti tidak boleh melebihi 50% dari nilai kontrak asal tertakluk maksimum RM7.5 juta dengan syarat jumlah tambahan dan kontrak asal tidak melebihi RM25 juta (AP201.1)

Arahan Perubahan Kerja (AP202, SPP 7/2007)

Arahan perubahan kontrak bagi perolehan kerja boleh diluluskan oleh pihak berkuasa sebagaimana yang ditetapkan di bawah AP 202.2 dengan syarat:
Tempoh kontrak masih berjalan semasa arahan perubahan kerja dikeluarkan, kecuali dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak.
Perubahan tidak menukar sebahagian besar skop kerja asal.
Bagi kerja tambahan, perubahannya hendaklah di tapak pembinaan.
Bagi kerja gantian, perubahan kerja adalah dalam skop kontrak asal dan kerja yang ditentukan dalam kontrak asal hendaklah dikenalpasti dalam kerja-kerja gantian itu.

PEROLEHAN MELALUI KONTRAK KEMENTERIAN & JABATAN LAIN 
(AP 178.2)

Kementerian/Jabatan boleh memperoleh bekalan barangan yang diperlukan dari Kementerian/Jabatan yang telah mempunyai kontrak sebagai pengguna utama sesuatu barangan atau dari pembekal.
Hendaklah mendapat kelulusan Perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri terlebih dahulu

PEROLEHAN MELALUI JABATAN TEKNIK
(SPP 3/2006 PINDAAN KEPADA AP182)

Jabatan bukan teknik hendaklah merujuk kepada Jabatan Teknik bagi perolehan kerja bernilai RM5 juta ke atas.
Semua projek kerja yang bernilai tidak melebihi RM5 juta boleh dilaksanakan sendiri oleh Agensi tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Teknik.
Sekiranya Jabatan teknik tidak berkemampuan, perolehan melalui perkhidmatan perunding hendaklah dilaksanakan. Sesalinan ‘as built drawing’ hendaklah mengemukakan kepada Jabatan Teknik.
Bagi kerja-kerja yang melibatkan tambahan atau pengubahsuaian bangunan kerajaan Persekutuan kelulusan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Bagi kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan bangunan yang disewa, kebenaran tuan punya bangunan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

(Jabatan Teknik : JKR, Jabatan Pengairan & Saliran)

PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING
(AP 186, SPP 3/2006, 8/2006, 8/2007 & SAP 4.12.2006

Rujuk kepada projek yang bernilai melebihi RM5 juta kepada Jabatan Teknik terlebih dahulu. Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan tidak berkemampuan, agensi boleh melantik perunding mengikut tatacara yang berkuatkuasa.
Hendaklah mendapat kelulusan dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan ‘A’ Agensi mengikut mana yang berkenaan.
Kelulusan bayaran perkhidmatan perunding hendaklah diperolehi dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan ‘A’ Agensi mengikut mana yang berkenaan.
Perunding dilantik hendaklah menguruskan perolehan bagi pihak Jabatan berkenaan mengikut tatacara perolehan Kerajaan yang berkuasa.

bersambung di bahagian 2.....



.

Tuesday, October 16, 2012

TAJUK 82: TAUFAN DAN WANITA



.
Di Sebalik Nama Taufan
06 Dis 2006
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

KITA dihidangkan menerusi kaca televisyen dan paparan di akhbar dengan kesan malapetaka alam yang berlaku kepada dunia dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Kesannya itu, seperti hilang harta benda, orang tersayang dan sebagainya cukup menyentuh jiwa, walaupun di sini, kita dilindungi daripada bencana-bencana seperti itu.

Atas dasar ikatan kemanusiaan, kita turut terpanggil untuk ‘terlibat’ sama berkongsi rasa dan duka mereka mengharungi taufan, gempa bumi, tsunami atau banjir buruk.Pada tahun 2005, dunia menyaksikan banyak bencana alam buruk berlaku. Ini termasuk gempa bumi di Aceh dan taufan Katrina serta Rita di Amerika Syarikat (AS).

Apabila berlakunya bencana, lebih-lebih lagi yang meragut banyak nyawa dan harta benda, ia menjadi lebih diingati. Itu sebabnya tsunami di Aceh kekal menjadi ingatan selain taufan Katrina.

Tidak seperti malapetaka lain, apabila taufan berlaku, ia membadai bersama-sama ‘namanya’. Tidak ada tsunami Aceh atau Jepun dalam sejarahnya, tetapi kita membilang nama-nama di sebalik taufan ini. Masakan kita boleh lupa dengan nama Katrina, Mawar, Rita, Xangsane atau Greg dan sebagainya.

Terbaru, di dada media nama Durian semakin popular. Dengan banyak laporan mengenai kesan Durian ‘menghempas’ Filipina, Vietnam dan terkena sedikit tempias di Malaysia, ia kini disebut-sebut ramai. Selebihnya, ia menghadapkan kepada kita satu soalan yang bunyinya agak lucu tetapi barangkali perlu – bagaimana agaknya taufan-taufan ini mendapat nama atau siapa yang bertanggungjawab menamakan taufan-taufan ini.

Khairiyah Hasbullah, bekas pelajar pengkhususan bidang geografi di Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberitahu, kebiasaannya nama taufan itu diberi oleh negara yang terjejas akibat bencana alam berkenaan. Katanya, Filipina dan Jepun banyak memberi nama yang mempunyai unsur-unsur atau melambangkan identiti mereka kepada taufan-taufan yang melanda.

‘‘Itu mungkin kerana Filipina dan Jepun banyak menyaksikan taufan di kawasan mereka. Dalam tempoh setahun, tidak kurang tiga taufan atau ribut tropika yang melanda kedua-dua negara itu berikutan lokasi mereka yang tidak terlindung kepada arah perjalanan angin kencang,’’ kata Khairiyah, yang kini bekerja di sektor awam kepada Utusan Malaysia.
Tetapi sebuah ensiklopedia bebas, Wikipedia pula menyebut bahawa ada sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan-taufan ini.

Ensiklopedia Britanicca pula memperincikan sejarah sistem pengenalan nama taufan di mana pada satu ketika ia dinamakan sempena lokasi taufan itu berlaku – cara paling awal digunakan tetapi dihapuskan kerana sukar selain rumit diamalkan. Pernah juga pada awal abad ke-19, taufan diberi nama sempena orang keramat dalam agama Kristian. Maka sejarah memperingati nama taufan Santa Ana dan San Filipe di Puerto Rico.

Trend memberi nama taufan ini mengalami sedikit anjakan pada tahun 1950-an apabila sistem pemberian nama mengikut abjad diperkenalkan oleh sekumpulan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat (AS). Tetapi menariknya, hanya nama-nama wanita digunakan. Maka, lahir nama taufan Able, Barbara, Carol, Dolly dan sebagainya.

Sistem pengenalan tersebut telah digunakan secara meluas di Barat. Bagaimanapun, kumpulan aktivis wanita di AS menyuarakan rasa kurang senang dengan penggunaan nama orang perempuan dalam sistem berkenaan.

Dan, demi keadilan, pada penghujung 1970-an, nama orang lelaki turut dimasukkan secara bergilir-gilir dalam senarai tersebut. Justeru terpahat dalam sejarah adanya nama Max, Ramon, Todd, Kenneth berselang-seli dengan nama Rita, Katrina, Veronica dan sebagainya.
Sistem berkenaan turut diguna pakai oleh jawatankuasa siklon tropika yang terletak di Miami dan Honolulu di AS, Fiji, India, Jepun dan pulau di Lautan Hindi.

Britanicca seterusnya menyebut bahawa, pemilihan nama itu akan diselaraskan oleh jawatankuasa peringkat antarabangsa iaitu Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO).
Menariknya, nama taufan itu turut juga terdedah untuk dihapuskan. Sebagai contoh jika taufan itu menyebabkan kadar kematian atau kerosakan harta benda yang tinggi, ia tidak akan digunakan lagi.

Antara nama taufan yang telah dihapuskan ialah Andrew, Diana, Georges, Jane dan Mitch. Di Asia pula, nama-nama seperti Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan dihapuskan dan masing-masing digantikan dengan Nuri, Peipah, Molave dan Matmo.

Sudah hampir pasti bahawa Katrina, Rita, Stan , Dennis dan Wilma akan dihapuskan namanya memandangkan ‘mereka ini’ semua mendatangkan kemusnahan yang bukan sedikit darjahnya.

Sementara itu, Jawatankuasa Taufan bagi kawasan bahagian barat Lautan Pasifik Utara dan Laut China Selatan telah memperkenalkan satu teknik baru menamakan taufan-taufan.
Nama-nama taufan akan diletakkan dalam beberapa senarai dan ia akan disusun mengikut turutan abjad negara dalam jawatankuasa tersebut. Malaysia turut menganggotai jawatan kuasa berkenaan yang terdiri dari 14 buah negara. Selain Malaysia, anggota lain ialah Kemboja, China, Korea Utara, Hong Kong, Jepun, Laos, Macau, Filipina, Korea Selatan, Thailand, AS dan Vietnam.

Tugas setiap negara anggota ini ialah menyumbang 10 nama, bermakna 141 buah nama setiap pusingan. Penggunaan nama taufan dilakukan secara pusingan mengikut senarai-senarai yang disediakan. Jawatankuasa itu berpusat di Jepun. Paling unik, pemilihan nama- nama taufan itu melambangkan identiti Asia sendiri.

Malaysia turut menyumbangkan beberapa nama seperti Jelawat, Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar cadangan Malaysia itu digunakan pada taufan yang melanda Filipina dan Vietnam pada Mei 2005. Perlu diingatkan nama taufan yang dicadangkan boleh sahaja menggambarkan buah, tumbuhan, individu, binatang dan sebagainya.

Menarik juga, Filipina, melalui sebuah jawatankuasa meteorologi bertindak sendiri menamakan taufan yang melanda negara mereka. Misalnya, taufan Xangsane sumbangan Laos yang bermakna gajah ditukar menjadi Milenyo apabila ia menghampiri Filipina.
Seperkara yang penting, mungkinkah nama Taufan Durian, yang sekarang membelasah Filipina dan Vietnam itu adalah cadangan Malaysia memandangkan ia adalah buah yang diberi julukan ‘Raja Buah’ di negara ini?

Laporan AFP dan Reuters sebelum ini menyebut bahawa, Durian diambil sempena nama buah yang sangat popular di Asia Tenggara. Tetapi sebenarnya, Durian itu ialah nama yang dicadangkan oleh Thailand, bukannya Malaysia.

www.utusan,com

 
 
 

 


THE DIFFERENCES BETWEEN HURRICANE AND TYPHOON

Hurricane
Typhoon
About:
Tropical cyclones in the North Atlantic Ocean, the NE Pacific Ocean east of the Internat'l Date Line, or the South Pacific Ocean east of 160E with sustained winds of (or those that exceed) 74 mph are hurricanes.
Tropical cyclones in the Northwest Pacific Ocean west of theInternational Date Line with sustained winds of (or those that exceed) 74 mph are typhoons.
Rotation:
Clockwise in the southern hemisphere and counterclockwise in the northern hemisphere
Counterclockwise
Intensity:
Hurricanes are classified into five categories according to the Saffir-Simpson Hurricane Wind Scale. The wind speed and intensity of damage increases as from category 1 to category 5.
Typhoons are generally very strong because of the Pacific’s warm water, and therefore are more frequent. They are also classified on the Saffir-Simpson Hurricane Wind Scale.
Most affected areas:
Caribbean Sea

South East Asia, China Sea etc.
Location:
North Atlantic Ocean, the NortheastPacific Ocean east of theInternational Date Line, or the South Pacific Ocean east of 160E.Hurricanes are found near the tropical zone, over warm waters in the Atlantic and Pacific ocean.
Northwest Pacific Ocean west of the International Date Line
Characteristics:
Heavy winds, floods, storm surge, a lot of rain, tornadoes
Heavy winds, floods, storm surge, a lot of rain, tornadoes
Frequency:
10-15 per year
25-30 per year
Forms of precipitation:
Rain
Rain
Occurrence:
Usually warm areas
Usually warm areas





.

Saturday, September 15, 2012

TAJUK 81: REUNION L6 ALAM SHAH 1977

.


  REUNION PERTAMA  
  ALUMNI LOWER SIX 1977  
SEKOLAH ALAM SHAH, JALAN CHERAS
16 SEP 2010


Banyak perkara yang dirancang tidak menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang malah tidak terlintas di fikiran untuk dibuat tetapi ianya berlaku.

Semasa di sekolah menengah aku menyenaraikan TIGA cita-cita utama; pertama: Peguam, kedua: Arkitek dan ketiga: Juruterbang.  Aku mempunyai peluang dan jalan yang baik (selepas lulus SPM) untuk mencapai cita-cita itu namun dengan kehendak Allah, aku gagal mencapai ketiga-tiga impian tersebut.
  • Aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Berasrama Penuh yang berprestij, iaitu Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras Kuala Lumpur. Jika aku lulus peperiksaan STP dengan baik, aku boleh melanjutkan pengajian dalam jurusan Undang-undang di UM untuk menjadi seorang Peguam.  TETAPI aku meninggalkan Tingkatan 6R (L6 SAS) dan memasuki UTM untuk mengejar cita-cita kedua.
  • Aku berpeluang mengikuti kursus Diploma Senibina di UTM Jalan Gurney (Semarak) mulai Jun 1977.  Ini adalah jalan terbaik untuk membolehkan aku mencapai cita-cita menjadi seorang Arkitek. TETAPI telah ditaqdirkan aku gagal menamatkan pengajianku di UTM atas sebab-sebab kelemahan diriku sendiri.  Lalu aku terkeluar dari landasan untuk mencapai cita-cita kedua.
  • Setelah gagal di UTM aku menyertai angkatan tentera melalui latihan di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson.  Setelah melepasi latihan yang keras selama 9 bulan aku diterima untuk menjalani latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang 2, TUDM Kluang pada bulan Januari 1981. Aku gagal menamatkan latihan untuk mencapai cita-citaku menjadi seorang juruterbang.
Itulah sebahagian dari perjalanan hidupku.  Dari satu kegagalan ke satu kegagalan. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Kita hanya mampu meletakkan cita-cita dan merancang. Allah yang menentukan segala-galanya.

Namun tempoh singkatku di Sekolah Alam Shah (SAS) dan tidak memberikan apa-apa sijil dan kelayakan bukan lah satu kerugian sama ada dari segi masa dan kualiti. Mungkin dari segi 'kuantiti' usia, aku telah kerugian selama 3 tahun, dari Mei 1977 hingga Apr 1980. Kata orang kalau aku masuk TUDM sebaik sahaja aku tamat SPM, aku sudah berkhidmat selama 35 tahun- mungkin sudah berpangkat Brig Jen???.  Itu perkiraan manusia yang serba kekurangan dari segi ilmu.  Allah lebih mengetahui dan lebih tahu mana yang baik untuk diri kita. Ramai lagi rakan seperjuang dalam TUDM yang memasuki TUDM lebih 3 tahun lebih awal dari aku kini berada di belakang aku.  Bukan sesekali aku takbur atau sombong atau riak...TAPI seperti aku tulis tadi, perkiraan Allah dan perkiraan manusia jauh berbeza.

Dari perjalanan hidupku yang berliku, kini aku punya ratusan rakan yang bergelar 'alumni'.  Biarpun perjalanan aku bersama mereka terlalu singkat dan aku rasa tidak layak untuk bergelar alumni dari kalangan mereka, namun mereka menerima aku dengan hati terbuka tanpa sedikitpun melihat 'my failure' sebagai satu handicap.  Lihat, hari ini aku punya keahlian dalam alumni (plural of alumnus) berikut:
  • Alumni Lower Six 1977- Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, KL.
  • Alumni First Year Architecture 1977/78/79, UTM, Jalan Gurney, KL.
  • Alumni TJP37, Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson
Tidak cukup dengan itu, aku juga menjadi alumni berikut:
  • Alumni DBS 1986/1989, ITM Shah Alam.
  • Alumni BBA(Hons)(HRM), UiTM Shah Alam.
  • Alumni MTAT Haigate (Course 28/1999).
  • Alumni MBA, UKM
Kembali ke kesah Lower Six Alam Shah. Rakan-rakan sekelas dan seasrama yang hanya dapat bersama denganku lebih kurang sebulan telah membina perbagai kerjaya dan kehidupan mereka.  Kesemua mereka ini telah putus hubungan denganku sejak hari aku meninggalkan bangunan SAS untuk berpindah ke UTM pada bulan Jun 1977.  Aku sendiri sudah melupai hampir kesemua rakan sekelasku di L6 SAS. Yang pasti aku tidak lupa hanya tiga pelajar yang datang dari satu sekolah di STMI Parit Saidi, Batu Pahat iaitu; Kamdani Md Salleh, Ahmad Noh Jeni dan Yasman bin Tamsir.  Kecuali Kamdani (rakan sekampungku), yang lain juga aku tidak pernah temui sejak tarikh tersebut.  Kamdani akan aku temui setiap hari raya jika aku balik kampung kerana beliau kini mengajar di Sek Keb Seri Rejo Sari (sekolah aku dari tahun 1966 hingga 1971).  Seorang yang aku pernah temui ialah Khairudin semasa bertugas di MinDef di pertengahan tahun 90an. Ketika beliau bertugas sebagai EO di Markas Tentera Laut.  Ada dua tiga kali aku bertembung dengannya sama ada di lift atau di kantin MinDef.  Itulah sahaja.
.
 
 
 

Setelah 35 tahun berpisah dan bertempiaran di merata tempat di seluruh negara dan mungkin ada yang bertugas di luar negara. Kini mereka telah memegang pelbagai jawatan dan profession di daalam pelbagai organisasi awam dan swasta. 

Cetusan rasa untuk memulakan reunion apabila aku menjemput mana-mana yang ada contact untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anakku pada 19 Nov 2011 di Dewan Seroja, MinDef.  Hanya Kamdani sekeluarga dan Malek Azman sahaja yang hadir. Aku tidak jemput Malek secara langsung. Aku jemput Ahmad Noh melalui sms dan Ahmad Noh panjangkan kepada Malek.  Mungkin itulah tali persaudaraan yang lahir dari hati yang luhur.  Demi sahabat.  Aku tiada ayat untuk mengucapkan terima kasih.  Marjuni pula kutemui dalam facebook. Bermula dari situ aku mendapat banyak contact number yang lain.  Dari Marjuni aku dapat beberapa contact number lagi.  Yang pertama menelefon aku ialah Yasman.  Selepas itu, aku menghubungi Abdul Talib melalui facebook.

Engku Hamzah aku dapat kesan semula secara kebetulan juga. Aku membuka websait Kedutaaan Malaysia di Washington dalam tahun 2008 atau 2009.  Terlihat namanya dalam senarai pegawai kedutaan, aku pun menghantar emel kepada beliau.  Sekali dua beremel, terus terhenti.  Kemudian pada tahun 2012 salah seorang staf aku di MLU membawa kad nama beliau bersama pesan supaya menghubunginya.  Kebetulan staf aku menghadiri satu majlis memakai uniform TUDM dan beliau (Engku) bertanyakan staf itu berkaitan diriku.

Pertemuan yang agak 'membesar' ialah semasa hari perkahwinan anak Hj Misro Jerut di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi pada bulan 15 Julai 2012.  Kali ini aku hanya mendapat sms dari makluman dari Malek berkaitan jemputan Misro. Aku menghantar sms kepada Misro untuk memohon hadir dalam majlis berkenaan.  Dalam majlis tersebut aku dapat bertemu beberapa orang ex-classmate seperti Abu Bakar Katar, Sapini Mat Saman, Malek Azman, Ahmad Noh Jeni, Marjuni Suradi, Adam Sulong dan Zakaria Bokhari.

 

pertemuan terkini ex-Lower Six, SAS 1977 (15 Julai 2012)
semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak lelaki Hj Misro bin Jerut di Dewan Tun Abdullah Salleh UKM.
Dari kiri: Abu Bakar Kattar, Ahmad Noh Jeni, Abd Malek Azman, Marjuni Suradi dan penulis 
DARI KIRI: Zakaria Bokhari, Malek Azman, Sapini Mat Saman, Marjuni Suradi, x/x, Adam Sulong, Abu Bakar Katar, Misro Jerut, Ahmad Noh Jeni dan Toharudin.
"Nostalgic- setelah 34 tahun (1977-2012)"
.
Pertemuan rasmi kali pertama kami dalam Majlis Eidil Fitri yang dihostkan oleh salah seorang rakan sekelas kami, Engku Hamzah bin Tuan Mat di Sungai Ramal Dalam, Kajang pada malam 16 September 2012.
.
Rancangan untuk mengadakan reunion (gathering) bersama keluarga mula dirancang semasa pertemuan di Majlis Perkahwinan anak lelaki Misro di UKM Bangi. 'Master mind'nya ialah Malek Azman. Dari awal meletakkan 16 Sep, malam sebagai tarikh sasaran, kerana long weekend sempena cuti Hari Malaysia.  Lokasi pertemuan yang asal ialah di D'Float Restaurant Bangi. Mulanya aku mengambil keputusan tidak hadir kerana tarikh itu aku baru sehari pulang dari Bandung, kepenatan.  Tapi semasa di Bandung, aku menukar fikiran. Aku menghantar 'sms' kepada Malek bahwa aku ingin hadir.  Pastinya amat dialu-alukan.

Maka, tibalah hari yang dirancangkan.  Majlis bermula selepas waktu Maghrib.  Aku bertolak dari rumah ke Sungai Ramal Dalam selepas solat Maghrib. Aku bawa isteri dan 4 anak-anakku; Aisyahnur, Atikah, Heikal dan Nurul.  Semasa aku sampai, yang telah berada di sana ialah Misro dan Abu Bakar.  Aku sampai bersekali dengan Marjuni.

Daripada 34 orang dalam satu kelas hanya 10 yang hadir:
  1. Engku Hamzah Tuan Mat (EPU, JPM- host)
  2. Abdul Malek Azman (Prasarana Selangor, organizer) - bersama isteri dan anak.
  3. Toharudin Abd Rasid (TUDM)- bersama isteri dan 4 anak.
  4. Hj Marjuni Suradi (Guru Besar di Pontian, Johor)- bersama isteri, anak, menantu, cucu dan adik ipar.
  5. Hj Yasman Tamsir (Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Johor)- bersama isteri dan 2 anak
  6. Fathurrahman (persendirian)- bersama isteri.
  7. Minhad (Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Shah Alam)- bersama isteri dan 3 anak.
  8. Abu Bakar bin Kattar (Hakim Mahkamah Session, Melaka) bersama isteri.
  9. Hj Misro bin Jerut (Pegawai di UKM Bangi)- bersendirian.
  10. Ahmad Noh bin Jeni (Naib Presiden Perbankan Islam, BSN KL)- bersama isteri.
Yang aku pernah jumpa sebelum ini:
  1. Kamdani Saleh (Guru di Batu Pahat) - Kamdani adalah rakan sekampung dengan aku.
  2. Khairudin (Pegawai Tadbir KEMENTAH) - tidak dapat dihubungi
  3. Adam Sulong (PTD- Pengarah Bajet, EPU)- berada di luar negara
  4. Hj Sapini Mat Saman (Presiden Mahkamah Perusahaan, Johor Bahru - tidak dapat hadir kerana ada urusan kelurga
  5. Zakaria Bokhari (Guru di Pontian) - ada urusan rasmi
Yang belum pernah berjumpa lagi:
  1. Abdul Talib bin Hamid (Pegawai Pendidikan Negeri) - ada urusan rasmi di Kuching, Sarawak (kali pertama jumpa Talib di majlis perkahwinan anak Adam di Putrajaya, Mac 14)
  2. Abd Rashid (Kelantan) - Hakim - tidak dapat dihubungi
  3. Azman (Muar) - tidak dapat dihubungi
  4. Dzainal bin Rahman (Senggarang, Johor)- tidak dapat dihubungi
  5. Sidek bin Jaafar (AADK Johor Bahru) - ada urusan keluarga
  6. Dato' Simi bin Abd Ghani (SPRM Johor Bahru) - ada urusan keluarga di Kelantan (kali pertama jumpa di majlis perkahwinan anak Noh Jeni)
  7. Razak Ahmad (Agro Bank)- ada urusan rasmi di Mersing
  8. Zakaria bin Md Alip (Johor) - tidak dapat dihubungi (kali pertama jumpa di majlis perkahwinan anak Noh Jeni)
  9. Baharudin bin Abd Kadir (Kelantan)- tidak dapat dihubungi
  10. Zaki in Muda (Terengganu) - JPS, Besut
  11. Che Shukri bin Hassan (Kelantan) - tidak dapat dihubungi (kali pertama jumpa di satu majlisdi MINDEF)
  12. Kamarudin (Melaka) - tidak dapat dihubungi
  13. Kamaruzaman. (Kamaruzzaman) - tidak dapat dihubungi
  14. Ali bin Senik (Kelantan) - BERNAS Machang
  15. Tuan Adnan (Kelantan) - tidak dapat dihibungi
  16. Johari bin Udar (Johor) - tidak dapat dihubungi
  17. Abd Hamid bin Abd Rahman - tidak dapat dihubungi
Yang tak mungkin dapat ditemui lagi:
  1. Fauzi (telah meninggal dunia)

Maknanya hanya ada 5 orang lagi yang aku gagal mengingati nama dan mukanya.

Rupanya bukan aku sahaja yang putus hubungan dengan mereka.  Di kalangan mereka pun ramai yang 'lost contact' sejak meninggalkan Alam Shah pada tahun 1978.  Selepas mereka menamatkan STPM, hidup mereka 'bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing'.  Ada yang masuk universiti (kebanyakannya UM), ada yang masuk Maktab Perguruan, ada yang masuk ITM dan ada yang terus bekerja menggunakan kelulusan STPM.  Selepas itu masing-masing membina kerjaya masing-masing ke pelbagai arah. Ada yang laju ada yang perlahan. Pada masa itu pulak, mana ada handphone, jadi mengharapkan telefon dan surat kiriman sahaja, segalanya berakhir dengan berharap kepada kebetulan sahaja.  Malah semasa melangsungkan perkahwinan pun tidak terlintas untuk mengesan atau mencari rakan-rakan ini.

Sehinggalah malam tadi, dimana satu pertemuan yang dirancang secara formal.

Pastinya macam-macam cerita lama keluar kembali. Mengenang ke'nakal'an masing-masing.  Biasalah anak-anak kampung yang baru pertama kali duduk di asrama penuh setelah berusia 17 tahun. Kebetulan 'Kelas 6R' terdiri dari semua pelajar terpilih dari luar bandar daru negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka sahaja.  Dari kepelbagaian ini tercernalah pelbagai kesah suka dan duka.

Aku tidak mempunyai banyak pengalaman bersama mereka, jadi hanya menyampuk sahaja cerita mana-mana yang perlu sambil ingin mengingat kembali setiap individu yang aku pertama kali temui ini.
.
Kumpulan pertama yang datang- mengambil posisi sementara menanti rakan-rakan yang lain
Seronok bercerita kesah lama waktu muda baru nak mengenal dunia luar
Sebahagian para isteri yang kali pertama bertemu yang tidak pernah mengetahui bahawa suami mereka pernah duduk dalam satu kelas dan satu dormitary suatu ketika duhulu juga begitu cepat menzahirkan kemesraan
semua berdiri dan tolak menolak untuk memegang pisau bagi upacara memotong kek 'reunion'
akhirnya Marjuni dan Malek mengetuai upacara memotong kek 'Reunion'

Haji Marjuni dan Abd Malek telah dipilih untuk mengetuai acara memotong kek 'reunion'. Haji ni lurus orangnya.  Buat satu kerja tidak boleh menyambil buat benda lain.  Semasa memotong kek, dia memfokus matanya kepada kek yang dipotong.  Kawan-kawan kata, mata tu pandang la kamera, pisau tu letak je kat kek tu, simbol je.  Dia pun tengok kamera, tapi bila cameraman kata sediaaaa... dia pandang ke arah kek semula.  Walaupun diingatkan beberapa kali, dia tetap tidak berjaya memandang ke arah kamera, jadi sampai ke sudah, 3-4 snap, satu pun tak ada yang muka dia tengok kamera.

Kesah sebagai pelajar sekolah asrama penuh tidaklah sehebat kesah kenangan yang dialami oleh seorang Pegawai Kedet Tentera.  Namun ia ada cerita dan seni tersendiri. Kesah seperti 'sneaking', 'skodeng', kesah berjumpa hantu ketika pulang lewat malam, kesah mem'bereng' (men'tackle') anak dara cikgu (yang tinggal di rumah guru) atau mengusik anak dara makcik warung tetap menarik untuk diulangbicara.  Ada satu cerita, bahawa Kamdani yang 'admire' dengan anak cikgu Yunus (guru sejarah) telah tersasul memanggil cikgu Yunus dengan panggilan 'ayah' di dalam kelas.

Zaman pelajar asrama penuh, khususnya Tingkatan 6 Sastera memang membosankan.  Sebab itu pelajar begitu kreatif 'mereka-reka' atau buat hal untuk mencari hiburan. Berbeza dengan pelajar Sains atau Matrikulasi, pelajar Sastera lebih 'relax'. Pelajar Sains dan Matrix terallu sibuk mentelaah pelajaran mereka.  'Excellent result' merupakan nyawa mereka.  Oleh itu mereka tidak mempunyai masa untuk berfoya-foya. Sebab jawatan Ketua Satu dibebankan kepada pelajar 6 Atas begitu juga dengan jawatan-jawatan penting lain seperti Ketua Perpustakaan, Ketua Sukan, Ketua-ketua Persatuan.

Pelajar Sastera banyak pilihan.  Kalau tak boleh masuk universiti boleh mohon masuk ITM atau Maktab Perguruan. Sijil dari SAS amat berharga dan dihargai.  Senior-senior SAS yang lalu telah membuktikan lepasan SAS mampu diberi amanah memegang jawatan utama peringkat nasional.  Ramai alumni SAS yang berjaya dalam kemuncak kerjaya mereka sama ada dalam sektor Kerajaan atau swasta.

kelamkabut sikit semasa mengatur tempat untuk bergambar bersama pasangan masing-masing. Aku yang menganjurkan idea utk bergambar dengan pasangan di luar rumah. Hj Misro masih confused nak berdiri belakang isteri siapa???.
isteri-isteri dah okay, tapi ada dua lagi kerusi kosong- so, masing-masing toleh belakang nak pastikan suami yang betul...hahahaha. Misro masih menunggu keputusan!
bersama isteri masing-masing
ada yang dah sedia, ada yang baru nak mengambil posisi
siapppp...tapi lampu atas ni mengganggu focus camera

Bukan sahaja kami bekas pelajar yang enjoy the dinner.  The wives were also enjoyed meeting their new friends.  Sambil makan hidangan satay, nasi dagang, roti jala dan pelbagai kueh mueh yang disediakan oleh tuan rumah, Engku dan isteri/keluarga, mereka juga rancak bercerita sehingga saat perpisahan.

better angle....
kali ini bergambar bersama ahli keluarga yang hadir
.
Walaupun jumlahnya kecil berbanding jumlah rakan sekelas yang asal ia cukup bermakna sebagai usaha untuk memulakan langkah yang seterusnya. Terima kasih kepada Abdul Malek Azman (orang parit Keroma, Muar) yang bersungguh-sungguh mengusahakan pertemuan ini. Terima kasih Engku Hamzah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk reunion untuk pertama kalinya ini.

Pertemuan selanjutnya di........


Sembang Teh tarik
Bangi, 05 Dis 14

Majlis Pengkebumian PW Saipul
Ayer Baloi, 29 Jan 14

Majlis Perkahwinan anak Adam Sulong
Putrajaya, 17 Mac 14

Majlis Perkahwinan anak Engku Hamzah
Ramal Suria, Kajang, 5 April 14



IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...