SAMBUTAN JUBLI EMAS STMI
(1965 - 2015)
01 OGOS 2015
.
STMI MENGALU-ALUKAN TETAMU
Telah begitu lama STMI ditinggalkan. Tahun terakhir aku berlama di STMI ialah semasa menunggu SPM di awal 1977. Aku diamanahkan oleh Guru Besar masa itu, Cikgu Rashidi Abd Rahman, untuk menguruskan kantin sementara proses tawaran tender dilaksanakan. Tanpa pengalaman aku mematuhi arahan beliau. Sekadar memastikan ada kantin untuk para pelajar dan guru-gurunya. Dalam melaksanakan tugas itu, aku dibantu oleh dua rakan sekelasku, Faridah Nuralhadi dan Faridah Munafaat.
Setelah menerima keputusan SPM dan aku melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 dan seterusnya UTM aku jarang sekali menjenguk STMI. Sekali aku dating semula untuk memberi perkhidmatan kelas tambahan kepada calon SPM pada tahun 1978. Selepas itu aku tidak pernah kembali ke STMI kerana sibuk melayari kerjaya dan kehidupan keluargaku. Hanya lalu lalang sahaja di depan sekolah jika aku balik kampong dan kebetulan memandu ke arah Pt Botak.
Kali terakhir aku masuk ke kawasan sekolah selepas itu ialah pada tahun 2010. AKu minta izin kepada pengawal pintu untuk meninjau kawasan sekolah dan sempat mengambil foto dari pelbagai sudut kawasan sekolah.
Sehinggalah, lebih kurang 12 Julai 2015, apabila aku menerima panggilan dari Guru Kerjaya STMI, Tuan Hj Salleh Sidek untuk memberi ceramah kerjaya kepada pelajar STMI sempena sambutan Jubli Emas STMI pada 1 Ogos 2015.
Kebetulan tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu, maka aku memberikan persetujuan.
.
HARI TERBUKA STMI
01 OGOS 2015
Apabila tiba tarikh yang dijanjikan, aku pun bertolak balik ke kampong. Masa yang diberikan program ceramah tersebut ialah jam 1045H. Aku dan isteri bertolak dari KL jam 0600H, selepas menunaikan Fardhu Subuh. dan sampai kampong lebih kurang jam 0900.
Aku meninggalkan isteri di rumah ibu-bapaku dan bergerak ke sekolah pada jam 1000H.
Maka hari itu, 01 Ogos 1 aku kembali melangkahkan kaki ke STMI untuk melaksanakan moto sekolahku "HIDUP BERJASA".
Kebetulan pada hari itu pihak sekolah telah mengadakan HARI TERBUKA dengan pelbagai gerai jualan, sukan tarik tali dan persembahan oleh para pelajar seperti muzik, nasyid, tarian dan kehadiranku disambut oleh Cikgu Salleh (Guru Kerjaya), Tuan Hj Ismail Tamjis (YDP PIBG), Cikgu Hamimah Hashim (Bendahari PIBG) dan kemudianya diketemukan dengan Cikgu Alias Sabran (GPK HEM) dan Pengetua STMI, Tuan Hj Bahari bin Ibrahim.
Pihak sekolah memberikan sambutan meriah. Perjalananku ke dewan syarahan diiringi oleh paluan kompang oleh kumpulan kompang pelajar STMI.
Tuan Hj Ismail bin Hj Tamjis
(Pengerusi PIBG STMI)
Pihak sekolah memberikan sambutan meriah. Perjalananku ke dewan syarahan diiringi oleh paluan kompang oleh kumpulan kompang pelajar STMI.
menunggu giliran untuk ke rostrum
Bila tiba waktu, aku pun maju ke depan audians untuk menyampaikan Ceramah Kerjaya bertajuk "Kenapa Saya Pilih TUDM?" yang diperuntukan selama satu jam.
Ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 1045 telah tertunda ke jam 1230H. Ini disebabkan oleh hujan di waktu sebelah pagi yang menyebabkan semua program/agenda sebelum ini terpaksa ditunda dan yang lain mengikut.
Aku benar-benar rasa amat bersemangat untuk mencurahkan maklumat kepada anak-anak STMI yang sebaya malah lebih muda dari anak-anak ku sendiri. Sekolah yang hampir 40 tahun aku tinggalkan, hari ini aku berhadapan dengan ratusan pelajar yang tekun menunggu untuk mendengar ceramahku.
Alhamdulliah, tepat satu jam aku dapat menyelesaikan ceramah walaupun sebelum ini aku tidak membuat apa-apa rehearsal pun.
.
ceramah gaya bebas
aidians dari kalangan pelajar, guru dan ibubapa.
menerima cenderahati dari Pengetua
Sebelum berjalan keluar dari dewan, aku sempat bergambar beramai-ramai dengan para pelajar dan guru-guru mereka.
Syukur, aku dapat menyempurnakan tugas yang diamanahkan.
bergambar dengan guru dan pelajar STMI selepas memberikan ceramah
PERSEDIAAN UNTUK MALAM SEMARAK BUDI
KAD JEMPUTAN
KE MALAM SEMARAK BUDI
26 SEP 2015
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DAPAT BERTEMU DI MALAM GILANG GEMILANG
PADA 26 SEP 15
"HIDUP BERJASA"
Kemuncak kepada sambutan Jubli Emas STMI adalah pada 26 Sep 15, apabila diadakan Malam Semarak Budi. Berikut adalah beberapa gambar-gambar kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf D'Laman STMI yang giat dilaksanakan di hari-hari akahir sebelum menjelangnya Malam Semarak Budi.
KAD JEMPUTAN
KE MALAM SEMARAK BUDI
26 SEP 2015
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DAPAT BERTEMU DI MALAM GILANG GEMILANG
PADA 26 SEP 15
"HIDUP BERJASA"
X