KELAHIRAN CUCU KE ENAM

SYUKUR alhamdulillah, PADA tanggal 1 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 18 Jun 2015, anakandaku yang kedua Nur Fairiz Fazeera telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, seorang puteri di Hospital Ampang Puteri pada jam 0940H.


Ini adalah cucundaku yang ke 6.
Daripada 6 cucu ini, seorang telah berpindah menetap di syurga ketika berusia 9 bulan, akibat kemalangan jalan raya. Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013.
Berikut adalah 5 cucu-cucuku yang terdahulu:
- Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Isnin, 26 Zulqaedah 1432 bersamaan 24 Oktober 2011.
- Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Rabu, 4 Syawal 1433 bersamaan dengan 22 Ogos 2012.
- Auny Humayra binti Muhammad Nor Hafiz dilahirkan pada hari Sabtu 11 Muharram 1434 bersamaan dengan 24 November 2012. Meninggal dunia pada hari 9 Jun 2013.
- Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Jumaat 23 Zulqaedah 1434 bersamaan 27 September 2013.
- Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Ahad, 28 Rabiul Awal 1436 bersamaan 18 Januari 2015.
Setelah 17 hari dilahirkan, pada 5 Jul 15, Raisya dibawa pulang ke rumahnya.
Semoga Raisya akan membesar sebagai anak yang soleh dan sentiasa dipelihara Allah dari sebarang mala petaka.




Gambar semasa Hari Raya pertama pada 18 Jun 2015.





