Showing posts with label MY FRIENDS. Show all posts
Showing posts with label MY FRIENDS. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

TAJUK 101: MENEMUI SAHABAT SAS 1977

Pada 15 Mac 2014 aku menghadiri jemputan Majlis Perkahwinan anak lelaki bekas rakan sekelas (Tingkatan 6 Rendah) semasa di Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, Haji Adam bin Sulong. Majlis diadakan di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya.



Dalam majlis ini aku dapat berjumpa dengan lain-lain rakan sekelas seperti Engku Hamzah Tuan Mat, Hj Misro bin Jerut dan Hj Abdul Talib bin Abd Hamid.

Rakan-rakan lain yang sampai setelah aku meninggalkan majlis ialah, Minhad, Zakaria Md Alip dan Ahmad Noh bin Jeni.



 
 
Adam, Engku Hamzah, aku, Talib dan Misro 

Ini adalah kali pertama aku dapat bertemu dengan Hj Abd Talib yang bertugas di Pejabat Pelajaran Negeri Selangor di Shah Alam. Sebelum ini kami hanya berkomunikasi melalui facebook atau watzap sahaja sejak 3-4 tahun lepas. Semasa mengenali semula Talib, masa tu dia bertugas sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Pertemuan pertamaku di kalangan rakan-rakan sekelas L6 SAS 1977 ini hanya bermula pada tahun 2011 apabila Abdul Malek Azman datang dalam majlis perkahwinan anak aku pada bulan November 2011. Selepas itu baru lah aku dapat temui satu persatu dalam beberapa majlis yang berbeza. Tidak termasuk Kamdani Md Salleh (rakan sekampungku) sehingga tarikh ini rakan yang pernah aku temui ialah:
  • Abdul Malek Azman (pertama kali jumpa semasa beliau hadir perkahwinan anakku pada tahun 2011) 
  • Hj Misro Jerut (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak beliau pada tahun 2012)
  • Engku Hamzah (semasa aku menghadiri reunion di rumah beliau pada tahun 2012)
  • Hj Adam Sulong (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Misro pada tahun 2012) 
  • Abu Bakar Katar (2012) 
  • Minhad  (semasa aku menghadiri reunion di rumah Engku Hamzah pada tahun 2012)
  • Hj Sapini Mat Saman (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Misro pada tahun 2012)
  • Hj Marjuni Suradi (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Misro pada tahun 2012)
  • Fathul Rahman (semasa aku menghadiri reunion di rumah Engku Hamzah pada tahun 2012)
  • Yasman Tamsir  (semasa aku menghadiri reunion di rumah Engku Hamzah pada tahun 2012)
  • Ahmad Noh Jeni (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Noh pada tahun 2013)
  • Zakaria Md Alip (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Noh pada tahun 2013)
  • Zakaria Bokhari (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Misro pada tahun 2012)
  • Simi Abdul Ghani, Dato' (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Noh pada tahun 2013)
  • Hj Che Shukri Hassan, Dato' (dalam satu majlis rasmi di Kementerian Pertahanan dalam tahun 2014)
  • Khairudin (terjumpa di kawasan bangunan MINDEF pada tahun 2014)
  • Hj Abd Talib Hamid (semasa aku menghadiri majlis perkahwinan anak Adam pada tahun 2014)

Beberapa orang lagi ex-classmate yang telah berkomunikasi melalui emel atau facebook ialah Zaki bin Muda (Terengganu) dan Ali bin Senik (Kelantan)


Juga pertemuan selepas lebih 30 tahun antara (dari kiri) Ali Senik, Ahmad Noh Jeni dan Engku Hamzah

InsyaAllah pada 5 April nanti, ada lagi satu majlis perkahwinan melibatkan rakan sekelas SAS 1977, iaitu Engku Hamzah Tuan mat di Sg Ramal, Kajang.

Saturday, September 15, 2012

TAJUK 81: REUNION L6 ALAM SHAH 1977

.


  REUNION PERTAMA  
  ALUMNI LOWER SIX 1977  
SEKOLAH ALAM SHAH, JALAN CHERAS
16 SEP 2010


Banyak perkara yang dirancang tidak menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang malah tidak terlintas di fikiran untuk dibuat tetapi ianya berlaku.

Semasa di sekolah menengah aku menyenaraikan TIGA cita-cita utama; pertama: Peguam, kedua: Arkitek dan ketiga: Juruterbang.  Aku mempunyai peluang dan jalan yang baik (selepas lulus SPM) untuk mencapai cita-cita itu namun dengan kehendak Allah, aku gagal mencapai ketiga-tiga impian tersebut.
  • Aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Berasrama Penuh yang berprestij, iaitu Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras Kuala Lumpur. Jika aku lulus peperiksaan STP dengan baik, aku boleh melanjutkan pengajian dalam jurusan Undang-undang di UM untuk menjadi seorang Peguam.  TETAPI aku meninggalkan Tingkatan 6R (L6 SAS) dan memasuki UTM untuk mengejar cita-cita kedua.
  • Aku berpeluang mengikuti kursus Diploma Senibina di UTM Jalan Gurney (Semarak) mulai Jun 1977.  Ini adalah jalan terbaik untuk membolehkan aku mencapai cita-cita menjadi seorang Arkitek. TETAPI telah ditaqdirkan aku gagal menamatkan pengajianku di UTM atas sebab-sebab kelemahan diriku sendiri.  Lalu aku terkeluar dari landasan untuk mencapai cita-cita kedua.
  • Setelah gagal di UTM aku menyertai angkatan tentera melalui latihan di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson.  Setelah melepasi latihan yang keras selama 9 bulan aku diterima untuk menjalani latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang 2, TUDM Kluang pada bulan Januari 1981. Aku gagal menamatkan latihan untuk mencapai cita-citaku menjadi seorang juruterbang.
Itulah sebahagian dari perjalanan hidupku.  Dari satu kegagalan ke satu kegagalan. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Kita hanya mampu meletakkan cita-cita dan merancang. Allah yang menentukan segala-galanya.

Namun tempoh singkatku di Sekolah Alam Shah (SAS) dan tidak memberikan apa-apa sijil dan kelayakan bukan lah satu kerugian sama ada dari segi masa dan kualiti. Mungkin dari segi 'kuantiti' usia, aku telah kerugian selama 3 tahun, dari Mei 1977 hingga Apr 1980. Kata orang kalau aku masuk TUDM sebaik sahaja aku tamat SPM, aku sudah berkhidmat selama 35 tahun- mungkin sudah berpangkat Brig Jen???.  Itu perkiraan manusia yang serba kekurangan dari segi ilmu.  Allah lebih mengetahui dan lebih tahu mana yang baik untuk diri kita. Ramai lagi rakan seperjuang dalam TUDM yang memasuki TUDM lebih 3 tahun lebih awal dari aku kini berada di belakang aku.  Bukan sesekali aku takbur atau sombong atau riak...TAPI seperti aku tulis tadi, perkiraan Allah dan perkiraan manusia jauh berbeza.

Dari perjalanan hidupku yang berliku, kini aku punya ratusan rakan yang bergelar 'alumni'.  Biarpun perjalanan aku bersama mereka terlalu singkat dan aku rasa tidak layak untuk bergelar alumni dari kalangan mereka, namun mereka menerima aku dengan hati terbuka tanpa sedikitpun melihat 'my failure' sebagai satu handicap.  Lihat, hari ini aku punya keahlian dalam alumni (plural of alumnus) berikut:
  • Alumni Lower Six 1977- Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, KL.
  • Alumni First Year Architecture 1977/78/79, UTM, Jalan Gurney, KL.
  • Alumni TJP37, Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson
Tidak cukup dengan itu, aku juga menjadi alumni berikut:
  • Alumni DBS 1986/1989, ITM Shah Alam.
  • Alumni BBA(Hons)(HRM), UiTM Shah Alam.
  • Alumni MTAT Haigate (Course 28/1999).
  • Alumni MBA, UKM
Kembali ke kesah Lower Six Alam Shah. Rakan-rakan sekelas dan seasrama yang hanya dapat bersama denganku lebih kurang sebulan telah membina perbagai kerjaya dan kehidupan mereka.  Kesemua mereka ini telah putus hubungan denganku sejak hari aku meninggalkan bangunan SAS untuk berpindah ke UTM pada bulan Jun 1977.  Aku sendiri sudah melupai hampir kesemua rakan sekelasku di L6 SAS. Yang pasti aku tidak lupa hanya tiga pelajar yang datang dari satu sekolah di STMI Parit Saidi, Batu Pahat iaitu; Kamdani Md Salleh, Ahmad Noh Jeni dan Yasman bin Tamsir.  Kecuali Kamdani (rakan sekampungku), yang lain juga aku tidak pernah temui sejak tarikh tersebut.  Kamdani akan aku temui setiap hari raya jika aku balik kampung kerana beliau kini mengajar di Sek Keb Seri Rejo Sari (sekolah aku dari tahun 1966 hingga 1971).  Seorang yang aku pernah temui ialah Khairudin semasa bertugas di MinDef di pertengahan tahun 90an. Ketika beliau bertugas sebagai EO di Markas Tentera Laut.  Ada dua tiga kali aku bertembung dengannya sama ada di lift atau di kantin MinDef.  Itulah sahaja.
.
 
 
 

Setelah 35 tahun berpisah dan bertempiaran di merata tempat di seluruh negara dan mungkin ada yang bertugas di luar negara. Kini mereka telah memegang pelbagai jawatan dan profession di daalam pelbagai organisasi awam dan swasta. 

Cetusan rasa untuk memulakan reunion apabila aku menjemput mana-mana yang ada contact untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anakku pada 19 Nov 2011 di Dewan Seroja, MinDef.  Hanya Kamdani sekeluarga dan Malek Azman sahaja yang hadir. Aku tidak jemput Malek secara langsung. Aku jemput Ahmad Noh melalui sms dan Ahmad Noh panjangkan kepada Malek.  Mungkin itulah tali persaudaraan yang lahir dari hati yang luhur.  Demi sahabat.  Aku tiada ayat untuk mengucapkan terima kasih.  Marjuni pula kutemui dalam facebook. Bermula dari situ aku mendapat banyak contact number yang lain.  Dari Marjuni aku dapat beberapa contact number lagi.  Yang pertama menelefon aku ialah Yasman.  Selepas itu, aku menghubungi Abdul Talib melalui facebook.

Engku Hamzah aku dapat kesan semula secara kebetulan juga. Aku membuka websait Kedutaaan Malaysia di Washington dalam tahun 2008 atau 2009.  Terlihat namanya dalam senarai pegawai kedutaan, aku pun menghantar emel kepada beliau.  Sekali dua beremel, terus terhenti.  Kemudian pada tahun 2012 salah seorang staf aku di MLU membawa kad nama beliau bersama pesan supaya menghubunginya.  Kebetulan staf aku menghadiri satu majlis memakai uniform TUDM dan beliau (Engku) bertanyakan staf itu berkaitan diriku.

Pertemuan yang agak 'membesar' ialah semasa hari perkahwinan anak Hj Misro Jerut di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi pada bulan 15 Julai 2012.  Kali ini aku hanya mendapat sms dari makluman dari Malek berkaitan jemputan Misro. Aku menghantar sms kepada Misro untuk memohon hadir dalam majlis berkenaan.  Dalam majlis tersebut aku dapat bertemu beberapa orang ex-classmate seperti Abu Bakar Katar, Sapini Mat Saman, Malek Azman, Ahmad Noh Jeni, Marjuni Suradi, Adam Sulong dan Zakaria Bokhari.

 

pertemuan terkini ex-Lower Six, SAS 1977 (15 Julai 2012)
semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak lelaki Hj Misro bin Jerut di Dewan Tun Abdullah Salleh UKM.
Dari kiri: Abu Bakar Kattar, Ahmad Noh Jeni, Abd Malek Azman, Marjuni Suradi dan penulis 
DARI KIRI: Zakaria Bokhari, Malek Azman, Sapini Mat Saman, Marjuni Suradi, x/x, Adam Sulong, Abu Bakar Katar, Misro Jerut, Ahmad Noh Jeni dan Toharudin.
"Nostalgic- setelah 34 tahun (1977-2012)"
.
Pertemuan rasmi kali pertama kami dalam Majlis Eidil Fitri yang dihostkan oleh salah seorang rakan sekelas kami, Engku Hamzah bin Tuan Mat di Sungai Ramal Dalam, Kajang pada malam 16 September 2012.
.
Rancangan untuk mengadakan reunion (gathering) bersama keluarga mula dirancang semasa pertemuan di Majlis Perkahwinan anak lelaki Misro di UKM Bangi. 'Master mind'nya ialah Malek Azman. Dari awal meletakkan 16 Sep, malam sebagai tarikh sasaran, kerana long weekend sempena cuti Hari Malaysia.  Lokasi pertemuan yang asal ialah di D'Float Restaurant Bangi. Mulanya aku mengambil keputusan tidak hadir kerana tarikh itu aku baru sehari pulang dari Bandung, kepenatan.  Tapi semasa di Bandung, aku menukar fikiran. Aku menghantar 'sms' kepada Malek bahwa aku ingin hadir.  Pastinya amat dialu-alukan.

Maka, tibalah hari yang dirancangkan.  Majlis bermula selepas waktu Maghrib.  Aku bertolak dari rumah ke Sungai Ramal Dalam selepas solat Maghrib. Aku bawa isteri dan 4 anak-anakku; Aisyahnur, Atikah, Heikal dan Nurul.  Semasa aku sampai, yang telah berada di sana ialah Misro dan Abu Bakar.  Aku sampai bersekali dengan Marjuni.

Daripada 34 orang dalam satu kelas hanya 10 yang hadir:
  1. Engku Hamzah Tuan Mat (EPU, JPM- host)
  2. Abdul Malek Azman (Prasarana Selangor, organizer) - bersama isteri dan anak.
  3. Toharudin Abd Rasid (TUDM)- bersama isteri dan 4 anak.
  4. Hj Marjuni Suradi (Guru Besar di Pontian, Johor)- bersama isteri, anak, menantu, cucu dan adik ipar.
  5. Hj Yasman Tamsir (Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Johor)- bersama isteri dan 2 anak
  6. Fathurrahman (persendirian)- bersama isteri.
  7. Minhad (Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Shah Alam)- bersama isteri dan 3 anak.
  8. Abu Bakar bin Kattar (Hakim Mahkamah Session, Melaka) bersama isteri.
  9. Hj Misro bin Jerut (Pegawai di UKM Bangi)- bersendirian.
  10. Ahmad Noh bin Jeni (Naib Presiden Perbankan Islam, BSN KL)- bersama isteri.
Yang aku pernah jumpa sebelum ini:
  1. Kamdani Saleh (Guru di Batu Pahat) - Kamdani adalah rakan sekampung dengan aku.
  2. Khairudin (Pegawai Tadbir KEMENTAH) - tidak dapat dihubungi
  3. Adam Sulong (PTD- Pengarah Bajet, EPU)- berada di luar negara
  4. Hj Sapini Mat Saman (Presiden Mahkamah Perusahaan, Johor Bahru - tidak dapat hadir kerana ada urusan kelurga
  5. Zakaria Bokhari (Guru di Pontian) - ada urusan rasmi
Yang belum pernah berjumpa lagi:
  1. Abdul Talib bin Hamid (Pegawai Pendidikan Negeri) - ada urusan rasmi di Kuching, Sarawak (kali pertama jumpa Talib di majlis perkahwinan anak Adam di Putrajaya, Mac 14)
  2. Abd Rashid (Kelantan) - Hakim - tidak dapat dihubungi
  3. Azman (Muar) - tidak dapat dihubungi
  4. Dzainal bin Rahman (Senggarang, Johor)- tidak dapat dihubungi
  5. Sidek bin Jaafar (AADK Johor Bahru) - ada urusan keluarga
  6. Dato' Simi bin Abd Ghani (SPRM Johor Bahru) - ada urusan keluarga di Kelantan (kali pertama jumpa di majlis perkahwinan anak Noh Jeni)
  7. Razak Ahmad (Agro Bank)- ada urusan rasmi di Mersing
  8. Zakaria bin Md Alip (Johor) - tidak dapat dihubungi (kali pertama jumpa di majlis perkahwinan anak Noh Jeni)
  9. Baharudin bin Abd Kadir (Kelantan)- tidak dapat dihubungi
  10. Zaki in Muda (Terengganu) - JPS, Besut
  11. Che Shukri bin Hassan (Kelantan) - tidak dapat dihubungi (kali pertama jumpa di satu majlisdi MINDEF)
  12. Kamarudin (Melaka) - tidak dapat dihubungi
  13. Kamaruzaman. (Kamaruzzaman) - tidak dapat dihubungi
  14. Ali bin Senik (Kelantan) - BERNAS Machang
  15. Tuan Adnan (Kelantan) - tidak dapat dihibungi
  16. Johari bin Udar (Johor) - tidak dapat dihubungi
  17. Abd Hamid bin Abd Rahman - tidak dapat dihubungi
Yang tak mungkin dapat ditemui lagi:
  1. Fauzi (telah meninggal dunia)

Maknanya hanya ada 5 orang lagi yang aku gagal mengingati nama dan mukanya.

Rupanya bukan aku sahaja yang putus hubungan dengan mereka.  Di kalangan mereka pun ramai yang 'lost contact' sejak meninggalkan Alam Shah pada tahun 1978.  Selepas mereka menamatkan STPM, hidup mereka 'bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing'.  Ada yang masuk universiti (kebanyakannya UM), ada yang masuk Maktab Perguruan, ada yang masuk ITM dan ada yang terus bekerja menggunakan kelulusan STPM.  Selepas itu masing-masing membina kerjaya masing-masing ke pelbagai arah. Ada yang laju ada yang perlahan. Pada masa itu pulak, mana ada handphone, jadi mengharapkan telefon dan surat kiriman sahaja, segalanya berakhir dengan berharap kepada kebetulan sahaja.  Malah semasa melangsungkan perkahwinan pun tidak terlintas untuk mengesan atau mencari rakan-rakan ini.

Sehinggalah malam tadi, dimana satu pertemuan yang dirancang secara formal.

Pastinya macam-macam cerita lama keluar kembali. Mengenang ke'nakal'an masing-masing.  Biasalah anak-anak kampung yang baru pertama kali duduk di asrama penuh setelah berusia 17 tahun. Kebetulan 'Kelas 6R' terdiri dari semua pelajar terpilih dari luar bandar daru negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka sahaja.  Dari kepelbagaian ini tercernalah pelbagai kesah suka dan duka.

Aku tidak mempunyai banyak pengalaman bersama mereka, jadi hanya menyampuk sahaja cerita mana-mana yang perlu sambil ingin mengingat kembali setiap individu yang aku pertama kali temui ini.
.
Kumpulan pertama yang datang- mengambil posisi sementara menanti rakan-rakan yang lain
Seronok bercerita kesah lama waktu muda baru nak mengenal dunia luar
Sebahagian para isteri yang kali pertama bertemu yang tidak pernah mengetahui bahawa suami mereka pernah duduk dalam satu kelas dan satu dormitary suatu ketika duhulu juga begitu cepat menzahirkan kemesraan
semua berdiri dan tolak menolak untuk memegang pisau bagi upacara memotong kek 'reunion'
akhirnya Marjuni dan Malek mengetuai upacara memotong kek 'Reunion'

Haji Marjuni dan Abd Malek telah dipilih untuk mengetuai acara memotong kek 'reunion'. Haji ni lurus orangnya.  Buat satu kerja tidak boleh menyambil buat benda lain.  Semasa memotong kek, dia memfokus matanya kepada kek yang dipotong.  Kawan-kawan kata, mata tu pandang la kamera, pisau tu letak je kat kek tu, simbol je.  Dia pun tengok kamera, tapi bila cameraman kata sediaaaa... dia pandang ke arah kek semula.  Walaupun diingatkan beberapa kali, dia tetap tidak berjaya memandang ke arah kamera, jadi sampai ke sudah, 3-4 snap, satu pun tak ada yang muka dia tengok kamera.

Kesah sebagai pelajar sekolah asrama penuh tidaklah sehebat kesah kenangan yang dialami oleh seorang Pegawai Kedet Tentera.  Namun ia ada cerita dan seni tersendiri. Kesah seperti 'sneaking', 'skodeng', kesah berjumpa hantu ketika pulang lewat malam, kesah mem'bereng' (men'tackle') anak dara cikgu (yang tinggal di rumah guru) atau mengusik anak dara makcik warung tetap menarik untuk diulangbicara.  Ada satu cerita, bahawa Kamdani yang 'admire' dengan anak cikgu Yunus (guru sejarah) telah tersasul memanggil cikgu Yunus dengan panggilan 'ayah' di dalam kelas.

Zaman pelajar asrama penuh, khususnya Tingkatan 6 Sastera memang membosankan.  Sebab itu pelajar begitu kreatif 'mereka-reka' atau buat hal untuk mencari hiburan. Berbeza dengan pelajar Sains atau Matrikulasi, pelajar Sastera lebih 'relax'. Pelajar Sains dan Matrix terallu sibuk mentelaah pelajaran mereka.  'Excellent result' merupakan nyawa mereka.  Oleh itu mereka tidak mempunyai masa untuk berfoya-foya. Sebab jawatan Ketua Satu dibebankan kepada pelajar 6 Atas begitu juga dengan jawatan-jawatan penting lain seperti Ketua Perpustakaan, Ketua Sukan, Ketua-ketua Persatuan.

Pelajar Sastera banyak pilihan.  Kalau tak boleh masuk universiti boleh mohon masuk ITM atau Maktab Perguruan. Sijil dari SAS amat berharga dan dihargai.  Senior-senior SAS yang lalu telah membuktikan lepasan SAS mampu diberi amanah memegang jawatan utama peringkat nasional.  Ramai alumni SAS yang berjaya dalam kemuncak kerjaya mereka sama ada dalam sektor Kerajaan atau swasta.

kelamkabut sikit semasa mengatur tempat untuk bergambar bersama pasangan masing-masing. Aku yang menganjurkan idea utk bergambar dengan pasangan di luar rumah. Hj Misro masih confused nak berdiri belakang isteri siapa???.
isteri-isteri dah okay, tapi ada dua lagi kerusi kosong- so, masing-masing toleh belakang nak pastikan suami yang betul...hahahaha. Misro masih menunggu keputusan!
bersama isteri masing-masing
ada yang dah sedia, ada yang baru nak mengambil posisi
siapppp...tapi lampu atas ni mengganggu focus camera

Bukan sahaja kami bekas pelajar yang enjoy the dinner.  The wives were also enjoyed meeting their new friends.  Sambil makan hidangan satay, nasi dagang, roti jala dan pelbagai kueh mueh yang disediakan oleh tuan rumah, Engku dan isteri/keluarga, mereka juga rancak bercerita sehingga saat perpisahan.

better angle....
kali ini bergambar bersama ahli keluarga yang hadir
.
Walaupun jumlahnya kecil berbanding jumlah rakan sekelas yang asal ia cukup bermakna sebagai usaha untuk memulakan langkah yang seterusnya. Terima kasih kepada Abdul Malek Azman (orang parit Keroma, Muar) yang bersungguh-sungguh mengusahakan pertemuan ini. Terima kasih Engku Hamzah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk reunion untuk pertama kalinya ini.

Pertemuan selanjutnya di........


Sembang Teh tarik
Bangi, 05 Dis 14

Majlis Pengkebumian PW Saipul
Ayer Baloi, 29 Jan 14

Majlis Perkahwinan anak Adam Sulong
Putrajaya, 17 Mac 14

Majlis Perkahwinan anak Engku Hamzah
Ramal Suria, Kajang, 5 April 14



Thursday, January 19, 2012

TAJUK 55: SAHABATKU HJ NAZRI



DOA UNTUK SAHABAT


I write this topic as a special tribute to two of my good friends, Kolonel Haji Mohamed Nazri bin Dashah TUDM and Lt Kol Hj Muhammad Shafiq bin Hj Jahudi TUDM.



Frankly, I do not have many good friends.  Since I was in my primary school and secondary school, my firendship network was very limited.  In my secondary school, I have only 3-4 close friends (they were Mohd Khir Salikin (Nuk), Abd Wahid Abd Aziz and Norjai Amin).  When I was in seciondary school my good friends were Abdul Halim Sulaiman and Jamaludin Tamjis.  Outside from school time, basically I did not have close friends.  I treated all my friends equally.



When I was in UTM (1977/78/79) - the life and environment of architecture students made us very close - we went to the class together, doing our course project together, eating MAGGI mee together (sometime sharing), sleeping also together, your pillow was my pillow. Why, becuase the sleeping time were limited, the ratio of pillows was always lower than the person, especially in our rental house.  8-10 persons staying in 2 room house at Bukit Keramat.  Norzam, Shukor, Badrul Hisham, Badrul Khair (aruah), Khalis, Amat Amir, Rahim Ahmad, Zulkifli Sudin (aruah), Ibrahim Hamdan, Kamisan, Bernadib etc.  But after 3-4 yeras split, our relationship getting farther and farther.  After 30-40 years, then our relationship coming back for reunionship.  For those who are playing golf, they have an advantage to get together more.



In fact, when I joined the Cadet School in 1980, my close friends were those sleeping near to my bed (capoi) or in the same barrack - Nazli Alias, Mazhar Palil and Sanusi Samion - anyway not so close - may be because our time was so limited for socialisation. Nine months with full of active programs was too short for us. We did not much time to chat about our back ground, kampong or family.  Moreover talking about girl friends.  When we passed out from OCS, our relationship almost ZERO, especially with the Army friends. Most of them I totally forgot their name and faces. Within the Air Force, is not so bad because we are a small group. But slowly, one by one were leaving the service and lost contact. 



Throughout my 30+ years service I have only two good friends, both are Admin Officers, Muhammad Shafiq bin Hj Jahudi and Mohamed Nazri bin Hj Dashah. The first time I met both of them were in RMAF Kuching Base, my first base I served in my service (Oct 1981).  If you do not believe me, go and ask all RMAF officers (those who are about same age with me) - none of them will mention my name as their good/close friend (far from BEST friend)- including Nazri and Shafiq. hahaha. aku je yang terperasan.



Both is my senior, Lt M (U) Shafiq (Intake 36) was the Base Adjutant and Lt M Nazri (intake 35) was the OC HANDAU. Both were small size. Both were waiting for the BUGI (junior officers reporting to new base). But Nazri (his nickname - Nana) was a bit serious and aggressive - he liked to punch your stomach - may be due to his 'commando' back ground.  Shafiq was more friendly and low profile. Another reason why Shafiq was faster to get closer to me because he was from same 'kapal' with me.


I hope both of them (Nazri and Shafiq) would not oppose or dislike this write up.


loving couple, Shafiq and Rabiah.


Shafiq, same as myself, most of the time he served in Klang Valley.  Once we lived in the same OMQ block at Desa Wangsa Keramat in 2007-2009.  Happened that his wife Rabiah is a good friend to my wife Adibah.  Shafiq is a year younger than me. He was born on 2nd Jan 1960.


In 2003,Shafiq was announced as Tokoh Wira Maal Hijrah ATM.


Nazri, he was born on 19th Jan 1959, same year as mine.  Nazri posted out from Kuching earlier than me.  I bought his motorcycle (Suzuki Cup) - No. KH 4750.


He was together with me attending Squadron Officer Course (SOC) 22/1990 in ITU Kinrara.  He married to Hajjah Sharima Abd Malek and blessed with 5 children.  But Allah loved her much more.  She passed away in 2010 due to heart attack (if i am not wrong).  She was also a friend of my wife. How ever, due to house location, they were seldom to meet. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruh almarhumah.


Nazri and almarhumah Sharima

single father - Nazri trying hard to grow his children alone.... kesian dia. dah la kurus, nak bela anak sorang-sorang, makin cengkung dia. 


I would say that, in Admin Branch, Nazri has a potential to get his star within 5 years.  This is my prediction- based on various criterion. taking into consideration of his seniority and merit.  If we look at the seniority list of Admin senior officers, now (Jan 2012) is led by Mej Jen Dato Hj Mohd Noh TUDM (will retire in 2014), followed by Brig Jen Datuk Hj Zaharin TUDM (will retire in 2016), Brig Jen Dato' Hj Zulkafli TUDM (will retire in 2015).  There are four Kolonels in Admin Branch now. Kol Ahmad Tarmizi  (7/2008) is the most senior will retire in 2017, next is Nazri (11/2009) will retire in 2019, followed by Kol Ahmad TUDM (2010) will retire in 2021  and Kol Ismail TUDM (3/2011) will retire 2017. 


two pictures above can translate my statement - about my prediction for Nazri's future



 PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI 


Allah Maha Mengetahui keperluan zahir dan batin hambanya.  Pada penghujung tahun 2011 Nazri bertemu jodoh dengan Norlaily Shima binti Mior Ramli dari Ipoh. Jodoh dengan orang satu negeri juga.

Signifikan kepada perkahwinan ini ialah kedua-duanya (pasangan) adalah sahabat baikku.  Aku mengenali Shima sejak tahun 2008 ketika dia mengikut adiknya Siti Rahmah menguruskan  pelaburan aku dengan CIMB.  Setahun kemudiannya, Siti Rahmah mengundurkan diri dari pengurusan perniagaan 'trust' dengan CIMB dan menyerahkan pelanggan di bawah kawalannya kepada kakanya Norlaily Shima.


Apabila pelaburan menampakkan keuntungan, aku memperkenalkan kepada beberapa orang sahabatku untuk meluaskan perniagaannya, termasuklah Nazri.  Setelah lebih setahun mengenali Shima, dan mengetahui banyak berkaitan dengan latar belakang keluarga, kebetulan Shima telah menjadi 'single mum' aku berhasrat untuk merekomenkan dia untuk sahabat aku Nazri ini.


Kebetulan juga, isteriku juga kenal baik dengan Shima kerana mereka pernah berjumpa dan bersembang di rumah aku semasa Shima datang ke rumah untuk menguruskan dokumen 'wasiat' as Salihin.


Allah Tuhan Yang Maha Kaya,  Shima memberitahuku bahawa dia 'berkenan' dengan Nazri yang kebetulan telah menjadi 'single pa'.  Maka bertambah mudahlah urusanku.  Keadaan bertambah selesa dan mudah (dipermudahkan Allah) kerana sebelum sempat aku menyuarakan 'rasa hati' Shima kepada Nazri,  Shima ada memberitahu aku bahawa Nazri telah mula menyuarakan 'hasrat hati' atau 'keinginan' untuk menjadikan Shima sebagai teman hidup.  


Pastinya Shima, yang masih mengalami 'trauma' dari perpisahan sebelum ini memerlukan masa dan meningkatkan kepercayaan kepada insan bernama lelaki.  Dan aku menjadi pakar rujuknya.  Aku telah mengenali Nazri sejak tahun 1981 (di Kuching)- sama-sama membesar dalam TUDM - hanya berlainan tugas.  Aku kenal siapa Nazri- hati budi Nazri - sikap dan sifat Nazri.  Bila Shima ingin tahu lebih tentang Nazri.  Aku tidak perlu bercerita panjang tentang siapa Nazri, aku hanya memberikan satu conclusion sahaja kepada Shima.


"Shima, you have known me about 2 years.  If you think that I'm a nice person, Nazri is 10 time better than me".


Nasihat tambahan aku, "Shima, this is not for one week, or one month or one year of your life decision, you ambik la sebulan dua lagi- get to know further about him - to confirm my statement, then you can make a decision".


In the same time, I also told Nazri that if Shima is his choice to be his queen in his home, he did choose the most right woman.


Everything went well. Shima managed to win the heart of all five children of Nazri and Nazri was well accepted by all the three of Shima children. Both of them finalised their decision. Mereka dinikahkan di Ipoh pada 20 Nov 2011.  Sehari selepas majlis akad nikah anak perempuanku pada 19 Nov 2011.  Syukur kepada Allah subhanahu wataala.  Semoga mereka berdua kebahagiaan dunia dan akhirat.







Majlis di pihak lelaki di adakan  di Dewan Makan  Markas Rejimen TUDM Bukit Jugra pada 3 Dis 2011.  Aku dan isteri ke Jugra untuk meraikan majlis kenduri perkahwinan sahabat baik ku ini.


PASANGAN BAHAGIA "King Nana and Princess Shima"
.

Wednesday, December 28, 2011

TAJUK 51: REUNION 1 JEMAAH HAJI TMTT 1431/2010


ALBUM KENANGAN
JEMAAH HAJI TMTT 1431H

SAMBUNGAN  DARI TAJUK 192 

12 DISEMBER 2010 merupakan hari terakhir pertemuan kami pada tarikh tersebut lebih kurang jam 1000 malam tiba ke KLIA.  Setelah menyelesaikan urusan bagasi dan juga pasport (lebih kurang jam 12 malam, kami terpaksa berpisah(untuk sementara.  Kerana selepas itu masing-masing bakal menemui ahli keluarga masing-masing yang setia menunggu di KLIA.

Selepas dari tarikh itu, masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan peribadi masing-masing.    Kami hanya berkomunikasi melalui facebook sahaja yang dimulakan oleh 4-5 orang.  Antara 
yang paling aktif dalam fb ialah Hj Osman dan Hj Matzaki.  Dari mereka berdua banyak gambar-gambar ketika di Mekah aku perolehi untuk dimasukkan dalam albumku.  

Aku telah memulakan inisiatif dengan membuka satu Group bertajuk Jemaah Haji TMTT 1431H pada 23 Mei 2011 dengan memasukkan beberapa nama jemaah yang mempunyai akaun facebook seperti Hj Osman, Hj Muzarudin, Hj Khairudin, Hj Jasmi dan isteri (Hjh Faridah), Hjh Siti Hawa, Hj Zahisham, Hj Azman, Hj Zuhairi dan isteri (Hjh Mazlina) dan lain-lain.  Dari semasa ke semasa, suasana semakin meriah  dan ahli pun bertambah ramai.  Sehingga 31 Jan 2011 jumlah ahli group telah menjadi 29 orang.  

Kini forum facebook memberi banyak faedah kepada ahli-ahlinya.  kami dapat communicate dengan cepat khususnya mengenai perkembangan semasa seperti majlis-majlis perkahwinan, masukhospital, sakit, lawatan dan sebagainya.


Toharudin Abd Rasid created the group.
 ·  ·  · May 23 at 4:02pm
Abu Bakar Hj Toha! salam, tahniah kerana create gp TMTT, Harap keahliannya bertambah...insyallah!
May 23 at 9:34pm · 

Toharudin Abd Rasid waalaikum salam abg aji, bukan apa dah mula rindu kat kwn2
May 23 at 10:19pm · 


 ·  ·  · May 23 at 10:17pm

Jasmi Arbain and 7 other members were added by Toharudin Abd Rasid

       
 ·  ·  · May 23 at 4:02pm

Pasuzi Awg Daud added Noor Aizita Hamid and Maziah Awang Daud to the group.
 
· · · June 12, 2011 at 5:33pm
Siti Hawa Ibrahim added Mazlina Rhazali and 5 others to the group.
    





Reunion pertama yang mengumpulkan ahli dalam skala yang agak besar ialah semasa majlis walimatul urus anak-anak ku Muhammad Hafeez dan Aisyahnur pada 19 Nov 2011 di Dewan Seroja KEMENTAH.  Ada jemputan menggunakan kaddan ada yang hanya menggunakan facebook.  Tapi facebookmempunyai  kelebihan tersendiri, di mana hali dapat berkomunikasi dengan lebih bebas tanpa mengira masa dan membuat persepakatan untuk menetapkan masa berkumpul.

Kehadiran di luar jangka, walaupun tidak ramai kerana kebanyakan mereka dari luar KL, tapi amat meriah kerana mereka jadikan majlis ini sebagai reunion pertama untuk mereka.  Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hj Azhar kerana kelainannya (hanya kami sahaja yang tau).  Yang lain ialah Hj Osman dan Hjh Hapsah (Melaka), Hj Ahmad Rosly & Hjh Dr Anita, Ar Hj Azman Bilaji (JB) dan Hj Hamim (Kota Tinggi), Hjh Siti Hawa dan suami (Melaka), Hj Mat Zaki dan Hjh Zaliha, Hj Khairuddin Khalid, Hj Khairil Anuar dan Hjh Rosni, Hj Muzaruddin dan Hjh Norma, Hj Alang Wahi dan Hjh Dahlah dan Hj Zulhairi dan Hjh Mazlina.  Riuh suasana dimeja berkenaan akibat keletah Hj Azahar yang menjadi bahan usikan rakan-rakan.


KUMPULAN 1 (1200-1330)

Sahabat pertama sampai ialah Tuan Hj Osman dan isteri Hjh Hapsah dari Masjid Tanah, Melaka.  Tabik kepada Tuan Haji yang bukan sahaja sudi datang dari jauh tetapi dalam keadaan kesihatan yang agak tidak stabil.  Keadaan wajah beliau menggambarkan keadaan kesihatan beliau.  Beberapa minit kemudian sampai pula Tuan Hj Ahmad Rosly dan isterinya Hjh Dr Anita (dan anak) dari Bangi.






KUMPULAN 2 (1400-1630)

Kehadiran bertambah ramai selepas jam 2 petang. Satu demi satu pasangan yang sampai. Yang memeranjatkan ialah Tuan Hj Azman Bilaji (arkitek) dari Kulai dan Hj Hamim (cikgu) dari Kota Tinggi yang datang dari jauh.

Yang lain ialah Hj Khairudin Khalid, Hj Matzaki dan Hjh Zaliha, Hj Khairul Anuar dan Hjh Rosni, Hj Alang Wahi dan Hjh Dahlia, Hj Zuhairi dan Hj Mazlina, Hj Muzarudin danHjh Norma serta Hjh Siti Hawa dan suami (dari Melaka).  Yang paling memeranjatkan ialah ketibaan Hj Azhar.  

Beberapa hari sebelum majlis, aku ada menerima telefon dari Hj Azhar yang menyatakan bahawa beliau tidak dapat hadir kerana sekali lagi berpeluang menunaikan Haji (aku pun terperanjat kerana baru tahun lepas pergi bersama - bagus punya kontek dia ni).  Menurut beliau, di saat akhir beliau gagal mendapat visa.  Kehadiran beliau menjadikan majlis (meja alumni TMTT) menjadi riuh rendah.  Sejak di Tanah Suci lagi sememangnya Hj Azahar menjadi bahan usikan rakan jemaah kerana sikapnya yang mesra semua alam dan selamba bila kena kutuk.

 
 
 



Haji Azahar





SEDANG MENANTI REUNION KEDUA

 TAJUK-TAJUK BERKAITAN 

Saudaraku dari Jemaah Haji Pakej TMTT (2010) yang dikasihi,


TAJUK 236 ini sebahagian dari pengkesahan (seeblum dan selepas) perjalanan hajiku (Tahun 1431 Hijriyah) bersama rakan-rakan dalam Pakej Haji Swasta TMTT yang dipimpin oleh Tuan Haji Redzuan dan isterinya Hajjah Naemah. Pakej ini mengandungi kumpulan KT 71 (turut mengandungi kumpulan KT 11 dan KT 63).  KT 71 bertolak dari KLIA pada 30 Okt 2010 dan kembali ke tanah air pada 12 Dis 2010. 


Semoga pertemuan ini akan menjadi asas persahabatan dan persaudaraan kita di dunia dan akhirat. Saudara-saudari boleh terus melayari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perjalanan kita dalam blog ini dengan mencari tajuk-tajuk berikut:
  • TAJUK 73: PERJALANAN HAJI 1- PRA-PERJALANAN
  • TAJUK 91: PERJALANAN HAJI 2 - MAKKATUL MUKARRAMAH
  • TAJUK 120: PERJALANAN HAJI 3 - MADINATUL MUNAWARAH
  • TAJUK 192:  PERJALANAN HAJI 4 - 10 ZULHIJJAH 1432 - TERKENANG
Terkenang waktu makan malam bersama di Wadi Luqman, Jalan  ke Taif.
Dewan Makan dar al Ka'aki

Sungguh meriah

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...