Friday, October 14, 2011

TAJUK 38: SURAU LUQMAN HAKIM KPTOJ


SURAU LUQMAN AL HAKIM
KOMPLEKS PERUMAHAN
TUNKU OSMAN JEWA



Kewujudan Surau Luqman al Hakim adalah seusia dengan kewujudan Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa.  Mengambil sempena nama seorang Nabi Allah (bukan Rasul Allah) yang juga seorang ilmuan yang namanya merupakan salah satu Surah dalam Al Qur'an (Surah Luqman atau Surah ke 32). 

Pelbagai pendapat mengenai Luqman ini. Tafsir Ibnu Katsir menyebut bahawanama sebenarnya ialah Luqman bin Unaqa' bin Sadun. Ibnu Abbas pula menyatakan bahawa Luqman adalah seorang tukang besi.  Manakala kesah yang lain menyatakan bahawa Luqman adalah seorang Hakim dizaman Nabi Allah Dawud alaihissalam (Rujuk: wikipedia).

Ada juga riwayat menyatakan bahawa Luqman bin Faghur bin Nakhur bin Azar (Tarikh). Azar adalah bapa kepada Nabi Allah Ibrahim alaihissalam. Dengan itu, Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim.  Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Allah Aiyyub alaihissalam. (Rujukan: irfanirsyad.wordpress.com)

Surau  Surau Luqman al Hakim yang terletak di Jalan Perwira.  Jaraknya lebih kurang 400 meter kalau mengikut jalanraya dan hanya 200 meter jika melalui short cut (tapi kena naik tangga curam).  Surau ini agak aktif dengan kuliah Maghrib (seminggu 2 kali), bacaan yasiin dan tahlil setiap malam Jumaat, kuliah subuh setiap pagi Ahad dan bacaan Mathurat setiap pagi Sabtu.  Tiap-tiap bulan akan ada ceramah jemputan.

Pengerusinya sejak surau ini beroperasi (2008) ialah Mej Jen  Prof Dato' Dr Hj Mohd Zin bin Bidin. Pegawai kanan Kor Kesihatan DiRaja yang kini menyandang jawatan Dekan Fakulti Perubatan UPNM. Pada tahun 2013 beliau bersara dan digantikan oleh Laksda Dato Hj Syed Zahirudin Putra bin Syed Osman.

Pegawai-pegawai KAGAT yang tinggal di Rumah keluarga sekitar surau secara automatik ialah:
  • Kol Hj Nawawi bin Daud - Timbalan Pengerusi 2 - (Timbalan Pengarah KAGAT)- Kuliah Umum, Qur'an dan Hadis.
  • Lt Kol Hj Mohd Idrus bin Mohd Yunus - Usuluddin dan Tasauf - bertukar ke ILMI pada Nov 2012
  • Lt Kol Hj Mohamad Azmi bin Abd Wahab - Fiqah, Hadis dan Usuluddin
  • Lt Kol Dr Hj Baharudin bin Abd Jalal
  • Mej Hj Zulkiflee bin Abdullah Sani - Usuluddin - bertukar ke ILMI pada Ogos 2012
  • Mej Hj Mohd Rashidi bin Bujai - Fiqah, Bahasa alQur'an dan Perubatan Alternatif
  • Mej Hj Abdul Jabar bin Yusoff - al Mathurat
  • Kapt Hj Mohd Azahari bin Ali - Qiraat dan Tajwid
  • Kapt Hj Mohd Fauzan bin Mohd Noor.
Walaupun masih baru, tapi sambutannya agak menggalakkan. Jemaahnya adalah dari kalangan penghuni rumah keluarga sekelilingnya (berpangkat Kapt hingga ke Jeneral). Kalau nak dibandingkan jumlah penghuni quarters yang berhampiran, jumlah yang hadir adalah jauh dari memuaskan.  Tapi, di mana-mana surau dalam Malaysia ni pun sama sahaja. 

Antara senior officer yang rajin datang solat berjemaah (khususnya setiap waktu subuh, maghrib dan isyak)  ialah Laksdya Dato Seri Mohamed Nordin Ali (TPTL), Mej Jen Prof Dato' Dr Hj Mohd Zain Bidin, Laksdya Dato Nasaruddin Othman, Mej Jen Dato' Baharom Hamzah, Mej Jen Dato Mahadi Yusof , Laksda Dato Syed Zahirudin Putra (MPAT), Brig Jen Dato' Hj Mazlan Abas TUDM, Laksma Dato Abd Rahman Abd Karim.  Memang agak susah nak jumpa pegawai yang dah sampai ke 2-3 bintang yang sanggup istiqamah ke surau atau masjid, especially waktu Subuh.  Bagaimanapun, kita kena sangka baik lah...mungkin yang lain tu, memilih yang lebih afdhal, iaitu berjemaah di Masjid yang berhampiran seperti Masjid Muaz bin Jabal, Masjid Khalid al Walid, Masjid al Akram (Keramat) atau Masjid UTM.

Lain-lain kariah tetap yang aku KENALI kerana kerap berada di surau ialah:
  • Kol Hj Nordin
  • Kol Ir Hj Chapiti
  • Kol Hj Zahren
  • Kol Hj Redzuan Omar (telah bertukar sebagai DA di Brunei)
  • Kol Sofian
  • Kol Hj Abd Halim
  • Kept Shamsudin
  • Kept Syed Ahmad Helmi
  • Kept Ismail
  • Kept Kamaruzzaman
  • Lt Kol Nasharudin Che Om
  • Lt Kol Khairudin Abd Manap
  • Lt Kol Abd Hamid Nayan
  • Lt Kol Mohd Shah Abd Razak
  • Lt Kol Hj Mohd Amin Mohd Zin
  • Lt Kol Hj Yusof Ibrahim
  • Lt Kol Sabri
  • Lt Kol Abd Latif
  • Lt Kol Hj Huzaimi
  • Lt Kol Hj Abd Halim
  • Lt Kol Mohd Azery
  • Lt Kol Razali Che Rose
  • Lt Kol Abd Halim Yusof
  • Lt Kol Mohd Samin
  • Lt Kol Idris Burhan
  • Kdr Mohd Amin (telah bertukar)
  • Kdr Hj Badarudin Taha
  • Kdr Hj Shahrom bin Hj Saim
  • Kdr Jaafar Sidek
  • Kdr Abdul Hadi Tan Abdullah
  • Kdr Nadzri Dahaman
  • Kdr Isa bin Yahya
  • Lt Kol Muhammad Muzammir Ong TUDM
  • Lt Kol Fajim Juffa Mustapha TUDM
  • Lt Kol Syed Islam Shah Ajam TUDM
  • Lt Kol Hj Abd Rahim bin Salleh TUDM
  • Lt Kol Hj Abdullah bin Yasok TUDM
  • Mej (KM) Mahmud Nawang
  • dan ramai lagi yang aku tidak ingat namanya ketika menulis tajuk ini (sorry ye kawan-kawan kalau nama tidak ada disenaraikan)
Di surau ini juga aku dapat jumpa semula ramai skot TJP37 yang duduk di rumah keluarga di sekitar surau. Antaranya Lt Kol Mohd Fanashim Benson, Lt Kol Azman Daud,  Lt Kol Mohd Yatim, Mej Baharuddin dan Mej Noorzahari.


SURAU: PANDANGAN DARI PENJURU HADAPAN KIRI

SEBAHAGIAN DARI RUMAH KELUARGA ATM DI SEBELAH SURAU



Semakin lama hubungan keakraban jemaah Surau Luqman semakin rapat.  Apabila ada majlis kenduri atau jamuan anjuran surau, kami bergotong royong membuat persiapan masak memasak dan sebagainya.


AHLI JAWATANKUASA PENTADBIR 
SURAU LUQMAN AL HAKIM
(SEJAK 2009)


  • MEJ JEN DATO' DR HJ MOHD ZIN BIN BIDIN (PENGERUSI)
  • LAKSDA DATO' HJ SYED ZAHIRUDIN PUTRA BIN SYED OSMAN (TIMABALAN PENGERUSI 1)
  • KOL HJ NAWAWI BIN HJ DAUD (TIMBALAN PENGERUSI 2)
  • LT KOL MOHD KHAIRUDIN BIN ABD MANAP (SETIAUSAHA)
  • LT KOL ABD HAMID BIN HJ NAYAN (BENDAHARI)
  • AJK:
    • KOL IR HJ CHAPITI BIN HJ REDZUAN
    • KOL HJ TOHARUDIN ABD RASID TUDM
    • LT KOL NASHARUDIN BIN CHE OM
    • LT KOL MOHD SHAH BIN ABD RAZAK
    • LT KOL HJ MOHD AMIN BIN MOHD ZIN
    • LT KOL HJ MOHAMMAD YATIM BIN MOHAMAD NOR
    • LT KOL HJ YUSOF BIN IBRAHIM
    • LT KOL HJ CHE AZUHA BIN SHAFIE
    • KDR HJ BADARUDIN BIN HJ TAHA
    • LT KOL MOHAMMAD NOH BIN DAIM TUDM
    • LT KOL SHALAWATI BINTI YAHYA
TO BE UPDATED....



No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...