TAMAN AMPANGAN
SEREMBAN
.
.
PENGHUJUNG SATU PENCARIAN
Kegagalanku membuat keputusan untuk menetap di Bukit Sentosa, Hulu Selangor menyebabkan rumahku di Bukit Sentosa yang dibeli pada tahun 1997 terbiar. Telah aku ceritakan di dalam TAJUK 284. Lantaran itu aku meneruskan pencarian untuk sebuah rumah untuk 'final settlement' setelah aku bersara kelak.
Aku perlu cari sebab tarikh persaraanku semakin hampir. 2017. Maknanya (sekarang 2013) ada lagi 4 tahun sahaja untuk aku menyediakan sebuah rumah untuk keluargaku apabila bersara kelak.
.
PENEMUAN PERTAMA:
BANDAR AKADEMIA, SEMENYIH
Dalam bulan Ogos (bulan puasa) tahun 2010 aku ada berjalan-jalan mencari baju raya untuk anak-anak aku di Kompleks WARTA, Bangi. Aku tertarik dengan satu meja promosi jualan rumah. Perumahan baru dekat dengan Semenyih bernama Bandar Akademia. Pemajunya ialah the Lion Group. Pilih punya pilih, aku pun TERminat untuk book satu lot banglo. Mula-mula ambik corner lot (6000 sq/feet), tanah dan rumah (4 bilik) kosnya RM259,000. Ok juga tu. So bayar RM200. Tapi masa pergi tenguk site, dimaklumkan lot tepi tu telah ditempah orang lain, so aku ambik second lot (4000 sq/feet) harga RM222,000.
BANDAR AKADEMIA, SEMENYIH
Dalam bulan Ogos (bulan puasa) tahun 2010 aku ada berjalan-jalan mencari baju raya untuk anak-anak aku di Kompleks WARTA, Bangi. Aku tertarik dengan satu meja promosi jualan rumah. Perumahan baru dekat dengan Semenyih bernama Bandar Akademia. Pemajunya ialah the Lion Group. Pilih punya pilih, aku pun TERminat untuk book satu lot banglo. Mula-mula ambik corner lot (6000 sq/feet), tanah dan rumah (4 bilik) kosnya RM259,000. Ok juga tu. So bayar RM200. Tapi masa pergi tenguk site, dimaklumkan lot tepi tu telah ditempah orang lain, so aku ambik second lot (4000 sq/feet) harga RM222,000.
LUKISAN ARKITEK
The next day (22nd August) I went to the project site. It is about 13km from Semenyih town, via Semenyih to Broga road (passed by University of Nottingham Malaysian campus). Toward approaching Broga small township, we passed by (on our left side) one memorable hill- called Bukit Broga. See my note below. Reaching the Selangor-Negeri Sembilan boarder at the junction of Ulu Broga small town (Police Station), turn right and drive straight, passing by Ulu Beranang small town (in sub-district of Lenggeng and about 10-15 minute (from Ulu Broga) we met the entrance of Bandar Akademia. Now entered back into the state of Selangor. The Bandar Akademia is located in Selangor but to go there you have to go 'round the bush' through long driving in Negeri Sembilan. Acoording to the developer, the contsruction of access road from LEKAS highway to this town is already in the plan.
Nama Bukit Broga memang alergic kepada sebahagian besar pegawai ATM sekarang, khususnya yang menjalani latihan kedet di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson. Nama Bukit Broga ada nostalgik tersendiri. So, bila lalu kat pekan Broga, nampak background Bukit Broga, maka kenangan nostalgik semasa menjalani latihan kedet di SPK tahun 1980 dulu (Exercise WIRA JAYA- conventional warfare) kembali mengimbau. Terkenang bagaimana seksa dan sukarnya memanjat bukit bukit Broga dengan 'full scale marching order (FSMO) ditambah dengan bebanan seperti GPMG, cangkul, shovel, gelungan kawat (buld]b wire) duri dan lain-lain. Terkenang juga macamana Kapt Rahmat balun kat combat helmet aku (nasib baik pakai helmet besi) dengan kayu sebesar lengan. Aduhhhh
Kat atas bukit tu, kami terpaksa menggali trenches untuk perlindungan musuh, mengisi tanah dalam karung guni untuk buat kubu. Bekalan air terhad, kalau bekalan air habis, kena hantar 'water party' cari air di bawah bukit sana. Hampir seminggu kami berkubu di puncak Broga tu. Kalau you all tengok (gambar) keadaan puncak bukit yang tiada pokok langsung, hanya lalang semata, bayangkan keadaan di waktu tengahari?
The torturing part was not the height of the hill, it's not so high. You can see the pic above...even the primary school boy will be able to climb to the top. BUT, going up and carrying the rolls of 'bulk-wire, iron pickets and other heavy-role equipment' (plus your weapons - including Carl Gustav) was really killing you. Further more, as you can see the picture, no trees on the hilltop- only 'lalang'. It was so hot! panasssss....
And, another killing parts of the scene was - kalau kena punish, kena forward roll atas lalang..aduh makkk...tajammmmmm. Ada instructor yang lagi ganaz, suruh buka baju sebelum forward roll. OMG.
Itulah kenangan di Bukit Broga.
And, another killing parts of the scene was - kalau kena punish, kena forward roll atas lalang..aduh makkk...tajammmmmm. Ada instructor yang lagi ganaz, suruh buka baju sebelum forward roll. OMG.
Itulah kenangan di Bukit Broga.
The show house was the old design ( different from the plan showed at Bangi). Getting satisfied with the situation and conditions (4 bedrooms, one study rooms and 2 bathrooms), I signed the booking form. Lot 4460 (land area, 4000 sq feet (50' x 80') and house floor plan, 1780.41 sq ft. Then we drove back to Warta Complex, Bangi to pay the booking fees (RM2000). Aku dijanjikan dengan maklum balas dalam bulan Disember setelah aku pulang dari Mekah.
Inilah rumah contoh yang aku buat tempahan di Bandar Akademia.
Rumah contoh (jenis yang aku buat tempahan) pandangan hadapan
pandangan sisi
Namun pencarianku tergendala lagi. Pada 21hb Mei 2011 aku ke Bangi untuk menyemak status tempahanku. Pihak pemaju masih gagal mendapatkan panel bank untuk menguruskan pinjaman. Katanya pemaju hanya menerima pembeli melalui Pinjaman Kerajaan sahaja. Malang sekali aku telah gunakan kemudahan itu untuk membeli rumah di Bukit Sentosa. Dua hari lepas itu, pihak memaju (Mr Gan) menelefon aku dan memberitahu bahawa tempahanku dibatalkan dan deposit sebanyak RM2000 akan dipulangkan. Melepas aku kali ini.
Jadi pada 29hb Mei 2012, dengan sedih hati aku ke Warta Bangi untuk mengambil cek itu. Aku GAGAL.
Pada tahun 2012 aku dimaklumkan oleh salah seorang rakan bahawa projek Bandar Akademia ini juga telah terbengkalai.
Pada tahun 2012 aku dimaklumkan oleh salah seorang rakan bahawa projek Bandar Akademia ini juga telah terbengkalai.
RUMAH,RUMAH, RUMAH!
PENEMUAN KEDUA:
TAMAN WIDURI, BACANG, MELAKA
TAMAN WIDURI, BACANG, MELAKA
Sejak awal Jun 2011, aku mula melayari iklan penjualan rumah di sekitar Selangor dan NS. Masa untuk ku semakin singkat, aku ada 3 tahun lebih sahaja untuk menyediakan sebuah rumah sebelum aku bersara.
Aku mengumpulkan maklumat dari mudah.com dan iproperty.com. Kalau nak cari rumah di kawasan WPKL atau Putrajaya, Bangi atau Kajang memang di luar kemampuan aku. Kalau mampu pun rumah teres 3 bilik yang tidak sesuai dengan keluarga aku yang agak besar. Aku menyenaraikan beberapa buah rumah kategori 'Semi-D' atau bungalow buruk yang terletak di lokasi yang berpotensi seperti Seremban 2, Senawang, Sendayan dan berhargaantara RM200k - 300k.
Tapi akhirnya, pencarianku sudah merentasi sempadan selatan NS dan masuk ke Melaka. Dan aku terjumpa dengan iklan ini.
Batu Berendam
Bachang Melaka, Bachang, Melaka
RM250,000
Bachang Melaka, Bachang, Melaka
RM250,000
QuikPro No:
|
UP853211
|
Property Type:
|
Bungalow House
|
Tenure:
|
Freehold
|
Title Type:
|
Individual
|
Built-Up:
|
4500 Square Feet
|
Asking Price
|
RM250,000.00
|
Bedrooms:
|
4
|
Bathrooms:
|
3
|
Situated:
|
Corner
|
Furnishing:
|
Partly Furnished
|
Posted Date:
|
6/6/2011
|
Agent details:
Name:
|
Carina Liew
|
Handphone:
|
012-219 6218
|
03-9284 5899
|
Inilah rupabentuk rumah yang menarik perhatian aku.
Aku
menghubungi Ms Carina pada 15 Jun 2011 (setelah menghubungi melalui emel pada 7
Jun). Maka satu pertemuan di atur pada 18 Jun 2011 di Ampang Park.
Pada jam 181000H Jun 2011 aku dan isteri menemui Carina di Old Town
Ampang Park. Kebetulan, tuan rumah tersebut, En Mansor Kassim turut
berada di situ. A nice and amiable person. Perbincangan (RAHSIA) berjalan
lancar.
Lawatan
ke rumah (di Melaka) diaturkan pada 25 Jun 2011. Maka pada 25hb aku
sekeluarga pun ke Melaka untuk melihat lokasi rumah yang bakal aku beli itu
secara fizikal. Sebelum itu, pada 19hb aku telah membuat tempahan bilik
di Harbour Inn, Melaka Raya - sambil melawat rumah aku ingin mengambil peluang
membawa keluarga berjalan-jalan melawat Bandaraya Melaka Bersejarah itu.
Lebih kurang jam 1129 aku pun sampai di Taman Widuri, Bacang,
Melaka. Kawasan ok, dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya- dekat
dengan kawasan bandar dan pusat beli belah.
Rumah
itu sekarang disewa oleh keluarga seorang pesara. Kawasan agak aman dan
masih bersuasana hijau - dahulunya adalah sawah padi - bersempadan dengan
sebuah kampung. Namun agak mengecewakan kerana keadaan rumah tersebut tidak
dijaga dengan baik. Aku tidak dapat menulis keadaan rumah itu kerana ia
boleh menjejaskan nama baik individu berkenaan, kerana mungkin brasa aib.
Namun penyewa itu sendiri terlalu banyak bercerita berkaitan kelemahan di
kawasan perumahan itu seperti kes rompakan/kecurian, banyak semut
hitam, kes banyak lalat kerana berhampiran dengan kebun sayur dan ladang
kambing dan lain-lain seolah-olah seperti kata 'jangan beli rumah ini'.
Sekiranya
jadi beli, perlu dikosongkan, cat semula dan diperbaiki kerosakan
asas. Akan aku fikirkan lagi.
RUMAH,RUMAH, RUMAH!
SATU PENEMUAN:
SATU PENEMUAN:
TAMAN AMPANGAN, SEREMBAN
Aku meneruskan usaha mencari rumah lagi - dan pada 27hb Jun 2011 aku tertarik dengan satu lagi iklan penjualan rumah dalam www. mudah.com, kali ini sebuah Semi-D di Taman Ampangan, Seremban. Berharga RM230k dengan keluasan 4000kp. Rumah ini milik En Mohd Sobri bin Salamon.
Price : RM 230 000 | Type: Houses, For sale | Area: Seremban |
Title type: Freehold | Tenure: - | Other info: Bumi Lot |
Size: 4000 sq.ft. | Bedrooms: 4 | Bathroom: 2 |
Property Type: Semi detached |
Semi-D setingkat Berdekatan LEKAS - 5 minit ke Giant Senawang, sekolah, Masjid, Klinik, Stadium Paroi, 10 minit ke pusat bandar. Plaster ceiling, Grill dan Penghawa dingin di bilik tidur utama dan ruang tamu |
.
Pada
28 Jun aku menelefon tuan punya rumah itu, itu En Mohd Sobri bin Salamon dan
seterusnya membuat 'site visit' pada 3 Julai 2011. Jalan untuk pergi ke
Taman Ampangan. Kalau lihat peta di atas, jaluran merah ialah Lebuhraya
Kajang Seremban (LEKAS). Di penghujung lebuhraya tersebut ialah exit
Paroi ada lampu isyarat, belok ke kanan, jumpa lagi satu lampu isyarat (simpang
3), masuk kanan, sampailah ke Taman Bukit Ampangan - jalan terus arah naik
bukit akan jumpa Taman Ampangan yang bersebelahan dengan Taman Margosa.
Boleh juga, dari LEKAS keluar (exit) Ampangan, akan jumpa Taman Margosa,
masuk kiri- di hujung Taman Margosa, akan jumpa Taman Ampangan.
Membuat booking payment sebanyak RM3k pada 10 Julai 2011. Pertama kali aku jumpa dengan Mohd Sobri, di sebuah kedai mamak di Desa Petaling.
Pijaman dengan Affin Islamic bank telah
diluluskan sebanyak RM190,000 dan aku telah menandatangani LOA pada 12 Ogos
2011 di pejabat Cawangan Affin, MINDEF. Pada 9 Sep 2011 aku
menandatangani S&P di pejabat peguam Arizal Jailani & Co. dan pada 14
Sep 2011 aku jelaskan bayaran sebanyak RM20k sebagai 10% dari jumla harga
rumah.
Selepas hari raya Syawal 1433 aku telah memesan beberapa peralatan perabut (keperluan asas) secara berperingkat-peringkat untuk mengisi rumah aku. Tak boleh isi banyak-banyak nanti susah nak buat renovasi.
Selepas ini projek aku ialah untuk membuat renovasi bahagian dapur dan bilik serta bilik air sebelah belakang rumah. Bila? Hanya WANG dan MASA akan menentukannya. Semoga Allah memanjangkan usiaku untuk menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk sesiapa sahaja waris yang aku tinggalkan.
IMPIAN KU
Sejarah diriku, dulu aku pernah bercita-cita menjadi seorang arkitek. Cita-citaku hampir tercapai apabila aku berjaya ke UTM mengikuti kursus Senibina. Namun kusangka panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan di tengahari. Aku gagal menamatkan pengajian dan mengubah kerjaya ke alam ketenteraan.
Walaupun sudah lebih 30 tahun meninggalkan dunia senibina, sisa-sisa minatku kepada rekabentuk masih ada.
Jadi, aku cuba merekabentuk semula rumah yang aku baru beli ini mengikut impian aku. Buat tak tentu lagi, kerana tertakluk kepada keupayaan kewangan nanti. Cuba tengok, okay tak?
1 JAN 2013- PANGGIL KONTRAKTOR UNTUK BUAT RENOVASI
.
PROSES RENOVASI FASA 1 & 2
FASA 3 - MAIN GATE
RENOVASI FASA 4
RENOVASI FASA 5 - CAR PORCH dan PAGAR (2014)
Bayangan bahawa kemungkinan tempoh hayatku akan kuhabiskan di Nogoghi Sombilan adalah amat tinggi.
Salam Tuan,
ReplyDeleteKat Rembau atau lebih tepat, kat Kampung Astana Raja, ada Replika Istana Raja Melewar dan Makam Raja Melawar. Harap Tuan dapat masukkan sebagai sebahagian daripada tempat-tempat menarik di Daerah Rembau...
Waalaikum salam, Terima kasih Zacky, saya sudah masukkan bersama gambar sekali.
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteTerima kasih kerana info menjadi semakin mantap dengan adanya yang gambar-gambar menarik. Ada kelapangan jemputlah datang ke Astana Raja.....