Showing posts with label MY KAMPUNG. Show all posts
Showing posts with label MY KAMPUNG. Show all posts

Monday, December 31, 2012

TAJUK 84: MINI KARNIVAL USAHAWAN ISLAM SURAU LUQMAN HAKIM


 MINI KARNIVAL 
USAHAWAN 
 ISLAM

SURAU LUQMAN AL HAKIM 2012

Tulisan ini adalah sambungan TAJUK 58 (DESA TUNKU OSMAN JEWA) dan TAJUK 197 (SURAU LUQMAN HAKIM KPTOJ).


 

Kewujudan Surau Luqman al Hakim adalah seusia dengan kewujudan Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa.  Mengambil sempena nama seorang Nabi Allah (bukan Rasul Allah) yang juga seorang ilmuan yang namanya merupakan salah satu Surah dalam Al Qur'an (Surah Luqman atau Surah ke 32). 

Sejak penubhannya di awal tahun 2009, Surau Luqman al Hakim semakin aktif (walaupun kadangkala gerafnya menurun akibat masalah ketiadaan Ustaz yang menyampaikan tazkirah atau kelas taamir.  Tiap-tiap bulan sememangnya pihak surau akan menjemput penceramah luar bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan isu semasa ataupun peristiwa-peristiwa dalam kalendar islam.

Surau juga mengadakan majlis-majlis seperti Sambutan Hari Raya, Maulidur Rasul dan sebagainya.  Malahan sejak kebelakangan ini surau ini telah menjadi pilihan untuk majlis-majlis pertunangan dan pernikahan ahli keluarga penduduk KPTOJ.  Malah Pengerusi Surau sendiri telah memulakan tradisi mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak lelakinya di halaman/anjung surau pada 4 November 2012.  Kebetulan anak Dato Dr Mohd Zin (Dr Zul Helmi) berkahwin dengan anak perempuan Lt Kol Hj Yusof Ibrahim yang juga AJK/Bilal surau.

Aktiviti terbesar Surau Luqman al Hakim yang menutup tirai tahun 2012 ialah Mini Karnival Usahawan Islam yang dianjurkan pada 22 dan 23 DIS 2012.  Objektif penganjuran Mini Karnival ini ialah:

  • Kaedah berdakwah untuk mengajak penghuni Rumah keluarga ATM di KPTOJ (khususnya) untuk mendekati surau seterusnya memakmurkan surau.
  • Menggalakkan sifat keusahawanan di kalangan penghuni KPTOJ.
  • Mendekatkan penjual kepada pembeli.
  • Mempromosikan aktiviti/program surau kepada penduduk tempatan.

Aku yang mula-mula mencadangkan aktiviti dalam salah satu mesyuarat bulanan surau dan diterima oleh AJK.  Persiapan untuk menganjurkan aktiviti ini telah dibuat awal, iaitu lebih 2 bulan dari tarkh pelaksanaan.  Perkara-perkara seperti peserta (penyewa gerai), peralatan (khemah, kerusi, meja, peralatan siaraya, elektrik) telah dibincangkan dengan teliti dan membuat perlantikan jawatankuasa.

TABIK kepada Lt Kol Khairudin bin Abd Manap yang telah mempamirkan perkhidmatan yang amat dedikasi dan cemerlang untuk mempastikan program berjalan lancar.  Beliau SAYA lihat sebagai individu paling aktif dan berkerja keras siang dan malam.  Memang sukar untuk menemui orang seperti beliau.


 

Segala sumber bantuan diperolehi.  Dari Kem TDM, TLDM dan TUDM melalui network yang ada di kalangan AJK Surau.  Derma dan sponsorship juga diterima dari pelbagai pihak.

Pelbagai program telah dianjurkan seperti:

  • Program Usahawan.  Sebanyak lebih 40 ruang gerai telah dapat dijual dengan kos RM300 untuk korporat dan RM100 untuk individu.  Permintaan paling tinggi ialah pakaian dan aksesori hiasan wanita, diikuti oleh barangan makanan produk islam, gerai makanan, bahan kosmetik halal dan lain-lain.
  • Jualan Garaj. Idea asal adalah untuk ini sahaja namun telah diperluaskan.  Hasil jualan dimasukkan dalam tabung surau. 
  • Ceramah Agama. Sepanjang tempoh Karnival, dua malam berturut-turut pihak surau telah menjemput penceramah luar:
    • 22hb - Ustaz Hj Dzulkifli Ahmad
    • 23hb - Ustaz SP Hj Ghazali bin Hj Daud.
  • Pertandingan: Beberapa kategori pertandingan peringkat kanak-kanak bawah umur 15 tahun telah dianjurkan:
    • Hafazan Ayat-ayat Lazim
    • Bilal Muda (Azan)
    • Mewarna lukisan
  • Pameran: pihak surau juga telah menjemput beberapa agensi yang bersangkutan dengan islam untuk membuka meja pamiran seperti:
    • KDN
    • Pusat Pungutan Zakat
    • Yayasan RESTU

Sambutan

Inilah yang amat menyedihkan untuk diceritakan.  Walaupun promosi telah diwar-warkan semaksima yang mungkin melalui pelbagai kaedah seperti RTM, Radio IKIM, poster, facebook, blog, pengumuman di masjid-masjid sekitar dan telah dilakukan lebih sebulan sebelum tarikh Karnival namun hasilnya masih ditahap amat tidak memuaskan.

Kehadiran pada hari pertama amat-amat menyedihkan.  Gerai-gerai lengang.  Hari kedua ada sedikit pertambahan tetapi masih di bawah expectation. Sambutan dari penduduk yang tinggal disekeliling surau sendiri di luar dugaan (negatif). Rasanya tidak sampai 20% warga KPTOJ yang turun melawat.  Hari kedua sudah ada peniaga yang 'give-up' dan menutup kedai. Di mana silapnya?
.
22hb jam 0900- masih membuat persiapan.  Satu demi satu gerai dihuni dan diisi oleh peniaga.

 
 
 
 
 
AJK menjamu selera dengan durian 
gera-gerai semakin penuh diisi
Kumpulan Nasyid dari Maahad Tahfiz

Majlis Perasmian pada Jam 1100 oleh Y.Bhg Penanung Surau Luqman al hakim, Lt Gen Dato Hj Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohd Noor.


 
 
 
 
 

 
penyampaian derma kepada anak yatim
 
 
cenderamata kepada kumpulan Nasyid
Y.Bhg Penanung membuat lawatan ke gerai-gerai
gerai Surau yang menjual barang-barang terpakai

KENAPA tiada sambutan? Kenapa penduduk setempat enggan dan berat hati untuk turun mengunjungi dan memberi sokongan kepada program anjuran surau. Lebih 95% penduduk KPTOJ adalah orang Islam.  Antara 'assumption' yang diberikan adalah:

  1. Cuaca- hujan lebat pada tengahari 22hb sampai ke petang.
  2. Ramai yang bercuti panjang dan balik kampung. Kebetulan 25hb adalah Hari Krismas, mungkin orang cuti panjang dari 22hb sampai 25hb.
  3. Tak tau. Tak munasabah. Poster dah lama digantung di semua pintu masuk Kem dan suara DJ di surau pun boleh dengan jauh juga.  Lagi pun kalau duduk flat, jenguk tingkap pun boleh nampak.
  4. Tiada acara hiburan.  Hiburan adalah penarik generasi muda. Kalau ada acara hiburan, nanti modal nak bayar artis (tak kan seorang) pun 10x ganda hasil jualan gerai.  La ni, kumpulan nasyid pun mahal.
  5. Brand yang dijual tak ada class?.  Ye la, setaraf dengan jualan di pasar malam je. Pulak tu ada 'garage sale'- second hand? apa ka barang?. Mungkin pegawai rasa tak standard nak beli barangan kategori ini.
  6. Segan nak turun sebab tak pernah datang surau?. Mungkin jugak. Kalau tunjuk muka nanti ada pulak mangkok yang pujuk suruh datang surau. Ye lah, hal-hal berkaitan dengan agama ni memang susah untuk mendapat sambutan.
  7. Tiada semangat kejiranan.  Ini trend masa kini, buka pintu masa nak keluar kerja atau balik kerja atau nak keluar ke kedai.  
  8. Malas. Mungkin la. Hari cuti, aku nak rehat, apa hal pulak nak susahkan diri, panas pulak tu.
  9. Tidak minat. Hal-hal surau ni, aku kurang lerrr....
 

Begitulah.  Macam-macam andaian boleh kita buat.  Jawapan sebenar hanya boleh diketahui jika orang yang tidak datang itu menjawab soalan ini.

Apa pun. Wahai SAUDARA-SAUDARA ku, janganlah sesekali kita kecewa atau putus harapan. Ini adalah satu perjuangan. Kita tidak perlu berperang melawan kafir laknat di zaman ini.  Masih jauh dari perjuangan islam di zaman dan selepas zaman Nabi.  Bukan mudah untuk berjaya.  Dalam perjuangan duniawi, kita boleh dapat ganjaran WANG atau PANGKAT atau SIJIL KEPUJIAN atau PINGAT atau PUJIAN.   Usaha dakwah, perjuangan akhirat dinilai sendiri oleh Allah swt.

Teruskan Perjuangan.

Kepada AJK lain juga satu penghargaan yang tidak ternilai sama sekali di atas usaha saudara saudari dan juga 'para isteri' yang turut menyumbangkan tenaga dan idea menjayakan aktiviti.  'Special gratitude' kepada Lt Kol Shalawati Yahya yang telah membuat persiapan 'SIARAYA' yang cekap, canggih dan lengkap sepanjang tempoh aktiviti dilaksanakan.

Khusus kepada Lt Kol Khairudin. GUA CAYA SAMA LU......TABIK SPRING.

Teruskan Usaha.


 
 
 





Monday, May 28, 2012

TAJUK 71: BALIK KAMPUNG 26MEI2012

BALIK KAMPUNG
RUMAH BAPAK BERWAJAH BARU


Aku mengambil cuti tahunan selama dua hari sahaja pada 28 dan 29 Mei 2012.  Rancangan awalnya nak ajak anak-anak berjalan-jalan sambil balik kampung. Tapi hasrat terbengkalai kerana masing-masing anak dah ada plan sendiri.  Hafeez balik Ipoh untuk mengambil isterinya. Aisyah ada jemputan perkahwinan kawan dia pada Ahad.  Heikal ada janji dengan rakan dia menghadiri Bantu Palestin.  Atikah dah kerja hari Isnin, dan Nurul pulak Isnin sampai Khamis ada tusyen di sekolah. Hampeh.

Pusing sana pusing sini, balik kampung tetap balik. Satu malam pun jadi. Itu yang wajib. Cuma Atikah dan Nurul sahaja yang ikut.  Yang lain akan balik minggu depan dengan Hafeez.  Elok juga tu, boleh balik sendiri.  Yang penting mereka tau mana asal-usul mereka.

Perjalanan Pulang - Pokan Tampin

Pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 kami berempat bertolak dari rumah lebih kurang jam 1030.  Macam biasa hiway dari KL ke Seremban agak sesak, especially selepas Bangi.  Menyesal juga kerana tak ambik highway LEKAS tadi.  Selepas Seremban, perjalanan mula normal, tapi kereta memang agak banyak. Agaknya ramai yang balik kampung sempena cuti sekolah ni la kot.  Tapi, perjalanan selepas Senawang hingga ke Ayer Hitam sememangnya amat membosankan.

Dalam jam 1300 kami baru sampai exit Simpang Ampat, Alor Gajah.  Aku mengambil keputusan untuk lunch di pekan Tampin. Aku teringat pada 15 Dis 2011 aku datang ke sini kerana dijemput memberi syarahan AFNG di Seminar Pegawai Wanita di A Famosa Resort. Hari tersebut aku sampai awal dan makan tengahari di Restoran Sambal di pekan Tampin. Lauknya semua jenis podeh (pedas). Salah satu hidangan (minuman) spesel di restoran tersebut, iaitu 'air janda pulang'.  


Air Janda Pulang

Tapi, ramuan air yang aku minum di Restoran Sambal adalah berbeza dengan gambar yang aku jumpa dalam internet- kalau berdasarkan resepi yang aku jumpa ia adalah aduan air kelapa bersama isi kelapa muda, gula enau + gula putih dan daun pandan.  Kesemuannya dimasak hingga pekat.  Kemdian dituang dalam juga sehingga sejuk dan dibubuh ais.  Tapi apa yang ada di restoran ini dicampur dengan santan.

Di sini juga aku menunjukkan kepada isteri dan anak-anaku keunikan Tampin. Sempadan negeri Melaka/Negeri Sembilan terletak di tengah bandar ini.  Sebelah Melaka ialah pekan Pulau Sebang dan di Negeri Sembilan ialah Tampin.  Kalau berjalan-jalan di bandar ibni tanpa ada papan tanda ini sukar untuk menentukan kita sedang memijak tanah NS atau Melaka.


Papan tanda sempadan negeri Melaka/NS

Restoran Sambal di Jalan Besar Pulau Sebang

Selepas makan aku mengambil keputusan untuk tidak kembali ke hiway tetapi mencuba susana baru, melalui jalan yang aku belum pernah melaluinya seumur hidupku. Ia itu jalan dari Tampin ke arah Batu Pahat melalui pekan Gemas - Batu Anam - Segamat - Labis - Chaah - Yong Peng dan Ayer Hitam.

Pokan Gomeh

Gemas merupakan pekan yang terletak di sempadan negeri NS dan Johor.  Sebahagian besar kawasan Gemas terletak di dalam NS.  Di sebelah Johor dinamakan Gemas Baharu.  Melalui pekan Gemas, aku teringat bekas boss aku di MOF (En Abd Ghaffar A. Tambi- sekarang Datuk- TKSU di MOTOUR) yang pernah berkhidmat sebagai ADO Gemas di awal dekad 2000.

Gemas, masih kelihatan sebagai pekan lama.  Mungkin akan lebih cepat maju dengan wujudnya sebuah Kem TD yang agak besar iaitu Kem Syed Sirajuddin. Pembangunan di sebelah negeri Johor kelihatan lebih rancak dengan kewujudan taman-taman perumahan baru.



pekan Gemas (di bahagian Negeri Sembilan)

Dari segi sejarah, Gemas menjadi titik pertemuan penting laluan Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan pantai timur dan pantai barat Semenanjung. Stesennya dibina sejak 1922 masih beroperasi hingga sekarang dan itu cuma sebahagian daripada seribu kenangan dan sejarah negara.   Kedudukannya bersempadan dengan Johor dan Pahang dianggap strategik, malah ada yang menggelarnya Segi Tiga Emas.   Bukan setakat Segi Tiga Emas, bandar kecil ini juga sebenarnya mendapat nama sempena sejenis logam kuning yang mahal harganya iaitu emas.   

Ada yang mengatakan nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam. Orang Inggeris menamakan `gold´ tetapi penduduk mengatakan ia ´omeh´ dan gabungan kedua-duanya menjadi Gomeh sebelum ejaannya dimuktamadkan sebagai Gemas.   Penduduk tempatan mengatakan ia sebenarnya dinamakan sempena penemuan tempat lombong emas di sebuah gua yang mereka namakan ´Gomeh´ (gua emas). Apa pun ia sebenarnya berkaitan dengan penemuan logam emas.   Kedua-duanya saling berkaitan dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa gua emas itu memang wujud, cuma ia sebenarnya adalah bekas tapak lombong emas di sebuah bukit. Teori awal yang mengaitkan perdebatan mengenai emas itu memang logik kerana diakui, pelombong asalnya ialah orang Inggeris yang bekerjasama dengan penduduk tempatan.


menyeberangi Sungai Gemas dan nampak mercu tanda masuk ke negeriku, Johor

papan tanda Selamat datang ke Negeri Johor

Jalan utama dari Gemas ke arah Segamat kurang elok, tak menepati jalan persekutuan. Banyak kerosakan dan bertampal di sepanjang perjalanan.  Sama ada kualiti pembinaan atau pun masalah tanah dan cuaca.  Kami berhenti rehat dan bersolat jamak  Zohor/Asar di Masjid Syed Alwee di Batu Anam.  Aku sempat ambil gambar masjid ini.



Selepas bersolat di Masjid Batu Anam, aku dapat sms dari salah seorang kenalan yang bertanyakan sama ada aku balik kampung atau tidak kerana hari itu ada majlis perkahwinan anak salah seorang saudara aku di kampung, Hj Maulan Asmuni.  Aku jawab, sekarang on the way balik ke BP tapi bukan untuk majlis tersebut kerana aku tak dapat berita pun tentang majlis itu.  Lagi pun masa itu dah dekat jam 3pm.  Paling cepat pun aku sampai kampung jam 6pm.  Biasanya majlis kenduri kawin tamat paling lewat jam 5pm.  Dari Batu Anam aku melalui jalan bandar Segamat, Labis, Chaah, Yong Peng dan Ayer Hitam.

Sampai sahaja di kampung lebih kurang jam 1830.  Emak suruh pergi juga ke rumah Hj Maulan sebab beliau kira saudara dekat juga dengan kami. Emak cakap, kalau nak pergi majlis kawin tu masih sempat sebab di kampung ni orang tak kesah sangat, walaupun jemputan dalam kad sampai jam 4pm sahaja,  kalau datang malam pun orang terima. Tapi tak kan nak datang malam, itu dah kira mengacau namanya. Kesianlah tuan rumah dah penat sepanjang hari.

Lepas bersalaman dengan kedua orang tua aku, aku terus bergegas ke rumah Hj Maulan. Cara kampung, walau pun masa jemputan sehingga jam 4 petang, namun sampai jam 6.30 petang pun masih dibuka lagi. Walaupun di hujung petang, langkahku masih kanan lagi, makanan masih banyak. Beriani gam masakan chef kampung aku. Orang Sarawak kata 'nyaman gilak' (sedap sangat). Hj Maulan adalah pesara guru agama di kampungku. Beliau dulu amat aktif dalam politik di kawasan Parlimen Seri Gading.  Kini (2012) bertugas sebagai Pegawai Khas Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di Kaherah bagi menjaga hal ehwal kebajikan pelajar Johor dai Masir.

KALI terakhir aku balik kampung sebelum ini ialah pada 16 Mac 2012 untuk menyelesaikan pembayaran cukai tanah Simpang Rengam di Pejabat Tanah Rengit.  Masa itu, aku sempat menziarah Lek Birin (Sabirin) sepupu bapak aku (tinggal di Parit Mahang) yang sakit kerana terjatuh di bilik air dan terus hilang ingatan.  Kena angin ahmar agaknya.   

Kepulanganku kali ini menerima berita bahawa Lek Birin telah meninggal dunia pada 17 April 2012. Lebih kurang 40 hari selepas ia terjatuh dan sakit. Aku juga dimaklumkan bahawa Lek Modhan (Hj Sarmodan), penghuni rumah paling 'darat' dikampungku juga telah meninggal dunia lebih kurang dua minggu yang lalu. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiunn. Lek Birin sangat baik hati dan lemah lembut.  Sehingga beliau meninggal dunia (usia lebih 70 tahun), beliau masih belum berumah tangga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh kedua almarhum.

Kebetulan kali ini, musim durian baru sahaja bermula.  Buang buruk kata orang. Sepanjang tempoh di kampung hanya sebiji sahaja yang boleh di makan,  Itu pun setelah ditebuk tupai satu pangsa. Alhamdulillah dapatla jugak la rasa sebiji. 

Bapak aku sendiri yang telah hampir 3 tahun telah hampir kehilangan ingatan kelihatan stabil (sihat).  Perbualan kami agak terhad kerana bapak sudah tidak dapat mengingat apa sahaja peristiwa yang lepas.  Nama anak dan cucu pun dia lupa.  Tapi ROKOK dia tak pernah lupa.  Tapi kotak rokok emak yang simpan dan jumlah hisapan juga emak yang control.  Bila dia minta baru emak bagi sebatang.  Kalau bagi sekotak nanti dia letak mana-mana dia akan lupa.  Bapak kini berusia 85 tahun merupakan penduduk yang tertua di kampung aku.

Yang paling terkini mengenai kepulanganku ke kampung ialah rumah bapak ku telah berubah wajah.  Aku difahamkan Yah yang bermodal untuk membuat renovasi rumah itu kerana dia yang mendapat pusaka tanah tapak rumah itu dan dimaklumkan akan menetap di kampung  kelak.  Dengarnya untuk membuat ubahsuai dapur dan yang terkini dah habis dekat RM120k.  Bila tenguk rumah kampung pun kena belanja sebanyak ini, aku mula terbayang berapa pula aku perlukan untuk buat renovasi rumah aku di Seremban nanti!.

      

INI ADALAH REKABENTUK RUMAH YANG LAMA

Hujung tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an
pertengahan tahun 80an hingga pertengahan tahun 90an
pertengahan tahun 90an hingga 2012

GAMBAR-GAMBAR RUMAH SEMASA SYAWAL 1433








.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...