Thursday, October 1, 2015

PLM 112: MALAM SEMARAK BUDI 50 TAHUN STMI

.
MALAM SEMARAK BUDI
SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS
STMI, PT SAIDI
26 SEP 2015
.


HARI INI DALAM SEJARAH. 50 tahun bukan satu masa yang singkat, walaupun ia dirasakan begitu singkat. Kurasakan zaman persekolahanku di STMI baru berlalu beberapa tahun yang lalu, bukan 40 tahun.

Aku masuk ke Tingkatan 1 dalam tahun 1972, merupakan Batch yang ke 8 sejak STMI dibuka pada tahun 1965. Lima tahun lengkap aku menyempurnakan pengajian menengahku di STMI. Setelah tamat SPM pada tahun 1976 aku merantau ke seluruh negara membina kerjaya dan keluarga hinggalah ke tarikh ini, 26 September 2015, setelah 39 tahun, aku kembali untuk menemui sebahagian dari kawan-kawan yang kesemuanya telah berada di penghujung usia untuk menghabiskan sisa usia yang dianygerakan oleh Allah swt.

Tapi, itulah kenyataannya, Allah telah menentukan perjalanan hidup kita, dan masih hidup pada hari ini dan dapat sama-sama menyertai dan menjayakan Malam Semarak Budi bersempena dengan Sambutan Jubli Emas STMI.

Sebagai muqaddimah, aku ingin menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Hamimah binti Hashim, Guru STMI dan Bendahari PIBG STMI yang menjadi penggerak utama kepada kejayaan Malam Semarak Budi STMI.


Terima kasih juga kepada Pengetua STMI sekarang, Tuan Hj Bahri bin Ibrahim dan YDP PIBG, Tuan Hj Ismail bin Hj Tamjis yang mencetskan idea untuk merancang dan mengajurkan Malam Semarak Budi yang gilang gemilang ini.

Tuan Hj Bahri (juga cikgu Hamimah) hanya aku mula kenali di pertemuan pertama kami pada 1 Ogos 15, apabila aku dijemput untuk memberi ceramah kerjaya di STMI. Sejak itu terjalin semula persaudaraanku dengan STMI setelah 39 tahun terputus.

Sejak 1 Ogos hingga 26 Sep semua perbincangan dan perancangan dibuat melalui watsapp group JUBLI EMAS STMI yang dibuka oleh pihak PIBG. Sejak dari itu, keahliannya bertambah hari demi hari, dan semakinlah rapat tali silaturahmi antara bekas pelajar dari pelbagai batch sejak 1965.



PENULISAN HANYA BARU NAK MULA...... TAPI BELUM SEMPAT MENULIS....jom kita hayati gambar-gambar Malam Semarak Budi dulu....


GAMBAR-GAMBAR DI LOKASI (D' LAMAN  ISKANDAR)
.
 
pentas utama
 
susunan meja dalam D'Laman Iskandar
 
buku acara
 
.
Hidangan utama malam itu, hidangan kampong, simple tapi semua yang hadir tidak langsung mengambil agenda makan sebagai satu yang penting. Semua bz menemui bekas-bekas guru dan rakan sekelas dan snior yang dikenali. Tak pergi cari, orang pulak cari kita. Jadi makan pun sambil-sambil sahaja.


 
hadirin mula tiba di kawasan dewan 
 
ketibaan hadirin untuk mendaftarkan diri
 
ketibaan hadirin dan mula mengambil tempat
 
hadirin mula mengambil tempat
 
antara para hadirin



GAMBAR-GAMBAR MANTAN GURU-GURU  DAN KUMPULAN SENIORS

 
Tuan Hj Saadon bin Hj Samadi, pelajar Kumpulan Pertama (1965) yang mewakili Alumni STMI
(Tuan Hj Saadon yang berasal dari Kg Pt Kemang merupakan Ketua Pengawas pertama STMI pada tahun 1969)


Bila sebut pioneer batch STMI yang masuk tahun 1965 dan tamat (SPM) tahun 1969 aku mempunyai kenangan yang tersendiri.

Abang aku Md Jahrom (abang sulung) merupakan salah seorang dalam kumpulan ini. Aku mengenali ramai classmate abang aku kerana apabila pulang dari sekolah, rumah aku menjadi tempat mereka lepak dan mengulangkaji sehingga petang. Masa itu (1969) aku baru sahaja dalam Darjah 4 di Sek Keb Seri Rejo Sari.

Antara mereka yang aku masih ingat namanya ialah; Saadon Samadi, Ismail Sulaiman, Ramli Ismail, Mohamad Jurimi, Zamani Hj Mansor, Tumiran Hamid (allahyarham), Sadiman Bandi dan lain-lainnya. Tapi selepas mereka menamatkan sekolah (SPM), abang aku belajar di Tingkatan 6 di Muar, kesemua mereka telah putus hubungan dengan keluarga kami. Hinggalah beberapa minggu sebelum Malam Semarak Budi ini, tali persahabatan mula kembali bertaut.




 
Mantan-mantan Pengetua STMI


Semasa aku masuk ke Tingkatan 1 (1972), Pengetua (masa itu kita panggil Guru Besar) STMI ialah Tuan Siekh Mohamed bin Ali. Beliau bertukar keluar pada hujung tahun itu juga. Beliau digantikan oleh Encik Rashidi bin Abd Rahman. Cikgu Rashidi masih menjadi Guru Besar semasa aku menamatkan pelajaran di STMI pada tahun 1976.




 
kumpulan senior batch kedua dan ketiga
(x, x, Kasim Marjono, Marji  Saim (Ketua pengawas 1971) dan Tokijan Abd Halim)
 
Puan Yatinah, Pn Noor Aini (isteri Abd Rashid), Abd Rashid Isnin (arkitek) dan Md Aris Bernawi (Jurutera)
 
(x, Datuk Hj Bunawan Sagi, Cikgu Hj Amar Habib, x, Hamichan Zain)
 
Khalid Md Sham, Cikgu Kadir Maidin, Jalal Mahat (Ketua Pengawas 1978) dan Marji Saim (KP 1971)



Kakakku Siti Rahimah (tidak hadir di Malam Semarak Budi ini) masuk Tingkatan 1 tahun 1967 dan tamat tahun 1971). Satu batch dengan Tn Hj Marji Saim (Ketua Pengawas 1971). Mereka meninggalkan STMI setahun sebelum aku melapor diri ke STMI.

Tahun 1970, abangku Hj Khamim pula memasuki STMI. Khamim tamat SPM pada tahun 1974 dan beliau adalah Ketua Pengawas tahun 1974.

Antara rakan sebaya Hj Khamim yang aku kenal ialah Ahadiah Kandar (juga sepupuku), Ramlah Musri, Dato' Salamat Wahit (ke Tingkatan 4 SBP tahun 1973), Hamidah Sabran, Hamidah Md Yatim, Siti Aishah Murad, Raif Muslim (ke Tktn 4 aliran Sains 1973), Jamsari Tamsir, Shamsiah Taib (ke Tktn 4 SBP), Norainah Dollah, Zainal Arifin Suhaimi, Zainal Abidin Sukeni dan Md Shah Kasnan dan lain-lain lagi.



 
 
Raif Muslim, Cikgu Johuson Gomez dan Dato' Salamat Wahit
 
 
Suandi Hassan dan Cikgu Habibah Ikhsan
 
Aishah Murad dan Cikgu Amar
 
Sadun Suraji dan Cikgu Amar

Cikgu Amar bin Hj Habib merupakan salah seorang guru yang paling popular sepanjang tempoh beliau mengajar di STMI. Beliau bertukar keluar dalam tahun 1973. Pernah mengajar Geografi (dulu Ilmu Alam) semasa aku di Tingkatan 1P1.

Cikgu Amar popular kerana perwatakannya yang tegas (dulu kita kata 'garang') dalam memelihara disiplin dan pelajaran anak-anak didikannya. Beliau turut terkenal di kalangan ibu bapa murid. Sebut sahaja Cikgu Amar, semua orang kenal.


 
Datuk Salamat Wahit dan Cikgu Johuson Gomez


GAMBAR-GAMBAR 'MY EX CLASSMATES' 1972-1976

Batch 1972-1976 merupakan kumpulan kedua terbesar selepas Batch 1984-1989. Kami menempah 6 buah meja. Dengan kehadiran seramai 33 bekas pelajar. Mereka terdiri dari pelajar yang mendaftar ke Tingkatan 1 di STMI pada bulan Januari 1972. Sebahagian dari mereka meninggalkan STMI selepas menerima keputusan SRP pada tahun 1974 kerana melanjutkan pelajaran dalam Aliran Sains di SDBL atau melanjutkan pengajian ke Tingkatan 4 sekolah Vokasional atau Sekolah menengah Teknik. 

Lima pelajar terbaik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SRP telah terpilih untuk melanjutkan pengajian aliran Sains di Sekolah Berasrama Penuh seperti Zalila Junid (SMP Jalan Kolam Air), Jainuddin Mohayat dan Kamisan Sujak (ke SM Alam Shah) dan Abd Rahman Mokhtar (ke SM Sains Johor).

Bakinya meneruskan pengajian dalam Aliran Sastera di STMI (termasuk diriku) dan menamatkan penjagian setelah tamat peperiksaan SPM pada tahun 1972. Dari jumlah 4 kelas semasa Tingkatan 1, hanya tinggal 2 kelas yang meneruskan pengajian di STMI.

Terdapat juga pelajar yang gagal dalam SRP dan terus menamatkan pelajaran setakat itu sahaja. Dari kalangan pelajar yang gagal SRP ada yang berpeluang untuk duduk semula dalam Tingkatan 3 bersama 'junior batch' untuk mengambil SRP buat kali kedua.


 
Buhari, Boimin dan Rayain 
 
Salamun, Yasman, aku dan S. Fatimah Baai
 
Rayain, Buhari, Zalila Junid dan suami Zalila.
 
Rosmah Dikon, Ngatijah Miskam, Fauziah naim dan Ayub Misman
 
 
Fatimah jamil, Cikgu Rubiah, suami Salamah, Salamah Kosnin, Rosesidah Roslan dan Montiah Taib 
 
Salamah, Rosesidah, Montiah dan Alwi Anang 

Norman, S.Fatimah, Adam (berkopiah), Mazlan Tarip, Jamian dan Ismail
 
Abd Halim Sulaiman, Hamzah Misdi dan Ishak Bon 
  
  
  
  
  
  

duduk: Ahadiah kandar, Cikgu Zainal Kamsul, Datuk Hj Salamat dan Cikgu Johuson;
Berdiri: Faridah Munafaat, Zalila Junid, Rosesidah Roslan dan Salamah Kosnin

Tuan Hj Ismail Lohang (dua dari kiri) adalah sekelas denganku semasa tingkatan 4 dan 5 (75-76)
disebelahnya ialah Jalal Mahat (Ketua Pengawas 1978) dan sebelahnya ialah Hj Sadun Suraji (senior batch 1970-74). Beliau kini adalah Pengarah Belia dan Sukan WP.


Fatimah jamil, Cikgu Hjh Rubiah, Cikgu Kadir Maidin, Salamah Kosnin dan Rosesidah 

Salamun, aku dan S. Fatimah baai

Adam Sani, Jamian Yunos, Miswan Mohamad, Ismail Ahmad dan Alwi Anang
  
  

Salamah, Rosesidah, Fatimah, Montiah dan Faridah

Cikgu Asnawi, Adam Sani dan Jamian

Dua pasangan sekelas: Ayub Misman dan Ngatijah Miskam bersama Fatima Jamil dan Yasman Tamsir

Aku dan abangku Hj Khamim bersama Cikgu Rubiah dan Cikgu Asnawi

Fatimah, Cikgu Rubiah, Cikgu Kadir dan Mazlan Tarip
  

Aku, Halm Sulaiman dan Hamzah Misdi
  

Sarip Rosman, taukeh kopi Mahkota Dewa
  
  
  
  
  
  
  


GAMBAR-GAMBAR MY JUNIORS

Berikut adalah gambar-gambar kelas selepas aku. Sebahagian kecilnya aku masih kenal KERANA: sama ada mereka adalah saudara-mara (sepupu-sepapat) atau mereka bertugas sebagai ahli Lembaga Pengawas bersamaku, AJK Persatuan, ahli Pengakap atau adik-adik kepada senior yang seangkatan atau abang-abang/kakak-kakak kami.

Gambar-gambar didownload dari laman facebook milik ffb seperti Cikgu Fauziah Subari (isteri Hj Ismail Lohang, rakan sekelas), Cikgu Noridah Manap (adik Azizah Manap, rakan sekelas)




  
   
  
  
  
  
  
  
  
  
  




ACARA KHAS DI LUAR AGENDA


Aku sempat menghadiahkan sebuah buku berjodol "Aku Masih Ingat- Memoir Seorang Jeneral, tulisan Brig Jen (B) Hj Abdul Latif bin Ahmad. Hadiah untuk Perpustakaan STMI sempena Sambutan Jubli Perak STMI.




Keesokan harinya, sahabat sekelasku, Miswan bin Mohamad dan isteri datang ke rumah ibu-bapaku di Kg Pt Lapis Mahang.


Senarai kehadiran dari Batch ke 8 STMI (1972-1976)
  1. Hj Toharudin bin Ab Rasid, Kolonel TUDM
  2. Hj Abd Halim bin Sulaiman, Pengarah di Jabatan HE Islam NS
  3. Hj Alwi bin Anang, Pengarah Pembangunan PKS, FAMA
  4. Hj Ishak bin Bon, Pengetua Sekolah Keb Majidee Baru, JB
  5. Hj Adam bin Sani, Juruteknik TNB
  6. Jamian bin Md Yunus, Eksekutif di PETRONAS
  7. Hj Ayub bin Misman, Pesara Jabatan Kajicuaca
  8. Boimin bin Abd Kadir, Guru Kanan
  9. Hj Mohd Ali bin Jaimon dan isteri
  10. Nordin bin Omar, Pembantu Teknik, RAMCO TNB
  11. Rayain bin Sapuan, Bahagian Logistik, Hospital Permai, JB
  12. Miswan bin Mohammad, Bekas Polis, Pengusaha, DJ sambilan
  13. Ismail bin Ahmad, Pengusaha Teksi
  14. Hj Yasman bin Hj Tamsir, Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor
  15. Hj Norjaie bin Amin, Usahawan Tauhu Jepun
  16. Hj Md Khir bin Hj Sarikin, Guru
  17. Supaat bin Salikin, Pengusaha, aktivis politik, Bendhari UMNO Bahagian Seri Gading, Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat.
  18. Norman bin Dimin, Pesara Polis
  19. Mohd Sarip bin Hj Rosman, Pengusaha, Kopi Mahkota Dewa, Al Jannah Global Marketing.
  20. Salamun bin Baruh, Staf Sekolah
  21. Hamzah bin Misdi, Pengusaha, Tangkas Para Ent, Pt Raja
  22. Hj Jaheni bin Sidek - Pengetua Sek Dato Bentara Luar, BP
  23. Hj Buhari bin Badron, Staff Koperasi Penulis dan Pembaca Muar (bersama isteri)
  24. Montiah bt Taib, Pesara Pejabat Tanah, Kluang
  25. Hjh Fauziah bt Naaim, Staf Pejabat Pertanian (dan anak)
  26. Hjh Faridah bt Munafaat, Guru Besar Sek Agama Kg Kenangan Dato Onn
  27. Hjh Fatimah bt Jamil (isteri Hj Yasman)
  28. Siti Fatimah bt Baai, Guru (GPK) SK Seri Timbul
  29. Hjh Kamisah bt Kasmuni (dan suami)
  30. Hj Zalila bt Junid, Pesara Pengetua SMK Skudai (dan suami)
  31. Rosmah bt Dikon, Pengurus Pejabat Pos Batu Pahat (dan suami)
  32. Rosesidah bt Roslan, Pesara Guru SM Seri Kembangan (dan anak)
  33. Hjh Salamah Kosnin, Staf RISDA Shah Alam (dan suami)
  34. Hjh Ngatijah bt Miskam, Pesara Guru (isteri Hj Ayub Misman)
  35. Mazlan bin Tarip, usahawan kambing
Beberapa ex-classmates yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut telah tidak dapat hadir atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan:
  1. Hj Ahmad Noh bin Jeni, Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Keselamatan, BSN - tugas di luar negara.
  2. Hj Kamisan bin Hj Suja', Arkitek, CEO Fabel Bhd - tugas syarikat.
  3. Hjh Faridah bt Hj Nuralhadi, Pesara Jabatan Imigresen, Segamat
  4. Shariff bin Sayadi, Sarjan Mejar Polis di Pasir Gudang - ada majlis keluarga di Melaka.
  5. Sabirah bt Osman, suri rumah - hal/urusan keluarga
  6. Hjh Jamsiah bt Tarmidi, Peniaga - hal urusan keluarga
Manakala guru-guru jemputan kami yang hadir ialah:
  1. Cikgu Hjh Rubiah bt Badri
  2. Cikgu Hj Asnawi bin Asmuni
  3. Cikgu Hj Kadir bin Maidin
  4. Cikgu Hjh Habibah bt Khasan
Selain dari 8 mantan Pengetua yang hadir termasuk Tuan Hj Rashidi bin Abd Rahman (Pengetua semasa aku belajar di Tingkatan 2 (1973) hingga aku tamat pengajian (1976), terdapat juga beberapa orang guru lagi yang hadir, sebahagiannya aku tidak kenal kerana telah bertukar sebelum aku masuk Tingkatan 1 dan masuk selepas aku tamat Tingkatan 5, antaranya:
  1. Cikgu Hj Amar bin Habib
  2. Cikgu Hj Bahar bin Kamar (suami Cikgu Habibah)
  3. Cikgu Abdul Salam bin Ahmad Shah
  4. Cikgu Johuson Gomez
  5. Cikgu Hj Zainal bin Kamsul
  6. Cikgu Hj Ayob Rosdi
  7. Cikgu Hjh Normala Shahrom (isteri Cikgu Ayob)
  8. Cikgu Zainuddin
  9. Cikgu Shamsudin


SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA DAN KURNIAKAN KESIHATAN SERTA DAPAT BERTEMU KEMBALI DALAM SAMBUTAN JUBLI INTAN STMI PADA TAHUN 2015 NANTI

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...