SALAM EID MUBARAK 1434H
PERTAMA KALI BERAYA DI KL
Tahun 1434 Hijriyah merupakan tahun yang bersejarah buatku. Inilah kali pertama aku menyambut Hari Raya di rumah sendiri bersama ahli keluarga sendiri.
Tahun-tahun sebelumya, setiap kali Hari Raya aku sekeluarga akan pulang ke rumah ibu-bapaku di kampung halaman di Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Keseronokan beraya di kampung sememangnya tidak dapat dibandingkan dengan apa jua pun suasana. Sejak diri ini mengenal apa itu Hari Raya sehinggalah aku berkahwin dan mempunyai cucu, amalan dan tradisi beraya di kampung tidak pernah ditinggalkan kecuali dua tiga kali aku tak dapat beraya di kampung atas sebab-sebab tersendiri. Pertama semasa bertugas di TUDM Kuching pada tahun 1982 dan kali kedua semasa tinggal di Seksyen 17, Shah Alam pada tahun 1988.
Tahun ini, 2013 bersamaan 1434 Hijriyyah aku memilih untuk berada di rumah sendiri semasa Hari Raya Pertama. Kesemua anak, menantu dan cucu-cucuku berada di rumah (KPTOJ) pada malam Hari Raya Pertama. Suasana pasti akan lebih meriah jika Wafa Firdaus, cucu keduaku masih ada. Wafa pergi untuk selama-lamanya pada 9 Jun 2013, tepat dua bulan sebelum Hari Raya. Pasti, kami sekeluarga tidak dapat menyembunyikan kepiluan ini.
Malam terakhir Ramadhan 1434H di surau Luqman al Hakim, waktu Isya ada lebih kurang 20 jemaah. Azan Maghrib dan Isya' dilaungkan oleh Pengerusi Surau, Laksda Dato Syed Zahirudin Putra. Semua Ustaz KAGAT telah pulang ke kampung, maka aku mengambil-alih tugas Imam Isya'. Selepas mengimami solat, aku mengetuai Takbir Hari Raya.
Gambar Hari Raya Pertama di Rumah Jalan Serikandi, Perumahan Tunku Osman Jewa.
Hidangan yang simple sahaja- lontong berkuah lodeh + sambal kacang + rendang daging + ayam masak kicap + lemang dan pengat Palembang
Pagi 1 Syawal- bermaaf-maafan sesama
selesai Solat Eidi Fitr di Masjis Khalid ibn Al Walid
bersama isteri tercinta
seluruh ahli keluarga - 6 anak, 3 menantu dan 2 cucu
bergambar bersama 6 anak (2 lelaki dan 4 perempuan)
bersama 3 menantu (2 lelaki dan satu perempuan)
bersama anak sulong (Muhammad Hafeez Firdaus) dan pasangan (Musfirah bt Kader)
bersama anak kedua (Nur Fairiz Fazeera) dan pasangan (Mohd Farihan bin Ridzuan) serta cucu (Muhammad Aqeef Waqas)
bersama anak ketiga (Aisyahnur Abid) dan pasangan (Muhammad Nor Hafiz bin Kasim) serta cucu (Auny Humayra)
bersama anak-anak yang masih single; Atikah Nur Ezzaty, Muhammad Heikal Fawwaz dan Nurul Azyan Syafiqah)
anak sulung dan pasangan
anak kedua dan pasangan
anak ketiga dan pasangan
Balik dari masjid, berehat sebentar, kemudian beraya di rumah Dato Seri Nordin, TPTL. Kemudian bertolak ke Puncak Kiara untuk beraya di rumah kakak ipar yang sulung, Datin Hjh Kamariah.
Petang relax sahaja di rumah kerana esok nak balik ke Batu Pahat. Malam, lepas Isya' bertolak ke Seremban, tidor rumah sana satu malam supaya esok pagi kurang halangan setelah melepasi Seremban. Kalau bertolak dari rumah KL ni, banyak sangat dugaan. Nak tunggu sorang demi sorang bangun mandi dan bersiap, mau jam 1000 pun tak tentu bergerak lagi. Kalau di rumah Seremban, mereka akan bersiap cepat kerana tiada breakfast.
Kali ini, anak bungsu pulak buat hal. Ada ke satu pakaian raya pun dia tak bawa balik ke kampung. Semua pakaian untuk tidur sahaja. Isshhhh budak ni. Belikan baju raya mahal-mahal semua ditinggalnya. Menjajau juga nak cari baju raya pada hari kedua ni. Mula ingat singgah bandar Tangkak tapi batalkan kerana menjangka di Yong Peng atau Ayer Hitam mesti ada. Meleset. Habis satu Yong Peng tak jumpa kedai jual pakaian. Sama juga dengan pekan Ayer Hitam. Jam 12 sampai Parit Raja, pusing-pusing, nasib baik ada beberapa buah kedai pakaian telah dibuka. Selamat.... duit ayah kamu.
Hari pertama di kampung terus ke rumah emak/bapak di Parit Lapis Mahang. Abang aku, Hj Jahrom (no 1) dan adik aku, Noradzim (no 5) telah balik ke Pulau Indah sebelum tengahari. Hj Rahiman (no. 6) belum balik kampung lagi. Yang ada di rumah emak masa itu ialah Hj Khamim (no 3). Kakak aku, Hjh Rahimah rumah kat sebelah je, tak de masalah. Yang lain, adik-adik aku, Hjh Khairiah telah balik ke rumah mak mertua di Pt Haji Ali dan Aminin (bungsu - no 8) telah beraya ke Kluang.
Petang lepas Asr' aku ke bandar Batu Pahat untuk beraya ke keluarga sebelah isteri di rumah Omi Kalsom @ Kak Chom (no 2) di Kg Istana. Dapat jumpa abang ipar, Hj Abd Rahman Putera (no 4) sekeluarga yang kebetulan beraya di rumah Kak Chom. Lepas Isya' bergerak ke Taman Broleh untuk ziarah rumah abang Zul @ Zulkifli. Kemudian baru balik semula ke kampung.
Hari kedua (raya ke 3) di kampung, padat. Pagi-pagi makcik @ Lek Siti (satu-satunya adik emak) dan lek Rosad datang, so tak payah la ke rumah mereka lagi. Pagi bermula dengan rumah makcik Kalimah (Hjh Halimah) di kampung yang sama, kemudian baru ke rumah kakak akuHjh Siti Rahimah @ Ngah (no 2) di sebelah rumah emak. Selesai rumah kakak, aku terus ke bandar Kluang, menziarahi besan ketiga (Encik Kasim) di Taman Kluang Barat. Dari sana anak aku Aisyahnur dan suaminya menyertai rombongan ke rumah emak tiri isteriku Hjh Rahmah di Jalan Masjid, Kg Baharu. Malangnya makcik tiada di rumah, kami pun terus ke rumah abang sulung aku (Hj Jahrom @ Long) di Taman Lambak. Makan tengahari di sana walaupun telah jam 1500.
Dari rumah Long kami terus bergerak ke Johor Bahru, rumah Hj Khamim di Bandar Baru Uda. Sampai sana jam 1745. Beberapa minit kemudian rombongan anak-anak Lek Kalimah (Noor Kamal sekeluarga, Rohan sekeluarga, Marsila sekeluarga, Faradyba sekeluarga dan Hamidy) pun sampai. Kami dijamu makan petang/malam oleh Hj Khamim. Lepas Maghrib kami bergerak ke rumah Acik (Hj Razikan) iaitu satu-satunya adik bapak yang masih ada. Lebih kurang jam 2130 kami bergerak pulang ke kampung.
Raya ke 4 (hari ketiga di kampung) adalah hari terakhir di kampung. Rancangan awal nak balik KL hari Isnin tapi anak aku Atikah mula kerja pada hari Isnin.
Dari kampung kami terus menuju ke Felda Sri Jaya di Bukit Serampang, Muar. Memang raya tahun ini aku dah pasang niat untuk menziarahi Wak Non @ Hjh Norian (satu-satunya kakak emak yang masih ada) yang sekarang menetap di rumah anaknya, kakak Sulasteri @ Kak Su (sepupuku). Lama betul aku tak jumpa Wak Non. Sejak suaminya Wak Kandar meninggal dunia pada tahun 2005, rasanya baru sekali aku jumpa Wak Non, itu pun 4 atau 5 tahun lepas.
Perjalanan kali ini agak jauh, melalui Ayer Hitam- Yong Peng - Chaah - Labis dan Bukit Kepong sebelum sampai ke destinasi.
Pekan Chaah Baru
Kebetulan sampai sini, aku mengambil kesempatan menziarahi Kompleks Sejarah Bukit Kepong, dimana bekas Balai Polis yang diserang pengganas komunis pada tahun 1950 ditempatkan. Balai tersebut telah musnah, kerja-kerja pembinaan masih belum selesai.
.
pandangan dari hadapan
bot peronda PDRM dan kereta perisai
berposing
papan tanda yang belum di pasang
pandangan dari belakang
Sg Muar, selain dari jalan darat yang amat jauh dan merbahaya dengan sekatan dan serang hendap pengganas, inilah alternatif penghubung Bukit Kepong dengan dunia luar pada masa itu. Air sungai mengalir lesu menyimpan sejarah berdarah
kelihatan jambatan Bukit Kepong
jeti Balai Polis yang tidak lagi digunakan
di tebing sungai. Sedih dan sayu melanda hati mengingati pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan Balai ini dari ditawan oleh komunis
sebahagian dari pekan Bukit Kepong yang menggabungkan rumah kedai lama dan baru
.
Pada pandanganku, Kerajaan Johor amat lembab dalam memajukan kompleks sejarah ini. Sepatutnya ia telah lama siap dan boleh menjadi satu destinasi pelancungan penting di daerah Ledang ini selain dari rekreasi di Gunung Ledang dan beberapa lagi tapak sejarah yang berdekatan seperti kawasan pertempuran dengan Jepun di Segamat, Bakri dan Parit Sulong. Kerajaan Johor sepatutnya membina lebih banyak kawasan lawatan di tebing sungai Muar untuk dilawati.Selepas itu barulah kami bertolak ke arah Bukit Serampang untuk ke rumah Kak Su.
Walaupn agak meletihkan tapi gembira dan puas dapat jumpa Wak Non. Alhamdulillah Wak Non masih sihat seusia itu, awal 80an. Balik ke KL kami melalui pekan Sagil dan Tangkak sebelum masuk ke hiway (PLUS). Sampai Seremban jam 1800H, beraya dulu rumah besan kedua (Encik Mohd Ridzuan) di Taman Seri Negeri. Lepas itu balik ke rumah di Taman Ampangan. Cadangnya nak balik selepas solat Isya' tapi semua kepenatan dan balik keesokan paginya.
No comments:
Post a Comment