JOM KITA GI
UMRAH
SIRI 2
SIRI 2
Lanjutan dari TAJUK 362.
Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, saya dan isteri mengambil pakej Umrah Ziarah Istanbul dengan syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Pemilihan ini adalah berasaskan kepada pemerhatianku tentang kecekapan syarikat ini mengendalikan jemaah Haji semasa aku menunaikan Fardhu Haji pada tahun 2010 dulu.
Memang banyak syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah ini. Ada juga sahabat-sahabatku yang mencadangkan beberapa nama syarikat yang agak terkenal dan berpengalaman mengendalikan pelbagai pakej Umrah. Namun, kali ini aku memilih Andalusia.
Pada 4 Mei 13 aku dan isteri menghadiri kursus refreshment Umrah yang dijalankan di bangunan pejabat Andalusia di kampung Pandan. Ramai yang hadir, kesemua ruang di bangunan 3 tingkat itu dipenuhi peserta Umrah yang telah menempah perjalanan bersama syarikat ini. Kursus yang bermula jam 0900H itu (mula agak lewat) dikendalikan sendiri oleh tuan punya syarikat ini iaitu Dato Hj Daud Che Ngah. Kursus tamat pada jam 1330H. Kami turut membeli beberapa barangan untuk keperluan perjalanan kami.
Pada 10 Mei 13 saya membayar baki kos Umrah dan ziarah untuk saya dan isteri iaitu RM7290 seorang. Alhamdulillah, baki dari simpanan Tabung Haji yang terus terkumpul selepas Haji 2010 dulu masih mencukupi. Isterku juga mengambil simpanan THnya.
Sebenarnya tarikh asal perjalanan ialah pada 27 April 2013 tetapi saya telah tangguhkan sebanyak dua kali. Perancangan asal saya mengambil Umrah Ziarah ke Cairo setelah berpakat dengan rakan jemaah Haji dari Masjid Tanah, Melaka iaitu Tuan Hj Osman Ibrahim. Beliau telah membatalkan pelannya kerana terpaksa menjalani rawatan kansernya.

Tuan Hj Osman Ibrahim

bersama Tuan Hj Osman semasa melakukan Rukun Haji Wukuf di Arafah
pada 14/15 Nov 2010

bersama Tuan Hj Osman semasa melakukan Rukun Haji Wukuf di Arafah
pada 14/15 Nov 2010
Kali pertama saya tangguhkan ke tarikh 19 Mei 2013 kerana anak saya Muhammad Heikal dijangka bertolak ke Qatar pada 15 Mei. Penangguhan ini juga bersekali dengan penukaran dari pakej ziarah ke Cairo kepada pakej ziarah ke Istanbul. Bagaimanapun penerbangan Heikal disahkan (menerima tiket) pada 31 Mei, maka saya menangguhkan sekali lagi tarikh perjalanan umrah ke 7 Jun 13.
07 Jun 13 - Subang-Singapore-Istanbul
12 Jun 13 - Istanbul - Madinah
21 Jun 13 - Jeddah - Istanbul
22 Jun 13 - Istanbul-Singapore- Subang
MENANTI PERJALANAN KE TANAH SUCI YANG KURINDUI




