Showing posts with label AGAMA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label AGAMA ISLAM. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

TAJUK 75: PUASA RAMADHAN

PUASA RAMADHAN

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNAH RASULULLAH (s.a.w) 
Sumber: www.al-azim.com

MUQADDIMAH 

Hari ini adalah 28 Syaaban.  Lagi 2 hari akan tiba Ramadhan Mubarak Ramadhan Karim.  Tahun ini aku lebih bersedia berbanding dengan tahun-tahun sejak aku mengenal puasa.  Sebelum Rejab aku dah mula buat Isnin Khamis, bulan Rejab pun sama.  Masuk minggu kedua Syaaban, aku pulun terus menerus kecuali Sabtu dan Ahad.  Niat nak sapu juga tapi setiap weekend ada jemputan kahwin, kawan-kawan baik pulak tu.  Rasanya tak elok kalau tak pergi, (wajib pergi). Kalau pergi tetapi puasa, kurang sopan la namanya.

Bila sampai bulan puasa, kenanganku mengimbau zaman kanak-kanak di kampung dulu.  Paling signifiken bila tiba puasa adalah bermakna Hari Raya telah tiba. Puasa bukan satu agenda penting- hanya satu yang perlu diallui sebelum sampai Har Raya.  Seingat aku, sampai aku berusia 12 tahun, aku masih belum cukup puasa.  Bulan puasa bermakna aku dapat makan kurma (walaupun masa itu kurma dari kategori E- yang bergumpal macam asam jawa, jual kati dalam guni daun kepala).  Masa bulan puasa akan ada minuman air batu waktu buka.  Hari bulan lain tak ada budak-budak yang menjual air batu ketul.  Seketul sebesar batu bata berharga 20 sen.

Bulan Puasa, emak akan buatkan baju Melayu baru untuk Raya.  Bulan Puasa, emak akan masak kueh raya.  Yang jadi menu utama ialah bahulu yang dibakar dalam loyang. Atas bawah ada arang.  Masa itu mana ada oven- jauh sekali microwave. Zaman la ni, ada oven ada microwave pun orang beli kueh.  Jarang yang buat sendiri.  Yang seronoknya bila kueh dah masak, aku akan cari jalan untuk membatalkan puasa.  Alasan utama ialah penat mengublok (kacau) telur.

Malamnya seronok dengan bertarawikh di surau. Meriah kerana ada moreh. Selepas azan sementara menunggu imam datang kanak-kanak bernasyid (kita panggil puji-pujian) beramai-ramai. Lepas moreh main galah atau main jelon.  Tapi bila besar sikit, bapak suruh kami ikut tadarrus.

Itulah sedikit kenangan manis menyambut Ramadhan dalam tahun 60an dan 70an.  Zaman yang tidak dapat diulang malah kanak-kanak zaman sekarang tidak melalui keadaan seperti itu.  Ia hanyalah satu sejarah.  Kesah aku dan Bulan Ramadhan boleh dibaca di TAJUK 148. 

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah memfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Rencana di bawah ini disalin bagi mengulangkaji penghayatan ke atas puasa bulan Ramadhan menurut Sunnah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA 

Takrif Puasa. Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26: maksudnya: 
Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.

Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Takrif Ramadhan.  Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐ bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan ﺷﻬﺮ diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.

Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut  sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan.  

Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa Ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan Ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya). 

Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah 'ra'-mim-dha'  yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir. Al‐Qurtubi berkata: Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ﺍﻹﺭﻣﺎﺽ yang bermaksud membakar.

Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya darikepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan
betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.

Pensyariatan PuasaPuasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan
umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Rasulullah. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183: maksudnya: 
Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: 'ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati'. 

Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa. Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185: yang bermaksud:
Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN PARA SAHABAT 

Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:

1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah: maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.  

2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah: maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda: maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah  dalam hadith Qudsi yang bermaksudMaksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah  bersabda: yang berertiPuasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id: Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.

7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi (saw) bersabda, maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim: maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashabal‐Sunan: maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA 

Setiap ibadat sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain‐lain supaya ibadat tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t . Justeru jadilah ibadat sia‐sia disamping natijah taqwa yang terhasil daripada ibadat puasa tidak kesampaian. Di sini dikemukakan beberapa hadith yang menunjukkan cabaran dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah:

1. Hadith riwayat al‐Nasa`ie, Ibn Majah, daripada Abu Hurairah, Allah s.w.t. berfirman: maksudnya:Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbukadia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa
gembira dengan puasanya.

2. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah: maksudnya: Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Berdasarkan dua hadith di atas dapatlah disimpulkan beberapa pengajaran antaranya:

  • Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t.
  • Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had.
  • Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya.
  • Puasa sebagai perisai.
  • Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.vi. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan.
  • Antara adab‐adab puasa ialah;
    • Tidak melakukan rafas iaitu mutlak maksiat atau lagha.
    • Tidak melakukan sakhab iaitu bertempik dan dikehendaki dengannya meninggalkan maksiat begitu juga bercakap sia‐sia kecuali membaca al‐Quran dan zikir.
    • Berkata kepada musuhnya; sesungguhnya aku berpuasa. Untuk mengelakkan daripada tercemarnya maksud puasa dan dari mendapat natijah taqwa.
Hal ini berbetulan dengan sebuah hadith yang menggambarkan puasa kerana Allah yang layak dan berhak dibalas dengan kelebihan. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh al‐Tabarani, daripada Abu Hurairah dan lainnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: maksudnya: Kecuali puasa, dan puasa bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya semata‐mata kerana‐Ku.

Begitu juga dengan sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda: maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan beramal dengannya maka tiadalah bagi Allah keperluan dengan sebab beliau meninggalkan makan dan minumnya.

Oleh kerana itu bagi menjadikan puasa yang sahih dan mendapat pahala hendaklah bermula dengan pembetulan nawaitu yang benar‐benar ikhlas selaras dengan firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Bayyinah, ayat 5: yang maksudnya: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali semata‐mata mengabdikan kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan bagi agamanya dan suci, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan yang demikian itu merupakan agama yang unggul.

Seterusnya mempelajari hukum fiqh al‐Siyam mengikut amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat supaya ianya benar‐benar menepati kehendak syarak sama ada yang membabitkan amalan sunat atau wajib. Begitu juga dengan adab dan etikanya. Justeru perkara seumpama ini bukanlah mustahil untuk mencapai hakikat puasa yang menatijahkan taqwa.

PENUTUP 

Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. danmelaksanakan tanggungjawab keimanan kepada‐Nya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat
tersebut. Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

  • Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
  • Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
  • Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
  • Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlaluan.
  • Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183: maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t  dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini
mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

Terima kasih kepada penulis artikel di atas kerana dapat berkongsi maklumat berkaitan PUASA RAMADHAN secara akademik.  Artikel di atas saya cedok hampir sepenuhnya dari websait Masjid Negeri Melaka (www.al-azim.com).

Masa aku buat catatan ini sudah masuk hari ke7 Ramadhan.  Disamping dapat menjalankan ibadah puasa dengan keadaan sihat wal afiah (banyak-banyak bersyukur kepada Allah swt di atas nikmat usia dan peluang yang diberi untuk membersihkan diri yang serba kotor ini), aku meneruskan tugas sebagai Bilal Solat Tarawikh di Surau Luqman Hakim.  Kalau tahun lepas aku bersilih ganti dengan Kdr Isa, tahun ini bergilir pula dengan Lt Kol Yusof.  Selepas solat Witir meneruskan agenda Tadarrus hinggala jam 1100 malam.

Tahun ini aku dapat melaksanakan dua perubahan utama dalam kehidupanku.  Bukan bertujuan untuk bermegah atau riak, tapi untuk mencabar diriku sendiri yang amat lemah ini.  Maklumlah setelah berpuluh tahun mengikut rasa hati dan nafsu, tahun ini aku mencuba dua perkara:

  • Menganjurkan kelas Tajwid dan bacaan Qur'an setiap hari di Markas Logistik Udara.  Walaupun sambutan agak dingin, biasalah apa jua perjuangan ugama sukar untuk menerima sambutan, memerlukan kesabaran.  Kelas diadakan mulai jam 1230 hingga 1330 setiap Hari Isnin hingga Khamis.  Minggu pertama kurang 10 orang yang berminat untuk hadir.  Itulah perjuangan. Memerlukan ketabahan dan kesabaran.
  •  Kedua, lebih bersifat peribadi.  Mulai tahun ini aku tidak lagi membeli makanan di Bazar ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu.  Memasak makan sendiri iniadalah lebih baik berbanding membeli makanan di bazaar Ramadhan kerana:
    • Kebersihannya terjamin- masak sendiri kita tahu mana yang suci dan bersih semasa di masak- kalau makanan yang tak bersih kita makan- hasilnya boleh menyebabkan penyakit atau jiwa pun jadi kotor.  Apalagi kalau penjualnya tidak mengambil berat tentang hukum hakam.  Dari sebelum Asar sampai azan Maghrib masih sibuk melayani pelanggan.
    • Mengelakkan pembaziran. Biasanya bila ke bazar Ramadhan, kita lupa diri, semua nak beli.  Bila dah buka puasa, banyak yang terbazir.  Dosa besar- sahabat syaitan.
    • Mengelakkan dosa mata.  Allahu Akbar.  Bulan puasa di bazar Ramadhan - dalam suasana hingar bangar dan sesak, ramai kaum wanita yang 'masya Allah' berpakaian amat menjolok mata.  Puasa tak puasa sama sahaja.  Bukan sahaja mendedah aurat malah berseluar pendek ketat, berbaju tshirt ketat, rambut berwarna-warni, ada yang mendedahkan bahagian-bahagian yang sensitif (memakai singlet atau low-cut)- MasyaAllah. Puasa menambah dosa kita yang melihat atau terlihat atau terpaksa melihat.

adakah kebersihan pembuatannya terjamin?

penuh sesak
bercampur-aduk, bersesak-sesak, bergeselan
rezeki Ramadhan????
pakaian
Masya Allah.....





Saturday, June 23, 2012

TAJUK 74: MAZHAB DALAM ISLAM


IMAM MAZHAB
IKUTAN
UMAT ISLAM DI DUNIA

.
Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam. Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.

Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.

AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

Sangatlah bermanfaat bagi kita untuk membaca perkataan para Imam madzhab yang empat (Madzhab Hanafi, Madzhab Maliki, Madzhab Syafi’,i dan Madzhab Hambali), Agar kita selalu mengikuti Sunnah dan meninggalkan perkataan serta pendapat-pendapat yang menyelisihi Sunnah walaupun bersumber daripada mereka sendiri (Para Imam Madzhab). Hal ini merupakan bantahan terhadap orang-orang yang jauh dari ilmu agama dan selalu taqlid buta (mengikut tanpa melihat hujah), dimana mereka sering berkata ” Kalau bukan pendapat Imam Syafi’i, maka aku akan menolaknya” atau “Aku hanya akan mau memakai pendapat Imam Hambali, yang selainnya aku enggan.”

Sedangkan Imam Syafi’i dan Imam Hambali juga Imam-imam yang lain, tidak pernah sekalipun mengajarkan kepada para pengikut-pengikutnya, untuk fanatik buta kepada mereka. Semoga dengan mendengar perkataan-perkataan daripada mereka, kita akan semakin Istiqamah dalam menegakkan Sunnah dan meninggalkan pendapat yang menyelisihinya
 

Mazhab Hanafi (Imam Abu Hanifah)

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.
Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara. Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan." 

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah. Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri.  Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional.

Apakata Imam Abu Hanifah:

1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)

2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataan kami, selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.

4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan menariknya balik di esok hari”.

5. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)

Mazhab Maliki (Imam Malik bin Anas)



Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah. Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.


Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.



Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya.



Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.



Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”. Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional.




Imam Malik berkata:


1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

3. Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahawa Imam Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, “Tidak ada hal itu pada manusia”. Dia berkata, “Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurangan, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: “Apakah itu”? “Aku berkata: Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi’ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, dia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu AlaihinWaSallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya”. Maka dia berkata, “sesungguhnya hadist ini adalah Hasan, aku tidak pernah mendengarnya sama sekali kecuali kali ini. Kemudia di hari lain, saya mendengar beliau ditanya tentang hal yang sama lalu beliau menyuruh orang itu untuk menyela-nyela jari kakinya.


Mazhab Syafie (Imam Syafie)



Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah. Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf. Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fiqh. Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?” Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafi’i di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:

1. “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)


2. “Kaum muslimin telah sepakat baahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)

3. “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)

4. “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)

5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadist , dan orang-orangnya (Rijalull-Hadits). Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku biar dari manapun orangnya, baik dia dari Kufah, Bashrah mahupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi’I, 8/1)

6. “Setiap masalah yang didalamnya terdapat khabar daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang shahih …..dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku menariknya balik di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Harawi, 47/1)

7. “Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya shahih,ketahuilah bahawa itu bererti pendapatku tidak berguna lagi).” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu’addab)

8.  “Setiap apa yang aku katakan bila bertentangan dengan riwayat yang shahih dari Nabi SAW, maka hadith nabi saw lebih utama dan janganlah kalian bertaqlid kepadaku” (ibnu Asakir, 15/9/2)

9.  “Setiap hadith yang datang dari nabi saw, bererti itulah pendapatku sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri daripada aku”. (Al-Filani dan Ibn Qayyim di dalam al-I’lam)

Mazhab Hanbali (Imam Ahmad bin Hanbal)



Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.

Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”
Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.
Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga dia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu’ ) dan pendapat. Oleh kerana itu dia berkata:

1. “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

2. “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)” (Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)

3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.” (Ibnul Jauzi, 182).

Allah berfirman: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (An-Nisa:65),  dan firman-Nya:  “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih. ” (An-Nur:63).

(Di sadur dari Mukaddimah Kitab Shifatu Shalatiin Nabii shallallahu ‘alaihi wa sallam, karya Al-Imam Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin AI-Albani rahimahullah dengan sedikit perubahan oleh Tim Redaksi).
.
MAZHAB SYIAH



Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan pengganti para imam tersebut.
.
Mazhab Jaafariyyah


Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu Ja'far ash-Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman kemudian berlanjut yaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran.
.
Mazhab Ismailiyyah


Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya
.
Mazhab Zaidiyah
.
Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara tirinya,Muhammad al-Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir, yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid.
.



.

Tuesday, June 19, 2012

TAJUK 73: SIAPA YANG MULA SOLAT?


IBADAH SOLAT
SEJARAH PERMULAAN SOLAT?



Bila ditanya soalan bila solah (sembahyang) lima waktu mula diwajibkan? Hampir semua orang islam tahu atau pernah dengar (sebab ada juga yang tak tahu atau tak ambil tahu)  tentang peristiwa Israk dan Mikraj.  Apabila Rasulullah (saw) naik ke langit (Arasy) berjumpa Allah (swt), baginda menerima perintah mewajibkan solah 50 waktu sehari.  Tetapi setelah berlaku rayuan dan 'negotiation' dari Nabi Musa (as), akhirnya tinggal 5 waktu sahaja.  Diceritakan bahawa Rasulullah (saw) malu untuk menemui Allah lagi untuk meminta pengurangan lagi (atas desakan Nabi Musa (as) juga.





Tinggal 5 waktu sehari.  Walaupun semua TIADA umat Islam yang berani keta 'SOLAT 5 WAKTU' itu tidak wajib, TAPI begitu ramai orang Islam yang mengabaikannya.  Sama ada sengaja tidak mahu solat (engkar), malas (juga engkar), mengambil enteng (juga engkar), melengah-lengahkan waktu solat atau melakukan sambil lewa (tidak sempurna). 

Antara kita sanggup bermesyuarat berjam-jam dari pagi sampai melepasi Maghrib tapi untuk berhenti rehat untuk bersolat sukar untuk melakukan. Peserta mesyuarat terpaksa curi-curi masa ke tandas dan mengambil peluang untuk bersolat. Yang lebih teruk lagi, sebab bersukan atau menonton sukan pun tinggalkan solat.  Berniaga pasar malam tinggalkan solat, yang membeli belah di pasar malam pun, waktu Maghrib langgar macam tak ada apa. Langsung tak berasa bersalah.  Nak cerita apa azab yang menanti orang yang meninggalkan solat?. TERLALU banyak.  Banyak blog yang menulis berkaitan hal ini.  Carilah.






Berbalik kepada tajuk blog entry aku kali ini, SIAPA YANG MULA SOLAH?.  Aku terbaca dalam satu blog/sesawang milik insan bernama Ustazah Azimah (http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/).  Banyak sekali ilmu diperolehi dari blog itu.  Macam-macam ada, pendek dan mudah difahami.  Ini adalah kempen saya untuk membantu bloggers ilmu yang lain atas semua orang dapat mengongsi ilmu. Antara kandungan yang aku jumpa ialah 'sirah' berkaitan manusia pertama yang melakukan solat pada waktu-waktu yang lima itu.  Mari kita baca satu persatu.







Solat Fardhu Subuh



Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari.  Manusia yang pertama mengerjakannya solat di waktu Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan dari syurga lalu diturunkan ke bumi oleh Allah swt.  Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan waktu Subuh.  Baginda yang sememangnya keseorangan (manusia yang pertama dicipta) berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, lalu Nabi Adam a.s pun melakukan solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.



Solat Fardhu Zuhur

Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.



Solat Fardhu Asar

Waktunya dimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.



Solat Fardhu Maghrib

Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.




Solat Fardhu Isyak

Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar. Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rujukan: www.ustazahazimah.amirhakimi.com

Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah.  BAGAIMANAPUN kaedah, kaifiyat, tatacara, perbuatan dan bacaan dalam solat yang ada hari ini adalah mengikut syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.  Tiada ayat Qur'an yang menceritakan tentang bagaimana bersolat, bagaimana rukuk, sujud, iktidal dan apa yang wajib dan apa yang sunat dalam solat, apa yang haram apa yang makruh.  Apa yang membatalkan solat dan sebagainya.  Semuanya hanya diperolehi dari Rasulullah saw, melalui hadisnya yang bermaksud:

"SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU SOLAT"
-Hadir riwayat Bukhari, Muslam dan Ahmad

Jadi, untuk golongan yang 'Anti-Hadis' yang hanya 100% berpegang kepada nas AlQur'an, mereka mungkin tak perlu bersolat sebagaimana solat yang dilakukan oleh semua umat islam dari serata dunia- yang melakukan cara solat yang sama (kecuali perkara khilafiyah).  Baik di Masjidil Haram; baik di Masjid Nabawi; Universiti Al Azhar; di Nazamuddin, India; di Beijing, China, atau Amerika Syarikat (kecuali yang berimamkan Aminah Wadud) di mana-mana masjid (bukan masjid ajaran sesat) di seluruh dunia, di bawah pokok, di jalanan/padang atau di mana-mana sahaja. 

Kalau kita tidak PANDAI, janganlah MEMANDAI-MANDAI. Ikut sahajalah orang-orang yang bijak pandai.


SOLAT- DI MANA-MANA SAHAJA
 
  

Semasa hayat ayah mertua ku masih ada, kami pernah bersembang mengenai ugama (kerana almarhum juga adalah guru takmir di Masjid Kluang- sebelum beliau menjadi ADUN, beliau adalah seorang guru agama). Almarhum ayah mertuaku kata, KIBLAT solat ini ada tiga.  Bagi orang yang duduk Mekah; kiblatnya KAABAH.  Bagi orang luar Mekah, kiblatnya adalah arah ke Mekah (kerana kaabah ada di sana).  Manakala solat bagi orang yang tak tau mana arah (contoh: sesat), kiblatnya adalah kemana-mana sahaja.  Kerana Allah ada di mana-mana.



SEKSAAN KE ATAS ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan. Enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat. - Jumlah 15 seksaan.

6 Seksaan Diterima Di Dunia
  • Usianya tiada keberkatan.
  • Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajahnya.
  • Tiada pahala setiap amalan dilakukan.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Semua makhluk di dunia membencinya.
  • Tidak menerima bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.
3 Seksaan Ketika Nyawa Di Penghujung
  • Matinya dalam kehinaan. 
  • Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar. 
  • Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.
3 Seksaan Ketika Berada Di Dalam Kubur
  • Kuburnya disempitkan.
  • Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
  • Ular yang dinamakan Syajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 Seksaan Di Hari Kiamat
  • Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
  • Mendapat kemurkaan Allah s.w.t. yang amat hina.
  • Allah s.w.t. akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.

Firman Allah, surah al-Muddaththir ayat 40-43 maksudnya ;

"(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar ?' Orang - orang yang bersalah itu menjawab, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.'"


.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...