Sunday, June 30, 2013

TAJUK 91: ISTANBUL, TURKI DAN ANATOLIA

MENJEJAK KAKI KE BUMI ATARTURK
 
'ISTANBUL'
KOTA BERSEJARAH
.
What is Turkey and what is Anatolia? Turkey is the modern name of Republic of Turkey- the official name of the whole country of Turkey, come from the word "Turks", the Turkeys' native and the dominator of Turkey's land. While Anatolia mean Minor Asia or Peninsula of Turkey, the Asian part of Turkey's land. The European part of Turkey is Marmara Region where Istanbul is located.

The name of Istanbul is nothing new to me. Since I was in Primary School we learnt about Kamal Atarturk in our History (at that time known as Tawarikh). The old name of Istanbul was Constantinople. This town was established since 330BC and it served as the capital of four great Empires, namely; Roman (330BC-395BC), Byzantine (395BC - 1204), Latin (1204 - 1261), again Byzantine (1453 - 1453) and finally conquered by Ottoman (Uthmaniyyah) (1453 - 1922). 

The name was changed from Constantinople to Islambul during the reign of Uthmaniyyah Sultanate. But Atarturk changed it to Istanbul. A long historic timeline of Istanbul can be read in various sources of historical books or websites.

Off course to step my foot to Istanbul was one of my dream but 'money and time' were the major stumbling block to realize my dream.

Aand actually, my trip (with my wife) to Istanbul was unplanned. Initially my first plan was to perform Umrah plus visit to Cairo in April 2013.  However due to continuous public unrest in Cairo, I postponed to May and then June and changed my route to Istanbul, off course with extra fares.

And finally, on 7th June 2013 my dream to reality. part and partial of this trip were written in TAJUK 380: PERJALANAN UMRAH 2.



Hari Pertama di Istanbul (8 Jun 13)

Pesawat TK0067 dari Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Singapura mendarat dengan selamat di LTA Atarturk, Istanbul pada jam 1120H waktu Malaysia atau jam 0620H waktu Turki. Setelah selesai menguruskan bagasi, kami menaiki bas yang disewa khas oleh Andalusia pada jam 0730H menyeberangi Selat Bosphorus menuju ke Istanbul Benua Asia. LTA Atarturk terletak di Istanbul wilayah Marmara dalam Benua Eropah. Sepanjang tempoh ziarah di Istanbul, rombongan kami dipimpin oleh pemandu pelancong yang dilantik oleh Andalusia yang bernama Ahmed.


 

 

Untuk sampai ke kota Bursa kenderaan mempunyai pilihan sama ada menaiki feri atau melalui jambatan. Kedua-dua mode pengangkutan ini juga banyak pilihan kerana di kedua-dua belah wilayah ini ada beberapa jeti/pelabuhan feri dan juga beberapa buah jambatan. Perjalanan pagi ini pihak Andalusia telah memilih untuk menyeberang dengan feri melalui jeti Kiralik. Sepanjang perjalanan ke Kiralik, pemandangan di kiri kanan jalan sangat indah dan bersih. Keadaan rupabentuk rumah-rumah di kawasan perumahan juga hampir serupa. Begitu juga dengan rekabentuk masjid semuanya hampir serupa. Begitu banyak masjid dan hampir di setiap kawasan perumahan terdapat bangunan masjid.

melalui sebuah jambatan
cantik bangunan ini
antara masjid yang terdapat di tepi hiway
antara pemandangan yang indah
antara pemandangan indah yang diambil dari jambatan
antara kawasan perumahan yang padat tetapi tersusun

menghampiri jeti feri Kiralik 
 
 


Perjalanan pagi itu mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke kota bersejarah Bursa lebih kurang jam 1130H. Bursa agak sejuk kerana terletak di kawasan yang agak tinggi. Di bandar Bursa kami di bawa melawat ke Silkhouse (gedung menjual kain sutera).

Di kota Bursa juga kami di bawa melawat Green Mosque dan juga Green Thomb atau Makam Sultan Muhammad (Fatih), seorang dari sultan di zaman Kerajaan Kesultanan Uthmaniyyah yang amat masyhur dengan sifat kepahlawanan dan kewarakannya.


.
 
Taklimat oleh Mutawwif di tangga ke Green Thomb sebelum memasuki bangunan Makam Sultan Mohammed Fateh di Bursa


Sultan Muhammad II juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" beerti pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluki Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa iaitu  Bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin  Al-Ayubbi  dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"



Fail:Portrait of Mehmed II by Gentile Bellini (Cropped).png
Sultan Mohammed Fateh


Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

 
Makam Sultan Mohamed II (al Fatih)

Lawatan hari pertama yang amat memenatkan kerana berlarutan dengan perjalanan dari Subang-Singapura-Istanbul melebihi 20 jam telah selesai.  Rombongan terus di bawa ke hotel penginapan di bandar Bursa, Hotel 3 Gold. 

Hari Kedua di Istanbul (9 Jun 13)

Hari kedua lawatan dimulakan seawal jam 0730H pagi. Kami check-out dari Hotel 3 Gold kerana diberitahu bahawa malam nanti kami akan menginap di hotel yang lain di sebelah Eropah. Kali ini kami menyeberangi Selat Bosphorus dengan ,menaiki feri.  Semasa dalam perjalanan ke destinasi lawatan itulah aku dan isteri menerima sms dari menantiku (Noor Hafiz) mengenai berita tragedi kemalangan jalanraya yang menyebabkan kami kehilangan seorang cucu kesayangan, Wafa Firdaus. 

Berita yang meledakkan dadaku dan penuh mengenai tragedi ini aku rakam khas di TAJUK 381: WAFA PERMATA FIRDAUSI.

Walaupun diserkup dengan kesayuan dan kesedihan, kami tetap meneruskan perjalanan kerana perjalanan ke tanah suci adalah destinasi utama kami.

Destinasi pertama rombongan kami pagi itu ialah ke Masjid Sulayman (Sulaymaniye Camii) di Vefa Cadessi.  Di situ terdapat juga Perpustakaan Sulaymaniye dan Universiti Sulaymaniye. Masjid ini dibina oleh Sultan Sulaiman (Kerajaan Uthmaniyyah) pada tahun 1550 dan disiapkan pada tahun 1557.


Fail:Istanbul - Süleymaniye camii dal Corno d'oro - Foto G. Dall'Orto 28-5-2006.jpg
setibnya kawasan pintu masuk ke Masjid Sulaymaniyyah (bas diparkir kira-kira 500 meter dari masjid)
 
mendengar taklimat dari tourist guide Ahmed


Tengahari itu kami makan di sebuah restoran di bawah jambatan yang menyeberangi Selat Bosphorus. Selepas lunch kami berjalan kaki untuk solat Zohor/Asar di Yeravil Camii.  Sebuah masjid lama yang terletak di bawah tanah  di Karakoy, Kemankis Cadessi (Jalan Kemankis). kami masuk melalui pintu belakang masjid. 




lorong di dalam bandar menuju ke arah pintu belakang masjid

pintu hadapan masjid bersebelahan dengan mimbar
di jalan ini banyak gerai yang menjual barangan pakaian dan cenderamata

keadaan di dalam masjid

Yang kurang enaknya ialah oleh kerana ruang solat masjid ini underground, saf paling hadapan menghadap ke tingkap atas masjid yang setara (same level) dengan jalanraya. So sesiapa yang solat di saf hadapan boleh nampak orang ramai yang lalu lalang di hadapan masjid. Apa lagi wanita-wanita Turki moden atau pelancong wanita.

Dari Yeralti Camii kami berjalan kaki ke Ayasofia. Ayasofia atau dalam bahasa tempatan 'Hagia Sophia' adalah sebuah bangunan lama mempunyai sejarah tersendiri. Berasal dari sebuah gereja Kristian Orthodox (St Sophia) yang dibina pada tahun 453M. Semasa pemerintahan Empayar Latin (1204 - 1261) ia ditukar menjadi gereja Roman Katholik. Semasa pemerintahan Uthmaniyyah gereja ini telah ditukar menjadi masjid mulai tahun 1453 sehingga pada tahun 1931, kerajaan sekular Atarturk telah menukarnya menjadi sebuah Muzium. Alasan Atarturk ialah untuk menjaga hari penganut Kristian yang membinanya sebagai sebuah gereja- supaya tidak menyimpan dendam kepada orang Islam. Ia dirasmikan sebagai sebuah Muzium pada 1 Feb 1935.



suasana jalan dalam perjalanan dari Yeralti Camii ke Ayasofia

Ayasofia tersergam indah semakin dihampiri

sentiasa dipenuhi pelancong dari seluruh dunia 
kubah besar - sudah banyak mengalami kerosakan dan dalam proses baikpulih
\
Sebelum terbinanya masjid Sultan Ahmed II, Ayasofia merupakan masjid paling utama di Istanbul.

 
 
 
kelihatan sebahagian dari kerja-kerja baikpulih sedang dilaksanakan di ruang utama
pelan Ayasofia
 

Selesai program lawatan ke Ayasofia kami berjalan kaki ke Topkapi. Destinasi terakhir untuk hari kedua. Topkapi adalah bekas istana Kerajaan Uthmaniyyah dan merupakan destinasi utama pelancong dari seluruh dunia. Kata orang, kalau melawat Istanbul tanpa melawat Topkapi seperti pergi Madinah tidak singgah ke Masjid Quba'.


Topkapi dari udara (www.willgoto.com)

The Topkapı Palace is a large palace in Istanbul, that was the primary residence of the Ottoman Sultans for approximately 400 years (1465-1856) of their 624-year reign.

As well as a royal residence, the palace was a setting for state occasions and royal entertainments. It is now a major tourist attraction and contains important holy relics of the Muslim world, including Muhammed's cloak and sword.  The Topkapı Palace is among the monuments contained within the "Historic Areas of Istanbul", which became a UNESCO World Heritage Site in 1985, and is described under UNESCO's criterion iv as "the best example[s] of ensembles of palaces [...] of the Ottoman period.

The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. At its peak, the palace was home to as many as 4,000 people and covered a large area with a long shoreline. It contained mosques, a hospital, bakeries, and a mint. Construction began in 1459, ordered by Sultan Mehmed II, the conqueror of Byzantine Constantinople. It was originally called the New Palace (Yeni Sarayı) to distinguish it from the previous residence. It received the name "Topkapı" (Cannon Gate) in the 19th century, after a (now lost) gate and shore pavilion. The complex was expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire.

After the 17th century the Topkapı Palace gradually lost its importance as the sultans preferred to spend more time in their new palaces along the Bosporus. In 1856, Sultan Abdül Mecid I (Sultan Abdul Majid I) decided to move the court to the newly built Dolmabahçe Palace, the first European-style palace in the city. Some functions, such as the imperial treasury, the library, and the mint, were retained in the Topkapı Palace.


Following the end of the Ottoman Empire in 1921, Topkapı Palace was transformed by a government decree dated April 3, 1924 into a museum of the imperial era. The Topkapı Palace Museum is administered by the Ministry of Culture and Tourism. The palace complex has hundreds of rooms and chambers, but only the most important are accessible to the public today. The complex is guarded by officials of the ministry as well as armed guards of the Turkish military. The palace includes many fine examples of Ottoman architecture. It contains large collections of porcelain, robes, weapons, shields, armor, Ottoman miniatures, Islamic calligraphic manuscripts and murals, as well as a display of Ottoman treasures and jewelry. (www.wikipedia.com)

Selesai lawatan ke Topkapi, kami bertolak pulang ke penginapan baru.  Kali ini kami menginap di Grand Senol Hotel di Ysvuz Selim Mahalessi Otogar, Yolu No 20 Esenler. Malam itu setelah selesai solat Isya' aku tidak dapat mampu menahan perasaan dengan melepaskan tangisan sepuas-puasnya.



Melalui jalan-jalan di Istanbul, ternampaklah sign board sebuah kedai seperti di bawah ini. Agaknya di sinilah allahyarham P. Ramlee mendapat ilham mengarah filem Do-Re-Mi yang amat-amat popular ini, Dalam filem itu banyak terminologi yang pelik-pelik. Perkataan Isketambola rupanya dirujuk kepada Istanbul. Advanced sungguh P. Ramlee ini. Sama ada dia sudah pernah melawat Istanbul atau belum tapi inspirasinya banyak yang mengandungi sindiran yang sungguh tajam dan banyak maksud yang tersirat.


.
Hari Ketiga di Istanbul (10 Jun 13)

Walaupun hari Isnin adalah hari bekerja, pagi itu perjalanan bas ke destinasi lawatan agak lancar. Tiada kelihatan kesesakan yang keterlaluan seperti di KL. Sistem pengangkutan di Istanbul amat cekap. 

Destinasi lawatan pertama ialah Leather Factory Outlet 'TOL AR' salah satu kedai menjual barangan produk kulit kambing yang popular di Turki. Kilang ini mengeluarkan produk pelbagai jenama unggul untuk tujuan ekspot.  Maka barangan yang dijual di outlet ini tidak ada 'jenama' dan dijual dengan harga lebih rendah. KATANYE LEEE.....

Mabuk juga melihat produk seperti jeket kulit, kasut dan beg tangan. Rasanya terbang juga hampir USD700 di kedai ini. Satu jeket kulit untuk Heikal dan satu beg tangan untuk isteri.

 
 
 

Keluar dari TOL AR, rombongan di bawa ke Grand Bazaar (Kapali Carsi) di Jalan Nuruthmaniyye. satu pusat membeli belah agong di Istanbul. Bazaar ini mula dibina pada tahun 1450 dan siap pada tahun 1730 setelah beberapa kali mengalami kemusnahan akibat gegaran gempa bumi. Bazaar ini dikatakan berkeluasan 30.7 hektar, mempunyai 4188 pintu kedai dan 18 buah pintu masuk. Kebanyakan kedai di sini menjual barangan batu permata, brakelet emas, karpet, produk kulit, cenderamata ukiran dan pakaian.


Today the Grand Bazaar is a thriving complex, employing 26,000 people visited by between 250,000 and 400,000 visitors daily, and one of the major landmarks of Istanbul.  It must fight the competition of the giant malls built everywhere in Istanbul, but its beauty and fascination represent a formidable advantage for it. 

According to the head of the Grand Bazaar Artisans Association, the complex has been in 2011 - the year of its 550th birthday - the most visited monument in the world. A restoration project starting in 2012 should renew its infrastructure, heating and lighting systems. Moreover, the Hans inside the Market will be renovated and later additions will be demolished.  This project should finally solve the big problems of the market: for example, in the whole Bazaar there is no proper toilet facility. Moreover, the lacks of controls in the past years allowed many dealers to remove columns and skive walls in their shops to gain space: This, together with the substitution of lead (stolen in the last years) with concrete on the market's roof, has created a great hazard when the earthquake expected in Istanbul in the next years will occur.


The Grand Bazaar is opened each day except Sundays and bank holidays from 9:00 until 19:00.


 
 
 
 


Memang harga produk di sini mahal-mahal belaka. Setelah menghabiskan masa 2 jam di Grand Bazaar, tanpa membeli apa-apa kecuali 2 helai T-Shirt Hard Rock Cafe Istanbul untuk anak aku. Selain itu aku cuma membeli sekotak 'Turkish Delight' itu pun di tepi jalan di luar Bazzar. Kawasannya terlalu luas, apa lagi aku ada mengalamai sakit tulang belakang. Lagi pun terlalu banyak lorong, takut sesat tak jumpa jalan keluar.  Yang selebihnya aku hanya mundar-mandir menunggu kawan-kawan lain berkumpul untuk pulang.

Tengahari itu, ahli jemaah menjamu selera di sebuah restoran bernama 'Buhara93'. Kebetulan di restoran itu terdapat perkhidmatan wifi. Maka dapatlah membuka facebook untuk mengikuti perkembangan para sahabat di tanah air.

Selesai makan tengahari kami terus menuju ke Masjid Biru (Blue Mosque) atau Sultan Ahmet Camii.


Following the Peace of Zsitvatorok (1606) and the  unfavourable result of the wars with Persia, Sultan Ahmed I decided to build a huge mosque in Istanbul. It would be the first great imperial mosque to be built in more than  forty years.His predecessors had paid for their mosques with their  war booty, Sultan Ahmed I had to withdraw the funds from the treasury, because he had not won any notable victories during his time. This provoked the anger of the Ottoman ulema, the Muslim legal scholars.

The mosque was to be built on the site of the palace of the Byzantine emperors, facing the Hagia Sophia  (at that time it was most venerated mosque in Istanbul) and the hippodrome, a site of great symbolic significance. Large parts of the southern side of the mosque rest on the foundation and vaults of the Great Palace. Several palaces was already built there, most notably the palace of Sokollu Mehmet Pasha, so these first had to be bought at a considerable cost and pulled down. Large parts of the Sphendone (curved tribune with U-shaped structure of the hippodrome) were also removed to make room for the new mosque. Construction of the mosque started in August 1609 when the sultan himself came to break the first sod. It was his intention that this would become the first mosque of his empire. 

He did appoint his royal architect Sedefhar Mehmet Ağa, a pupil and senior assistant of the famous architect Mimar Sinan to be in charge of the Mosque construction. The organization of the work was described in meticulous detail in eight volumes, now found in the library of the Topkapı Palace. The opening ceremonies were held in 1617 . The sultan could now pray in the royal box which called hünkâr mahfil. The building was not yet finished in this last year of his reign, as the last accounts were signed by his successor Mustafa I. Known as the Blue Mosque , Sultan Ahmed Mosque is currently one of the most impressive monuments in the world.

Kami bersolat Zohor/Asar di Masjid ini.


 
 

 
 
 
 

Selesai lawatan ke Masjid Biru, kami bertolak ke destinasi baru iaitu Bazar Rempah (Spices Bazaar @ Misir Carsisi). Bazar yang disiapkan pada tahun 1660 ini menawarkan pelbagai jenis makanan rempah-ratus dan kueh tempatan khususnya 'Turkish Delight'. Bazar ini agak besar dan menjadi tumpaun pelawat dalam dan luar negara.

Kami masuk sahaja di gerai bahagian hadapan (kurang ingat no 3 atau 4), kami dipersembahkan dengan produk pelbagai jenis makanan Turki, herba untuk meningkatkan tenaga zahir dan batin dan lain-lain. Ini adalah kedai yang direkomenkan oleh pemandu pelancong kami, Ahmed. Penjualnya memang bijak berkata-kata untuk mempengaruhi pembeli.

Aku tidak membeli apa-apa di kedai ini, nampak macam agak mahal. Aku masuk ke dalam lagi. Memang benar, jarak 3-4 kedai sahaja, harga sudah jauh berbeza. Hampir separuh. Memang sah lah, pemandu pelancong kami memang mendapat 'persen' dari jualan kepada kami. Aku hanya membeli beberapa kotak Turkish Deligh untuk dijadikan cenderamata.

Sekejap sahaja aku di dalam bazaar, selebihnya aku dan isteri menunggu di luar bazaar menanti rakan rombongan lain selesai membeli-belah.  Cuaca agak panas dan tiada banyak perlindungan.

 
  
  

Selesai lawatan ke Bazaar Rempah pada jam 1630 terus balik hotel, untuk amlam terakhir. Selepas dinner pada jam 2000, kami berehat sahaja kepenatan.

Hari Keempat & Terakhir di Istanbul (11 Jun 13)

Hari terakhir di Turki juga agak padat.  Kami check out pada jam 0900H dengan membawa semua barangan (baggages) kami kerana kami tidak akan pulang semula ke hotel kerana penerbangan ke Madinah pada malam tersebut. 

Destinasi pertama ialah 'diamond shop'.  Aku kurang berminat kerana faktor yang semua orang tahu, RM @ USD @ TL. Bila tak masuk, gambar pun tak ambil. Kami mundar mandir di luar sahaja. Lawatan seetrusnya ialah menaiki cable car (telefrik) di belakang Istana Dolmabace. Jarak antara stesen permulaan cable car ke puncak bukit (untuk sight seeing) tidaklah jauh sangat, lebih kurang 500 meter sahaja. Di bawah laluan cable car tersebut adalah kawasan tanah perkuburan di lereng bukit. Malah sekeliling kawasan rekreasi di stesen puncak destinasi cable car itu juga dikelilingi oleh batu-batu nesan. 


.
stesen permulaan cable car 
dalam cable car 
stesen di puncak dan pelantar pemandangan
pemandangan dari puncak
.
Setelah selesai menikmati pemandangan dari atas bukit selama sejam, kami meniki cable car menuruni bukit. Dari stesen kami berjalan kaki ke daerah Eyup untuk menziarahi Masjid Eyup Sultan yang juga dikenali sebagai Masjid Abu Ayub al Ansari.

Masjid ini dibina pada tahun 1450 dan di kawasan masjid inilah terletaknya makam sahabat Nabi (saw) Abu Ayyub al Ansari yang meninggal dunia di Istanbul semasa menyertai peperangan menentang tentera Kerajaan Rom di zaman Khalifah Saiyyidina Umar RA. Di katakan, sahabat ini tetap menyertai peperangan (inginkan sahid) walaupun ketika itu beliau sudah tuan dan uzur. Beliau meninggal dunia kerana sakit sebelum peperangan bermula, dan dikatakan jenazahnya di usung menyertai peperangan. Ini merupakan salah satu faktor yang memberi semangat kepada tentera Islam untuk bertempur dan mencapai kemenangan.

Sebelum memasuki kawasan masjid itu, kami makan tengahari di sebuah restoran yang berhampiran dengan masjid tersebut. Kami makan nasi Arab. Nyaman gilak.


restoran tempat kami makan tengahari
pandangan masjid Abu Ayub dari luar pagar
  
tempat ambil wudhuk di luar masjid 
 
.
Kami tidak berpeluang melawat makam almarhum kerana sedang dibaik pulih dan dipagar. Lagipun terlampau ramai orang yang berbaris berebut untuk menghampiri lubang kecil yang dibenarkan.  

Kami bersolat zohor di Masjid Abu Ayub. Ramai sungguh jemaah di masjid ini, gabungan antara penduduk tempatan dengan pelancong.

Selepas solat Zohor, kami berjalan semula ke parkir bas (berdekatan stesen kereta kabel). Destinasi seterusnya ialah jeti cruise. Petang itu kami berpeluang menaiki cruise di Selat Bosphorus.  Sungguh indah pemandangan di kiri kanan selat. Airnya juga amat bersih. Belayar menaiki cruise merupakan program terakhir kami di Istanbul.
.
 
.

Turun dari jeti, kami dibawa untuk makan malam (masih petang) di Mercan Music Restaurant berhampiran dengan Selat Bosphorus. Selesai makan kami terus beredar menaiki bas menuju ke Atarturk International Airport. 

Masjid di Atarturk International Airport

Kami solat Maghrib/Isya' di sebuah surau di airport. Walaupun di katakan Turki adalah sebuah negara berpegangan sekular yang amat kuat, namun pihak berkuasa Turki menyediakan kelengkapan solat yang lengkap. Malah surau di airport ini mempunyai imam bertugasnya sendiri.

Pesawat TK68 dari Istanbul ke Madinah akan berlepas pada jam 1040 malam.

Secara umumnya apa yang dapat aku simpulkan selama 4 hari 3 malam berada di bumi Istanbul ini adalah:

  • Turki memiliki tamaddun yang amat tinggi, jauh meninggalkan negara-negara islam lain khususnya di Asia Tenggara. Peninggalan Kerajaan Uthmaniyyah amat mengkagumkan, dari aspek senibina dan sistem pentadbiran perbandaran.
  • Istanbul mempunyai tahap kebersihan yang amat tinggi. Jalan-jalan di bandar, sungai, pasar, tanah lapang, longkang dan taman-taman di bandar sungguh bersih dan terjaga. Sikap penduduknya yang mementingkan kebersihan amat jelas, hingga untuk menemui sepuntung rokok pun sukar. Kalau ada puntung rokok terbuang, ity kemungkinan besar dibuang oleh pelancong dari kawasan Asia termasuk Malaysia.
  • Di luar jangkaan. Maklumat yang diterima Kerajaan Turki menghalang orang beribadat secara bebas, tiada azan dilaungkan. Namun meleset. Masjid terlalu banyak, jaraknya pun dekat-dekat, apabila tiba waktu solat fardhu, suara azan bersahut-sahutan.  Mungkin ramai rakyat Turki yang hidup terlalu kebaratan dan terlalu sekular tetapi pengamal islamnya juga ramai.
  • Sememangnya kebanggaan rakyat Turki terhadap Kamal Atarturk terlalu kuat. Poster dan patung Atarturk di merata tempat. Rakyatnya memuji keagungannya dan kepahlawannya menyatukan negara Turki seperti yang ada sekarang. Oleh itu, jangan sesekali MENGUTUK Atarturk di hadapan orang Turki. Kalau tak suka diam sahaja.

Perjalanan pulang setelah selesai mengerjakan Umrah

  • TK 93 21 JUN 2013 JED-IST 1625 (4.25 PTG) 2010 (8.10 MLM) 
  • TK 66 22 JUN 2013 IST-SIN 0040 (12.40 PG) 1625 (4.25 PTG) 
  • FY 3522 22 JUN 2013 SIN-SZB 2140 (9.40 MLM) 2250 (10.50 MLM) 











IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...