REUNION KELAS 72-76
MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK PUAN SITI FATIMAH BINTI BAAI
DI DEWAN MUAFAKAT SEMARANG
PARIT LAPIS SEMARANG, BATU PAHAT
pada 26 Dis 2015
Setelah pertemuan kali pertama (secara kumpulan) dalam
sejarah pada 26 Sep 2015 sempena Malam Semarak Budi (Jubli Emas STMI), hubungan
rakan seangkatan kami (masuk Tingkatan 1 tahun 1972) semakin erat.
Kami berhubungan melalui kumpulan watsapp, keahlian juga
semakin bertambah. Sehingga awal November 15, jumlah ahli telah meningkat
seramai 48 orang.
Namun pertemuan pada 26 Sep 15, amat terbatas. Masa singkat
dan melibatkan ratusan pelajar dari pelbagai batch. Masa terpaksa dibahagikan
untuk pentadbiran, pertemuan dengan mantan guru dan rakan-rakan dari batch
lain. Dua atau 3 jam sahaja memang tidak mencukupi.
Siti Fatimah binti Baai (SFB) telah menjemput kami ke
majlis perkahwinan anak keduanya pada 26 Disember 2015. SFB adalah rakan
sekelas kami dari Tingkatan 1 hingga tamat Tingkatan 5. Beliau berasal dari
kampung Parit Kemang, selang dua kampung dengan kampungku (Parit Lapis Mahang).
Jalan Pt Kemang ini selalu kulalui semasa menaiki basikal atau motorsikal ke
pekan Senggarang.
Selain dari Siti Fatimah, ramai kawan-kawan sekelasku yang
berasal dari Pt Kemang; seperti Zaini Ahmad (almarhum), Adam Sani, Jaafar
Saion, Yasman Tamsir, Rosminah Rasul (almarhumah) dan Montiah Taib.
Kebetulan, minggu itu adalah cuti hujung minggu yang
panjang. Bermula pada hari Khamis (24hb) MaulidurRasul, Jumaat (25hb, Krismas),
Sabtu dan Ahad. Aku mengambil cuti tahunan pada 28 dan 29hb (Isnin dan Selasa),
jadi kesemuanya 6 hari cuti. Aku memang merancang untuk pulang ke kampung
menziarahi ibuku kerana baru dua minggu ayahku meninggal dunia (10 Dis).
Pada pagi 24hb, isteriku menguruskan pendaftaran sekolah
anak bungsuku yang masuk Tingkatan 4 tahun 2016. Selepas Zohor ada jemputan ke
majlis Aqiqah di rumah skot Shohemi di Taman Koperasi Polis F2, Batu Caves. Aku
mengabaikan satu jemputan majlis pernikahan anak lelaki seorang lagi skotku
Azmi di Port Dickson. Tak apalah kerana aku akan hadir di majlis sebelah lelaki
pada 16 Jan tahun hadapan.
Aku pulang ke kampung pada pagi 25hb Dis dan bertolak dari
rumah di KPTOJ lebih kurang jam 1100H. Kami berempat; aku, isteri dan dua orang
anak. Perjalanan melalui Lebuhraya PLUS dari KL ke selatan berjalan lancar.
Oleh kerana kami keluar bermusafir selepas Subuh maka kami
masih diwajibkan solat Jumaat. Kebetulan ketika azan masuk Zohor kami sudah
keluar (exit) Plaza Tol Jasin/Merlimau. Kami singgah solat Jumaat di Masjid
AsSajidin, Kampung Simpang Kerayong, Jasin, Melaka. Seperti kebanyakan masjid
kampung di beberapa tempat lain, khatib dan imamnya adalah adalah golongan tua
yang melebihi 70 tahun. Bacaan pun dah banyak yang lari dari alignment.
Masjid As Sajidin, Simpang Kerayong, Jasin
(masjid asal dibina pada tahun 1910 )
Sampai kampung lebih kurang jam 1700H. Malam itu aku
berpeluang azan dan bersolat jemaah di surau kampung. Aku rasa Majlis Agama
Islam Johor (MAIJ) atau Jabatan Agama islam Johor (JAIJ) kena buat audit ke
atas semua imam di surau dan masjid negeri Johor. Aku sendiri telah hilang
keyakinan untuk bermakmumkan imam surau ini. Walaupun beliau adalah pesara guru
sekolah agama, namun tahap tajwid (makhraj) bacaannya amat mendukacitakan.
Pada 26hb Dis, aku bertolak ke majlis perkahwinan anak SFB
selepas solat Zohor. Lebih kurang 14 km sahaja dari rumahku. Ini adalah majlis
perkahwinan anak kedua (bungsu) sahabatku SFB melalui perkahwinan dengan bekas
suaminya Almarhum Harun bin Abdullah. Puteri beliau bernama Nina Wahida binti
Harun dan pasangannya Mohd Noraman bin Mohd Yatim.
Dewan Muafakat Semarang
Pasangan Hj Yasman Tamsir (Pt Kemang) dan Hjh Fatimah Jamil
(Pt Seri Dalam) serta Hj Ayub Misman (Pt Lapis Berong) dan Hjh Ngatijah Miskam
(Pt Kadir) merupakan dua pasangan sekelas yang mengekalkan persahabatan hingga
ke alam perkahwinan. Yasman dan Fatimah telah memadu cinta sejak di alam
persekolahan, manakala Ayub dan Ngatijah bertemu jodoh setelah masing-masing
mempunyai kerjaya.
Kami duduk berdua semasa Tingkatan 3P1, 4A dan 5A.
Hj Abd Halim dan Miswan
Hj Halim dan Salamun
Rosesidah Roslan adalah jiran sekampungku. Jarak rumah
lebih kurang 300 meter sahaja. Kami satu kelas sejak Darjah satu hingga Darjah
6, kemudian dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Masa kami di sekolah rendah,
dialah RIVALku untuk tiga tempat terbaik dalam kelas kami. Tapi sejak aku
meninggalkan sekolah, aku tak pernah jumpa dia. Ketika balik kampung pun tak
pernah bertemu. Inilah juga kali pertema dia berkenalan dengan isteriku.
Hj Yasman dan isteri Hjh Fatimah turut menyumbangkan lagu
(Miswan adalah DJ hari itu)
Supaat, Ayub, aku, Salamun dan Halim
Fauziah (atas), Rosesidah dan Fatimah Jamil
Montiah dan Fatimah bersama isteri Halim
Ayub, Halim dan aku
Alhamdulillah, ramai sekali yang hadir. Mengumpulkan 24
orang yang kesemuanya berusia 56 tahun, setelah 39 tahun berpisah bukan satu
perkara yang mudah. Ramai yang telah pergi alam barzah selepas kami
meninggalkan sekolah pada tahun 1976 seperti Sanusi Jaafar, Razali Basir,
Sayono Wagiron, Saat Dimon, Misnah Taibon, Siti Masamah Salikin dan lain-lain
lagi.
Beberapa kawan sekelas lagi yang amat teruja untuk datang
tetapi terhalang oleh urusan yang lebih penting ialah Adam Sani, Ahmad Noh
Jeni, Kamisan Suja', Nordin Omar, Faridah Munafaat, Faridah Nuralhadi, Jaafar
Saion, Samin Sumadi dan Rosmah Dikon.
Ramai juga yang memandu dari jauh untuk ke majlis ini.
Selain dari aku, Halim dari Seremban, Rosesidah dari Serdang, Ismail dari
Kajang, Kalthom dan Muntaha dari Melaka. Manakala kawan yang menetap di JB
ialah Ishak, Rayain, Salamun dan Norjaai.
Aku keluar dar dewan lebih kurang jam 1530H. Mantan
classmates yang hadir dalam majlis di atas ialah:
Abdul Halim Sulaiman dan isteri
Ayub Misman
Fatimah Jamil (isteri Yasman)
Fauziah Naim
Hamzah Misdi
Ismail Lohang dan isteri (datang lewat tidak dapat bertemu)
Ishak Boon dan isteri
Ismail Ahmad
Kamdani Md Saleh (datang awal tidak dapat bertemu
Kalthom Misri dan anak-anak
Miswan Mohamed
Montiah Taib dan suami
Muntaha Marjan
Ngatijah Miskam (isteri Ayub)
Norjaai Amin
Norman Dimin
Normah Sairi dan suami
Rayain Sapuan dan anak
Rosesidah Roslan dan anak
Ruminah Hj Alias
Sabirah Osman (datang awal tidak dapat bertemu)
Salamun Baruh
Supaat Salikin
Toharudin Ab Rasid dan isteri
Yasman Tamsir
TAHNIAH kepada SITI FATIMAH BAAI serta ahlia keluarga,
semoga pasangan pengantin akan kekal hingga ke jannah.
Hingga bertemu kembali.
Hari ketiga di kampong (27hb), pagi itu aku hanya berehat
sahaja di rumah emak, dalam jam 1000 aku ke kebun bahagian belakang rumah
membersihkan daun-daun pisang kering dan mencari jantung pisang untuk bawa
balik KL dibuat ulam. Standan pisang lilin juga.
Selepas Zohor, anak-anak aku mengajak ke JPO, JB untuk
membeli belah. Kami ke JB melalui jalan Rejo Sari ke Simpang Renggam dan keluar
Lebuhraya PLUS ke exit Senai Utara. Ini adalah kali pertama aku menziarahi JPO
yang selalu disebut-sebut namanya oleh anak-anakku.
No comments:
Post a Comment