Tahun 2015 aku menerima 3 cucu sekali..... dan tahun 2016, sekali lagi Allah mengurniakan aku dengan dua orang cucu lagi. Kali ini lebih menarik sebab kelahirannya dalam jarak 2 hari sahaja.
- Muhammad Hadeef Asfa bin Muhammad Noor Hafiz (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin) dilahirkan pada 11 September 2016 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1437H iaitu sehari sebelum Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji)
- Putri Maisya binti Muhammad Asyafiq (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin) dilahirkan pada 13 Sep 2016 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1437H iaitu sehari selepas Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji).
Berikut adalah 6 cucu-cucuku yang terdahulu:
- Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Isnin, 26 Zulqaedah 1432 bersamaan 24 Oktober 2011. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
- Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Rabu, 4 Syawal 1433 bersamaan dengan 22 Ogos 2012. Wafa meninggal dunia pada hari 9 Jun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya di Wangsa Maju. (ibunya: Musfirah binti Kader)
- Auny Humayra binti Muhammad Nor Hafiz dilahirkan pada hari Sabtu 11 Muharram 1434 bersamaan dengan 24 November 2012. (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin)
- Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Jumaat 23 Zulqaedah 1434 bersamaan 27 September 2013. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
- Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Ahad, 28 Rabiul Awal 1436 bersamaan 18 Januari 2015. (ibunya: Musfirah binti Kader)
- Nur Aralyn Raisya binti Mohd Farihan telah dilahirkan pada 1 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 18 Jun 2015. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
- Putra Afi bin Muhammad Asyafiq telah dilahirkan pada 26 Ogos 2015 bersamaan dengan 11 Zulqaedah 1436H. (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin)
Semoga Allah memeliharamu dan melindungimu wahai zuriatku daripada godaan syaitan yang membawa kehancuran.
Jadilah insan yang taat kepada Allah, RasulNya dan kedua ibu bapamu. AaMiinn
No comments:
Post a Comment