IBADAH SOLAT
SEJARAH PERMULAAN SOLAT?
Bila ditanya soalan bila solah (sembahyang) lima waktu mula diwajibkan? Hampir semua orang islam tahu atau pernah dengar (sebab ada juga yang tak tahu atau tak ambil tahu) tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Apabila Rasulullah (saw) naik ke langit (Arasy) berjumpa Allah (swt), baginda menerima perintah mewajibkan solah 50 waktu sehari. Tetapi setelah berlaku rayuan dan 'negotiation' dari Nabi Musa (as), akhirnya tinggal 5 waktu sahaja. Diceritakan bahawa Rasulullah (saw) malu untuk menemui Allah lagi untuk meminta pengurangan lagi (atas desakan Nabi Musa (as) juga.
Tinggal 5 waktu sehari. Walaupun semua TIADA umat Islam yang berani keta 'SOLAT 5 WAKTU' itu tidak wajib, TAPI begitu ramai orang Islam yang mengabaikannya. Sama ada sengaja tidak mahu solat (engkar), malas (juga engkar), mengambil enteng (juga engkar), melengah-lengahkan waktu solat atau melakukan sambil lewa (tidak sempurna).
Antara kita sanggup bermesyuarat berjam-jam dari pagi sampai melepasi Maghrib tapi untuk berhenti rehat untuk bersolat sukar untuk melakukan. Peserta mesyuarat terpaksa curi-curi masa ke tandas dan mengambil peluang untuk bersolat. Yang lebih teruk lagi, sebab bersukan atau menonton sukan pun tinggalkan solat. Berniaga pasar malam tinggalkan solat, yang membeli belah di pasar malam pun, waktu Maghrib langgar macam tak ada apa. Langsung tak berasa bersalah. Nak cerita apa azab yang menanti orang yang meninggalkan solat?. TERLALU banyak. Banyak blog yang menulis berkaitan hal ini. Carilah.
Berbalik kepada tajuk blog entry aku kali ini, SIAPA YANG MULA SOLAH?. Aku terbaca dalam satu blog/sesawang milik insan bernama Ustazah Azimah (http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/). Banyak sekali ilmu diperolehi dari blog itu. Macam-macam ada, pendek dan mudah difahami. Ini adalah kempen saya untuk membantu bloggers ilmu yang lain atas semua orang dapat mengongsi ilmu. Antara kandungan yang aku jumpa ialah 'sirah' berkaitan manusia pertama yang melakukan solat pada waktu-waktu yang lima itu. Mari kita baca satu persatu.
Solat Fardhu Subuh
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari. Manusia yang pertama mengerjakannya solat di waktu Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan dari syurga lalu diturunkan ke bumi oleh Allah swt. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan waktu Subuh. Baginda yang sememangnya keseorangan (manusia yang pertama dicipta) berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, lalu Nabi Adam a.s pun melakukan solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.
Solat Fardhu Zuhur
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.
Solat Fardhu Asar
Waktunya dimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.
Solat Fardhu Maghrib
Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.
Solat Fardhu Isyak
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar. Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rujukan: www.ustazahazimah.amirhakimi.com
Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah. BAGAIMANAPUN kaedah, kaifiyat, tatacara, perbuatan dan bacaan dalam solat yang ada hari ini adalah mengikut syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Tiada ayat Qur'an yang menceritakan tentang bagaimana bersolat, bagaimana rukuk, sujud, iktidal dan apa yang wajib dan apa yang sunat dalam solat, apa yang haram apa yang makruh. Apa yang membatalkan solat dan sebagainya. Semuanya hanya diperolehi dari Rasulullah saw, melalui hadisnya yang bermaksud:
"SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU SOLAT"
-Hadir riwayat Bukhari, Muslam dan Ahmad
Jadi, untuk golongan yang 'Anti-Hadis' yang hanya 100% berpegang kepada nas AlQur'an, mereka mungkin tak perlu bersolat sebagaimana solat yang dilakukan oleh semua umat islam dari serata dunia- yang melakukan cara solat yang sama (kecuali perkara khilafiyah). Baik di Masjidil Haram; baik di Masjid Nabawi; Universiti Al Azhar; di Nazamuddin, India; di Beijing, China, atau Amerika Syarikat (kecuali yang berimamkan Aminah Wadud) di mana-mana masjid (bukan masjid ajaran sesat) di seluruh dunia, di bawah pokok, di jalanan/padang atau di mana-mana sahaja.
Kalau kita tidak PANDAI, janganlah MEMANDAI-MANDAI. Ikut sahajalah orang-orang yang bijak pandai.
SOLAT- DI MANA-MANA SAHAJA
Semasa hayat ayah mertua ku masih ada, kami pernah bersembang mengenai ugama (kerana almarhum juga adalah guru takmir di Masjid Kluang- sebelum beliau menjadi ADUN, beliau adalah seorang guru agama). Almarhum ayah mertuaku kata, KIBLAT solat ini ada tiga. Bagi orang yang duduk Mekah; kiblatnya KAABAH. Bagi orang luar Mekah, kiblatnya adalah arah ke Mekah (kerana kaabah ada di sana). Manakala solat bagi orang yang tak tau mana arah (contoh: sesat), kiblatnya adalah kemana-mana sahaja. Kerana Allah ada di mana-mana.
SEKSAAN KE ATAS ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
SEKSAAN KE ATAS ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat akan
diseksa dengan 15 seksaan. Enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga
daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi daripadanya ketika di dalam
kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat. - Jumlah 15 seksaan.
6 Seksaan Diterima Di Dunia
- Usianya tiada keberkatan.
- Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajahnya.
- Tiada pahala setiap amalan dilakukan.
- Doanya tidak dimakbulkan.
- Semua makhluk di dunia membencinya.
- Tidak menerima bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.
3 Seksaan Ketika Nyawa Di Penghujung
- Matinya dalam kehinaan.
- Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar.
- Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.
3 Seksaan Ketika Berada Di Dalam Kubur
- Kuburnya disempitkan.
- Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
- Ular yang dinamakan Syajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 Seksaan Di Hari Kiamat
- Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
- Mendapat kemurkaan Allah s.w.t. yang amat hina.
- Allah s.w.t. akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
Firman Allah, surah al-Muddaththir ayat 40-43
maksudnya ;
"(Mereka ditempatkan) di dalam syurga
(yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang
bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata),
'Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar ?' Orang - orang
yang bersalah itu menjawab, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang
yang mengerjakan solat.'"
.
No comments:
Post a Comment