Tuesday, April 9, 2013

TAJUK 87: IS GOD GOOD?


  IS GOD GOOD?  

Professor : You are a Muslim, aren?t you, son ?

Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe in GOD ?

Student : Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ?

Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?

Student : Yes.

Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn?t. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent.)

Professor: You can?t answer, can you ? Let?s start again, young fella. Is GOD good?

Student : Yes.

Professor: Is satan good ?

Student : No.

Professor: Where does satan come from ?

Student : From ? GOD ?

Professor: That?s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn?t it ? And GOD did make everything. Correct?

Student : Yes.

Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don?t they?

Student : Yes, sir.

Professor: So, who created them ?

(Student had no answer.)

Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?

Student : No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

Student : No , sir.

Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

Student : No, sir. I?m afraid I haven?t.

Professor: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn?t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor: Yes.

Student : No, sir. There isn?t.

(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don?t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can?t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There was pin-drop silence in the lecture theater.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Professor: Yes. What is night if there isn?t darkness?

Student : You?re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn?t it? In reality, darkness isn?t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn?t you?

Professor: So what is the point you are making, young man ?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Professor: Flawed ? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can?t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor?s brain?

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor?s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you?ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir ? Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.

P.S.

I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you?ll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won?t you?

Forward this to increase their knowledge ? or FAITH.

CREDIT TO PUAN AZIZAH ABDUL SAMAD FOR HER EMAIL DATED 29 MARCH 2013

Monday, April 1, 2013

TAJUK 86: LATIHAN KHIDMAT NEGARA

.

PROGRAM
LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Hari ini, 1 April 2013 merupakan hari bersejarah dalam perjalanan hidup anakku yang ke 5, Muhammad Heikal Fawwaz. Pada hari ini jam 0830 dia melapor diri untuk mengikuti latihan khidmat negara di Kem Pelangi Hill Resort, Kerling, Hulu Selangor selama 3 bulan.

Inilah julung kali anakku terpilih mengikuti latihan di PLKN.  Sebelum ini 4 anak-anakku telah tidak terpilih.  Dua darinya lahir sebelum tahun 1986 sememangnya disqualified. Heikal menerima tawaran untuk panggilan kedua tahun 2013.  Panggilan pertama bermula pada hujung Dis 12 sebelum keputusan SPM diumumkan.

Surat diterima agak lewat kerana dialamatkan di rumah lama.  Setelah menyemak melalui laman web JLKN, daku  memperolehi maklumat lanjut bahawa Muhammad Heikal akan mengikuti latihan di  PELANGI HILL RESORT, JALAN KOLAM AIR, KERLING, HULU SELANGOR.  Aku menghubungi Mej Ramli Endut di JLKN (pada 22 Mac 13) untuk mendapatkan salinan surat tawaran.  Beliau kemudiannya menghantar surat tersebut ke rumah.  Oleh kerana tarikh melapor yang dicatatkan ialah pada 1 Apr 13, maka Heikal agak kesuntukan amsa untuk memenuhi keperluan seperti pemeriksaan perubatan, menyediakan peralatan  dan pakaian untuk di bawa bersama. Alhamdulillah segala-galanya selesai dua hari sebelum berangkat.

Sementara menunggu tarikh melapor diri, aku cuba mendapatkan maklumat tambahan mengenai kem latihan yang bakal dihuni oleh Heikal, iaitu Kem PLKN Pelangi Hill Resort di Jalan Kolam Air, Kerling, Hulu Selangor.
.
 

Sebelum itu, mari kita tengok sedikit tentang latar belakang PLKN ini yang aku perolehi melalui laman web PLKN.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.

Adalah dianggarkan setiap tahun terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini layak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.  Bermula dari itu, setiap tahun dianggarkan seramai 90,000 remaja mengikuti PLKN di seluruh negara.  Jumlah tersebut telah bertambah dari masa ke semasa apabila lebih banyak kem dibuka dan dioperasikan.  Sehingga kini jumlah pesertanya mencapai 140,000 setahun dengan jumlah kem PLKN sebanyak 81 buah.

Visi PLKN
Jabatan Latihan Khidmat Negara Menjadi Organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia

Misi PLKN
Memastikan Program Latihan Khidmat Negara Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan

Fungsi PLKN
  • Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara.
  • Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara.
  • Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.
  • Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara.
  • Merangka sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.
  • Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta.
  • Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara.
  • Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara.
  • Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.
  • Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan ke arah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.





Bila tiba tarikh yang dinantikan, aku dan isteri menghantar Heikal ke pusat pengumpulan di Bangunan MinDef 2, Wangsa Maju.  Oleh kerana kedudukannya amat hampir dengan rumah, kami bertolak dalam jam 0800 dan sampai di sana dalam masa 15 minit sahaja.

Sebelum jam 0930 segala-galanya telah selesai dan bas yang membawa para peserta bergerak satu demi satu.

Semasa menguruskan pelapuran aku terjumpa Hj Muhammad Kamal Latiff (ex coursemate Architecture UTM 1978/79) yang juga menghantar anaknya.


 
 

  
 
sempat berposing dengan Ketua Pengarah JLKN, YBhg Dato' Hj Abdul Hadi bin Awang Kechil yang berada di lokasi pusat pengumpulan di MinDef 2

Kalau nak ikutkan ibu dia, memang kalau boleh nak cari cara untuk mengelak dari mengikuti latihan ini.  Ada saja komen yang negatif tentang PLKN ini. Tapi aku buat bodoh je dan tetap bertegas supaya dia mesti pergi supaya dapat merasai sedikit kehidupan ala tentera, hidup berdikari di berek, dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru serta dapat membuka minda di dunia luar yang terbuka. 

Si Heikal pun sebenarnya agak berat hati juga. Budak-budak, biasalah, kalau boleh nak sentiasa selesa dan senang. Hidup tanpa peraturan ketat yang diatur setiap hari.  Boleh bangun pagi ikut suka hati, boleh layan internet atau tengok bola sampai jauh malam. 

Dia agak keberatan kerana dia sedang menguruskan perihal pemergian ke luar negara pada 31 Mei depan dan juga menguruskan permohonan untuk kemasukan ke University Riyadh awal tahun depan. Sebenarnya Heikal telah mendapat tempat untuk kursus Bahasa Arab di University of Qatar, Doha selama 6 bulan.  Tiket penerbangan pun dah ada. Maklum la, keputusan SPM dia kurang cemerlang untuk masuk IPTA, terpaksa cari alternatif lain mengikut minatnya. Tetapi setelah aku ber jaminan bahawa perkara itu akan dibereskan dan aku akan usahakan supaya dia dapat dikeluarkan dari pusat latihan setelah menjalani separuh tempoh dia boleh menerima. Mungkin bila elaun dah masuk nanti semangat dia akan berubah dan lebih motivated.

Bukan senang nak dapat peluang seperti ini.  Dari lebih 400,000 calun yang layak setiap tahun hanya 1/4 sahaja yang terpilih.

Ini adalah satu pelantar yang baik untuk dia membuka ruang fikiran yang lebih luas di dunia luar rumah supaya dia lebih cepat matang dan lebih berani menghadapi cabaran.

Aku iringi pemergiannya agar dia sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt dari apa jua kesukaran dan mara bahaya serta kuat semangat menempuh cabaran baru.


SELAMAT MENEMPUH CABARAN DI PLKN WAHAI ANAKKU.


Berita terbaru sebaik sampai di Kem, dia telah dilantik menjadi Imam solat Berjemaah dan ada kalangan rakan selatihan yang telah memanggilnya dengan panggilan Ustaz.

Selepas hari kedua, semua henfon akan disimpan oleh pihak pengurusan.

Lawatan pertama pada 6hb April 13. Plan asal memang tak nak datang melawat sebab baru seminggu. Lagi pun hari itu ada jemputan kahwin di Ampang. Tapi mak dia sudah tatak bole tahan. Katanya anak sudah smsm minta hantar barang itu dan ini. Panjang senarai. Kesiannn dia.

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.30 lalu highway PLUS singgah di TESCO Bukit Sentosa untuk beli makanan ringan.  Anak sulungku Hafeez yang drive, jadi relax sikit.  Dari BBS ambil jalan BBS-KKB, melalui rumah aku di Jalan Kemboja.  Lega sekarang setelah 12 tahun terbiar merana.

Lama sungguh aku tak melalui jalan persekutuan dari Rawang ke Tanjung Malim ini.  last sekali tahun 2008 ketika anak sulungku Hafeez menuntut di Darul Qur'an KKB.  Sebulan sekali mesti ke sana melawat dia.  Itu pun paling jauh sampai simpang KKB.  Melalui pekan kecil Kerling yang tak banyak berubah, amsih mengekalkan bangunan kedai yang lama.  Tiada kelihatan bangunan baru di bina.  Daerah Hulu Selangor memang agak tertinggal.  Kalau Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa pun terbengkalai, apa lagi pekan-pekan lama (pekan tradisi) seperti Kerling ini.  Begitu juga beberapa pekan kecil berhampiran seperti Kalumpang dan Rasa.  Tidak terkecuali ibu daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu yang tertinggal oleh arus pembangunan.



Sampai Kem pelangi Hill Resort lebih kurang jam 1230.  Panas dan tiada tempat berteduh.  Di sana setengah jam sahaja.


 
 
 
 
 


Perjalanan pulang melalui jalan Lembah Beringin untuk ke PLUS Highway. Pertama kali aku melihat gambaran sebenar 'KETERUKAN' projek perumahan Lembah Beringin yang telah terbengkalai sejak 12 tahun yang lalu.  Melihat kepada rekabentuk rumah-rumah di sana memang nampak sangat cantik dan bertaraf perumahan kos tinggi.


Lembah Beringin (ehsan: mindheartbodysoul.blogspot.com)

Fokus PRU13: Projek sakit penentu undi di Hulu Selangor  Fokus PRU13: Projek sakit penentu undi di Hulu Selangor

Kalau sebelum ini aku pernah bercerita tentang nasib rumahku di Bukit Sentosa yang terbiar melebih 12 tahun dan kini baru menampakkan sedikit kemajuan, dari apa yang aku lihat, Lembah Beringin jauh lebih terpinggir.  Ia masih setaraf dengan Lembah Danum di Sabah dan Lembah Belum di Perak.

Masuk minggu kedua- minggu ini memang terpaksa pergi kerana nak menghantar borang permohonan penangguhan.  Borang memerlukan tandatangan peserta.  Aku terpaksa memohon untuk penangguhan kerana Heikal telah mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab di University of Qatar (Doha) selama 6 bulan mulai 31 Mei 2013.

Perjalanan kali ini agak jauh.  Sabtu malam Ahad aku tidur di rumah Seremban.  Tengahari Ahad (lebih kurang jam 1300) aku bertolak dari Seremban ke Kerling.  Kali ini aku masuk melalui jalan (exit) Lembah Beringin.  Sampai di Kem PLKN lebih kurang jam 1530.  Sempat beli goreng pisang dan keropok lekor di warung tepi jalan di Taman Lembah Damai.





Dalam banyak-banyak pemandangan sepanjang perjalananku ke Kem PLKN ini ada satu yang amat menarik perhatianku.  Lebih kurang 500 meter dari pintu masuk Kem terdapat sebuah jambatan gantung untuk laluan motorsikal dan pejalan kaki sahaja. Namanya Jambatan Dato' G. Palanivell.  YB Dato GP (sekarang Senator) adalah Presiden MIC masa ini.  Beliau adalah mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor untuk empat penggal PRU (1990/1995/1999/2004) sebelum tewas kepada calon PKR (allahyarham Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad) dalam PRU 12 tahun 2008.  Lihatlah jambatan yang dinamakan mengambil sempena nama beliau. Sungguh UNIK.


Jambatan Dato' G. Palanivel

Perjalanan pulang aku sengaja mengambil jalan jauh.  Melalui pekan Tanjung Malim untuk melihat kepesatan pembangunannya sejak terbangunnya UPSI di sana.  Memang Tanjung Malim sudah banyak berubah dan sangat cantik dan bersih.  Percampuran antara bangunan lama (termasuk kampus pusat UPSI) dan deretan premis perniagaan yang baru. Aku bersolat Asar di Masjid Jamek Tanjung Malim.  Ingat nak cari kueh pau tapi tak tercapai kerana hari dah petang.

 
   
 


Singgah makan Satay Samuri di R & R Jejantas Sungai Buluh.  Sampai di rumah tepat masuk waktu Maghrib.

PEMERGIAN ABANG IPARKU KE RAHMATULLAH

Pada 19 April 13,  abang iparku (abang kepada isteriku), Dato' Hj Daud bin Dato' Hj Taha telah meninggal dunia akibat serangan stroke pada jam 1449H. Semoga Allah melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruhnya. Al Fatihah.  Petikan berita dari BERNAMA yang telah aku diringkaskan dan ditambah fakta.




KUALA LUMPUR 19 April 2013: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Daud Taha hari ini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar pada 2.49 petang tadi. 

Allahyarham,  73 telah dimasukkan ke HKL pada Selasa lalu akibat serangan angin ahmar dan terpaksa dipindahkan ke unit rawatan kecemasan pada pagi semalam sebelum disahkan meninggal petang ini. Sebelum ini allahyarham tidak pernah menunjukkan tanda-tanda beliau menghidap angin ahmar.

Jenazah allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, selepas solat Maghrib malam ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Kamariah Mahmud serta sembilan orang anak iaitu enam perempuan dan tiga lelaki serta 14 orang cucu. Almarhum seorang yang tegas terhadap keluarga selain memiliki sifat penyayang. 

Allahyarham Daud yang berasal dari Batu Pahat, Johor, mula menyertai UMNO pada 1962 dan berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari West Australia Institute of Technology pada 1967. Allahyarham Daud juga pernah memegang jawatan sebagai Bendahari UMNO Johor, Ahli Parlimen Batu Pahat (1982-1995) dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat dari 1984 hingga 1993 serta pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Awam dari 1985 hingga 1990. Jawatan terakhir Allahyarham di dalam kabinet ialah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 1990 hingga 1995.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri, allahyarham pernah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari tahun 1983-1985.


Muhammad Heikal Keluar Dari Kem PLKN

Dalam lawatan kedua pada 14 April lalu, aku ada membawa surat kepada Komandan Kem untuk memohon penangguhan latihan PLKN anak aku (Heikal) kerana dia telah mendapat tawaran mengikuti Bahasa Arab selama 6 bulan di University of Qatar, Doha mulai 31 Mei 2013. Tiket penerbangan dan bayaran yuran sebanyak RM5400.00 telah diselesaikan.

Pada 17 April aku menerima panggilan dari Heikal bahawa Komandan telah meluluskan permohonan dan boleh pulang pada hari Sabtu 20 April. 

Pada hari Sabtu, 20 April setelah menghadiri majlis perkahwinan Kapt Roselaily TUDM (Pegawai tadbir Pejabat PTU) di Dewan Seroja, aku terus bertolak ke Kem PLKN Kerling untuk mengambil Heikal.  Urusan mudah sahaja dengan kerjasama staf Kem.

Suasana amat memilukan. Walaupun baru 3 minggu di PLKN, Heikal begitu popular kerana dia digelar sebagai Ustaz oleh semua rakan seangkatan.  Dia amat disegani oleh semua peserta dari pelbagai bangsa.  Mereka berpelukan sebelum melepaskan Heikal. Aku lihat ramai rakan-rakannya yang menangis semasa mengucapkan selamat jalan.  Jiwaku amat tersentuh dan tidak dapat mengawal air mataku dari menitis.


 
 
 

Menurut Heikal, pada malam sebelumnya semua peserta PLKN terdiri dari semua bangsa di situ juga telah mengadakan perhimpunan untuk meraikan perpisahannya.

Sedih juga aku kerana hasrat supaya dia dapat menjalani latihan yang lengkap tidak dapat dipenuhi. Aku ingin dia merasai sedikit sebanyak kehidupan yang berbeza dari rutin biasanya.  Khususnya kehidupan di luar rumah bersama rakan sebaya dari pelbagai bangsa. Namun demi masa depan pelajaran yang diminatinya aku redha.








IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...