menyediakan (membungkus/mengisi lontong) untuk juadah raya esok pagi
Pada 16 Jun 2015, adalah hari/malam terakhir bertarawikh di Surau Luqman Hakim. Oleh kerana semua ustaz telah bertolak pulang ke kampung masing-masing aku diamanahkan untuk memimpin solat Tarawikh pada malam tersebut.
17 Jun, hari terakhir berpuasa, malam tersebut aku juga mengimamkan solat Maghrib dan Isyak dan seterusnya memimpin Takbir Raya.
Tarikh 1 Syawal 1436 jatuh pada hari Jumaat, 18 Julai 2015.
Sebelum ke masjid, sessi bermaaf-maafan untuk seluruh ahli keluarga
bonda dan ayahanda memulakan agenda
anakanda sulung (pertama)
menantu pertama
anakanda kedua
menantu kedua
anakanda ketiga
menantu ketiga
anakanda keempat
menantu keempat
anak kelima
x
giliran anak bungsu (keenam)
Sebelum ke masjid, sessi bermaaf-maafan untuk seluruh ahli keluarga
bonda dan ayahanda memulakan agenda
anakanda sulung (pertama)
menantu pertama
anakanda kedua
menantu kedua
anakanda ketiga
menantu ketiga
anakanda keempat
menantu keempat
anak kelima
x
giliran anak bungsu (keenam)
Pagi: Solat Hari Raya di Masjid Khalid Walid KEMENTAH
Sessi bergambar setelah selesai Solat Eidl Fitri
Sessi bergambar setelah selesai Solat Eidl Fitri
.
ayah, umi, atok, wan, suami dan isteri
keluarga anakanda yang pertama
keluarga anakanda yang kedua
keluarga anakanda yang ketiga
keluarga anakanda yang keempat
anakanda kelima dan keenam
bersama dua anak bujang dan dara
seluruh keluarga
cucu pertama, ketiga dan keempat
bersama cucu pertama
bersama cucu ketiga
(cucu kedua telah pulang ke rahmatullah)
bersama cucu keempat
bersama cucu kelima
bersama cucu keenam
.
Petang Raya (18 Jun) pertama bertolak pulang ke Kg Parit Lapis Mahang, Batu Pahat, Johor.
Raya kedua (19 Jun) beraya di Johor Bahru melalui lebuhraya PLUS Ayer Hitam ke JB untuk beraya ke rumah Pakcik Hj Razikan/Hafizah dan abang Hj Khamim. Dalam perjalanan pulang ke kampung semula melalui jalan Kulai-Kota Tinggi-Kluang untuk beraya di rumah abang Hj Md Jahrom di Taman Lambak dan rumah besan (En Kasim) di Taman Kluang Jaya.
Raya ketiga (20 Jun) beraya ke rumah Makcik (Mak Siti/Rosad) di Parit Lapis Seri Dalam dan ke Batu Pahat untuk beraya ke rumah kakak ipar (Hjh Kalsom) di Kg Istana dan rumah abang ipar (Zulkifli) di Taman Broleh.
Dalam perjalanan balik ke kampung (dari Batu Pahat) singgah di warung Sup Gearbox Kambing milik sepupu (Jumali) di Pt Haji Hassan, Seri Gading.
menunggu sup gearbox di warung Kang Ju
Raya keempat (21 Jun) pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan Ayer Hitam- Yong Peng - Chaah - Labis - Bukit Kepong. Singgah di Felda Seri Jaya, Bukit Serampang, Muar menziarahi rumah bonda saudara (Mak Non) yang tinggal bersama anaknya Hjh Sulasteri.
bergambar dengan bonda sebelum bertolak pulang ke KL
rumah kak Su di Felda Seri Jaya, hanya siap sehari sebelum raya
ini gambar ketika beraya di rumah yang sama tahun 2013
ini gambar ketika beraya di rumah yang sama tahun 2013
Dari Felda Seri Jaya melalui jalan Bukit Gambir - Gersik - Pagoh - masuk PLUS - keluar exit Jasin/Merlimau menuju ke Bandar Melaka untuk beraya ke rumah sepupu (Hjh Normah/Hj Muhammad) yang menetap di Semabok, Melaka.
ziarah rumah kak Normah/Bang Mat
Pulang ke KL singgah bermalam di rumah Taman Ampangan, Seremban.
.
.
No comments:
Post a Comment