Syukur alhamdulillah kerana Allah memaqbulkan hasratku
(setakat hari ini) untuk kembali ke tanah suci setiap 3 tahun selepas aku
menunaikan Fardhu Haji pada (28 Okt - 12 Dis) tahun 2010. Pada tahun 2013 (6
Jun - 21 Jun) aku dapat menunaikan ibadah Umrah dengan mengambil pakej
Andalusia melalui perjalanan dari Skypark Subang (SIA) - Singapore (THY)-
Istanbul (THY) - Madinah - Mekah - Jeddah (AA) - KLIA.
Kali ini aku menggunakan pakej syarikat Tiram Travel SB
yang beribu pejabat di Johor Bahru. Kebetulan Mutawwif rombongan ini adalah
abangku sendiri, Haji Khamim.
Aku pergi bersama isteriku Adibah, anakku Muhammad Hafeez
Firdaus, menantuku Musfirah dan cucuku Sayf. Kami bertolak dari rumah lebih
kurang jam 0900H dan tiba di KLIA lebih kurang jam 1045H. Pada 10 Dis 2016 kami
telah bertolak dari KLIA2 jam 1430 dan tiba di Madinah jam 7 malam. Kami pulang
ke tanah air pada 21 Dis 2016 dari Jeddah jam 1230 thari tiba di KLIA2 jam
0300.
Mulai 1 November tahun 2016, Kerajaan Arab Saudi telah
mengenakan bayaran tambahan Visa sebanyak SR2,000.00 (RM2250.00) bagi rakyat
asing setiap 3 tahun bagi jemaah yang mengerjakan umrah untuk kali kedua dan
seterusnya. Kebetulan tempoh 3 tahunku berakhir pada 31 Okt 2016. Maka aku
terlepas dari syarat tersebut kerana kali terakhir aku meninggalkan Arab Saudi
ialah pada 21 Jun 2013.
JUMAAT, 21 OKTOBER 2016 @ 12:23 PM
RM2,250 untuk visa umrah kali kedua
Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Mulai bulan depan, jemaah yang mahu tunaikan
umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah akan dikenakan visa RM2,250.
Beberapa agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah ketika dihubungi
mengesahkan maklum mengenai dasar baharu itu. Mengikut mereka, dasar baharu itu
menetapkan jemaah yang pernah menunaikan umrah pada tahun Hijrah (H) 1435H,
1436H dan 1437H yang mahu menunaikan umrah kali kedua mulai bulan depan akan
dikenakan bayaran Visa Umrah sebanyak RM2,250.
Naib Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan
Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Ayob Mat Aris, berkata beliau tahu
mengenai dasar baharu itu selepas dimaklumkan syarikat pelancongan di Arab
Saudi. "Mengikut syarikat berkenaan, bayaran Visa Umrah bagi kali kedua
dalam tempoh tiga tahun Hijrah sebanyak RM2,250, mulai bulan depan,"
katanya yang juga Ketua Biro Umrah dan Haji BUMITRA.
Jurucakap Tabung Haji Travel pula berkata, pihaknya diminta
memaklumkan kepada jemaah umrah berhubung kadar baharu visa berkenaan.
"Dalam satu notis, selain kadar visa, turut disertakan ialah prosedur
semakan jemaah yang ada kekerapan menunaikan umrah dalam sistem Bab Al
Umrah," katanya.
Pada 2 Oktober lalu, media melaporkan kerajaan Arab Saudi
mula melaksanakan caj baharu visa yang diputuskan bulan lalu oleh Kabinet
bertujuan meningkatkan pendapatan bukan berasaskan minyak. Menerusi skim baharu
itu, caj visa bagi kemasukan tunggal ke negara itu adalah 2,000 riyal
(RM2,250). Bagaimanapun, pengunjung yang kali pertama memasuki Arab Saudi untuk
menunaikan haji atau umrah dikecualikan daripada caj berkenaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204382
Lawatan ke sekitar Masjid Nabawi (kebetulan tarikh itu
adalah 12 Rabiul Awal, tarikh MaulidurRasul saw) dan Maqam Baqi'
Syukur, kuasa Allah mempertemukan kami dengan bekas guru
yang mengajar aku dari Tingkatan 1 hingga 3 di STMI, Cikgu Hjh Habibah bt
Khasan (Ikhsan) dan suaminya Cikgu Hj Bahar bin Kamar yang juga kebetulan
menginap di hotel yang sama di Madinah. Pada hari kedua kami di Madinah, Cikgu
Bahar dan Cikgu Bibah bertolak ke Makkah
menjadi tetamu Ustaz Nasiruddin Aziz (dua dari kanan),
kawan baik anakku (Heikal) yang sedang mengaji di Universiti Madinah.
Lawatan ke Masjid Quba'
Lawatan ke Jabal Uhud
bertemu skot Hj Fadzil Ahmad (bekas Kapt TUDM) di Madinah
Taklimat oleh Mutawwif di malam terakhir sebelum bertolak
ke Makkah
bertolak dari Madinah, semua keletihan
Hotel Al Massah, kedaman kami semasa di kota Makkah
Baitullah yang menanti kedatangan kami
suasana di luar Masjidil Haram
Banyak kerja-kerja renovation Masjidil Haram yang
tertangguh
datang awal cari port untuk solat Jumaat (di depan Kaabah)
Bukit Sofwah dari Tingkat 2
lawatan ke Jabal Rahmah
Keistimewaan pakej umrah kali ini adalah kami di bawa
melawat Taif iaitu salah satu tempat yang mempunyai sejarah tersendiri dalam
perjalanan awal dakwah baginda Rasulullah saw. Di Taif baginda Rasulullah
menerima tentangan hebat dari penduduk Taif yang menolak dakwah baginda.
TAIF DALAM SIRAH RASULULLAH (saw)
Selepas kematian bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu
Talib, Rasulullah SAW merasa begitu sedih sekali. Abu Talib merupakan salah
seorang pembela Rasulullah SAW jika Rasulullah SAW menghadapi sebarang ancaman
daripada kaum kafir Quraisy pada waktu itu. Walaupun Abu Talib semasa hayatnya
tidak memeluk Islam kerana keegoan dirinya sendiri tetapi Allah SWT telah
menjanjikan beliau meringankan seksaan api Neraka ke atasnya dengan tidak akan
dibelenggu di dalam azab api Neraka kelak kerana beliau sering dan banyak
mempertahankan Rasulullah jika mendapat sebarang ancaman dan gangguan.
Kematian Abu Talib ini membuatkan kaum Quraisy berani dan
memperhebatkan tentangan terhadap Rasulullah SAW agar tidak meneruskan dakwah
agama Islam. Selain di Kota Mekah, Taif merupakan salah satu kota yang terbesar
di Hijaz. Rasulullah SAW berharap agar dapat berdakwah di sana iaitu kepada
kaum Bani Thafiq dan berhasrat menjadikan Taif sebagai pusat penyebaran
dakwahnya.Lalu Rasulullah SAW mula berdakwah di Taif dan bertemu dengan tiga
ketua puak Bani Thafiq secara berasingan.
Ketika menyampaikan ajaran Islam bukan sahaja ketua puak
ini tidak mahu menerima ajaran itu malah menghina dan memaki Rasulullah SAW
serta melayan dengan cara kasar.“Hoi benarkah Allah telah melantik kamu menjadi
pesuruh-Nya? Tidak bolehkah Allah memilih orang lain selain engkau? Kata Ketua
Puak Bani Thafiq yang ditemui oleh Rasulullah SAW itu. Namun Rasulullah SAW
berjumpa dengan ketuak puak yang lain pula namun jawapan yang sama
diterimanya.“Kami tidak suka engkau datang kemari untuk menyebarkan ajaran agamamu.
Lebih baik kamu tinggalkan tempat ini kecuali jika kamu
bersedia menerima ancaman dari kami.” Kata ketua puak kaum ini kepada
Rasulullah SAW.Malah ketua puak yang ketiga juga melakukan perkara yang sama
terhadap dakwah Rasulullah SAW.“Kalau engkau benar-benar seorang Nabi aku tidak
ingin bercakap dengan kamu kerana ini akan menyebabkan bencana kepada diriku.
Sebaliknya jika kamu seorang pendusta tidak ada guna aku bercakap-cakap dengan
engkau.” Kata ketua puak yang lain pula.Apabila Rasulullah SAW gagal berdakwah
kepada ketua-ketua puak itu maka rasulullah SAW mula berdakwah kepada rakyat
biasa.
Sepertimana ketua mereka begitu juga rakyatnya tetap degil
tidak mahu mengikuti ajaran baginda SAW malah mereka menghina, mengejek,
membaling batu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dikejar dan dibaling
dengan batu hinggakan baginda SAW luka-luka berdarah serta mukanya baginda SAW
berdarah. Rasulullah meninggalkan Taif dan berhenti berehat seraya berdoa,
“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku serta kekurangan
upayaku pada pandangan manusia.
Wahai Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan diriku? Kepada
musuh yang akan menerkam akuatau kepada keluarga yang simpati terhadapku. Tidak
keberatan bagiku asal aku dalam keredhaanMu. Aku berlindung dengan cahaya
mukaku yang mulia yang menyinari langit dan yang menerangi kegelapan di mana
teraturnya urusan dunia dan akhirat.
Jika Engkau menimpakan atasku kemarahanMu atau daripada
Engkau turunkan azab kepada Engkaulah aku adukan masalah sehingga Engkau redha.
Tidak ada daya dan upaya melainkan Engkau.”Lalu Allah SWT mengutuskan Jibrail
untuk menemui baginda SAW. Lalu jibrail memberi salam dan berkata, “Allah telah
mengetahui apa yang kamu alami dan Allah telah menyediakan gunung-ganang untuk
melakukan apa sahaja perintah daripada kamu.” Rasulullah SAW tidak berkata
apa-apa dan bersyukur kepada Allah kerana mendengar doanya.
Belum sempat Rasulullah SAW bersuara Jibrail berkata lagi,
“Wahai Rasulullah saya bersedia untuk menjalankan apa yang tuan perintahkan
jika tuan mahu saya lagakan gunung-ganang itu sehingga penduduk di sana mati
tertimbus saya akan laksanakan, tetapi jika tidak maka tuan cadangkan apakah
balasan yang selayaknya mereka terima.”Sebaik mendengar kata Jibrail itu maka
Rasulullah SAW mula merasa simpati terhadap kaum Bani Thafiq itu jika peristiwa
itu benar-benar terjadi.
Lalu Rasulullah bersuara, “Walaupun mereka tidak mahu
menerima Islam tetapi saya yakin pada suatu hari nanti anak cucu mereka akan
menyembah Allah. Janganlah hukum mereka.” Pinta Rasulullah walaupun hatinya
terluka di saat itu.
Tiba di Taif
SEDIKIT TENTANG BANDAR TAIF
Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur
di Arab Saudi dimana di sinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh segar.
Terdapat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat disini untuk diminum dan
beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Selain itu,
terlalu banyak kawasan2 sejarah yang terdapat disini.
Taif terletak kira-kira 80 kilometer di tenggara Mekah dan
berada pada sekitar 1, 800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya
di Lembah Asin dan al Hada. Pada musim panas lokasi ini menjadi tempat
bersantai dan percutian para kenamaan dan kerabat di raja Arab Saudi. Ia
menjadi destinasi percutian popular domestik dan antarabangsa.
Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk sama ada
hendak melalui bandar Taif dahulu atau pun masuk ikut Al Hada, sebuah pusat
peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada
disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya
untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan bukit batu dari atas.
Salah satu keunikan di dalam perjalanan ini adalah
monyet-monyet yang kelihatan di sisi jalanan sepanjang lereng-lereng bukit. Di
salah satu kawasan kelihatan monyet-monyet ini bebas berkeliaran dan akan
datang kepada kenderaan yang
berhenti, menanti makanan yang akan
dilemparkan ke arah mereka.
Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat
daripada bunga ros (pink rose). Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan
untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang
dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan
dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Taif
Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat
di kelambu Kaabah.
Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan
tanaman bunga ros terbesar di Taif. Di sini juga terletak ladang buah-buahan
seperti anggur, aprikot, delima, tin, tembikai, strawberi dan pelbagai lagi.
LAWATAN KE MASJID SAIYIDINA ABDULLAH IBN ABBAS
Abdullah bin Abbas ra, adalah salah satu sahabat Nabi SAW
yang amat di cintai oleh Rasulullah SAW.
Ia sengaja hijrah ke Taif dan ingin dimakamkan
di kota dingin ini karena menanganggap bahwa Mekah dan Madinah
sangat tinggi kedudukannya sehingga ia
belum layakdimakamkan di dua kota suci
itu.
Taif, sebagaimana kita ketahui dalam sejarahNabi Muhamamd
pernah dua kali disinggahi iuntuk
berdakwah. Pertama pada waktu beliau mengajak dan mencari suaka politik di Thaif karena orang
kafir Makkah memusuhinya. Tetapi,
penduduk Thaif menolak, bahkan mencaci dan melemparinya dengan batu, hingga kaki Nabi Muhammad SAW
berdarah-darah. Tetapi, kondisi itu
tidak membuat Nabi Muhammad SAW menyesal atau dendam kepada mereka. Malahan beliau mendoakan orang-orang yang
menyakitinya agar Allah SWT memberikan
hidayah. Karena memang penduduk Taif yang memusuhinya kondisinya masih jahiliyyah dan
babyakdipengaruhi warga Mekah.
Berikutnya, Nabi SAW dan Abu Bakar, Umar, Ali Ibn Abi
Thalib datang untuk membebaskan kota
Taif. Nabi Muhammad dengan beberapa sahabat lain mengajak Bani Tsaqif untuk memeluk islam
setelah perang Hunain. Di Taif terjadi
peperangan, 11 sahabat Rasulullah gugur syahid. Mereka dimakamkan di Taif (makam para syuhada), yang di dekat
tempat itu sekarang di bangun Masjid
Besar.
Masjid besar yang dibangun di Thaif dinamakan dengan Masjid
Abdullah Ibn Abbas yang dibangun pada
tahun 592 H. Masjid itu dinamakan Masjid Ibn
Abbas, karena tempatnya disamping Makam Ibn Abbas. Makam Ibn Abbas terletak di depan tempat salat wanita
sekarang. Ada juga seorang tokoh besar
yang bernama Imam Muhammad bin Al-Hanafiyah bin Ali Ibn Abi Thalib yang juga dimakamkan di situ. Dia anak Sayidina
Ali dari isteri selain Fathimah.
Abdullah bin Abbas adalah seorang sahabat Nabi dan juga
sepupunya sejajar dengan Saiyidina Ali
bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib. Ia adalah anak kepada Saiyidina Abbas bin
Abdul-Mutthalib, bapa saudara dari
Rasulullah Muhammad SAW. Ibnu Abbas lahir tahun 619 M dan wafat diTaif tahun 687M atau 68H dalam usia
68 tahun. Dalam riwayat lain Ibnu Abbas
dalam usia 75 tahun dan 78 tahun.
LAWATAN KE MASJID SIKU DAN MASJID SAIYIDINA ALI
Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku.
Dikatakan Baginda pernah singgah berehat serta berdoa dan bermunajat di masjid
ini. Masjid berstruktur batu ini bersaiz lebih kecil daripada kebanyakan surau
di Malaysia dan kini tidak digunakan lagi. Apabila Baginda tiba di sini, di
katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut untuk di gelincirkan atau di
golekkan ke arah Baginda, namun di katakan batu tersebut tersekat di situ .
Masjid Siku
lawatan ke Majid Siku atau Majid Qouk
Masjid Saiyidina Ali
lawatan ke Masjid Saiyidina Ali, Taif
LAWATAN KE EMPANGAN IKRIMAH
Banyak terdapatnya empangan bersejarah di Taif seperti
Empangan Ikrimah dan Empangan Sisad yg terletak dalam kawasan ‘Taif National Park”. Empangan ini telah dibina semasa zaman pemerintahan Umayyah bagi
simpanan bekalan air dan juga tujuan pertanian.
Pasar Buah-buahan
LAWATAN KE LADANG UNTA
Terdapat dua jenis ladang unta di negeri Makkah dan daerah
sekitarnya yang menjadi tumpuan jemaah Haji atau Umrah dari seluruh dunia. Satu
kategori adalah ladang milik penduduk tempatan yang terletak di kawasan padang
pasir. Ianya kurang terurus , kotor dan terdedah kepada jangkitan penyakit.
Manakala kategori kedua adalah ladang yang diurus oleh syarikat dengan cara
sistematik dari aspek pengurusan ladang, kebersihan, rawatan kesihatan haiwan
dan melayani rombongan pelawat.
Lawatan ke ladang unta kategori 1.
Lawatan ke ladang unta Kategori 2.
Destinasi akhir selepas lawatan ke Taif, makan tengahari di
rumah milik Global Ikhawan Sdn Bhd (GISB) di Makkah. Kumpulan GISB merupakan
kesinambungan ajaran sesat Al-Arqam dan Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. (Rufaqa)
yang telah difatwakan haram oleh Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia. Fatwa (Kerajaan Malaysia) telah mengharamkan
Al-Arqam telah dikeluarkan pada tahun 1994 manakala Rufaqa diharamkan pada
tahun 2006.
GISB sukses dalam meneroka pelaburan perniagaan di Arab
Saudi. Malah salah satu ladang unta dan pusat latihan menunggang kuda yang paling bersistematik di Taif Mekah
diuruskan oleh GISB.
Villa GISBH, Mekah
Muaz Ibn Afraa’ St, Behind Al Muhajeren Mosque, Khalidiyyah
2,
Mekah Al Mukarramah, Saudi Arabia
Tuan Haji Salleh B. Saliyan
Email : sallehsaliyan@gmail.com
lawatan ke Muzium Makkah
CHECK OUT DI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
KETIBAAN DI KLIA 2
SEMOGA ALLAH MENERIMA IBADAH UMRAH KAMI
No comments:
Post a Comment