Wednesday, August 26, 2015

PLM 110 KELAHIRAN CUCU KE 7





KELAHIRAN CUCU KE TUJUH



.
SYUKUR alhamdulillah,
Pada hari Isnin, 24 Ogos 2015, anakku yang keempat Atikah Nur Ezzaty telah melahirkan anak sulungnya. Atikah bernikah dengan Muhammad Asyafiq bin Harun pada 30 Ogos 2014.

Ini adalah cucundaku yang ke 7.

  
  


Daripada 6 cucu ini, seorang telah berpindah menetap di syurga ketika berusia 9 bulan, akibat kemalangan jalan raya. Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013.

Berikut adalah 6 cucu-cucuku yang terdahulu:
  1. Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Isnin, 26 Zulqaedah 1432 bersamaan 24 Oktober 2011.
  2. Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Rabu, 4 Syawal 1433 bersamaan dengan 22 Ogos 2012. Wafa meninggal dunia pada hari  9 Jun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya di Wangsa Maju.
  3. Auny Humayra binti Muhammad Nor Hafiz dilahirkan pada hari Sabtu 11 Muharram 1434 bersamaan dengan 24 November 2012
  4. Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Jumaat 23 Zulqaedah 1434 bersamaan 27 September 2013.
  5. Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Ahad, 28 Rabiul Awal 1436 bersamaan 18 Januari 2015.
  6. Nur Aralyn Raisya binti Mohd Farihan telah dilahirkan pada 1 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 18 Jun 2015.
Pada 26 Ogos 2015, maka bayi ini dinamakan Putera 'Afi bin Muhammad Asyafiq.

Semoga Allah memeliharamu dan melindungimu wahai zuriatku daripada godaan syaitan yang membawa kehancuran.

Jadilah insan yang taat kepada Allah, RasulNya dan kedua ibu bapamu. AaMiinn



















IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...