Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Thursday, December 5, 2013

TAJUK 97: KELUARGA CLASSMATE L6 SAS 1977

.
mengharap pertemuan
dengan rakan-rakan sekelas lower 6, sek alam shah, cheras, kl 1977


Setelah menerima keputusan SPM (STMI) pada awal tahun 1977 dengan mendapat Pangkat 1 (Agg 16) aku meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 Rendah, Sekolah Dato Bentara Luar, Aku berada di SDBL hanya 2 minggu sahaja kerana menerima tawaran ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Alam Shah (SAS) Cheras. Mendapat tawaran yang sama ialah 3 lagi rakan sekelasku dari STMI iaitu; Kamdani Salleh, Yasman Tamsir dan Ahmad Noh Jeni.


Aku melapor diri ke SAS dengan menaiki teksi bersama Kamdani.  Waktu itu masih tiada lagi lebuhraya PLUS. Perjalanan ke KL melalui jalan Persekutuan dari kampung melalui bandar Batu Pahat- Muar- Melaka- Alor Gajah- Rembau- Seremban- Mantin- Kajang and Cheras. I could not remember how long to reach KL. Mengambil masa lebih 5 jam.

Itulah pengalaman pertama aku tinggal di asrama. Satu pencapaian yang tidak ternilai pada waktu itu. Apa lagi, asrama sebuah sekolah berasrama penuh (SBP). SAS merupakan salah satu dari kalangan SBP yang berprestij tinggi selain dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, STAR Ipoh, SDAR Seremban, KTK Seremban, MTD Sungai Besi, STF Johor Bahru dan SMSAH Jitra. Masa itu Sekolah Menengah Sains masih dianggap baru dan dalam kategori kedua selepas kumpulan 8 SBP di atas.


 


kompleks Sekolah Alam Shah (lama) Cheras

Seperti biasa, kami menjalani minggu orientasi yang dikendalikan oleh pelajar Tingkatan 6 Atas. Antara nama-nama senior yang masih aku ingat ialah:
  • Sidek Moh (Ketua 1)
  • Nasir (Pengerusi Agama Islam) - dikhabarkan telah meninggal dunia
  • Razali (dari Felda Chemplak)
  • Mohd Amin
  • Zainuddin
  • Mohd Zaraai (sekarang Dato)
  • Naim Abu Bakar (sekarang Dato')
  • Zokples Embong (sekarang Dato').
dalam domitri bersama: Kamarudin (Melaka), Azman (Muar), me, Baharudin (Kelantan) and Malek Azman (Muar)

Tempoh aku berada di SAS juga agak singkat, hanya sebulan sahaja kerana aku memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Senibina di UTM. Oleh kerana waktu itu masih terlalu baru, aku sukar untuk mengimbau dan mengingati setiap rakan sekelasku. Dalam tempoh kurang sebulan itu, kami masih dalam fasa kenel mengenal antara sesama sekelas dan dengan senior.
Keseluruhannya jumlah pelajar dalam Tingkatan 6 Rendah ialah 34 orang. Angka ini pun aku perolehi dari rakan-rakan setelah lebih 30 tahun terpisah. Sebenarnya setelah aku meninggalkan mereka aku boleh dikatakan telah melupakan mereka. Hanya Kamdani sahaja yang pernah aku temui kerana kebetulan dia kawan sekampung dengan aku. Kebetulan dia bertugas sebagai guru di sekolah rendah tempat aku belajar dahulu. Jadi setahun sekali bila aku balik raya aku dapat menemuinya di masjid. Rakan sekelasku di STMI seperti Yasman dan Noh juga tidak pernah aku temui. Aku tidak pernah menemui atau menghubungi mana-mana rakan sekelas aku. 

Aku tidak ingat bagaimana pertemuan pertama bermula. Antara puncanya ialah apabila aku mendapat no telefon milik Ahmad Noh Jeni lalu menghantar sms kepadanya untuk mengesahkan. Melaluinya aku mendapat nombor yang lain. Seterusnya aku membuka facebook group untuk rakan L6 SAS pada 8 Nov 2011. Antara yang awal menyertainya ialah Marjuni Suradi, Abd Talib Hamid dan Zakaria Bokhari. 

Perhubungan antara aku dengan Marjuni dan Talib boleh dikatakan antara yang terawal, namun aku tidak dapat mengingati bagaimana aku dapat mengenali semula mereka berdua. Marjuni yang mula menghubungi aku melalui telefon manakala Talib hanya berhubung melalui facebook dan sma sahaja.

Pengaktifan kepada usaha mengumpulkan rakan sekelasnini ialah apabila aku mengadakan majlis perkahwinan anakku pada bulan Nov 2011. Tanpa disangka salah seorang rakan sekelasku di SAS, iaitu Abd Malek Azman tiba-tiba muncul.  Katanya mendapat maklumat dari Ahmad Noh (yang tidak dapat hadir).

Konteks aku dengan Engku Hamzah bermula apabila salah seorang anggota TUDM yang menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya telah ditanya oleh Engku sama ada mengenali Toharudin atau tidak. Seterusnya beliau memngirimkan business cardnya kepadaku.

Selepas itu, aku cuba mencari dan mengesan satu persatu rakan sekelasku. Melalui beberapa pertemuan di majlis perkahwinan berikut adalah antara nama dari 34 rakan sekelas yang dapat dikesan. Yang berwarna PINK adalah yang aku pernah temui manakala berwarna KUNING ialah rakan yang telah berkomunkasi melalui SMS atau WATSAPP.

  1. Abd Malek bin Azman (Muar, Johor) - Syarikat Prasarana Selangor
  2. Ahmad Noh bin Jeni (B.Pahat, Johor) (Head Security Division, Ibu Pejabat BSN, KL)
  3. Abd Rashid bin Daud. (Kelantan) - Hakim di Mahkamah Session KL
  4. Abd Talib bin Abd Hamid (Kelantan)- Pejabat Pelajaran Negeri, Selangor
  5. Ali bin Senik (Machang, Kelantan) - BERNAS, Machang.
  6. Abd Razak bin Ahmad (Johor) - Agro Bank, KL
  7. Adam bin Sulong (Terengganu) - Pengarah Bajet di EPU JPM
  8. Azman bin ...... (Muar) - tidak dapat dikesan
  9. Abu Bakar bin Kattar (Batu Pahat, Johor) - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar.
  10. Baharuddin bin Abd Kadir (Kelantan)  tidak dapat dikesan
  11. Che Adnan bin ....(Kelantan)  tidak dapat dikesan
  12. Che Shukri bin Che Hassan (Kelantan) - SB di MinDef (Dato')
  13. Dzainal bin Abd Rahman (B.Pahat, Johor) -  tidak dapat dikesan
  14. Engku Hamzah bin Tuan Mat (Machang, Kelantan)- ICU JPM
  15. Fathur Rahman bin Sahari (Batu Pahat, Johor) - persendirian
  16. Fauzi bin ...... (meninggal dunia)
  17. Kamdani bin Salleh (B.Pahat, Johor)- pendidikan - Guru di Batu Pahat
  18. Kamaruzzaman bin .... (Kelantan) - tidak dapat dikesan
  19. Khairudin bin Abd Hamid (Pekan, Pahang)- Pegawai Tadbir Awam di PU Kuantan
  20. Kamarudin bin ..... (Melaka) - tidak dapat dikesan - berpindah sekolah ke Melaka.
  21. Minhad bin Abu Yamin (Batu Pahat, Johor) - ICU, Pejabat Pembangunan Negeri, Shah Alam
  22. Misro bin Jerut (Muar, Johor) - Pejabat Bendahari, UTHM, Parit Raja
  23. Marjuni bin Hj Suradi (Pontian, Johor) - pendidikan - Guru Besar di Pontian
  24. Simi bin Abd Ghani (Kelantan) Pengarah SPRM Selangor (Dato')
  25. Sapini bin Mat Saman (Melaka) - Presiden Mahkamah Perusahaan, Johor Bahru
  26. Sidek bin Jaffar (Kelantan) Pengarah ADK Johor
  27. Toharudin bin Abd Rasid (Johor) - berpindah ke UTM
  28. Yasman bin Hj Tamsir (Batu Pahat, Johor) - pendidikan - Pejabat Pendidikan Negeri, Johor Bahru
  29. Zakaria bin Md Alip (Pontian, Johor) - Putrajaya
  30. Zakaria bin Bokhari (Pontian, Johor) - pendidian - guru di Pontian
  31. Zaki bin Muda (Besut, Terengganu) - Jabatan Pengairan dan Saliran, Besut
  32. x
  33. x
  34. x

REUNION PERTAMA

 

 

.
KOLEKSI GAMBAR KELUARGA

Khairudin

Zaki bin Muda


Ahmad Noh Jeni

Adam bin Sulong

Hj Abd Talib bin Hamid

Shukri bin Hassan

Hj Sapini bin Mat Saman

Ali bin Senik

Marjuni bin Hj Suradi


Zakaria bin Md Alip



Zakaria bin Bohari


Yasman bin Tamsir



2 comments:

  1. Assalamu'alaikum salam singgah dari Ummi... ^^

    Seronoknya kalau dapat bertemu dengan kawan-kawan lama seangkatan seperjuangan ketika di bangku sekolah.......masing-masing tentu dah berubah tapi masih orang yang sama...

    Salam perkenalan dari UmmiKami...jom ke blog Ummi.. ^^

    http://mamasentimental.blogspot.com

    ReplyDelete