Saturday, May 12, 2012

TAJUK 68: UMNO DAN KELUARGAKU


 AKU DAN UMNO 

Semalam 11hb Mei 2012 adalah hari ulangtahun penubuhan UMNO ke 66.  Aku (sebagai orang Melayu) ada cerita sendiri tentang UMNO.  

Masa aku kecil-kecil dulu, kira-kira aku kenal siasah Malaysia ialah Parti Perikatan dan PAS sahaja. Masa itu, PAS bukanlah satu parti yang dipandang sebagai pembangkang di Johor (negeri kelahiran UMNO).  Penyokong PAS hanya kumpulan kecil yang dianggap sebagai pengacau sahaja.  Bila ada rapat umum UMNO (Perikatan) mereka akan buat bising mengganggu kempen.  Lambang PAS masa itu ialah bulan sabit dan bintang. Tak ada kempen oleh tokoh-tokoh besar PAS dari peringkat pusat kerana pada mereka berkempen di Johor hanya membuang masa dan wang sahaja.



Selepas merdeka hingga tahun 1990an, orang kata kalau letak tiang letrik sebagai calon UMNO di Johor, akan menang.  Seingat aku, satu-satunya pembangkang yang mampu menang dalan DUN Johor ialah calon DAP yang mewakili Bandar Kluang, iaitu YB Lee Khaw. Beliau menang beberapa penggal di situ.Tidak pasti mulai PRU bila, tapi pertengahan tahun 70an dia sudah ada.  Tapi untuk kerusi Parimen di Johor; sehingga hari ini belum pernah mana-mana parti pembangkang dapat menembusinya (kecuali kes YB Dato Shahrir dalam PR Kecil 1988)

Bagaimanapun jumlah wakil DAP dalam DUN Johor mula bertambah dalam  PRU 2004 dan 2008.  Kalau tidak silap ada 4 wakil sekarang.  Manakala PAS hanya bangkit dalam PRU 2004 apabila kali pertama sejak ada pilihanraya di Malaysia, calun tunggalnya, Dr Ramli bin Md Kari  menang di Johor.  Lebih memalukan UMNO ialah beliau menang tanpa bertanding di DUN Senggarang (tempat aku dilahirkan).  Lebih memalukan lagi, sebab dia menang percuma ialah atas kebebalan calun BN (UMNO) sendiri, yang over confident dan tidak mahu menerima nasihat- salah isi borang pencalonan.

Dalam PRU 2008, calon PAS kecundang semula.  Ini kerana Senggarang bukanlah tempat PAS sebenarnya. Tetapi PAS berjaya memungut dua kerusi di daerah Muar, manakala DAP berjaya merampas 6 kerusi di Johor.

UMNO Johor pernah tercabar dalam tahun 1988.  Ketika berlakunya krisi perlembagaan 1987 dan krisi perletakan jawatan Dato Musa Hitam dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Seorang MP UMNO, Datuk Shahrir Samad yang agak lantang dengan beberapa dasar UMNO di bawah pimpinan Dr Mahathir,  Orang UMNO Johor menunjukkan protes kepada UMNO semasa PR Kecil Parlimen JB dalam tahun 1988.  Datuk Shahrir yang meletak jawatan sebagai MP UMNO dan bertanding sebagai calun Bebas di kawasan yang sama.  Beliau menang besar ke atas calun UMNO.  Tapi, setahun kemudiannya, beliau kembali menyertai UMNO.  Motif pilihanraya masa itu ialah UMNO Johor marah kepada Dr Mahathir bukan kepada Parti UMNO.

Apa kena mengena diri aku dengan UMNO? ohhhhh banyakkkk sekali.  Sejak abis sekolah lagi aku telah menjadi ahli UMNO.  Bukan sebab aku faham perjuangan UMNO dan memohon jadi ahli UMNO.  Masa itu hampir 100% penduduk kampung aku memang ahli UMNO.  Jadi bapak aku dan daftarkan dan bayarkan yuran keahlian aku.  RM1 sahaja masa itu.

Aku tidak berpeluang aktif dalam pergerakan politik kerana sejak tamat SPM aku terus ke KL melanjutkan pelajaran ke UTM.  Lepas gagal UTM aku masuk TUDM. Maka segala jalan dan peluang untuk aku aktif dalam politik telah tertutup.

Kakak dan aruah abang ipar aku orang kuat UMNO, Ketua Cawangan dan Ketua Wanita Cawangan.  Bapak aku penyokong UMNO, tapi masa UMNO dibubarkan pada tahun 1988 dan ada kumpulan menubuhkan Semangat Melayu 46, bapak aku ikut menentang UMNO dan setiap kali balik kampung dia pun terikut-ikut mengutuk UMNO dan Dr Mahathir.  Aku tau, bapak aku tak tau apa-apa, dia terpengaruh dengan tukang-tukang kempen masa itu.  Sebahagian ahli UMNO Johor masa itu memang orang kuat Musa Hitam (Tun).  Apabila Musa meletak jawatan, banyak UMNO Johor marah Dr Mahathir.  Sebab itu Shahrir (orang kuat Musa) menang besar dalam PRK Parlimen JB tahun 1988.

Sebelah keluarga isteriku, tak payah cakap lah.  Hampir semua orang kuat UMNO peringkat Bahagian.  Abang ipar aku pernah menjadi Ahli Parlimen, Ketua UNMO Bahagian, Bendahari UMNO Negeri, Pengerusi PAC dan juga Timbalan Menteri.  Kakak ipar aku pernah jadi Ketua Wanita Bahagian. Almarhum ayah mertuaku juga adalah bekas ADUN dan EXCO Kanan Negeri Johor.

Jadi, kalau nak kata tak ada pengaruh UMNO dalam diri aku, kira menipu lah aku.  Nasib baik juga aku masuk TUDM.  Kalau berhenti Kapten atau Mejar dan balik kampung, mungkin dah jadi Ketua Cawangan kalau tidak AJK Bahagian.  Bukan nak cakap besar tapi melihat siapa yang menerajui UMNO Cawangan di kampung aku tu, rasanya kalau aku balik kampung semua akan datang rumah minta aku untuk aktif dan mengambil alih untuk menerajui UMNO kampung aku.  Kepimpinan UMNO di kampung aku masih seperti tahap kepimpinan tahun 70an/80an lagi.  Tak berkembang.

Semasa aku di Sekolah Rendah, dalam tahun 60an, wakil rakyat yang pertama aku kenal bernama YB Hj Daeng Jalok bin Daeng Malibok  (Allahyarham Dato) mewakili kawasan DUN kawasan Benut yang masa itu meliputi pengundi kampung aku.   Manakala Wakil Parlimen ialah Tan Sri Sardon bin Hj Jubir (allahyarham Tun) mewakili kawasan Pontian Utara.


 
almarhum Dato Jalok dan almarhum Tun Sardon

Namun kampung aku banyak kali bertukar kawasan. Dari Pontian Utara kemudian dimasukkan dalam kawasan Seri Gading yang diwakili oleh YB Dato' Hussein Onn (1974 - 1982). Kemudian masuk pula dalam kawasan Parlimen Batu Pahat yang diwakili Haji Daud bin Dato' Taha (1982 - 1990) dan mulai tahun 1990 masuk semula dalam kawasan Seri Gading yang diwakili oleh YB Hj Hamzah Ramli dan kemudiannya Datuk Mohamad bin Aziz sehingga sekarang.  Wakil DUNnya aku kurang ingat sebab kerap sangat bertukar.

Masa aku di sekolah menengah (STMI), salah seorang dari guruku (allahyarham Mohd Yasin bin Kamari) merupakan orang kuat Pemuda UMNO kawasan Parlimen Seri Gading. Tetapi semasa dalam kelas almarhum tidak pernah bercakap pasal UMNO atau politik secara langsung.  Tetapi almarhum suka menerapkan semangat kebangsaan dan patriotik, khususnya kelemahan orang Melayu dari segi ekonomi dan pelajaran.

Beliau kemudiannya memenangi pilihanraya kawasan DUN Parit Raja, dalam pilihanraya kecil  pda 20 Okt 1988, lanjutan dari kematian DUN YB Dato Syed Zain Idrus asSahab.  Pada masa itu krisis UMNO 1986/87 berada di kemuncak.  Beberapa minggu sebelum itu, Shahrir Samad (calun Bebas) menang besar di Parlimen Johor Bharu. Mohd Yasin menang tipis, hanya 413 undi sahaja. 7262 berbanding 6849 yang diperolehi oleh calun Bebas (bekas Ketua pemuda UMNO Seri Gading) Hj Hamdan bin Yahya yang menjadi proksi Parti Semangat 46.  Pada tahun itu juga, Mohd Yasin dilantik menjadi Setia Usaha Politik Menteri Kehakiman (jawatan Menteri itu disandang oleh PM Dr Mahathir sendiri).  Mohd Yasin kemudiannya dilantik menjadi Ahli EXCO Negeri Johor (Pengerusi Hal Ehwal Belia dan Sukan, kemudiannya Hal Ehwal Agama Islam).  Dalam PRU 1990, Mohd Yasin bertanding dalam kawasan parlimen Seri Gading dan menang.  Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.


allahyarham Hj Mohd Yasin bin Kamari mengangkat sumpah sebagai SETPOL Menteri Kehakiman

Namun Allah lebih mengasihi beliau.  Mohd Yasin meninggal dunia pada 28 Dis 1994 di rumahnya di Kuala Lumpur kerana mengalami masalah tekanan darah rendah dan dikebumikan di kampung kelahirannya, di perkarangan Masjid Parit Haji Ali (Parit Raja). Kehilangan sebutir bintang yang baru mula menyinar. Beliau diiktiraf sebagai pahlawan oleh penduduk Kg Parit Haji Ali dan Parit Sumarto.

Kita kembali kepada tajuk asal, UMNO.  mari kita kenal sedikit sejarah UMNO.  Sebahagian dari maklumat ini saya kutip dari wikipedia.com.


Bendera UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, atau United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR)  adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang Parti Perikatan (1955-1974) pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

SEJARAH UMNO


Sejarah UMNO bermula dari satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayutelah menghantar wakil masing-masing.


Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.






Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.



Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.





Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951


Pada 1951, Tunku Abdul Rahman Putra dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan diantara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh Timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.  Legasi almarhum ialah UMNO merupakan pemimpin kepada kemerdekaan Malaya.







Di penghujung tempoh pentadbiran Tunku, telah berlaku rusuhan kaum di Kuala Lumpur.  Ini bermula apabila parti pembangkang (khususnya parti bukan Melayu) memenangi banyak kerusi dalam PRU 1969.  Mereka naik tocang dan mencabar ketuanan Melayu. Pada tahun 1970, Tun Abdul Razak yang dilantik menjadi Presiden UMNO serta PM kedua telah mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan   membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990.  namun dasar ini gagal tidak mencapai sasaran sehingga tempoh DEB tamat pada tahun 1990,malah sehingga tarikh ini. 







Pada Januari 1976, Datuk Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Hussein adalah anak kepada Presiden UMNO pertama, Datuk Sir Onn Jaafar. Pada 20 April1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Beliau meletak jawatan dalam tahun 1981 dan keluar UMNO pada tahun 1987 kerana tidak bersetuju dengan dasar Dr Mahathir sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1990.






Dr Mahathir dilantik menjadi Presiden UMNO keempat  pada bulan Julai 1981.  Dalam zamannya UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.


Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008.

Pada bulan Oktober 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.



Pada bulan Mac 2009, Datuk Seri Abdullah (Pak Lah) meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan menyerahkan jawatan kepada Dato Sri Mohd Najib bin Tun Razak sebagai Presiden UMNO ke 6. Satu lagi sejarah tercipta kerana Datuk najib adalah anak kepada Tun Razak, Presiden UMNO ke 3.


PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan sesuatu ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung 2011 parti itu di Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto BERNAMA


Lagu Rasmi UMNO

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat


Bersatu Kita Bersatu

Dengan Setia Berganding Bahu

Jiwa Teguh Berpadu

Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama

Mendukung Hasrat Semua

Berjasa Pada Bangsa

Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah

Dipandang Mulia Dan Indah

"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"

Cogan Katanya

UMNO Terus Mara

Untuk Rakyat Malaysia

SENARAI PRESIDEN UMNO

1
almarhum Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
(11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951)

2
almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
 (26 Ogos 1946 - 24 Jan 1971)

3
almarhum Tun Hj Abdul Razak bin Dato' Hj Hussein OKIS
(24 Jan 1971 - 14 Jan 1976)

4
almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
14 Jan 1976 - 28 Jun 1981)

5
Tun Dr Mahathir bin Mohammad
(28 Jun 1981 - 30 Okt 2003)

6
Tun Haji Abdullah bin Dato' Hj Ahmad Badawi
(30 Okt 2003 - 28 Mac 2009)

7
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak OKIS
(28 Mac 2009 - kini)

KENAPA RAMAI PENYOKONG UMNO
TARIK 'HAND BRAKE'??

Banyak yang aku ingin tulis, positif dan negatif tentang UMNO. Tetapi aku belum punya kesempatan untuk menulisnya kerana kesibukan dengan kerja-kerja pejabat sekarang.  Antara yang aku ingin cari jawapannya ialah:
  1. Kenapa UMNO semakin dipinggirkan?
  2. Kenapa orang Melayu tidak lagi menghargai UMNO?
  3. Siapa PAS? Siapa DAP? Siapa PKR?
  4. Kenapa ramai penyokong UMNO belot?
Aku teruja untuk menjawab Soalan ke 4 ini dahulu sebelum menjawab beberapa soalan yang aku aturkan di atas. JANGAN MURKA ATAU PANAS dengan tulisan aku ini.  Ini hanya pandangan peribadi seseorang yang bukan ahli politik yang hanya melihat dari luar sangkar, ada betul ada salah.  Biarpun banyak yang salah, aku tetap betul kerana aku tak mengharapkan sesiapa untuk memegang pendapatku untuk dijadikan ikutan. Walaupun penceritaan dalam perenggan introduksi di atas ada menyatakan pengaruh UMNO dan keluargaku, namun kedudukan aku sekarang memerlukan aku bersifat 'apolitical'.

Jawapan No 4
Kenapa ramai penyokong UMNO belot?

Penyokong belot ada banyak faktor, antaranya kecewa kerana tak dapat habuan seperti mana yang diharapkan, dipinggirkan setelah tidak terpilih, timbul kesedaran baru, balas dendam atau sememangnya tidak bermaruah. 
Melalui perbualanku dengan kenalan yang masih menjadi ahli UMNO di Johor tetapi tidak lagi aktif seperti dahulu, mereka sudah mula MALAS (bukan benci) untuk meneruskan perjuangan kerana wujudnya sikap TAMAK HALOBA di kalangan pemimpin UMNO setempat.  Antaranya ialah ingin kekal menjadi ADUN aatau MP sehingga akhir hayat.  Mereka ini menggunakan RM untuk mengekalkan jawatan di Bahagian.  Semua AJK jadi 'YES SIR' kerana dapat habuan (khususnya projek-projek dalam kawasan).  Maka pagar menjadi kukuh dan sukar ditembusi oleh lawan politiknya.  Maka peluang orang lain untuk naik sudah tertutup.  Kalau setakat 10 tahun menunggu, mungkin penyokong masih sabar, tetapi kalau sampai 6-7 penggal bertakhta, enggan berundur, mana ada penyokong yang tahan.  Kawan-kawan pun nak merasa juga untuk dipanggil YB.  Kalau anak yang lahir masa kawan tu mula jadi wakil rakyat, kini anak itu dah jadi Ketua Pemuda, kawan tu masih kekal duduk situ, apa cerita.

Kalau MP atau ADUN mereka menjadi Menteri atau Timbalan Menteri atau EXCO, mungkin wajar mereka terus mendapat sokongan. Itu pun jangan terlalu lama. Jadi EXCO 3 penggal pun cukup lah. Kalau MP atau ADUN setakat masuk mesyuarat DUN atau Dewan Rakyat untuk tidur atau menyalak yang tiada isi, sebagai tukang karut, sebagai penembak kabur, sebagai pembodek, baiklah beri peluang kepada orang lain.  Orang lain yang sudah berpuluh tahun menjadi ahli yang aktif, menjadi AJK Bahagian, setia kepada parti pun nak juga bergelar YB.  Sudahlah begitu, bila dah terlalu lama menjadi YB, anak sempat besar, sempat jadi Ketua Pemuda Bahagian kemudian AJK Bahagian kemudian Naib Ketua Bahagian, akhirnya dipilih menjadi YB menggantikan ayahnya. Tak jadi Wakil Rakyat menagih mintak dadi Senator. Nak bagi contoh ke? Tak payahlah, banyak.

Lama-lama penyokong-penyokong kuat ini akan tekan brek perlahan-lahan. Dan apabila masih tiada perubahan, mereka terus tarik hand-brake.  Nak cari makan dalam kawasan sendiri pun tak boleh.  Ini kerana YB hanya membantu ahli keluarga dan kroninya sahaja. Bayangkan, anak YB yang tak lulus SPM pun, kerja tak ada, hari-hari pandu Mercedes, bawa kawan-kawan pergi joli katak.

Ini yang PM dan TPM kena tahu kenapa ramai penyokong UMNO menjadi tawar untuk berjuang. Walaupun tangan masih pangkah calon BN, tetapi bukan disebabkan mereka suka calun BN (UMNO) TETAPI sayangkan UMNO dan Kerajaan.

Jawapan No 3
Siapa PAS?, siapa DAP? dan siapa PKR?.
  • PAS. Kumpulan awal yang menubuhkan PAS adalah ahli UMNO yang 'islamik' (ulamak) dan tidak berpuas hati dengan polisi 'nasionalisme' UMNO. Kumpulan yang diketuai oleh Ustaz Hj Ahmad Fuad Hassan (bekas Ketua Biro Agama UMNO) keluar UMNO dan menubuhkan PAS pada tahun 1951. Objektif penubuhan PAS ialah untuk memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah pembentukan sebuah negara yang diredhai Allah i.e: menubuhkan negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.  Dalam PRU pertama selepas merdeka tahun 1959, PAS memenangi DUN Kelantan dan mengekalkan Kerajaan Kelantan sehingga tahun 1977. PAS pernah berkerjasama dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Campuran di Kelantan pada tahun 1973 dan seterusnya di peringkat pusat yang menjurus kepada pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974. Bagaimanapun PAS keluar dari dari Kerajaan Campuran (BN) pada tahun 1977 kerana menentang tindakan UMNO mengisytiharkan Darurat di Kelantan dan mencampuri urusan dalaman PAS. Dalam PRU 1978, PAS kehilangan negeri Kelantan. PAS merebut semula Kelantan dalam PRU 1990 dan berjaya mengekalkannya sehingga sekarang (2012). 
  • Melihat kepada kesepaduan sokongan PAS pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz (MB Kelantan sejak 1990), dan melihat kepada ketidaksepaduan UMNO yang berpanjangan maka, peluang UMNO untuk merebut Kelantan dalam PRU akan datang amatlah tipis. Secara rambangnya PAS Kelantan terbahagi kepada dua kumpulan iatu penyokong kepimpinan ulamak tegar di bawah TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan yang di katakan sebagai pro-Anwar (di gelar Erdogan) yang diketuai oleh Dato' Husam Musa. UMNO pula terlalu banyak fraksi yang amat sukar untuk berpadu sejak sekian lama. Masing-masing mahukan ketua mereka menjadi MB Kelantan. Kumpulan Tok Pa, Kumpulan Tan Sri Annuar Musa dan Kumpulan Awang Adek.  Belum lagi serpihan UMNO yang atas pagar menyokong Datuk Ibrahim Ali.
  • Dalam PRU 12 tahun 2008, PAS semakin menyerlah apabila menambah penguasaan sebuah lagi negeri iaitu Kedah.  Gabungan dalam Pakatan Rakyat (PR) memberi impak positif kepada PAS.  PAS hanya berlawan dengan BN sahaja tanpa mendapat gangguan dari PKR dan DAP.  Walaupun PAS kehilangan Terengganu yang ditawan dalam tahun PRU 1999, kerusi PAS di Selangor, Perak dan Johor terus bertambah. Walaupun PAS memenangi kerusi terendah di Perak (berbanding DAP dan PKR), PAS bernasib baik kerana ADUNnya (Mohd Nizar) dipilih oleh DAP (Ngeh Koo Ham) untuk menjadi MB Perak. Biarpun begitu (sebelum kerajaan PR dijatuhkan oleh BN), dalam tempoh 11 bulan menjadi MB, Nizar jelas di'remote control' oleh DAP.
  • Amalan nepotisme tidak berlaku dalam PAS. Setakat ini belum ada peimpin tertinggi PAS yang mendidik anak-anak mereka untuk mengambil-alih pimpinan. Belum ada anak Tan Sri Asri, Dato' Yusof Rawa, Dato' Fadzil Noor, TG Dato' Nik Aziz atau anak TG Dato' Seri Hadi Awang yang memegang jawatan utama.  Kalau ada anak Yusof Rawa atau anak Nik Aziz yang meningkat naik dalam PAS adalah atas daya usaha sendiri dan dipilih oleh ahli parti, bukan diletak dan ditunjuk sebagai bakal pewaris.
  • Penyertaan PAS secara rasmi dalam kerjasama pembangkang (Pakaran Rakyat) mempunyai kesan positif dan negatif. Positifnya, PAS lebih mudah berjuang melawan BN kerana tidak risau diganggu oleh PKR dan DAP.  Dalam kawasan Melayu, DAP akan membantu PAS untuk menarik pengundi China. Dalam kawasan China, PAS membantu DAP menarik pengundi Melayu. PKR adalah parti pelbagai bangsa yang mempunyai kekuatan tersendiri dengan agenda reformasi dan keadilan.
  • Kesan negatifnya, PAS telah melanggar prinsip asas penubuhan PAS untuk membina negara islam. Kedua-dua sekutunya tidak bersetuju langsung dengan agenda tersebut. Pemimpin PAS sudah mula mengubah melodi perkataannya dengan mengorbankan manifesto utamanya semasa menentang UMNO (sehingga mengkafirkan ahli dan pengundi UMNO) kepada ayat yang tidak menyinggung rakan sekutunya, khususnya DAP. Penubuhan negara islam hanya tinggal dalam perlembagaan parti- tidak dapat untuk diperjuangkan.
  • DAP. Sebuah parti yang berasaskan fahaman Sosialis, DAP ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1966. Penubuhan DAP adalah sebagai mengisi kehilangan parti berideologi Sosialis utama PAP (pimpinan Lee Kuan Yew) apabila Singapura berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965. Walaupun sokongan terhadap DAP (99%) bangsa China adalah padu dan ada pasang surut  namun pencapaian DAP lebih konsisten setiap PRU. DAP mempunyai penyokong yang tegar di Pulau Pinang, Perak, Selangor, WPKL, Melaka dan N.Sembilan. Dalam PRU 2008, pencapaian DAP begitu memberangsangkan (juga hasil dari kerjasama PR)- DAP dapat menawan DUN P.Pinang. Secara prinsipnya DAP juga boleh mengetuai Kerajaan PR di Perak kerana jumlah kerusi tertinggi berbanding PAS dan PKR. Namun Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya membenarkan orang Melayu menjadi MB. Bulan jatuh ke riba PAS walaupun PAS mempunyai jumlah kerusi terendah. PKR dipinggirkan kerana telah mendapat DUN Selangor- tambahan pula semua DUN dari PKR tidak ada yang layak untuk memegang jawatan MB. Selain itu, banyak kawasan di DUN Johor (kubu kuat BN di Semenanjung) dapat ditembusi oleh DAP.
  • Kronisme juga wujud dalam DAP. Lim Kit Siang mewariskan jawatan Setiausaha Agong DAP (jawatan paling berkuasa dalam parti) kepada anaknya Lim Guan Eng. Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP dan pernah menjadi Pengerusi DAP.  Isteri Guan Eng juga seorang ADUN di Melaka.
  • PKR. PKR ditubuhkan dalam tahun 1998 atas nama Parti Keadilan Nasional (ADIL). Parti itu kemudian bergabung (sebenarnya membeli semua equiti) dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 lalu membantuk parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR). PRM ditubuhkan pada tahun 1955 (parti yang senior dalam politik tanah air). Sejak bergabung dalam PKR, nama-nama pemimpin dari PRM semakin pupus dan pasif.
  • Adalah jelas, PKR ditubuhkan tanpa asas perjuangan yang kukuh. Ia adalah kumpulan yang kecewa dan marah dengan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO dan juga TPM pada Sep 1998. Slogan 'reformasi' ciptaan Anwar adalah semata-mata untuk menjatuhkan Dr Mahathir dan Anwar ingin menjadi PM secepat yang mungkin dan seterusnya membersihkan orang-orang yang menyokong menjatuhkannya. Karisma dan kebolehan Anwar berpidato mempunyai pengaruh yang amat besar untuk mengekalkan dan menarik sokongan terhadap PKR. 
  • Amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR berlaku ke tahap yang maksima. Hubungan antara Anwar Ibrahim (Ketua Umum dan pemimpin 'de facto' PKR), isterinya, Wan Azizah (Presiden PKR) dan anaknya Nurul Izzah (Naib Presiden) serta adik dot.dot.dotnya Azmin Ali (Timbalan Presiden) jelas menunjukkan Anwar tidak memberikan jalan kepada kumpulan lain untuk menguasai dan membuat keputusan dalam PKR. Walaupun Anwar melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Umum (jawatan yang tidak ditandingkan- mungkin tiada dalam perlembagaan PKR)- segala keputusan penting atau tidak penting aktiviti PKR adalah dikawal oleh Anwar.
  • Anwar juga jelas dipergunakan oleh pembangkang (PR) sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Bagaimana PAS dan DAP (bekas musuh ketatnya di Parlimen dan juga di mahkamah) boleh bersetuju meletakkan Anwar di situ, hanya mereka yang tahu. Jawapannya akan diketahui sekiranya PR dapat mengambil-alih Kerajaan. Sama ada mereka (DAP dan PAS) setuju Anwar yang dikelilingi kes mahkamah dan skandal menjadi PM Malaysia?.
.
Jawapan No 2
Kenapa orang Melayu tidak lagi menghargai UMNO? 


  • Kalau kita baca sejarah awalnya, UMNO merupakan sebuah parti yang miskin. Setiap pejuang UMNO adalah benar-benar ikhlas berjuang, mengorbankan minda, harta benda dan tenaga. Mereka mencari wang untuk UMNO. Wang digunakan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kepentingan bangsa Melayu dan Islam.
  • Apabila negara sudah merdeka, UMNO dan sekutunya berjaya mentadbir negara sehingga stabil dari segi aspek politil dan ekonomi.  Kehidupan bertambah senang. Ini menyebabkan mereka lupa diri. Hari ini orang berebut-rebut menjadi ahli UMNO bukan untuk kepentingan bangsa dan ugama lagi. Kalau dulu orang mencari wang untuk diserahkan kepada UMNO.  Hari ini orang mencari UMNO untuk dapatkan wang. Mereka berpura-pura berkerja bersungguh dalam UMNO untuk dikenali dan mudah mendapat kontrak Kerajaan. Kononnya sebahagian pendapatan atau untung akan didermakan kepada UMNO. Ini menyebabkan kontrak yang bernilai RM10 juta tetapi harga benda yang dibekalkan atau dibina hanya bernilai RM5 juta sahaja.  Mana pergi lagi RM5 juta?. Bila dapat kontrak mereka mengumpul kekayaan, beli kereta mewah, bina istana- hidup macam di kayangan, rakyat dilupakan. Lama-kelamaan segala keterlampauan mereka diperhatikan oleh rakyat. Lama kelamaan rakyat yang diwakili naik meluat dan benci meluap-luap (kecuali kroninya yang mendapat habuan). Disebabkan perangai wakil rakyat UMNO ini, rakyat- khususnya orang Melayu mula membenci UMNO. Lihat gambar ini, di dalam kelompok kemiskinan orang Melayu Pulau Pinang, tersergam indah istana politikus UMNO.



    
    
  

rumah Tan Sri Kadir Siekh Fadzir- berpuluh tahun jadi wakil rakyat dan jadi Timbalan Menteri, kemudian Menteri. Kumpul harta bina istana merata-rata. Bila dah bersara tikam UMNO balik.


Bungalow Khir Toyo- baru beberapa hari jadi MB dan mampu bina rumah agam- nak lawan Angelina Jolie dan Michael Jackson.

Rumah aruah Zakaria Deros di Klang

rumah50 (Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2
Rumah Mukhriz Mahathir

katanya ini rumah Dato Seri Shahrizat http://bulatdusun.blogspot.com

Rumah Dato' Tengku Adnan

dikatakan rumah seorang Setia Usaha Sulit seorang Menteri

rumah ini mungkin dimiliki oleh seseorang yang mengundi BN UMNO sejak dia kenal mengundi

  • Bukanlah niat untuk mendedahkan kelemahan UMNO dan pemimpinnya tetapi faktor inilah yang menyebabkan rakyat membenci UMNO dan pemimpinnya. Bukan sahaja rumah Menteri atau MB yang banyak dan besar-besar tetapi juga rumah pegawai-pegawainya. Rumah SUPOL, SUBAR, SUSUL dan sebagainya. Bila terlalu banyak harta, rumah dan kereta, masa mereka untuk rakyat semakin sedikit.  Bila masa sedikit, rakyat sukar menemui wakil rakyat, lama-lama rakyat fed-up.  Sebahagiannya telah dihukum oleh rakyat semasa PRU13.
  • Di antara politikus UMNO ini bukan sahaja mengumpulkan kekayaan, membina rumah-rumah dan kereta mewah (ladang dan dusun tak kira lagi)- mereka juga membina empayar keluarga untuk menguasai UMNO Bahagian masing-masing. Diri sendiri menyandang Ketua Bahagian, isteri jadi Ketua Wanita, anak pegang Ketua Pemuda manakala menantu jadi Ketua Puteri. Lihat sahaja kes Zakaria Deros di Klang, Onn Ismail di Kapar.
  • Nepotisme dalam UMNO juga berleluasa. Ia berlaku diperingkat tertinggi- sama ada by design atau by accident. Tun Razak semasa jadi PM melantik Hussein Onn (abang ipar) sebagai TPM menggantikan Tun Dr Ismail. Hamzah Abu Samah juga adik ipar Tun Razak dilantik jadi Menteri. Bila Tun meninggal, Tun Hussein melantik Najib Tun Razak sebagai Timbalan Menteri- kemudian menjadi Menteri di zaman Dr Mahathir. 
  • Bila Dr Mahathir jadi PM, beliau balas jasa Tun Hussein dengan melantik Hishamuddin Tun Hussein jadi Timbalan Menteri- kemudian menjadi Menteri di zaman Pak Lah dan Najib. Dr Mahathir juga melantik Najib menjadi Menteri.
  • Bila Pak Lah menggantikan Mahathir, dia lupa melantik anak Mahathir menjadi Timbalan Menteri.  Sebaliknya memberi jalan kepada menantunya Khairy Jamaludin (KJ) untuk meningkat naik melalui Pergerakan Pemuda UMNO. Pak Lah melantik Najib sebagai Timbalannya dan melantik Hishamuddin menjadi Menteri.
  • Bila Najib dilantik menjadi PM, dia mengekalkan Hishamuddin (sepupunya) sebagai Menteri kanan, melantik Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri. Najib hanya memberi peluang kepada Khairy menjadi MP sahaja. 
  • Tun Ghaffar semasa menjadi TPM cuba membawa anaknya Tamrin menjadi MP tetapi setakat itu sahaja- tiada bakat untuk meningkat lagi. Menantu Ghaffar (Ahmad Hamzah) pernah menjadi ADUN/MP di Melaka.
  • Begitulah keadaannya, berpusing-pusing dalam kawasan pusat sahaja. Kalau kita semak senarai nama MP dan ADUN yang ada sekarang, antaranya adalah anak kepada bekas MP atau ADUN juga.

Jawapan No 1
Kenapa UMNO semakin dipinggirkan?
generasi muda - pengaruh internet- cara pembangkakng berkempen- pendedahan yang berterusan
AKAN DIPANJANG LEBARKAN....



.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...