Sunday, May 13, 2012

TAJUK 69: BUKIT BERUNTUNG BUKIT BERUGI


BUKIT BERUNTUNG, BUKIT BERUGI

BUKIT SENTOSA, AKU TERSIKSA




Sewaktu aku menulis (membuka) tajuk ini, aku sedang memikirkan salah satu agenda masa depan hidup aku.  Satu soalan untuk diriku sendiri menjawabnya.  SOALANNYA: Andainya umurku masih panjang, setelah aku bersara nanti, dimana aku akan tinggal? dimanakah aku bakal mengakhiri kehidupanku? dan dimanakah jasadku bakal dikuburkan?

Setelah lebih 30 tahun bekerja (dengan TUDM), dan jika mengambil-kira usiaku sekarang telah mendekati 53 tahun, dan juga mengambil-kira tarikh persaraanku (persaraan wajib) pada 21 Nov 2017, aku tidak banyak masa lagi untuk bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada TUDM.  Namun aku masih belum tahu dan belum buat keputusan, dimana aku nak 'settle down' apabila aku bersara nanti?, 

Dalam urusan ini, aku mengaku amat lemah dan amat lewat dalam membuat perancangan mengenai masa depanku.  Malah aku terasa amat malu apabila melihat ramai pegawai-pegawai yang masih muda, berpangkat Kapt telah membeli dan mempunyai rumah sendiri. Tapi, aku yang telah 30 tahun berkhidmat masih tergagau-gagau.

RUMAH, RUMAH, RUMAH!
Mengenang kembali sejarah pencarian dan pemilikan rumah untuk diriku.

BUKIT SENTOSA, RAWANG

Di awal tahun 90an, semasa aku berpangkat Kapt, hanya pegawai tauliah tetap sahaja yang layak mendapat kemudahan pinjaman perumahan.  Tambahan lagi, pada masa itu, setiap pembelian rumah memerlukan deposit sekurang-kurangnya 10%.  Kalau nak beli rumah kos rendah sekali pun (yang berharga antara RM60,000 - RM100,000) kena ada tunai RM6,000 - RM10,000.  Memang aku tak mampu.  Gaji dan elaun aku setakat mencukupi untuk menyara hidup keluarga, khususnya anak-anak aku yang sedang membesar.

Masa itu aku dengar rakan sebaya ku yang dapat berpeluang mengikuti kursus ke luar negara (khususnya ke Australia (MAJDP) dan USA (IMET) dapat  bawa balik banyak cash (lebihan dari elaun yang mereka perolehi).  Tapi sepanjang tempoh perkhidmatanku, aku tidak pernah mendapat peluang itu.  Malah untuk membuat pelaburan dalam ASN (yang diperkenalkan pada tahun 1979) pun aku tidak mampu. Masa di TUDM Kuantan, ramai pegawai muda khususnya juruterbang yang melabur melalui pinjaman dengan Bank Rakyat dan lain-lain. Dengarnya semasa tahun 90an, mereka mendapat laba ribuan ribu ringgit hasil dividen.  Aku menganga.

Permohonan aku untuk mendapat tauliah tetap diluluskan pada tahun 1992, namun aku hanya membuat pinjaman perumahan pada tahun 1997.  Waktu itu ada promosi penjualan rumah di perkarangan MINDEF oleh TALAM Corp.  Projek perumahan di Bukit Sentosa, Rawang.  Hanya perlu bayar booking sebanyak RM1000sahaja. Aku pun terus rebut peluang itu.

So, I had purchased a double-storey terrace house at Fasa 3, Bukit Sentosa, Rawang in 1997 (completed 2000) developed by Talam Corps with the cost of RM114,000. I took a government loan with the monthly payment of RM669.00. Unfortunately that area is developing very-very slow. Until today most of the houses and also the shop-houses are still unoccupied. Nobody wanted to stay there (except those who really desprado). And, my house had been ignored for many years, nobody wanted to rent, getting deteriorated, rotten and eaten by termites and surrounded by thick lalangs.

Kenapa jadi macam itu?.  Bukit Sentosa terletak dalam daerah Hulu Selangor.  Wakil Rakyatnya pada masa itu ialah MB Selangor sendiri yang dikenali sebagai Mike Tyson.  Beliau mempunyai 'grand design' untuk memajukan kawasan itu. Pelbagai projek telah dikenalpasti seperti sebuah universiti, kawasan industri, pelabuhan kontena darat malah pernah diperkatakan bahawa KLIA juga akan dibina di sana.

Namun, Mike Tyson yang telah mencapai kedudukan tertinggi secara mendadak dalam negeri terkaya di Malaysia ini telah terleka dibuai mimpi menjadi Maharaja. Terlupa yang negeri ini ada Sultan. Maharaja lebih berkuasa dari Sultan.  Puteri Sultan diambil sesuka hatinya, dibawa lari keluar negara (Takbai, Selatan Thailand) untuk dinikahi (1987). Walaupun Sultan murka kerana Mamak Bendahara telah menjadi Maharaja.  Bukan itu sahaja, Maharaja Mamak Bendahara telah menconteng arang ke muka Tuanku Sultan. Namun Maharaja mendapat perlindungan dari kekebalan Mahathir. Inilah kelebihan nama yang ada MAHA. Maka Maharaja kekal meneruskan pemerintahannya. 


 

Sorry, melencong sikit dari niata sal.  Bukannya apa, dalam sistem pentadbiran di Malaysia ini, politik, kuasa  dan pembangunan memang tak dapat dipisahkan.   Lain dengan keadaan di negara-negara Afrika seperti Uganda, Burundi, Rwanda, Togo, Coite de'Ivore, Burkina Faso, Sierra Leone, Luanda dan lain-lain.  Politik adalah kuasa dan kuasa untuk kaum dan harta.


Di Malaysia, kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah.  Memang ada kesah politik untuk kuasa dan harta, salah guna kuasa dan sebagainya.  Namun kuasa tetap pada tangan rakyat.  Kalau ada kes rakyat dirasuah untuk beli undi dan sebagainya, dua-dua salah yang membei dan menerima tetap salah.  Apa yang rakyat inginkan adalah sebuah negara yang stabil dan harmoni.  Banyak juga dalam dunia ini negara yang pemimpinya mengaku islamik, melaksanakan undang-undang islam, anti sekular, anti barat dan sebagainya, tapi bila ada kuasa, negara huru-hara.  Bukan ISLAM itu yang menyebabkan huru-hara, bukan sebab rakyat menentang undang-undang islam. tapi pemerintah itu sendiri yang melaksanakan kuasa mengikut cara sendiri.  BERCAKAP dan MEMERINTAH serta MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB adalah perkara yang berbeza.


Pisang (secara adatnya) berbuah hanya sekali.  Pelanduk yang selalunya lupakn jerat. Jerat walaupun kaku dan terpaku tetap bersedia menanti mangsa yang leka.  Maharaja yang terbang terlalu tinggi telah lupa diri lupa daratan.  Akhirnya Allah menarik segala nikmat yang dianugerahkan. Mike Tyson tersungkur akibat kes berikut:

"He was forced to resign as Selangor Mentri Besar (MB since 1982) in April 1997 after he was charged in Australia over currency irregularities amounting to RM3.8mil. However, he was later found not guilty. Muhammad Muhammad Taib was cleared by the court as he pleaded that he did not understand English and therefore did not understand the currency regulations. However, in a later development, an investigative committee found that the court had erred in its judgment" -Wikipedia

Tersungkurnya Mike Tyson telah menyebabkan semua 'grand designnya' turut hancur.  Semua projek perumahan dan pembangunan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tergendala dan terbantut.  Akibat pembangunan terbantut, pembeli rumah pun tidak berani duduk di kawasan perumahan baru yang tidak mempunyai pembangunan sokongan bagi menyediakan pekerjaan. Banyak rumah terbiar TERMASUK rumah aku.  

Kembali semula tentang cerita rumah yang aku beli di Bukit Sentosa itu, mula-mula aku lawat setiap bulan, pasang grill, lama kelamaan 3-4 bulan sekali, akhirnya aku pun tak larat untuk menyelenggara rumah itu. Rasanya sehingga kini, dah lebih 5 tahun aku tak jenguk rumah aku. Kini, sejak siap, bermakna rumah aku telah terbiar lebih 10 tahun. Mungkin dah reput. Terus TERBIAR!  Aku sendiri sudah hilang harapan ke atas rumah tersebut.

Semasa aku membeli rumah dulu hanya Bukit Sentosa Fasa 1 sahaja yang telah agak maju.  Ada rumah kedai (township) walaupun banyak lagi rumah yang belum dihuni.  Fasa 2 hampir separuh masih kosong. Fasa 3 (kawasan rumah aku) lebih teruk lagi. Rumah memburuk kerana terbiar dan dipenuhi semak samun. 


Setelah lebih sepuluh tahun, seperti yang aku ceritakan di awal tadi, bukan rumah aku sahaja yang teruk. Selepas melawat kawasan sekeliling, aku berkereta mengelilingi kawasan yang berhampiran. Pada keseluruhannya hampir separuh rumah kediaman dan lebih 80% rumah kedai terbiar dan keadaan sungguh menyedihkan ada yang mengerikan......
.
 
 
  
 


SATU PEMANDANGAN BIASA DI BUKIT SENTOSA
.
Selepas lima tahun, satu persatu pembangunan di kawasan Bukit Sentosa mula kelihatan. Ada sekolah menengah di Fasa 1 dan Fasa 2, dan sekolah rendah di Fasa 3, Masjid di Fasa 1.  Yang terkini ialah sebuah pusat latihan polis telah didirikan di sini.  Dulunya bangunan ini ialah Kolej Aman (IPTS).  Mungkin terpaksa ditutup kerana tidak mampu membiayai operasinya.  Ini bermakna, Bukit Sentosa semakin membangun. 


Cuma, yang paling teruk ialah di kawasan Fasa 2 (Kelompok Kemboja) yang paling belakang. Rumah-rumah kedainya begitu dhaif sekali.  Rumah pangsa banyak yang kosong dan rosak.  Aku tak boleh bayangkan bagaimana penduduk sebuah dua rumah di flat tersebut menjalani kehidupan sehari-hari.  Takut dan bosan kerana tiada masyarakat.


Balai Polis Bukit Sentosa

Sek Men Bukit Sentosa 1

Masjid Jame' Bukit Sentosa (lebih kurang 1.5km dari rumah)



Sek Men Bukit Sentosa 2 (500 meter dari rumah)



 
Sek Keb Bukit Sentosa 2
lebih kurang 500 meter dari rumahku - siap dibina pada tahun 2007

.
berpusing-pusing di kawasan belakang perumahan kelompok Kemboja, terdapat sebuah surau yang agak cantik. Surau Ar Rahman
 
Sek Ren Agama Bukit Sentosa

PUSAT LATIHAN POLIS
PEMANGKIN PEMBANGUNAN DI BUKIT SENTOSA




Pusat Latihan PDRM

TESCO Bukit Sentosa

5 Tahun Terbiar

Beginilah KEADAAN/KONDISI rumah milik aku di Bukit Sentosa.  Gambar terbaru ini aku ambil pada 4 Nov 2012 setelah lebih 4 tahun aku tidak pernah lawati dan lebih 10 tahun tidak didiami.

Rumah No 7, Jalan Kemboja 4A/11 (Rumah nombor 4 dari kiri)

 
Keadaan rumah dari luar pagar- pintu pagar pun telah hilang kena sapu orang

Keadaan pintu (yang sudah rebah) dan iron grill yang tertanggal dari bingkai pintu

pandangan pintu masuk dari dalam- juga telah reput dan rebah.

keadaan tandas di tingkat bawah
keadaan ruang dapur- daun pintu entah ke mana...

keadaan lantai parquet di lobby tingkat atas

 
keadaan bilik dan bilik air tingkat atas

keadaan bilik tidur utama (master bedroom)

tangga - gambar dari atas (anak tangga ok lagi)

gambar keadaan halaman rumah diambil dari dalam rumah- macam sarang musang - kesian jiran aku

 
keadaan rumah-rumah jiran yang diduduki (kesian mereka kerana semak samun di rumahku mengganggu keselesaan mereka)

rumah-rumah lain disepanjang Jalan Kemboja 4A/11

Pada awal bulan Oktober 2012, ada orang telah membaca blog ini dan berminat untuk membeli rumah aku.  Beliau menghubungi aku melalui emel. Oleh kerana keadaan rumah yang tidak layak untuk diduduki, aku pun membuat perjanjian lisan supaya dia menunggu aku memperbaiki semua kerosakan terlebih dahulu.  Aku tidak tega untuk menjual rumah dalam keadaan seperti yang terpapar di dalam gambar-gambar di atas.

Pada pertengahan Oktober aku telah membuat perbincangan dengan seorang kontraktor untuk membaik pulih rumah aku yang begitu teruk keadaannya. Pembinaannya siap pada minggu kedua bulan Disember 2012 dan melibatkan kos melebihi 30k.  Tapi aku puas hati.

Harga yang aku tawarkan ialah RM150k.  Aku tahu, harga pasaran di sekitar kawasan itu ialah antara RM80k hingga 90k sahaja. Aku masih kerugian besar. Kerana harga beli ialah RM114k, aku sudah membayar sebanyak RM660 sebulan selama lebih 14 tahun (RM110k).  Tak masuk cukai tanah dan cukai pintu. Kos membaikpulih terkini ialah RM35k.

Tetapi setelah berbincang, saya dan bakal pembeli itu bersetuju dengan harga RM120k. 

Apabila aku balik dari Paris pada 17 Dis 2012, proses pembaikpulihan rumah aku telah pun siap. Pada malam 22hb Dis, aku mengambil kunci dan melawat rumah tersebut. Tapi malam itu aku tak dapat ambil gambar-gambar.  Hanya pada petang 30hb Dis 2012 aku berkesempatan membuat lawatan sekali lagi bersama isteri dan anak-anakku.  


Lihat sekarang keadaan rumahku di Bukit Sentosa ini.

jalan utama (dari Bukit Sentosa/Bukit Beruntung ke Rasa, K.Kubu Bharu dan Batang Kali) di hadapan rumahku- sangat strategik 
halaman rumah telah bersih dan bersimen (keadaan asal seperti rumah selang sebuah di kanan itu)
kelihatan baru- pasti jiran sebelah senang hati kerana segala semak samun telah lenyap
pintu pagar yang hilang dicuri orang telah diganti baru  
grill pintu serta semua tingkap diganti baru 
ada rupa sebuah rumah 
  
 
 
  
 
 
 


Namun apabila aku hubungi semula orang yang berminat dahulu, beliau telah pun membeli rumah lain di jalan berhampiran dengan lebih murah.  Saya terima dengan hati terbuka kerana itu adalah hak pembeli untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.  Lagipun di kawasan itu memang banyak pilihan, hanya kondisi rumah sahaja yang boleh menyelaraskan harga semasa.

RUMAH, RUMAH, RUMAH!

Kegagalanku membuat keputusan untuk menetap di sini menyebabkan aku perlu mencari sebuah rumah lain untuk menjadi 'final settlement' sebelum aku melangkah menuju alam barzah.

Final settlement ini adalah penting kerana itu adalah harta dunia yang bakal aku wariskan kepada isteri dan anak-anakku (yang belum berumahtangga) yang sememangnya bergantung harap 100% kepada aku seorang. Andainya aku mati sebelum berjaya mendapat sebuah rumah gantian, maka Bukit Sentosa merupakan pilihan tunggal mereka. Aku memohon maaf jika pilihanku ini telah menyusahkan mereka- jauh dari rakan dan saudara mara.

IKUTILAH TAJUK 318: PENGHUJUNG SATU PENCARIAN

BUKIT SENTOSA, MULA ADA RASA  

PADA MALAM 8 JAN 2013 AKU TELAH MEMASUKKAN IKLAN UNTUK MENYEWAKAN RUMAHKU INI MELALUI mudah.my- aku menetapkan harga sewaan RM300 sahaja setelah mengambilkira keadaan rumah aku yang dalam keadaan tip-top berbanding keadaan rumah sewa lain di kawasan berhampiran.  Purata kos sewaan di sana ialah antara RM200-250/bulan.

Pada 9 Jan 13, aku terlalu sibuk dengan urusan pejabat, mesyuarat dari pagi sampai jam 5pm.  Bila aku masuk pejabat pada jam 5pm, aku dapati banyak missed call di henfon aku. Rupanya semua adalah orang yang berminat untuk menyewa rumah aku.  Sebagai keadilan, aku menghubungi orang yang pertama membuat panggilan. Pemanggil yang lain aku hubungi sebagai senarai simpanan sekiranya pemanggil pertama membatalkan hasratnya.

Oooh, aku sendiri tak menyangka, ramai rupanya orang yang berminat untuk menduduki rumah aku.  Salah aku sendiri membiarkan rumah itu begitu lama.
Keputusan: Mulai bulan Feb 2013, secara rasmi rumah aku mula disewa oleh satu keluarga Melayu dengan nilai sewaan sebanyak RM300/bulan untuk tempoh 3 tahun.

Penyewa ini telah keluar dari rumahku mulai 30 April 2014 kerana telah memberi rumah berhampiran.

Seawal bulan Mac, aku iklankan semula dalam www.mudah.my dengan nilai sewaan sebanyak RM450.00 dan sambutan amat menggalakkan. Setelah sebulan tertangguh aku batalkan iklan. Pada hujung bulan April aku iklankan semula dengan nilai RM500.00 sebulan, juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Nampaknya harga pasaran di sini sudah meningkat. Alhamdulillah.

Penyewa pertama ini kurang perihatin dalam melunaskan sewaan rumah. Hanya menepati tempoh untuk 3-4 bulan pertama sahaja. Selepas itu mulai lalai sehingga melewati 2 bulan. Malah di bulan-bulan akhirnya hamper 4 bulan tidak membayar sewa. Aku terpaksa menghantar reminder berkali-kali sebelum mendapat bayaran. Malah beliau keluar rumah pun tidak memberikan amaran awal. Setelah beberapa kali menghubunginya untuk mendapat sewaan bulan Dis 13 hingga Mac 14, baru beliau memaklumkan bahawa beliau akan keluar akhir April. Melangsaikan dua bulan sewaan serta meninggalkan bayaran deposit dua bulan.

Selain dari liat membayar sewaan, penyewa ini juga kurang cermat menjaga rumah. Meninggalkan rumah dalam keadaan agak comot. Malah ada sebahagian dinding rumah yang dicat dengan warna merah gelap yang tidak sesuai langsung dengan warna putih yang asal. Untuk mengambil kunci pun anak aku terpaksa pergi ke rumahnya yang baru.

Sebulan sebelum penyewa tersebut menyerahkan rumah, aku sudah mula mengiklankan penyewaan rumah aku dalam mudah dot my.

Mulanya rumah aku telah dibooked oleh Felcra Sg Chua untuk seorang staffnya mulai 1 Mei 2014. Namun setelah dua minggu tiada maklum balas aku iklankan semula. Dan telah mendapat pengesahan dari seorang bakal penyewa (juga keluarga Melayu) yang akan masuk mulai 1 Jun 14.

Semasa aku datang memeriksa rumah tersebut, didapati banyak kerosakan kecil seperti kebocoran, kerosakan paip dan cat yang kotor. Aku memanggil kontraktor untuk membaiki kerosakan serta membuat bumbung hadapan (awning) serta membuat kitchen cabinet atas (sahaja). Dekat RM8k juga aku ranap nak perbetulkan rumah tu.

Kebetulan menantu aku baru membeli sebuah rumah di BBS2 (Jalan Anggerik) dengan harga RM150k. Jaraknya lebih kurang 1km dari rumahku. Dia amat beruntung kerana mendapat sebuah rumah end-lot yang mempunyai tanah yang luas. Rasanya lebih luas dari keluasan binaan rumah asal. Alhamdulillah.

Kosong lebih kurang dua bulan untuk proses pembaikan. Penyewa baru mula masuk pada bulan Jun 2014 dengan nilai sewaan mengikut harga pasaran semasa iaitu RM500.00.


Kebetulan anak aku duduk berhampiran maka aku amanahkan anakku untuk menjaga sewaan rumah milikku di Jalan Kemboja. Alhamdulillah, setakat hari ini (Nov 2014) penyewa tersebut menepati masa bayaran sewa setiap bulan.







16 comments:

  1. tahniah bro kerana membaik pulih rumah bro. rugi rumah tu dibiarkan terbiar. kalau tak nak duduk sewakan atau datang semingu atau dua minggu sekali tidur kat situ. kawasan ni makin naik. saya baru je beli lot tepi 2tingkat kat bukit sentosa tahun ni 2012, tunggu owner bagi kunci je. bagi saya ok je tempat tu, banyak kemudahan yang dah ada sekarang.

    ReplyDelete
  2. Askm abang...saya penduduk BS8 Kemboja 4c...nasihat saya jangan jual dulu....elok wasiat kat anak isteri sebab kawasan sana dah ramai penduduk...saya pernah tanya pendapat pegawai bank rakyat cawangan melawati berkenaan wajar tak saya beli rumah di bukit sentosa?....dia cakap bukit beruntung next station untuk dimajukan setelah puchong, rawang, semenyih dan kajang naik harga untuk pelaburan tanah...benda ni pernah terjadi semasa saya mencari rumah di country home rawang dimana harga rumah 5-6 tahun hanya dalam 100-150k ,bila saya mencari harga tersebut tahun ni memang tak dapat la...semua harga 250k keatas. Bukit beruntung dah lengkap dengan tesco, kedai 1 malaysia malah shop lot pun dah banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih atas nasihat dan keprihatinan saudara. Alhamdulillah, mulanya mmg saya nak cepat jual. dah desprado. TETAPI setelah saya iklan dalam mudah.my untuk disewa, saya tak sangka tak samp 24 jam berebut orang nak sewa. Saya terpaksa tutup iklan pada hari berikutnya. Setelah menaggung kerugian selama 12 tahun, kini segar kembali keyakinan saya untuk mengekalkan hak milik rumah tersebut. Setakat ini saya akan sewakan.

      Delete
  3. asalam En...sy yazid dr bukit beruntung...sy agent bank rumah lelong..kalau en brminat nak beli rumah murah2 sy boleh tlg carikan..kalau en masih nak mnjual rumah en,sy leh tlg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. setakat ini saya nak retain rumah saya. skrg harga masih terlalu rendah. masih di bawah harga beli. dah 12 tahun terbiar. nak rasa duit sewa dulu....

      Delete
  4. Assalam , Saya Mona agent Property di area bukit sentosa n bukit beruntung, market bg rmh En dlm rm120K hingga rm140K kalau condition sgt2 elok...berminat untuk jual boleh hubungi saya di 0193785302

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam Mona, setakat ni masih syg nak jual... setelah 12 tahun terbiar...rosak abis, baru je refurbished abis 35k.... tunggu mkt naik lagi....

      Delete
  5. saya mempunyai rumah di bukit sentosa, Bakawali berhampiran dengan dengan sek agama jais.Rumah sekarang telah didiami oleh penyewa dengan harga RM 250 sebulan. Saya ingin menjual rumah tersebut dengan harga 75k. sesiapa yang berminat boleh hubungi saya 0148422750

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Hannan nak jual..boleh hubungi Puan Monaliza di atas tu...

      Delete
    2. Salam..encik..sekarang sy tengah mencari rumah sewa..di rumah jalan kemboja tu ada penyewa dah ke?

      Delete
    3. waalaikum Salam... ye sudah ada penyewa sejak bln Jan lepas.... tapi sejak 2-3 bulan ni dah mula liat membayar...

      Delete
    4. Wassalam. Ye sudah ada penyewa mulai 1 Jun. sekarang dalam proses rawatan akibat kerosakan dari penyewa terdahulu. Lagi pun jika dijual dengan harga pasaran ketika ini, saya masih kerugian. TAPI jika ada tawaran 200k saya mungkin akan jual.

      Delete
  6. Salam tuan..rumah masih sewa?taknak jual ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam Miss DAC. Setakat ini saya tidak berhasrat untuk menjual kecuali jika ada tawaran RM200k ke atas. Cuba hubungi HANNAN di atas yang ingin menjual rumahnya. Mungkin masih belum ada pembeli.

      Delete
  7. Berapa sewa skrg n value bank? Jika ok sy nk beli rm200k. Kol me 0139855742

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...