MINI
KARNIVAL
USAHAWAN
ISLAM
ISLAM
SURAU LUQMAN AL HAKIM 2012
Tulisan ini adalah sambungan TAJUK 58 (DESA TUNKU OSMAN JEWA) dan TAJUK 197 (SURAU LUQMAN HAKIM KPTOJ).
Sejak penubhannya di awal tahun 2009, Surau Luqman al Hakim semakin aktif (walaupun kadangkala gerafnya menurun akibat masalah ketiadaan Ustaz yang menyampaikan tazkirah atau kelas taamir. Tiap-tiap bulan sememangnya pihak surau akan menjemput penceramah luar bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan isu semasa ataupun peristiwa-peristiwa dalam kalendar islam.
Surau juga mengadakan majlis-majlis seperti Sambutan Hari Raya, Maulidur Rasul dan sebagainya. Malahan sejak kebelakangan ini surau ini telah menjadi pilihan untuk majlis-majlis pertunangan dan pernikahan ahli keluarga penduduk KPTOJ. Malah Pengerusi Surau sendiri telah memulakan tradisi mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak lelakinya di halaman/anjung surau pada 4 November 2012. Kebetulan anak Dato Dr Mohd Zin (Dr Zul Helmi) berkahwin dengan anak perempuan Lt Kol Hj Yusof Ibrahim yang juga AJK/Bilal surau.
Aktiviti terbesar Surau Luqman al Hakim yang menutup tirai tahun 2012 ialah Mini Karnival Usahawan Islam yang dianjurkan pada 22 dan 23 DIS 2012. Objektif penganjuran Mini Karnival ini ialah:
- Kaedah berdakwah untuk mengajak penghuni Rumah keluarga ATM di KPTOJ (khususnya) untuk mendekati surau seterusnya memakmurkan surau.
- Menggalakkan sifat keusahawanan di kalangan penghuni KPTOJ.
- Mendekatkan penjual kepada pembeli.
- Mempromosikan aktiviti/program surau kepada penduduk tempatan.
Aku yang mula-mula mencadangkan aktiviti dalam salah satu mesyuarat bulanan surau dan diterima oleh AJK. Persiapan untuk menganjurkan aktiviti ini telah dibuat awal, iaitu lebih 2 bulan dari tarkh pelaksanaan. Perkara-perkara seperti peserta (penyewa gerai), peralatan (khemah, kerusi, meja, peralatan siaraya, elektrik) telah dibincangkan dengan teliti dan membuat perlantikan jawatankuasa.
TABIK kepada Lt Kol Khairudin bin Abd Manap yang telah mempamirkan perkhidmatan yang amat dedikasi dan cemerlang untuk mempastikan program berjalan lancar. Beliau SAYA lihat sebagai individu paling aktif dan berkerja keras siang dan malam. Memang sukar untuk menemui orang seperti beliau.
Segala sumber bantuan diperolehi. Dari Kem TDM, TLDM dan TUDM melalui network yang ada di kalangan AJK Surau. Derma dan sponsorship juga diterima dari pelbagai pihak.
Pelbagai program telah dianjurkan seperti:
- Program Usahawan. Sebanyak lebih 40 ruang gerai telah dapat dijual dengan kos RM300 untuk korporat dan RM100 untuk individu. Permintaan paling tinggi ialah pakaian dan aksesori hiasan wanita, diikuti oleh barangan makanan produk islam, gerai makanan, bahan kosmetik halal dan lain-lain.
- Jualan Garaj. Idea asal adalah untuk ini sahaja namun telah diperluaskan. Hasil jualan dimasukkan dalam tabung surau.
- Ceramah Agama. Sepanjang tempoh Karnival, dua malam berturut-turut pihak surau telah menjemput penceramah luar:
- 22hb - Ustaz Hj Dzulkifli Ahmad
- 23hb - Ustaz SP Hj Ghazali bin Hj Daud.
- Pertandingan: Beberapa kategori pertandingan peringkat kanak-kanak bawah umur 15 tahun telah dianjurkan:
- Hafazan Ayat-ayat Lazim
- Bilal Muda (Azan)
- Mewarna lukisan
- Pameran: pihak surau juga telah menjemput beberapa agensi yang bersangkutan dengan islam untuk membuka meja pamiran seperti:
- KDN
- Pusat Pungutan Zakat
- Yayasan RESTU
Sambutan
Inilah yang amat menyedihkan untuk diceritakan. Walaupun promosi telah diwar-warkan semaksima yang mungkin melalui pelbagai kaedah seperti RTM, Radio IKIM, poster, facebook, blog, pengumuman di masjid-masjid sekitar dan telah dilakukan lebih sebulan sebelum tarikh Karnival namun hasilnya masih ditahap amat tidak memuaskan.
Kehadiran pada hari pertama amat-amat menyedihkan. Gerai-gerai lengang. Hari kedua ada sedikit pertambahan tetapi masih di bawah expectation. Sambutan dari penduduk yang tinggal disekeliling surau sendiri di luar dugaan (negatif). Rasanya tidak sampai 20% warga KPTOJ yang turun melawat. Hari kedua sudah ada peniaga yang 'give-up' dan menutup kedai. Di mana silapnya?
.
22hb jam 0900- masih membuat persiapan. Satu demi satu gerai dihuni dan diisi oleh peniaga.
AJK menjamu selera dengan durian
gera-gerai semakin penuh diisi
Kumpulan Nasyid dari Maahad Tahfiz
Majlis Perasmian pada Jam 1100 oleh Y.Bhg Penanung Surau Luqman al hakim, Lt Gen Dato Hj Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohd Noor.
penyampaian derma kepada anak yatim
cenderamata kepada kumpulan Nasyid
Y.Bhg Penanung membuat lawatan ke gerai-gerai
gerai Surau yang menjual barang-barang terpakai
KENAPA tiada sambutan? Kenapa penduduk setempat enggan dan berat hati untuk turun mengunjungi dan memberi sokongan kepada program anjuran surau. Lebih 95% penduduk KPTOJ adalah orang Islam. Antara 'assumption' yang diberikan adalah:
- Cuaca- hujan lebat pada tengahari 22hb sampai ke petang.
- Ramai yang bercuti panjang dan balik kampung. Kebetulan 25hb adalah Hari Krismas, mungkin orang cuti panjang dari 22hb sampai 25hb.
- Tak tau. Tak munasabah. Poster dah lama digantung di semua pintu masuk Kem dan suara DJ di surau pun boleh dengan jauh juga. Lagi pun kalau duduk flat, jenguk tingkap pun boleh nampak.
- Tiada acara hiburan. Hiburan adalah penarik generasi muda. Kalau ada acara hiburan, nanti modal nak bayar artis (tak kan seorang) pun 10x ganda hasil jualan gerai. La ni, kumpulan nasyid pun mahal.
- Brand yang dijual tak ada class?. Ye la, setaraf dengan jualan di pasar malam je. Pulak tu ada 'garage sale'- second hand? apa ka barang?. Mungkin pegawai rasa tak standard nak beli barangan kategori ini.
- Segan nak turun sebab tak pernah datang surau?. Mungkin jugak. Kalau tunjuk muka nanti ada pulak mangkok yang pujuk suruh datang surau. Ye lah, hal-hal berkaitan dengan agama ni memang susah untuk mendapat sambutan.
- Tiada semangat kejiranan. Ini trend masa kini, buka pintu masa nak keluar kerja atau balik kerja atau nak keluar ke kedai.
- Malas. Mungkin la. Hari cuti, aku nak rehat, apa hal pulak nak susahkan diri, panas pulak tu.
- Tidak minat. Hal-hal surau ni, aku kurang lerrr....
Begitulah. Macam-macam andaian boleh kita buat. Jawapan sebenar hanya boleh diketahui jika orang yang tidak datang itu menjawab soalan ini.
Apa pun. Wahai SAUDARA-SAUDARA ku, janganlah sesekali kita kecewa atau putus harapan. Ini adalah satu perjuangan. Kita tidak perlu berperang melawan kafir laknat di zaman ini. Masih jauh dari perjuangan islam di zaman dan selepas zaman Nabi. Bukan mudah untuk berjaya. Dalam perjuangan duniawi, kita boleh dapat ganjaran WANG atau PANGKAT atau SIJIL KEPUJIAN atau PINGAT atau PUJIAN. Usaha dakwah, perjuangan akhirat dinilai sendiri oleh Allah swt.
Teruskan Perjuangan.
Kepada AJK lain juga satu penghargaan yang tidak ternilai sama sekali di atas usaha saudara saudari dan juga 'para isteri' yang turut menyumbangkan tenaga dan idea menjayakan aktiviti. 'Special gratitude' kepada Lt Kol Shalawati Yahya yang telah membuat persiapan 'SIARAYA' yang cekap, canggih dan lengkap sepanjang tempoh aktiviti dilaksanakan.
Khusus kepada Lt Kol Khairudin. GUA CAYA SAMA LU......TABIK SPRING.
Teruskan Usaha.